You are on page 1of 39

3.

MORFOLOGI

3.1 TAKRIF MORFOLOGI

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk
bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang
bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk
tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan
penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan
berdasarkan keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam
golongan yang sama. Morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji
struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu.

Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem.


Morfem ialah unit yang terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau
yang menjalankan tugas nahu. Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil
juga, tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri
dalam ayat.

Sesuatu perkataan itu dibentuk daripada satu morfem atau lebih.


Perkataan ajar, misalnya, terdiri daripada satu morfem, tetapi perkataan
mengajar pula mengandungi dua morfem, iaitu meng- dan ajar. Ada
perkataan yang mengandungi lebih daripada dua morfem.

Morfem boleh bersifat bebas atau terikat. Morfem bebas ialah morfem
yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem
yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Sebagai contoh, perkataan
sekolah dan laut ialah morfem-morfem bebas, tetapi imbuhan ber- dalam
bersekolah dan –an dalam lautan ialah morfem-morfem terikat, oleh sebab
unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar.

Kesimpulannya, proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa


ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa
itu. Dalam kebanyakan bahasa proses pembentukan perkataan melibatkan
pengimbuhan.

3.2 PROSES PEMBENTUKAN KATA

Perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna, yang
terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa.
Perkataan dapat dijeniskan sebagai berikut:
kata tunggal,
kata terbitan,
kata majmuk, dan
kata ganda.
3.2.1 Kata Tunggal

Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata
dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar
yang lain. Contohnya:
itu
bakal

Kata tunggal terbahagi kepada dua jenis. Jenis pertama, kata tunggal yang
merupakan unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat.
Misalnya:
(i) Itu?
(ii) Bakal!
(iii) Saya.

Jenis kedua ialah kata tugas, iaitu unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi
memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan
tugas nahunya. Sebagai contoh, bentuk-bentuk condong dalam contoh-
contoh yang berikut ialah kata tugas:
(i) di mana?
(ii) untuk siapa?
(iii) ke Johor

Kata akronim tergolong juga ke dalam kata tunggal. Kata akronim ialah
perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan singkatan beberapa
perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Contohnya:
(i) MARA - Majlis Amanah Rakyat
(ii) pawagam - panggung wayang gambar

3.2.2 Kata Terbitan

Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat
atau menerima imbuhan, baik awalan, sisipan, akhiran atau apitan. Misalnya:
mendukung (men + dukung)
dipukul (di + pukul)
makanan (makan + an)
biarkan (biar + kan)
mengakui (meng + aku + i)
pertunjukan (per + tunjuk + an)
gemuruh (g + em + uruh)
3.2.3 Kata Majmuk

Kata majmuk ialah bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar
atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa
makna tertentu. Misalnya:
air mata
meja makan
kerani kanan
bedahari kehormat
sudut tepat

3.2.4 Kata Ganda

Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan


atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara
keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan
atau tanpa imbuhan. Misalnya:
kanak-kanak
lelaki
bertubi-tubi
membohong-bohongi
memperkecil-kecil

3.3 PEMBENTUKAN KATA

3.3.1. Kata Tunggal

Bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya. Ada


bentuk bersifat tunggal, ada yang dibentuk hasil proses pengimbuhan,
pemajmukan, dan penggandaan.

Bentuk
Jenis/Keterangan Contoh
Kata
Bentuk Kata (i) Satu suku kata
Tunggal amat terhad
antaranya pinjaman
daripada bahasa-
bahasa asing

1. KV yu ru ya

2. VK am

3. KVK cat wang bah


tin lap sen
roh jong
4. KKVK
stor dril gred
brek krim draf
trak dram
5. KVKK
teks bank volt
harp kord seks
zink golf
6. KKKV
skru
7.KKKVK
skrip spring straw

(ii) Dua suku kata


banyak dalam bahasa
Melayu

1. V + KV aku uda apa


itu ela esa
iri ibu

2. V + VK aib air aur


ais

3. V + KVK adik emas ubat


alas izin orang
usang ulat

4. VK + KV undi impi angka


ungka abdi asli
unta inti

5. VK + KVK ambil umpan angkat


empat embun iblis

6. KV + V dua doa tua


sua jua sia
ria bau

7. KV + VK jauh tuah buah


kuil liar giat
kuih liat

(iii) Tiga suku kata


agak kecil
pola-pola susunan
konsonan-vokalnya
agak banyak
banyak daripadanya
kata pinjaman

1. KV + V + KV cuaca suara tuala siapa

2. KV + V + KVK biawak piutang


siasat

3. V + KV + V usia anoa urea idea

4. KV + KV + V semua mulia benua


peria

5. KVK + KV + V tempua mentua

6. KV + KV + KV keruan seluar
seluang haluan

mengkuang mendiang
7. KVK + KV + VK berlian sengkuang

utara utama
8. V + KV + KV irama agama

ijazah amanah
9. V + KV + KVK amaran adikung

indera asrama antara


10. VK + KV + KV istana

keliru budaya teruna


11. KV + KV + KV sutera

menteri bendera
12. KVK + KV + KV kemboja misteri

ilmiah ikhtiar
13. VK + KV + VK
akaun elaun
14. V + KV + VK ideal amaun

belalang senapang
15. KV + KV + KVK senangin kelamin

tempurung matlamat
16. KVK + KV + KVK cendawan sembilan
belanja setanggi
17. KV + KVK + KV kerengga kelambu
keranda selamba
kerangka terumbu

sempurna
18. KVK + KVK + KV

kelongsong belimbing
19. KV + KVK + KVK gelanggang selumbar
telanjang kumandang
gelombang pelantar
belangkas kelompok

(iv) Empat suku kata dan


lebih
kebanyakannya kata
pinjaman

1. KV + KV + VK + KV keluarga biduanda
keluangsa

2. KV + KVK + KV + KV sederhana kerempagi


peristiwa sayembara

3. KVK + KV + KV + KV laksamana sandiwara


harmonika mandalika

4. KVK + KV + V + KV sentiasa

5.KV + KV + KV + KV bidadari serigala


samudera dinihari

Selain kata-kata seperti di atas,


kata akronim juga tergolong ke
dalam jenis kata tunggal.

Akronim ialah kata singkatan


yang terbentuk dengan Bernama – (Berita Nasional
menggabungkan huruf awal Malaysia)
suku kata atau gabungan Gapena – (Gabungan
kombinasi huruf awal dan suku Penulis Nasional)
kata daripada satu rangkai kata, Mara – (Majlis Amanah
dan ditulis serta dilafazkan Rakyat)
sebagai kata yang wajar. ubahsuai – (ubah sesuai)
kugiran – (kumpulan gitar
rancak)

Kata akronim boleh ditulis


dengan tiga cara:
TH – (Tabung Haji)
(i) Akronim yang terbentuk ABIM – (Angkatan Belia
daripada gabungan Islam Malaysia)
beberapa huruf awal rangkai
kata yang disingkatkan,
keseluruhannya ditulis
dengan huruf besar, jika
kata nama khas.
(ii) Akronim yang terbentuk tabika – (taman bimbingan
daripada gabungan huruf kanak-kanak)
awal dan / atau suku kata ubahsuai – (ubah sesuai)
ditulis dengan huruf kecil kugiran - (kumpulan gitar
keseluruhannya, jika bukan rancak)
kata nama khas. purata - (pukul rata)
(iii) Jika akronim yang terbentuk Bernama – (Berita Nasional
daripada gabungan huruf Malaysia)
awal dan / atau suku kata itu Gapena – (Gabungan
menjadi kata nama khas, Penulis Nasional)
kata itu ditulis bermula Mara – (Majlis Amanah
dengan huruf besar. Rakyat)
Pernas – (Perbadanan
Nasional)
Intan – (Institut Tadbiran
Awam Negara)
Petronas - (Petroleum
Nasional)
Proton - (Perusahaan
Automobil Nasional)

3.3.2 Kata Terbitan

Bentuk Kata Jenis/Keterangan Contoh


Bentuk Kata Kata terbitan dihasilkan
Terbitan melalui proses pengimbuhan.
Berdasarkan kedudukannya
pada kata dasar, imbuhan
dapat dibahagikan kepada
empat jenis:
(i) awalan, yang hadir
sebelum kata dasar;
(ii) akhiran, yang hadir
sesudah kata dasar;
(iii) apitan, yang hadir
secara mengapit kata
dasar, iaitu dua
bahagian imbuhan hadir
serentak di awal dan
akhir kata dasar;
(iv) sisipan, yang hadir di
celahan kata dasar.
1. Kata terbitan berawalan
awalan kata nama pe- (pelari, perakus)
pem- (pembawa, pembuat)
pen- (pendatang, pendua)
peng- (penggali, penggubal)
penge- (pengebom, pengetin)
pel- (pelajar)
per- (perasap, perbara)
pe- (pesara, pesakit)
ke- (ketua, kelipat)
juru- (juruukur, juruwang)
maha- (mahasiswa,
mahaguru)
tata- (tatabuku, tatabahasa)
pra- (prasejarah, prakata)
sub- (subkelas, subsistem)
supra- (suprakelas,
supranasional)
eka- (ekabahasa, ekawarna)
dwi- (dwibahasa, dwifungsi)
awalan kata kerja me- (melawan, merasa)
mem- (membawa,
membilang)
men- (mendaki, mendakwa)
meng- (menggali,
menggiling)
menge- (mengecat,
mengekod)
memper- (memperisteri,
memperhamba)
ber- (berjalan, berganti)
be- (beraja, berasa)
bel- (belajar, belunjur)
ter- (terjebak, terbentuk)
di- (diatur, ditimbang)
diper- (diperisteri, dipercepat)
awalan kata adjektif ter- (terbesar, terputih)
te- (teruncing, terendah)
se- (secantik, secerah)
2. Kata terbitan berakhiran
akhiran kata nama -an (pakaian, jahitan)
-wan (sasterawan,
angkasawan)
-man (budiman, seniman)
-wati (seniwati)
-isme (nasionalisme,
sosialisme)
-in (hadirin, muslimin)
-at (hadirat, muslimat)
-ah (sultanah, ustazah)
akhiran kata kerja -kan (buatkan, gunakan)
-i (turuti, duduki)
3. Kata terbitan berapitan
apitan kata nama pe-...-an (pelaksanaan,
perasaan)
pem-...-an (pembuatan,
pembinaan)
pen-...-an (pentakrifan,
pendapatan)
peng-...-an (penggunaan,
pengguguran)
penge-...-an (pengehadan,
pengesahan)
per-...-an (persalinan,
perkuburan)
pel-...-an (pelajaran)
ke-...-an (kelainan, kelebihan)
apitan kata kerja me-...-kan (memainkan,
melukakan)
men-...-kan (mendermakan,
mentakrifkan)
mem-...-kan (membaharukan,
membaikkan)
meng-...-kan (menggunakan,
menggandakan)
menge-...-kan (mengepinkan,
mengecamkan)
ber-...-kan (beralaskan,
berlaukkan)
di-...-kan (dibiarkan,
digunakan)
me-...-i (melalui, memasuki)
men-...-i (mencurigai,
mendendami)
mem-...-i (membaharui,
membohongi)
meng-...-i (menganggotai,
menggauli)
di-...-i (didekati, dimulai)
diper-...-kan (diperdengarkan,
diperlihatkan)
diper-...-i (diperingati)
memper-...-kan
(memperdengarkan,
memperjuangkan)
memper-...-i (memperingati)
ke-...-an (kehausan,
kepanasan)
apitan kata adjektif ke-...-an (keinggerisan,
kearaban)
4. Kata terbitan bersisipan
sisipan kata nama -el- (kelengkeng, telunjuk,
kelabut)
-er- (keruping, seruling,
serabut)
sisipan kata adjektif -el- (kelebak, selerak,
gelembung)
-er- (serabut, gerigi)
-em- (gemilang, semerbak,
gemerlap)
-in- (sinambung)

3.3.3 Kata Majmuk

Bentuk Kata Jenis/Keterangan Contoh


Bentuk Kata Berdasarkan jenisnya, ia
Majmuk dipisahkan kepada tiga
kelompok:
(iv) terdiri daripada rangkaian gambar rajah
kata bebas biru laut
tengah hari
kuning langsat
Perdana Menteri
Duta Besar
Naib Canselor
Ketua Setiausaha Negara
(v) berbentuk istilah khusus model linear
garis pusat
pita suara
kertas kerja
batu kapur
(vi) mendukung maksud kaki ayam
kiasan (simpulan bahasa) buah hati
bulan madu
tumbuk rusuk
makan angin
1. Bentuk yang telah
mantap:
mantap sebagai satu antarabangsa
perkataan yang utuh; beritahu
dieja sebagai satu bumiputera
perkataan jawatankuasa
kakitangan
kerjasama
setiausaha
sukarela
suruhanjaya
tandatangan
tanggungjawab
warganegara
pesuruhjaya
Terdapat sejumlah perkataan
dalam golongan kata tertentu
yang secara lazim dieja
bercantum:
kata nama peribadi
peribahasa
hulubalang
dinihari
perikemanusiaan
kata adjektif sukacita
dukacita
kata sendi nama kepada
daripada
kata hubung apabila
manakala
padahal
darihal
barangkali
kadangkala
apakala
walhal
kata tanya bagaimana
2. Penggandaan kata
majmuk
melibatkan alat-alat tulis
penggandaan unsur balai-balai raya
pertama sahaja suku-suku kata
jirim-jirim organik
Naib-Naib Canselor
Ketua-Ketua Menteri
Satu kecualian: pesuruhjaya-pesuruhjaya
yang melibatkan warganegara-warganegara
bentuk yang telah tandatangan-tandatangan
mantap; jawatankuasa-jawatankuasa
penggandaannya setiausaha-setiausaha
melibatkan
keseluruhan unsur
3. Pengimbuhan kata
majmuk
(i) apabila kata majmuk campur aduk  bercampur
menerima imbuhan yang aduk
merupakan awalan atau litar selari  berlitar selari
akhiran sahaja, ejaannya ambil alih  mengambil alih
tetap terpisah temu bual  ditemu bual
daya serap  daya serapan
(ii) apabila kata majmuk campur aduk 
menerima imbuhan yang mencampuradukkan
merupakan apitan, daya serap 
ejaannya menjadi kedayaserapan
bercantum garis pusat 
menggarispusatkan
satu padu 
menyatupadukan
urus niaga  diurusniagakan

Peringatan: Kata majmuk tidak menggunakan sempang (-), kecuali ketika


penggandaan pada kata ganda.

3.3.4 Kata Ganda

Bentuk Kata Jenis/Keterangan Contoh


Bentuk Kata Terdapat tiga jenis
Ganda penggandaan:
1. Penggandaan penuh
menggandakan
keseluruhan kata dasar
sama ada kata dasar itu
mengandungi imbuhan
ataupun tidak
penggandaan penuh yang pulau-pulau
terjadi pada kata dasar buku-buku
yang tidak ada imbuhan cantik-cantik
menggandakan seluruh minum-minum
kata dasar mata-mata
kata nama yang pemimpin-pemimpin
mengandungi imbuhan pelatih-pelatih
juga boleh digandakan persatuan-persatuan
sepenuhnya, iaitu kehendak-kehendak
termasuk imbuhan sekali
2. Penggandaan separa
menggandakan
sebahagian kata dasar
sahaja
kata dasar boleh
merupakan kata tunggal
ataupun kata terbitan
penggandaan boleh
berlaku di hadapan atau di
belakang kata dasar
Penggandaan separa yang laki  lalaki  lelaki
berlaku pada kata dasar jari  jajari  jejari
tunggal lazimnya melibatkan siku  sisiku  sesiku
pengulangan suku kata rambut  rarambut 
pertamanya, dan letak rerambut
gandaannya pada bahagian langit  lalangit  lelangit
hadapan kata dasar. Vokal
dalam bentuk gandaan itu
mengalami proses pelemahan
menjadikannya vokal e pepet.
Penggandaan separa yang di belakang kata dasar:
berlaku pada kata dasar yang berlari-lari
berimbuhan hanya mencari-cari
menggandakan kata dasar berturut-turut
utama dan tidak melibatkan terdiri-diri
imbuhannya sekali. sepandai-pandai
berlaku terhadap di hadapan kata dasar:
golongan kata kerja dan kasih-mengasihi
kata adjektif cinta-mencintai
boleh terletak di kejar-mengejar
belakang atau di tolong-menolong
hadapan kata dasar bantu-membantu
untuk kata kerja tertentu
3. Penggandaan berentak
menggandakan kata
dasar mengikut rentak
bunyi tertentu dalam
kata dasar itu
seluruh kata dasar
digandakan
bunyi-bunyi tertentu
diulang atau diubah
Penggandaan berentak boleh
dibahagikan kepada tiga jenis:
(i) penggandaan berentak sayur-mayur
pengulangan vokal kuih-muih
(penggandaan yang selok-belok
mempunyai ciri-ciri lauk-pauk
persamaan pada bunyi- gotong-royong
bunyi vokal tertentu, iaitu cerai-berai
terdapat ciri-ciri
keharmonian vokal)
(ii) penggandaan berentak gunung-ganang
pengulangan konsonan bukit-bukau
(penggandaan yang mandi-manda
mempuyai ciri-ciri batu-batan
persamaan pada bunyi- bolak-balik
bunyi konsonan tertentu)
(iii) penggandaan berentak anak-pinak
bebas (penggandaan yang saudara-mara
tidak mengandungi ciri-ciri lintang-pukang
persamaan pada bunyi titik-bengik
vokal atau konsonan)

Peringatan: Kata ganda menggunakan sempang (-), berbeza dengan kata


majmuk yang tidak menggunakannya.

3.4 Golongan Kata


Perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam
golongan – golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria, misalnya kriteria
struktur fonologi atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan
kriteria semantik. Frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif ialah frasa – frasa
endosentrik yang tiap – tiap satu boleh mengandungi satu unsur inti yang
dapat menjadi wakil bagi setiap frasanya. Kata nama menjadi inti kepada
frasa nama, kata kerja menjadi inti kepada frasa kerja dan kata adjektif
menjadi inti kepada frasa adjektif. Kata nama, kata kerja dan kata adjektif
bolehlah disebut golongan kata utama kerana menjadi inti bagi frasa – frasa
utama ayat. Perkataan – perkataan lain selain tiga golongan kata utama itu
bolehlah dikelompokkan dalam satu golongan kata secara kolektif, iaitu kata
tugas yang bersifat heterogen. Kesimpulannya, golongan kata dalam bahasa
Melayu terbahagi kepada empat, iaitu:
( i ) kata nama
( ii ) kata kerja
( iii ) kata adjektif
( iv ) kata tugas

3.4.1 Golongan Kata Nama


Golongan kata nama merangkumi sejumlah perkataan yang boleh
menjadi unsur inti kepada binaan frasa nama dan lazimnya kata ini
menamakan orang, tempat atau benda. Golongan kata nama ini boleh pula
dipecahkan kepada subgolongan berdasarkan ciri semantik perkataannya
iaitu seperti berikut:
Kata Nama

Kata Nama Khas Kata Nama Am Kata Ganti Nama

2.4.1.1 Kata Nama Khas


Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda
yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas
terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kata nama khas hidup dan kata nama
khas tak hidup. Kata nama khas hidup pula terbahagi kepada dua lagi, iaitu
kata nama khas hidup manusia dan kata nama khas hidup bukan manusia.
Pembahagian ini diterangkan melalui rajah berikut:

Kata Nama Khas

Hidup Tak Hidup

Hidup Manusia Hidup Bukan Manusia

( 1 ) Kata Nama Khas Hidup

( a ) manusia
Nina Jamil Azman
Halim J. Sham Tun Abdul Razak
Tun Dr. Mahathir A. Ramli Hani

( b ) bukan manusia
Tumpuk Ananas Comosus ( nanas) Sang Kancil
Si Belang Vanda Diana ( orkid ) Sang Buaya
Comel Lassie Si Buntal
( 2 ) Kata Nama Khas Tak Hidup

Kuala Lumpur Bukit Kepong


Pasir Mas Daya Bumi
Ahli Mangku Negara Planet Bumi
Gunung Kinabalu Ipoh

2.4.1.2 Kata Nama Am


Kata nama am ialah perkataan yang merujuk kepada benda – benda
atau perkara – perkara yang umum sifatnya. Kata nama am dapat
dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata nama am abstrak dan kata nama am
konkrit.
( i ) Kata nama am abstrak
Kata nama am abstrak ialah jenis kata nama yang membawa
konsep mujarad atau bukan kebendaan. Contohnya;

mimpi idaman
kedamaian penyalahgunaan
roh kemerdekaan
kehendak perhimpunan

( ii ) Kata nama am konkrit


Kata nama am konkrit ialah jenis kata nama yang membawa
konsep kebendaan. Contohnya;

tangan kekasih
rumah kereta
buku jambatan
jam majalah

2.4.1.3 Kata Ganti Nama


Kata ganti nama dibahagikan kepada dua subgolongan kecil, iaitu kata
ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama diri dapat
dipecahkan lagi kepada kata ganti nama diri tanya dan kata ganti nama diri
orang. Kata ganti nama diri orang terdiri daripada kata ganti nama diri orang
pertama, orang kedua dan orang ketiga.

Kata Ganti Nama

Kata Ganti Nama Tunjuk Kata Ganti Nama Diri

Tanya Orang

Orang Pertama

Orang Kedua

Orang Ketiga

( a ) Kata ganti nama tunjuk


Kata ganti nama tunjuk ialah kata nama yang berfungsi menunjuk pada
sesuatu perkara atau benda. Terdapat hanya dua kata ganti nama tunjuk,
iaitu itu untuk menunjuk pada yang jauh dan ini untuk menunjuk kepada yang
dekat.

( b ) Kata ganti nama diri


Kata ganti nama diri ialah kata nama yang menjadi pengganti sesuatu
benda, perkara atau manusia. Kata ganti nama diri terbahagi kepada dua
kumpulan iaitu;
- kata ganti nama diri tanya
- kata ganti nama diri orang

Kata ganti nama diri tanya ialah jenis kata nama yang berfungsi
menanyakan hal benda, perkara atau manusia. Terdapat tiga bentuk kata
ganti nama diri tanya iaitu, siapa yang merujuk orang, apa yang merujuk
benda atau perkara, dan mana yang merujuk benda dan orang.
Kata ganti nama diri orang ialah jenis kata ganti nama yang merujuk
manusia dan terdiri daripada tiga kategori,iaitu orang pertama, orang kedua
dan orang ketiga. Contoh – contohnya adalah seperti berikut:
Kata ganti nama diri orang pertama saya, aku, beta, patik, kami dan kita
Kata ganti nama diri orang kedua saudara, kamu, awak, engkau dan
anda
Kata ganti nama diri orang ketiga ia, dia, beliau, mereka dan -nya

2.4.2 KATA KERJA

Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan frasa kerja.
Lazimnya kata kerja menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan
melakukan sesuatu. Sebagai contoh, berikut ialah beberapa binaan frasa
kerja yang menunjukkan kata kerja sebagai inti frasa kerja dan perkataan-
perkataan lain yang hadir sesudah dan sebelumnya.

FRASA KERJA
sedang tidur
bermain di padang
belum membaca buku
disaksikan oleh adiknya

Penggolongan Kata Kerja


Kata kerja terbahagi kepada dua kumpulan utama, iaitu:
1. kata kerja tak transitif
2. kata kerja transitif

2.4.2.1 Kata Kerja Tak Transitif


Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan
penyambut atau objek sesudahnya.
Contohnya:
pergi tinggal

Kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu:
(a) kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
(b) kata kerja tak transitif berpelengkap
Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri
tanpa objek atau penyambut.
Contohnya:
duduk menyanyi

Kata kerja tak transitif ini boleh diikuti oleh keterangan yang berfungsi
memberi maklumat tambahan. Contohnya:

duduk pada waktu petang


tumbuh dalam pasu

Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap

Kata kerja tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti
oleh pelengkap untuk menempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap ini
tidak sama dengan objek, kerana objek hanya hadir selepas kata kerja
transitif dan boleh mengalami proses pasif. Pelengkap ialah unsur yang hadir
selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat. Ayat
yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan. Contohnya:

beransur baik menjadi baik


Perhatikan bahawa pelengkap boleh berdiri daripada kata adjektif, kata atau
frasa nama atau frasa sendi nama.

2.4.2.2 Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang
terdiri daripada kata atau frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.
Contohnya:
membeli buku
menternak ayam
Pembentukan Kata Kerja
Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata kerja, iaitu:
1. kata kerja tunggal
2. kata keja terbitan
3. kata kerja majmuk
4. kata kerja ganda
Beberapa contoh:
1. Kata kerja tunggal
ada terbang

2. Kata kerja terbitan


mewangi diseret
memasak jayakan

3. Kata kerja majmuk


kemas kini lipat ganda

4. Kata kerja ganda


gelak-gelak/tergelak-gelak
berlari-lari

Beberapa Aspek Pengimbuhan Kata Kerja


Seperti dangan kata nama, beberapa aspek pengimbuhan kata kerja akan
disentuh, kerana proses pengimbuhan amat produktif dalam proses
pembentukan kata kerja bahasa Melayu.

Imbuhan Kata Kerja


Terdapat empat jenis imbuhan yang membentuk kata kerja, iaitu:
1. awalan kata kerja
2. akhiran kata kerja
3. apitan kata kerja
4. sisipan kata kerja

Awalan Kata kerja


Terdapat enam awalan yang membentuk kata kerja, iaitu:
(a) meN- (d) di-
(b) beR- (e) mempeR-
(c) teR- (f) dipeR-

Akhiran Kata kerja


Terdapat hanya dua akhiran yang membentuk kata kerja, iaitu:
(a) -kan
(b) -i

Apitan Kata Kerja


Jumlah apitan yang membentuk kata kerja agak besar, iaitu, sebelas, seperti
yang berikut:
(a) meN-…-kan (e) meN-…-I (i) ke-…-an
(b) beR-…-kan (f) di-…-I (j) dipeR-…-kan
(c) beR-…-an (g) mempeR-…-kan (k) dipeR-…-i
(d) di-…-kan (h) mempeR-…-i

Sisipan Kata Kerja


Dalam bahasa Melayu tidak ada sisipan yang dapat membentuk kata kerja.
Namun, perkataan-perkataan yang terdiri daripada kata nama dan kata
adjektif yang mengandungi sisipan dapat dijadikan kata kerja melalui proses
pengimbuhan. Contohnya:
(a) -el-
geletar - bergeletar - menggeletar
jelajah - berjelajah - menjelajah
(b) -er-
serabut - berserabut
gerodak - bergerodak
(c) -em-
gemuruh - bergemuruh
semerbak - bersemerbak

Kata Kerja Transitif dengan Objek


Semua kata kerja transitif menerima objek. Sebagai contoh ialah dua kata
kerja dalam ayat-ayat berikut:
1. Ibu membeli sehelai baju.
2. Ahmad membaca surat itu.

Dalam ayat-ayat di atas terdapat satu objek. Ayat-ayat ini boleh diperluas
dengan menambah unsur keterangan, iaitu yang menerangkan pihak yang
mendapat manfaat daripada perbuatan kata kerja, seperti ayat-ayat berikut:
1 (a) Ibu membeli sehelai baju untuk adik.
2 (a) Ahmad membaca surat itu kepada rakannya.

Ayat 1(a) dan 2(a) masih berupa ayat-ayat yang mengandungi satu
objek kerana unsur yang ditambah selepas objek, dari segi binaannya,
berbentuk frasa, iaitu frasa sendi nama.

Namun begitu, jikalau kata kerja membeli dan membaca diubah


menjadi kata kerja berapitan meN-…-kan, iaitu membelikan dan
membacakan, maka binaan ayat akan berubah menjadi ayat-ayat berikut:
1 (b) Ibu membelikan adik sehelai baju.
2 (b) Ahmad membacakan rakannya surat itu.

Dalam kedua-dua ayat ini terdapat dua objek, iaitu adik dan sehelai
baju dalam ayat 1(b) dan rakannya serta surat itu dalam ayat 2(b). Oleh
sebab terdapat dua objek dalam satu ayat, objek-objek tersebut dibezakan
dengan menamakan objek yang lebih dekat dengan kata kerja objek tepat
( dalam kes ini adik dalam ayat 1(b) dan rakannya dalam ayat 2(b). Objek
yang jauh sedikit ( sehelai baju dan surat itu ) disebut objek sipi.
Satu ukuran untuk menentukan yang manakah antara kedua-dua objek itu
objek tepat atau objek sipi, ialah proses pasif. Dalam bahasa Melayu, hanya
objek tepat boleh mengalami proses pasif, misalnya ayat 1(c) ialah bentuk
pasif bagi ayat 1(b), manakala ayat 2(c) ialah ayat pasif bagi ayat 2(b).
1 (c) Adik dibelikan sehelai baju oleh ibu.
2 (c) Rakannya dibacakan surat itu oleh Ahmad.

Sebaliknya, ayat-ayat berikut dianggap tidak gramatis:


1 (d) Sehelai baju dibelikan adik oleh ibu.
2 (d) Surat itu dibacakan rakannya oleh Ahmad.

Hal yang sama juga berlaku bagi kata kerja yang menerima paitan meN-
…-i. Dalam dua ayat berikut, terdapat dua objek:
3. Mereka menghadiahi guru mereka sejambak bunga.
4. Tina menghidangi tetamunya secawan kopi.

Dalam ayat (3), objek tepat ialah guru mereka dan dalam ayat (4)
tetamunya. Jikalau kedua-dua kata kerja ditukar apitan, iaitu menjadi
menghadiahkan dan menghidangkan, maka binaan kedua-dua ayat turut
berubah, menjadi seperti yang berikut:
3 (a) Mereka menghadiahkan sejambak bunga kepada guru mereka.
4 (a) Tini menghidangkan tetamunya secawan kopi.

Dalam binaan ayat 3(a) dan 4(a), tidak lagi terdapat dua objek dalam
setiap ayat. Yang tinggal hanya satu objek diikuti oleh frasa sendi nama.

Perbezaan Antara Apitan meN-…-kan dengan Apitan meN-…-i


Dalam bahasa Melayu banyak kata kerja terbentuk dengan apitan meN-…-
kan dan meN-…-i. Kedua-duanya membentuk kata kerja transitif yang
mendukung makna asas yang terkandug dalam kata dasar.
Ada kalanya dapat dibezakan fungsi antara kedua-dua apitan ini, iaitu
lazimnya apitan meN-…-kan menandakan maksud kausatif, manakala apitan
meN-…-I menandakan maksud lokatif. Contoh:
1 (a) Saya menghadiahkan sebuah buku kepada Anita pada hari
jadinya.
(b) Saya menghadiahi Anita sebuah buku pada hari jadinya.

Tetapi bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima kedua-dua


apitan ini, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna.
Contohnya:
2 (a) Ali sedang membaiki kereta yang rosak.
(b) Ali sedang membaikkan kereta yang rosak.

Jenis Kata Kerja Berawalan TER-


Kata kerja yang dibentuk dengan awalan teR- terdiri daripada dua jenis, iaitu:
1. kata kerja transitif
2. kata kerja tak transitif

1. Kata kerja transitif


Terdapat dua jenis kata kerja transitif yang terbentuk denga awlan teR-, iaitu:
(a) kata kerja transitif aktif
(b) kata kerja transitif pasif

Contohnya:
(a) Kata kerja transitif aktif, iaitu yang diikuti oleh objek.
(1) Ratna terambil buku adik saya.
(2) Kakinya terpijak paku itu.
(b) Kata kerja transitif pasif
Terdapat juga kata kerja dengan awalan teR- yang bersifat tak transitif, iaitu
yang tidak memerlukan objek. Contohnya:
(1) Mereka tersandar di tepi dinding.
(2) Dia terjatuh dari atas pokok.

PERBEZAAN ANTARA AWALAN MEMPER- DENGAN APITAN


MEMPER-…-KAN
Dalam bahasa Melayu terda[at kata kerja yang terbentuk dengan awalan
mempeR-… dan apitan mempeR-…-kan.
Pada dasarnya, kata kerja dengan awalan mempeR- membawa
maksud menjadikan dan boleh bertukar ganti dengan apitan meN-…-kan.
Contohnya:
memperbesar = membesarkan
memperalat = mengalatkan
Bagi kata adjektif, salah satu bentuk sahaja digunakan. Oleh itu, tidak
gramatis, misalnya, jika digunakan bentuk memperbesarkan. Pilihlah hanya
mana-mana satu imbuhan, iaitu sama ada memperbesar atau membesarkan.
Tetapi bagi beberapa kata nama tertentu, iaitu hamba, isteri dan suami,
perkataan-perkataan ini boleh menerima awalan mempeR- dan mempeR-…-
kan, untuk menghasilkan perkataan yang berlainan makna. Contohnya:
1. memperhamba - menganggap diri atau orang lain seperti hamba.
2. memperhambakan - menjadikan diri atau orang lain seperti hambakepada
seseorang.
3. memperisteri - menjadikan seseorang isteri.
4. memperisterikan - memberikan isteri kepada seseorang atau menjadikan
seseorang beristeri.

2.4.3 KATA ADJEKTIF

Kata adjektif atau kata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur inti
dalam binaan frasa adjektif. Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya satu
kata adjektif atau beberapa perkataan yang mengandungi kata adjektif dan
unsur-unsur keterangan yang lain seperti kata bantu dan kata penguat.
Berikut ialah contoh binaan frasa-frasa adjektif.
FRASA ADJEKTIF

masih sangat pandai


belum besar sungguh
baik
masak

Jenis Kata Adjektif

Berdasarkan kriteria makna, kata adjektif dapat dikategorikan kepada


sembilan jenis berikut:
1. kata adjektif sifatan atau keadaan 6. kata adjektif jarak
2. kata adjektif warna 7. kata adjektif cara
3. kata adjektif ukuran 8. kata adjektif perasaan
4. kata adjektif bentuk 9. kata adjektif pancaindera
5. kata adjektif waktu

Beberapa contoh:

1. kata adjektif sifatan atau


keadaan
cerdik lemah gopoh
berani

2. kata adjektif warna


merah kelabu unggu
jingga

3. kata adjektif ukuran


panjang tebal kecil kerdil

4. kata adjektif bentuk


bulat bengkok kempis lurus

5. kata adjektif waktu


baharu segera silam
lampau
6. kata adjektif jarak
jauh hampir dekat nyaris

7. kata adjektif cara


deras perlahan laju lincah

8. kata adjektif perasaan


rindu benci segan
gembira

9. kata adjektif
pancaindera
(a) deria rasa
sedap masin kelat
masam

(b) deria pandang


cantik buruk segak
tampan

(c) deria dengar


bising mersik serak
merdu

(d) deria bau


harum semerbak busuk tengik

(e) deria sentuh


halus kesat licin
lembut

Pembentukan Kata Adjektif


Kata adjektif terdiri daripada empat bentuk berikut:
1. kata adjektif tunggal 3. kata adjektif majmuk
2. kata adjektif terbitan 4. kata adjektif ganda
Beberapa contoh:
1. Kata adjektif tunggal
kasar pahit bujur

2. Kata adjektif terbitan


terindah sebesar sinambung

3. Kata adjektif majmuk


merah jambu panjang tangan hijau daun

4. Kata adjektif ganda


cantik-cantik lambat-laun sihat-sihat

Kata Adjektif Dalam Bentuk Perbandingan


Kata adjektif yang menyatakan perbandingan pada darjah biasa hadir dalam
bentuk biasa, iaitu kata adjektif tanpa apa-apa tambahan. Contohnya:
besar sederhana
leper lesu

Darjah Bandingan
Untuk menyatakan darjah bandingan, dua cara digunakan, iaitu:
(a) menggunakan kata adjektif dengan awalan se- bagi menyatakan
bandingan yang sama. Contohnya:
sebesar sesedap
seleper semontel

(b) menggunakan kata penguat lebih atau kurang bagi menyatakan


bandingan yang berbeza. Contohnya:
lebih besar daripada
kurang pandai daripada

Darjah Penghabisan
Bahasa Melayu mempunyai pelbagai cara untuk menyatakan darjah
penghabisan. Contohnya:
(a) se- + kata adjektif + gandaan + kata nama
Contohnya:
sepandai-pandai tupai
setinggi-tinggi pokok

(b) ter- + kata adjektif


Contohnya:
terpandai
tertinggi
(c) paling + kata adjektif
Contohnya:
paling indah
paling biru

(d) kata adjektif + sekali


Contohnya:
cantik sekali
panjang sekali

(e) ter- + amat + kata adjektif


sangat

Contohnya:
teramat buruk
teramat mulia

(f) amat
sungguh + kata adjektif + sekali
sangat
Contohnya:
amat pandai sekali
sungguh merdu sekali

2.4.4 KATA TUGAS

Kata tugas ialah golongan perkataan selain kata nama, kata kerja, dan
kata adjektif yang mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat,
klausa dan frasa. Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi sebagai
unsur inti dalam sebarang frasa utama, sebaliknya mendukung sesuatu tugas
sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu,
penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, atau
tugas-tugas lain.
Berdasarkan tugas-tugas yang disebutkan di atas, kata tugas dapat
dijeniskan kepada 16 jenis berikut:
1. kata hubung 9. kata nafi
2. kata seru 10. kata pemeri
3. kata tanya 11. kata sendi nama
4. kata perintah 12. kata pembenar
5. kata pangkal ayat 13. kata arah
6. kata bantu 14. kata bilangan
7. kata penguat 15. kata penekan
8. kata penegas 16. kata pembenda

Kelompok Dasar Kata Tugas


Berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat, enam
belas kata tugas yang disenaraikan di atas dapat dikelompokkan dalam
empat kategori, iaitu:
1. kata penyambung ayat
2. kata praklausa
3. kata pratirasa
4. kata pascakata

Kata Penyambung Ayat


Kata penyambung ayat ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang
bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih atau ayat majmuk.
Selaras dengan jenis ayat majmuk, maka terdapat dua jenis kata hubung,
iaitu:
1. kata hubung gabungan
2. kata hubung pancangan

Kata Hubung gabungan


Kata hubung gabungan ialah kata hubung yang menghubungkan ayat-ayat
dalam ayat majmuk gabungan.
Contohnya:
dan lalu
atau malahan
tetapi sambil
serta kemudian

Kata Hubung Pancangan


Kata hubung pancangan ialah kata hubung yang menghubungkan klausa
utama dalam ayat majmuk pancangan dengan klausa-klausa kecil lain. Dalam
bahasa Melayu terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan. Oleh itu, terdapat
tiga jenis kata hubung pancangan, iaitu:
(a) Kata hubung pancangan relatif
Dalam bahasa Melayu terdapat hanya satu kata hubung pancangan relatif,
Iaitu, yang.
(b) Kata hubung pancangan komplemen
Jumlah kata hubung komplemen dalam bahasa Melayu juga kecil. Dua
Contoh ialah bahawa dan untuk.
(c) Kata hubung pancangan keterangan
Dalam bahasa Melayu jumlah kata hubung pancangan keterangan agak
besar. Antaranya ialah:
kerana agar meskipun
sekiranya semoga supaya
kalau andai kata kendatipun
hingga jikalau semasa
sementara setelah sewaktu
ketika tatkala untuk
walaupun sungguhpun apabila

Kata Praklausa
Kata praklausa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa,
iaitu yang terdiri daripada:
1. kata seru 4. kata pembenar
2. kata tanya 5. kata pangkal ayat
3. kata perintah

Kata Seru
Kata seru ialah perkataan yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai
perasaan dan digunakan dalam ayat seruan.
Contohnya:
aduh amboi aduhai
cis oh wahai

Kata Tanya
Kata tanya ialah perkataan yang digunakan unutk menanyakan sesuatu atau
menyoalkan sesuatu.
Contohnya:
mengapa bagaimana kenapa
berapa bila
Tiada kata ganti nama digunakan juga sebagai kata tanya, iaitu:
apa siapa mana

Sekiranya kata tanya dikedepankan, maka kehadirannya dalam bentuk tulisan


hendaklah disertai partikel –kah.
Contohnya:
1 (a) Berapakah harga buku itu?
2 (a) Bagaimanakah keputusan peperiksaan tahun ini?

Kata Perintah
Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak
balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan, atau permintaan.
Contohnya:
Larangan Silaan Permintaan
jangan sila minta
usah jemput tolong
tak usah

Kata Pembenar
Kata pembenar ayat ialah perkataan yang mengesahkan sesuatu penyataan
Contohnya:
ya benar betul

Kata Pangkal Ayat


Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang
menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana, dan disebut juga
sebagai penanda wacana.
Contohnya:
hatta kalakian
maka sebermula
Kata Prafrasa
Kata prafrasa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan frasa, iaitu
sama ada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Kata
prafrasa ini mendukung tugas-tugas maksud yang terkandung dalam ayat
seperti tugas membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan,
menyendikan, menunjukkan arah, dan membilang. Berdasarkan tugas-tugas
ini, terdapat lapan jenis kata prafrasa, iaitu:
1. kata bantu 5. kata pemeri
2. kata penguat 6. kata sendi nama
3. kata penegas 7. kata arah
4. kata nafi 8. kata bilangan

Kata Bantu
Kata Bantu ialah jenis kata tugas yang fungsinya membantu frasa kerja, frasa
adjektif dan frasa sendi nama, iaitu menimbulkan makna-makna tambahan
daripada aspek waktu atau ragam. Kata bantu terbahagi kepada dua
kumpulan, iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam. Contohnya:
Kata Bantu Aspek Kata Bantu Ragam
telah hendak
baru mahu
pernah harus
sedang mesti
masih boleh
akan dapat
belum
sudah

Kata Penguat
Kata penguat ialah perkataan yang mendahului atau mengikuti kata adjektif
dan berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata adjektif.
Terdapat tiga jenis kata penguat iaitu kata penguat hadapan, kata penguat
belakang, dan kata penguat bebas. Contohnya:

Kata Penguat Hadapan Kata penguat Kata Penguat Bebas


Belakang
terlalu sekali amat
paling nian sangat
agak benar sungguh

Kata Penegas

Kata penegas ialah sejumlah perkataan yang memberi penekanan


pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Contohnya:
(a) Yang menegaskan frasa predikat atau bahagian-bahagiannya
-kah, -lah dan -tah

(b) Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama


sebagai subjek atau frasa predikat atau bahagian-bahagiannya.
juga sahaja
jua lagi

Kata Nafi
Kata nafi ialah perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu
frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Terdapat dua
kata nafi, masing-masing dengan tugasnya, iaitu:

(a) bukan – yang menafikan frasa nama dan frasa sendi nama
(b) tidak – yang menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.

Walau bagaimanapun, bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan
frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan
maklumat.

Kata Pemeri

Kata pemeri ialah unsure yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara
subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Terdapat dua kata pemeri,
iaitu:
(a) ialah – yang hadir di hadapan predikat frasa nama
(b) adalah – yang hadir di hadapan predikat frasa adjektif dan frasa sendi
nama.
Kata Sendi Nama

Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama.
Dalam bahasa Melayu, jumlah kata sendi nama agak besar. Contohnya:
di tentang hingga
ke seperti antara
dari bagai untuk
daripada umpama dengan

Kata Arah
Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan
lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan.
Contohnya:
di atas meja
di antara dua buah Bandar

Contoh kata arah lain:


bawah segi
belakang selatan

Kata Bilangan
Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang pada frasa
nama. Terdapat lima jenis kata bilangan, iaitu:
(a) yang menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya
tiga
sepuluh
(b) yang menunjukkan bilangan tak tentu
segala
seluruh
(c) yang membawa maksud himpunan
kelima-lima
berpuluh-puluh
(d) yang membawa maksud pisahan
masing-masing
setiap
(e) yang membawa maksud pecahan
setengah
separuh

Kata Pascakata
Dalam bahasa Melayu –nya hadir selepas perkataan dan membawa maksud
tertentu, iaitu sebagai:
1. kata penekan
2. kata pembenda

Kata Penekan
Kata penekan ialah bentuk kata yang memberi penegasan kepada kata yang
bergabung dengannya. Contohnya:
sesungguhnya
nampaknya

Kata Pembenda
Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan
daripada kata nama menjadi kata nama. Contohnya:
lajunya
sakitnya

AKRONIM

Selain kata-kata seperti di atas, kata akronim juga tergolong ke dalam jenis
kata tunggal.
Akronim ialah kata singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf
awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf awal dan suku kata daripada
satu rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.

Bernama – (Berita Nasional Malaysia)


Gapena – (Gabungan Penulis Nasional)
Mara – (Majlis Amanah Rakyat)
ubahsuai – (ubah sesuai)
kugiran – (kumpulan gitar rancak

1. PEMBENTUKAN AKRONIM

Kata akronim boleh dibentuk dengan tiga cara:

(i) Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal


rangkai kata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf
besar, jika kata nama khas.
TH – (Tabung Haji)
ABIM – (Angkatan Belia Islam Malaysia)

(ii) Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku
kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama
khas.

tabika – (taman bimbingan kanak-kanak)


ubahsuai – (ubah sesuai)
kugiran - (kumpulan gitar rancak)
purata - (pukul rata)

(iii) Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau
suku kata itu menjadi kata nama khas, kata itu ditulis bermula dengan
huruf besar.

Bernama – (Berita Nasional Malaysia)


Gapena – (Gabungan Penulis Nasional)
Mara – (Majlis Amanah Rakyat)
Pernas – (Perbadanan Nasional)
Intan – (Institut Tadbiran Awam Negara)
Petronas - (Petroleum Nasional)
Proton - (Perusahaan Automobil Nasional)

You might also like