P. 1
Proses kejadian manusia

Proses kejadian manusia

|Views: 265|Likes:
Published by maheyra

More info:

Published by: maheyra on Oct 10, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/14/2012

pdf

text

original

Tamadun Islam A3003

PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kami berjaya membikin serta menyiapkan tugasan Tamadun Islam yang bertajuk ³ Asal ± usul Kejadian Manusia dan fungsinya mengikut perspektif Al-Quran ´ .

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan ± rakan seperjuangan (DUB3) yang bekerjasama dalam pembikinan tugasan ini secara lansung dan tidak lansung. Segala info dan maklumat yang dikongsi amat bermakna dan sangat membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini.

Penghargaan juga diberikan kepada pensyarah Tamadun Islam, Ustazah Dorah yang turut membantu dan membimbing kami dengan tugasan ini.

Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang turut menjayakan pembikinan tugasan kami secara lansung dan tidak lansung.

Terima kasih daun keladi, Diharap pada masa akan datang kami pula yang memberi.

1

nafsu dan hati. roh. pembentukan tulang. Anazimander. tulang dibalut daging. Kejadian manusia dari sudut pandangan Barat bersandarkan teori Charles Darwin iaitu manusia berasal daripada monyet. lembaga yang lengkap. Adam berasal daripada tanah(al-tin. Diperkenalkan pada abad ke-4 s. Manusia biasa selain hawa dan nabi Isa.m dan disokong oleh tokoh falsafah seperti Aristotle. al-salsal). dan jasad. Manusia adalah kejadian Tuhan yang paling unik dan istimewa ciptaanNya di antara kejadian lain di atas muka bumi ini.Tamadun Islam A3003 PENGENALAN ³ Asal ± usul Kejadian Manusia dan Fungsinya Mengikut Perspektif Al-Quran ´ Kejadian manusia menurut Islam bersandarkan keterangan dalam Al-Quran sebagai kitab wahyu Allah diturunkan kepada nabi Muhammad dan isi kandungannya tidak berubah. 2 . akal. Istilah manusia dari sudut Islam bahasa bermaksud al-Ins. al-Nas dan al-Basyar yang merujuk manusia itu diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi. dijadikan daripada tujuh peringkat iaitu air mani. al-Insan. dan Empeidocles. roh. Pandangan Islam Manusia menurut al-Quran adalah makhluk yang dikurniakan akal.segumpal darah. 5 elemen kejadian manusia untuk menggerakkan tubuh iaitu jasad. ditiupkan roh. seketul daging.al-turab.

Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani.Tamadun Islam A3003 PERINGKAT SATU NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf. kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat " Menurut Ibn Jurair al-Tabari. Gambar 1a ± Sperma . tabung dan sebagainya. Ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga. Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2 " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan). 1b ± Sperma menembusi ovum 3 . manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging. tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan . asal perkataan nutfah ialah nutf. tulang dan fakulti .

Pada hari yang ketujuh telur yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). " Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah" al-Mukminun : 14 Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. 4 . Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud : y y y sesuatu yang bergantung atau melekat pacat atau lintah suatu buku atau ketulan darah Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah.Tamadun Islam A3003 PERINGKAT KEDUA ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Firman Allah yang bermaksud. Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar.

Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk. Menjelang minggu ke tujuh sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri. saraf tunjang.Vilus yang tertanam di dalam otototot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah alMukminun ayat 14 Firman Allah yang bermaksud "lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging" al-Mukminun : 14 Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya. telinga dan anggota-anggota yang lain. 5 . darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya.Tamadun Islam A3003 PERINGKAT KETIGA MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat.

Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap. pundi air kencing dan lainlain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. otot-otot akan membungkus rangka tersebut. Janin pada usia 12 minggu 6 . Firman Allah yang bermaksud : "Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging" al-Mukminun : 14 Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. buah pinggang. kelenjar. Begitu juga dengan organ pembiakan.Tamadun Islam A3003 PERINGKAT KEEMPAT IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke paru-paru mula kelihatan. otak dan tulang belakang mula terbentuk. hati. Pada tahap ini perut dan usus . telinga dan mulut semakin sempurna. keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk. seluruh saraf.

Pada bulan keempat.Tamadun Islam A3003 PERINGKAT KELIMA NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan .Pada bulan ketiga. pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin. beberapa perubahan lagi berlaku. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja. semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Janin mendapat makanan melalui uri 7 .

Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w. 8 . Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172.Tamadun Islam A3003 PERINGKAT KE ENAM NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks.w.

Tamadun Islam A3003 Fungsi Manusia Mengikut Al-Quran 9 .

berniaga. manusia perlu menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah dengan menggunakan ciptaan tersebut hanya untuk perkara-perkara yang boleh membawa kepada kebaikan sahaja. Oleh itu. ‡ Ibadat fardu kifayah pula ialah ibadat yang jika dilakukan oleh individu atau kumpulan tertentu.Tamadun Islam A3003 Beribadat Kepada Allah ‡ ‡ ‡ Menurut al-Quran. Islam telah menggariskan beberapa jenis ibadat yang perlu dilaksanakan oleh manusia sama ada dalam bentuk fardu ain atau fardu kifayah. ‡ Ibadat fardu ain ialah ibadat yang perlu dilakukan oleh setiap individu yang menepati syarat-syarat yang telah ditentukan. Allah telah mencipta alam ini untuk kepentingan manusia seluruhnya. contohnya sembahyang. Sehubungan dengan itu. manusia berfungsi dan berperanan tersendiri. ‡ Mereka tidak boleh melakukan kerosakan di muka bumi ini sehingga membawa keburukan kepada manusia atau makhluk lain termasuklah binatang 10 . ‡ Sungguhpun begitu. manusia juga berperanan untuk memelihara alam ini dengan sebaik-baiknya. contohnya melakukan sembahyang jenazah. Memelihara Alam ‡ ‡ ‡ Selain itu. manusia boleh menggunakan ciptaan ini untuk meneruskan kehidupan mereka di dunia. puasa. Fungsi utama manusia dicipta ialah untuk beribadat kepada Allah. maka individu dan kumpulan yang lain tidak wajib lagi melakukannya. haji dan lain-lain. mengajar dan sebagainya. zakat.

di dasar lautan juga terdapat pelbagai khazanah. ‡ Banyak rahsia kejadian Allah yang boleh disingkap oleh manusia dengan menggunakan akal yang ada. Sebaliknya mereka hendaklah sentiasa berbaik-baik dan bersatu-padu di dalam menghadapi sebarang masalah. ‡ ‡ Mereka tidak boleh berbangga diri. Islam hanya membenarkan penganutnya memusuhi orang bukan Islam sekiranya mereka dengan jelas menunjukkan penentangan atau cuba membahayakan orangorang Islam. ‡ ‡ Perbezaan agama juga tidak boleh dijadikan alasan untuk manusia bermusuhan. 11 .Tamadun Islam A3003 Mengenali Di Antara Satu Sama Lain ‡ Manusia juga perlu berbaik-baik di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa. sombong dan takbur. ‡ Akal dan pancaidera yang dianugerahkan kepada manusia hendaklah digunakan untuk meneliti dan berfikir bagi memanfaatkan semua ciptaan yang sedia ada. begitu juga di dalam perut bumi. ‡ Di sebalik kejadian tumbuh-tumbuhan misalnya terdapat pelbagai jenis penawar. ‡ Allah mencipta manusia dengan pelbagai puak supaya mereka dapat mengenali di antara satu sama lain. agama dan keturunan. ‡ Dalam keadaan biasa hubungan baik perlu dikekalkan di antara mereka. Memakmurkan Muka Bumi ‡ Selain dari memelihara alam ini manusia juga berfungsi untuk memakmurkan muka bumi ini supaya mereka dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Tamadun Islam A3003 ‡ Hanya manusia yang menggunakan akal dengan sepenuhnya akan dapat menikmati semua ini. ‡ Hal ini sesuai dengan tugas yang diamanahkan oleh Allah iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar (menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran). 12 . Terdapat 20 sifat yang wajib diketahui oleh manusia. manusia perlu mengenali Allah. Manusia boleh mengenali Allah melalui sifat-sifat-Nya. ‡ Manusia hendaklah memastikan tidak berlaku kemungkaran di muka bumi sebaliknya hendaklah memastikan berlakunya kebaikan. Manusia hendaklah sentiasa bersikap adil sama ada terhadap dirinya sendiri atau orang lain. Mentadbir serta Menjadi Khalifah Di Muka Bumi ‡ ‡ ‡ Fungsi manusia yang seterusnya ialah mentadbir atau menjadi khalifah di muka bumi ini. Mentauhidkan Allah ‡ Manusia yang perlu mentauhidkan Allah. ‡ Syirik adalah dosa besar yang tidak akan diampunkan oleh Allah melainkan dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Fungsi ini sesuai dengan kedudukan manusia sebagai makhluk yang terbaik. ‡ ‡ ‡ Bagi mengelakkan berlakunya syirik. ‡ Selain untuk dirinya ia juga dapat memberi faedah kepada orang lain. dalam konteks ini manusia ditegah sekeraskerasnya melakukan sebarang bentuk perbuatan yang boleh membawa kepada syirik atau menyekutukan Allah.

Menuntut keredhaan Allah sebagai ³khaliq´ supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat. Menjadi khalifah di muka bumi. Mengabdikan diri kepada Allah.untuk beriman dan bertakwa kepada Allah.Tamadun Islam A3003 Peranan Manusia Pandangan Islam Matlamat kejadian manusia. Mengwujudkan perpaduan antara satu sama lain. y y y y y 13 .

Antara fungsi manusia mengikut Al-Quran ialah beribadat kepada Allah.Tamadun Islam A3003 PENUTUP Manusia adalah ciptaan Tuhan yang paling unik dan istimewa kejadianNya di antara kejadian lain di atas muka bumi ini. kemudian Siti Hawa telah diciptakan daripada tulang rusuk Nabi Adam (Surah an Nisaa¶:1). Menurut Al-Quran. Al-Hamaa. mengenali sesama insan. memelihara alam. Nabi Adam telah diciptakan daripada tanah liat (Surah Al-Hijr:26). serta mentauhidkan diri kepada allah juga menjadi khalifah mentadbir muka bumi ini. manusia yang pertama dijadikan oleh Allah SWT ialah Adam As yang dicipta daripada tanah kering yang diambil daripada tanah hitam yang disebut sebagai At-Tiin. akhir sekali manusia biasa dicipta melalui proses biasa yang memerlukan percantuman mani di dalam rahim wanita (Surah Nuh:14). seterusnya Nabi Isa telah dicipta tanpa bapa (Surah Maryam:3). Menurut islam. memakmurkan muka bumi. dan Al-Salsal. 14 . At-Turaab. Allah SWT telah menciptakan manusia dengan empat cara iaitu pertama.

http://lailizah. http://www.com/Konsep-Manusia-Mengikut-Alquran/d/6097107 15 .com/ 3.scribd. http://falsafahkejadianman.blogspot.Tamadun Islam A3003 Rujukan 1.tripod.com/proses_kejadian_manusia_menurut_al-Quran.htm 2.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->