You are on page 1of 4

BEBAN KERJA GURU

Peranan utama sekolah adalah untuk memberikan pendidikan yang sempurna


(Omardin, 1996). Guru pula menjadi tunjang dalam menjalankan fungsi sesebuah
sekolah. Persoalannya, apakah yang akan terjadi kepada sekolah jika guru tidak dapat
memberikan prestasi baik dalam tugasnya. Tekanan emosi di kalangan guru semakin
meningkat dan merupakan faktor penyumbang kepada prestasi rendah seorang guru
masa kini.

Merujuk kepada keratan akhbar, Utusan Malaysia bertarikh 23 Januari 2008,


mantan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendedahkan
bahawa beban kerja para guru pada masa kini adalah terlalu berat. Guru terpaksa
menanggung bebanan yang berada di luar bidang tugas. Pada zaman ini, tugas guru
bukan sekadar mengajar namun memainkan peranan dalam hal-hal lain seperti
pembangunan fizikal sekolah, menjaga disiplin, mengurus pentadbiran. Beban kerja
yang terlampau banyak memaksa guru bekerja dalam tempoh masa yang panjang dan
membawa kepada tekanan kepada emosi guru.

Faktor kedua adalah sikap ketua di tempat kerja. Apabila merujuk kepada
‘ketua’, kita membincangkan peranan guru besar di sesebuah sekolah. Apabila sekolah
hendak dipantau, pelbagai bentuk baik pulih harus dijalankan bagi memenuhi kehendak
pemeriksa. Sudah menjadi tanggungjawab untuk pihak sekolah memikul tugas masing-
masing, namun ada sesetengah guru besar memberi tekanan dengan memaksa
melakukan kerja di luar bidang kerjanya. Guru yang merupakan petugas pada peringkat
dasar dikerah untuk menyempurnakan kehendak sekolah. bersesuaian dengan
kenyataan, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dalam
kenyataannya di dalam akhbar yang sama, berpendapat guru-guru di negara ini
terpaksa berdepan dengan tugas-tugas pentadbiran termasuk mengisi borang,
pendaftaran dan penyeliaan sekolah.

Faktor ketiga merujuk kepada kurangnya kerjasama ibu bapa dalam menjayakan
fungsi sesebuah sekolah. Menurut pengkelasan yang dibuat oleh, Jawatankuasa
Menangani Beban Tugas Guru berdasarkan resolusi yang dipersetujui pada
Persidangan Pertubuhan Buruh Sedunia (ILO) 1930, laporan awal jawatankuasa itu
mendapati 12.7 peratus masa guru di negara ini dihabiskan untuk aktiviti ko-kurikulum,
8.9 peratus untuk hal ehwal murid dan 1.2 peratus untuk pengurusan asrama. Dapat
dilihat peranan guru bukan sekadar mengajar tetapi menjaga dan membentuk disiplin
murid-murid. Seandainya ibu bapa tidak memberikan kerjasama dalam mendidik anak-
anak, guru yang menjadi fokus utama dalam menguruskan masalah ini. Masalah
ponteng kelas, bergaduh, merokok, dan mencuri antara gejala yang terpaksa dihadapi
guru. Bimbingan dan kaunseling ada disediakan pihak sekolah untuk berhadapan
dengan situasi demikian, dan guru yang menjadi petugasnya. Namun, semua itu sia-sia
sesudah murid-murid keluar dari kawasan sekolah dan cenderung melakukannya di
rumah jika tidak dipantau ibu bapa. Alangkah baiknya jika didikan bermula dari rumah
dan peranan guru lebih efektif untuk mengajar.

Faktor keempat membincangkan kemahiran guru dalam menguasai tugas yang


diberikan. Secara purata, guru-guru mengambil masa 38 hari setahun untuk menghadiri
kursus dan latihan. Ia adalah keperluan dan peluang memperbaiki kemahiran di dalam
tugas yang diberikan. Namun, ada sesetengah guru tidak mengambil inisiatif untuk
memperkembangkan kemahiran. Apabila cabaran baru datang, guru ini tidak mengikuti
perkembangan semasa dan terpaksa mengambil masa yang lebih lama untuk
memperbaiki diri. Dalam tempoh ini, dia akan ketinggalan dan tekanan akan dirasai
lebih daripada guru lain.

Dalam kenyataan Menteri Pelajaran juga, jawatankuasa perlu meneliti perbezaan


antara jumlah waktu mengajar antara guru berpengalaman dengan yang tidak, tahap
penglibatan guru dalam ko-kurikulum serta jenis program latihan. Kenyataan ini
menunjukkan berlakunya konflik tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Ini
bermaksud, guru tidak jelas akan fungsinya malah lebih teruk jika pihak pentadbiran
yang mengagihkan tugas tidak memahami kehendak yang diperlukan. Apabila
perubahan berlaku di saat akhir, guru ini akan terjerumus dalam keadaan tertekan
kerana tidak jelas akan tugasnya.
Sebagai guru permulaan kelak, kita harus mengambil berat dalam penjagaan
sekitar tempat kerja. Ia merupakan aspek penting untuk menjalankan kerja dalam
keadaan kondusif dan tidak mendatangkan tekanan. Bayangkan bekerja di dalam
suasana yang dikelilingi bau sampah, panas melampau, bunyi bising, dan keadaan
berhabuk semasa bekerja. Sudah pasti akan menimbulkan perasaan tidak selesa
semasa menjalankan tugas dan mencetus tekanan. Oleh itu, harus mengenalpasti
punca ketidakselesaan dan atasi masalah tersebut sebelum ia menjadi faktor tekanan.

Walaupun isu bebanan guru sering diperdebatkan dan cuba ditangani dengan
pelbagai cara, namun ia adalah isu yang tak akan selesai. Ini merupakan pendapat
saya kerana keperluan pendidikan semakin meningkat dan harus dipenuhi. Daripada
menunggu bantuan, guru itu sendiri harus mengambil inisiatif dalam kemahiran
pengurusan masa. Kerja yang diberikan tidak harus bertangguh dan diselesaikan dalam
tempoh yang sepatutnya. Kemahiran ini boleh membantu mencari fokus kerja dan
menyelesaikannya mengikut prioriti.

Kemahiran menyelesaikan masalah dapat membantu saya menangani masalah


secara rasional dan merancang penyelesaian secara sistematik. Masalah adalah
perkara biasa yang boleh mendatangkan kesan positif kepada guru. Namun ia boleh
menjadi negative jika terlampau banyak dan tidak ada cara sistematik untuk
menguruskannya. Berdasarkan pemerhatian saya, kebanyakan guru sering
menyelesaikan masalah mengikut kebiasaannya. Ini sesuai untuk guru berpengalaman
namun bagaimana dengan guru permulaan seperti saya sendiri. Sudah pasti saya
harus mencari satu ‘formula’ untuk menyediakan diri untuk cabaran seperti ini.
Kemahiran ini melibatkan sumbangsaran, menyenarai semua cara penyelesaian yang
mungkin dan mengambil tindakan. Kemudian melaksanakannya sebelum dinilai dan
dipertimbangkan semula. Langkah penyelesaian terakhir akan diambil berdasarkan
cara yang terbaik.

Umur atau pengalaman tidak harus dijadikan alasan tidak menguasai kemahiran
berkomunikasi. Seperti profesion lain, kita melibatkan diri di dalam persekitaran yang
dipenuhi pelbagai ragam manusia. Jika seseorang guru mempunyai cara komunikasi
berkesan, mereka mampu meluahkan buah fikiran dan memahami luahan orang lain
tanpa melibatkan stress. Sudah menjadi kebiasaan ibu bapa datang ke sekolah apabila
kurang mengerti akan tindakan sekolah terhadap anak-anak mereka. Guru yang
menjadi perunding dan ia harus dibincangkan dan diselesaikan dengan aman.

Mungkin ada yang mengambil remeh tentang cara hidup sihat dan seimbang.
Logiknya, kita tidak mampu memberikan terbaik jika kita berada dalam keadaan letih
lesu dan sakit sepanjang masa. Guru adalah manusia biasa dan menjalankan rutin
seorang manusia. Hobi dan aktiviti rekreasi mampu mengurangkan tekanan kepada
emosi di samping memberi ruang kepada diri sendiri untuk membuat refleksi kendiri.

Kesimpulannya, tekanan emosi merupakan perkara biasa di dalam apa jua


pekerjaan. Namun, jika diuruskan dengan baik sistematik, ia menjadi pencetus kepada
motivasi untuk memberikan yang terbaik dalam prestasi kerja.

You might also like