You are on page 1of 7

Tajuk

Lawatan Disiplin dan Pusat Sumber Sekolah ke Cameron Highlands

Tujuan
Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon kebenaran mengadakan lawatan
sambil belajar ke Cameron Highlands oleh Unit Disiplin yang berkolaborasi dengan Pusat
Sumber Sekolah.

Asas Pertimbangan
Fikiran yang lapang datangnya dari pandangan, hati dan pengalaman yang dilalui. Semua
aspek perlu digabungkan bagi meluaskan fikiran. Kelapangan fikiran bukan sahaja diperlukan
oleh guru, ibu bapa tetapi amat perlu bagi murid. Banyak cara untuk mendapatkan kelapangan
ini antaranya adalah melalui lawatan sambil belajar bagi melihat dunia luar dari sekolah. Oleh
yang demikian, pihak sekolah melalui Unit Disiplin telah merancang untuk mengadakan lawatan
bagi memberi peluang kepada murid untuk membuka minda melihat dunia luar dari ibu kota.

Objektif
1. Memberi peluang kepada murid menimba pengalaman baru tentang persekitaran luar
sekolah.
2. Mengenali tempat-tempat menarik di Malaysia.
3. Sebagai imbuhan kepada murid-murid (pengawas sekolah) yang banyak membantu
sekolah dan guru dalam melaksanakan agenda sekolah terutama tentang disiplin.

Sasaran
Pengawas-pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan ketua-ketua kelas.
AHLI JAWATANKUASA LAWATAN

Penasihat : En. Ahmad Faris Bin Johan

Pengerusi : Pn. Hjh. Supiah Bt. Hussin (GPK HEM)

Penyelaras Lawatan : En. Mustakim B. Burhanuddin

AJK Pelaksana

a) Publisiti dan Pendaftaran


1. Pn. Nurhidayah Ashita Abdullah
2. Pn. Hairani

b) Pengangkutan
1. En. Asarudin
2. En. Mohd Shukri Mustafa

c) Makanan dan Persegaran


1. Pn Rashidah Abd Rahim
2. Cik Ummul Aemma Murtedza

d) Disiplin
1. En. Mustakim Bin. Burhanuddin
* Semua guru pengiring

e) Dokumentasi dan Jurugambar


1. Pn Noor Adyanie Mohd Yusof

f) Penginapan / Pemandu Pelancong


1. En. Mustakim Bin Burhanuddin
Pelaksanaan

BIL PERKARA TARIKH TINDAKAN


1. Menetapkan lokasi dan tarikh
2. Kertas kerja
3. Senarai nama pengawas & guru,
permohonan lawatan dan dokumen
4. Menghantar kertas kerja & lulus
5. Menghantar borang permohonan –
PPD
6. Mesyuarat aktiviti akhir tahun
7. Siaran kepada pengawas
8. Taklimat kepada pengawas
9. Lawatan
Tentatif Lawatan
17.7.2010(Sabtu)
7.30 pagi - Berkumpul di sekolah
- Taklimat
- Bacaan doa

8.00 pagi - Bertolak Ke Cameron Highlands

12.00 Tengah Hari - Sampai di Cameron Highlands


- Makan tengah hari.

2.00 petang - Stesen Penyelidikan Mardi


- ke pusat jualan sayur/kaktus di sekitar Brinchang

5.30 petang - Tiba ke SK Brinchang

7.30 malam - Makan malam dan solat Maghrib

8.30 malam - ke pasar malam Brinchang

10.30 malam -Rehat dan tidur

18.7.2010 (Ahad)

8.00 pagi - Senaman dan sarapan pagi

8.30 pagi - Pasar pagi di Brincang


- Ladang penternakan lebah
- Taman Rama-rama

12.00 tengah hari - Bertolak pulang ke sekolah


-

2.00 petang - Makan tengah hari di Kuala Woh

7.00malam - Dijangka sampai di SK. Kajang Utama


Implikasi Kewangan

Pendapatan

1. Yuran penyertaan pelajar orang 76 X RM 95 RM7220.00


2. Yuran Penyertaan guru 8 orang X RM 80 RM 640.00

JUMLAH RM7860.00

Perbelanjaan
1. Bas
- RM1700 X 2 buah RM3400.00
2. Makanan
- 84 X RM 25.00 RM2100.00
3. Penginapan
- RM15 X 84 RM1260.00
4. Dokumentasi RM 150.00
6. Tiket-tiket lawatan
- 84 X RM 10.00 RM 840.00
7. Kecemasan / Runcit RM 110.00

JUMLAH RM7860.00
Disediakan oleh,

_________________________
(MUSTAKIM BIN BURHANUDDIN)
Penyelaras Projek Lawatan,
Unit Disiplin,
SK. Kajang Utama.

KERTAS KERJA INI DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN

TANDA TANGAN : ___________________________________


NAMA : ___________________________________
TARIKH : ___________________________________
SEKOLAH KEBANGSAAN KAJANG UTAMA
43000 KAJANG, SELANGOR

KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
UNIT DISIPLIN DAN PUSAT SUMBER
SEKOLAH
KE CAMERON HIGHLANDS

TARIKH :
17 dan 18 JULAI 2010
2 HARI 1 MALAM

You might also like