You are on page 1of 12

Pengertian Solat Wajib/Fardhu,

A. Definisi & Pengertian Solat Fardhu / Wajib Lima Waktu


Menurut bahasa solat ertinya adalah berdoa, sedangkan menurut istilah solat
adalah suatu perbuatan serta perkataan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan
salam sesuai dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

B. Hukum, Tujuan dan Syarat Solat Wajib Fardhu 'Ain


Hukum solat fardhu lima kali sehari adalah wajib bagi semua orang yang telah dewasa
atau akil baligh serta normal dan tidak gila. Tujuan solat adalah untuk mencegah
perbuatan keji dan munkar.

Untuk melakukan solat ada syarat-syarat yang harus dipenuhi dulu, iaitu :
1. Beragama Islam
2. Memiliki akal yang waras atau tidak gila.
3. Cukup umur/baligh
4. Telah sampai dakwah islam kepadanya
5. Bersih dan suci dari najis, haid, nifas, dan lain sebagainya
6. Sedar atau tidak sedang tidur

Syarat sah pelaksanaan solat adalah sebagai berikut ini :


1. Masuk waktu solat
2. Menghadap ke kiblat
3. Suci dari najis baik hadas kecil maupun besar
4. Menutup aurat
C. Rukun Shalat
Dalam sholat ada rukun-rukun yang harus kita jalankan, iaitulah :
1. Niat
2. Berdiri bagi yang mampu
3. Takbiratul ihram
4. Membaca surat al-fatihah
5. Rukuk serta tomakninah
6. I'tidal serta toma'ninah
7. Sujud serta toma’ninah
8. Duduk di antara dua sujud yang toma'ninah
9. Sujud kedua yang toma'ninah
10. Tasyahud
11. Membaca salawat Nabi Muhammad SAW
12. Salam ke kanan lalu ke kiri

D. Yang Membatalkan Sholat Kita:


Dalam melaksanakan ibadah salat, sebaiknya kita memperhatikan hal-hal yang mampu
membatalkan shalat kita, contohnya seperti :
1. Menjadi hadas / najis baik pada tubuh, pakaian maupun lokasi
2. Berkata-kata
3. Melakukan banyak gerakan di luar sholat bukan darurat
4. Gerakan sholat tidak sesuai rukun shalat dan gerakan yang tidak tuma'ninah.
Rukhsah solat 

Rukhsah solat ialah kemudahan atau keringanan yang diberikan kepada orang


Islam yang bermusafir untuk melaksanakan solat dengan cara qasar dan jamak. Seseorang
yang bermusafir ke sesuatu destinasi yang jauh diharuskan menunaikan solat fardu secara
qasar dan jamak atau kedua-duanya sekali.

SOLAT JAMAK DAN QASAR


 
Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kpd umat Islam dlm mengerjakan
ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir.  Kelonggaran ini
dinamakan RUKHSAH SOLAT. 

Sabda Rasullah SAW ;


‫ رواه أحمد‬.‫إن هللا يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته‬
“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya
seperti Allah membenci  dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.

Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa
keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira 
kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat
Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.
 
SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UTK
SOLAT QASAR/JAMAK

1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).
 

HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK

1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.


2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi  bagi
menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.

 
1. SOLAT QASAR
 Bahasa ; Pendek dan ringkas.
Istilah   ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.
Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.
 
SYARAT-SYARAT  SOLAT QASAR
1. Hendaklah melepasi semapadan kawasan tempat tinggal.
2. Tidak berniat bermukim melebihi  4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.
 
Cara Solat Qasar
1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
2. Lafaz niat adalah spt beikut ;
ُّ ‫ض‬
‫ ال ِعشـَا ِء َر َك َعتَ ْي ِـن قَصْ ـرًا هلل تعالى‬/‫ ال َعصْ ر‬/‫الظه ِْر‬ َ ُ‫أ‬
َ ْ‫صلِّي فَر‬
Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.

 
2. SOLAT  JAMAK
Bahasa : Himpun @ kumpul
Istilah   : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.
Solat  Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.
 
Solat  Jamak terbahagi  kepada ;
1. JAMAK TAQDIM  – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama.
Cotohnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu
Zohor.

SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM 


1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan dalam solat terutama ketika takbiratulihram. Walau
bagaimanapun, boleh dilakukan niat semasa (pada mana-mana bahagian) solat yang
pertama sekalipun semasa memberi salam. (Bukannya selepas memberi salam sbb solat
sudah habis/selesai).

2. Bertertib iaitu memulakan solat yang pertama (Zohor/Maghrib), kemudian diikuti


dgn solat yang kedua (Asar/Isya) kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah untuk waktu
yang pertama  (Zohor/Maghrib), sedangkan solat yang kedua  (Asar/Isya), adalah
pengikut bagi solat yang pertama, maka mestilah solat yang diikuti (solat pertama).
Jika dilakukan solat kedua-duanya dgn didahului oleh solat yang pertama, tiba-tiba
terbatal solat yang pertama kerana tidak sempurna syarat dan rukunnya, maka terbatal
juga solat yang kedua. Walau bagaimanapun, solat yang kedua menjadi solat sunat
mengikut pendapat yang asah.
 
3. Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku pemisahan yang lama di antara
kedua-dua solat kerana jamak telah menjadikan kedua-dua solat tersebut sebagai satu
solat, maka mestilah bersambung di antara kedua-duanya seperti rakaat-rakaat solat.
Kalau dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang walaupun kerana keuzuran spt
terlupa atau pitam. Maka terbatallah jamak. Maka wajiblah ditunda solat yang kedua
kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat jamak. Walau bagaimanapun,
jika dipisahkan kedua-duanya umtuk tempoh sekejap spt oleh azan, iqamah dan bersuci
maka tidak terbatal Jamak.
Tidak membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat  kerana mendapatkan
sedikit air untuk berwudhuk kerana perbuatan tersebut adalah keperluan solat
sebagaimana Iqamah, malah lebih utama lagi kerana wudhuk adalah syarat sah solat
tetapi iqamah bukan syarat.

4. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua. (sekurang-kurangnya


TakbiratulIhram solat yang kedua). Sekalipun, selesai musafir tidak lama setelah
TakbiratulIhram solat yang kedua. Tetapi jika selesai musafir sebelum memulakan solat
yang kedua, maka tidak sah jamak kerana hilang sebab yang membolehkannya.

5. Kekal waktu solat yang pertama dengan yakin sehingga mendirikan solat yang
kedua.

6. Zan (sangkaan yang kuat) bahawa solat yang pertama itu sah. 


 
Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu  (Zohor/Maghrib) kemudian
diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
2. Selepas salam solat pertama,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua. 
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM
 

Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim


‫ت َمجْ ُموْ عًا ِإلَ ْي ِه ال َعصْ ر َج ْم َع تَ ْق ِدي ٍْم هلل تعالى‬ ُّ ‫ض‬
ٍ ‫الظه ِْر اَرْ بَ َع َر َك َعا‬ َ ُ‫أ‬
َ ْ‫صلِّي فَر‬
(Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.)

‫ت َمجْ ُموْ عًا إِلى الظّهْر َج ْم َع تَ ْق ِدي ٍْم هلل تعالى‬ َ ُ‫أ‬
َ ْ‫صلِّي فَر‬
ٍ ‫ض ال َعصْ ر اَرْ بَ َع َر َك َعا‬
(Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.)

Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim


‫العشـَا ِء َج ْم َع تَ ْق ِدي ٍْم هلل تعالى‬
ِ ‫ت َمجْ ُموْ عًا إِلَ ْي ِه‬ ِ ‫ض ال َم ْغ ِر‬
َ َ‫ب ثَل‬
ٍ ‫ث َر َك َعا‬ َ ُ‫أ‬
َ ْ‫صلِّي فَر‬
(Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.)

‫ب َج ْم َع تَ ْق ِدي ٍْم هلل تعالى‬


ِ ‫ت َمجْ ُموْ عًا إِلى ال َم ْغ ِر‬ َ ُ‫أ‬
َ ْ‫صلِّي فَر‬
ٍ ‫ض ال ِعشـَا ِء اَرْ بَ َع َر َك َعا‬
(Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.)
 
2. JAMAK TA’KHIR - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Cthnya
menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.
 
SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TA’HIR
1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan seblum habis waktu solat yang pertama. Sekalipun waktu yang
masih ada itu sekadar satu rakaat sahaja.

2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.


* Tertib tidak menjadi wajib kerana waktu bagi solat yang kedua (Asar/Isya’), adalah
waktu bagi solat yang pertama (Zohor/Maghrib). Oeh itu boleh didahulukan mana-mana
solat sama ada solat pertama atau solat kedua.
 
Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti
oleh Solat Waktu pertama  (Zohor/Maghrib)
2. Selepas salam solat waktu kedua,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu
yang pertama. 
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir
‫ تَأْ ِخي ٍْر هلل تعالى‬ َ ‫الظه ِْر َج ْم ٍع‬
ُّ ‫ت َمجْ ُموْ عًا إِلَ ْي ِه‬ َ ُ‫أ‬
َ ْ‫صلِّي فَر‬
ٍ ‫ض ال َعصْ ر اَرْ بَ َع َر َك َعا‬
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
‫ت َمجْ ُموْ عًا إِلى ال َعصْ ر َج ْم َع تَأْ ِخي ٍْر هلل تعالى‬ ُّ ‫ض‬
ٍ ‫الظهْر اَرْ بَ َع َر َك َعا‬ َ ُ‫أ‬
َ ْ‫صلِّي فَر‬
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir
‫ب َج ْم َع تَأْ ِخي ٍْر هلل تعالى‬
ِ ‫ت َمجْ ُموْ عًا إِلَ ْي ِه ال َم ْغ ِر‬ َ ُ‫أ‬
َ ْ‫صلِّي فَر‬
ٍ ‫ض ال ِعشـَا ِء اَرْ بَ َع َر َك َعا‬
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
‫ت َمجْ ُموْ عًا إِلى ال ِعشـَا ِء َج ْم َع تَأْ ِخي ٍْرهلل تعالى‬ ِ ‫ض ال َم ْغ ِر‬
َ َ‫ب ثَل‬
ٍ ‫ث َر َك َعا‬ َ ُ‫أ‬
َ ْ‫صلِّي فَر‬
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
 
3. SOLAT QASAR DAN JAMAK
Selain drp melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan utk
mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
 
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak
Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat
Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.
 
Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.
1. Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim dan Qasar.
‫ض الظّه ِْر َر َك َعتَ ْي ِن قَصْ ـرًا َمجْ ُموْ عًا إِلَ ْي ِه ال َعصْ ر َج ْم َع تَ ْق ِدي ٍْم هلل تعالى‬ َ ُ‫أ‬
َ ْ‫صلِّي فَر‬
(Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.)
ُّ ‫ض ال َعصْ ر َر َك َعتَ ْي ِـن قَصْ ـرًا َمجْ ُموْ عًا إِلى‬
‫الظهْر َج ْم َع تَ ْق ِدي ٍْم هلل تعالى‬ َ ُ‫أ‬
َ ْ‫صلِّي فَر‬
(Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.)
 
2. Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.
‫العشـَا ِء َج ْم َع تَ ْق ِدي ٍْم هلل تعالى‬
ِ ‫ت َمجْ ُموْ عًا إِلَ ْي ِه‬ ِ ‫ض ال َم ْغ ِر‬
َ َ‫ب ثَل‬
ٍ ‫ث َر َك َعا‬ َ ُ‫أ‬
َ ْ‫صلِّي فَر‬
(Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.)

‫ب َج ْم َع تَ ْق ِدي ٍْم هلل تعالى‬


ِ ‫العشـَا ِء َر َك َعتَ ْي ِن قَصْ ـرًا َمجْ ُموْ عًا إِلى ال َم ْغ ِر‬
ِ ‫ض‬ َ ُ‫أ‬
َ ْ‫صلِّي فَر‬
(Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.)
 

3. Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir dan Qasar.

ُّ ‫ض ال َعصْ ر َر َك َعتَي ِْن قَصْ ـرًا َمجْ ُموْ عًا إِلَ ْي ِه‬
‫الظه ِْر َج ْم ٍع‬ َ ْ‫صلِّي فَر‬
َ
ُ‫أ‬
 َ ‫تَأْ ِخي ٍْر هلل تعالى‬
(Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.)

‫الظهْر َر َك َعتَي ِْن قَصْ ـرًا َمجْ ُموْ عًا إِلى ال َعصْ ر َج ْم َع تَأْ ِخي ٍْر هلل تعالى‬
ُّ ‫ض‬ َ ُ‫أ‬
َ ْ‫صلِّي فَر‬
(Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.)
 
4. Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.
‫ب َج ْم َع تَأْ ِخي ٍْر هلل تعالى‬ َ ُ‫أ‬
َ ْ‫صلِّي فَر‬
ِ ‫ض ال ِعشـَا ِء َر َك َعتَ ْي ِن قَصْ ـرًا َمجْ ُموْ عًا إِلَ ْي ِه ال َم ْغ ِر‬
(Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.)

‫ت َمجْ ُموْ عًا إِلى ال ِعشـَا ِء َج ْم َع تَأْ ِخي ٍْرهلل تعالى‬ ِ ‫ض ال َم ْغ ِر‬
َ َ‫ب ثَل‬
ٍ ‫ث َر َك َعا‬ َ ُ‫أ‬
َ ْ‫صلِّي فَر‬
(Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.)

Kesan Solat Dalam Kehidupan

Maksud hadith Nabi S.AW.:


”Apa pandangan kamu semua sekiranya sebuah sungai di hadapan pintu rumah salah
seorang dari kamu, dia mandi di situ lima kali setiap hari, adakah kotorannya akan kekal?
Para sahabat menjawab: Kotorannya tidak akan kekal walau sedikit. Sabda Rasulullah
SAW: Begitulah perumpamaan solat lima waktu. Allah SWT menghapuskan dosa
dengannya.” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian:
1-  Solat lima waktu merupakan salah satu rukun Islam yang amat penting dalam
kehidupan seorang bergelar muslim atau muslimah. Ia penentu keimanan dan petanda
ketaatan kepada Allah SWT. Begitu banyak ayat Al-Quran dan hadith yang memberikan
petunjuk bahawa solat lima waktu bukanlah satu perkara remeh malah ia pernah
digambarkan sebagai pemisah atau penentu antara keimanan dan kekufuran.

2-  Solat lima waktu bukan semata-mata satu perintah yang menjadi bukti keimanan,
malah ia juga merupakan satu perintah yang membina hubungan di antara seorang hamba
dengan Allah SWT yang merupakan Penciptanya dan Pemilik dirinya.Tunduknya
seorang hamba kepada Pemiliknya bukanlah satu perkara yang menandakan kelemahan,
malah ia merupakan satu kekuatan yang mengangkat diri seorang hamba itu daripada
tunduk kepada makhluk. Dirinya hanya tunduk kepada Allah SWT Tuhan Pencipta alam.

3-  Di dalam hadith ini Rasulullah SAW memberikan satu lagi makna tambahan yang
indah kepada solat lima waktu – pengampunan dosa. Seorang hamba yang mentaati
Tuhannya dengan solat lima waktu bukan sekadar diberikan kedudukan yang tinggi di
sisi Allah SWT, malah Allah SWT menjanjikan pula kepada dirinya pengampunan
kepada dosa-dosanya yang pernah dilakukan.

4-  Para ulama hadith telah menggabungkan hadith ini dengan hadith-hadith yang lain
lalu didapati bahawa hadith-hadith tentang pengampunan dosa seorang yang solat
merupakan pengampunan kepada dosa-dosa kecil dan tidak melibatkan dosa-dosa besar.
Dosa-dosa besar memerlukan kepada taubat yang sebenar-benarnya daripada diri seorang
yang melakukannya.

5-  Hadith ini juga memberikan gambaran tentang keluasan rahmat Allah SWT dan
pengampunannya kepada hamba-hambaNya. Boleh dikatakan setiap amalan yang
diamalkan oleh seorang hamba akan mengangkat kedudukannya, menambahkan ganjaran
pahalanya dan mengampunkan dosanya termasuklah solat lima waktu yang
sememangnya satu kewajipan harian.

6-  Di dalam hadith ini juga kita dapati Rasulullah SAW menggunakan perbandingan
dan perumpamaan untuk mendekatkan makna kepada para sahabat dan sesiapa sahaja
yang mendengar hadith ini. Ini perlu untuk memberikan kekuatan dan penekanan kepada
maksud yang ingin disampaikan.
 

Selain itu, solat juga dapat ;


1. Mendidik dan melatih diri menjadi tenang dan pemurah
2. Mengingati Allah S.W.T setiap ketika dan mengajar kita untuk memperbanyakkan
zikir dan doa
3. Menghalang daripada melakukan kerosakan dan kemungkaran sehingga melahirkan
masyarakat yang sejahtera
4. Disiplin dengan jaga waktu
5. Kesihatan dengan pergerakan dalam solat
6. Solat berjemaah melahirkan kesatuan umat dan kasih sayang serta tolong menolong
atas kebaikan
7. Solat mendatangkan kemenangan dunia dan akhirat
8. Berhimpun sambil dengar pesanan kebaikan terutama pada hari Jumaat dan hari raya
9. Belajar mentaati pemimpin melalui solat berjemaah

You might also like