P. 1
PENGUJIAN, PENILAIAN, PENGUKURAN DAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN - BMM 3103

PENGUJIAN, PENILAIAN, PENGUKURAN DAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN - BMM 3103

|Views: 1,847|Likes:
Published by Asni Daie
DISEDIAKAN OLEH: nurhafizu adha (http://www.facebook.com/profile.php?id=100000134779700), khairul fakhrullah(http://www.facebook.com/profile.php?id=100000010277142) dan asni daie
DISEDIAKAN OLEH: nurhafizu adha (http://www.facebook.com/profile.php?id=100000134779700), khairul fakhrullah(http://www.facebook.com/profile.php?id=100000010277142) dan asni daie

More info:

Published by: Asni Daie on Oct 09, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/19/2013

pdf

text

original

2.

0

Konsep Pengujian, Penilaian Dan Pengukuran

2.1

Pengujian

Pengujian merujuk proses atau situasi sesuatu kemahiran bahasa itu diuji. Misalnya, kita melarang murid bercakap atau membuat bising apabila pengujian kemahiran mendengar sedang dijalankan. Dengan kata lain, pengujian merujuk pada proses atau situasi sesuatu alat ujian yang sedang ditadbirkan oleh guru terhadap pelajar. Penilaian juga merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik. Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu. Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat, iaitu sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran.

Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau ¶pretest´. Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru.

Ujian pula ialah satu alat. Dalam P & P bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian bagi menguji kefahaman membaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. Namun, perlu diingat bahawa ujian mungkin menjadi kurang baik jika pentadbir ujian menggunakannya dan

menginterpretasinya secara tidak jujur.

Oleh itu, ujian perlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya, jika guru menguji tahap kefahaman murid

Tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar ini tidak menggalakkan. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti dengan pelaksanaan (pentadbiran ujian) dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui proses pengujian inilah seseorang guru dapat mengetahui sama ada murid-muridnya telah menguasai sejumlah

kemahiran yang dipelajari.

2.2

Penilaian

Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et. al. (1971: xxv)menyatakan ³penilaian´ sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision

alternatives.Penilaian adalah satu aktiviti atau proses yang bersistematik bagi mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran.

Penilaian juga adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya

digunakan dalam membuat keputusan. Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai.

Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian adalah berdasarkan data kuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan

kurikulum. Dua proses penilaian akan diperkenalkan, iaitu penilaian formatif atau penilaian sumatif.

Matlamat penilaian formatif ialah untuk mendapatkan maklum balas berhubung dengan kemajuan proses pengajaran oleh guru dan

pembelajaran oleh murid.Maklum balik ini akan memberi petanda-petanda dan petunjuk-petunjuk kejayaan pengajaran dan pembelajaran serta kelemahan-kelemahan murid untuk diperbetulkan. Oleh kerana penilaian formatif ini bertujuan untuk membantu dan memperbaiki proses

pengajaran dan pembelajaran, keputusan penilaian biasanya tidak digunakan untuk pemeringkatan atau perbandingan di antara seseorang murid dengan murid lain.

Penilaian

sumatif

pula

bertujuan

untuk

mengesan

secara

menyeluruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran. Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.

2.2.1 Kepentingan Penilaian Ujian Di Bilik Darjah

Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah untuk mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar. Ujian seperti ini biasanya disebut sebagai praujian atau ¶pretest¶. Daripada hasil ujian inilah guru-guru biasanya dapat merancang dan merencanakan pengajaran yang seterusnya. Hasil ujian tersebut dapat memberikan gambaran kepada guru-guru berkenaan akan keupayaan murid-murid mereka yang sebenar sebelum mereka memulakan pengajaran.

Selain itu, penilaian juga menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan. Dengan perkataan lain guru-guru itu dapat melihat sejauh manakah pengajarannya itu berhasil. Biasanya ujian-ujian seperti ini disediakan oleh guru sendiri untuk menguji aspekaspek pengetahuan dan kemahiran. Tambahan pula, ianya juga untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. Perbandingan seperti ini penting untuk penilaian perspektif pencapaian atau prestasi seseorang individu.

Pada masa-masa tertentu, ianya juga untuk menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka. Penilaian juga membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat meningkatkan pengajaran mereka. Seterusnya ianya juga membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.

Penilaian juga berkepentingan dalam membuat jangkaan akan potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran. Ini penting untuk penyelarasan dan penentuan arah jenis pendidikan pelajar. Guru-guru dengan mudah dapat menyalurkan pelajar-pelajar mereka ke jurusanjurusan tertentu mengikut kebolehan mereka seperti jurusan sains, sastera dan teknikal.

2.3

Pengukuran

Pengukuran merujuk kepada proses pemarkahan dan tindak balas atau jawapan murid yang bertujuan untuk mengukur sesuatu kemahiran

bahasa secara kuantitatif. Proses ini memerlukan guru memeriksa dengan membaca atau mendengar tindak balas murid dan mengagihkan markah dalam bentuk angka. Markah diagihkan menurut skim

pemarkahan yang telah disediakan terlebih dahulu oleh guru. Markah tersebut biasanya dijumlahkan sebagai jumlah markah mentah atau diperatuskan.

Pengukuran juga adalah merupakan asas penting dalam penilaian. Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding dengan pengujian. Pengukuran bermaksud sebagai suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai Atau sesuatu dalam ciri erti yang kata diukur lain dengan langkah

menggunakan instrumen.

menentukan tahap sejauh mana seseorang individu memiliki sifatsifat tertentu. Biasanya kita mewakilkan sesuatu indeks berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu supaya status individu berkenaan lebih tepat dan dapat mevvakili sifat tertentu. Misalnya, Ramli mendapat markah 60 peratus dalam ujian Bahasa Melayu Pemahaman. Kita tidak menyatakan prestasi Ramli sama ada baik atau sebaliknya. Akan tetapi, kita hanya mengukur tanpa menentukan nilai.

Justeru, pengukuran hanyalah merupakan penentuan status atau tahap. Pengukuran boleh dilaksanakan tanpa pengujian. Sebagai contoh, proses mendapatkan maklumat berbentuk kuantitatif menggunakan proses pencerapan atau penggunaan skala pemeringkatan. Berbeza daripada pengujian yang hendak mendapatkan maklumat sebanyak mana prestasi yang diperoleh, pengukuran pula menjurus pada banyak mana skor atau markah yang diperoleh dengan menggunakan proses tertentu. Seperti pengujian, pengukuran juga tidak bersifat mutlak. Pengukuran ketinggian mental seseorang individu sudah tentu lebih sukar dan tidak dapat dilakukan dengan tepat berbanding dengan pengukuran ketinggian fizikal

seseorang individu

yang

menggunakan

alat

ukur

yang

tepat

seperti penggunaan pembaris.

Sebagai contoh, seseorang murid yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda murid yang mendapat skor 45 walaupun skor 90 itu dua kali angka 45. Sementara seseorang yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari sebarang perkara atau tidak memahami sebarang perkara tentang sesuatu pelajaran yang dilalui. Hal ini jelas menunjukkan

pengukuran aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana mengukur ketinggian murid menggunakan kayu ukur atau pembaris.

Oleh itu, seseorang guru harus menggunakan instrumen yang tepat bagi menghasilkan keputusan yang tepat. Jika instrumen yang digunakan cacat, maka sudah pastilah hasil yang diperoleh daripada ukuran yang dijalankan itu juga tidak tepat.

3.0

Domain Kognitif Taksonomi Bloom

Taksonomi Bloom adalah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektifobjektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor. Taksonomi ini menyatakan bahawa kita boleh mengajar bukan sahaja perkara-perkara yang berkaitan dengan menghafaz dan mengingat sahaja tetapi juga boleh mengajar objektifobjektif yang lebih kompleks dari itu.

Bidang kognitif ini merupakan satu rangka tugas untuk menentukan peringkat atau taraf pelakuan akhir yang hendak dicapai. Bidang ini adalah bidang mengenai pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta,

perangkaan, teori-teori dan kefahaman, Bidang ini sangat dititkberatkan di sekolah dan hampir semua pengajaran guru berpusat di bidang ini.

Penentuan aras-aras kemahiran untuk diuji bergantung kepada mata-mata pelajaran, tajuk-tajuknya dan peringkat pelajar-pelajar. Pada amnya, boleh dikatakan bahawa aras kemahiran pengetahuan dan kefahaman adalah lebih ditekankan pada peringkat sekolah rendah, manakala di sekolah-sekolah menengah penggunaan dan penganalisaan memainkan peranan yang lebih besar. Di peringkat Institut Pendidikan Guru, selain daripada aplikasi dan analisis, aras sintesis dan penilaian adalah ditekankan juga. Pada prinsipnya, untuk mencapai dan menguasai kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi, kemahiran asas atau kemahiran sebelumnya perlulah dibina dahulu.

Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap. Domain ini terdiri dari dua tahap iaitu:

(1) Pengetahuan (2) Kemampuan dan Keterampilan Intelektual

3.1

Pengetahuan (Knowledge)

Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini:

(1) Pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan a tau simbol.

(2) Pengetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang meliputi pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. (3) Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang. Contohnya siapa,apa, di mana, bila, beri definisi, senaraikan, dan nyatakan.

Aras ini berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi, fakta-fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar, dan sebagainya. Peringkat pengetahuan adalah peringkat yang rendah sekali.Ia meliputi pengingatan semula perkara-perkara khusus dan umum, mengingati semula kaedah-kaedah dan proses atau mengingati semula pola-pola, struktur atau keadaan yang telah dipelajari dan dialami. Peringkat ini memerlukan pelajar-pelajar mengingat balik perkara-perkara yang telah dipelajari. Berikut diperihalkan jenis-jenis pengetahuan yang terangkum dalam aras kemahiran tersebut:

Rajah 1: Jenis-jenis pengetahuan Berikut akan menerangkan bagi setiap jenis-jenis pengetahuan seperti rajah di atas.

(1) Pengetahuan khusus: Pengetahuan ini berkait dengan simbolsimbolkhusus(perkataan dan bukan perkataan).

(2) Pengetahuan tentang fakta khusus: Pengetahuan ini melibatkan pengetahuan tentang tarikh,kejadian,watak,tempat,peristiwa,akibat dan sebagainya. (3) Pengetahuan tentang konvokesyen: Pengetahuan ini berkaitan dengan cara-cara lazim mengendalikan dan mengemukakan idea dan fenomena. (4) Pengetahuan perkembangan: tentang arah perkembangan ini dan urutan dengan

pengetahuan

bersangkut-paut

proses,arah dan perkembangan fenomena dari segi masa. (5) Pengetahuan tentang pengkelasan dan

pembahagian:Pengetahuan berkenaan ada kaitannya dengan kelas, set, pembahagian dan penyusunan yang dianggap penting di dalam sesuatu bidang kajian, tujuan, hujah atau masalah. (6) Pengetahuan tentang kriteria: Pengetahuan ini berkaitan dengan cara bagaimana fakta,prinsip dan perlakuan diuji atau dinilai. (7) Pengetahuan tentang kaedah:Pengetahuan berkenaan berkait dengan kaedah penyelidikan,teknik dan aturcara yang digunakan dalam sesuatu bidang kajian dan juga yang digunakan dalam merisik sesuatu masalah dan fenomena.

Ciri-ciri soalan aras pengetahuan:

y y

Pelajar perlu menggunakan proses mental. Pengetahuan yang diminta hendaklah sama dengan pebgajaran guru.

y

Soalan tidak memerlukan pelajar mengubah pengetahuan dalam bentuk baru.

y

Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada salah atau betul.

3.2

Kefahaman (Comprehension)

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar member huraian atau makna sesuatu perkara. Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan, jadual, diagram, arahan, peraturan dan sebagainya. Kefahaman telah diberi pengertian sebagai kebolehan memberi penghuraian atau makna kepada sesuatu perkara. Kebolehan ini mungkin merupakan kemampuan menukar bentuk sesuatu bahan pembelajaran daripada satu bentuk bertulis kepada bentuk angka, memberi ringkasan atau memberi anggaran untuk masa akan datang mengenai sesuatu perkara. Ia juga meliputi pengetahuan tentang apa yang dihubungkan dan dapat digunakan bahan atau idea yang dihubungkan itu tanpa mengaitkanya kepada bahan-bahan lain atau melihat implikasi sepenuhnya. Peringkat kefahaman adalah satu tahap yang tinggi sedikit daripada tahap mengetahui(pengetahuan) tentang sesuatu. Tahap ini adalah peringkat yang paling rendah bagi kefahaman jika dibandingkan dengan jenis pemahaman pada peringkat yang lebih tinggi.Peringkat kefahaman terbahagi kepada tiga:

Rajah 2 : Peringkat-peringkat Kefahaman Berikut akan menerangkan tentang peringkat-peringkat Kefahaman berdasarkan rajah di atas:

(1) Peringkat Penterjemahan

Kefahaman sedemikian bermaksud kefahaman daripada ketelitian dan ketepatan sesuatu perhubungan itu dirumuskan atau diubah perantaraan perhubungan itu ke dalam perantaraan yang lain. (2) Peringkat pentafsiran Ia berfungsi menerangkan atau meringkaskan sesuatu

perhubungan. (3) Peringkat ekstrapolasi Kefahaman begini melanjutkan aliran perkembangan atau

kecenderungan lebih daripada data yang diberi untuk menentukan implikasinya akibatnya, kesannya dan sebagainya bersesuaian dengan keadaan yang dihuraikan di dalam perhubungan asal itu.

Ciri-ciri soalan aras kefahaman:

y y y y

Proses mental Maklumat asas telah diajar Perlu bahan atau alat komunikasi Pelajar menyatakan kefahaman mereka sendiri.

3.3

Aplikasi (Application)

Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum, dan prosedur. Aras ini memerlukan pelajar benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum, untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras aplikasi antaranya kirakan, selesaikan, susunkan, dan gunakan. Pada tahap ini, seseorang pelajar memiliki kemampuan untuk menerapkan gagasan, prosedur, metodologi, rumus, teori dan sebagainya di dalam persekitaran sebenar. Aplikasi bermaksud kebolehan menggunakan perkara-perkara yang telah dipelajari dalam keadaan yang baru dan berlainan.

Penggunaan idea-idea ini mungkin di dalam situasi tertentu atau situasi sebenar. Kebolehan ini merupakan kemampuan menggunakan petuapetua, kaedah-kaedah, konsep-konsep, prinsip-prinsip, aturan-aturan dan teori-teori dalam situasi baru dan yang berlainan daripada yang telah dipelajari. Peringkat ini memerlukan kefahaman yang lebih tinggi dan mendalam.

Ciri-ciri soalan aras aplikasi:

y y y

Menggunakan proses mental aplikasi Soalan melibatkan tiga frasa iaitu Masalah situasi yang baru tidak dengan masalah yang dibincangkan dalam bilik darjah.

3.4

Analisis (Analysis)

Aras ini mengkehendaki pelajar untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur. Pada tahap analisis, seseorang akan mampu menganalisa maklumat yang diperoleh dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalam bahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu mengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah senario yang rumit. Analisis adalah kebolehan memecahmecahkan perkara-perkara yang telah dipelajari itu kepada bahagianbahagiannya tadi senang difahami. Dalam lain perkataan,analisa

mencerakin sesuatu perhubungan kepada elemen-elemennya atau bahagian-bahagiannya sehingga susunan idea-idea di dalamnya menjadi jelas dan nyata.Kebolehan yang diperlukan di sini termasuklah kebolehan

memecah-mecahkan,menganalisa kaitan di antara pecahan-pecahan dan mengesan susunan prinsip-prinsip pecahan yang terlibat.

Peringkat analisa ini adalah lebih tinggi daripada peringkat aplikasi dan kefahaman kerana kebolehan menganalisa memerlukan kefahaman isi, aplikasi dan juga penyusunan pecahan-pecahan kepada satu struktur supaya mudah difahami. Ada tiga jenis analisa yang biasa digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa:

Rajah 3 : Jenis-jenis Analisa Berikut menerangkan tentang rajah di atas.

(1) Analisa elemen. Analisa ini adalah mengenai elemen-elemen yang dimasukkan di dalam sesuatu perhubungan (2) Analisa berkaitan. Ini melibatkan perkaitan dan interaksi di antara elemen-elemen dengan bahagian-bahagian perhubungan itu. (3) Analisa organisasi dan prinsip. Analisa cara ini menekankan organisasi,susunan bersistem dan struktur yang menyatukan yang perlu perhubungan dan ciri-ciri itu.Ini meliputi

asas,susunan

yang

mewujudkan

perhubungan itu sebagai satu unit.

Jenis-jenis aras analisis

Rajah 4 : Jenis-jenis Analisis

Berikut akan menerangkan jenis-jenis analisis seperti di yang dipaparkan pada rajah di atas.

(1) Analisis unsur ± memerlukan pelajar menetukan unsur-unsur. Pelajar juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada. (2) Analisis hubungan ± membuat perkaitan bukti dengan hipotesis. (3) Analisis prinsip ± pelajar mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan mengenalisis tujuan, pandangan dan pendirian.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah kenapakah, mengapa, apakah faktor, buatkan rumusan dan buktikan.

Ciri-ciri soalan aras analisis

(1) Soalan menggunakan proses mental analisis (2) Situasi masalah berbeza daripada pengalaman dalam bilik darjah. (3) Situasi, dokumen perlu dianalisis

(4) Soalan memerlukan fikiran kritik, bukan mengulang pengetahan yang dipelajari.

3.5

Sintesis (Synthesis)

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar untuk menggabungkan sesuatu struktur kepada yang lebih jelas. Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur atau pola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali data atau maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk penyelesaian yang diharapkan.

Sintesis adalah kebolehan menggabungkan pecahan-pecahan kecil kepada satu bahagian yang lebih besar dan yang baru. Ini bermakna ia menyatukan elemen-elemen atau bahagian yang lebih besar dan yang baru.Ini bermakna ia menyatukan elemen-elemen atau bahagianbahagian itu hingga menjadi satu bentuk yang lengkap. Kebolehan ini diperlihatkan dalam karya-karya baru, rancangan-rancangan penyelidikan dan skim mengatur maklumat. Kebolehan pada peringkat sintesis ini memerlukan tingkah laku yang kreatif untuk membentuk satu corak atau struktur yang terbaharu daripada unsur-unsur yang lama. Tiga jenis sintesis yang harus diketahui adalah seperti berikut: (1) Penghasilan suatu perhubungan yang unggul (Ini dimaksudkan menghasilkan satu perhubungan di mana seseorang itu cuba menyampaikan idea, perasaan atau pengalamannya kepada seseorang lain. (2) Penghasilan satu pelan atau mencadangkan satu set tindakan (Sintesis ini bermaksud menghasilkan satu pelan kerja atau mencadangkan satu pelan tindakan) (3) Penghasilan satu set hubungan mujarad (Ini bermaksud

menghasilkan satu set hubungan mujarad sama ada untuk

mengkelas atau menerangkan sesuatu data atau fenomena atau menghasilkan satu set cadangan daripada cadangan asas atau daripada simbol-simbol)

Jenis-jenis soalan aras sintesis.

Rajah 5 : Jenis-jenis Aras Soalan Sintesis Rajah di atas menunjukkan jenis-jenis sintesis, berikut adalah penerangan untuk setiap jenis soalan aras sintesis.

(1) Sintesis penyampaian ± menghurai dan menarik minat. (2) Sintesis himpunan ± satu himpunan perlakuan. (3) Sintesis cadangan ± cadangan melalui andaian, analisis dan hubungan yang abstrak.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangan, dan apa akan berlaku.

3.6

Penilaian (Evaluation)

Aras ini menguji keupayaan pelajar menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Pelajar perlu membuat

pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah pertimbangkan, rumuskan, nilaikan, kritikkan, buktikan, dan huraikan. Dikenali dari kemampuan gagasan, untuk memberikan dan penilaian sebagainya terhadap dengan

penyelesaian,

metodologi

menggunakan kriteria yang sesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaat melaluinya.

Penilaian adalah berkenaan dengan kebolehan menghasilkan atau laporan penyelidikan untuk sesuatu tujuan tertentu. Pertimbangan yang dilakukan adalah didasarkan kepada kriteria-kriteria tertentu seperti organisasi, kegunaan dan kebaikan. Kebolehan menilai adalah peringkat pembelajaran yang tertinggi dalam bidang kognitif kerana pemikiran menilai hanya boleh berlaku sekiranya kebolehan-kebolehan di peringkat bawah yang lain telas sedia diperoleh.

Di samping itu, kebolehan memberi pendapat atau pertimbangan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu harus juga sedia ada supaya muridmurid dapat membuat penilaian. Dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah,guru-guru harus menekankan pengajaran dan

pembelajaran pada peringkat-peringkat yang lebih tinggi daripada peringkat pengetahuan. Dengan cara ini murid-murid harus diberi latihan tugasan dan ujian yang mencerminkan bukan sahaja kebolehan kefahaman, tetapi juga aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Kebolehan-kebolehan pada peringkat-peringkat kognitif yang lebih tinggi adalah lebih kekal,lebih bermakna dan lebih memberi manfaat.

Ringkasan mengajar guru hendaklah menitikberatkan kebolehankebolehan yang lebih tinggi dan dengan itu objektif-objektif tingkah laku dalam ringkasan mengajar haruslah jangan dihadkan kepada hal-hal seperti perkara-perkara yang hanya memerlukan kemahiran ingatan kembali. Sebaik-baiknya objektif-objektif tingkah laku dalam ringkasan mengajar itu hendaklah mengutamakan peringkat aplikasi yang

membolehkan murid-murid menggunakan perkara yang telah dipelajarinya itu untuk mengatasi masalah atau untuk membentuk pengalamanpengalaman baru. 4.0 Jadual Spesifikasi Ujian.

Mengajar dan menguji merupakan suatu lumrah di dalam kerjaya seorang guru. Setiap yang diajari, akan diuji bagi melihat sejauh mana keberkesanan teknik pengajaran, dan sejauh mana murid-murid mampu memahami pengajaran beliau. Sebagai seorang guru bahasa, penguasaan kita bukanlah sekadar kepada kemahiran bahasa semata-mata, namun merangkumi juga kehebatan kita dalam teknik menguji dan menilai kemahiran tersebut.

Bagi menguji ataupun mengadakan sesebuah ujian, seorang guru perlulah mempunyai satu taburan bentuk soalan yang dikenali sebagai Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), ataupun dahulunya dikenali sebagai Jadual Penentuan Ujian (JPU). Perihal mengenai JSU ini telahpun dibincang secara jelasnya pada halaman yang sebelumnya.

Membina soalan bukanlah suatu pekerjaan yang sewenang-wenangnya. Guru-guru haruslah mematuhi prinsip-prinsip utama dalam membina JSU. Hal ini bagi memastikan keberkesanan dan kesahan sesuatu soalan tersebut. Justeru itu, sebelum mereka sesuatu soalan, prinsip-prinsip dalam membina JSU haruslah diketahui dan dikuasai dengan sebaik mungkin.

4.1

Prinsip-prinsip Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

Sebelum memulakan ataupun merancang sesuatu ujian, guru haruslah menyediakan satu JSU yang tepat sebagai panduan bagi menggubal soalan. Pembinaan JSU merupakan suatu kondisi yang kritikal sebelum membina sesebuah ujian. Ketepatan JSU menjamin keputusan yang cemerlang dan ketepatan dalam mengukur keberkesanan p&p, dan sebaliknya. Oleh yang demikian, JSU dilengkapi dengan enam prinsip yang menjadi panduan tetap dalam membina JSU yang tepat.

Kandungan ujian ± berdasarkan sukatan pelajaran atau huraian sukatan pelajaran dan buku teks yang digunakan, meliputi

Kemahiran ± meliputi aras kemahiran yang diuji ( selalunya menggunakan Takksonomi Bloom)

Wajaran ± peratusan item ikut bahagian atau tajuk berdasarkan masa pengajaran bagi setiap tajuk

Bentuk ujian ± berbentuk esei, objektif, amali, lisan, kerja kursus, dan sebagainya

Bilangan item ± mengikut bentuk, aras kemahiran, dan kandungan mata pelajaran.

Aras - Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20% hingga 80%
Rajah 6: Prinsip-prinsip Pembinaan JSU

4.1.1 Kandungan Ujian

Guru hendaklah jelas dan spesifik mengenai kemahiran bahasa dan juga aspek bahasa yang ingin diuji. Hal ini diperolehi melalui kajian, pemahaman, dan penghayatan yang mendalam terhadap Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Kajian terhadap HSP memberi gambaran yang menyeluruh mengenai kehendak dan objektif penggubalan sesuatu kurikulum. Berikut merupakan antara fokus utama dalam menganalisis sesuatu sukatan pelajaran.

a) b) c) d) e)

Liputan dan dalamnya kajian yang dibuat bagi sesuatu tajuk Pendekatan dalam mempelajari sesuatu tajuk Kepentingan bandingan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain Bagaimana kompleksnya sesuatu tajuk Masa pengajaran-pembelajaran yang perlu bagi sesuatu tajuk

Setelah

penelitian

dijalankan,

guru

dapat

pula

menyusun

dan

membahagikan prospek-prospek soalan dengan tepat. Maklumat di atas juga penting kepada penggubal soalan kerana maklumat itulah yang bakal menentukan sifat ujian dari segi bilangan soalan yang perlu dimasukkan untuk setiap tajuk/subtajuk. 4.1.2 Kemahiran

Setelah mengkaji dan memahami HSP, guru seterusnya harus menganalisis HSP bagi mendapatkan maklumat yang lebih mendalam mengenai sesuatu kurikulum. Analisis ini dijadikan petunjuk kepada pemilihan pengetahuan serta kemahiran yang bakal diuji di samping menentukan tahap kesukaran sesuatu soalan. Kebiasaannya, hal ini berkait rapat dengan Taksonomi Bloom. Taksonomi ini menjadi rujukan dalam membina sesuatu soalan. Aras yang hendak diuji haruslah mengikuti dan mematuhi taksonomi bagi memastikan soalan yang digubal adalah tepat dan memenuhi kehendak sesuatu ujian. Para

guru haruslah mengelak daripada mereka suatu soalan secara semberono kerana mungkin merugikan kedua belah pihak; guru dan pelajar. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (1993) ujian yang baik tidak boleh dibina dengan sewenangwenangnya, malah memerlukan perancangan yang teliti. Perancangan yang baik dan teliti adalah langkah pertama dalam membentuk ujian yang berkesan. Berikut merupakan enam spesifikasi ujian yang telah disenaraikan oleh Bloom.

TAHAP Pengetahuan Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas. Kefahaman Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan ideaidea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf. Penggunaan Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll. Analisis Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.

ISTILAH Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.

Pilih, terangkan, tulis semula.

selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.

Bezakan, pasti, pilih.

Sintesis Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi. Penilaian Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik

Bina, hasilkan, susun, kembangkan.

Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

Jadual 1: enam spesifikasi ujian yang telah disenaraikan oleh Bloom.

4.1.3 Wajaran

Grondlund (1977:18) telah mengatakan bahawa:
The key to effective achievement testing is careful planning. It provides greater assurance that our test will measure relevant learning outcomes« measure a representative sample of the desired behaviours« and provide dependable information on which to base instructional decisions« Test planning insolves the identification and specification of precisely what is to be measured.

Petikan

di

atas

jelas

menyatakan

kepentingan

merancang

dan

menggunakan perancangan sesuatu ujian. Wajaran merupakan peratusan item mengikut bahagian atau tajuk berdasarkan masa pengajaran bagi setiap tajuk (Rukiah Ahmad Tabon; 2008). Ketepatan wajaran penting bagi menimbulkan kepentingan topik dan aras kemahiran yang hendak diuji. Jika dikaitkan dengan Taksonomi Bloom, wajaran sesuatu ujian adalah seperti berikut:

Tahun 2

Tahap 1 Pengetahuan dan Pemahaman (0-30%) Pengetahuan dan Pemahaman (0-20%) Pengetahuan dan Pemahaman (0-10%)

Tahap 2 Aplikasi dan Analisis (60-65%) Aplikasi dan Analisis (30-40%) Aplikasi (1015%)

Tahap 3 Sintesis dan Penilaian (10-15%) Sintesis dan Penilaian (40-60%) Analisis, Sintesis dan Penilaian (>75%)

3

4

Jadual 2: wajaran sesuatu ujian

Justeru itu, sesi p&p haruslah dijalankan dan dinilai sebagaimana yang dikehendaki oleh taksonomi. Hal ini mengelak daripada terjadinya penggubalan soalam yang melibatkan topik-topik yang belum dipelajari. 4.1.4 Bentuk Ujian

Pembinaan soalan melibatkan pelbagai jenis soalan mengikut kemampuan dan tahap calon yang bakal mendudukinya. Antara jenis soalan yang popular adalah seperti kerja kursus, amali, esei, subjektif, dan juga objektif. Namun, bagi pelajarpelajar tahap satu mahupun tahap dua, aras soalan yang paling sesuai bagi mereka adalah pada soalan yang berbentuk objektif dan juga subjektif. Sungguhpun ada juga soalan yang memerlukan mereka membuat karangan, soalan tersebut adalah sesuai pada tahap mereka mengikut kemampuan yang telah dianalisis.

4.1.5 Bilangan Item

Bilangan item merujuk kepada jumlah soalan yang bakal digubal mengikut taksonomi Bloom. Seperti yang dibincangkan sebelumnya pada bahagian wajaran. Bilangan soalan yang bakal dikemukakan mempengaruhi cara guru

mengajar dan memberi penekanan terhadap sesuatu tajuk. Tajuk-tajuk yang diberi penekanan lebih secara logik faktanya merupakan soalan utama sesebuah ujian. Bilangan item ataupun soalan yang bakal digubal mengikut tajuk dan sukatan ini dikira sebagai mana formula berikut. Jumlah Masa Jumlah Masa Keseluruhan 20 40 x 30 = 15

x

Jumlah Soalan

Pengiraan yang sebegini amat penting bagi memastikan fokus ujian ataupun objektif ujian itu tercapai. 4.1.6 Aras

Pembinaan sesuatu soalan dan penentuan aras kesukarannya haruslah dirujuk kepada isi kandungan serta HSP. Kedua perkara inilah yang menentukan tahap kemampuan dan keupayaan murid untuk menjawab sesuatu soalan. Guru haruslah memerhati dan menilai sejauh mana potensi murid, bukannya membina sesuatu soalan berdasarkan sifat ³syok sendiri´. Guru bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bagi memastikan pencapaian pelajar setara dengan apa yang diharapkan.

Penentuan aras soalan ini sebenarnya berkait langsung dengan kelimalima item yang telah dibincangkan di atas. Taksonomi Bloom juga induk utama dalam memastikan aras adalah sesuai dengan keadaan pelajar. Tugas guru dalam mengenal pasti potensi amat penting agar soalan yang digubal adalah siasia dan mengelak keraguan di dalam sesuatu keputusan ujian.

Sebagai contoh, sebagaimana diperbincangkan dalam item Bentuk Ujian. Pelajar-pelajar tahun 1 tidak sesuai menjawab soalan yang melibatkan

kemahiran ataupun taksonomi yang tinggi seperti analisis, mahupun sintesis. Pada tahap permulaan, biarkan mereka menguasai aspek pengetahun dan kefahaman dengan menjawab soalan-soalan berbentuk padanan mahupun soalan objektif berjawapan pendek mahupun jawapan terhad. Begitulah sebaliknya dengan pelajar-pelajar tahun enam. Soalan-soalan aras rendah seperti suai padan, ataupun yang hanya menguji kemahiran pengetahuan mereka adalah tidak sesuai dan dibimbangkan mewujudkan perasaan bosan dalam diri pelajar. Pada usia begini, soalan-soalan yang melibatkan aplikasi, sintesis, analisis, dan penilaian lebih sesuai dan mencambahkan pemikiran muda mereka.

5.0

Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian

Jadual spesifikasi ujian merupakan satu item penting dalam menjadikan sesuatu ujian mahupun penilaian mencapai kualiti yang terbaik. JSU menjamin ujian yang dibentuk, adalah dalam keadaan berstruktur dan mempunyai objektif yang jelas. Bukan sahaja menguji pengetahuan, namun pada masa yang sama menajamkan lagi kefahaman murid. Objektif ujian haruslah dicapai melalui ujian yang diadakan. Ujian yang tidak mempunyai objektif adakalanya membebankan murid dan juga pihak lain yang terlibat. Namun, secara purata besar, ujian-ujian yang diadakan sememangnya mempunyai objektifnya yang tersendiri.

JSU juga memastikan wujudnya keseimbangan di antara tajuk-tajuk dengan aras kemahiran. Hal ini penting bagi mengelak daripada timbulnya masalah seperti penyoalan soalan yang topiknya belum dipelajari. Juga wujud jumlah soalan yang banyak mengenai sesuatu topik sedangkan topik tersebut merupakan topik picisan. Hal yang sebegini menimbulkan keraguan serta curiga pelajar mengenai sesuatu topik.

JSU juga merupakan satu panduan induk bagi menggubal sesuatu soalan. Sekiranya guru yang terbabit dengan penggubalan soalan tidak dapat

hadir, soalan masih boleh digubal berpandukan JSU yang telah sedia ada. Ini memudahkan kerja serta menjimatkan tenaga.

Aras kesukaran kebiasaannya menjadi topik utama semasa membina soalan. Bagaimana cara menentukan aras yang tepat bagi sesuatu soalan bukannya mudah. Namun, apa yang dibimbangi ialah, kestabilan dalam menentukan aras tergugat dengan perubahan semasa. JSU yang tepat mampu mengembalikan kestabilan aras kesukaran. Soalan yang dibina tidaklah sukar sepanjang masa, dan tidaklah mudah sepanjang masa, namun dibuat dengan tertib bagi mencapai objektif ujian.

6.0

Jenis-jenis Ujian

Ujian Objektif

Ujian objektif merupakan satu tugasan berstruktur yang menghadkan tindak balas dengan cara menanda, membulat, menggaris gerak balas (respon yang tepat) di samping mempunyai hanya satu jawapan yang betul. (Rukiah Ahmad Tabon; 2008) Ujian objektif pula dibahagikan kepada dua item iaitu item pilihan jawapan bebas, dan item pilihan jawapan tetap.

Item Pilihan Jawapan Bebas

Item pilihan jawapan bebas memerlukan murid memberi jawapan bukan memilih jawapan yang diberikan. Soalan ini boleh digubal samada berbentuk soalan, pernyataan tergantung, jawapan pendek atau item melengkapkan seperti mengisi tempat kosong, dan melengkapkan ayat. Contohnya:

Item jawapan pendek i. ii. Tuliskan dengan perkataan nombor 17 siapakah empat golongan yang dikecualikan daripada kewajipan menunaikan menunaikan zakat? __________, _________, __________, ___________

Item jawapan melengkapkan i. Haiwan yang memakan daging dan tumbuhan dinamakan __________ ii Tuliskan nama tarian tradisional negeri berikut a. b. Terengganu __________ Pahang __________

Item Pilihan Jawapan Tetap

Item pilihan jawapan tetap merupakan item yang memerlukan murid memilih jawapan, bukannya memberi jawapan sebagaimana item pilihan jawapan bebas. Item ini biasanya hadir dengan soalan-soalan yang berbentuk item betul/salah, item memadankan, item pengelasan, item susun semula, dan item aneka pilihan. Item aneka pilihan dapat pula dibahagikan kepada beberapa jenis pula iaitu bentuk soalan, ayat tidak lengkap, jenis jawapan terbaik, jenis negatif, interpretif, dan cantuman. Contoh soalan adalah seperti:

1.

Aneka pilihan

Air boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses A. B. C. D. pemeluwapan penyulingan pendidihan elektrolsis

Bagi soalan-soalan aneka pilihan, soalan yang digubal mempunya empat unsur utama iaitu pokok soalan, opsyen, kata kunci, dan juga pengganggu. Air boleh diuraikan kepada unsur-unsur melalui proses ± stem A,B,C,dan D ± opsyen A,B, dan C D ± pengganggu ± jawapan

2.

Ayat tidak lengkap

Setiap ayat yang tidak lengkap diikuti dengan beberapa pilihan. Satu sahaja pilihan yang betul. Contoh : Pembinaan jalan raya dan jalan kereta api di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British memberi kesan terhadap A. B. C. D. kemasukan buruh asing beramai-ramai industri membuat tin berkembang pesat migrasi penduduk dari bandar ke luar bandar industri perlombongan bijih timah berkembang pesat

3.

Jenis jawapan terbaik

Apakah cara pemarkahan yang paling sesuai untuk memastikan ujian tersebut mempunyai unsur keobjektifan yang tinggi? A. B. C. D. Memeriksa soalan demi soalan Menanda kertas jawapan dengan berhati-hati memeriksa kertas jawapan demi kertas jawapan Menanda kertas jawapan berdasarkan Peraturan Memberi Markah

4.

Jenis Item Negatif

Kelebihan ujian bentuk objektif adalah seperti berikut kecuali A. sesuai digunakan untuk ujian sumatif

B. C. D.

dapat menguji bidang kognitif yang lebih tinggi jawapan dapat diterima dengan cepat, tepat dan objektif boleh menguji bidang kognitif di peringkat pengetahuan dan fahaman dengan berkesan

5.

Jenis interpretif

Soalan adalah berdasarkan rangsangan yang mungkin berupa peta, gambar rajah, jadual, graf atau petikan karangan Contoh: Berdasarkan rajah1 di atas, X adalah merujuk kepada A. B. C. D. internet perdagangan telekomunikasi pengangkutan

6.

Jenis Cantuman atau Gabungan

Soalan jenis ini mengandungi lebih daripada satu jawapan yang betul. Murid dikehendaki mencantumkan jawapan menjadi satu sahaja jawapan yang betul Contoh:

Antara berikut, manakah alat pengangkutan jalan air pada zaman dahulu? I. II. III. IV. Jong Rakit Perahu Kapal layar

A. B. C. D.

I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV

Soalan-soalan

objektif

hendaklah

digubal

dengan

mengikut

spesifikasi

Taksonomi Bloom iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, sintesis, analisis, dan penilaian.

Ujian Subjektif

Soalan subjektif atau esei merupakan suatu bentuk soalan yang memerlukan pelajar untuk memberi tindak balas, jawapan, dan respon samada melalui lisan mahupun tulisan. Ia mempunyai dua bentuk tindak balas iaitu tindak balas berbentuk terhad dan juga tindak balas berbentuk lanjutan. Jawapan terhad memerlukan pelajar untuk menjawab soalan secara dalam satu ayat ataupun hanya menggunakan satu perenggan manakala jawapan lanjutan merupakan esei penuh yang menjawab soalan-soalan yang dikemukakan. Jawapan pendek Jenis Soalan
Soalan berstruktur

Soalan esei
Rajah 7: Jenis-jenis soalan

Jawapan Pendek Terhad apa yang harus dijawab. Contoh soalan senaraikan lima komponen utama « nyatakan tiga kelebihan « apakah definisi « mengikut «?

Soalan Berstruktur dan Esei Lanjutan Soalan-soalan yang berbentuk sebegini membolehkan calon memilih, menyusun dan menyampaikan jawapan yang difikirkan sesuai di samping dapat menguji kebolehan calon mengemukan pendapat, idea dan membuat penilaian secara

bebas . Soalan sebegini juga digunakan bagi menguji peringkat kemahiran yang lebih tinggi seperti aras sintesis, analisis, dan penilaian. Contoh;

-

Huraikan peranan sektor swasta dalam usaha memajukan ekonomi negara

-

Sejauhmanakah anda setuju dengan kenyataan kenaikan harga minyak boleh menyebabkan inflasi.

7.0 7.1

Jenis-jenis Pengujian dan Penilaian

Ujian merupakan satu instrumen yang dibuat bagi menguji serta mengukur sejauh mana objektif pembelajaran telah tercapai. Ia terbahagi kepada beberapa item iaitu ujian pencapaian, ujian kecerdasan, ujian prestasi, ujian diagnostik, ujian bakat, dan ujian personaliti.

7.1.1 Ujian Pencapaian Ujian Pencapaian merupakan satu item yang dibina bagi mengukur sejauh mana sesuatu kumpulan murid atau seseorang murid berkenaan telah menguasai sesuatu topik yang telah dipelajari. Ujian jenis ini berteraskan kepada ujian rujukan norma; mengukur aspek pencapaian akademik, aptitud, siasah, minat, sikap dan sebagainya.

7.1.2 Ujian Kecerdasan Ujian Kecerdasan merupakan satu ujian yang berbentuk ujian mental. Ia digunakan bagi mengukur perbezaan di antara individu menggunakan Skala Binet- Simon France 1905, ujian IQ, Skala stanford-Binet, Weschler, dan ujian Lorge-Thorndike.

7.1.3 Ujian Prestasi Ujian prestasi merupakan ujian bagi mengukur keupayaan dan kecekapan murid mengenai sesuatu topik. Ujian ini melibatkan kemahiran-kemahiran seperti kemahiran manipulasi dan kemahiran membuat hipotesis 7.1.4 Ujian Diagnostik Diadakan bagi mengenalpasti masalah yang timbul bagi sesuatu matapelajaran. Setelah masalah ditemui, pihak yang terlibat akan menyelidiki punca masalah. Penyelesaian kebiasaannya berbentuk pemantauan/kajian Biasanya melibatkan penelitian dalam jangka masa tertentu. 7.1.5 Ujian Bakat Dibentuk sebagai ujian yang menguji kebolehan serta bakat seseorang pelajar. Juga merupakan satu penelitian keistimewaan seseorang. Sesuai digunakan untuk penempatan pelajar serta pemilihan pengkhususan.

7.1.6 Ujian Personaliti Bagi mengukur sikap, minat, nilai, dan pendirian seseorang pelajar. Ujian dibentuk menggunakan alat-alat psikologi seperti inventori, indikator, dan indeks. 7.2 Jenis-jenis Penilaian Penilaian terbahagi kepada empat item iaitu penilaian rujukan norma, penilaian rujukan kriteria, penilaian formatif, dan penilaian sumatif.

7.2.1 Penilaian Rujukan Norma Ujian ini dibentuk bertujuan membandingkan pencapaian pelajar. Ia melibatkan perbezaan prestasi antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain dalam ujian yang sama. Juga merupakan rujukan bagi menentukan kedudukan pelajar.

7.2.2 Penilaian Rujukan Kriteria Penilaian ini akan dapat dicapai melalui membandingkan pencapaian pelajar dengan kriteria yang telah ditetapkan. Ia tidak melibatkan perbandingan antara calon. 7.2.3 Penilaian Formatif Penilaian dibuat secara berterusan sepanjang proses pengajaran dan

pembelajaran (p&p) berjalan. Ia melibatkan penilaian setiap tajuk / pelajaran. Objektif utama adalah untuk mengesan dan menilai

keberkesanan proses p&p.

7.2.4 Penilaian Sumatif Penilaian di akhir sesuatu tempoh p&p. Kebiasaannya adalah ujian akhir penggal, ujian akhir tahun, dan peperiksaan-peperiksaan awam. Penilaian ini diwujudkan demi menilai pencapaian pelajar sepanjang

berlangsungnya p&p sepanjang musim tersebut.

7.2.5 Penilaian Kertas ± Pensil Ujian ini melibatkan pemerhatian ke atas kemahiran bahasa, memerhati sejauh mana murid telah memperolehi kemahiran membaca dan memahami dan kemahiran menulis.

7.2.6 Penilaian Prestasi Penilaian prestasi merupakan satu proses yang diadakan bagi menilai prestasi pembelajaran seseorang pelajar. Penilaian ini sangat diperlukan terutamanya dalam menyusun semula kaedah, teknik, serta strategi pembelajaran dan pengajaran.

8.0

Kesimpulan

Perubahan masa menuntut segalanya berubah. Sifat tetap dan anjal sistem pendidikan menjamin mutu sesuatu sistem akademik. Strategi, kaedah, pendekatan, serta teknik harus berubah mengikut peredaran zaman. Tidak semua teknik yang diwujudkan puluhan tahun yang lampau mampu diaplikasi dengan baik pada hari ini. justeru, guru-guru haruslah kreatif dalam membenihkan idea-idea baru dalam memastikan proses p&p berjalan dengan baik dan mencapai objektifnya.

Antara perubahan yang dapat dilihat dengan jelas adalah mengenai aspek penggubalan soalan. Jika sebelumnya soalan digubal mengikut logik, namun kini telah diperkenalkan sistem yang sistematik iaitu Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). JSU banyak membantu memudahkan urusan serta memastikan soalan yang digubal adalah memfokuskan ke arah mencapai objektif pembelajaran.

Namun, sayugia diingatkan bahawa, sistem pendidikan bukanlah sekadar melahirkan insan yang menguasai ilmu akademik, namun pada masa yang sama membangunkan insan-insan kamil yang bakal menerajui kepimpinan agama, dan negara. Kemudahan-kemudahan yang wujud selari dengan perkembangan dunia yang pesat, memudahkan lagi harapan dan impian ini untuk tercapai.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->