You are on page 1of 18

Pengajian perniagaan (kertas 2)

STPM 2004….
(Etika dan Tanggungjawab Sosial)
• Bahagian A
(g)Huraikan dua tugas better business bureau.
Penyiasatan di tempat perniagaan

-Tugas penyiasatan dilakukan untuk menyebarkan pengguna tentang aktiviti tidak


beretika oleh perniaga yang mengakibatkan kesan buruk kepada pengguna.
Pendidikan untuk pengguna
-Pengguna mendapat maklumat dan laporan kepercayaan tentang sesuatu produk
sebelum membuat keputusan pembelian .
• (h)Terangkan maksud etika kerja, dan nyatakan dua contoh etika kerja
dalam profesion perubatan.

Etika kerja ialah satu kenyataan tentang tindakan dan tanggungjawab yang
berkaitan dengan bidang pekerjaan sama ada dalam sektor awam atau
swasta.
Contoh etika karja dalam profesion perubatan:
-Tindakan semata-mata menjaga kepentingan pesakit
-Mempunyai kuasa dalam bidang kepakarannya sahaja.
-Tidak boleh mendedahkan rasia latar belakang pesakit kepada pihak lain
kecuali pesakit itu sendiri.
-Tidak boleh menerima sebarang ganjaran tambahan selain bayaran
perubatan yang dikenakan oleh pesakit.
• Bahagian B
7 (a)Dengan menggunakan contoh yang sesuai, terangkan pelanggaran hak
pengguna yang berikut.

(i)hak untuk mendapat maklumat
Memalsukan maklumat produk
-pengeluar tidak menyatakan maklumat yang sebenarnya tentang ciri-ciri
Produk yang dipasarkan.Hal ini boleh menyebabkan pengguna tidak mendapat
maklumat yang sebenar berdasarkan ciri-ciri produk yang dikehendaki.
• -sebagai contohnya, pemasar membuat promosi dengan memberi diskaun harga ke
atas produk ketika jualan hebat sempena musim perayaan.Ketika promosi
dijalankan,pengguna diberitahu tentang pengurangan harga ke atas barangan
tanpa menjejaskan kualiti produk.Apabila pengguna membeli, produk yang
diperolehi tidak sama seperti yang dinyatakan, sebaliknya mendapat produk yang
kurang berkualiti atau telah tamat tempoh.
• -Pengguna tidak mendapat perkhidmatan yang sewajarnya sebagaimana yang
diberitahu ketika pengiklanan.
• -Sebagai contohnya, pengeluar menjanjikan perkhidmatan selepas jualan setelah
pengguna membeli suatu produk, tetapi pemasar menghilangkan diri atau sukar
dihubungi.
• Maklumat yang tidak mencukupi  
 
 
• -Pengeluar gagal memberi maklumat yang lengkap tentang setiap produk
 

yang dijual terutama keluaran yang melibatkan cara-cara penggunaan dan


kesan daripada pengguna. Kesannya , pengguna menghadapi masalah lain
setelah menggunakan barang tersebut.
• -Pengeluar Cuma menyatakan faedah-faedah yang diperoleh apabila
menggunakan barangan tersebut.
• -sebagai contohnya, produk ubat-ubatan Cuma menyatakan mujarab ubat
tersebut tetapi tidak menyatakan kesan sampingan penggunaan ubat
tersebut.
• -Contoh lain, penggunaan barangan elektrik memerlukan pengeluar
menyatakan prosedur penggunaan yang betul, jelas, dan mudah difahami.
Sebaliknya, pengeluar tidak memberi maklumat yang mencukupi kepada
pengguna kerana ingin menjimatkan kos atau menyembunyikan
kelemahan yang wujud. Akibatnya, pengguna menghadapi masalah dalam
penggunaan tersebut dan seterusnya mengalami kerugian dan
berhadapan degan bahaya.
(ii) Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang menjamin kesihatan yang baik:
• Alam sekitar yang baik ialah persekitaran alam yang terhindar daripada sebarang
pencemaran yang boleh memberi kesan negatif kepada pengguna yang mendalami
sesuatu kawasan. Pencemaran berlaku dalam bentuk pencemaran udara,
pencemaran darat, dan pencemaran bunyi.
• Pencemaran air
-Pencemaran air ialah sebarang tindakan yang mengakibatkan air menjadi kotor
dan tidak boleh diminum.Pencemaran air berlaku disebabkan pembuangan sisa-
sisa industri, aktiviti ternakan, hakisan tanah, dan bahan buangan aktiviti
perlombongan.
-Pengguna yang berada dipersekitaran tersebut menghadapi masalah untuk
mendapatkan air yang bersih, sistem saliran yang tersumbat menyebabkan
berlakunya banjir kilat, dan aktivit rekreasi tejejas.
• Pencemaran udara
-Faktor yang menjadikan pencemaran ini adalah asap kenderaan dan asap
industri,kebakaran hutan, pembakaran sisa pertanian, letupan gunung berapi, dan
ribut pasir.
-pencemaran udara ini menyebabkan pengguna mengalami gangguan pernafasan
dan menjejaskan kadar penglihatan mata. Dalam jangka panjang, pengguna akan
menghadapi pelbagai jenis penyakit yang memerlukan rawatan dan kos yang tinggi.
(b) Bincangkan etika pengeluar terhadap pihak yang berikut.
(i)pengguna
• Penggeluar hendaklah memikirkan produk yang dihasilkan dapat memberi kesejahteran
kepada pengguan.Produk yang dikeluarkan harus berkualiti supaya dapat memuaskan
keperluan dan kehendak pengguna.
• Pengeluar sentiasa menyesuaikan barangan dan perkhidmatan dengan perubahan masa
dan keperluan pengguna. Pengeluar hendaklah menyampaikan keluaran yang tepat
mutunya, kuantiti, dan masa yang diperlukan.
• Pengeluar perlu memberi maklumat yang benar dan lengkap kepada pengguna supaya
pengguna dapat membuat keputusan pembelian sacara bijak.
• Pengeluar harus menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang ditetapkan.
(ii) Pembekal
• Pihak pengeluar perlu mewujudkan syarat kontrak yang jelas dan tidak meragukan pihak
pembekal supaya tidak ada unsur penipuan dan kekeliruan seperti pembayaran tepat
pada waktunya dan mengenakan syarat-syarat pembayaran yang munasabah.
• Pengeluar tidak boleh mengekploitasi pembekal kecil untuk memaksa pembekal
tersebut menjual dengan harga bekalan yang tidak munasabah disebabkan kelemahan
yang ada pada pembekal kecil.
• Pengeluar tidak mengikat pembekal untuk tempoh masa yang panjang sehingga
membawa risiko kerugian kepada pembekal.
(iii)Kerajaan
• Pihak pengeluar boleh mengambil bahagian dalam perbincangan tentang undang-
undang yang hendak digubal yang melibatkan kepentingan sektor, kawasan,negara, dan
kerajaan.
• Pengeluar harus membuat laporan benar tentang kewangan dan membayar cukai
mengikut jumlah yang sebenarnya pada masa yang tepat.
• Pengeluar harus membantu kerajaan membangunkan masyarakat dengan
mengeluarkan sebahagian daripada keuntungan untuk melaksanakn tanggungjawab
sosial seperti memulihkan sungai yang tercemar.
• Pengeluar harus menyumbang ke arah penggunaan sumber tenaga menusia dengan
mengambil rakyat tempatan yang lebih banyak untuk berkerja.
(iv)Pembiaya
• Pihak pengeluar bertanggungjawab untuk membayar kadar pulangan yang memuaskan
ke atas modal yang dilaburkan oleh pembayar/pemodal supaya pelaburan mereka
tejamin.
• Pengeluar harus menggunakan sumber kewangan dengan penuh tanggungjawab dan
cekap dalam proses perniagaan.
• Pengeluar dapat memberikan maklumat yang tepat kepada pembiaya supaya pembiaya
dapat mengetahuan keadaan sebenarnya dalam perniagaan.
• Pengeluar hendaklah menjelaskan hutang atau pinjaman mengikut jadual pembayaran
yang telah dipersetujuai.
Bahagian A
(g) Huraikan tiga objektif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

• Menguatkan pembangunan pergerakan pengguna di Malaysia.


• Menyelesaikan isu-isu pengguna dan mempromosikan hak-hak pengguna.
• Menjadi badan penasihat kepada semua persatuan pengguna di Malaysia.

(h) Nyatakan empat peranan kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan hal Ehwal
pengguna .

• Pendaftaran perniagaan dan syarikat.


• Mengeluarkan lesen barangan terkawal.
• Mengawal selia harga dan barangan terkawal.
• Pelaksanaan peraturan timbang dan sukat.
Bahagian B
7 (a) Terangkan bagaimana faktor individu dan persekitaran boleh mendorong kepada
berlakunya jenayah kolar putih.

Faktor individu
• Faktor individu atau diri seseorangan yang mengamalkan nilai-nilai diri disebabkan
kurangnya iman dan taqwa.
• Ketiadaan nilai diri juga menyebabkan timbulnya sikap tidak amanah, kurang budi
pekerti, perasaan tamak, belanja secara mewah, dan boros.

Faktor persekitaran
• Persekitaran juga merupakan faktor dorongan dalam sistem hidup.
• Masyrakat sekliling boleh menggalakkan berlakunya jenayah kolar putih.
• Amalan memberi hadiah dari kalangan masyarakat dan persaingan untuk hidup mewah
menyebabkan seseorangan terjebak dengan perbuatan jenayah ini.
• Sistem kawalan yang lemah memberikan ruang untuk melakukan rasuah.
• Selain itu, penguatkuasaan undang-undang yang lemah juga meningkatkan amalan
rasuah.
(b) Huraikan jenayah kolar putih yang berikut.
(i) Rasuah
• Rasuah ialah penyalahan kuasa yang dimiliki melalui melalui jawatan melalui jawatan atau amanah.
• Tindakan ini akan mendorong seseorang melakukan satu transaksi yang tidak mengikut prosedur
dan mementingkan diri sendiri.
• Rasuah merangkan perbuatan meminta,menerima rasuah, menawar atau memberi rasuah,
membuat tuntutan palsu, dan menyalahgunakan jawatan.

(ii)Pecah amanah
• Pecah amanah berlaku apabila seseorang yang diberi tanggungjawab meletakan peribadi dan
kepentingan lain melebihi kepentingan amanah yang diberikan.
• Antara jenayah pecah amanah termasuklah melakukan curang ke atas harta yang diamanahkan
untuk kegunaan sendiri.
• Sebagai contohnya, menggunakan harta pejabat dan penyalahgunaan wang syarikat.

(iii) Konflik kepentingan


• Konflik kepentingan ialah satu jenayah kolar putih yang dilakukan seseorang yang mempunyai kuasa
dan autoriti tertentu dalam organisasi.
• Konflik kepentingan berlaku apabila perbuatan seseorang yang berkuasa itu terdapat tanda-tanda
percanggahan antar kepentingan perbadi dengan tugas-tugasnya dalam sebuah organisasi
perniagaan.
• Sebagai contohnya, seseorang pengarah yang mempunyai kuasa dan hak membuat keputusan telah
memasuki kontrak yang sah dengan sesebuah syarikat yang lain sekalipun ia tidak terlibat secara
langsung.
(iv) Penyalahgunaan kuasa.
• Penyalahgunaan kuasa berlaku apabila seseorang yang diberikan kuasa untuk
menjalankan tanggungjawab berdasarkan bidang tugas yang diamanahkan telah
menjalankan dan membuat keputusan bukan berdasarkan peraturan, prosedur, dan
undang-undang ditetapkan.
• Keputusan yang dibuat telah berpihak kepada sesuatu kepentingan di luar kepentingan
perniagaan.
• Penyalahgunaan kuasa biasanya dilakukan oleh pihak yang mempunyai kuasa yang luas
atau mengetahui maklumat dalam sesebuah perniagaan atau syarikat seperti pengarah,
ketua pegawai eksekutif, dan perunding syarikat.

(v) Penyelewangan
• Penyelewengan ialah tindakan seseorang atau sesuatu pihak menyalahgunakan harta
dengan curang atau menggunakan harta untuk kegunaan sendiri atau memberi harta
kepada pihak yang bukan haknya.
• Antara perbuatan yang dikategorikan sebagai penyelewangan ialah penipuan yang
mendatangkan kerugian kepada pihak yang bertanggungjawab atau syarikat.
Bahagian A
(g) Huraikan perkara yang berikut dalam konteks perniagaan dan masyarat.
(i) Warga korporat
-Pihak yang terlibat dalam firma perniagaan sektor swasta yang bertujuan untuk
memiksimumkan keuntungan. Meraka ini akan membantu mencapai matlamat firma
korporat.

(ii) tanggungjawab sosial


-Merupakan satu kewajipan dan tanggungjawab perniagaan untuk mewujudkan
sesuatu yang berfaedah kepada masyarakat sekeliling termasuklah pekerja, pelangan ,
masyarakat dan alam persekitaran.

(h)Terangkan maksud kepentingan dan matlamat kepenggunaan.


-Satu pergerakan yang bersifat kolektif sosial dan ekonomi yang terdiri daripada
sekumpulan pengguna dan pembeli yang bertujuan untuk melindungi keselamatan dan
hak pengguna keseluruhannya.

• Matlamat
-Mewujudkan kuasa pengguna yang berkesan untuk menimbangi kuasa dan hak-hak
firma pengeluar barang dan perkhidmatan.
7 (a) Huraikan tiga sebab yang mendorong berlakunya jenayah kolar putih
• Faktor pengurusan
-Pengurusan yang kurang kawalan dalaman yang berkesan mendorong berlakunya
jenayah kolar putih.
-Peraturan dan kurang kawalan meliputi kurang kepemimpinan dan penyeliaan daripada
pihak atasan.
-Peraturan dan sistem yang longgar juga menyebabkan pihak-pihak tertentu mempunyai
ruang untuk melakukan jenayah kolar putih.
-Pihak pengurusan tidak dapat melaksanakn tindakan disiplin yang telah ditetapkan.
- Selain itu, sistem pengurusan yang kurang ketelusan menyebabkan perbuatan yang
dilakukan oleh individu tidak dikenal pasti.
- Di samping itu, penurunan kuasa atau pengagihan kerja yang tidak dikawal dan
menerima gaji yang tidak berpatutan juga mendorong berlakunya jenayah kolar putih.

• Faktor persekitaran
-Faktor persekitaran seperti desakan hidup dan pengaruh rakan sebaya mudah
mendorong berlakunya jenayah kolar putih.
-Amalan memberi hadiah dari kalangan masyarakat serta persaingan untuk hidup
bermewah menyebabkan seseorangan yang mengalami desakan perbuatan jenayah ini.
-Sebagai contohnya, seseorang yang mengalami desakan hidup seperti berhutang banyak
boleh menyebabkan hilang pertimbangan yang sempurna lalu melakukan jenayah kolar
putih.
(b)Bincangkan pendekatan timur mengenai etika dan tanggungjawab sosial bagi jenayah
kolar putih.
• Hubungan manusia dengan tuhan
-Hubungan manusia dengan tuhan berdasarkan konsep iman dan amal.
-Jika seseorang berpegang teguh kepada kepercayaan tuhan, manusia tidak akan
melakukan perbuatan yang bercanggah dengan ajaran agama, termasuklah tidak
melakukan jenayah kolar putih.
-Mereka yang mempunyai keimanan yang teguh kepada tuhan akan berasa takut untuk
melakukan kesalahan jenayah kolar putih kerana mereka percaya bahawa ada
pembalasan dosa pada dunia akhirat.
-Dengan adanya keimanan yang teguh, manusia akan terdorong melakukan perbuatan
yang disuruh tuhan, seperti meninggalkan segala yang dikatogerikan sebagai jenayah
kolar putih dan segala balasannya mereka ini diberikan pahala.
• Hubungan manusia dengan manusia
-Dalam islam, hubungan manusia dengan dititikberatkan.
-Pekerjaan yang baik antara manusia dengan manusia dikira sebagai ibadat dan
mendapat pahala.
-Perbuatan buruk yang boleh mengancam kesejahteran manusia lain dikira dosa.
-Dalam ajaran islam , manusia digalakkan tolong-menolong antara satu sama lain.
Orang yang kuat membantu orang lemah dan orang kaya membantu orang miskin.
-Antara konsep berkaitan dengan hubungan manusia dengan manusia yang diberi
penekana ialah konsep keadilan. Dalam konsep keadilan, manusia dibimbangi supaya
melakukan sesuatu pekerjaan yang diletakkan pada kedudukan yang sebenar.
-Seperti dalam pengurusan sumber manusia (perkerja), seseorang pengurusan mestilah
bersikap adil dalam pemilihan pekerja, pembayaran gaji dan faedah, soal tingkah laku, dan
hubungan semua pihak berkepentingan.
- Keadaan ini boleh menghindarkan seseorangan daripada melakukan jenayah kolar putih
di tempat kerja.
-Islam menekankan keseimbangan kepentingan dunia dan akhirat, antara kebenaran
dengan kerohanian, dan antara individu dengan masyarakat dalam kegiatan seharian.
-Keadaan menyedarkan pekerja kepada kepentingan aktiviti murni boleh menghindarkan
seseorang melakukan jenayah kolar putih.
-Dalam persoalan ihsan, tindakan seseorang itu melakukan sesuatu perlukah mendapat
keredhaan Allah.
-Contoh ciri ihsan ialah saling membantu dalam meningakatkan kesempurnaan sesuatu
pekerjaan, menghindari segala perbuatan yang boleh menjejaskan pengurusan, dan
hubungan baik manusia dengan manusia yang lain.
(c) Enam hak pengguna:
• Hak untuk mendapat keperluan asas dan pilihan
-Setiap pengguna mempunyai hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan asas untuk
menjalani kehidupan seperti kesihatan, pakaian, pendidikan, dan perumahan.
-Setiap pengguna juga berhak untuk memilih barangan dan perkhidmatan pada harga yang
berpatutan dengan jaminan kualiti yang memuaskan serta selamat digunakan.
-Penjual atau pengeluar tidak berhak untuk memeksa pengguna membeli sesuatu.
• Hak untuk mendapat maklumat
-Setiap pengguna berhak untuk mendapat maklumat atau fakta yang benar tentang barangan
atau perkhidmatan yang dijual untuk membolehkan membeli dengan bijak.
-Akta perihal dagangan 1972 dikuatkuasakan untuk melarang pengeluar dan peniaga
memberi maklumat yang salah, cap dagangan dan jenama palsu, serta perkataan ‘halal’
disalahgunakan.
-Akta harga 1973 pula mewajibkan para peniaga meletakkan tanda harga pada barang.
• Hak untuk mendapat keselamatan
-Setiap pengguna juga berhak untuk mendapat perlindungan terhadap barangan atau
perkhidmatan yang boleh memudaratkan kehidupan dan kesihatannya.
-Pengguna harus mengetahui undang-undang yang berkaitan dengan keselamatan serta
memahami bagaimana undang-undang itu dapat melindunginya.
-Sebagai contohnya, barang elektrik harus mempunyai ciri-ciri keselamatan yang melindungi
pengguna. Sekiranya ciri-ciri keselamatan ini diabaikan, pengeluar boleh didakwa.
-SIRIM ditubuhkan bagi memastikan barang-barang yang dikeluarkan mematuhi mutu
piawaian tertentu dan selamat digunakan.
-Pelbagai akta juga dikuatkuasakan bagi menjaga keselamatan pengguna seperti peraturan
• Hak untuk mendapat ganti rugi/pampasan
-Pengguna berhak menuntut ganti rugi jika perkhidmatan atau barangan yang dibeli
rosak, palsu, tidak bermutu, busuk , atau dalam keadaan yang tidak sempurna.
-Hak mendapat ganti rugi termaktub dalam akta jualan barang-barang 1975 dan akta
kontrak 1974.
-Pengguna juga boleh mendapatkan ganti rugi melalui mahkamah tuntutan kecil (MTK).
-MTK ini membolehkan pengguna menyesaikan aduan yang tuntutan ganti ruginya yang
melebihi RM 3000.
• Hak untuk mendaptkan pendidikan kepenggunaan
-Setiap penggunaan berhak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan dan menjadi
penggunaan yang waras.
-Pengetahuan dalam pendidikan kepenggunaan membolehkan penggunaan dan
bertindak secara rasional ketika memilih atau membelia barang.
• Hak untuk mendapat perakilan
-Penggunaan berhak untuk mendapatkan perwakilan bagi menyuarakan hal-hal yang
berkaitan dengan mereka.
-Sebagai contohnya, pengguna boleh menyuarakan pendapat mereka dan menuntut
hak melalui badan tertentu, sekiranya terdapat dasar-dasar kerajaan yang
membebankan para pengguna, seperti kenaikan bayaran perubatan di hospital
kerajaan.
-Pengguna berhak menubuhkan persatuan pengguna bagi mewakili mereka untuk
menyuarakan serta menuntut kepentingan mereka.

You might also like