You are on page 1of 11

1.

0 PENGENALAN

Dalam memacu kemajuan negara kita hari ini yang lebih tinggi, prasyarat utama untuk
menilai keupayaan kita adalah bergantung kepada usaha dalam pembinaan negara
bangsa yang bersatu padu dan harmoni yang memerlukan hasil usaha daripada
semua pelbagai pihak. Oleh yang demikian, keupayaan membina negara bangsa pula
bergantung kepada sejauh mana nilai patriotisme, toleransi serta sikap saling
menghormati dapat dipupuk dan dikongsi secara bersama oleh setiap lapisan rakyat
tanpa mengira kaum dan agama. Usaha membina negara bangsa bermula dengan
pembinaan insan yang seimbang dan berasaskan kepada ilmuan, kerohanian dan
kemahiran yang tinggi. Dengan itu, terdapat elemen penting yang disepadukan
termasuklah nasionalisme, patriotisme dan ideologi kebangsaan untuk membina
kecemerlangan warga dan seterusnya membina negara bangsa sejajar dengan pelan
kerajaan dalam dasar Falsafah pendidikan Negara. Nasionalisme menjadi tenaga
penggerak yang amat berpengaruh dalam menangani perjuangan sesuatu bangsa.
Ianya bertujuan menggerakkan komitmen rakyat untuk membangun dengan memberi
penekanan kepada penyelesaian masalah dan dalaman.

2.0 PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Pembinaan negara bangsa dalam istilah sains, politik merujuk kepada sebuah negara
yang mempunyai budaya sivik. Budaya sivik yang dimaksudkan adalah sebuah negara
yang rakyatnya sudah menerima satu pandangan dunia (weltanschauung) politik yang
sama. Ciri-ciri dan sifat masyarakat tersebut adalah masyarakat yang hidup aman
damai tanpa dipisahkan oleh elemen-elemen sempit seperti etnik, kebudayaan dan
kepercayaan. Pembinaan negara pula bergantung kepada satu ideologi politik yang
mencakupi strategi dan dasar penyelesaian konflik hubungan kaum,
ketidakseimbangan ekonomi, agenda pembangunan manusia melalui pendidikan dan
latihan, penstrukturan ekonomi ,serta reformasi ekonomi negara. Tegasnya bahawa
perpaduan dapat dibentuk dalam pembinaan negara bangsa tanpa memberi implikasi
kepada sesuatu kelompok etnik. Proses dalam mewujudkan kebudayaan kebangsaan

1
ini mengikut dasar kebudayaan nasional yang masih memelihara keaslian budaya
penduduk dalam negara. Ini adalah salah satu pengorbanan dan langkah ke arah
pembinaan negara bangsa yang perlu dihargai oleh semua lapisan masyarakat
malaysia. Dalam masa yang sama, pembinaan negara bangsa juga merupakan salah
satu daripada enam teras strategik bagi melahirkan modal insan yang cemerlang,
produktif dan kreatif ke arah membentuk Misi Nasional menjadikan Malaysia sebuah
negara maju.

3.0 PERANAN GURU DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA

Pendidikan dan pembinaan negara adalah berkait rapat antara satu sama lain. Tanpa
pendidikan, proses pembinaan negara tidak akan tercapai. Sesebuah negara perlukan
warganegara yang terdidik dalam semua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual
seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tanggungjawab yang
perlu digalas oleh guru menunjukkan bahawa besarnya amanah dan tugas dalam
mendidik anak bangsa untuk mencapai matlamat negara kita. Oleh itu, guru yang
mempunyai tahap keprofesionalan yang tinggi perlu memahami akan tanggungjawab
yang dipikul serta amanah mereka untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi
ilmu serta akhlak moral agar segala ilmu yang diperoleh dapat disalurkan kepada
kebaikan demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Ini menjurus kepada peranan
utama yang diharap oleh sistem pendidikan formal negara kita dalam membina bangsa
yang bersatu dan moden serta mencapai produk generasi akan datang yang berkualiti
menjadi realiti. Diantara peranan dan tanggungjawab guru dalam konteks pembinaan
negara bangsa ialah:

 Kerjaya guru sebagai satu ibadah


 Guru bertanggungjawab dalam pembangunan insan kamil dikalangan murid
 Sebagai agen sosialisasi iaitu penjalin hubungan yang rapat dengan
masyarakat
 Agen perubahan dalam dunia pendidikan yang dinamik

2
 Guru yang sentiasa menerapkan nilai-nilai patriotisme melalui sejarah
pembinaan negara
 Guru yang menghayati Falsafah Pendidikan Negara (FPK) sebagai panduan
dalam menjalankan tugas.

3.1 Kerjaya guru sebagai satu ibadah


Ini bermaksud guru yang berwibawa yang meletakkan tugas dan
tanggungjawab kerjaya ini sebagai satu amanah. Ibadah ini mengandungi dua
unsur, iaitu tunduk patuh sepenuhnya kepada Allah; dan cinta sepenuhnya
kepada Allah sesuai dengan tujuan dijadikan manusia itu sendiri. Guru
seharusnya mempunyai falsafah dan prinsip hidup yang berlandaskan
keagamaan, yang sentiasa melengkapi diri dengan ilmu dan kemahiran yang
tinggi. Ini secara langsung dapat menjadikan guru sebagai rol model kepada
murid-murid yang dipertanggungjawabkannya. Penerapan nilai-nilai murni yang
merentasi kurikulum dan kokurikulum perlu diwujudkan dalam sistem
pengajaran di sekolah lantaran nilai adalah ukur tara terhadap sesuatu benda,
perkara, perbuatan dan amalan. Nilai juga melibatkan persepsi minda dan hati
berasaskan sifat dan syarat tertentu yang serasi dan sejalan dengan fitrah. Baik
pada ukuran nilai tidak sahaja pada pertimbangan akal dan rasional tetapi juga
pada hati dan terlihat dalam amalan dan percakapan.

Penerapan nilai murni kemanusiaan ini memandu manusia agar hidup


bertatahkan adab agar pembinaan bangsa itu berada di tahap yang tinggi dari
segi ilmu dan akhlaknya. Dalam pendidikan perlu ada nilai-nilai teras yang
sifatnya fundamental seperti amanah, jujur dan ikhlas, hormat-menghormati
serta adil dan bijaksana. Nilai-nilai teras di samping nilai-nilai tambahan dan
kembangan harus disuburkan secara kreatif dan bijaksana agar watak yang
bersih sifatnya dapat digarap dalam jiwa pelajar. Dalam hal ini, guru atau
pendidik merupakan fokus utama dalam penerapan nilai. Murid atau pelajar
mengalami proses perpindahan ilmu, maklumat dan ketrampilan. Matlamat akhir

3
pendidikan ialah berlakunya transformasi diri dan penitipan adab kepada diri
pelajar. Pada diri guru pula, seharusnya ada sifat muallim, murabbi dan
pelbagai sifat-sifat pendidik yang tinggi lain agar proses pendidikan ini dapat
dilihat sebagi proses bina insan. Sifat-sifat ini hendaklah terlihat dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dan ianya boleh menyebabkan berlakunya
transformasi diri. Pada diri pendidik ada contoh yang fitrah sifatnya dan seperti
ibu bapa juga, guru berada di peringkat kedua menjadikan dirinya teladan dan
sumber ikutan para pelajar. Hasil pendekatan di atas yang praktikkan, seorang
guru mampu mendidik para pelajarnya kearah kebaikan yang menjurus kepada
unsur-unsur yang terdapat dalam falsafah pendidikan negara iaitu jasmani,
emosi, rohani dan intelek dan sentiasa memupuk semangat perpaduan
dikalangan pelajarnya.

3.2 Guru bertanggungjawab dalam pembangunan insan kamil di kalangan


murid.
Dengan bermatlamatkan dengan memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dari segi intelek, jasmani rohani dan emosi. Penerapan nilai-nilai
nasionalisma, nilai-nilai perpaduan yang boleh dilaksanakan oleh guru dengan
mengamalkan dan mengaplikasikan elemen-elemen di dalam Rukun Negara.
Elemen yang ada dalam Rukun Negara boleh dilihat sebagai penyatuan
pemikiran, jiwa, hasrat, perasaan dan semua aspek yang menunjukkan simbol
negara Malaysia. (Mok Soon Sang, 2009). Pembinaan negara bangsa adalah
agenda kerajaan bagi menyatukan rakyat yang berbilang kaum. Oleh yang
demikian, bangsa Malaysia mendokong lima rukun negara yang menjadi teras
kepada pembentukan negara. Rukun Negara sebagai satu ideologi kebangsaan
yang dapat merapatkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

 Kepercayaan kepada Tuhan


 Kesetiaan kepada Raja dan Negara
 Keluhuran Perlembagaan

4
 Kedaulatan Undang-Undang
 Kesopanan dan Kesusilaan.

Amalan prinsip Rukun Negara membolehkan rakyat Malaysia menjadi


warganegara yang bersatu padu, demokratik, adil, liberal, progresif dan hidup
dalam suasana aman dan harmoni. Hasil penerapan lima prinsip yang kekal di
kalangan diri guru, para pelajar dan msyarakat sekeliling, sedikit sebanyak
dapat memupuk rasa cinta kepada negara sekaligus berperanan membina
negara bangsa yang bersatu padu dan patuh kepada konsep raja
berperlembagaan serta mewujudkan semangat perpaduan yang erat di
kalangan kaum dalam negara.

3.3 Guru sebagai agen sosialisasi iaitu penjalin hubungan yang rapat dengan
masyarakat.

Penekanan kepada konsep `Malayanization' ialah untuk membina satu bangsa


Malaysia yang mempunyai taat setia dan cintakan negara serta dapat
menyumbang ke arah masa depan pembangunan bangsa. Guru sebagai agen
sosialisasi perlu menerapkan konsep bertunjangkan satu Malaysia sebagai
satu proses membina generasi baru Malaysia yang berpendidikan dan
berkiblatkan Malaysia, menggunakan bahasa Malaysia sebagai lambang
penyatuan dan kekuatan budaya bangsa, menggunakan kurikulum
berorientasikan Malaysia dan mendukung aspirasi dan cita-cita baru pembinaan
negara Malaysia. Sistem penilaian yang seragam juga diwujudkan untuk
pensijilan dan pengiktirafan. Di peringkat sekolah, para pendidik dikehendaki
menanamkan bibit-bibit kesedaran baru untuk penyatuan, perpaduan dan
pembangunan kewarganegaraan melalui mata pelajaran yang di sampaikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

5
Sebagai alat sosialisasi politik bagi membina kesedaran baru dan
membangkitkan imej baru negara Malaysia sebagai Negara-Bangsa. Slogan
baru seperti `Malaysia Boleh', Demokrasi model Malaysia, Nilai-nilai Malaysia,
Wawasan Malaysia dikira turut menyumbang kepada rangka model Negara-
Bangsa yang dihasratkan. Pendidikan juga akan menjadi alat pembangunan
bagi merealisasikan impian dan cita-cita menjadikan Malaysia negara
membangun sepenuhnya menjelang abad ke 21. Penekanan kepada Sains,
teknologi dan Era Informasi Maklumat amat penting dalam pembentukan
Negara-Bangsa dan dari satu segi lain ianya adalah mencabar dan kritikal.

Asas-asas pembinaan negara ini dibuat dengan memperkukuhkan unsur-unsur


nasionalisma dan budaya kebangsaan seperti bahasa kebangsaan,
kebudayaan kebangsaan, kuasa politik ketuanan, perlembagaan negara yang
menjamin kedudukan negara-bangsa, agama dan begitu juga dengan
Lambang-lambang kedaulatan Negara-Bangsa. Lambang-lambang kenegaraan
yang berteraskan kepada Negara-Bangsa ditonjolkan bukan sahaja sebagai
satu penghayatan kesedaran tetapi juga bagi tujuan melambangkan cita-cita,
keunggulan, kebanggaan, perpaduan dan kedaulatan bangsa dan negara.

Asas-asas pembinaan negara bangsa ini pula diperkukuhkan dengan merujuk


kepada sejarah awal ketamadunan bangsa, sejarah perjuangan bangsa dan
sejarah pembinaan semula masa depan nasib bangsa yang telah menghalami
proses penjajahan sama ada oleh kuasa barat mahupun kuasa-kuasa lain.
Membebaskan diri daripada kongkongan mana-mana kuasa atau pengaruh ke
atas negara dan bangsa adalah satu lambang sejarah perjuangan bangsa
Melayu yang menjadi teras pembinaan negara-Bangsa. Konsep perjuangan dan
kesinambungan sejarah merupakan prinsip asas pembinaan bangsa.
Bagaimanapun konsep Negara-Bangsa ini mengambilkira kepentingan bangsa-
bangsa lain yang bermastautin di negara ini yang merupakan sebahagian
daripada satu rumpun budaya dan politik negara-bangsa yang menjadi wadah
untuk membina wawasan masa depan bangsa yang dipanggil Bangsa Malaysia.

6
3.4 Guru sebagai agen perubahan dalam dunia pendidikan yang dinamik

Pendidikan menjadi alat untuk membina semangat patriotisme yang membawa


kesedaran kebangsaan, mendorong kepada membaiki maruah, moral, nilai dan
harga diri. Penekanan yang serius bagi menanamkan nilai-nilai patriotisme bagi
tujuan mewujudkan negara malaysia yang mempunyai semangat ketahanan
jiwa, sosial dan moral yang tinggi serta berupaya menghadapi cabaran untuk
menghadapi perubahan dan kemajuan. Guru sebagai agen perubahan yang
dinamik sering membuat satu pembaharuan teknik atau kaedah pengajaran
yang dapat menarik perhatian para pelajarnya dan sentiasa menekankan
pemikiran yang positif. Penekanan bahasa kebangsaan amat penting kerana
bahasa kebangsaan menjadi teras pembinaan bangsa Malaysia yang
melibatkan penjanaan minda bangsa dengan menunjukkan rasa bangga
menggunakan bahasa tersebut sekaligus mempamerkan semangat patriotik
terhadap negara dan unsur-unsur kenegaraan.

3.5 Guru yang sentiasa menerapkan nilai-nilai patriotisme melalui sejarah


pembinaan negara.
Dalam konteks ini, subjek sejarah amat penting dalam menerapkan nilai-nilai
patrorisme di kalangan pelajar atau murid pada hari ini. Kerana dengan sejarah
negara, murid dapat menghargai jasa-jasa tokoh negara, semangat perjuangan
antara semua kaum dalam negara untuk mengecapi kebebasan melalui
kemerdekaan negara. Hasilnya murid atau pelajar dapat menghayati dan
mensyukuri nikmat negara hari ini dan sentiasa menanam nilai perpaduan kaum
untuk pembinaan bangsa yang harmonis. Melalui subjek sejarah juga, dapat
memberi tanggungjawab untuk membentuk keperibadian diri pelajar menjadi
insan yang seimbang. Selain itu, ianya juga diletakkan harapan supaya generasi
muda yang lahir daripada sistem pendidikan kebangsaan mempunyai semangat
nasionalisme dan patriotisme yang jitu. Malahan subjek sejarah juga dilihat

7
sebagai pendekatan terbaik untuk menyemai semangat perpaduan dalam
kalangan generasi muda.

Sejarah ialah peristiwa yang sudah berlaku dalam kehidupan harian kita.
Sebagai seorang guru, kepentingan sejarah yang diterapkan dalam diri pelajar,
yang berkaitan dengan diri ,keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.
Sejajar dengan itu, para pelajar dapat mengetahui sejarah diri keluarga pelajar
masing-masing. Hal ini dapat membangkitkan perasaan bangga dalam diri dan
seterusnya timbul pula semangat untuk mengetahui sejarah bangsa,
masyarakat dan negara. Melalui kefahaman tersebut, lahirlah persefahaman
yang memangkinkan sikap toleransi dalam diri masing-masing. Sikap Toleransi
inilah yang mewujudkan semangat perpaduan dalam masyarat kita hari ini.
Terdapat beberapa nilai dan pengetahuan sejarah dalam mata pelajaran
sejarah iaitu:

 Nilai Intelek – nilai yang membina pemikiran pelajar seperti kritis dan objektif
 Nilai Moral dan Etika – nilai yang membentuk kod etika, tingkah laku,
perbuatan, moral dan akhlak pelajar
 Nilai Politik – nilai yang memberikan pendedahan tentang nilai ekonomi,
perkembangan ekonomi dan sejarah ekonomi.
 Nilai budaya – nilai yang menerapkan tentang pemahaman amalan,
kepercayaan, perubahan budaya dan pembinaan tamadun bangsa.

Dari aspek penerapan nilai, pembelajaran sejarah bukan sahaja semata-mata


menghafal sahaja malah ianya boleh diterapkan dengan kaedah pembelajaran
yang menyeronokkan dengan kaedah penyelidikan. Ini dapat merangsang ingin
tahu dalam diri pelajar. Melalui sejarah juga, para pelajar dapat mengetahui
peristiwa dan memberi pengajaran terhadap peristiwa berdarah yang berlaku
pada13 mei 1969. Peristiwa tersebut dapat memberi gambaran tentang
pentingnya persefahaman, toleransi, sikap bersatu-padu antara kaum demi
memartabatkan keamanan dan perpaduan kaum dalam negara.

8
3.6 Guru yang menghayati Falsafah pendidikan negara sebagai panduan
dalam menjalankan tugas.
Penghayatan perlu wujud bagi melahirkan perpaduan dikalangan masyarakat
malaysia. Ini bersesuaian dengan Matlamat Pendidikan Negara, dan di
antaranya adalah seperti berikut:

 Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab, progresif, mahir serta cekap


supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif
dan sempurna demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan negara.
 Berperanan melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta
mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut
perlembagaan.
 Berperanan melahirkan rakyat yang taat setia kepada raja dan cinta kepada
negara.
 Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip
Rukun Negara, dan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat
berbilang kaum.
 Guru berperanan mengurangkan jurang perbezaan dari ekonomi, sosial dan
peluang di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas
pendidikan kepada golongan kurang berada.

Sebagai guru yang bertanggungjawab, adalah penting dalam meneliti dan


memahami kehendak-kehendak matlamat pendidikan Negara demi memainkan
peranan sebagai pembina negara yang berkesan. Ianya juga bermatlamatkan
untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang supaya menjadi
warganegara yang baik dan berguna.

9
4.0 KESIMPULAN

Pembinaan negara adalah ditunjangi oleh warganegara Malaysia yang menepati


ideologi negara dan bersikap patriotik. Untuk melahirkan sebegini mestilah
berpaksikan kepada kemantapan rohani, ilmu yang benar dan tenaga kerja mahir.
Oleh yang demikian nasionalisme dan patroitisme perlu ada dalam jiwa masyarakat
kita dalam membentuk negara bangsa yang aman serta perpaduan yang kukuh
dikalangan pelbagai kaum dalam negara. Nasionalisme mencerminkan semangat
keinginan dan keupayaan untuk mencapai perubahan dan yang lebih mustahak ialah
membina maruah dan harga diri. Manakala patriotisme memerlukan komitmen
pemimpin dan semua golongan rakyat dengan mempertahankan asas pembinaan dan
kedaulatan negara. Dari sudut pendidikan pula, peranan pendidik amat penting kerana
pendidikan disekolah adalah pendidikan terawal bagi pelajar-pelajar dan untuk
memastikan generasi yang akan datang adalah generasi cemerlang dan berpotensi
serta mempunyai sikap patroitik terhadap negara, bangsa dan agama. Watak-watak
berkeperibadian yang tinggi serta kepimpinan berasaskan nilai secara tidak langsung
yang akan menghasilkan produk berkualiti untuk kemajuan negara pada masa akan
datang untuk meneroka kemajuan dan perubahan yang sifatnya membangun bukan
meruntuhkan. Inilah peranan utama guru yang mempunyai tahap profesianal yang
tinggi dalam pembentukan watak insan kamil demi kepentingan pembentukan negara
bangsa.

10
5.0 BIBLIOGRAFI

Ishak Saat, (2009). Pendidikan Negara Bangsa Malaysia, Selangor : Karisma


Publication Sdn Bhd.

Mok Soon Sang, (2009). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Komponen 3:


Profesionalisme Keguruan) Sekolah Rendah, Selangor : Kumpulan
Budiman Sdn Bhd.

Choong Lean keow, (2008). Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia Untuk


Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun, Kuala
Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Abd Rahim Abd Rashid, (2004). Patriotisme Agenda Pembinaan Bangsa, Kuala
Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Koo Kee Ping, (2009, Januari). Sejarah Membina Jati Diri. Majalah Pendidik, pp
12-13.

Lee Yok Fee Dan Sarjit S. Gill. (2008). Rukun Negara Teras Pembinaan Modal
Insan: Satu Komentar®, Universiti Putra Malaysia, Selangor

11

You might also like