You are on page 1of 37

m o d u l p e m b e l a j a r a n

g r a f i k
b e r k o m p u t e r
d a n
p r o d u k s i m u l t i m e d i a

® ®
Adobe Photoshop cs

pusat perkembangan kurikulum


kementerian pendidikan malaysia

2005
Cetakan Pertama 2003
Cetakan Kedua 2005
Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi
kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Pesiaran Duta off Jalan Duta, 50604 Kuala Lumpur..

Perpustakaan Negara Malaysia Data Penkatalogan Dalam Penerbitan

Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum


Modul Pembelajaran Grafik Berkomputer
Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pelajaran Malaysia

1. Modul Adobe Photoshop 2. Aplikasi Perisian Grafik 3. Judul

1
PENDAHULUAN

Setiap murid berupaya untuk menguasai perkara yang


dipelajari dan tahap penguasaan ini adalah bergantung kepada
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan.
Pengajaran dan pembelajaran bermodul merupakan satu
pendekatan yang memberi peluang kepada murid untuk maju
mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri.
Dengan ini, murid-murid akan dapat mempertingkatkan
penguasaan pembelajaran ke tahap yang maksima.

Modul ini mengandungi penerangan dan tata cara


melaksanakan sesuatu arahan dalam perisian Adobe
Photoshop. Adalah diharapkan ia dapat membimbing dan
membantu guru dan murid untuk menguasai pengetahuan dan
kemahiran aplikasi Adobe Photoshop.

Penting:
Bagi tujuan pentaksiran mata pelajaran Grafik Berkomputer
dan Produksi Multimedia, guru-guru adalah diingatkan supaya
merujuk kepada kompetensi-kompetensi yang ditetapkan oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia.

2
KANDUNGAN

UNIT 1 muka surat


Paparan dan Toolbar 1

UNIT 2
Marquee, Magic Wand dan Move Tool 4

Unit 3
Lasso, Paintbrush dan Airbrush Tool 7

Unit 4
History Brush, Rubber Stamp dan Pencil Tool 10

Unit 5
Dodge, Blur & Sharpen dan Type Tool 12

Unit 6
Pen, Gradient dan Measure Tool 14

Unit 7
Eye dropper, Paint Bucket, Zoom dan Hand Tool 16

Unit 8
Menu Edit : Transform dan Adjust 18

Unit 9
Menu Imej: Variation dan Menu Layer: Style 23

3
UNIT 1 : PAPARAN DAN TOOLBAR

Objektif
Selepas mengikuti unit pembelajaran ini, murid dapat:
 memulakan aplikasi Adobe Photoshop.
 menetapkan setting untuk canvas baru.
 mengetahui penggunaan Menu Bar, Tool Bar, Tool Box dan Paparan Kotak Layer.
 Mengetahui fungsi layer

Aktiviti 1:

Memulakan aplikasi Photoshop.

Untuk memulakan aplikasi Adobe Photoshop, pengguna perlu mengklik pada menu Start,
pilih program, dan klik pada Adobe Photoshop.

Aktiviti 2:

Menetapkan setting

Aplikasi Adobe Photoshop akan dibuka dan klik pada menu File dan klik New untuk
memaparkan dialog box berikut.
Tetapkan setting seperti di bawah.
1. Berikan nama fail yang sesuai dalam ruangan Name.
2. Untuk Saiz Imej, tetapkan kelebaran (Width) dan ketinggian imej (Height), resolusi
(Resolution) dan Mode dan Contents

i) Pastikan saiz imej sesuai


ii) Resolusi yang sesuai untuk paparan monitor adalah 72
iii) Mode RGB sesuai untuk tujuan paparan di monitor manakala mode CMYK
sesuai untuk cetakan
iv) Content white = kanvas akan berwarna putih
Content background color = kanvas akan mengikut warna latarbelakang yang
telah dipilih
Content transparent = kanvas tidak mempunyai sebarang warna latar
3. Setelah menetapkan setting, klik OK.

Aktiviti 3:

Pembentangan Menu Bar, Tool Bar, Tool Box dan Paparan Kotak Layer.

Satu paparan baru akan muncul. Secara lalainya (default) paparan akan kelihatan seperti
dalam di bawah.

Menu Bar

Tool Bar

Tool Box

Ruang Kerja (Canvas)

Paparan Layer

2
Ruang-ruang kanvas yang digunakan akan dipaparkan dalam paparan layer sebagai
lapisan-lapisan yang berlainan mengikut jumlah kanvas yang digunakan. Contohnya, jika
kita menggunakan tiga gambar dan satu imej teks dalam sesuatu penghasilan kerja, maka
empat layer akan terpapar dalam paparan layer. Layer yang pertama akan merujuk
kepada background kanvas.

Berikut merupakan paparan Toolbox.

Rectangular Marquee Tool Move Tool

Lasso Tool Magic Wand

Crop Tool Slice Tools

Healing Brush Tool Pencil Tools

Clone Stamp Tool History Tools


Tool
Eraser Tool Paint Bucket Tool

Blur Tool Dodge Tools

Path Selection Tool Type Tools

Pen Tools Rectangle Tools

Audio Annotation Tool Eyedropper Tools

Hand Tool Zoom Tools

Foreground Color
Background Color

3
Refleksi

Melabelkan tool berdasarkan


gambarajah di bawah:

UNIT 2 : MARQUEE, MAGIC WAND DAN MOVE TOOL

4
Objektif
Selepas mengikuti unit pembelajaran ini, murid dapat:

 menggunakan Marquee Tool untuk memilih sesuatu kawasan (area) dari sesuatu
image.
 menggunakan Magic Wand untuk memilih sesuatu kawasan (area) warna dari
sesuatu imej mengikut setting tolerans.
 menggunakan Move Tool untuk memindahkan imej yang dipilih.

Aktiviti 1:

Menggunakan Marquee Tool

Segitiga Kecil menandakan terdapat beberapa tool yang lain di


dalam paparanTool Box.

Dalam Marquee Tool terdapat 4 jenis


marquee iaitu:
a. Rectangular Marquee Tool
b. Elliptical Marquee Tool
c. Single Row Marquee Tool
d. Single Column Marquee Tool

Rectangular Marquee Tool digunakan untuk memilih


kawasan imej secara segiempat tepat.

Elliptical Marquee Tool pula digunakan untuk memilih


kawasan imej secara membulat.

Single Row Marquee Tool pula digunakan untuk memilih kawasan imej secara baris
melintang (Horizontal line).

Single Column Marquee Tool digunakan untuk memilih kawasan secara baris menegak
(Vertical line).

Menggunakan Rectangular Marquee Tool

Kumpulan alat Marquee membenarkan anda membuat pilihan secara menyeret dengan
tetikus. Dengan alat yang sesuai, pilihan berbentuk segiempat tepat atau bulatan boleh
dibuat.
Bagi pilihan bentuk segiempat tepat atau bulatan:

5
1. Pilih alat Rectangular Tool atau Elliptical Tool.

2. Tetapkan kursor di atas kawasan imej yang dipilih, kemudian klik dan seret.

3. Setelah melepaskan kursor, segiempat tepat atau bulatan bergariskan titik-titik


akan kelihatan menandakan kawasan pilihan.

segiempat tepat atau bulatan


bergariskan titik-titik

4. Anda boleh memindahkan pilihan anda ke lokasi lain jika perlu.

Pastikan alat berkenaan masih dipilih,


letakkan kursor dalam pilihan (kursor
bertukar bentuk) , kemudian klik
dan seret. Dengan alat yang masih
dipilih, anda boleh membatalkan pilihan
ini dengan mengklik di luar atau di
dalam pilihan.

Aktiviti 2:

Menggunakan Magic Wand

6
Alat ini berguna untuk memilih bahagian warna imej yang sama warna. Setting tolerans
yang rendah akan menghadkan kawasan pilihan warna manakala yang tinggi akan
memilih julat piksel yang lebih luas. Magic Wand sesuai untuk memilih bahagian warna
yang tekal. Sebelum memilih alat Magic Wand, semak setting tolerance.

Luar Pilihan

Dalam Pilihan

1. Klik alat Magic Wand. Masukkan satu nilai tolerance dari 0 – 255. Jika nilai
maksimum 255 dimasukkan, anda akan memilih setiap piksel dalam imej.

2. Klik pada bahagian imej di mana piksel dengan warna yang sama akan dipilih.
Semasa mengguna alat Magic Wand, mula dengan setting ketentuan 32.

3. Untuk membatalkan sesuatu pilihan ketika alat Magic Wand masih dipilih, klik di
dalam pilihan. Jika anda klik di luar pilihan, suatu pilihan lain akan terhasil.
.

Aktiviti 3:

Menggunakan Move Tool

7
Anda boleh mengalihkan satu pilihan (bukan sempadan pilihan saja) ke lokasi lain. Ini
boleh dilakukan dengan menggunakan alat move.

1. Buatkan suatu
kawasan pilihan
(kawasan a) dengan
menggunakan alat
marquee, pilih alat
move kemudian
letakkan kursor di
dalam kawasan
pilihan.

Kawasan a

2. Klik dan seret untuk


mengalih kawasan
pilihan tadi (kawasan
a). Piksel gambar
yang dipindahkan
dengan cara ini, yang
menjadi kawasan
pilihan terapung
adalah berguna dan
penting. Ketika
kawasan pilihan
terapung diaktifkan,
Kawasan a kawasan a akan
terapung di atas piksel
Kawasan b gambar di bawahnya
tanpa menggantikan
kawasan pilihan b.

UNIT 3 : LASSO, PAINTBRUSH DAN AIRBRUSH TOOL

8
Objektif
Selepas mengikuti unit pembelajaran ini, murid dapat:

 menggunakan alat-alat seperti Lasso, Paintbrush dan Airbrush Tool untuk


membuat sunting atau mengubah sesuatu imej.
 menggunakan Paintbrush Tool meletakkan warna dalam sesuatu kawasan imej.
 menggunakan Airbrush Tool untuk meletakkan warna dalam sesuatu kawasan
imej berdasarkan warna latar belakang atau latar depan.

Aktiviti 1

Menggunakan Lasso Tool

Alat Lasso digunakan untuk membuat pilihan bentuk bebas melalui klik dan seret.
Terdapat 3 jenis Lasso Tool iaitu:
a. Lasso Tool
b. Polygonal Lasso Tool
c. Magnetic Lasso Tool.

a. Lasso Tool digunakan untuk


menandakan kawasan melalui kaedah
mengheret tetikus secara bebas
sambil menekan tetikus.

b. Polygonal Lasso Tool pula digunakan


untuk menandakan sesuatu kawasan
secara mengklik dan mengheret
tetikus mengikut kawasan yang
dikehendaki.

c. Magnetic Lasso Tool pula digunakan


untuk menandakan sesuatu kawasan
mengikut sempadan yang dikehendaki dengan kaedah “gliding” mengikut sempadan
tersebut.

Untuk alat Lasso:

1. Klik Lasso Tool untuk memaparkan palet


opsyen di menu bar.

2.

2. Setkan opsyen Feather dan Anti-Aliased.


Masukkan satu nilai Feather dari 0 – 250
pixel. Jika nilai Feather 20 px dimasukkan,
kesan Feather akan terhasil apabila kawasan
yang dipilih dibuang (delete). Jika Nilai
Feather 0 dimasukkan maka kesan Feather
tidak akan kelihatan.

9
3. Letakkan kursor di atas imej, maka kursor bertukar ke bentuk Lasso Tool.

4. Klik dan seret untuk menyurih bahagian kawasan imej yang hendak dipilih secara
bebas. Pastikan kursor anda balik semula ke titik permulaan.

Jika kursor dilepaskan sebelum itu, Photoshop akan melengkapkan pilihan dengan garis
lurus. Sempadan bertitik menunjukkan bahagian terpilih.

Untuk alat Polygonal Lasso:

Alat Polygonal Lasso digunakan dengan cara klik mencipta pilihan bentuk bebas bergaris
lurus.

Alat Polygonal
Lasso
Titik – titik telah
bersambung

1. Pilih alat Polygonal Lasso dan letakkan kursor di atas kawasan imej yang hendak
dipilih.

2. Klik secara berterusan sehingga bertemu semula ke titik permulaan untuk


melengkapkan pilihan.

Anda boleh mengalihkan satu pilihan (bukan sempadan pilihan saja) ke lokasi lain. Ini
boleh dilakukan dengan menggunakan alat move.

Aktiviti 2

Brush Tool

Alat ini digunakan untuk mendapatkan kesan berus pada lukisan. Anda boleh memilih saiz
ketebalan berus pada menu Brush .

10
Pilih dan tentukan Mode, Opacity dan Flow yang berada di bawah menu bar utama.

Mode

Flow
Pilihan saiz Brush Opacity

Latihan

1. Buka satu fail yang mengandungi imej yang sesuai.


2. Layari dan gunakan Alat Brush ini sambil memilih efek-efek yang sesuai
yang terdapat pada sub menu Mode, Opacity dan Flow ini dan
perhatikan efek-efek yang dihasilkan

Aktiviti 3

Airbrush Tool

Alat Airbrush (Berus Sembur Angin) bertujuan untuk memberi kesan menyembur cat
dengan alat penyembur angin. Alat ini mewarnakan dengan mengambil warna latar depan
di dalam Tool Box pada Foreground Color ( rujuk pada mukasurat 3 ). Untuk mewarna
dengan menggunakan alat Airbrush, pilih dan tentukan Mode, Opacity dan Flow yang
berada di bawah menu bar utama.

Contoh:

Airbrush Tool
boleh didapati
setelah anda
klik pada Brush
Tool

Gambar asal
Brush Tool

Klik dan seret melintasi imej untuk mengisikannya dengan warna latar depan
( Foreground Colour ). Sekiranya nilai Opacity di kurangkan kesan warna yang
disembur akan kelihatan pudar. Berbeza dengan perubahan Flow yang dilakukan.
Sekiranya nilai Flow dikurangkan maka kesan keamatan warna berkurangkan dan
kelajuan anda menyeret berus juga mempengaruhi keamatan warna.
UNIT 4 : HISTORY, RUBBER STAMP DAN PENCIL TOOL

11
Objektif
Diakhir pembelajaran modul ini, pelajar akan dapat:
 menggunakan History Brush Tool untuk mengesan segala aktiviti yang telah
dilakukan sebelumnya.
 menggunakan alat Rubber Stamp Tool untuk menyalin sesuatu imej agar
mendapat klon yang serupa atau melahirkan beberapa bentuk yang serupa.
 menggunakan Pencil Tool untuk mencipta garisan secara bebas.

Aktiviti 1

History Brush Tool

Berperanan untuk mengimbas kembali arahan-


arahan yang telah dilakukan terhadap Tool Brush.
Jika anda terlupa jenis peralatan yang telah
digunakan, melalui kemudahan ini anda boleh
memanggil semula Tool yang digunakan. Melalui
Tool Box yang disediakan, klik pada alat yang
berkenaan. Terdiri daripada 2 sub-tool iaitu History
Brush Tool dan Art History Brush.

Aktiviti 2

Pelajar dapat menggunakan alat Clone Stamp Tool untuk menyalin sesuatu imej agar
mendapat klon yang serupa atau melahirkan beberapa bentuk yang serupa.

Clone Stamp Tool

Alat Clone Stamp, boleh digunakan untuk memperkemaskan imej secara menyalin
sebahagian imej anda. Untuk menyalin sebahagian imej, klik alat Clone Stamp untuk
memaparkan palet opsyennya yang berada di
bawah Menu Bar utama.

1. Menetapkan saiz berus yang sesuai.


2. Pilih Clone Stamp dan bawa kursor ke
bahagian imej yang hendak disalin.
Kursor akan bertukar dalam bentuk ikon
bulat
O

3. Tekan butang kekunci Alt, kursor akan


bertukar kepada ikon target.

4. Klik pada bahagian imej yang hendak


disalin.

5. Alih kursor ke tempat lain, kemudian klik dan seret tanpa melepaskan tetikus, imej
yang hendak disalin tadi akan terpapar.

12
Hasil imej yang telah
disalin (clone)

Imej asal yang hendak disalin

Aktiviti 3

Pencil Tool

Berada bersama-sama dengan menu Brush Tool. Anda boleh menggunakan alat pensil
untuk:

1. melukis garis dengan bebas,

2. melukis dengan warna latar depan (foreground). Klik alat dan palet opsyennya
akan terpapar, dan

3. menentukan mod paduan serta setting saiz pensil, Opacity, Mode dan Auto erase.
Klik dan seret untuk menghasilkan satu garis. Tekan kekunci Shift ketika melukis
garis lurus.

UNIT 5 : DODGE, BLUR & SHARPEN DAN TYPE TOOL

13
Objektif

Diakhir pembelajaran modul ini, pelajar akan dapat:


 menggunakan Dodge Tool, untuk mengubah kecerahan sesuatu imej.
 menggunakan Alat Blur dan Sharpen Tool, untuk mengimbangi kontras warna di
antara piksel sesuatu imej.
 menggunakan Type Tool untuk menaip perkataan di dalam aplikasi Photoshop.

Aktiviti 1

Dodge Tool

Untuk mendapatkan sebahagian imej yang lebih cerah, pilih alat Dodge.

1. Pilih saiz dan jenis berus yang sesuai. (Airbrush memberikan kesan hasil yang
paling halus).

Klik untuk mendapatkan


menu pilihan bagi
saiz dan jenis berus

2. Klik Dodge Tool untuk memaparkan Opsyen palet iaitu Brush, Range, dan
Exposure.

Dodge tool

3. Klik Dodge Tool dan klik kursor pada imej, kemudian seret untuk menjadikan
piksel imej lebih cerah. Lepaskan tetikus, kemudian seret lagi untuk meningkatkan
keamatan kesannya.

14
Imej yang terhasil setelah
menggunakan dodge tool

Aktiviti 2

Blur Tool

Alat blur dan sharpen ialah dua alat fokus. Alat Blur
(Kabur) akan mengurangkan kontras di antara piksel
dan amat berguna untuk memperkemas pinggir
bergerigi dan melembutkan tepi antara dua bentuk.

1. Klik Blur Tool untuk memaparkan Tool


Option di menu bar utama.

2. Tentukan Mode, Strength dan saiz berus.

3. Letakkan kursor di atas imej, kemudian klik


dan seret untuk untuk mengkaburkan piksel.

Aktiviti 3

Type Tool

1. Pilih Type Tool, letakkan kursor di atas


imej atau ruang kerja canvas dan klik.

2. Ini menandakan titik bermulanya untuk


anda menaip. Kotak dialog Type Tool
akan terpapar.

3. Tetapkan settingnya bagi jenis Font


Family, Font Style, Font Size,
Leading, Spacing, Colour dan
Alignment.

4. Pilih satu atau lebih style untuk teks anda. Opsyen Anti-aliased dipilih secara lalai
(default).

UNIT 6 : PEN, GRADIENT DAN MEASURE TOOL

Objektif

15
Diakhir pembelajaran modul ini, pelajar dapat:
 menggunakan Pen Tool, untuk melukis bentuk secara bebas.
 mengenali dan menggunakan Gradient Tool, untuk menghasilkan ton warna yang
berbeza.
 mengenali dan menggunakan Measure Tool, untuk melukis imej mengikut
spesifikasi dengan tepat.

Aktiviti 1

Pen Tool

Pen Tool digunakan untuk menghasilkan garis


lurus dan lengkungan yang sempurna. Sebelum
menggunakan Pen Tool, adalah penting untuk
memahami bagaimana lorong (path) dibina.
Lorong (path) yang dibina akan menghasilkan
Point segmen. Setiap Point Segmen dapat
diubah atau dibetulkan agar lorong atau
lengkungan lebih sempurna.
Pen Tool dibahagikan kepada beberapa sub
menu :-

1. Pen Tool
2. Freeform Pen Tool
3. Add Anchor Point Tool
4. Delete Anchor Point Tool
5. Convert Point Tool

Aktiviti 2

Gradient Tool

Alat Gradient digunakan untuk menghasilkan perubahan warna yang berubah dari satu
warna ke warna yang lain secara linear atau jejari.

1. Klik alat gradient untuk memaparkan Gradient Tool Options di bawah Menu Bar
utama.

2. Pilih jenis-jenis Gradient sama ada Linear Gradient, Radial Gradient, Angle
Gradient, Reflected Gradient, Diamond Gradient dan tentukan opsyen opacity dan
Mode.

3. Letakkan kursor
di permulaan
bahagian
berlakunya
perubahan Gradient,

4. Kemudian klik dan seret.

16
5. Sudut dan jarak kursor diseret untuk menentukan sudut dan jarak perubahan.

Aktiviti 3

Measure Tool

Berfungsi untuk membuat pengukuran sesuatu objek mengikut spesifikasi yang


dikehendaki. Dengan ini kita akan memperolehi imej yang sebenar berdasarkan
kemahuan kita. Manakala ukurannya pula terdiri daripada piksel, inci dan sentimeter.

UNIT 7 : EYE DROPER, PAINT BUCKET, ZOOM DAN HAND TOOL

Objektif

Diakhir pembelajaran modul ini, pelajar akan dapat:

17
 menggunakan Eyedropper Tool, untuk memilih sesuatu kawasan (area) warna dari
sesuatu imej.
 menggunakan Paint Bucket Tool, untuk mewarnakan sesuatu kawasan imej.
 menggunakan Zoom Tool untuk membesarkan atau mengecilkan imej.
 menggunakan Hand Tool untuk menggerakkan sesuatu imej di dalam paparan
Photoshop®.

Aktiviti 1

Eyedropper Tool

1. Memilih dengan segera warna latar


belakang atau depan dari kawasan
imej aktif, atau dari tetingkap imej
Photoshop yang tidak aktif.

2. Untuk menetapkan warna latar depan,


klik alat penitis (eyedropper tool).
Letakkan alat penitis pada bahagian
kawasan yang ingin dipilih warnanya.

3. Klik sekali lagi bagi mendapatkan


warna latar depan yang diingini.

Aktiviti 2

Paint Bucket Tool

Alat Paint Bucket membolehkan anda mengisi


warna dalam sesuatu kawasan yang
mempunyai tolerance yang sama.

1. Aktifkan kawasan yang ingin diisikan warna,


contohnya dengan menggunakan polygonal
tool ataupun marquee tool

2.Tukarkan warna yang dikehendaki pada


foreground color.

Foreground color

3.Dwiklik pada foreground color untuk mendapatkan paparan color picker ,klik pada warna
yang dikehendaki dan klik butang OK.

18
4.Klik pada tool paint bucket, bawa ke dalam kawasan yang telah diaktifkan dengan garis
putus-putus dan klik butang kiri tetikus.

Aktiviti 3

Zoom Tool

1. Berfungsi untuk membesarkan atau mengecilkan


imej sebanyak 100%
2. Untuk fungsi pembesaran, aktifkan ikon zoom
tool dan bawa pada bahagian imej yang ingin
diperbesarkan dan klik tetikus..
3. Untuk fungsi mengecilkan imej, klik sebelah kiri
tetikus seiring dengan menekan kekunci Alt dan
ianya akan mengecil 100% pada setiap kali
tetikus diklik.

Aktiviti 4

Hand Tool

Alat hand tool ialah suatu alat yang digunakan untuk


menggerakan imej sesuatu objek di dalam paparan Photoshop.

Klik pada sebahagian paparan tanpa lepas dan seret ke arah


kanan, kiri, atas atau bawah mengikut kehendak pengguna.

UNIT 8 : MENU EDIT - TRANSFORM DAN ADJUST

Objektif

19
Diakhir pembelajaran modul ini, pelajar akan dapat:
 menggubah bentuk objek menggunakan menu Edit > Transform.
 mengguasai sebahagian sub menu Image, untuk mewarnakan sesuatu kawasan
imej.

Aktiviti 1 - Edit

Menu Edit- Transform

1. Antara sub menu yang terdapat ialah Scale,


Rotate, Skew, Distort, Perspektive, dan Rotate.

20
Aktiviti 1.1

Sebelum Scale Selepas Scale

Aktiviti 1.2

Sebelum Rotate Selepas Rotate

21
Aktiviti 1.3

Sebelum Skew Selepas Skew

Aktiviti 1.4

Sebelum Distort Selepas Distort

Aktiviti 1.5

Sebelum Perspective Selepas Perspective

22
Aktiviti 2 - Imej

Aktivit 2.1 : Image-Brightness/Contrast

1. Pilih Image > Adjust > Brightness/Contrast

Sub Menu Brightness/Contrast digunakan untuk melaras Brightness dan Contrast

23
Aktiviti 2.2 – Menyunting Warna

Gambar Asal Setelah disunting dengan


menggunakan bringhtness/Contras

1. Laraskan Brightness dan Contrast pada imej yang hendak disunting mengikut
kesesuaian.
2. Klik OK setelah pilihan dibuat.

24
UNIT 9 : IMAGE: VARIATON DAN LAYER: STYLE

Objektif

Diakhir pembelajaran modul ini, pelajar akan dapat:

 menggubah warna mengikut kehendak dan kesesuaian masing-masing dengan


enggunakan fungsi Image- Variation.
 menggubah bentuk kesan dan objek melalui menu Layer, Layer-Style

Aktivit 1 : Membuka menu Image-Variations

1. Pilih Image > Adjust > Variations…

25
Paparan berikut akan ditujukan pada skrin:

Pilihan Variasi Warna (Variations)

26
Aktiviti 2 Menu Layer- Style

Aktiviti 2.1

Antara sub menu yang disajikan ialah Drop Shadow, Inner Shadow, Outer Glow, Inner
Glow, Bevel and Emboss, Satin, Color Overlay, Patern Overlay dan Stroke.

1. Klik pada menu bar layer>layer style>blending options. Kekotak layer style akan
dipaparkan.

27
Hasil efek
setelah
Pilihan membuat
Blending pilihan di
Option ‘blending
option’

2. Klik salah satu blending option yang dikehendaki dan kesan efek dapat dilihat
pada kekotak preview disebelah kanan.
3. Klik Ok setelah anda membuat pilihan yang sesuai.

Aktiviti 2.2

Layer Style – Drop Shadow

Sebelum kesan Drop Shadow Selepas kesan Drop Shadow

Aktiviti 2.4

Layer Style – Inner Shadow

Sebelum kesan Inner Shadow Selepas kesan Inner Shadow

Aktiviti 2.5

Layer Style – Bevel and Emboss

Sebelum kesan Bevel and Emboss Selepas kesan Bevel and Emboss

UNIT 10 : FILTER

28
Objektif

Diakhir pembelajaran
Diakhir modul
pembelajaran ini, pelajar
modul akan dapat:
ini, pelajar akan dapat menghasilkan imej yang
menggunakan beberapa jenis filter.
 Membuat beberapa efek khas pada sesuatu imej menggunakan menu Filter

Aktiviti 1 : Meneroka menu bar filter (penapis)

1. Menu bar Filter digunakan bertujuan untuk membuat beberapa efek dan
perubahan yang dikehendaki kepada mana-mana bahagian imej.

2. Sebagai contoh, kita akan gunakan filter>render>lens flare pada imej dune.tif

3. Klik pada menu bar filter>render>lens flare. Kekotak lens flare akan
dipaparkan.Letakkan bulatan bercahaya sebagai punca cahaya .

29
4. Pilih kecerahan (brightness) serta lens type.Sebagai contoh, bulatan di sudut
atas kanan, brightness140 dan lens type 35 mmprime.

5, Anda akan dapat melihat preview efek yang terhasil dari aktiviti 4. Klik OK.

6. Imej akan mempunyai kesan seolah-oleh disinari matahari.

30

1
7. Berikut adalah beberapa efek yang terhasil dari penggunaan filter yang lain

a) Filter > noise > add noise

b)Filter > distort > zigzag

c) filter > brush strokes > dark strokes

2
31
Latihan

d) filter > stylize > tiles

i) Terokai efek-efek yang akan terhasil


dengan penggunaan lain-lain filter

323
Ahli Panel Penulis
Modul Pembelajaran Grafik Berkomputer Dan Produksi Multimedia (2002-2005)
Penaung: Pengarah PPK
Timbalan Pengarah PPK

Penasihat : Ketua Bidang, Bidang Pendidikan Teknologi dan Vokasional (2005)


Ketua Unit, Unit Mata Pelajaran Vokasional (2005)

Ketua Panel: En. Abdul Wahab b. Ibrahim (2003) PPK


En. Shamsul Bahri b. Baharudin (2003) PPK
En. Mazlan b. Haji Talib (2004-2005) PPK

Panel Penulis (2002-2003)


En. Jusni bin Nasirun Institut Perguruan Darulaman
En. Tuan Rosdan b. Tuan Muda Institut Perguruan Darulaman
En. Shukri b. Mansor Institut Perguruan Darulaman
En. Ishak b. Othman(Allahyarham) Institut Perguruan Darulaman
En. Zain Hazmi b. Zain Baharin Maktab Perguruan Ipoh
En. M. Nadarajan Maktab Perguruan Ipoh
En. Yahya b. Mohamad SMK Kulim, Kedah
En. Abdul Jasheer b. Abdullah Maktab Perguruan Persekutuan, P.Pinang
Pn. Nik Ruslah bt. Nik Ab. Rahman SMK Alor Janggus, Alor Setar
Pn. Nor’ain bt. Sulaiman SMK Jitra, Kedah
En. P. Sarjit Singh SMK Taman Ria Jaya, Sg. Petani
En. Ibrahim b. Mat Aris SMKA Al-Irshad, Kepala Batas
En. Zairudin b. Ahmad SMK Datuk Hj. Ahmad Badawi, Kepala Batas
En. Mohd. Nawi b. Haron SMK Laloh, Kuala Krai, Kelantan
Cik Rozilah bt. Mohd. Yusof SMK Permas Jaya, Johor Baharu
Pn. Normiza bt. Mohd. SMK Anderson, Ipoh
En. Nordin b. Awang Nor SMK Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan
En. Arman bin Ishak SMK Raja Lope Nor Rashid, Perak
Pn. Siti Rohana bt. Abu Bakar SMK Convent, Perak
En. Mahfudz b. Haji Ahmad SMKA Slim River Perak
Pn. Nor Hadzlin bt. Mohd. Nor SMK Putra, Perlis

Panel Penulis (2005)


Pn. Suraya bt. Hashim SMK Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur
En. Abdul Karim b. Hamid SMK Kg. Jawa, Kelang
Y.M. Tg. Norazlan Tg. Sulaiman SMK Merchang, K. Terengganu
En. Ramlee b. Mat Rani SMK Tg. Mizan Zainal Abidin, K.Trengganu
Pn. Samsuriyani bt. Ismail SMK Taman Tun Dr Ismail, K.Lumpur
Pn. Arlina Hasmanizar bt. Che Ahmad SMK Segambut Jaya, Kuala Lumpur
En. Abd. Majid b. Yusoff SMK Taman Dato Harun, P.Jaya, Selangor
En. Abdul Halim b. Awang SMK Bkt.Gambir, Muar
Pn. Haidaturayani bt. Md. Noor SMK Khir Johari, Beranang
Pn. Suhaila bt. Abd. Rahman SMK Bukit Baru, Melaka
Pn. Sarina bt. Zainuddin PPD Kota Setar, Alor Setar, Kedah
En. Ramesh a/l Kanapathy SMK Alam Megah, Shah Alam Selangor
Pn. Wong Siew Fong SMK Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur
Cik Siti Nurhasni bt. Nordin SMK ABI, Jln.Pdg.Melangit, Kangar
Cik Siti Amrah bt. Zakaria SMK Dato' Hj. Mohd. Redza, Seremban
Pn. Noor Azrina Jasmi SMK Tmn Perumahan Bedaun, WP Labuan
Pn. Khairul Azlina Khairi SMK Dato, Seri MaharajaLela, Kg. Gajah, Perak
En. Mohamad Nazri b. Zuhir SMK Tok Muda Abdul Aziz,Sg. Siput, Perak
En. Haizul Faried Iskandar A.Halim SMK Khir Johari, Sg. Petani, Kedah
En. Haziq b. Ruslan SMK Jeram, Selangor

Penyunting(2003)
En. Rozairi bin Taib Jabatan Pelajaran Melaka
En. Razali bin Suman SMK Anjung Batu , Mersing
En. Azhar bin Kamarudin SMK Gombak Setia, Selangor
En. Badrolhisam Hj. Abd. Ghani EPRD, KPM

Urus Setia
En. Abu Sulaiman bin Ibrahim PPK
En. Abd. Rahman bin Ismail PPK
En. Mohd. Zubir b. Abdul Rahman PPK

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 1 Disember 2005

4
33

You might also like