You are on page 1of 2

Lihat gambar di bawah dengan teliti, kemudian tulis sebuah

karangan tentang kes ragut di Malaysia. Karangan anda hendaklah

tidak melebihi 120 patah kata.

Pada masa ini, kes

ragut semakin menjadi-jadi dan hangat dibualkan oleh

masyarakat. Hal ini demikian kerana ada kejadian kes ragut yang

melibatkan kematian.

Punca utama kes ragut berlaku ialah golongan belia tiada

pekerjaan. Sampah masyarakat ini dikatakan malas bekerja.

Oleh sebab itu, kerja mereka ialah meragut tas tangan.

Kesannya, dokumen penting dalam beg akan hilang. Selain itu,

wang dalam dompet juga dirampas. Yang lebih serius ialah mangsa

juga tercedera parah.


Untuk mengurangkan kes ragut, kerajaan haruslah

menguatkuasakan undang-undang. Pihak polis haruslah

mengadakan rondaan yang lebih kerap. Golongan wanita pula

dinasihatkan agar tidak membawa tas tangan jika tidak perlu.

Kesimpulannya, saya berpendapat bahawa kes ragut sebenarnya

boleh diatasi. Kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk

mengurangkan masalah sosial dan jenayah

You might also like