You are on page 1of 2

Masalah disiplin dalam kalangan pelajar semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Bincangkan punca-
punca berlaku masalah disiplin dalam kalangan pelajar.
Pendahuluan
a. Dewasa ini, masalah displin dalam kalangan remaja telah menjadi isu hangat yang dibincangkan dalam
media massa.
b. Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan yang
telah ditetapkan.
c. Antara masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar ialah pergaduhan di sekolah, gengsterime ,
buli, dan sebagainya.
d. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa “ kalau tiada angin bertiup, takkan pokok bergoyang.”
e. Oleh itu, punca-punca masalah ini perlu dikenal pasti supaya langkah yang drastik boleh dilaksanakan untuk
memeranginya.

Isi 1 tidak menjalankan tanggungjawab kerana terlaku sibuk.


a. Malasah ini menjadi semakin meruncing ekoran ibu bapa pada zaman ini terlalu sibuk dengan kerjaya
sehingga mengabaikan anak-anak mereka, bak kata pepatah anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui.
b. Mereka tidak memberi kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak mereka.
c. Hal ini menyebabkan anak-anak mereka berasa sunyi dan terabai.
d. Anak-anak akan melakukan tindakan-tindakan disiplin untuk menarik perhatian ibu bapa mereka.

Isi 2 Kegagalan remaja mengawal diri sendiri


a. Satu lagi punca malasah disiplin dalam kalangan pelajar ialah mereka gagal mengawal hawa nafu diri
dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan pancaroba.
b. Mereka gemar mencuba pelbagai perkara baru tanpa memikir kesannya.
c. Mereka membiarkan hawa nafsu menguasai umpama “nafsu-nafsu, raja di mata sultan di hati”.
d. Maka berlakulah kisah-kisah pelajar yang menghisap rokok, ponteng sekolah, merosak harta benda
sekolah.

Isi 3 Pengaruh rakan sebaya


a. Pengaruh rakan sebaya merupakan punca utama berlakunya masalah sosial.
b. Anak-anak pada hari ini lebih mempercayai rakan-rakan daripada ibu bapa.
c. Apabila mereka terjebak dengan rakan-rakan yang mempunyai masalah disiplin a,
mereka akan terikut – ikut rentak rakan mereka untuk melakukan perbuatan yang tidak baik.
d. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”.

Isi 4 Pegangan agama yang rapuh


a. Lantaran itu, masalah sosial dalam kalangan pelajar juga berpunca daripada pegangan agama yang rapuh.
b. Pegangan agama yang rapuh menyebabkan remaja tidak tahu membezakan baik atau batil sesuatu perkara.
c. Mereka tidak dapat bertindak secara rasional dan lebih suka mengikut emosi sendiri.
d. Hal ini mengakibatkan mereka lebih mudah terjerumus ke arah masalah sosial.

Isi 5 Pihak Sekolah


a. Sekolah juga turut menjadi punca berlakunya kemerosotan disiplin di kalangan pelajar.
b. Ibu bapa dan anggota masyarakat hari ini terlalu menilai prestasi sesebuah sekolah melalui kelulusan
yang dicapai dalam peperiksaan.
c. Hal ini menyebabkan pihak sekolah lebih berorentasikan peperiksaan.
d. Ini mendorong para guru memberi kerja yang banyak, mengadakan kelas tambahan dan sebagainya.
e. Ada di antara pelajar berasa bosan dan tertekan.
f. Akibatnya, mereka akan melanggar peraturan sekolah.
Penutup
a. Walhasil, masalah sosial dalam kalangan remaja bagai duri dalam daging dan amat membimbangkan
masyarakat.
b. Oleh itu, semua pihak yakni ibu bapa, pihak kerajaan, pihak sekolah, dan masyarakat harus bersatu padu
menangani masalah ini seperti kata pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
c. Para remaja sendiri harus mempunyai kesedaran terhadap tanggungjawab mereka kerana pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara.

Penutup
a. Masalah jenayah dalam kalangan remaja merupakan gejala negatif yang harus ada titik penyelesaian.
b. Semua pihak, yakni ibu bapa, pihak sekolah, jiran tetangga serta setiap lapisan masyarakat harus
bersama-sama menggembleng tenaga untuk memeranginya.
c. Dengan demikian, diharapkan para remaja yang merupakan harapan bangsa dan tiang negara dapat
dibentuk berpaksikan acuan budaya yang sihat.

You might also like