TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

DEFINISI
y y

y

y

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

Teknik-teknik Pengajaran Bahasa 1. Teknik main peranan 2. Teknik permainan bahasa 3. Teknik latih tubi 4. Teknik bercerita 5. Teknik inkuiri 6. Teknik perbahasan 7. Teknik kuiz 8. Teknik sumbangsaran 9. Teknik soal jawab 10. Teknik simulasi 11. Teknik drama 12. Teknik perbincangan 13. Teknik forum 14. Teknik dialog

TUJUAN TEKNIK 1. Menarik Minat murid 2. Mengekalkan perhatian 3. Membangkitkan ras ingin tahu

TEKNIK LATIH - TUBI

Kefasihan (fluency) -menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya. melihat. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya. Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu. V. y y y Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz. Tatabahasa (grammer) -penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek. Namun begitu. Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid. Perbendaharaan kata (vocabulary) -meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu. III. I. TEKNIK SIMULASI . ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar. II. IV. Mengikut teknik ini. teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan. perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu : Sebutan (accent) -menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi. Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan. Kefahaman (comprehension) -latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.y y y y y y y Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.

universiti dan latihan profesional. Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran. TEKNIK MAIN PERANAN y y y y Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting.y y y y y Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah. Tujuan Sumbangsaran y Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid . Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem. cadangan. TEKNIK SUMBANGSARAN y y y Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. isu atau tugasan semula. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat. mendengar rakaman dan sebagainya. televisyen. membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah. dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajarpelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.

tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya.y y y y y y y y y y Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar. pengukuhan dan penggayaan TEKNIK SOAL ± JAWAB y y y y y Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan -soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu : merangsang interaksi verbal pelajar menambah kefasihan dan keyakinan menyediakan konteks pembelajaran bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan bertindak sebagai alat pemulihan. Tujuan utama teknik soal jawab ialah : . Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif. pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan. membaca dan menulis. Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? ) Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan TEKNIK PERMAINAN BAHASA y y y y y y y y y Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. bertutur.

unsur paralinguistik (jeda. suara. gerak tangan. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan. TEKNIK DRAMA y y y y Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus. kemuncak dan kesudahan cerita. objek-objek sebenar atau lain-lain BBM. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah : Pilih cerita yang sesuai dengan umur. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar. 3. nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar. Sediakan kad-kad perkataan. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. membaca dan menulis dikalangan pelajar. perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.1. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. logik dan kritis. Latihan pemahaman. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. bertutur. TEKNIK BERCERITA y y y y y y y y y y y y y Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. elektif dan audiolingual. Guru boleh menggunakan gambar. memberi dan berkongsi sesuatu. kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. . gerak laku dan kawalan mata. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid 2. membuat penemuan. y Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan. Pelajar bebas meluahkan sesuatu. Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Kemudian. frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspekaspek bahasa yang hendak disampaikan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. inovatif. kecerdasan dan minat murid-murid.

Oleh itu. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut : 7. Misalnya bermesyuarat. Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan µbagaimana¶. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. 5. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat. Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. 4. 2. 5. 2. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. 3. disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar. seminar. 6. Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. bengkel. Pengendalian teknik inkuiri ialah : 1. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai. Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan. forum. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85). Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri. bahas dan debat. Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar. 8. 3. Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar. Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah. TEKNIK INKUIRI y y y y y y Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat.y y Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. . Proses mengenali masalah Mengkaji ramalan Mengumpul maklumat Menganalisis Membuat rumusa TEKNIK PERBINCANGAN 1. Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan. 4.

4. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya. Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai. Antara manfaat teknik ini ialah : 4. 2. kritis dan kreatif. semasa dan selepas aktiviti.B. 10. 8. Mengemukakan hujah secara rasional. tajuk forum yang dipilih haruslah mudah. 10. Tujuannya ialah : . kreatif dan rasional. pencapaian serta peringkat umur pelajar. peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan. menaakul. TEKNIK PERBAHASAN 1. 11. menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul. Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum. berhujah dan membidas. Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan 5. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain. 7. 3. TEKNIK KUIZ y y y Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting. 3.9. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada perkembangan kemahiran berbahasa. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai. perkembangan mental yang positif. 2. TEKNIK FORUM 1. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan. Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur 6. dimana ia dijalankan secara formal. Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu. di mana pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas. Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran.C). Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di kalangan pelajar. objektif. Untuk menjayakan aktiviti ini. Melatih kemahiran mendengar. 9.

ALI Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Berasaskan Masjid. penggayaan. 2. Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu : Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan. Borang Soal Selidik ABD. SHUKOR BIN MOHD. Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira. Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru. Maklumat yang diberikan membantu untuk mempertingkatkan lagi tahap pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah sekolah. makna dan penggunaan bahasa yang tepat. Borang Soal Selidik Ini Adalah Untuk Melengkapkan Kertas Projek Program Sarjana Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Mei 2008 PANDUAN MENJAWAB BORANG SOAL SELIDIK PELAJAR 1. Satu Kajian Di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang Bandar Tasik Puteri Rawang Selangor. Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki.y y y y y y y y Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu. Tujuan kajian ini ialah untuk mendapat maklumat mengenai sikap dan pandangan pelajar terhadap modul pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam berasaskan masjid. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan. Borang soal selidik ini bukan satu ujian dan tidak ada jawapan salah atau betul serta bukan . perkembangan dan penutup. pemulihan dan pengukuhan. Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar. Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk.

Borang soal selidik ini mengandungi empat bahagian iaitu bahagian A. Pencapaian mata pelajaran Pendidikan Islam dalam Peperiksaan Akhir Tahun tingkatan 1 : 80-100 [ ] 60.bertujuan untuk menguji pelajar. Bangsa : Melayu [ ] Cina [ ] India [ ] Lain lain (sila nyatakan)___________________________ A4 . BAHAGIAN A Profil Maklumat Diri Pelajar Sila lengkapkan ruangan ini dengan maklumat maklumat berkenaan : A1 . Nama sekolah : ____________________________________________ A2 .59 [ ] 0 -39 [ ] . B.79 [ ] 40. 4. 6. Sebarang maklumat yang diberikan dalam borang soal selidik ini akan dianggap rah dan sia digunakan untuk tujuan penyelidikan sahaja. Sila tandakan dengan jujur dan ikhlas berdasarkan pandangan anda yang sebenar kerana maklumat yang anda berikan adalah amat berguna untuk kajian ini. 5. C dan D. Jantina : Lelaki [ ] Perempuan [ ] A3 . 3. Atas kerjasama semua pelajar pelajar saya dahului dengan ucapan terimakasih.

C dan D di bawah. B2. Pernyataan 1 Saya sangat meminati matapelajaran Pendidikan Islam Pembelajaran matapelajaran Pendidikan Islam menggalakkan saya berfikir Pembelajaran matapelajaran Pendidikan Islam memberi kesan dalam kehidupan saya Matapelajaran Pendidikan Islam sepatutnya diberikan masa yang lebih panjang lagi Saya yakin bahawa pengetahuan Pendidikan Islam dapat membantu manusia dalam kehidupan seharian Saya sentiasa menunggu nunggu masa untuk matapelajaran Pendidikan Islam Pernyataan 1 Adalah lebih menyeronokan jika Pendidikan Islam tidak diajar di sekolah Saya sangat sukar untuk memahami konsep konsep dalam 2 3 4 2 3 4 . sila tandakan sejauhmanakah anda bersetuju berdasarkan perasaan dan pendapat anda sendiri tanpa terpengaruh atau disuruh oleh orang lain. B5. Pekerjaan ibu bapa _____________________________ ARAHAN : Bagi setiap kenyataan di bahagian B. sila tandakan / pada satu jawapan sahaja. B8. Bil. Sila pastikan anda menanda pada setiap pernyataan.A5 . B4. 1 2 3 4 5 Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju BAHAGIAN B Sikap Pelajar Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran dan Guru Pendidikan Islam Secara Umum Bil. Apakah tingkat pelajaran ibu/bapa/penjaga yang tertinggi Bapa Ibu Tamat Sekolah Rendah/ tidak sekolah [ ] [ ] Tamat Tingkatan 3/SRP/PMR [ ] [ ] Tamat Tingkatan 5/SPM [ ] [ ] Diploma/STPM [ ] [ ] Ijazah [ ] [ ] A6 . B1. Dengan menggunakan skala dari 1 hingga 5 . B6. B3. B7.

C13. Pengajaran Pendidikan Islam di sekolah sangat berguna kepada saya. Pernyataan 1 Pendidikan Islam memerlukan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajarannya Tempat yang selesa adalah penting bagi mempelajari Pendidikan Islam Penghayatan adalah perkara paling penting dalam Pendidikan Islam Saya merasa selesa mengikuti modul pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam berasaskan masjid Saya rasa seronok belajar dengan pendekatan modul ini Saya mendapat banyak maklumat tentang Islam dengan menggunakan pendekatan modul ini Saya lebih faham belajar Pendidikan Ialam melalui kaedah ini Saya lebih bersemangat belajar Pendidikan Islam dengan kaedah ini Tahap pemikiran saya meningkat semasa belajar Pendidikan Islam melalui kaedah ini Suasana pembelajaran lebih ceria dengan menggunakan kaedah ini Saya lebih menghayati Pendidikan Islam hasil pendekatan kaedah ini Saya mampu mengaplikasi apa yang dipelajari dari modul ini ke dalam kehidupan harian saya Saya sentiasa terlibat dalam aktiviti yang dilaksanakan dalam 2 3 4 . C12.B9. Matapelajaran Pendidikan Islam telah menyedarkan saya bahawa belajar adalah satu tuntutan ibadah dalam Islam Mata pelajaran Pendidikan Islam menambah pengetahuan saya tentang ilmu ilmu agama Islam Matapelajaran Pendidikan Islam dapat menghalang saya daripada melakukan perkara perkara yang dilarang oleh Allah swt. B10. C4. B12. B14. B11. C10. C8. C3. C5. C9. C7. C6. C2. matapelajaran Pendidikan Islam Saya dapat mengaitkan matapelajaran Pendidikan Islam yang dipelajari dalam kehidupan seharian saya. C11. B13. B15. Mata pelajaran Pendidikan Islam tidak membantu saya mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar Pelajar pelajar Islam TIDAK sepatutnya diwajibkan belajar mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah BAHAGIAN C Sikap Pelajar Terhadap Pendekatan Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Berasaskan Masjid Bil C1. B16. B17. Mata pelajaran Pendisikan Islam telah meningkatkan keyakinan saya kepada Islam Mata pelajaran Pendidikan Islam membantu saya melaksanakan ibadah dengan lebih sempurna.

Saya suka mengambil bahagian dalam aktiviti perbincangan D4. Saya sentiasa diberi peluang untuk membuat penilaian tentang hasil kerja yang telah saya lakukan sendiri. Pelajar digalakkan berinteraksi sesama mereka dalam mencari maklumat Bil. Saya merasa sangat seronok sekiranya mata pelajaran Pendidikan Islam diadakan di luar bilik darjah C22. Guru Pendidikan Islam saya selalu menggalakkan saya memberi pendapat sendiri. Kaedah ini mampu memberi kesan positif terhadap perkembangan akademik. sahsiah dan akhlak pelajar C17. D8. Guru Pendidikan Islam saya mempengaruhi pembentukan sikap saya terhadap Pendidikan Islam D10. Kaedah ini sesuai dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam C21. Bil. D2. Kadang kadang saya merasa bosan mendengar penerangan dari guru D6. Mengambil bahagian di dalam aktiviti modul ini adalah lebih menyeronokkan C15. Kaedah ini mampu melahirkan pelajar yang kreatif dalam mencari ilmu C20. Guru Pendidikan Islam saya berjaya menghidupkan suasana pembelajaran melalui modul ini D11. Guru Pendidikan Islam saya memberikan peluang berfikir dan 2 3 2 3 . C16.modul ini. Saya sentiasa diberi sokongan oleh rakan dalam menyiapkan kerja kerja dalam kumpulan D5. Situasi sebenar dalam masjid memudahkan saya memahami isi pengajaran Pendidikan Islam BAHAGIAN D Penglibatan guru dan pelajar dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Berasaskan Masjid Bil D1. Saya diberi peluang untuk memberi pendapat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam modul ini C18. Kaedah ini mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih terbuka. Guru Pendidikan Islam saya memberi lebih banyak panduan daripada memberikan jawapan D7. D9. Pernyataan 1 C14. Pernyataan 1 D3. Guru Pendidikan Islam saya berjaya membangkitkan minat saya terhadap matapelajaran Pendidikan Islam melalui modul ini. C19. 2 3 4 5 Pernyataan 1 Saya sentiasa bekerjasama dalam kumpulan untuk menyelesaikan masalah.

70% Aktiviti/gerakerja perlu segera selesai tanpa perlu tangguh dan disambung semula pada hari berikutnya. Saya selalu diminta oleh guru melakukan latihan. 90% Cepat merasa bosan jika sesuatu gerakerja/aktiviti mengambil masa yang terlalu lama. Guru sering mengemukakan pelbagai persoalan Mereka berminat dalam mata pelajaran Seni Visual kerana guru yang mengajar. mereka tahan beberapa jam jika dibandingkan belajar walaupun satu waktu. Pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah modul ini lebih banyak melibatkan pelajar secara langsung D13. (cincai) 70% Tidak suka paksaan guru yang kerap menyuruh menyiapkan tugasan/gerakerja yang diberi. bila tengahari mula berasa tidak selesa. Guru Pendidikan Islam sering mengadakan aktiviti perbincangan kumpulan D17. 100% Lebih menyukai aktiviti/gerakerja berkumpulan daripada individu.melakukan sesuatu pekerjaan dengan daya usaha saya sendiri D12. Guru sering memberi peluang kepada saya mempraktikkan cara cara melaksanakan ibadah yang betul D18. 90% Tidak suka mewarna atau melukis kerana menganggap tidak pandai sebaliknya suka kepada aktiviti kraf. 80% Suka aktiviti/gerakerja santai tanpa mematuhi disiplin ilmu mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. 80% Lebih berminat jika guru berbual-bual dengan mereka. terutama bercerita. amali dan bacaan berulangkali D19. Mereka tiba ke sekolah pada awal pagi. Penglibatan guru adalah sangat berkurangan D14. 80% Berasa lapar dan dahaga menjadi faktor kurang berminat untuk belajar. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau pembimbing sahaja D15. 70% . justeru kerja dilakukan tidak kemas. Guru hanya memberi idea untuk dikembangkan oleh pelajar D16.

LANGKAH-LANGKAH PERSEDIAAN y y y Kesempurnaan kesediaan seseorang dari segi mental. Pemikiran yang masih bercampur-aduk dengan perkara-perkara lain akan mengakibatkan kebuntuan untuk memberi perhatian yang serius kepada pelajaran. Apa yang penting untuk dijelaskan ialah beberapa garis panduan yang besar sahaja dikenalpasti untuk dijadikan landasan bagi seseorang pelajar bergerak menghadapi peperiksaan. tidak selesa dan sebagainya Memilih Masa Yang Sesuai y Tidak semua waktu di dalam sehari boleh digunakan untuk menumpukan fikiran pada pelajaran. . Persediaan mental yang baik ialah persediaan tumpuan fikiran yang sepenuhnya terhadap pelajaran. misalnya kemiskinan. TEKNIK-TEKNIK PEMBELAJARAN Suasana / Tempat Belajar y Elakkan suasana yang bising. Menginsafi peranannya terhadap masyarakat pada masa hadapan. Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu 'formula' yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri. untuk apa dan hendak ke mana ilmu yang dikumpulkan itu. FAKTOR-FAKTOR DORONGAN DALAM PEMBELAJARAN y y y y Mengenal pasti wujudnya 'motivasi dalaman' atau faktor-faktor pendorong di dalam diri maing-masing. Oleh itu. Seseorang pelajar hendaklah menghilangkan ingatannya kepada perkara yang lain. fizikal dan rohani yang mampu mengahadapi peringkat pembelajaran yang baik. pelajar hendaklah mengelakkan diri daripada berkhayal semasa belajar. Berkhayal kepada perkara lain ialah penyakit yang paling besar bagi seseorang pelajar yang sedang menghadapi pelajarannya. tujuan ilmu dipelajari. banyak gangguan. Dorongan dari rasa tanggungjawab sebagai seorang pelajar. sebaliknya ingatan hendaklah ditumpukan kepada pelajaran sahaja. Menginsafi akan kepentingan ilmu.KAEDAH PEMBELAJARAN YANG LEBIH BERKESAN Teknik-teknik pembelajaran yang baik merupakan satu kaedah dalam usaha kita menghadapi pelajaran yang terbaik sebagai langkah untuk memperolehi kejayaan yang cemerlang di dalam bidang pembelajaran.

(ingat ! waktu belajar yang sesuai tidak sama antara semua individu) Menyediakan satu jadual kerja harian walaupun begitu. iaitu pada waktu pagi dan malam. Pembelajaran Di Sekolah y Pembelajaran di sekolah merupakan sumber yang penting serta yang paling baik untuk seseorang pelajar menghadapi pelajarannya. peruntukan sekurang-kurangnya 2 jam untuk menelaah/mengulangkaji pelajaran di samping menyelesaikan kerja-kerja yang diberikan oleh guru. Isi dan istilah-istilah yang penting digariskan. Membaca. 4 hingga 5 jam adalah memadai untuk menelaah pada waktu yang sesuai. Ambil perhatian kepada isi-isi yang penting dan hendaklah dibaca selalu. Pembaziran masa dengan perkara-perkara yang tidak ada hubungan dengan memperkukuhkan mutu pembelajaran baik secara formal atau informal haruslah dielakkan. Kalau perlu setiap isi-isi itu hendaklah dihafal sedaya mungkin terutama apabila hampirnya waktu peperiksaan. Kesungguhan belajar mestilah berterusan dari segi semangat belajar dan usaha dari awal hinggalah ke masa peperiksaan. nakal ketika berada di sekolah. Sentiasa meningkatkan semangat belajar dari masa ke semasa.y y y Setiap hari persekolahan. dan segala penumpuan yang maksimun haruslah diberikan serta tidak patut berlaku kecuaian. Memahami dan Menghafal y y y Teknik pembacaan yang baik ialah pembacaan yang menyeluruh bagi pusingan yang pertama. . Yang pentingnya carilah teman/rakan belajar yang boleh anda manfaatkan pengetahuan dan kefahaman anda kepadanya dan sebaliknya. Kalau perlu isi yang digariskan itu dicatat sebagai nota pendek atau ringkas. (ingat ! hafalan tanpa pemahaman yang kukuh adalah sia-sia). leka. mungkin jadual tersebut tidak mampu diikuti sepenuhnya oleh pelajar. Semakin hampir dengan tarikh peperiksaan semakin bersungguh-sungguh untuk belajar dan semakin berkeyakinan dalam menghadapi peperiksaan. Pada waktu cuti. Jangan sesekali membebankan diri dengan kerja-kerja sekolah yang terlampau banyak pada masa tertentu dan berehat panjang selepasnya. Kesungguhan belajar mungkin boleh dibina melalui kerja-kerja secara berkumpulan. Menyusun nota dengan teratur dan berkesan dan mempunyai ciri-ciri seperti :Mengandungi semua maklumat penting Bersih dan mudah dibaca Terkumpul (di dalam fail/Buku Khas) Ringkas dan padat Kesungguhan Belajar y y y y Elakkan diri dari faktor-faktor yang boleh membosankan ketika membaca.

Faktor Masa Masa yang terlalu lama mungkin menyebabkan anda lupa akan apa yang telah dipelajari. . penulisan semula atau pembacaan yang kerap. Ulangan Sentiasa mengulangkaji. Assasiasi Membuat perkaitan dengan sesuatu perkara lain untuk ingatan. INGATAN Manusia lebih senang mengingati sesuatu jika :Minat Tinggikan minat terhadap perkara yang dipelajari. Pilihan Memilih isi-isi penting untuk diingati bagi peperiksaan. LUPAAN DAN INGATAN Apakah sebabnya kita sering lupa ? Kerana Gangguan Membaca perkara-perkara lain selepas buku pelajaran menyebabkan soal peperiksaan luput dari ingatan. Tubi Belajar Di dalam proses pembelajaran terdapat peringkat seperti :1. Menggunakannya 4. Mendengar untuk pertama kali 2. boleh dibuat melalui perbincangan secara berkumpulan. Tumpuan Perhatian Tanpa perhatain yang sepenuhnya ketika membaca menyebabkan perkara tersebut tidak dapat kekal lama. tentunya perkara tersebut akan dapat diingati di dalam satu jangkamasa yang lama.T. Mencipta yang baru Jika anda membaca berulang kali.y Yakinlah dengan kebolehan yang ada pada diri anda dan kesungguhan anda untuk belajar dan yakinlah dengan pertolongan Allah S. Memahami 3.W.

b) Mengingati dengan baik nota-nota yang penting. Walaupun demikian. Kegagalan di dalam ujian mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti :a) Kurang memahami apa yang diajar b) Tidak mengambil perhatian yang serius terhadap pelajaran. Ulangkaji Berterusan 5.T. Semangat Yang Tinggi 2. Kefahaman Yang Jelas 4. Adakah anda menhadapi pelajaran dengan semangat yang tinggi ? 4.PERSEDIAAN DALAM LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERSEDIAAN ASAS 1. Adakah anda berterusan belajar dan meneliti soalan-soalan lepas ? 5. Adakah anda mempunyai keyakinan diri untuk menjawab soalan nanti ? UJIAN BULANAN DAN PEPERIKSAAN PENGGAL Ramai pelajar bersikap acuh tak acuh di dalam menghadapi ujian bulanan dan peperiksaan penggal dan ada yang menganggapnya tidak penting. Pembacaan Yang Banyak 3. Antara persiapan yang perlu diberi perhatian ialah :a) Habis mengulangkaji topik-topik yang disoal. Sikap seperti ini hendaklah dikikiskan. Akibatnya ramai pelajar yang gagal dan mendapat markah yang rendah di dalam setiap ujian /peperiksaan. satu perkara yang tidak boleh dilupakan ialah persediaan di peringkat awal secara berterusan sehingga tiba masa yang ditetapkan dan akan menjadi lebih berkesan sekiranya kaedah pembelajaran yang betul diamalkan. d) Bertawakkal kepada Allah S. Untuk menjawab pertanyaan ini cubalah bertanya kepada diri anda tentang :1. c) Mengetahui bentuk-bentuk soalan yang akan disoal. c) Tidak mengulangkaji pelajaran selepas waktu persekolahan. ramai juga pelajar yang tidak dapat menghadapi peperiksaan dengan baik walaupun telah menumpukan banyak masa di saat awal hinggalah ke akhirnya. Keyakinan Diri Di dalam menghadapi peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM. Adakah anda telah memahami apa yang diajar oleh guru atau dibaca sendiri ? 3. Namun. Malahan ramai juga yang pada saat-saat akhirnya menjadi putus asa. Pada hal ujian dan peperiksaan ini boleh mempengaruhi keputusan peperiksaan nanti. Adakah anda telah menghabiskan topik-topik penting ? 2. . KEARAH MEMBENTUK KEYAKINAN Keyakinan menghadapi peperiksaan hanya boleh diperolehi oleh pelajar yang sudah betulbetul membuat persiapan yang rapi.W. seandainya anda gagal di dalam ujian. jadikanlah ia suatu pengajaran untuk lebih memahami dan bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran.

‡ . Teknik ini dinamakan SQ3R. Sebagai contoh.BEBERAPA PERINGATAN KEPADA PELAJAR y y y y y y y Tidak keterlaluan membaca sehingga kurang tidur. Elakkan mengumpulkan nota yang diberikan oleh guru sehingga bertimbun barulah hendak mengulangkajinya. ‡ QUESTION Mengenalpasti isu atau perkara pokok yang hendak disampaikan di dalam topik tersebut. Sesungguhnya seseorang pelajar akan mencapai tahap penguasaan yang maksimun jika dia mampu mengaplikasikan teknik dan kaedah belajar yang betul. Disiplinkan diri anda. Tepatilah masa belajar yang anda telah tetapkan dan pastikan anda ada masa untuk merehatkan otak secukupnya. Setiap pelajar mempunyai cara belajar yang berbeza. apakah mesej yang ingin disampaikan di dalam kisah ini?. InsyaAllah kejayaan itu milik semua. SIRI TEKNIK PEMBELAJARAN BERKESAN Kemahiran: "Kaedah mengingat" Proses pembelajaran memerlukan daya usaha untuk mengingati apa yang hendak dipelajari. Ia diterangkan seperti berikut: ‡ SURVEY Mendapatkan gambaran awal keseluruhan topik yang hendak dipelajari dengan membaca perenggan pertama dan juga terakhir. Elakkan daripada sifat menangguhkan sesuatu kerja yang diberi oleh guru serta jauhkan sikap mengambil jalan mudah dengan meniru kerja kawan tanpa memahami akan maksud dan konsepnya. Belajar dengan hati yang tenang dan lapang. Nota ini sebagai panduan sahaja. Topik ini akan memberikan kaedah khusus untuk memudahkan anda mengingati apa yang telah dibaca di dalam buku teks ataupun buku rujukan. janganlah meniru gaya belajar orang lain yang tidak sesuai dengan kita. ubahlah ia agar sesuai dengan teknik dan cara anda sendiri. Pastikan anda tidak membuang masa dengan kerja-kerja yang sia-sia. Elakkan daripada memaksa diri anda untuk belajar sekiranya anda letih dan mengantuk. perenggan demi perenggan sehingga habis topik tersebut. Berbincang dengan rakan yang lebih memahami dan elakkan daripada sifat malu bertanya. Pastikan semua kerja atau masalah diselesaikan terlebih dahulu sebelum anda memulakan pembelajaran/study. ‡ READ Membaca secara proaktif dengan menghayati keseluruhan bahan yang dibaca. Sebaliknya cubalah memperbanyakkan latihan mengira dan memahami formula dan konsepnya. Elakkan diri anda daripada membaca dan menghafal matematik.

dan cuba terangkan kembali dengan perkataan atau ayat sendiri tentang isi kandungan yang telah dipelajari dan difahami daripada topik yang telah dibaca itu.RECALL Mengingat. ‡ REVIEW Membaca sekali lagi bagi memastikan apa yang telah dipelajari dan difahami tadi terus tersimpan di dalam otak. .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful