You are on page 1of 40

SOALAN

A. Pilih satu etnik di Semenanjung Malaysia / Sabah / Sarawak dan bincangkan dari
aspek bangsa, struktur masyarakat / kelas sosial, kepercayaan , bahasa,
adat resam dan jantina.
B. Huraikan implikasi kepelbagaian sosio-budaya di dalam sebuah bilik darjah
terhadap guru, murid dan sekolah secara keseluruhannya.
C. Cadangkan pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompok untuk
mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dan seterusnya
melahirkan warganegara bersatu padu.
Soalan A :

Pilih satu etnik di Semenanjung Malaysia / Sabah / Sarawak dan bincangkan dari aspek
bangsa, struktur masyarakat / kelas sosial, kepercayaan , bahasa, adat resam dan
jantina.

Orang Jawa

Setelah perbincangan antara ahli kumpulan kami, kami telah sepakat untuk
memilih kebudayaan etnik Jawa untuk dibincangkan dan mengulas aspek-aspek dari
segi bangsa, struktur masyarakat /kelas sosial, kepercayaan, bahasa, adat resam dan
jantina. Etnik Jawa merupakan sebahagian daripada kaum Melayu yang terdapat di
Malaysia

Pengenalan Kebudayaan

Kebudayaan amat berkait rapat dengan ketamadunan sesuatu bangsa.


Kebudayaan merangkumi tradisi, kepercayaan, perilaku dan benda-benda yang
dipergunakan antara lain masyarakat-masyarakat tertentu dan apa yang memisahkan
cara hidup manusia sejak wujudnya manusia di permukaan bumi ini. Kebudayaan juga
adalah cara hidup manusia yang diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi
melalui pengetahuan sama ada bahasa mahupun media simbolik lain dan pengalaman.
Kebudayaan juga adalah keseluruhan yang kompleks di mana di dalamnya terdapat
ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat istiadat dan
kemampuan-kemampuan yang lain serta kebiasaan perilaku manusia sebagai anggota
masyarakat.

Uniknya makna kebudayaan seuniknya budaya yang terdapat dalam sesuatu


kaum. Kaum Melayu khasnya mempunyai berbagai keistimewaan dan keunikan yang
tiada tolok bandingnya. Serumpun Melayu mempunyai pelbagai masyarakat, sama ada
masyarakat Minang, Jawa, Melayu Kedah Tua dan berbagai lagi. Namun, masyarakat
Jawa mempunyai keunikan tersendiri yang tidak dapat dibandingkan dengan etnik
serumpun yang lain. Seperti yang diketahui, masyarakat Jawa merupakan sebahagian
daripada masyarakat di alam Melayu. Pengkajian ini sesungguhnya sangat menarik
kerana berapakah ramai anak bangsa yang mengetahui tentang kebudayaan bangsa
Melayu itu sendiri?. Sesungguhnya masyarakat Jawa mempunyai banyak persamaan
dengan masyarakat Melayu sama ada dari paras rupa, corak hidup dan kepercayaan.
Adalah sukar untuk membezakan antara masyarakat Jawa dengan masyarakat Melayu.

BANGSA JAWA

Kepulauan Jawa, Indonesia

Sebelum mengorak langkah dengan lebih jauh lagi, sewajarnya kita mengetahui
sedikit sebanyak tentang apa itu Jawa. Menurut Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan
Melayu muka surat 1026, Jawa adalah salah sebuah pulau dalam Kepulauan
Indonesia. Keluasan pulau ini ialah 131 350 km persegi termasuk Pulau Madura dan
pulau-pulau kecil lain. Jawa mempunyai penduduk yang paling padat di Asia Tenggara
sekitar 120 juta. Terdiri daripada lima propinsi iaitu Jawa Barat, Jawa Tengah, Jawa
Timur, Daerah khusus Ibu Kota Jakarta dan Daerah Istimewa Yogyakarta.

Kebudayaan Jawa seperti yang diketahui adalah salah satu kebudayaan di Asia
yang paling kuno dan identiti akan tradisi, perilaku dan peralatan kuno. Kekayaan ini
cukup nyata dari sejarah kebudayaan Jawa yang wujudnya selama lebih dari seribu
tahun di daerah-daerah tertentu di pulau Jawa. Walaupun begitu, kebudayaan Jawa itu
berasal dari berbagai-bagai tradisi, kepercayaan dan cara hidup orang-orang dan bagi
orang Jawa yang tinggal di pulau Jawa, ‘kebudayaan’ adalah sesuatu yang mereka
anuti dan percaya sesuai dengan kondisi dan situasi lokal, sejarah dan pengaruh-
pengaruh luar. Jadi, walaupun kebanyakan orang Jawa akan mendentifikasikan dirinya
sendiri dengan ‘kebudayaan Jawa’, aspek-aspek dari cara hidup mereka akan
bervariasi berdasarkan dimana mereka tinggal. Begitu juga dengan sejauh mana
penggembaraan masyarakat Jawa.

Kebudayaan Jawa yang asli dari masyarakat-masyarakat di pulau Jawa sudah


berjalan selama puluh-puluhan generasi. Ini bererti kebudayaan ini sudah sangat kaya
dalam unsur-unsur kebudayaan universal seperti sistem organisasi sosial,
pengetahuan, kesenian, bangsa dan bahasa. Malah setelah berpuluh-puluh generasi
kebudayaan Jawa ini tumbuh dari gagasan-gagasan tentang pergaulan antara manusia
dan pandangan dunia sehinggalah terciptanya benda-benda yang memantulkan identiti
konkrit akan masyarakatnya.

Menurut Wikipedia , kebanyakan imigran Jawa yang datang ke Tanah Melayu


berasal dari beberapa buah daerah di Pulau Jawa seperti di Jawa Barat, Jawa Tengah
dan Jawa Timur. Selain itu, terdapat juga masyarakat Jawa yang datang dari Pulau
Madura yang terletak di bahagian utara Jawa Timur. Sejarah mengatakan bahawa,
imigran Jawa berhijrah ke beberapa pulau lain sebelum datang ke Tanah Melayu.
Antara pulau yang menjadi kawasan petempatan mereka ialah Singapura, Palembang
dan Lampung di Sumatera dan Pontianak di Kalimantan Borneo. Masyarakat Jawa
pada suatu ketika dahulu hanya sekadar singgah sebelum menuju ke Tanah Melayu.
Sungguhpun demikian, ramai juga antara masyarakat Jawa yang sempat menetap di
kawasan-kawasan tersebut dua hingga lima tahun sebelum datang ke Tanah Melayu.
Inilah disebabkan oleh peluang pekerjaan di Tanah Melayu lebih baik berbanding di
kawasan lain.Tidak kurang juga imigran yang datang ke Tanah Melayu yang terdiri
daripada kalangan mereka yang mengerjakan haji. Jumlah masyarakat Jawa yang
mengetahui selok-belok agama sangatlah kurang. Oleh sebab itulah ramai yang datang
ke Tanah Melayu untuk membimbing masyarakat Jawa dan kemudiannya bersama-
sama menjalani kehidupan di Tanah Melayu.

Umumnya di Malaysia, terdiri daripada satu hingga dua juta bilangan masyarakat
Jawa yang boleh didapati di beberapa buah negeri sahaja. Negeri Johor dan Selangor
adalah dua buah petempatan yang sangat popular bagi masyarakat Jawa. Namun
begitu, terdapat juga beberapa buah negeri yang mempunyai komposisi masyarakat
Jawa seperti Perak, Melaka dan Negeri Sembilan. Petempatan masyarakat Jawa di
Malaysia banyak tertumpu di kawasan Pantai Barat.

Walaupun masyarakat Jawa mempunyai banyak persamaan dengan masyarakat


Melayu, namun masih terdapat perbezaan yang menunjukkan betapa uniknya
masyarakat Jawa yang dipayungi kepulauan Melayu ini sama ada dari segi bahasa
mahupun corak kehidupan. Walaupun begitu, masyarakat Jawa telah mengalami
proses asimilasi sehingga telah beransur-ansur diserap ke dalam masyarakat Melayu.
Dalam erti kata lain, masyarakat Jawa telah dimelayukan. Proses asimilasi ini boleh
dilihat apabila banyak perkahwinan ataupun percampuran generasi baru masyarakat
Jawa dengan masyarakat Melayu amnya.

Sewajarnya kita mengetahui tentang asal usul masyarakat Jawa sebelum


mendalami lagi pengetahuan mengenai masyarakat Jawa ini. Orang Jawa seperti yang
diketahui memiliki stereotipe sebagai suku bangsa yang sopan dan halus. Tetapi
mereka juga terkenal sebagai suku bangsa yang tertutup dan tidak mahu berterus-
terang. Sifat ini kononnya berdasarkan watak orang Jawa yang ingin menjaga
keharmonian atau keserasian dan menghindari konflik, kerana itulah mereka cenderung
untuk diam dan tidak membantah apabila terjadi perbezaan pendapat. Masyarakat
Jawa yang terdapat di Malaysia pada hari ini berasal dari Pulau Jawa Indonesia.
Kebanyakan masyarakat Jawa ini datang ke Tanah Melayu sekitar tahun 1796 hingga
1940. Selepas dari tahun-tahun tersebut, kedatangan mereka pun berkurangan.

Kedatangan imigran Jawa pada mulanya adalah sebagai tenaga buruh di


ladang-ladang yang dibuka oleh Kerajaan Inggeris. Pada masa itu, berlakunya
kekurangan buruh untuk bekerja di dalam sektor perladangan. Oleh itu, bagi memenuhi
permintaan tenaga kerja yang semakin meningkat hasil pembangunan Tanah Melayu
oleh kerajaan Inggeris, pengimportan tenaga kerja luar amatlah dialu-alukan. Ini
menyebabkan ramai imigran dari negara China, India dan Jawa dibawa masuk ke
Tanah Melayu dan menjadi permulaan kedatangan masyarakat Jawa ke Tanah
Melayu. Seperti masyarakat Cina dan India, kebanyakan masyarakat Jawa yang datang
ke Tanah Melayu sangat mahir dalam kemahiran bercucuk tanam. Mereka menanam
pelbagai jenis tanaman termasuklah rempah, lada hitam dan sebagainya. Kemahiran ini
sesungguhnya, amatlah diperlukan oleh Kerajaan Inggeris.

Penanaman lada hitam dan gambir banyak tertumpu di negeri Johor dan
menyebabkan ramai imigran datang ke negeri Johor. Selain datang secara individu,
kebanyakan mereka dijemput khas oleh kerajaan Inggeris memandangkan penanaman
secara komersial memerlukan banyak tenaga kerja namun tidak mendapat sambutan
khususnya daripada masyarakat Melayu. Selain bekerja sebagai buruh, masyarakat
Jawa juga bekerja dalam sektor pembinaan jalan. Mereka bertugas untuk membuat
jalan bersama imigran India. Di Johor pula, kebanyakan mereka dijadikan sebagai
buruh untuk melebarkan sungai. Justeru itu, kebanyakan penempatan di Johor dikenali
sebagai Parit seperti Parit Sulung, Parit Jawa, Parit Setan dan lain-lain.
Namun sejajar dengan peredaran masa, kebanyakan petempatan masyarakat
Jawa di kawasan-kawasan kampung yang telah dibuka menyebabkan mereka telah
beralih kerja dengan melakukan kerja-kerja kampung sahaja. Kerja-kerja yang
dilakukan adalah seperti bersawah, berkebun, berladang, nelayan dan sebagainya.
Kebanyakan mereka bekerja sendiri kerana lebih selesa dan tidak terkongkong. Ada
juga yang menceburi bidang perniagaan runcit atau menjual barangan seperti kain batik
atau sebagainya, tetapi jumlahnya adalah kecil. Mereka lebih berminat untuk menyara
kehidupan dengan hasil kampung sahaja. Inilah yang dilakukan semasa kedatangan
awal mereka. Namun dewasa ini, masyarakat Jawa semakin mementingkan ilmu dan
pembelajaran. Sosio ekonomi mereka makin berkembang maju. Telah banyak
perbezaan terutamanya apabila masyarakat Jawa telah menjadi sebahagian daripada
rakyat Malaysia.

Masyarakat Jawa merupakan masyarakat yang paling banyak mengalami proses


asimilasi berbanding dengan masyarakat pendatang yang lain. Sehingga hari ini,
masyarakat Jawa terus mengalami proses tersebut sehingga generasi muda pada hari
ini sukar untuk menerima sebagai orang Jawa yang tulen memandangkan segala corak
kehidupan telah bertukar kepada masyarakat tempatan. Pada dasarnya terdapat
beberapa perkara yang menyebabkan masyarakat Jawa mengalami proses asimilasi.
Antaraya adalah dari segi wajah yang seiras, bahasa yang hampir sama, agama yang
sama, persamaan corak hidup, pakaian dan perkahwinan. Ini menyebabkan
masyarakat Jawa telah diterima sepenuhnya sebagai bangsa Melayu di bawah satu
rumpun.
STRUKTUR MASYARAKAT/KELAS SOSIAL

Masyarakat Jawa (Gambar hiasan)

Masyarakat Jawa asli juga terkenal akan struktur masyarakat atau kelas
sosialnya.. Pakar antropologi Amerika yang ternama, Clifford Geertz, pada tahun
1960an membahagikan masyarakat Jawa kepada tiga kelompok iaitu kaum Santri,
Abangan dan Priyayi. Menurutnya kaum Santri adalah penganut agama Islam yang
taat, kaum Abangan pula adalah penganut Islam secara nominal atau penganut
Kejawen, sedangkan kaum Priyayi adalah kaum bangsawan.

Priyayi atau berdarah biru dalam kebudayaan Jawa merupakan istilah untuk
menerangkan suatu kelas sosial yang mengacu kepada golongan bangsawan. Suatu
golongan tertinggi dalam masyarakat kerana memiliki keturunan dari keluarga kerajaan.
Golongan priyayi tertinggi disebut Priayi Ageng (bangsawan tinggi). Gelaran dalam
golongan ini adalah berdasarkan tinggi rendahnya suatu kehormatan. Beberapa
gelaran dari yang tertinggi hingga dengan hanya satu gelaran saja iaitu Raden.

Gelaran bagi seorang priyayi juga meningkat seiring dengan usianya. Misalnya
ketika seorang anak lelaki lahir diberi nama Bomantara, ia bergelar Raden Mas, jadi
nama lengkapnya adalah Raden Mas Bomantara, ketika menginjak akil baligh
gelarannya bertambah satu kata menjadi Bandara Raden Mas, ketika menapak dewasa
(18 atau 21 tahun) bertambah lagi menjadi Bandara Raden Mas Aryo. Pada saat
dewasa dan telah memiliki jawatan dalam hierarki kebangsawanan, ia akan memiliki
gelaran yang berbeza dari gelaran yang telah dimilikinya. Misalnya apabila menduduki
jabatan pemimpin ketenteraan maka gelarannya akan berubah menjadi Gusti Pangeran
Adipati Haryo. Dan setiap kedudukan yang dipimpininya akan memilki gelaran
tambahan atau gelaran yang berubah nama.

Kelompok Santri pula adalah orang yang memiliki pengetahuan dan


mengamalkan agama. Abangan pula digunakan untuk mereka yang bukan Priyayi dan
juga bukan Santri. Namun penggolongan ini tidaklah terlalu tepat, kerana
pengelompokkan Priyayi atau bukan Priyayi adalah berdasarkan garis keturunan
seseorang, sedangkan pengelompokkan Santri dan Abangan dibuat berdasarkan sikap
dan perilaku seseorang dalam mengamalkan agamanya (Islam). Dalam realiti, ada
Priyayi yang Santri dan ada pula yang Abangan, bahkan ada pula yang bukan muslim.

Namun, jika dilihat dalam masyarakat Jawa di Malaysia, kelas sosial tidak dititik
beratkan. Ini kerana kebanyakan masyarakat Jawa di Malaysia telah mengasimilasikan
kehidupan masyarakatnya dengan masyarakat Tanah Melayu khususnya. Namun
dalam kelas sosial, terdapat dua kelas yang sangat dihormati dalam masyarakat Jawa
Malaysia. Dalam menjalani kehidupan seharian, masyarakat Jawa mempunyai
beberapa sistem. Setiap kehidupan mereka diketuai oleh seorang ketua. Ketua
memainkan peranan yang penting dalam menjalani kehidupan dalam kerukunan
masyarakat Jawa. Antara ketua yang penting dalam masyarakat Jawa ialah Lurah dan
Kiai.

Lurah atau lebih dikenali sebagai penghulu dalam masyarakat Jawa mempunyai
tanggungjawab dan memikul amanah yang besar bagi memastikan keselesaan
penduduk kampung. Lazimnya pemilihan Lurah adalah berdasarkan kebolehan,
pengalaman, keturunan dan pengetahuan dalam agama. Secara khususnya, pelantikan
Lurah akan dilakukan secara punguran suara. Mereka akan melakukan punguran suara
sebaik sahaja selesai menunaikan solat Jumaat. Uniknya amalan ini, pemilihan akan
dilakukan secara demokrasi dengan pungutan suara sama ada warga tua mahupun
muda. Malah pemilihan ini juga sewajarnya dipersetujui oleh penduduk kampung
secara keseluruhannya.

Jawatan Lurah kebiasaannya akan dipegang selagi diterima oleh penduduk


kampung. Sekiranya Lurah telah meninggal dunia atau meletakkan jawatan disebabkan
oleh keuzuran yang tidak dapat dielakkan, pemilihan seperti kaedah yang sama akan
dilakukan. Lurah baru yang dilantik merupakan anak sulung atau anak yang mempunyai
kebolehan kepimpinan seperti bapanya. Jika tidak, jawatan Lurah akan diberikan
kepada orang lain yang mempunyai kebolehan yang sama. Menurut masyarakat Jawa
tradisional, jawatan Lurah dibantu oleh beberapa orang pembantu atau lebih dikenali
sebagai perabot Desa. Perabot Desa pula boleh dibahagikan kepada beberapa
peranan seperti Jongkok (pembantu Lurah), Jarik Wakil (kerani), Kamitua (bendahari),
Kebayan (pesuruh), Kaum (pegawai agama), Djagabeya atau Kepetegan (polis atau
jaga) dan Andjir (pegawai air).Setiap pembantu mempunyai tugas yang dikhaskan.
Dengan adanya pembantu tersebut, kerja-kerja Lurah akan menjadi lebih mudah.
Sungguhpun demikian, jawatan pembantu ini jarang-jarang diadakan dalam masyarakat
Jawa di negara ini pada masa kini kerana telah diambil alih oleh Jabatan-Jabatan
Kerajaan. Untuk melicinkan lagi perjalanan pentadbiran, rumah Lurah akan dijadikan
sebagai Pejabat Utama. Antara tugas Lurah selain dari menjaga keselamatan kampung
adalah menjadi ketua apabila terdapat aktiviti gotong-royong dan menjadi orang tengah
yang menghubungkait antara masyarakat lain dan sebagainya.

Disamping Lurah, terdapat juga jawatan Kiai atau Siak. Seperti yang diketahui,
Kiai terdiri daripada kaum lelaki yang berpengetahuan dalam bidang agama dan soal
kemasyarakatan. Oleh itu dapat dikatakan bahawa peranan yang dimainkan oleh Kiai
dalam masyarakat Jawa adalah penting. Kiai bertanggungjawab untuk menjadi imam
dalam sembahyang berjemaah. Selain itu Kiai juga bertanggungjawab untuk
memulakan doa dalam majlis kenduri doa selamat atau sebagainya. Kiai juga sering
kali menjadi penceramah apabila menyambut Maulud Nabi. Dengan kata lainnya,
seorang Kiai perlu lengkap dengan segala hal berhubung dengan agama dalam
memberi pertunjuk kepada masyarakat. Terdapat juga di kalangan Kiai yang
mengadakan kelas fardu ain. Kelas fardu ain ini bukan sahaja terbuka kepada golongan
kanak-kanak tetapi juga untuk orang dewasa yang berminat untuk mengikuti
pembelajaran agama. Dengan ini, segala masalah dan kemuskilan yang berkaitan
dengan agama dapat diatasi

Peranan yang dimainkan oleh Kiai dalam masyarakat Jawa juga penting dalam
hal pengurusan pentadbiran. Sekiranya Lurah tiada, Kiai ditugaskan untuk mentadbir
masyarakat Jawa dalam hal-hal yang berbangkit sama ada mengenai keduniaan atau
akhirat. Oleh itulah masyarakat Jawa memandang tinggi akan Kiai kerana
kebolehannya dalam segala segi sama ada yang berkaitan dengan keduniaan atau
keakhiratan. Terdapat juga di kalangan Kiai yang bertanggungjawab dalam mengubat
pesakit. Masyarakat Jawa meletakkan peranan Kiai dalam menggunakan ayat-ayat suci
Al-Quran untuk menjampi air yang akan diminum oleh pesakit. Air yang dijampi itu
dipercayai mampu menyembuhkan penyakit tersebut.

Peranan yang dimainkan oleh Kiai sangatlah besar dan meliputi hal-hal
berkenaan dengan kematian. Pesakit yang sedang nazak akan dibacakan dengan
surah Yassin. Ini sedikit sebanyak boleh mengurangkan penyakit pesakit dan dengan
izin Allah pesakit dapat meninggal dalam keadaan yang aman. Dalam hal kematian,
Kiai berperanan sebagai imam untuk sembahyang jenazah. Ini adalah sebagai tanda
penghormatan ke atas Kiai yang memainkan peranan yang cukup penting dalam adat
kematian. Selain itu, Kiai juga akan mengiringi jenazah sehingga ke kawasan
perkuburan. Kiai akan membacakan talkin dengan nada yang lantang. Ini bertujuan
untuk mengingatkan si mati dan orang yang masih hidup apabila disoal malaikat kelak.

Jadi di sini jelas menunjukkan, betapa Kiai dan Lurah mempunyai status sosial
yang tinggi di kalangan masyarakat Jawa Malaysia. Oleh sebab itulah, Kiai dan Lurah
dipandang mulia kerana ilmu, kebolehan dan sifat yang ada pada dirinya itu.
KEPERCAYAAN

Kepercayaan Hantu Semar dalam masyarakat Jawa

Kepercayaan merupakan sesuatu yang penting dalam sesebuah masyarakat.


Orang Jawa asli sebahagian besar secara nominal menganut agama Islam. Tetapi
terdapat juga yang menganut agama Kristian, Protestan dan Katholik. Umumnya
masyarakat Jawa di Malaysia merupakan masyarakat yang mengganut agama suci
Islam. Agama Islam yang dianuti oleh mereka sama dengan agama Islam yang menjadi
anutan masyarakat Melayu. Keseragaman ini sememangnya penting untuk
melestarikan persefahaman kepercayaan di kalangan kelompok. Malah ia juga penting
untuk memastikan Islam terus terpelihara di negara ini.

Masyarakat Jawa bermazhabkan Sya’fie dengan memegang teguh lima rukun


Iman dan mempercayai enam rukun Islam. Dua rukun inilah yang menjadi landasan
kepercayaan mereka untuk menjadi seorang Islam yang sempurna di mata Allah SWT.
Oleh kerana masyarakat Jawa lebih menekankan aspek pembelajaran, beberapa buah
pondok telah dibina untuk dijadikan tempat untuk belajar fardu ain bagi menguatkan lagi
pegangan. Kebiasaannya, kelas ini akan dikendalikan oleh Kiai atau imam.

Namun begitu, terdapat juga masyarakat Jawa yang mengambil inisiatif sendiri
untuk mengajar anak-anak di rumah. Anak-anak akan diajar membaca Al-Quran di
samping menyelitkan beberapa ilmu lain yang berkaitan dengan agama. Mereka akan
diajar daripada peringkat bawah hingga kepada peringkat tinggi. Selain itu, golongan
dewasa juga digalakkan untuk mempelajari ilmu agama untuk meningkatkan lagi
pengetahuan mengenai Islam.

Masyarakat Jawa juga percaya akan aspek persaudaraan. Jika dikaji ,


masyarakat Jawa seperti juga masyarakat Melayu lain , amat mementingkan aspek
persaudaraan. Malah tali persaudaraan sendiri amat ditekankan oleh agama Islam.
Oleh itu, masyarakat Jawa adalah saudara kepada masyarakat Islam yang lain. Secara
tuntasnya, dapatlah diputuskan bahawa , oleh kerana agama itu sendirilah yang
menyatukan masyarakat Jawa dan Melayu. Sesungguhnya, agama memainkan
peranan yang amat penting dalam membentuk keperibadian yang sempurna.

Disamping kepercayaan terhadap agama Islam, terdapat juga segelintir


masyarakat Jawa yang mengamalkan amalan animisme. Amalan ini dianggap sebagai
satu amalan yang kuno dan masih juga diamalkan oleh segelintir masyarakat Jawa
walaupun telah menganut agama Islam. Amalan ini lebih menekankan tentang aspek
makhluk-makhluk halus dan semangat sesuatu tempat. Terdapat segelintir masyarakat
Jawa yang mempercayai sesuatu tempat tersebut mempunyai makhluk halus. Oleh itu,
adalah penting untuk meneroka sesebuah tempat sebelum diduduki atau didirikan
bangunan. Terdapat segelintir warga emas masyarakat Jawa yang mempercayai
tentang semangat di tempat yang baru. Sekiranya semangat tersebut hilang atau
diganggu gugat seperti membersihkan kawasan, dipercayai akan menyebabkan
seseorang itu mendapat penyakit. Oleh itu, mereka perlu membuat beberapa semahan
atau menjamu dengan bertih supaya semangat tersebut pulih seperti sedia kala.

Selain itu, masyarakat Jawa juga mempercayai beberapa objek yang mempunyai
kuasa seperti busut, batu-batu besar atau pokok-pokok besar. Kuasa ini dikatakan
mampu member kesan kepada mereka yang mengusik atau melakukan perkara yang
tidak senonoh kepada objek tersebut. Justeru itulah ramai di kalangan mereka yang
mengambil peluang dengan menjadikan busut, batu atau pokok besar sebagai satu
objek yang boleh mendatangkan keuntungan seperti tikam nombor ekor.
Sungguhpun demikian, amalan dan kepercayaan animisme ini semakin hilang di
telan zaman kerana Islam menegaskan amalan ini dianggap sebagai perbuatan syirik
yang bertentangan dengan agama. Masyarakat Jawa mengamalkan agama Islam
sebagai kepercayaan yang kukuh melalui niat di hati dan praktikal dalam perbuatan.

BAHASA

Contoh Huruf dalam Bahasa Jawa

Bahasa seperti yang diketahui merupakan alat untuk membentuk minda,


perasaan dan keinginan. Selain penanda bangsa, bahasa juga dapat merefleksikan
latar budaya. Bahasa Jawa adalah bahasa pertuturan yang digunakan penduduk suku
bangsa Jawa terutama di sesetengah bahagian Banten, Jawa Barat, Jawa Tengah &
Jawa Timur di Indonesia. Bahasa Jawa terbahagi menjadi dua yaitu Ngoko dan Kromo.
Ngoko sendiri dalam perkembangannya secara tidak langsung terbahagi lagi kepada
Ngoko kasar dan Ngoko halus ( campuran ngoko dan kromo ). Malah Krama juga
terbagi lagi menjadi Krama, Krama Madya dan Krama Inggil ( Krama Halus ). Krama
Madya ini pun agak berbeza antara Krama yang digunakan dikota dengan Krama yang
digunakan di desa. Malah Krama Halus juga berbeza antara Krama Halus atau Inggil
yang digunakan oleh kalangan Kraton dengan kalangan rakyat biasa.
Penduduk Jawa yang berhijrah ke Malaysia turut membawa bahasa Jawa ke
Malaysia. Bahasa dalam masyarakat Jawa merujuk pada bahasa Jawa yang
merupakan bahasa ibu bagi masyarakat Jawa yang tinggal di Malaysia, namun terdapat
juga elemen asimilasi melalui penggunaan Bahasa Melayu di kalangan sesama
masyarakat Jawa atau seharian. Terdapat beberapa tingkat tutur kata berbeza dalam
bahasa masyarakat Jawa di Malaysia yang digunakan sesuai dengan pangkat atau
kedudukan seseorang supaya menyampaikan rasa hormat kepada mereka sewaktu
disapa sehingga rasa harmonis dilestarikan antara semua anggota masyarakat Jawa.
Kedua tingkat tutur utama yang dipakai masyarakat Jawa di Malaysia adalah tingkat
Krama dan Ngoko. Bahasa Jawa Krama itu dipakai dalam situasi formal atau kalau dua
orang asing bertemu yang ingin saling menyampaikan rasa hormat tetapi bahasa Jawa
Ngoko itu lebih kasar dan dianggap tidak formal dan cocok dipakai antara teman-teman
atau dengan orang yang rapat atau intim.

Yang menarik mengenai bahasa Jawa adalah tingkat tutur bahasa Jawa Krama
itu masih lagi digunakan dalam percakapan sehari-hari seperti sekarang. Namun masih
terdapat kegusaran mengenai kepupusan bahasa yang semakin luntur dipuput waktu.
Sama juga halnya dengan tingkat tutur bahasa Jawa Karma Inggil yang dianggap
tingkat tutur tertinggi dan paling sopan yang hanya dipakai untuk menyampaikan rasa
hormat pada orang-orang yang memiliki posisi atau kedudukan yang jauh lebih tinggi
daripada penuturnya. Pelestarian tingkat ini khususnya adalah warisan orang-orang
yang tinggal di sekitar daerah perkampungan Jawa.

Terdapat juga loghat dalam bahasa Jawa yang terbahagi kepada dua kategori
iaitu loghat sosial dan loghat daerah.Loghat dalam Bahasa Jawa menurut kelas sosial
terbahagi kepada lapan iaitu Ngoko, Ngoko Andhap, Madhaya, Madhayantara, Kromo,
Kromo Inggil, Bagingan dan Kedhaton. Loghat Bagingan dan Kedhaton digunakan di
kalangan keluarga Kraton dan sulit difahami oleh orang Jawa kebanyakan.

Perbezaan perkataan menurut loghat sosial dalam Bahasa Jawa boleh difahami melalui
contoh berikut:
* Bahasa Malaysia: “Maaf, saya nak tanya rumah kak Budi itu, di mana?”
1. Ngoko kasar: “Eh, aku arep takon, omahé Budi kuwi, nèng*ndi?’
2. Ngoko halus: “Aku nyuwun pirsa, dalemé mas Budi kuwi, nèng endi?”
3. Ngoko meninggikan diri sendiri: “Aku kersa ndangu, omahé mas Budi kuwi, nèng
ndi?”
4. Madya: “Nuwun sèwu, kula ajeng tanglet, griyané mas Budi niku, teng pundi?”
5. Madya alus: “Nuwun sèwu, kula ajeng tanglet, dalemé mas Budi niku, teng pundi?”
6. Krama andhap: “Nuwun sèwu, dalem badhé nyuwun pirsa, dalemipun mas Budi
punika, wonten pundi?”
7. Krama: “Nuwun sewu, kula badhé takèn, griyanipun mas Budi punika, wonten
pundi?”
8. Krama inggil: “Nuwun sewu, kula badhe nyuwun pirsa, dalemipun mas Budi punika,
wonten pundi?”

Namun masyarakat Jawa di Malaysia menggunakan bahasa Jawa dengan loghat


biasa. Malah penggunaan bahasa Jawa Krama serta Ngoko dari masa ke semasa
sangat bergantung di bahu generasi muda sekarang. Amat wajarlah sekiranya generasi
muda sekarang berusaha untuk menggunakan semua tingkat tutur bahasa Jawa ini
dalam interaksi sehari-harinya. Walaupun begitu sudah ironis bahawa orang yang lebih
tua menyatakan begini kerana bahasa ibunda itu diajar sejak lahir sehinggalah ke usia
remaja. Maka seharusnya menjadi tanggung jawab orang tua mengajar anak-anaknya
tingkat tutur bahasa Jawa itu, bukan sekadar mengharapkan kaum muda mengamalkan
di sekolah atau di tempat lain. Meninggalkan pertanggungjawaban penggunaan
bahasa Jawa di kalangan komuniti tak cukup untuk memastikan kelestarian
penggunaan tingkat tutur bahasa Jawa yang kompleks ini.

Menurut pengalaman dan hasil kajian, kami mendapati bahawa masyarakat


Jawa di Malaysia sangat teguh mewarisi bahasa Jawa dan mengamalkannya di
kalangan ahli keluarga dan masyarakat Jawa setempat. Namun proses asimilasi terjadi
melalui pergaulan mereka dengan pelbagai kaum terutamanya dengan masyarakat
Melayu sama ada di sekolah, kedai, pasar atau di kawasan setempat. Jika bahasa
Jawa tidak diperhidupkan, mungkin di masa depan hanya segenggam orang yang
mengingati semua peraturan dan cara pengucapan tingkat tutur bahasa Jawa Krama ini
iaitu bahasa Jawa formal kerana majoriti masyarakat Jawa memakai bahasa Jawa
Ngoko dalam pertuturan. Ini kerana wujudnya bahasa-bahasa lain seperti Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris yang menjadi bahasa utama dalam pembelajaran di
Malaysia.

Sekiranya memfokuskan perubahan bahasa Jawa, harus diingat bahawa bahasa


Jawa itu sebenarnya terdiri atas sembilan tingkat tutur dan di masa lampau secara luas
digunakan oleh masyarakat Jawa. Hanya kerana perubahan modernisasi yang
menuntut masyarakat Jawa menuntut ilmu menyebabkan penggunaan dan
pemahamannya kian berkurangan. Terdapat juga anak-anak muda di kalangan
masyarakat Jawa yang berkahwin campur memahami percakapan Jawa yang
diutarakan oleh ibu dan bapanya namun sukar untuk menjawab dalam bahasa Jawa
kembali kerana tidak diamalkan dan diajar di sekolah. Oleh kerana itu, ibu bapa
sewajarnya menerapkan penggunaan dan pemahaman bahasa sejak dari kecil untuk
mengukuhkan jati diri yang kuat di kalangan anak muda. Namun seharusnya bahasa
lain terutamanya Bahasa Melayu tidak dipinggirkan. Sesungguhnya , bahasa
memainkan peranan yang sangat penting untuk memartabatkan sesuatu bangsa. Bak
kata pepatah, bahasa itu jiwa bangsa, rosak bahasa bina salah bangsa.
ADAT RESAM

Pakaian perkahwinan Masyarakat Jawa

“Biar mati anak, jangan mati adat”. Itulah antara pepatah yang menunjukkan
betapa pentingnya adat dalam kewujudan sesuatu bangsa. Bagi masyarakat Jawa, adat
kematian adalah suatu perkara yang mesti dihadapi oleh setiap manusia. Masyarakat
Jawa mempunyai satu sistem atau cara tertentu untuk menyempurnakan sesuatu
kematian. Sebaik sahaja berlakunya sesuatu kematian, ahli keluarga akan memberitahu
imam atau Kiai untuk menguruskan kematian. Kemudian mereka akan menyebarkan
berita tersebut kepada seluruh kampung termasuklah ahli keluarga yang jauh.

Ahli masjid akan mengetuk gentung atau beduk untuk memberitahu tentang
kematian. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab masyarakat kampung supaya
menziarahi si mati. Seketika sahaja selepas pengebaran berita, rumah si mati akan
dikerumi saudara-mara dan sahabat handai. Pada waktu yang sama, penggali kubur
akan dipanggil untuk menggali liang lahad. Lazimnya terdapat seorang penggali kubur
yang telah ditugaskan manakala yang lain hanya sekadar membantu. Sekiranya di mati
meninggal dunia pada waktu malam, jenazah akan dikebumikan keesokan harinya
selepas Zohor. Namun, sekiranya meninggal pada sebelah pagi, jenazah akan
dikebumikan di sebelah petang. Ini adalah sejajar dengan tuntutan agama yang
mengkehendaki jenazah dikebumikan segera.

Cara menyempurnakan mayat bermula dengan mayat diangkat dari tempat


meninggal dunia dan diletakkan di atas sebuah pangkin atau katil yang bertilam dan
beralas kain cadar yang bersih dan diletakkan di tengah-tengah rumah. Di bahagian
atas katil turut dipasangkan langit-langit yang diperbuat daripada kain untuk melindungi
mayat daripada sebarang habuk atau najis binatang. Mayat pula akan diselimuti dengan
sehelai kain batik lepas iaitu kain yang tidak berjahit. Sebelum itu, kedua-dua belah
tangannya akan dirapatkan pada dada dan kedua-dua belah kakinya dirapatkan juga.
Bahagian muka mayat tidak ditutup dengan kain tersebut supaya ahli keluarga dapat
menatap wajah si mati untuk kali yang terakhir.

Terdapat juga segelintir masyarakat jawa yang meletakkan sebilah kacip pinang
melintang dari kiri ke kanan si mati adalah dipercayai kacip tersebut dapat menghalang
mayat daripada dilangkahi hantu syaitan. Di bahagian hadapan katil pula diletakkan
sebuah bekas bara api yang senantiasa berasap dengan membakar serbuk harum kayu
setanggi atau kayu gaharu dengan menggunakan sabut kelapa. Kedua-dua jenis kayu
ini dibakar selagi mayat berada di atas rumah. Mengikut adat masyarakat Jawa, kayu
setanggi dan gaharu yang dibakar selama tiga hari tiga malam walaupun si mati telah
dikebumikan dapat mewangikan keadaan rumah serta sekaligus dapat menghalang
hantu syaitan yang mungkin mengacau si mati tersebut.

Pada masa yang sama beberapa peralatan lain turut disediakan. Antaranya ialah
kain kapan, keranda dan sebagainya. Kebanyakkan kelengkapan ini disediakan oleh
ahli keluarga dengan dibantu oleh imam dan beberapa orang yang mempunyai
kemahiran dalam menguruskan jenazah. Kain kapan digunakan untuk membalut
seluruh susuk tubuh si mati melainkan bahagian muka sahaja yang dibalut dengan kain
nipis bagi memudahkan ahli keluarga menyingkap untuk melihat wajah si mati.
Kebanyakan balutan kain kapan akan dilakukan dengan kemas,cermat dan hormat.
Telah menjadi satu peraturan para pelawat sama ada saudara mara ataupun sahabat
handai dikehendaki menghormati si mati dengan tidak membuat perkara yang boleh
mengeruhkan lagi keadaan seperti berbual dengan kuat atau berkata-kata tentang
perkara yang tidak senonoh apabila mayat masih lagi berada di rumah. Larangan ini
turut dituntut oleh agama Islam. Selain itu, sebarang tangisan yang kuat malahan
teresak pun amat dilarang oleh agama Islam sedangkan kita lebih digalakkan supaya
mendiamkan diri dengan bertafakur kepada Tuhan dan membaca beberapa surah al-
Quran terutama surah Yassin atau al-Fatihah untuk disedekahkan kepada si mati.
Amalan ini membolehkan si mati akan sentiasa tenang ketika berada di alam barzakh.

Selepas semua persediaan telah dibuat, mayat perlu dimandikan dengan segera.
Mayat lazimnya dimandikan oleh muhrimnya atau sejantina dengannya ditengah rumah
atau bilik air. Mandian hendaklah dilakukan dengan cermat oleh tukang mandi. Setelah
selesai mandi, mayat akan dilumurkan dengan dua jenis serbuk iaitu kapur barus dan
cendana yang diletakkan di celah pelipat paha, ketiak dan sebagainya manakala pada
bahagian-bahagian lain pula diletakkan kepingan kapas. Selepas itu barulah mayat
diangkat dan diletakkan di ruang tamu untuk dikapankan dengan menggunakan kain
yang tidak berjahit. Mayat yang telah dibungkus kemudian diikat menggunakan bebrapa
utas tali dari kaki hingga ke leher melainkan di sebelah kepala dibiarkan ikatan
sementara. Sebelum mayat dibalut adalah menjadi satu kemestian kaum keluarga si
mati yang rapat menaburkan sejemput serbuk cendana sebagai penghormatan untuk
kali terakhir kepada si mati. Selepas menabur cendana barulah kepala si mayat
dibungkus dan diiikat kemudian dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada
kayu. Di sebelah bawah keranda direntangkan sebidang kain putih yang dipakukan.
Kemudian keranda akan ditutup dan diletakkan diusungan. Usungan dilakukan secara
bergilir-gilir yang terdiri daripada kaum lelaki.

Sebelum dihantar ke kawasan perkuburuan, mayat akan disembahyangkan


terlebih dahulu sama ada dirumah atau di masjid. Mayat akan diletakkan dihadapan
dengan mihrab masjid. Selepas selesai sembahyang jenazah, keranda mayat dipikul
dan diusung semula untuk menuju ke kawasan perkuburan. Sebelum itu, liang lahad
telah awal-awal lagi digali oleh penggali kubur. Sesampai di tanah perkuburan, mayat
dimasukkan ke dalam liang lahad. Imam akan membuak kain kapan dan disendalkan
mayat dengan kepalan tanah untuk membetulkan posisi mayat di liang lahad. Sebelum
mayat ditimbus dengan tanah, imam membacakan azan pada telinga si mati barulah
tanah ditimbuskan dan dicacakkan dengan dua batang batu nisan ketika itu juga bagi
yang telah ada. Imam akan membacakan talkin di atas tikar yang dibentangkan di tepi
kubur si mati.

Biasanya, talkin dibaca menggunakan bahasa Arab kemudian disusuli dengan


bahasa Melayu. Bacaan ini harus dilakukan bagi memperingatkan si mati tentang
Tuhan yang maha Esa, agama, nabi, kitab dan saudara mara. Ini sedikit sebanyak
dapat membantu si mati dapat menjawab soalan malaikat Mungkar dan Nankir di alam
barzakh. Selesai talkin dibacakan, tahlil dan doa diaminkan oleh sekalian pengiring,
kedua-dua air yang ada di dalam baling disiram dari bahagian kepala hingga ke
bahagian kaki disusuli dengan taburan bunga rampai.

Dengan demikianlah selesai sudah adat istiadat pengebumian mayat bagi


masyarakat jawa. Semua orang yang terlibat akhirnya bersalaman dan pulang ke
rumah. Selepas itu, kenduri doa selamat untuk arwah akan diadakan iaitu pada hari
ketiga, ketujuh, keempat belas, keempat puluh dan keseratus. Kemudian, kenduri turut
diadakan pada tiap-tiap tahun berikutnya.

Disamping adat kematian, masyarakat Jawa juga amat mementingkan dan


mengambil berat akan adat perkahwinan. Melalui adat perkahiwnan kebanyakan jodoh
anak-anak ditentukan oleh ibu bapa dan kebiasaannya ibubapa tidak begitu cerewet.
Ibu bapa daripada pihak lelaki akan memilih perawan yang mempunyai sifat yang
terpuji seperti lemah-lembut, bersopan santun, menghormati orang tua dan rajin
bekerja. Ibubapa daripada pihak perempuan pula akan memilih teruna yang
mempunyai sikap ringan tulang, pandai dalam soal agama, menghormati orang tua dan
tahu tanggungjawab terhadap keluarga.
Apabila ibubapa daripada pihak lelaki bersetuju, mereka akan menghantar wakil
yang terdiri daripada mereka yang mengetahui selok-belok dalam adat merisik. Ketika
itu wakil akan menanyakan tentang hajat mereka kepada ibubapa gadis. Sebelum itu,
pihak lelaki akan memberitahu pihak perempuan. Semasa merisik, sebentuk cincin
akan diletakkan sebagai tanda tanya bagi memastikan anak gadis mereka masih
belum berpunya. Cincin akan disimpan oleh pihak perempuan sekiranya pihak
perempuan bersetuju menerimanya sebaliknya jika pihak perempuan tidak bersetuju,
cincin tersebut boleh dipulangkan kemudian.

Hari pertunangan akan dilangsungkan sebaik sahaja pihak perempuan bersetuju.


Pada hari tersebut, ibubapa dan wakil yang biasanya terdiri daripada keluarga terdekat
akan datang ke rumah wakil perempuan tersebut. Pada hari itu, ibu pihak lelaki akan
menyarungkan cincin pada jari bakal pengantin perempuan sebagai tanda yang
menunjukkan mereka telah berpunya. Ada juga cincin disarung oleh kakak, adik atau
ibu saudara kepada bakal pengantin lelaki. Kebiasaannya tempoh pertunangan
ditentukan melalui perbincangan. Ada yang menggariskan tempoh pertunangan selama
setahun dan tidak kurang juga yang melebihi tempoh tersebut. Sebelum itu,
perbincangan kali kedua akan dilakukan supaya dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Hari perlangsungan dilakukan sebaik sahaja tempoh pertunangan tamat. Pada


masa itu, kedua-dua pihak akan mengadakan kenduri yang besar. Apa yang menarik
dalam masyarakat Jawa, mereka akan membuat pelbagai jenis kuih untuk dijamukan
kepada saudara-mara atau sahabat handai yang datang ke majlis tersebut. Antara kuih
yang lazim dibuat adalah tumpi, tempeyek dan bahulu. Bagi mereka yang bekerja di
bahagian dapur, mereka akan dihidang dengan minuman ringan. Begitu juga mereka
yang sedang mendirikan khemah, membelah kayu dan mencuci pinggan mangkuk.

Masyarakat Jawa memastikan semua saudara mara atau sahabat yang datang
dijamu dengan sempurna. Boleh dikatakan sepanjang hari mereka akan dijamukan
dengan makanan ringan. Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya tuan rumah tidak
menyediakan makanan ringan kepada saudara-mara dan akan menjadi sebutan
masyarakat setempat selepas kenduri kelak.

Masyarakat Jawa akan melakukan kerja secara gotong-royong atau lebih


dikenali sebagai rewang dalam bahasa Jawa. Oleh itu, segala kerja menjadi ringan
sebelum ketua dilantik. Antaranya adalah tukang masak yang akan dibantu oleh
beberapa orang pembantu, orang yang mendirikan khemah, membasuh pinggan
mangkuk atau membelah kayu api. Lazimnya sebelum tengah hari, kerja-kerja
memasak selesai. Ini disebabkan masyarakat Jawa melakukan kerja-kerja tersebut
sejak awal pagi lagi. Ini adalah penting supaya keadaan kelam kabut tidak akan berlaku
apabila tetamu mula bertandang.

Pengantin lelaki akan sampai ke rumah pengantin perempuan pada sebelah


petang sekitar pukul satu atau dua. Pada masa itu, paluan kompang akan mengiringi
kedatangan pengantin lelaki. Persekitaran dihiasi dengan bunga manggar untuk
menyerikan lagi majlis. Kedatangan pengantin lelaki disambut pengantin perempuan
dan mereka akan berjalan seiringan menuju ke rumah. Kemudian, mereka akan diiringi
sehingga ke pelamin. Ada segelintir masyarakat Jawa yang meletakkan pelamin di
tengah-tengah halaman rumah supaya dapat dilihat oleh semua orang.

Sebaik sahaja kedua-dua pengantin duduk di pelamin, persembahan pencak


silat dilakukan bagi memeriahkan lagi upacara persandingan. Pertunjukkan kuda
kepang juga turut dimainkan. Setelah itu, kedua-dua pengantin akan dibawa masuk ke
ruang tamu untuk dipertontonkan kepada khalayak ramai. Setelah petang, kedua-dua
pengantin diiring menuju ke rumah pengantin lelaki pula. Sekiranya rumah pengantin
lelaki jauh, bermakna kenduri di rumah lelaki akan dilakukan berselang hari.

Apabila upacara persandingan selesai, majlis kenduri pun berakhir. Masyarakat


Jawa membersihkan segala peralatan pinggan mangkuk secara bergotong-royong
terutamanya kaum perempuan. Kaum lelaki pula akan menguruskan khemah, kerusi
meja dan sebagainya. Kemudian makanan yang berlebihan akan diberi kepada
saudara-mara sebelum mereka pulang. Pengagihan ini menjadi kemestian dalam
masyarakat Jawa dan ini dikenali sebagai berkat. Jika saudara-mara atau sahabat
handai tiada atau sudah pulang, tuan rumah membekalkan berkat tersebut. Lazimnya,
berkat ini terdiri daripada nasi minyak, lauk kurma,acar dan sedikit telur dan pulut.

Sesungguhnya , melalui warisan adat resam dan budaya ini mampu untuk
mengekalkan warisan nenek moyang terdahulu. Malah tanpa diketahui, pengamalan
adat resam ini juga mempunyai nilai positif yang tiada tolong bandingnya.

JANTINA

Lelaki dan Perempuan Jawa

Disamping pengetahuan mengenai adat resam kaum Jawa, molek kiranya kita
mengetahui tentang keunikan Kaum Jawa dalam perkaitan di antara peranan kaum
lelaki dan perempuan dalam masyarakatnya. Lelaki dan perempuan merupakan
makhluk Allah yang saling melengkapi antara satu sama lain. Sifat saling melengkapi
inilah yang menjadi lumrah dalam kehidupan.

Kajian tentang stereotaip jantina menunjukkan bahawa biasanya perempuan dan


lelaki mempunyai stereotaip yang sama. Lelaki di dapati bersikap logik, dominan,
berdikari dan agresif. Perempuan pula disifatkan sebagai sensitif, emosional,
penyayang, menggunakan intuisi, agak berdikari dan mudah berputus asa.
Kemungkinan besar sifat personaliti seperti ini tidak semulajadi sepenuhnya kerana
dalam beberapa budaya tedapat kaum wanita agresif dan dominan manakala kaum
lelaki bersifat emosional dan sensitif. Oleh itu, budaya memainkan peranan penting
dalam menentukan sikap tertentu dan menyembunyikan sikap yang lain.

Dalam masyarakat Jawa, sejak dari kecil,anak-anak lelaki dan perempuan di


layan secara berbeza sejak dilahirkan. Kanak-kanak dapat mengenalpasti diri sendiri
sebagai lelaki atau perempuan dan secara terbuka mencari dan menerima maklumat
tentang sifat kelelakian atau kewanitaan. Anak lelaki disuruh jangan menjadi pondan
dan anak perempuan pula disuruh bersopan. Anak lelaki juga tidak digalakkan
menunjukkan emosi dan anak perempuan dihalang menjadi agresif. Ini terbukti
mengenai pendedahan keluarga masyarakat Jawa dalam kehidupan. Anak-anak lelaki
akan diajak bertani oleh bapa. Manakal anak-anak perempuan akan diajar
menguruskan kerja rumah oleh ibu.

Inilah yang menjadi pegangan orang tua zaman dahulu. Pernyataan ini benar!,
Dalam masyarakat Jawa, lelaki dianggap sebagai sumber kekuatan dalam sesuatu
masyarakat. Sama seperti kebanyakan kaum serumpun Melayu yang lain, kaum lelaki
dianggap sebagai ketua. Contohnya seperti pelantikan Kiai atau Siak dan Lurah.
Jawatan ketua ini akan disandang oleh kaum lelaki. Menurut kepercayaan, kaum lelaki
lebih berfikiran matang tanpa mengikut perasaan dibandingkan dengan kaum
perempuan. Ini kerana jiwa perempuan yang lebih sensitif akan menjadikan mereka
lebih beremosi dalam membuat keputusan.

Sifat kaum lelaki yang lebih kuat juga menjadikan mereka sebagai orang yang
sangat penting dalam menjadi ketua keluarga. Tugas-tugas ketua keluarga merangkumi
pencari nafkah. Kaum lelaki masyarakat Jawa pada masa dahulu menyara hidup
keluarga mereka dengan membuat kerja kampung contohnya seperti petani. Kekuatan
sifat fizikal mereka dengan susuk tubuh yang sasa mekar , kuat, gagah, maskulin, keras
dan perkasa menjadi penyumbang yang penting dalam menjalankan kerja mencari
rezeki.
Malah kaum lelaki turut menjadi pelindung seluruh anggota keluarga. Mereka
menjaga keselamatan isteri dan anak-anak mereka. Sifat lelaki Jawa yang tegas dari
luar namun lembut dari dalam. Lelaki Jawa seperti juga lelaki Melayu tidak memarahi
anak-anak secara terbuka , tetapi disampaikan melalui isteri. Malah pandangan dan
jelingan mata mereka juga mampu menyampaikan mesej tertentu kepada anak-anak.
Boleh dikatakan juga bahawa bapa adalah pelindung keluarga dalam diam.

Berbanding dengan perempuan Jawa , mereka lebih dicirikan sebagai seorang


wanita yang penuh dengan nilai-nilai kelembutan. Terdapat istilah Jawa yang menyebut
bahawa isteri sebagai “Kanca Wingking” yang bermaksud isteri adalah tulang belakang
suami dalam mengelolakan bahtera rumah tangga.Bertepatan dengan sikap dan sifat
mereka yang feminin, halus, lemah-lembut dan manis, adalah bersesuaian tugas
mereka untuk membuat kerja-kerja di rumah sementara menunggu pulangnya suami
dari mencari rezeki. Antara kerja-kerja rumah yang dibuat oleh kaum perempuan adalah
memasak, mengemas rumah, menjaga kebajikan anak-anak dan lain-lain.

Malah wanita Jawa dikaitkan dengan sifat berkorban yang tinggi. Mereka
sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga yang tercinta. Wanita Jawa juga
disifatkan sebagai pembantu kepada suami. Wanita yang lembut menjaga kebajikan
suami. Setelah suami pulang dari mencari rezeki, wanita Jawa akan menyambut
kepulangan suami dengan wajah yang berseri-seri dengan selitan melur di di atas
sanggul. Sambil menunggu lauk dipanaskan, mereka akan memicit dan mengurut
badan suami untuk menghilangkan rasa penat selepas seharian bekerja. Selepas itulah
makanan akan dihidangkan dan mereka akan melayan suami makan sambil
bersembang.

Terdapat istilah Jawa yang menyebut “Suwarga nunup neraka katut” yang
bermaksud suami adalah yang menentukan isteri akan masuk syurga atau neraka. Ini
bersamaan dengan pernyataan “syurga di bawah telapak kaki suami”. Tiada guna
amalan wanita itu, walau setinggi gunung, tetapi mengabaikan tanggungjawab terhadap
suami dan anak-anak. Terdapat juga pepatah Jawa yang mengatakan “Kalau suami
masuk syurga bererti isteri juga akan masuk syurga”. Ini bermaksud, isteri merupakan
pendorong suami yang terbaik. Sekiranya suami lalai dan leka, adalah menjadi
tanggungjawab isteri untuk membimbingnya. Menurut Islam, isteri dijadikan daripada
tulang rusuk kiri suami. Betapa penyataan ini tepat jika dibandingkan dengan sifat
saling melengkapi antara lelaki dan perempuan.

Namun dewasa ini, melalui proses pemodenan dan pembangunan, masyarakat


Jawa juga saling berinteraksi dengan masyarakat luar dan mengubah sedikit demi
sedikit peranan setiap jantina. Kini, masyarakat Jawa sudah keluar dari kepompong
melalui peluang pendidikan . Terdapat anak-anak Jawa yang melanjutkan pelajaran ke
luar negara dan menjadi pemimpin. Contohnya seperti Datuk Khir Toyo yang
merupakan anak jati Jawa Negari Selangor. Malah perbezaan jantina antara lelaki dan
perempuan juga semakin terhakis mengikut peredaran zaman. Namun sifat kewanitaan
dan kelakian lelaki Jawa sebenar tidak akan luput.

Kesimpulannya, masyarakat Jawa merupakan masyarakat pendatang yang


banyak mengalami proses asimilasi dengan masyarakat tempatan. Proses ini adalah
disebabkan corak hidup, bahasa dan adat yang mereka amalkan sama dengan
masyarakat tempatan yang lain. Oleh itulah ramai di kalangan generasi muda sendiri
tidak tahu asal usul masyarakat mereka. Di Malaysia, petempatan masyarakat Jawa
bukanlah secara menyeluruh. Malah hanya bertumpu di beberapa buah negeri sahaja.
Namun kewujudan mereka mampu mewarnai kepelbagaian budaya masyarakat
Malaysia yang pelbagai. Walaupun sedikit demi sedikit kebudayaan mereka
diasimilasikan dengan masyarakat Melayu, mereka masih mengekalkan identiti mereka.
Bak kata pepatah “tidak lapuk dek hujan, tidak lekang di panas”.
Soalan B:

Huraikan implikasi kepelbagaian sosio-budaya di dalam sebuah bilik darjah terhadap


guru, murid dan sekolah secara keseluruhannya.

Mengikut Kamus Dewan (1998) kebudayaan diertikan sebagai cara hidup


sesuatu masyarakat, tamadun atau peradaban,. Di dalam konteks sosiologi,
kebudayaan ditakrifkan sebagai cara-cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan dan
diturunkan dari generasi ke generasi dalam sesebuah masyarakat tertentu . Bagi ahli-
ahli sosiologi, kebudayaan adalah berkait rapat dengan kemajuan masyarakat.
Mengikut kajian mereka, budaya masyarakat merupakan semua hasilan yang dikongsi
bersama oleh masyarakat manusia, iaitu hasilan kebendaan dan hasilan bukan
kebendaan seperti bahasa, adat resam, kesenian, peraturan, sistem kerajaan dan lain-
lain.

Kebudayaan yang pelbagai dalam masyarakat Malaysia adalah hasil daripada


perkongsian etnik yang terdiri daripada etnik utama iaitu Melayu, India, Cina dan kaum
minoriti seperti orang Asli, bumiputera Sabah dan Sarawak dan lain-lain. Ini menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dalam sosio
budayanya. Antara aspek-aspek kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia adalah dari
segi bangsa, struktur masyarakat atau kelas sosial, kepercayaan, bahasa, adat resam
dan jantina (gender).

Kepelbagaian sosiobudaya terhasil apabila berlakunya interaksi sosial di antara


satu pihak dengan pihak yang lain. Mengikut Ensaiklopedia Sosiologi Pendidikan
(1992), interaksi sosial ditakrifkan sebagai proses saling bertindak atau tindak balas di
antara individu dengan individu atau individu dengan kumpulan individu, termasuklah
proses tindak balas individu dengan dirinya. Interaksi sosial mewujudkan perhubungan
di antara individu yang mempunyai sosialbudaya iaitu guru, murid, sekolah dan
kurikulum tersirat. Perbezaan inilah yang mampu mewujudkan kepelbagaian dalam
sosiobudaya.
Guru seperti yang diketahui merupakan agen sosiolisasi atau perhubungan di antara
saling kebergantungan murid, sekolah dan kurikulum tersirat. Antara implikasi
kepelbagai sosiobudaya ke atas aspek guru adalah guru bertindak sebagai role model
kepada anak bangsa. Kanak-kanak kecil yang pelbagai perbezaan diakui menjadikan
para guru sebagai idolanya. Contohnya, kebanyakan murid lebih mempercayai
pendapat guru berbanding dengan ibu bapa. Guru juga dapat mengamalkan sikap
kepimpinan yang demokratik.

Kepimpinan demokratik dapat mewujudkan interaksi dua hala dan membawa


suasana sosioemosi yang sihat, mesra dan harmonis di antara guru dengan muridnya.
Contohya, guru yang mempunyai kepelbagai sosiobudaya di kalangan murid-murid
sewajarnya bersikap berdamping dengan murid untuk mendorong murid berinteraksi di
antara satu sama lain dan melibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti kumpulan.
Melalui kepelbagaian sosiobudaya, guru juga dapat mengelolakan banyak aktiviti
berbentuk kumpulan. Aktiviti kumpulan member banyak peluang kepada murid yang
berbeza untuk berinteraksi antara satu sama lain. Oleh itu, guru sewajarnya merancang
banyak aktiviti kumpulan untuk membolehkan murid menjalankan aktiviti penggayaan,
pemulihan, lakonan, sesi buzz, permainan, pertandingan ataupun kerja projek. Guru
juga dapat menggunakan percakapan yang sesuai dengan kepelbagaian di kalangan
murid.

Sebagaimana yang dihuraikan oleh Flanders, percakapan guru yang boleh


mewujudkan interaksi guru dengan murid adalah diklisifikasikan di bawah kategori
pengaruh tidak langsung. Percakapan guru harus menggalakkan murid mengemukakan
pendapat atau memberi tindak balas. Disebabkan berlakunya kepelbagaian
sosiobudaya di kalangan pelajar, guru seharusnya menggunakan pelbagai strategi,
pendekatan dan alat bantu mengajar. Alat bantu mengajar, strategi dan pendekatan
yang pelbagai juga mampu memenuhi perbezaan di kalangan pelajar. Alat bantu
mengajar merupakan suatu media yang boleh mengaitkan perhubungn guru dengan
murid dan interaksi melalui penggunaan alat bantu mengajar.Oleh itu, kepelbagai
sosiobudaya dari aspek guru dapat mewujudkan persekiataran yang positif dengan
meletakkan guru sebagai role model.

Kepelbagaian sosiobudaya turut memberi kesan ke atas murid. Ini kerana


penerapan kemahiran intelek, sikap dan nilai persepsi yang diterapkan kepada murid
menyebabkan mereka mampu menilai keadaan persekitaran mereka. Murid menjalani
proses berinteraksi dan berkomunikasi dengan murid lain, guru, sekolah dan kurikulum.
Melalui kepelbagaian sosiobudaya di kalangan masyarakat di dalam bilik darjah
mahupun sekolah, murid dapat bertukar-tukar pendapat , pandangan, maklumat dan
idea-idea baru. Tidak kira sama ada dengan rakan sebaya mahupun guru. Contohnya
melalui perbincangan mengenai perayaan di kalangan rakyat berbilang bangsa. Murid
Cina contohnya dapat mengetahui mengenai kewajipan umat Islam untuk berpuasa
pada bulan Ramadhan. Malah melalui pendedahan ini, mereka akan lebih menghormati
rakan-rakan Melayu mereka yang berpuasa kerana telah di dedahkan dengan
pengetahuan ini.

Malah, murid dari pelbagai kaum juga dapat berinteraksi dan berhubung dengan
rakan dan guru secara berkesan. Perhubungan yang berkesan ini penting untuk
mengelakkan berlakunya salah faham akibat ketidaksamaan di antara mereka. Melalui
interaksi secara bebas ini, mereka akan saling memahami dan bertindak balas antara
satu sama lain. Contohnya seperti murid berkepercayaan Sigh yang memakai serban
ke sekolah. Sekiranya murid tidak pernah berinteraksi, ini akan mewujudkan tanda
Tanya tentang keperluan memakainya dan mewujudkan salah faham ejek mengejek.
Namun sekiranya murid didedahkan mereka akan memahami perkara tersebut.

Melalui interaksi , murid juga dapat mempelajari budaya positif sesuatu kaum
yang lain secara tidak langsung. Contohnya seperti mempelajari tingkah laku budaya
masyarakat pelajar Cina yang sangat rajin menyiapkan kerja sekolah. Ini akan menjadi
pemangkin kepada pelajar lain untuk berusaha menyiapkan kerja rumah mereka juga.
Disamping itu, kepelbagai sosiobudaya juga mampu untuk memupuk perpaduan di
antara kaum. Kaum yang pelbagai dapat menyebabkan proses sosiolisasi kanak-kanak
berjalan mengikut kehendak dan aspirasi masyarakat, khasnya pengekalan
kebudayaan kumpulan etnik. Setiap murid berlainan etnik di dalam kelas dapat
bekerjasama tidak kira secara individu atau berkumpulan. Contohnya guru mengadakan
aktiviti perbincangan mengenai perpaduan kaum secara kaedah koperatif yang
mencampurkan murid-murid yang berlainan kaum.

Kepelbagaian sosiobudaya di kalangan pelajar juga mampu untuk mewujudkan


budaya saing yang sihat. Persaingan yang sihat sesama pelajar dapat mewujudkan
pembelajaran yang berkesan. Contohnya seperti murid lelaki dan perempuan saling
menjawab soalan yang diberikan oleh guru. Malah, kepelbagaian sosiolbudaya juga
mampu untuk meningkatkan kemahiran berbahasa di kalangan pelajar. Ini terbukti
apabila murid-murid dari kaum lain contohnya seperti kaum India dan Cina dapat
mempraktikkan kemahiran berbahasa Melayu dengan pelajar berbangsa Melayu. Malah
pelajar Melayu juga dapat mempelajari bahasa lain jika mereka mempunyai
kesungguhan untuk belajar bahasa dari rakan berlainan kaum.Bukankah implikasi-
implikasi ini mampu untuk meningkatkan kerjasama di kalangan pelajar? Malah
interaksi yang berkesan juga dapat dilestarikan dengan baik di antara murid berlainan
sosiobudaya.

Sekolah seperti yang diketahui merupakan salah sebuah komuniti dalam


masyarakat. Oleh kerana komuniti merupakan sebuah masyarakat kecil, maka sekolah
juga boleh di samakan sebagai sebuah masyarakat kecil di mana terdiri daripada
sekumpulan manusia iaitu Guru Besar atau Pengetua, guru, kakitangan dan murid-
murid. Sekolah ialah salah satu institusi pendidikan yang ditubuhkan untuk memenuhi
keperluan anggota-anggota masyarakat supaya membolehkan mereka menguasai ilmu
pengetahuan dan kemahiran untuk kemajuan dan perkembangan diri dan
masyarakatnya. Antara implikasi kepelbagai sosiobudaya dari aspek sekolah adalah
dapat menjadi medan perhubungan antara pihak atasan, guru, para pelajar dan ibu
bapa.
Perhubungan yang terjalin adalah hasil komunikasi individu yang mempunyai
pelbagai sosiobudaya yang bermatlamat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang diperlukan. Saling kebergantungan ini akan mewujudkan
kesefahaman yang jelas dalam pergaulan seharian. Malah sekolah juga mampu
menjadi medan untuk menyatukan sistem pendidikan bagi memupuk kesamaan dan
kesedaran berpadu di kalangan masyarakat sekolah. Ini kerana para pelajar
mempelajari ilmu dan maklumat yang sama dan saling berkongsi segala pengetahuan
yang diceduk. Tidak dinafikan, sekolah juga mampu menjadi medan untuk membina
jalinan sosial yang kukuh dan jitu. Di sekolah, contohnya seperti sekolah kebangsaan
mahupun sekolah wawasan, para pelajar akan terdorong untuk menyapa individu
berlainan bangsa, agama mahupun kepercayaan. Ini kerana, mereka perlu
bekerjasama dalam menjaga kebersihan dan persekitaran sekolah ataupun
perbincangan di dalam kelas.

Malah, melalui kepelbagai sosiobudaya, setiap masyarakat sekolah secara


individu dapat memupuk kesefahaman, sikap bertolak ansur dan saling bertoleransi di
antara satu sama lain. Ini kerana setiap individu memahami budaya individu lain dan
menganggap perbezaan itu sebagai satu kepelbagaian yang positif. Apabila setiap
individu di sekolah dapat memahami antara satu sama lain, keamanan sekolah dapat
dibentuk. Segala gejala-gejala negatif yang bermaharaja lela dapat dibendung dengan
berkesan. Oleh itu, adalah penting untuk pihak sekolah menyediakan persekitaran yang
cantik dan sihat kerana di sinilah semua warga masyarakat saling bertemu, berinteraksi
dan berkomunikasi.

Kepelbagaian sosiobudaya juga mampu memberi implikasi terhadap kurikulum


tersirat. Kurikulum tersirat kadangkala disebut sebagai kurikulum terlindung , kurikulum
tersembunyi atau kurikulum tersisip , meliputi segala pengalaman yang dipelajari secara
tidak formal seperti penerapan nilai-nilai murni melalui peniruan tingkah laku guru dan
penyerapan nilai-nilai murni dalam matapelajaran, peraturan sekolah, aktiviti bahasa
dan budaya sekolah. Antara implikasi kepelbagaian sosiobudaya ke atas kurikulum
adalah penerapan nilai-nilai murni dalam diri murid seperti semangat kerjasama,tolong-
menolong,bertolak ansur,taat,patuh dan sebagainya. Penerapan nilai ini boleh berlaku
semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Contohnya, bagi mata
pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan banyak mengajar murid mengenai
kepentingan diri dan keluarga, adab-adab yang terpuji,kebudayaan pelbagai kaum,
semangat cintakan negara dan sebagainya mengikut tema-tema yang telah ditetapkan.
Tema ‘Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat’ menekankan aspek hidup
bermasyarakat seperti hormati jiran,tolong menolong antara pelbagai kaum dan kasih
mengasihi antara satu sama lain.Secara tidak langsung nilai-nilai murni akan terserap
dalam diri murid itu sendiri. Selain itu, penerapan nilai murni melalui tingkah laku dan
sikap guru itu sendiri dapat menjadi contoh dan ikutan murid-murid. Murid akan
sentiasa memerhati cara guru pakaian dan sifat guru seperti menepati masa masuk ke
kelas. Jadi, guru perlu menunjukkan contoh yang terpuji di hadapan murid agar dapat
menjadi ikutan dan ‘role model’ kepada mereka.

Di samping itu, dalam tema ‘Kenali Budaya Malaysia’ turut memberi peluang
murid-murid mengenali budaya masyarakat pelbagai kaum di negara kita. Sedikit
sebanyak mereka dapat memahami dan menerima pelbagai adat serta pantang larang
sesama mereka. Hal ini dapat mengelakkan berlakunya ketidakpuasan dan
pertelingkahan antara satu sama lain. Dalam sistem pendidikan juga menitik beratkan
Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di sekolah menjadikan semua guru dan
murid menggunakan satu bahasa yang sama. Hal ini sangat digalakkan agar martabat
Bahasa Malaysia di negara kita dapat dipertingkatkan. Pihak sekolah turut bekerjasama
merancang pelbagai budaya positif untuk dipupuk dan disemai di kalangan murid-murid.
Contohnya, budaya membaca khususnya sering dijalankan bagi meningkatkan amalan
membaca dan murid akan memperoleh ilmu pengetahuan yang baru. Budaya memberi
salam turut dipraktikkan dalam diri murid bagi menghormati orang yang lebih tua serta
sesama kawan mereka sendiri supaya hidup sentiasa dalam keadaan bahagia dan
harmoni seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Soalan C:

Cadangkan pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompok untuk mewujudkan


persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dan seterusnya melahirkan
warganegara bersatu padu.

Kepelbagaian sosiobudaya di dalam bilik darjah melibatkan murid-murid yang


terdiri daripada pelbagai budaya. Oleh itu, peranan guru sangat penting di dalam
mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Beberapa kaedah
pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan untuk mewujudkan persekitaran bilik
darjah yang mesra budaya ini. Di antaranya ialah melalui pengajaran dan pembelajaran
aktiviti secara berkumpulan. Menurut Mohd Yusof Othman (1998), menyatakan satu
kaedah yang boleh dilakukan dalam usaha untuk meningkat dan menjana ilmu adalah
belajar secara kumpulan. Belajar secara berkumpulan sama ada dalam bentuk yang
formal seperti membentuk dalam kumpulan tertentu (study circle) dengan matlamat
yang sama, atau kumpulan yang tidak formal dan mempunyai ahli-ahli yang terdiri
daripada pelbagai latarbelakang yang berbeza. Belajar secara berkumpulan
sebenarnya lebih berkesan berbanding dengan belajar bersendirian. Hal ini kerana
dalam belajar secara berkumpulan, idea atau pemikiran dapat dikongsi bersama. Begitu
juga dengan pengalaman yang berbeza yang dialami oleh setiap ahli kumpulan dapat
dikongsi bersama. Oleh itu, setiap kumpulan haruslah terdiri daripada murid-murid yang
berbagai-bagai budaya. Di samping itu, mereka secara tidak langsung dapat menyelami
dan mengenali budaya sesama mereka. Pembahagian kumpulan juga boleh ditentukan
oleh guru sendiri supaya murid-murid yang pelbagai kaum dapat dibahagikan secara
sama rata di dalam setiap kumpulan.

Kaedah pengajaran koperatif dan kolaboratif merupakan suatu aktiviti


pembelajaran sekumpulan murid di bawah bimbingan guru dan mereka akan bertukar-
tukar idea dan pendapat melalui perbincangan atau menyumbangkan kemahiran
masing-masing dengan tujuan menyelesaikan masalah atau projek yang telah
ditugaskan. Guru akan membahagikan kumpulan murid dengan mengambil kira aspek
kepelbagaian sosiobudaya dan kebolehan murid. Contohnya, di dalam sebuah
kumpulan mesti terdapat murid yang pandai, sederhana dan lemah. Hal ini kerana
murid yang pandai dapat membantu murid yang lemah sehingga dapat menguasai
sesuatu pelajaran. Kebiasaannya murid akan lebih senang untuk belajar dengan rakan
sebaya mereka sendiri kerana terdapat sesetengah murid yang berasa segan atau
malu untuk bertanya kepada guru. Guru akan membimbing setiap kumpulan dan murid-
murid akan berusaha bersama-sama untuk mencapai setiap objektif yang ditentukan.
Kumpulan murid tersebut akan mempunyai semangat bekerjasama dan objektif
pelajaran lebih cepat dan berkesan daripada usaha secara sendiri. Selain itu,
kemahiran interaksi sosial dapat dipupuk di kalangan murid-murid. Melalui kaedah ini
juga, masalah pengurusan bilik darjah seperti dapat dikurangkan dan dikawal ke tahap
yang minimum seperti guru dapat mengawal disiplin murid serta mengurangkan
ketegangan di antara satu sama lain dan seterusnya dapat mewujudkan persekitaran
bilik darjah yang mesra budaya.

Selain itu, kaedah projek dapat dijalankan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang
mesra budaya. Kaedah projek merupakan aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid
melalui aktiviti permainan, kerja praktik, kajian dan lawatan secara berkumpulan.
Contohnya, dalam mata pelajaran Sains guru memberi satu topik untuk selesaikan
secara berkumpulan dan murid dikehendaki menjalankan kajian ke atas masalah
tersebut. Melalui kaedah ini, murid-murid dapat menjalankan aktiviti pembelajaran
dengan penuh minat dan perhatian dalam satu situasi yang sebenar untuk
mendapatkan hasil yang diharapkan. Aktiviti ini dijalankan selepas murid-murid telah
menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dalam mata pelajaran. Di antara ialah projek
kaji selidik, projek hasil tangan dan projek lawatan. Kebaikan kaedah projek ini yang
paling utama adalah memberi peluang kepada murid-murid bagi mendapatkan
pengetahuan dan pengalaman dengan cara sendiri. Murid juga berpeluang merasa dan
melihat sendiri sesuatu pengalaman. Pembelajaran melalui pengalaman memberi
kesan yang mendalam kepada murid kerana mereka akan lebih mudah faham melalui
kaedah visual. Semangat kerjasama dan sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui
kerja projek yang dilakukan secara kumpulan mengikut kebolehan dan pelbagai
sosiobudaya.

Kaedah dan teknik pemudahcaraan juga boleh digunakan sebagai langkah untuk
mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Guru berperanan untuk
menggerakkan sesuatu aktiviti pembelajaran agar dapat berjalan dengan lancar. Guru
bertindak sebagai fasilitator, motivator, pembimbing dan menggalakkan murid-murid
supaya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan mewujudkan
suasana pembelajaran yang kondusif bagi memastikan kelancaran proses
pembelajaran berlaku tanpa sebarang gangguan. Kaedah pemudahcaraan ini
digunakan untuk aktiviti kumpulan seperti perbincangan, perbahasan, seminar, forum,
sumbangsaran, sesi buzz dan aktiviti yang menggunakan pendekatan pemusatan
murid. Contohnya, melalui aktiviti perbincangan murid-murid akan bertukar-tukar fikiran
atau idea serta berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara. Di antara topik-topik yang
sesuai untuk aktiviti ini ialah topik isu semasa, peristiwa, sejarah, watak cerita, sastera,
konsep keluarga, kebersihan, pencemaran, perpaduan rakyat, peranan murid dan
sebagainya. Murid-murid dapat dilatih berfikir dengan teliti, berbual dengan gaya yang
menarik dan mengemukakan pandangan mereka dengan jelas, tepat dan logik. Selain
itu juga, ia dapat memberi peluang kepada murid untuk menggunakan kemahiran lisan
mereka untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan di antara satu sama lain
di samping memupuk semangat bekerjasama dan mewujudkan interaksi sosial yang
positif.

Selain itu, kaedah penyelesaian masalah juga merupakan satu alternatif yang
boleh dijalankan oleh guru bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra
budaya. Penyelesaian aktiviti merupakan aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk
perkataan, masalah bukan mekanis, teka-teki, kuiz atau penggunaan kemahiran
tertentu dalam situasi yang sebenar. Melalui kaedah ini, murid-murid dilatih supaya
berfikir secara kritis dan kreatif untuk menyelesaikan aktiviti-aktiviti yang melibatkan
prose berfikir dan membuat keputusan. Kaedah ini memerlukan murid-murid membuat
aplikasi menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang sudah dipelajari untuk
menyelesaikan masalah yang diberi. Aktiviti ini perlu disertai oleh pemikiran peringkat
tinggi seperti yang disarankan oleh Bloom bermula dari peringkat aplikasi, analisis,
sintesis sehingga peringkat penilaian. Murid akan melalui aras yang mudah terlebih
dahulu dan kemudian setelah berjaya menguasainya barulah ke aras yang lebih sukar
setelah. Aktiviti ini boleh dijalankan secara berkumpulan bagi menyelesaikan masalah
yang telah diberikan oleh guru. Interaksi dan hubungan yang wujud sesama ahli
kumpulan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Kaedah
penyelesaian masalah ini akan menggalakkan dan mencabar murid-murid supaya
mencari jawapan untuk soalan bermasalah atau membuat generalisasi daripada proses
kajian lebih-lebih lagi aktiviti dibuat secara kumpulan. Pengajaran dan pembelajaran
murid-murid akan lebih bermakna sekiranya mereka melibatkan sepenuhnya dalam
aktiviti pembelajaran mereka. Kaedah ini membolehkan murid menggunakan
pengalaman, pengetahuan lepas serta kemahiran yang telah dikuasai untuk
menjalankan kajian. Kebiasaannya, kaedah ini melibatkan murid-murid bergerak aktif di
antara satu sama lain untuk meneroka mencari sesuatu jalan penyelesaian. Secara
tidak langsung murid-murid akan bekerjasama dalam satu pasukan yang mempunyai
kepelbagaian sosiobudaya.

Seterusnya, kaedah pembelajaran kontekstual juga dapat dilaksanakan dalam


merealisasikan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Ia tertumpu pada aspek
yang pelbagai bagi mana-mana persekitaran sama ada di dalam bilik darjah, dalam
makmal, makmal komputer atau lokasi tertentu yang sesuai dengan isi pelajaran.
Contohnya, ia boleh dijalankan ketika guru lain menggantikan sesuatu kelas.
Kadangkala, guru sering pergi berkursus lama dan semasa ketiadaan guru, guru boleh
meninggalkan pelbagai maklumat di dalam CD bagi memudahkan proses pengajaran
guru ganti. Murid-murid boleh diberi peluang menggunakan komputer dan berbincang
secara berkumpulan mengenai sesuatu topik dan maklumat yang diberikan.
Pembelajaran kontekstual berlaku apabila murid memproses maklumat atau ilmu
pengetahuan baru dengan cara tertentu dan memberi makna kepada pemahaman
mereka sendiri. Guru harus menyediakan kepelbagaian persekitaran pembelajaran
suntuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan menyediakan pembelajaran
yang konkrit yang melibatkan aktiviti “Hands On” dan “Minds On”. Kepelbagaian
sosiobudaya murid-murid dapat digunakan sepenuhnya melalui belajar secara
kerjasama sama ada aktiviti berkumpulan atau koperatif. Pengajaran dan pembelajaran
kontekstual dapat membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan
situasi dunia sebenar dan memotivasikan murid untuk membuat perkaitan antara
pengetahuan dengan mengaplikasikannya ke dalam kehidupan seharian.
LAMPIRAN
BIBLIOGRAFI

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Mok Soon Sang (2002)..Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3. Edisi

Ketiga Terbitan Ke-4 Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Subang Jaya.

Asal Usul Jawa

http://firmanbudi.wordpress.com/2009/03/01/history-of-java/

http://id.wikipedia.org/wiki/Jawa

Cari Dictionary Online

http://www.cari.com.my

Bahasa Jawa

http://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Jawa

Budaya Jawa

http://id.wikipedia.org/wiki/Tari_Tayub

Masyarakat Jawa di Malaysia

http://razalitumirin-zali.blogspot.com/2009/06/masyarakat-jawa-di-malaysia.html

You might also like