You are on page 1of 14

Pengenalan

Tembikar adalah sejenis barangan yang diperbuat daripada tanah liat yang telah diproses,


dibentuk dan kemudiannya dibakar bagi mengekalkan rupa bentuk tembikar tersebut. Tembikar yang
telah dibakar di dalam tanur memiliki kekuatan yang lebih dan kalis air.

Kegiatan perusahaan seni tembikar tradisional di Semenanjung Malaysia telah mula dikenali
sejak zaman berzaman dan kini masih hidup perusahaannya di Semenanjung Malaysia. Tembikar
merupakan lambang keindahan warisan kesenian yang lahir dari ketajaman ilham manusia. Perusahaan ini
kebanyakan di usahakan oleh kaum wanita. Seni tembikar merupakan hasil seni kraf tangan yang
diperbuat dari tanah liat yang diuli, diterap dengan pelbagai corak, diserap serta dibakar untuk
menghasilkan rupa bentuk yang unik dan berseni.

Tembikar yang terdapat di Sayong, daerah Kuala Kangsar, Perak yang dikenali sebagai Labu
Sayong berwarna hitam. Mengikut sejarah Labu Sayong ini, apabila wujudnya buah labu tua yang
dikeluarkan isinya dan dibersihkan sebelum dijadikan bekas untuk menyimpan air. Labu hitam ini pada
zaman dahulu adalah tempat untuk menyimpan air minuman. Keistimewaan labu hitam ini ialah airnya
yang sejuk dan dipercayai boleh menawarkan beberapa jenis penyakit seperti batuk, demam panas. Ia
juga digunakan sebagai bekas air sewaktu menziarahi tanah perkuburan.

Bentuk Labu Sayong menekankan sifat semula jadi iaitu tanah liat serta teknik penggunaan
tangan. Rekaannya pula menggunakan motif alam sekitar seperti motif bunga padi, pucuk rebung, bunga
cengkih dan juga geometri yang harmoni. Oleh yang demikian, Labu Sayong tetap dikagumi dan diminati
kerana bukan sahaja penggunaannya semata-mata tetapi keindahannya yang berasaskan nilai estetika
barangan tembikar itu.
Senarai Kandungan

Tajuk Muka surat


Pendahuluan
Sejarah tembikar
Jenis-jenis tembikar
Bahan tembikar
Cara-cara membuat tembikar
Teknik membuat tembikar
Tokoh-tokoh tembikar
Rujukan
Gambar-gambar tembikar
Folio Seni 2010

Nama:Fateen Adriana binti Adzhar.


Kelas:1 Karisma
Guru Seni:Puan Sumathy a/p Raghavan
Sejarah
Sejarah seni tembikar ini bermula sejak beribu tahun dahulu. Seni Tembikar ini telah terbukti dengan
penemuan barangan tembikar seperti di

 Gua Cha, Kelantan,


 Bukit Tengku Lembu,Perlis,
 Ulu Tembeling,Pahang,
 Bukit Tamabun, Perak
 Guah Niah,Sarawak.

Pada zaman dahulu, ragam hias pada permukaan serpihan tembikar berbentuk sederhana yang dibuat
secara spontan dan dibakar pada sebarang suhu.

Tembikar-tembikar neolitik yang dijumpai di Mesir, Cyprus dan Crete merupakan contoh-contoh yang
menarik dari segi ragam hias. Pada zaman tersebut teknik sepuh dan guris telah berkembang. Selain
itu,tembikar bukan sahaja dihasilkan dengan bahan tanah liat basah tetapi juga dicampuri dengan pasir,
serbuk batu dan arang. Tanah liat asli diambil dari dalam bumi dan sungai. Ia terdiri daripada ‘kulit dan
tanah liat endapan’.

Di Perak, terdapat empat tempat yang berasingan, iaitu sebahagian penduduknya melakukan perusahaan
tembikar secara kecil iaitu di Lenggong, Krian, utara Perak, di Sayong, Kuala Kangsar, Perak Tengah dan
di Pulau Tiga sebelah selatannya. Usaha untuk menghidupkan kraf tangan tembikar ini telah dijalankan
oleh PKKM di Enggor, berhampiran dengan Jambatan Iskandar.

Kegunaan tembikar pada zaman dahulu digunakan sebagai kegunaan harian dan secara keseluruhannya
berbentuk periuk, belanga dan kukusan merupakan yang paling awal dicipta. Manakala, di Sarawak dan
Sabah pula tembikar digunakan untuk upacara pengebumian. Dari segi bentuknya pula tidak jauh berbeza,
persamaan dari segi susunan motif, ketebalan dan dibuat melalui teknik pembakaran pada suhu rendah
dengan permukaan yang berwarna coklat, hitam dan kelabu gelap. Walau bagaimanapun tembikar
berbeza kerana dihasilkan mengikut teknik-teknik tersendiri serta dipengaruhi oleh budaya dan latar
belakang si pembuat.
Bahan-bahan
 Tanah liat

Langkah-langkah memproses tanah liat

 Tanah liat dimasukkan ke dalam bekas yang besar.


 Tanah liat dicampurkan dengan air supaya menjadi lembut.
 Tanah liat ditapis dengan penapis khas.
 Tanah liat disimpan semalam-malaman bagi pemendapan.
 Air di dalam bekas dibuang, manakala selut tanah liat ditinggalkan.
 Selut dicurahkan ke atas permukaan kepingan plaster Paris untuk pemendapan kali kedua.
 Biarkan air yang terkandung dalam selut diserap sehingga menjadi liut untuk proses
menguli.
Tokoh
Zamri bin Pandak

 Lahir di Kampung Kepala Bendang, Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1942.
 Memperoleh kemahiran membentuk tradisi daripada datuknya sejak berumur 15 tahun
dan terus berkecimpung dalam bidang ini.
 Berkhidmat sebagai pengajar kraf tembikar di Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan
Malaysia (PKKM) pada tahun 1974 hingga bersara pada tahun 1997.
 Pernah memperkenal dan memajukan industri kampong berasakan kraf tembikar di:
o Koperasi Industri kampong Jai, Kelantan
o Koperasi Industri Kampung Mambong, Kelantan
o Koperasi Industri Kampung Pulau Tiga, Parit, Perak
o Koperasi Industri Kampung Kepala Bendang,Perak
o Koperasi Industri Kampung Pasir Durian, Jerantut, Pahang
 Sering menyertai pameran, demonstrasi, bengkel, dan seminar-seminar yang dianjurkan
oleh agensi kerajaan dan swasta. Antaranya ialah menyertai program ‘ Asian Regional
Workshop’ di Dhaka, Bangladesh pada tahun 1986.
 Telah membuat beberapa inovasi dalam reka bentuk labu dan juga experimentasi
pelbagai teknik dan bahan semasa berkhidmat di PKKM.
 Karya kerja tangan sering menjadi kegunaan rasmi kerajaan Malaysia. Contoh, 4 unit
tempayan untuk Persidangan CHOGM dan tempayan pancutan air di Putrajaya.

Puan Hasnah binti Mohd. Adnan

 Lahir di Kampung Sayong, Kuala Kangsar, Perak.


 Mula membuat labu sejak berumur 30 tahun kerana dipengaruhi oleh kawan-kawan dan
suasana persekitaran yang aktif dalam kegiatan membuat labu sayong.
 Membentuk labu mengikut cara tradisional, iaitu menggunakan teknik lingkaran atau
picitan.
 Tokoh labu sayong yang diiktiraf oleh Perbadanan kemajuan Kraf Tangan Malaysia
(PKKM).
Cara-cara membuat
Tanah liat yang lazimnya diperolehi daripada sungai atau di bawah perdu pokok dkumpulkan dan
ditumbuk dengan menggunakan lesung kaki supaya hancur dan halus.

Setelah itu ia ditapis untuk membuang pasir dan ketul-ketul batu. Tanah liat itu kemudiannya
dicampurkan dengan air dan diuli supaya padat dan bebas daripada gelembung udara. Tanah tersebut
seterusnya digiling sehingga berbentuk bulat dan memanjang. 

Untuk membentuk labu, proses awal yang perlu dilakukan ialah membentuk badan labu dengan
melingkarkan tanah liat di atas pinggan. Setelah itu lingkaran tanah liat tersebut dipicit sambil
dipusingkan dan dinaikkan sehingga berbentuk silinder. Sudip buluh digunakan untuk melurut permukaan
labu supaya licin dan kayu penepek digunakan untuk memampatkannya. Untuk membuat tapak labu,
tanah liat dileperkan untuk dicantumkan di bahagian tapak labu dengan teknik lilit. Manakala untuk
membuat leher labu, labu yang sudah siap tapaknya diterbalikkan di atas pinggan. Ukuran tanah liat
dibahagikan dan dipicit sambil menaikkannnya untuk dijadikan leher dan seterusnya membentuk
muncung labu.

Setelah siap bentuk labu tadi, sudip buluh dan batu sungai digunakan untuk menggilap permukaan labu.
Labu dibiarkan kering selama dua atau tiga jam. Motif ukiran labu dihasilkan dengan menekan hujung
kayu yang berukir pada permukaan labu yang masih lembut. Setelah labu tersebut diukir, ianya disalai
dengan asap terlebih dahulu sebelum dibakar. Labu tersebut disalai di atas bara buluh dan pelepah kelapa.
Kedua-dua jenis bahan tersebut digunakan kerana apinya tidak cepat merebak dan tidak cepat memakan
bahan. Labu ti dak pula diletakkan terlalu rendah dan bahang api tidak terlalu panas. Keadaan demikian
mengelakkan labu daripada retak atau meletup kerana kandungan air masih ada. 

Proses pembakaran mengambil masa selama 6 jam. Untuk menghitamkan labu, labu yang masih panas
ditimbus dengan sekam padi selama lebih kurang 10 minit. Kemudian tapak labu disapu dengan damar
untuk menghalang air dari meresap keluar. Kemudian tersedialah labu yang sudah dibentuk. Labu yang
dihasilkan adalah bewarna hitam dan kemerah-merahan. Warna ini terjadi bukanlah disebabkan oleh cat
atau pewarna yang lain tetapi disebabkan oleh proses pembakaran dan juga sekam padi yang ditimbus ke
atas labu yang telah menjalani proses pembakaran.
Teknik membentuk tembikar
 Teknik picit

 Teknik lingkaran

 Teknik kepingan

 Teknik putaran

 Teknik acuan

Teknik Pembakar Cara Tradisional


Pembakaran Labu Sayong (Salai).

Tembikar disalai di atas para selama 6 jam. Kemudian di


bakar di dalam api yang marak.

Pembakar cara Pulau tiga.

Tembikar diding pada unggun api hingga kering. Kemudian


dimasukkan ke dalam bara api.
Jenis-jenis Tembikar

Tembikar Sayong

-berasal dari Perak


-tidak bersepuh
-berfungsi sebagai bekas menyimpan air
-dikenali juga sebagai labu
-reka bentuk dari buah labu
-bewarna hitam terhasil dari pembakaran sekam padi
-diperbuat daripada tanah busut yang terpilih.
-dihasilkan oleh kaum wanita di Sayong, perak.

Jenis- jenis labu sayong

 Labu tanah  Labu belalai gajah


 Labu gombol  Labu lelap
 Labu kepanyang  Labu bocong
 Labu leper  Labu asli
 Labu gelugur  Labu panai
 Labu besar  Labu parit
 Labu tela

Tembikar Mambong
-Dari Kelantan
-Tidak bersepuh
-fungsi sebagai perkakasan dapur
-bewarna perang kemerahan
-dibakar dalam ketuhar khas yang dibina untuk membakar
- kebanyakannya tidak mempunyai corak ragam khas

Tembikar Tembeling

-tempat perusahaannya di Kampung Pasir Durian di pinggir Sungai Pahang, Hulu Tembeling,
lebih kurang 16 kilometer dari Jerantut.
-Tembikar terenang adalah sejenis kendi air bertutup yang merupakan hasil daripada tembikar
tembeling yang terkenal di kawasan itu.
- Bahan utama untuk membuat terenang ialah tanah padi berwarna kuning yang keras dan
berketul yang didapati di celah-celah tanah dan batu di Hulu Tembeling.
-Corak ragam hiasnya ringkas dan mudah.

Tembikar Sarawak

-dari Sarawak
-bersepuh
-bewarna warna-warni
-fungsi sebagai pasu

Gambar-gambar Tembikar
Rujukan

 http://malaysiana.pnm.my/04/0410tembikar2_proses.htm

 Kathleen Chee,2008,Buku Teks Seni Tingkatan Satu, Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.

 http://www.google.com.my/image/

 http://lamanseni09.blogspot.com/

You might also like