You are on page 1of 6

1.

0 SEJARAH KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ

1.1 BIOGRAFI KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ

Nama sebenar khalifah Umar bin Abdul Aziz ialah Umar bin Abdul Aziz bin Umar bin
Al-Khattab.

Bapa khalifah Umar Abdul Aziz ialah Abdul Aziz, Gabenor Mesir dan adik kepada
Khalifah Abdul Malik bin Marwan.

Khalifah Umar Abdul Aziz juga merupakan cicit kepada Khalifah kedua Khulafa al-
Rasyidin iaitu Saidina Umar Al-Khatab daripada sebelah iunya iaitu Laila Hashim bin
Umar bin al-Khatab.

Umar bin Abdul Aziz dilahirkan pada tahun 682. Ada dua pendapat mengenaai tempat
kelahirannya iaitu pendapat pertama dia dilahirkan di Madinah manakala pendapat kedua
mengatakan dia dilahirkan di Mesir.

Umar bin Abdul Aziz merupakan khalifah umaiyah yang kelapan daripada 14 orang
khalifah Umaiyah.

1.2 KHALIFAH UMAR BIN ABDUL AZIZ MENJADI GABENOR MADINAH

Khalifah Umar Abdul Aziz dibesarkan di Madinah dan tinggal di sana sehinggalah
kematian ayahnya. Selepas itu dia dipanggil oleh Khalifah Abdul Malik ke Damsyik
untuk mengahwini anak Khalifah Abdul Malik, Fatimah.

Tidak lama kemudian Khalifah Abdul Malik meninggal dunia dan digantikan dengan
anaknya Al-Walid I yang kemudian melantik Umar sebagai Gabenor Madinah. Tidak
seperti gabenor terdahulu, Umar menubuhkan sebuah majlis untuk membantunya
menguruskan Madinah.

1
Ramai orang berhijrah dari Iraq ke Madinah mencari perlindungan daripada kekejaman
gabenor Iraq iaitu Hajjaj ibn Yusuf. Hal ini mendatangkan kemarahan Gabenor Iraq yang
kemudiannya mendesak Khalifah Al-Walid supaya memecat Umar.

Walaupun mendapat bantahan penduduk Madinah, Khalifah Al-Walid terpaksa tunduk


kepada tuntutan Hajjaj.

1.3 KHALIFAH UMAR BIN ANDUL AZIZ MENJADI KHALIFAH

Umar terus tinggal di Madinah sepanjang pemerintahan Khalifah Al-Walid dan Khalifah
Sulaiman. Khalifah Sulaiman yang juga merupakan sepupu Umar amat mengaguminya
dan melantik Umar sebagai penggantinya walaupun ditentang oleh saudara terdekatnya.

Umar dengan berat hati menerima jawatan ini walaupun mencuba beberapa kali untuk
mengubah keputusan Khalifah Sulaiman. Umar tidak mementingkan kekayaan dan
kemegahan dan memilih untuk hidup dalam kesederhanaan.

1.4 KEWAFATAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ

Perubahan yang dilakukannya menimbulkan kemarahan golongan bangsawan


Ummaiyyah yang kemudiannya merasuah seorang hamba untuk meracuni makanannya.

Umar mengetahui mengenai perkara ini dan memaafkan pesalah ini. Beliau wafat pada
tahun 720 di Aleppo. Beliau digantikan oleh sepupunya Yazid II.

2
2.0 SUMBANGAN KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ

2.1 POLITIK

Khalifah Umar Abdul Aziz telah memecat pegawai-pegawai yang kurang cekap bagi
memastikan pentadbiran berjalan lancar. Beliau juga telah berusaha melaksanakan
hukuman seadil-adilnya tanpa mengira darjat dan pangkat pesalah.

Beliau juga telah memberhentikan penguasaan wilayah dan diganti dengan kerajaan
islam. Sepanjang tempoh beliau menjadi khalifah, beliau mengamalkan dasar sama taraf
di antara orang arab dan bukan arab telah membawa kepada penyebaran Islam

Walaupun mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi rakyat, beliau menggalakkan
rakyat supaya memilih khalifah yang baru sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan
pemerintahannya. Beliau membahagikan tanah jajahan Ummayyah kepada rakyat dan
amat jarang menerima hadiah kerana takut dirasuah.

Setelah Umar dilantik menjadi khalifah, Umar sentiasa keluar pada waktu malam untuk
mengetahui dan menyaksikan sendiri masalah rakyatnya. Pada suatu malam seperti biasa,
Umar keluar dengan ditemani oleh seorang pengawal untuk mengetahui keadaan
rakyatnya. Ketika memasuki masjid, beliau melewati seseorang yang sedang tidur dan
secara tidak sengaja tersadung lelaki itu. Suasana pada waktu itu gelap. Lelaki itu
kemudian mengangkat kepalanya sambil berkata, “Gilakah engkau?”. Umar menjawab
pertanyaan lelaki itu dengan tenang, “Tidak”. Apabila pengawal Umar melihat kejadian
tersebut, dia cuba untuk memukul lelaki itu. Namun Umar menghalangnya dengan
berkata, “Jangan, dia hanya bertanya kepadaku apakah aku gila?. Aku pun menjawab,
tidak”. Melalui kisah ini, kita dapat merenung sendiri betapa tenangnya Umar walaupun
beliau merupakan seorang khalifah dan mampu untuk menghukum lelaki yang bercakap
kasar terhadapnya.

3
2.2 SOSIAL

Umar juga melakukan beberapa perubahan keagamaan. Dia menghapuskan amalan


menyumpah Saidina Ali Abi Talib semasa khutbah Jumaat. Khalifah Umar juga
menguatkuasakan undang-undang Syariah.

Walaupun beliau tidak berminat untuk mengembangkan empayar Ummaiyyah, beliau


berjaya menumpaskan beberapa pemberontakan dan penentangan.

2.3 EKONOMI

Ekonomi negara yang diterajui oleh Khalifah Umar Abdul Aziz berada di tahap paling
tinggi dimana kewangan negara melebihi keperluan. Rakyat Madinah berada dalam
keadaan senang dan aman.

Khalifah Umar Abdul Aziz telah menghapuskan amalan pembayaran cukai Jizyah
terhadap saudara baru Islam walaupun mereka telah memeluk Islam.

Beliau juga mendesak kaum keluarganya supaya mendermakan barang kemas kepada
perbendaharaan awam.

2.4 PENDIDIKAN

Beliau juga merupakan khalifah pertama yang meminta supaya hadis-hadis rasulullah
ditulis dan dibukukan sehingga lahir tokoh-tokoh seperti Urwah Ibnu az-Zubair (dalam
bidang ilmu Hadis), Ibnu Jareed (dalam bidang Tafsir dan al-Quran), Hasan al-Basri
(dalam bidang Usuluddin).

4
3.0 KESIMPULAN

Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah berjaya menaikkan martabat diri dan agama Islam di
mata dunia. Pada zaman pemerintahan beliau, umat Islam telah berjaya menguasai
pelbagai ilmu dan kemahiran. Kita juga sepatutnya mencontohi mereka dan menyedari
peranan yang patut diambil.

Selain itu, Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah menyumbang kepada zaman
kegemilangan Islam. Pada pemerintahan beliau, umat Islam telah menjadi kaya sehingga
tidak seorang pun layak menerima wang zakat. Beliau mempunyai sifat peribadi yang
luhur, tawwadduq’ dan menyayangi rakyatnya.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah menjadi salah seorang khalifah yang terkenal
berikutan kejayaan beliau mengembangkan ekonomi negara. Malahan beliau telah
dianggap sebagai khalifah al-rasyidin kelima bagi sesetengah ahli sejarawan kerana sifat,
sikap dan pemerintahannya yang mempunyai persamaan dengan pemerintahan khulafa’
al-Rasyidin.

Antara pra-syarat untuk mengembalikan kegemilangan lampau ialah dengan


menghidupkan semangat Jihad. Jihad dalam erti kata yang luas ialah berusaha
bersungguh-sungguh menguasai pelbagai bidang ilmu dan kemahiran, bersesuaian
dengan tuntutan kehidupan hari ini dan akan datang.

Sejarah hendaklah dijadikan iktibar untuk pembangunan diri dan negara bukan untuk
berbangga dengan pencapaian generasi silam tanpa melakukan sesuatu untuk generasi
akan datang.

5
RUJUKAN

Fauziah binti Haji Mahmud Ramli, Aminah binti Idris. 2005. Pendidikan Islam Tingkatan
4 (buku teks): Kerajaan Bani Umaiyah. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman, Muhd. Yusof bin Ibrahim, Muhammad
Bukhari bin Ahmad, Rosnanaini binti Sulaiman. 2006. Sejarah Tingkatan 4 (buku teks):
Pembentukan Kerajaan Islam dan Sumbangannya. Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://en.wikipedia.org/wiki/Umar_ibn_Abd_al-Aziz

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_Bani_Ummaiyyah

Peribadi mulia lahir insan hebat. 18 september 2010. Harian Metro.

You might also like