You are on page 1of 15

Definisi dan Konsep Teori Fungsionalisme.

Analisis Isu berdasarkan perspektif Teori Struktural-Fungsional


Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang
menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat selalu dianggap seperti tubuh badan
manusia yang mempunyai bahagian-bahagian dengan fungsi-fungsi yang tersendiri. Teori
fungsionalisme memberi huraian mengenai organisasi sosial dan menerangkan bagaimana
sesuatu organisasi dikekalkan. Masyarakat telah diibaratkan sama seperti organisma yang
mempunyai bahagian-bahagian dan setiap bahagian masyarakat dikenali sebagai struktur.
Seterusnya kajian dilakukan untuk melihat bagaimana struktur masyarakat berfungsi.
Menurut teori ini, struktur-struktur sosial akan menentukan kelancaran perjalanan atau
keharmonian masyarakat. Brinkerhoff dan White (1989 : 9) telah merumuskan tiga andaian
utama ahli-ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan evolusi. Stabiliti merupakan kriteria
penilaian utama untuk menentukan sejauh mana sesebuah masyarakat dapat dikekalkan.
Harmoni menunjukkan bagaimana semua bahagian atau struktur-struktur dalam masyarakat
bekerjasama untuk mencapai tujuannya. Evolusi pula menggambarkan perubahan-perubahan
yang berlaku kepada masyarakat melalui proses adaptasi struktur sosial kepada pembaruan.
Maka, tidak dapat dinafikan lagi bahawa ibu bapa, pihak sekolah, rakan sebaya dan media massa
saling berperanan dalam mengatasi masalah jenayah yang wujud di kalangan remaja.
Teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang
menyumbang kepada penerusan masyarakat. Masyarakat sebagai tubuh badan manusia yang
mempunyai bahagian dan fungsinya yang tersendiri. Ianya boleh dihuraikan sebagai suatu
organisasi sosial dan bagaimana organisasi itu dikekalkan.
Kajian dilakukan untuk meninjau sejauh mana struktur masyarakat berfungsi. Struktur sosial
akan menentukan kelancaran perjalanan atau keharmonian masyarakat. Brinkerhoff dan White
(1989:9) merumuskan tiga andaian utama ahli-ahli fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni dan
evolusi. Stabiliti menentukan setakat mana sesuatu masyarakat itu dapat dipertahankan. Harmoni
pula merujuk kepada semangat kerjasama dalam masyarakat untuk mencapai sesuatu matlamat.
Evolusi pula digambarkan bagaimana perubahan berlaku terhadap masyarakat akibat dari
pembaharuan. Sebagai rumusannya, teori ini menekankan kepentingan persefahaman anggota
masyarakat demi keharmonian dan kestabilan masyarakat berkenaan.
Merton (1957) telah membezakan antara apa yang dikenali sebagai fungsi ketara dan
fungsi tersembunyi. Fungsi ketara adalah sesuatu yang diketahui dan dikehendaki dalam aktiviti
sosial tertentu . Fungsi tersembunyi pula merupakan sesuatu yang tidak disedari atau tidak
dijangkakan. Sekiranya sesuatu hasil struktur adalah merupakan apa yang dikehendaki dan
diiktiraf dalam sistem, ia telah menjalankan fungsi ketara. Sebaliknya sekiranya hasilan adalah
sesuatu yang tidak dikehendaki dan tidak diiktiraf maka ia dikenali sebagai fungsi tersembunyi.
Merton juga membuat perbezaan antara fungsi dan disfungsi. Fungsi bermaksud struktur sosial
sesuatu masyarakat telah mengalami kesan positif hasil daripada kefungsian sistem. Disfungsi
pula bermakna kesan negatif yang dialami oleh masyarakat akibat daripada sistem yang tidak
berfungsi. Struktur yang dianggap berfungsi adalah yang mengekalkan apa yang sedia ada dan
diharapkan dalam masyarakat manakala yang tidak mengikut kehendak masyarakat dianggap
tidak berfungsi.
Teori fungsionalisme menyatakan bahawa masyarakat, pihak sekolah dan media massa
memainkan peranan yang sangat penting dalam mewujudkan kestabilan, keharmonian serta
evolusi dalam sesebuah masyarakat.

6. Menganalisis Isu Berdasarkan Tiga Konsep Sosiologi


6.1 Mobiliti Sosial
Sekolah yang berbagai aliran sebenarnya terus menjadikan suatu bentuk mobiliti sosial yang
berbagai rupa. Sememangnya walaupun selepas kemerdekaan, negara menuju kearah kemajuan
ekonomi, pengenalan kaum mengikut sektor pekerjaan masih lagi tidak banyak berubah. Asas
pembelajaran di peringkat rendah jauh berbeza di mana masing-masing menggunakan
pendekatan sosio-ekonomi turun-temurun seperti kaum Melayu dengan sawahnya, kaum India
dengan ladangnya dan kaum Cina dengan perniagaannya. Ini secara tidak langsung akan
mengasingkan kelompok kaum dari satu generasi ke satu generasi.
Keterasingan dalam sistem pendidikan membuatkan para pelajar terus menebal dengan semangat
kebangsaan masing-masing. Pergaulan dan juga persefahaman antara kaum juga begitu terbatas
di kalangan pelajar. Keterbatasan ini bukan sahaja di sekolah, malahan dalam kehidupan
seharian. Ruang kehidupan yang terbatas ini akhirnya mencipta suatu identiti tersendiri yang
sangat berbeza.
Sehingga kini didapati mobiliti mendatar lebih banyak berlaku. Harapan untuk melihat
persefahaman antara kaum melalui sektor pekerjaan yang sama tidak mencapai kejayaan yang
memberangsangkan. Semangat kekitaan dalam satu masyarakat Malaysia yang harmoni dan
bersatu padu akan tercapai sekiranya sistem persekolahan yang menggabung terus ketiga-tiga
aliran ini menjadi satu dapat direalisasikan.

6.2 Pendidikan dan Hubungan Etnik


Etnik bermaksud kumpulan manusia atau bangsa . Ia merujuk kepada pengenalan diri seseorang
ke dalam kumpulan yang mempunyai latarbelakang keturunan nenek moyang yang sama.
Mereka mempunyai kesamaan dari segi sejarah,negara asal, bahasa, tradisi, budaya, struktur dan
sistem nilai. Perasaan kekitaan ke dalam kumpulan etnik berkembang menerusi hubungan
kekeluargaan, rakan-rakan dan kejiranan yang berkongsi ciri-ciri kehidupan yang rapat.
Kumpulan etnik sememangnya membantu mengekalkan pertalian kumpulan dan mengukuhkan
kedudukan etnik berkenaan dalam masyarakat.
Sistem pendidikan yang mewujudkan sistem persekolahan yang berasingan mengikut kaum telah
menjuruskan ke arah semangat perkauman yang menebal. Sungguhpun di peringkat menengah,
murid-murid terpaksa memasuki sekolah yang beraliran Bahasa Melayu, dapat dilihat dengan
jelas tiga kelompok kaum yang berasingan antara satu sama lain.
Merujuk kepada peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh dan juga kuota
memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), ianya memang memihak kepada kaum
bumiputera. Namun begitu, kini timbul rasa tidak puas hati kaum lain terhadap keutamaman
yang diberikan ini. Isu ini amatlah sensitif kerana ianya menyentuh hak-hak keistimewaan
Melayu yang termaktub dalam perlembagaan Persekutuan. Kesannya amat berbahaya kepada
perpaduan kaum di Malaysia.

6.3 Reformasi Pendidikan


Hussein Hj Ahmad (1993) menyatakan bahawa peranan sistem persekolahan sehingga akhir
tahun 1980an bermotifkan tiga perkara utama. Pertamanya, pendidikan untuk menyediakan
tenaga kerja negara. Kedua, pendidikan sebagai asas perpaduan kaum. Ketiga, pendidikan adalah
untuk pembinaan disiplin di kalangan rakyat berbilang kaum.
Sekolah satu aliran dilihat sebagai reformasi pendidikan yang harus diperjuangkan bagi
mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional selaras matlamat utama Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Melalui cara ini, di samping boleh bergaul secara meluas di antara mereka, secara
tidak langsung, mereka juga boleh memahami budaya kaum lain. Jika perkara ini dapat
dipraktikkan, maka masalah semangat perkauman akan terhakis dengan sendirinya melalui
pergaulan antara pelajar dan saling faham-memahami. Kita dapat menyaksikan, keterasingan
sekolah rendah ini telah menanamkan semangat perkauman dari awal lagi. Fenomena ini jugalah
yang terjadi kepada pelajar sekolah menengah dan mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi
(IPT).

7. Cadangan Dan Kesimpulan


Pendidikan telah lama dianggap sebagai satu elemen penting bagi menyatupadukan rakyat. Di
negara kita, selepas tercetusnya peristiwa berdarah yang melibatkan rusuhan kaum pada 13 Mei
1969, Menteri Pelajaran pada ketika itu, Datuk Abdul Rahman Yaakoub telah mengarahkan
penukaran sekolah aliran Inggeris kepada sekolah aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa
Melayu yang bermula pada tahun 1970.

Pengenalan
Menurut  Prof. Datuk Ishak Haron dari Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Malaysia ,
Universiti  Pendidikan Sultan Idris, isu kelemahan akademik dan prestasi di kalangan
Bumiputera  tidak memberansangkan walaupun ia dibincang dan dikaji dari semasa ke semasa
sejak beberapa dekad lalu.  Beliau menekankan  bahawa pembelajaran peringkat rendah yang
menjadi asas pendidikan kerana masalah pembelajaran pada  tahap rendah akan berterusan ke
peringkat menengah dan tinggi. 
Menurut kajian yang dijalankan di sekolah kebangsaan terutama di luar bandar menunjukkan
bahawa kegagalan murid bumiputera dalam UPSR adalah berpunca daripada kelemahan
menguasai kemahiran asas pada Tahun Satu.
Salah satu faktor utama yang menjadi punca isu ini ialah keadaan sosio-ekonomi pelajar yang
rendah.  Kedaifan ibu bapa mengenai kepentingan pendidikan kerana kurang atau tiada
pendidikan menyebabkan sikap tidak endah terhadap pendidikan anak-anak mereka.  Baka juga
menjadi faktor penyebab kelemahan akademik dan prestasi pelajar bumiputera .  Sub-budaya
seperti malas membuat kerja rumah dan ataidak menumpukan perhatian turut mempengaruhi
prestasi pelajar.  Sekolah dianggap sebagai tempat menghabiskan masa.  Bukan hanya keluarga
menjadi punca penyebab kelemahan pelajar tetapi juga masyarakat.  Masyarakat persekitaran
atau setinggan yang kurang menggalakkan pendidikan menjadikan pelajar pasif dan tidak
berminat terhadap ilmu.
Penduduk di kawasan luar bandar mempunyai kurang pendidikan terhadap perkembangan
semasa.  Kedudukannya yang kurang strategik tidak memberi peluang kepada para pelajar
mengikuti kelas tuisyen.
Memang tidak dapat disangkal lagi, kelemahan pelajar bukan hanya bergantung kepada faktor
sosio-ekonomi sahaja, malah institusi pendidikan turut memainkan peranan.  Kelemahan dan
ketidaksedaran guru, kefahaman guru yang rendah tentang kandungan kurikulum , latihan yang
tidak setimpal serta sikap guru yang pasif turut menjejeaskan prestasi murid.  Faktor sekolah
bukan sahaja tertumpu kepada guru semata-mata.  Pentadbiran sekolah yang diterajui oleh guru
besar yang berpandangan sempit dan tidak bermotivasi juga menjadi punca .
Memandangkan kelemahan akademik dan prestasi pelajar bumiputera
berada pada tahap yang tidak memuaskan, maka beberapa langkah positif telah diutarakan
sebagai mengatasi masalah ini.  Langkah jangka panjang perlu digariskan bagi meningkatkan
kualiti pembelajaran pelajar bumiputera bermula dari pendidikan peringkat rendah dan
menengah supaya pelajar bumiputera di IPTA boleh bersaing dengan pelajar lain dalam
meningkatkan prestasi. Bilangan pelajar bumiputera yang melanjutkan pelajaran di IPTA 
mestilah mempunyai kelayakan yang sepatutnya supaya pelajar yang berkualiti benar-benar
mendapat peluang.  Langkah jangka pendek yang memakan masa antara tiga hingga lima tahun
yang boleh dijalankan oleh IPTA ialah meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar di IPTA
sekarang.
Usaha-usaha ini patut diberikan perhatian serius dan dilaksanakan dengan berkesan supaya isu
ini dapat ditangani dalam jangka waktu yang singkat.
 

3. Pengenalan
Sesuatu bidang boleh dikaji dengan menggunakan pelbagai kaedah dan teori.  Demikian  juga
dengan bidang kajian sosiologi.  Sosiologi pendidikan melihat masalah sosial melalui dua
pendekatan iaitu pendekatan makro dan miro.  Pendekatan makro merupakan kajian tentang
masyarakat secara keseluruhan, manakala pendekatan mikro berkaitan dengan kehidupan
manusia yang dibentuk melalui proses interaksi yang kecil di dalam individu itu sendiri bukan
dalam suatu kumpulan masyarakat yang besar.
Pendekatan makro boleh dikaji menggunakan dua teori iaitu teori fungsionalis dan teori knflik. 
Pandangan teori konflik ialah masyarakat berada di dalam keadaan berubah-ubah, berkonflik dan
sentiasa ingin memperjuangkan kepentingan masing-masing.  Teori fungsionalis pula mengkaji
funsi perlakuan sosial atau institusi dalam aktiviti yang menyumbang kepada penerusan
masyarakat. 
Berdasarkan kepada isu kelemahan akademik dan prestasi pelajar bumi, teori fungsionalis
didapati lebih menonjol peranannya.  Merton (1949) menyokong teori ini dengan membahagikan
kepada dua elemen iaitu fungsi nyata dan fungsi tidak nyata. Fungsi nyata merujuk kepada
aktiviti yang ditetapkan seperti pengajaran guru sementara fungsi tidak nyata ialah aktiviti-
aktiviti yang tersirat seperti kurikulum tersembunyi.

4. Analisis isu berdasarkan teori fungsionalis


 Kelemahan akademik dan prestasi pelajar bumi menjadi isu masyarakat yang serius kerana
setiap individu  mempunyai  fungsi yang dipersetujui  untuk mencapai  matlamat yang sama.  Di
dalam hal ini, aktiviti yang dipersetujui masyarakat ialah menjadikan individu berpendidikan
supaya mesyarakat yang berpendidikan serta mampu mengikuti perkembangan semasa dapat
dicapai.  Bila prestasi pelajar luar bandar menurun, ia mencerminkan masyarakat luar bandar
yang kurang prihatin terhadap pendidikan.
 Faktor utama yang menjadi punca kepada kelemahan prestasi pelajar ialah keadaan sosio-
ekonomi keluarga yang merupakan sebahagian daripada institusi masyarakat.  Teori fungsional
membincangkan variasi kelas sosial dalam pendidikan menyebabkan perbezaan peluang hidup. 
Peluang pelajar kelas sosial rendah mendapat prestasi yang tinggi adalah kurang andainya
dibandingkan dengan pelajar kelas atasan.  Pelajar yang mempunyai latar belakang sosio-
ekonomi  yang tidak menggalakkan, mempunyai banyak kekangan yang perlu diatasi untuk
bersaing dengan pelajar kelas atasan.  Keadaan hidup yang serba kekurangan kerana wang
menjadi penghalang bagi mendapatkan  makanan, tempat tinggal yang selesa dan peralatan yang
secukupnya memudarkan minat murid terhadap pendidikan yang agak mencabar bagi tahap
perkembangan mereka.
 Sosio-ekonomi  rendah adalah disebabkan oleh pendidikan yang rendah
atau tiada pendidikan.  Bila ibu bapa tiada pelajaran, maka mereka juga tidak
 mengambil  berat mengenai pencapaian anak-anak mereka.  Anak-anak juga
 tidak boleh mengharapkan pertolongan dari segi akademik daripada ibu bapa mereke. 
Pendekatan  fungsionalis menekankan kepentingan pendidikan di sekolah dan di rumah.  Jika
sekolah dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap pendidikan anak-anak adalah tidak wajar. 
Pengukuhan dan penekanan perlu disalurkan juga di rumah.  Malangnya , ibu bapa yang tidak
berpendidikan tidak mampu membantu anak-anak mereka yang akhirnya menjadikan prestasi
pelajar bumiputera lemah pada peringkat asas, menengah dan juga IPT.
Para pelajar yang hidup dalam suasana persekitaran yang tidak menggalakkan pendidikan, tidak
mempunyai “role model” yang boleh menjadi dorongan kepada mereka.  Secara tidak langsung ,
motivasi luaran yang kurang atau hampir tiada menenggelamkan motivasi intrinsic mereka.  Ini
menyebabkan pelajar kurang berminat terhadap pendidikan. 
Walaupun, istilah keluarga iaitu salah satu institusi  yang diberi keutamaan dalam teori
fungsionalis gagal berfungsi, institusi pendidikan boleh mengambilalih tanggungjawab tersebut
untuk menjadikan masyarakat mempunyai kemahiran-kemahiran asas. Kewujudan masyarakat
bumiputera luar bandar yang mempunyai prestasi yang tinggi merupakan tanggungjawab
bersama institusi keluarga dan institusi pendidikan.  Institusi keluarga di masyarakat luar bandar
tidak dapat memainkan peranannya sepertimana institusi keluarga di dalam masyarakat bandar. 
Oleh itu, institusi pendidikanlah harus memikul tanggungjawab dengan serius untuk
meningkatkan prestasi pelajar .  Guru-guru di kawasan luar bandar perlu lebih berdedikasi dalam
mengajar pelajar-pelajar mereka.  Latihan yang mencukupi dan bahan mudah diperolehi perlu
digunakan seperti yang dilakukan oleh guru-guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang amat
mengambilberat tentang prestasi pelajarnya.
Subbudaya belajar secara positif perlu sentiasa ditekankan terhadap murid dan institusi keluarga
serta masyarakat perlu memberi kerjasama supaya subbudaya lain tidak mempengaruhi para
pelajar ini.  Subbudaya seperti ponteng, malas, tidak memberi tumpuan dan tidak berminat
terhadap pendidikan inilah yang bersemadi dalam jiwa pelajar ini sehingga terbawa-bawa ke
peringkat IPT.  Subbudaya sebegini menyebabkan pelajar bumiputera di IPT  tidak dapat
bersaing dengan pelajar-pelajar lain.  Oleh itu, langkah-langkah perlu juga diambil untuk
mengatasi masalah ini di peringkat IPT. Langkah utama yang sewajarnya diberi tumpuan ialah
penekanan pendidikan rendah yang kukuh. Justeru itu, persefahaman dan kerjasama dari semua
pihak diperlukan dalam memainkan peranan masing-masing agar dapat mencapai matlamat
tertentu seperti yang diutarakan dalam teori fungsionalis. 

5. Definisi Konsep Institusi Sosial             


Kesedaran mengenai ilmu sosiologi amatlah berguna bagi memahami masalah sosial dari
perseptif sosial.  Beberapa konsep asas diperkenalkan bagi memudahkan kajian yang dijalankan
ke atas masyarakat.
Konsep utama yang sesuai bagi mengkaji isu kelemahan akademik dan prestasi pelajar bumi
ialah konsep institusi sosial.  E.Chinoy (Society , 1962) berpendapat bahawa istilah institusi
perlu dikhususkan kepada pola tingkahlaku yang telah dipersetujui seperti undang-undang. 
A.W.Gouldner dan H.Gouldner ( Modern Sociology ) melihat institusi sebagai cara yang
standard untuk mengatasi masalah .  Malinowski menganggap institusi sebagai konsep utama
memahami masyarakat dan kebudayaan.
Sosial adalah berhubung dengan interaksi dalam masyarakat.  Institusi sosial bolehlah
dirangkumkan sebagai pola tingkahlakku yang menjadi kebiasaan atau satu pola hubungan sosial
yang mempunyai matlamat sosial yang tertentu.  Institusi sosial utama ialah institusi keluarga,
institusi politik, institusi pendidikan, institusi ekonomi dan institusi agama.  Peranan institusi
sosial adalah seperti agen-agen penentu dan pengawal yang memastikan masyarakat  berjalan
dengan lancar.
 

5.1 Konsep Institusi Sosial


 Institusi keluarga dan pendidikan adalah lebih diketengahkan kerana ia mempunyai hubungan
secara langsung dengan isu kelemahan akademik dan prestasi pelajar bumiputera .  Peranan
keluarga dalam menentukan pencapaian pendidikan perlu dipertingkatkan dan diberi penumpuan
yang lebih.  Walaupun ibubapa tidak berpendidikan, mereka boleh duduk bersama pelajar,
melihat kerja mereka , menggalakkan mereka belajar, menyedarkan kepentingan pendidikan dan
perubahan status yang mampu dicapai  menerusi pendidikan dan pastikan anak-anak mereka
menyedari hasrat dan impian ibubapa terhadap mereka.  Dorongan sebegini dengan sendirinya
mampu menarik minat terhadap pendidikan.  Ibubapa juga harus memberi pujian dan ganjaran
supaya anak-anak mereka berusaha dengan lebih gigih lagi.  Awasi kumpulan rakan yang mereka
sertai dan beri bimbingan yang sewajarnya.  Pelajar-pelajar di luar bandar tidak mempunyai “role
model” yang sewajarnya untuk dijadikan contoh.  Oleh litu, ibubapa mestilah mengetahui
siapakah mereka ingin teladani.
Institusi pendidikan harsulah memahami masalah ibubapa di luar bandar dan cuba sedaya upaya
mereka untuk mengajar dengan sebaik mungkin.  Luar bandar atau bandar tidak harus menjadi
halangan bagi seseorang guru itu menjalankan tanggungjawab mereka.  Guru telah dilatih dan
diberi pendapatan yang agak tinggi supaya dpat merealisasikan matlamat masyarakat dan negara
iaitu  menyediakan pelajar yang berkaliber dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek seperti yang termaktub dalam FPK.
Di samping itu, institusi pendidikan juga mempunyai tanggungjawab menjalankan fungsi tidak
nyata seperti menyerapkan norma-norma dan nilai-nilai yang perlu dijadikan ikutan.  Melalui
teladan dan peraturan sekolah, pelajar-pelajar dengan sendirinya mempelajari nilai-nilai yang
baik.  Sekolah di luar bandar juga haruslah menjalankan aktiviti-aktiviti yang mengikuti
perkembangan semasa seperti kempen kesihatan, kempen motivasi dan kempen pengguna.  Guru
perlu memberi peluang yang sama kepada pelajar luar bandar untuk bersaing dengan pelajar
bandar dalam semua aspek.  Pelbagai bentuk pertandingan harus dijalankan supaya pelajar-
pelajar mendapat pendidikan yang mampu digunakan di peringakt IPTA.
5.2 Konsep Sosialisasi
 Sosialisasi adalah proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang
dalam  institut sosial.  Ia juga merupakan proses pembelajaran yang berterusan sepanjang hayat.
Konsep sosialisasi mengkehendaki seseorang individu mempelajari dan menerima nilai, sikap ,
kemahiran dan peranan uang dapat membentuk personalitinya dan menyatukannya ke dalam
kelompok masyarakat.  Terdapat tiga peringkat sosialisasi iaitu permulaan (primer) , peryertaan (
sekunder) dan sosialisasi semula ( resosialisasi).
 Sosialisasi primer berlaku pada zaman awal kanak-kanak yang baru cuba mempelajari konsep
kendiri, personaliti, kemahiran, motor, penaakulan dan kemahiran bahasa.  Di peringkat ini, 
ibubapa dan ahli keluarga perlu membentuk sahsiah yang betul kerana pada usia ini, anak-anak
mudah menerima dan mempelajari.  Nilai-nilai positif ini yang menentukan tingkahlakunya
kelak dalam membuat pertimbangan.  Sosialisasi sekunder pula berlaku di luar keluarga.  Budaya
dipindahkan kepada individu oleh agen-agen seperti rakan sebaya, sekolah, media massa  dan
juga persatuan. Apabila seseorang berhadapan dengan sesuatu yang baru di suasana yang baru ,
dia perlu menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut.  Individu tersebut perlu memilih peranan
yang bersesuaian dengan dirinya.  Individu haruslah dapat membuat pertimbangan yang sesuai
dengan suasana barunya.  Pelajar bumiputera perlu mendapatkan dan mengikuti perkembangan
positif yang dilihat dalam masyarakat kaum Cina, misalnya kecerdikan dalam bidang
perniagaan.  Individu patut mengubah sikap yang kurang realiti supaya mampu bersaing dengan
individu lain.  Pelajar perlu sedar pendidikan sekolah rendah menjadi asas ke arah
kecemerlangan hidup.  Oleh itu, usaha yang berpatutan oleh semua pihak harus dilaksanakan.
Resosialisasi pula merujuk kepada pengagihan konsep kendiri dan cara hidup yang sedia ada
kepada yang baru iaitu mengikut perubahan yang dikehendaki oleh masyarakat.  Pelajar di IPTA
perlu mengikis segala sifat negatif supaya tidak ketinggalan.  Kejutan budaya memang berlaku di
situasi yang baru tetapi pertimbangan yang sewajarnya perlu diambil supaya dapat mengekal dan
meningkatkan prestasi.  Budaya yang sedia ada perlu dicorak semula bersesuaian dengan
keperluan institusi pendidikan.
Oleh itu, pelajar bumiputera haruslah cuba menyesuaikan diri dan cuba memperbaiki kekurangan
diri supaya prestasi di peringkat IPTA dapat dipertingkatkan.

5.3 Konsep Kelas Sosial


 Kelas sosial merujuk kepada segolongan individu yang mempunyai kedudukan yang sama dari
segi kuasa politik , kekayaan, pendapatan, status,  pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca
pengeluaran.  Menurut Karl Marx , kelas sosial adalah kategori individu yang mempunyai
hubungan yang sama terhadap punca-punca pengeluaran serta hubungan pengeluaran seperti
sistem pengagihan dan pertukaran.
Marx mengkategorikan masyarakat kapitalis kepada dua golongan iaitu bourgeoise yang
memiliki punca pengeluaran dan proletariat yang hanya mempunyai tenaga kerja.  Class-in-self
akan menjadi class-for-itself apabila anggota-anggotanya mempunyai kesedaran kelas itu,
menyedari identiti, kepentingan seta peranan sosial. 
R.J.Stalcup ( 1968) mendefinisikan kelas sosial sebagai :
A level in society made up of people who consider themselves equal due to similarities in family
background, level of education, occupation, race and
 attitudes toward social issues. 
Sementara itu, Rohand Meighan (1986) menjelaskan walau apa cara  definisi kelas sosial, ia
tetap menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang
sama.
 Kelas sosial para pelajar selalu dikaitkan dengan kelakuan dan pencapaian pelajar-pelajar di
sekolah.  Dengan kata lain, latar belakang sosio-ekonomi mempunyai kolerasi terhadap perangai
dan pencapaian.  Banyak pandangan yang mengaitkan pencapaian pelajar dengan struktur kelas
sosial masyarakat.   Latar belakang budaya keluarga mempengaruhi pelajar kerana mereka lebih
banyak menghabiskan masa di rumah  bersama keluarga.  Mereka telah disosialisasikan dalam
budaya keluarga yang mungkin berbeza dengan budaya sekolah.  Ada juga mengatakan bahawa
masalah di sekolah adalah refleksi masalah di rumah.  Para pelajar mempunyai nilai-nilai sendiri
yang dibawa ke sekolah. Terdapat juga tanggapan bahwa kelas sosial rendah tidak
mementingkan kelulusan akademik.  Guru harus sedar bahawa disiplin yang berkesan adalah
seiring dengan pengajaran yang berkesan.  Lebih-lebih lagi, profesion perguruan bukan semata-
mata untuk mengajar subjek tetapi juga mendidik manusia.  Individu dari kelas sosial perlu
dididik dengan sabar kerana mungkin rasa rendah diri mereka menjadi  penghalang sehingga
tiada motivasi kendiri.  Kelas sosial rendah tidak sepatutnya menjadi kekangan malah individu
atau pelajar perlu mempunyai sikap positif untuk membuktikan bahawa  pelajar dari kelas sosial
rendah juga mampu mempunyai prestasi akademik yang tinggi dan mampu bersaing denan
pelajar kelas sosial atasan.  Masyarakat perlu berikhtiar untuk meningkatkan prestasi di kalangan
pelajar dengan memberi kerjasama yang sewajarnya kepada pihak sekolah.

6. Cadangan dan Kesimpulan


 Kementerian Pendidikan dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) perlu menapis dan menambah
kualiti pelajar bumiputera yang diterima masuk untuk melanjutkan pelajaran di IPTA.  Langkah
yang drastik perlu dilaksanakan di peringkat sekolah rendah ialah pemantauan prestasi pelajar
secara berterusan dari Tahun 1 supaya produk jangka panjangnya memuaskan.  Pendidikan
prasekolah dapat membantu dalam menangani masalah ini. Kira-kira 40 peratus daripada 500
000 kanak-kanak yang berusia lebih lima tahun di seluruh negara belum berpeluang mengikuti
pendidikan prasekolah.  Program pendidikan prasekolah Kementerian Pendidikan yang
diperkenalkan pada 1992, akan diperluaskan dengan tambahan 1 500 kelas setiap tahun mulai
2003 hingga 2006 dan 
1 600 kelas pada 2007 untuk memberi pendidikan berkualiti.
 Penekanan dan pendedahan yang lebih efisien perlu diberikan kepada para pelajar supaya minat
dalam bidang Matematik dan Sains dapat dipertingkatkan. Menurut 
Dr. Ibrahim dalam kertas kerja”Strategi kebangsaan untuk mengorientasi semula kecenderungan
pelajar ke arah sains dan teknologi” , “peranan patut dimainkan oleh setiap rakyat, bukan sahaja
guru,tetapi juga ibubapa dalam masyarakat keseluruhannya ..” dalam menigkatkan prestasi
dalam Sains dan Matematik.   Peruntukan khas untuk sekolah rendah luar bandar haruslah
dipertingkatkan untuk memudahkan pembelian kit pembelajaran dan CD interaktif pendidikan. 
Masyarakat luar bandar tidak mampu menyediakan peralatan yang canggih sebegitu rupa.
 JKKK kampung di kawasan luar bandar perlu memberikan penekanan kepada pendidikan
dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kerana pendidikan bermula dari rumah. 
Langkah ini dapat menambahkan minat dan menyedarkan kepentingan pendidikan.
 Walaupun pelbagai usaha diambil, pendidikan rendah yang mantap menjadi penentu kepada
pendidikan peringkat tinggi.  Kukuhkan asas, maka kukuhlah kehidupan..
    Pengenalan:
 Sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang memainkan peranan yang amat penting dalam
merubah kehidupan masyarakat. Sekolah adalah pengubah minda dan sekolah adalah penentu
kepada budaya dan pembangunan sesebuah negara. Di sinilah tempat kita menuju wawasan. Di
sini jugalah tempat kita membina bangsa kita. Negara tidak akan maju tanpa sistem pendidikan
yang berkesan. Jikalau sistem pendidikan dan carta organisasi sahaja yang berkesan tetapi
pengurusannya lembab, maka cita-cita negara, dan perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkan
oleh kerajaan hilang begitu sahaja dan cita-cita serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan hanya
tinggal terukir di pejabat atau bilik pengetua dan menjadi rujukan serta kajian ilmiah semata-
mata.

 Sekolah seringkali diungkapkan sebagai sebuah institusi yang menyeluruh bagi segolongan
manusia berkumpul dan bekerja bersama-sama untuk sesuatu tempoh masa yang tertentu.
Organisasi seperti ini ditadbirkan secara formal. Oleh sebab sekolah merupakan sebuah
organisasi, maka wujudlah suatu budaya yang tersendiri dan berkembang di sekolah.

 Budaya secara ringkasnya merujuk kepada cirri-ciri dan hasilan tingkah laku yang dipelajari
oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya. Tylor (1871) menyatakan budaya
sebagai “keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan,
kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan dan kebiasaan yang
diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat”.

 Budaya merupakan apa yang terkandung dalam diri individu hasil daripada pengalaman
interaksi sosial dengan masyarakat di sekeliling kita. Menurut T.Marimuthu (1990;96) budaya
sekolah terdiri daripada “… nilai-nilai, kepercayaan, pengetahuan dan tradisi, cara berfikir dan
tingkah laku yang semuanya berbeza daripada institusi sosial yang lain”.

 Ringkasnya , sekolah mempunyai suatu budaya yang tersendiri yang sememangnya berbeza
daripada budaya institusi yang lain seperti institusi penjara atau hospital sakit jiwa. Ini kerana
sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang wujud dengan adanya para guru dan pelajar.
Guru dan pelajar berinteraksi dalam menyampai, menyumbang dan menimba ilmu pengetahuan.
Proses pengajaran dan pembelajaran tersebut telah melahirkan suatu budaya sekolah. Dalam erti
kata lain, budaya sekolah sebahagian besarnya adalah hasil daripada interaksi diantara guru-guru
dan pelajar-pelajarnya.

2.     Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kewujudan Budaya Sekolah:


 Budaya sekolah selalunya kekal untuk satu tempoh yang tertentu.Budaya sekolah biasanya
wujud melalui lima faktor:

2.1   Faktor pertama:


 Faktor  pertama yang mempengaruhi kewujudan budaya sekolah ialah sekolah sebagai sebuah
institusi formal, sekolah mewujudkan objektif dan peringkat tingkah laku tertentu di kalangan
pelajar mengikut rangkaian peraturan dan undang-undang.

2.2   Faktor kedua:


Sekolah merupakan sebuah organisasi berdasarkan waktu . Sekolah bermula dan tamat pada
waktu yang telah ditetapkan . Oleh sebab itu pelajar yang datang lewat akan dikenakan tindakan
disiplin atau didenda.

2.3   Faktor Ketiga:


Sekolah juga merupakan institusi yang digred mengikut umur pelajar. Pelajar diasingkan
mengikut umur dan sesetengahnya mengikut kebolehan dan keupayaan. Pelajar yang lebih umur
tidak dibenarkan mengulang kelas. Di negara kita , seseorang pelajar hanya dibenarkan
mengulang sekali sahaja dalam tempoh sembilan tahun persekolahan.

2.4    Faktor Keempat:


 Upacara dan keramaian  yang diadakan di sekolah seperti perhimpunan sekolah , upacara
menaikkan bendera dan menyanyi lagu kebangsaan , lagu negeri dan lagu sekolah memberi
pelbagai makna atau simbol kepada pelajar. Upacara lain ialah seperti hari ucapan dan
penyampaian hadiah, hari sukan tahunan, pameran tahunan, lumba jalan kaki, pesta dan
persembahan pentas. Semua upacara dan perayaan ini mengembangkan budaya sekolah yang
membawa kepada stabiliti sekolah sebagai sebuah sistem sosial . Perkara lain yang telah menjadi
simbol atau lambang budaya sekolah ialah seperti pakaian seragam sekolah, lencana, tali leher,
warna sekolah dan sebagainya. 

2.5    Faktor kelima:


 Dalam konteks yang lebih luas, budaya sekolah ditentukan oleh matlamat institusi berkenaan.
Matlamat pendidikan ialah pemindahan budaya , sosialisasi golongan muda, menyerapkan
pengetahuan dan kemahiran serta mengembangkan kebolehan pelajar. Sekiranya sekolah hanya
memberikan perhatian kepada pemindahan pengetahuan dan kemahiran dengan tujuan lulus
dalam peperiksaan, akan wujudlah subbudayanya yang berorientasikan akademik. Sebahagian
besar sekolah di negara kita mempunyai budaya akademik yang amat kuat di samping subbudaya
yang lain seperti olahraga, sukan, permainan dan persatuan.

 Menurut Bantock (1973) pula budaya yang wujud di sekolah adalah akibat daripada dua faktor
yang besar. Faktor yang pertama ialah masalah disiplin di sekolah. Semenjak dahulu lagi ,
pelajar yang nakal dan melanggar peraturan sekolah akan didenda manakala yang baik dan patuh
kepada peraturan akan diberi ganjaran seperti puji-pujian dan sebagainya. Maka timbullah satu
bentuk budaya yang dikenali sebagai budaya informal di sekolah berkenaan.
 Faktor kedua yang mempengaruhi kewujudan budaya sekolah ialah peranan peperiksaan.
Peperiksaan mendorong persaingan yang sihat di kalangan pelajar. Mereka berlumba-lumba
untuk mencapai kecemerlangan , dan akhirnya mewujudkan suatu budaya sekolah yang formal .
Pelajar mempunyai nilai dan persepsi yang positif, tetapi dalam proses bersaing dan berlumba-
lumba menimba ilmu , terdapat pelajar yang lemah,  dan ketinggalan dalam pelajaran mereka.
Maka wujudlah segolongan pelajar yang mempunyai nilai yang negatif. Mereka menimbulkan
‘budaya pelajar’  yang tidak sihat di sekolah .

3.     Jenis Budaya Sekolah :


 Budaya sekolah di Malaysia bolehlah diklasifikasikan kepada tiga jenis. Tiga jenis budaya yang
menunjukkan corak kehidupan dalam budaya sekolah ialah :
a) Budaya Instrumental
b) Budaya Ekspresif
c) Budaya Moral

 Tujuannya ialah pengumpulan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk lulus di
dalam peperiksaan di samping menghasilkan pelajar dan warganegara yang baik dan sempurna.
Dalam erti kata yang lain ialah, budaya ini mengutamakan matlamat masa hadapan para pelajar.

3.2    Budaya Ekspresif:


 Tujuannya ialah untuk memuaskan kehendak kreatif dan seni para pelajar . Aktiviti diadakan
untuk mereka menghilangkan ketegangan , serta meluahkan tenaga tanpa sebarang kawalan
daripada kakitangan sekolah.Contoh aktiviti ialah seperti menari, melukis, atau bermain muzik
mengikut kecenderungan dan minat masing-masing. Tidak terdapat sebarang sekolah di
Malaysia yang menekankan budaya ekspresif ini, tetapi terdapat beberapa buah sekolah di
Britain dan Amerika Syarikat yang mengamalkannya.

3.3    Budaya Moral:


 Tujuannya ialah untuk melahirkan pelajar bermoral yang berkemampuan membuat
pertimbangan tentang beberapa tindakan atau tingkah laku yang betul atau salah. Sekolah
menghukum setiap kesalahan dan memberikan ganjaran seperti hadiah kepada yang betul atau
baik.

4.     Aspek Budaya Sekolah:


Dahlke(1958) membezakan tiga aspek  yang luas dalam budaya sekolah. Tiga aspek 
tersebut ialah Peralatan (Instrumental) Dari aspek ini manusia membuat pilihan terhadap teknik
melakukan sesuatu. Ia adalah alat untuk memperoleh objektifnya. 
Peraturan (Regulative) Aspek ini merujuk kepada tindakan manusia dan penggunaan peralatan
yang tertakluk kepada peraturan dan undang-undang. Mereka akan memberitahu apa yang harus
dilakukan atu mesti dilakukan.Peraturan sekolah adalah ketentuan atau garis panduan yang
dikenakan oleh pihak sekolah untuk mewujudkan disiplin di kalangan pelajar. Sejak 1956,
Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan surat pekeliling mengenai peraturan yang perlu
dilaksanakan di sekolah yang meliputi peraturan pakaian seragam, potongan rambut, larangan
merokok, lawatan sekolah, pembuangan murid daripada sekolah, penyalahgunaan dadah,
peraturan tatatertib sekolah dan peraturan am.
Arahan (Directive). Daripada aspek arahan, para individu memperoleh nilai-nilai semerta,
interpretasi mereka tentang hidup, dan matlamat yang mereka kerjakan.

 Budaya sekolah seperti ini telah digunakan untuk melahirkan pelajar yang berjaya dan
bertingkah laku mulia. Sebenarnya seluruh budaya sekolah dikuasai oleh nilai domain sekolah,
yang berorientasikan akademik, sehinggakan anak-anak digolongkan kepada dua kategori yang
luas, iaitu akademik dan bukan akademik.

5.     Budaya Sekolah Yang Formal dan Informal:


 Dalam membicarakan tentang budaya sekolah, Brembeck (1966), Ivan Reid (1978),
Waller(1932), Sugarman (1967), dan beberapa orang ahli sosiologi yang lain telah mengenal
pasti dua bentuk budaya yang dominan di sekolah, iaitu budaya formal dan budaya informal.
 Brembeck(1966:247) menghubungkaitkan budaya formal yang wujud di sekolah dengan
perlakuan pelajar yang positif, iaitu ....culture may be defined as learned and shared behaviour.
Sekolah dipercayai akan dapat menyampaikan nilai budaya sesuatu masyarakat kepada
pelajarnya . Nilai tersebut ialah seperti kepercayaan terhadap negara , bahasa dan kesusasteraan,
sejarah, tradisi, muzik dan seni, kepercayaan dan perhubungan antara manusia yang sopan dan
hormat (1966:247)
 Walaupun sekolah mewujudkan nilai yang bertentangan , namun Brembeck percaya nilai yang
baik dan positif boleh disemai dan dipupuk, misalnya pelajar boleh diajar dan dilatih
bekerjasama, sama ada mereka bertanding dalam sukan, ataupun bersaing dalam sesebuah kelab.
Pendapat Brembeck ini disokong oleh Ivan Reid (1978:50) yang mengatakan,  The objective of
the formal culture of school is to produce seccessful (achieving), well-behaved pupils. Common
sense tells us that schools and teachers spend most of their time attempting to get pupils to
behave in fairly closely prescribed ways (the ideal pupil role) in order to achieve.
Dalam perkataan lain , Ivan Reid juga bersetuju bahawa budaya  formal sekolah akan dapat
menghasilkan pelajar yang berjaya serta berkelakuan baik. Guru akan sentiasa berusaha ke arah
mencapai matlamat tersebut. Sebaliknya , menurut Ivan Reid (1978:45) budaya sekolah yang
tidak formal akan menghasilkan pelajar yang berbakat lain daripada  academic ability, iaitu
mereka akan menyerlah dalam fighting/sporting ability. Maksudnya ialah mereka lebih
cenderung dalam bidang yang bukan akademik seperti sukan, permainan, persatuan, atau kerja
amal. Mereka dikatakan mempunyai budaya sendiri yang dikenali sebagai pupil culture( Waller,
1932) atau sebagai youth culture (Parsons, 1942). Mereka selalu menimbulkan masalah disiplin
di sekolah seperti merokok, ponteng sekolah, atau bergaduh. Oleh sebab itulah, mereka sering
digelarsebagai pengacau ataupun ‘samseng’ di negara kita. Golongan pelajar ini seringkali
mempunyai klik sendiri, iaitu kumpulan-kumpulan sebaya yang suka melepak, meminati lagu-
lagu pop dan rock, ponteng sekolah dan sebagainya. Pada keseluruhannya mereka ini lemah
dalam bidang akademik.

6.     Kesan Budaya Sekolah:


 Budaya sekolah yang terlalu menekankan pencapaian akademik telah menimbulkan beberapa
masalah di kalangan remaja. Masalah remaja bolehlah dikategorikan ke dalam tiga golongan
iaitu;
a) Aktiviti akademik (pencapaian yang tinggi dan murid yang lembap),
b) Pelanggaran peraturan tatatertib (perosak akhlak dan pengacau),
c) Masalah emosi ( takut dan menarik diri).

Budaya sekolah yang formal yang terlalu berorientasikan akademik. Ramai pelajar yang berasal
daripada keluarga yang taraf sosioekonominya rendah tidak berupaya memenuhi permintaan
yang tinggi daripada budaya akademik ini. Seluruh struktur dan organisasi sekolah dibentuk ke
arah membantu pelajar agar lulus dalam peperiksaan dengan kelulusan yang baik.
 Untuk meninggikan taraf dan mutu usaha akademik, pelajar dibahagikan ke dalam jurusan
mengikut kebolehan. Guru yang paling berpengalaman ditempatkan dalam jurusan yang
pelajarnya berkebolehan  lebih tinggi. Akibatnya , pelajar yang lemah diabaikan. Apabila
membahagikan jurusan mengikut kebolehan pelajar (dinilai daripada ujian kelas) di peringkat
sekolah rendah, pelajar daripada keluarga yang berada  yang telah menghadiri pelajaran
prasekolah akan diasingkan dan mereka akan terus memperoleh kejayaan yang membanggakan,
manakala mereka yang daripada keluarga miskin akan menjadi semakin lemahtahun demi tahun.
Inilah salah satu daripada sebab mengapa sekumpulan murid masih belum dapat mengikuti
pelajarannya setelah enam tahun bersekolah.

7.     Kesimpulan:
 Secara simplistik, ciri-ciri yang saya anggap tergolong di bawah budaya sekolah ialah budaya
ilmu, budaya insan yang kamil seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
budaya kepimpinan, budaya kerja, budaya komunikasi dan seterusnya budaya bilik
darjah.Budaya sekolah yang sihat itu ialah ciri-ciri budaya dan sub-budaya yang dapat
menyumbangkan kepada perwujudan dan pertumbuhan sekolah sebagai institusi pendidkan
dengan erti kata yang sebenarnya, yang mana dapat membantu merealisasikan segala yang
tersurat dan yang tersirat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
 

1.3 Menganalisis Isu Berdasarkan Tiga Konsep Sosiologi


1.3.1 Definisi Modenisasi
Modenisasi merupakan satu proses transformasi ekonomi dan sosial dalam masyarakat sebagai
kesan daripada bermulanya perindustrian. Modenisasi boleh juga diterima sebagai keadaan di
mana masyarakat tradisional menggantikan atau memodenkan sikap, autoriti, hubungan dan
nilai-nilai lama kepada yang dikatakan baru. Gaya hidup tradisi telah berubah sebagai gaya hidup
moden.

1.3.2 Modenisasi
Salah satu alasan utama yang menjurus kepada masalah jenayah di kalangan remaja adalah
disebabkan oleh proses modenisasi. Dalam dunia yang serba moden ini, masyarakat yang
inginkan kemewahan menjadi semakin individualistik dan materialistik.
Masyarakat moden tidak lagi menerima suratan takdir. Mereka mempercayai bahawa usaha
mereka boleh membawa kebaikan. Jika dibanding dengan masyarakat tradisional, masyarakat
industri moden mempunyai cita-cita tinggi. Mereka mahukan prestij, gaji tinggi dan barang-
barang materialistik.
Masyarakat moden tidak lagi menganggap saudara-mara mereka, jiran atau orang sekampung
sebagai kelompok rujukan. Mereka mempunyai hubungan yang luas – diluar batasan sosial dan
fizikal. Terdapat beberapa adat resam tradisional yang sudah tidak diamalkan lagi dalam
masyarakat moden. Masyarakat moden lebih senang menerima pembaharuan dan memandang
kepada masa depan.
Keadaan ini telah menyebabkan remaja kini terbiar dan tidak mendapat perhatian daripada ibu
bapa yang sibuk dengan kerja masing-masing. Dengan ini, remaja akan membantah dengan cara
tersendiri untuk mendapatkan perhatian. Ini akan menjadi satu penggalak kepada masalah
jenayah.

1.3.3 Kelas Sosial


Terdapat banyak kajian tentang hubungan di antara latar belakang keluarga yang tidak stabil
dengan kerosakan akhlak di kalangan anak-anak muda. Pelajar-pelajar yang datang dari keluarga
bermasalah dengan taraf sosio ekonomi yang rendah adalah antara faktor utama pelajar terjebak
dalam kancah masalah disiplin atau lebih teruk lagi iaitu jenayah.
Di rumah, kekeluargaan dan penerimaan (acceptance) tidak wujud bagi sebilangan pelajar.
Selain itu, bilangan ibu bapa dan penjaga yang bekerja di luar rumah, semakin meningkat
menyebabkan pelajar berasa terbiar dan tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.
Dapatan yang dinyatakan ini bertepatan dengan hujah-hujah dan dapatan kajian Athur & Ericson
(1992); Kosterman (1996) ; yang jelas menunjukkan faktor keluarga merupakan alasan utama
menyebabkan masalah disiplin. Keadaan ini akan menjadi semakin teruk jika masalah ini tidak
ditangani.

1.3.4 Budaya Sekolah


Budaya sekolah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat. Sekolah itu sendiri lahir
daripada keperluan masyarakat. Pendidikan nilai amat diutamakan. Seorang murid warganegara
Malaysia adalah dikehendaki menerapkan nilai-nilai material dan bukan material ala Malaysia.
Sekiranya beliau mengengkari nialai-nilai berkenaan, maka berlakulah penyelewengan budaya.
Sekarang kurikulum pendidikan Malaysia mengutamakan penerapan nilai-nilai murni dalam
mata pelajaran yang tentunya bertujuan membina budaya masyarakat. Walau bagaimana pun,
terdapat juga amalan-amalan budaya yang berbeza di kalangan kumpulan-kumpulan di sekolah
yang biasanya berlaku secara tidak formal. Ini disebut subbudaya.
Subbudaya yang biasa menonjol merupakan penyelewengan-penyelewengan kumpulan yang
terkeluar daripada budaya komuniti sekolah dan masyarakat. Kumpulan-kumpulan ini mungkin
tidak melihat sekolah sebagai sesuatu yang penting ataupun mereka bosan bersekolah. Antara
contoh-contoh subbudaya di kalangan kumpulan-kumpulan murid adalah seperti subbudaya
ponteng, subbudaya lepak, subbudaya botak dan subbudaya black metal.
Kelahiran subbudaya ada kaitan dengan faktor hubungan murid dengan rakan-rakan dan
komuniti di luar sekolah seperti kehidupan kampung atau rumah pangsa. Masalah-masalah ini
perlu ditangani sebelum remaja-remaja ini melakukan sesuatu yang tidak diingini iaitu jenayah.

1.4 Cadangan dan Kesimpulan


Sama ada disedari atau tidak kebanyakan masalah yang melanda remaja masa kini adalah
disebabkan oleh tekanan serta permasalahan yang wujud di dalam persekitaran. Terdapat banyak
faktor yang perlu ditimbang sebelum kita boleh menuding jari siapa penyumbang utama isu ini.
Bak kata pepatah “mencegah adalah lebih baik daripada mengubati”. Maka, adalah wajar bagi
masyarakat dan pihak berkuasa untuk mencari punca bagi masalah jenayah ini.
Sebagai penjaga kepada anak-anak, ibu bapa perlu lebih peka dan sentiasa mengambil berat
tentang masalah yang dihadapi oleh anaknya. Masyarakat pula patut mengambil langkah untuk
mengubah budaya yang menganggap seks sebagai suatu topik larangan. Ibu bapa patut bersikap
terbuka dan membincangkan isu ini dengan anak-anak mereka. Mata pelajaran seks juga perlu
dimasukkan dalam sistem pendidikan kita dan guru perlu diajar bagaimana untuk mengajar tajuk
ini daripada membiarkan mereka mengajar tanpa latihan sebenar.
Akhir sekali, marilah kita dengan penuh sedar dan keinsafan bergabung fikiran, tenaga,
kepakaran dan pengalaman, bertindak mencari jalan penyelesaian walaupun usaha yang
dilaksanakan nanti belum pasti dapat menghapuskan permasalahan ini tetapi sekurang-kurangnya
kita berusaha untuk membendung daripada terus merebak memusnahkan anak bangsa, rakyat dan
negara yang tercinta.

You might also like