P. 1
Laporan an Tahunan Kokurikulum Tahap 2

Laporan an Tahunan Kokurikulum Tahap 2

|Views: 686|Likes:
Published by Mazlan Mohd Mohsin

More info:

Published by: Mazlan Mohd Mohsin on Oct 10, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/12/2015

pdf

text

original

LAPORAN PERKHEMAHAN TAHUNAN KOKURIKULUM TAHAP 2 ( 2010 ) PADA 23, 24 DAN 25 JULAI 2010 DI KEM SUNGAI PAUH, BRINCHANG, CAMERON

HIGHLANDS

PENDAHULUAN Perkhemahan Tahunan ini adalah salah satu aktiviti tradisi yang dianjurkan oleh unit kokurikulum Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Musa. Pada kebiasaannya, penyertaan adalah terbuka kepada pelajar-pelajar tahap 2, namun pada tahun ini adalah dikhaskan kepada pelajar-pelajar tahun 5 dan 6 sahaja. Penyertaan adalah seramai 36 orang murid yang terdiri daripada 15 orang murid lelaki dan 21 orang murid perempuan. Seramai 12 orang guru telah bersama-sama menyertai perkhemahan ini.

Perkhemahan ini dijalankan di Kem Perkhemahan Sungai Pauh, Berinchang, Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur pada 23 hingga 25 Julai 2010. Perkhemahan ini telah dikendalikan oleh Waja Diri Adventure Team, yang merupakan salah sebuah konsultan yang cukup berpengalaman dalam menganjur dan mengendalikan perkhemahan seperti ini. Konsultan ini yang diketuai oleh En. Noor Azman b. Abd Aziz, telah menyediakan segala kemudahan dan peralatan selengkapnya bagi memastikan segalan aktiviti dapat dijalankan dengan lancar dan teratur.

Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

Senarai Nama Pelajar Yang Menyertai Perkhemahan
JANTINA TAHUN

BIL

NAMA MURID

NO. S/B

ALAMAT

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14.

MOHAMAD AMIRUL HUSSAINI B. JUBRI MUHAMMAD HAIRUL HAFIZE BIN MAT RUSLI MOHAMMAD SHAHRUL B. SUYITNO MUHAMAD FAIEZIL B. ZUHADI MUHAMMAD FIRDAUS B. MASHURI MUHAMMAD SYAHMI B. SALLEH KAMIL MUHAMMAD SYUKRINAIM B. SUWANDI MUHAMAD AIDIL FITERI B. OMAR MOHAMAD AZAMUDDEN B. ASRIN MUHAMMAD HARRITH B. ROSMAN FAHMI HALIMI B. AZHAR HAZIQ MUHSIN B. SUGIMIN MUHAMMAD HAFIZ FAHMI B. ABD HADI MOHAMAD HAFIZZIE B. MD. SALLEH

L L L L L L L L L L L L L L

L213875 L176344 L222010 AI91189 L139392 K056027 L222475 AH20471 L138830 AJ75408 AL48328 AJ75127 9902221 07635 9907091 05296

6 6 6 6 6 6
6

6 6 5 5 5 5 5

BATU 11, KG SERI MAKMUR, K. SEL BATU 11, KG SERI MAKMUR, K. SEL KG BATU 8, JLN RAJA MUSA, K. SEL KG BATU 8, JLN RAJA MUSA, K. SEL M-7 TENNAMARAM PALM OIL MILL KG BATU 8, JLN RAJA MUSA, K. SEL KG BATU 8, JLN RAJA MUSA, K. SEL BATU 11, KG SERI MAKMUR, K. SEL KG BATU 8, JLN RAJA MUSA, K. SEL BATU 8 JLN RAJA MUSA, K.SEL BATU 8 JLN RAJA MUSA, K.SEL BATU 8 JLN RAJA MUSA, K.SEL BATU 8 JLN RAJA MUSA, K.SEL BATU 8 JLN RAJA MUSA, K.SEL

15.

MOHD. HAIRUL B. SHAHARUDDIN

L
JANTINA

AJ75395

5
TAHUN

NO 7, RUMAH POLIS BANTUAN TENNAMARAM, BTG BERJUNTAI
ALAMAT

BIL

NAMA MURID

NO. S/B

16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35.

SITI SARAH DURAH BTE. MOHAMAD ROSLI SITI MASZRINA BT. MASROM SITI NADIRAH BINTI FIKHRUDDIN ZULIANA BINTI AMRAN NUR ATHIRAH BT. MOHAMAD AZLI NUR NAJWA NABILA BT. MUSA SHAZATUL ELYSHA BINTI AHMAD TARMIZI SITI NURHALIZAH BT. RAFIE NURUL FATIN SYAMIMI BT. BAHARUDDIN NURUL SYAFIKAH BT. ABD. HALIM NUR SURIANA BT. SAHROM NOOR AFNIE OCTAFIA BT. ABDULLAH SITI NUR AULAH BT. RIDZUAN NUR SYUHADA BT. E’AJIS ANIS NABILA BINTI ANIZUL NUR ZAWANAH IZYAN BT. MOHD. SAHEDIN NURUL NARISHA BT. ZAINI SITI HAJAR BT. RAWI NOR NABILA BT. NAZERI NUREMYLIA NATASHA BT. MOHD. SHAHRIL

P P P P P P P P P P P P P P
P P

L139314 L139093 AI91456 L240933 L176252 AI37740 AJ34167 AH97719 L139198 AI91181 AI36179 AI01089 AH20866 L176067 AJ75665 6605091 07411 AK95388 AN38811 AM9945 9 AN38486

6 6 6 6 6 6 6 6 6 6 6 6 6 6
5 5

29, JLN 1, TMN RAJA MUSA, K. SEL KG BATU 8, JLN RAJA MUSA, K. SEL BATU 11, KG SERI MAKMUR, K. SEL 2, KG SERI MAKMUR, K. SEL KG BATU 8, JLN RAJA MUSA, K. SEL KG BATU 8, JLN RAJA MUSA, K. SEL KG BATU 8, JLN RAJA MUSA, K. SEL KG BATU 8, JLN RAJA MUSA, K. SEL BATU 11, KG SERI MAKMUR, K. SEL BATU 11, KG SERI MAKMUR, K. SEL KG BATU 8, JLN RAJA MUSA, K. SEL BATU 11, KG SERI MAKMUR, K. SEL NO 15, JLN 6, TMN RAJA MUSA, K. SEL KG LUBOK JAYA, K. SEL LADANG BUKIT TALANG, K. SEL KG. BT. 8, JALAN RAJA MUSA KG. BT. 8, JALAN RAJA MUSA KG. BT. 8, JALAN RAJA MUSA NO A5 TANNAMARAM PALM OIL MILL, BATANG BERJUNTAI BATU 11, KG SERI MAKMUR, K. SEL

P P
P P

5
5 5 5

36.

NUR NADIAH AQILAH BT. JAFRI

P

AJ75982

5

KG. BT. 8, JALAN RAJA MUSA

Senarai Nama Guru Yang Menyertai Perkhemahan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.

Pn. Zainun bt. Muskam ( GPK Kokurikulum ) Pn. Farida bt. Junaidi ( GPK HEM ) En. Mazlan b. Mohamad Mohsin ( S/U Kokurikulum ) En. Rahmat b. Mukri En. Ali b. Mohd. Ikhwan En. Aznizan b. Othman En. Ahmad Fuad b. Hussin En. Shamsul Rizal b. Mohd. Judi Pn. Lizana bt. Abd. Kadir Cik Surianti bt. Abd. Wahab Pn. Erniyanti bt. Bunangin Pn. Siti Raudhah bt. Marwan

TENTATIF PROGRAM : Jumaat, 23 Julai 2010 MASA 7.00 – 8.00 pagi 12.00 tengahari 2.30 – 3.00 petang 3.20 – 4.00 petang • • • • • PENGISIAN Berkumpul di sekolah Semakan peserta Bertolak ke lokasi Makan tengahari Tiba di Bharat Teh • • • PERSONALIA GPK Koku AJK Pendaftaran Guru Pengiring AJK Makanan Guru Pengiring

• • • • • • • • • • • •

Lawatan ke MARDI Tiba di Kem Sg Pauh Taklimat perkhemahan Solat Asar dan Zohor ( Jamak Takhir ) Minum petang Ice Breaking (Bentuk Kumpulan) Mendirikan khemah Persiapan diri Makan malam Solat Maghrib Bacaan Surah Yaseen dan Doa selamat Solat Isyak Cipta Identiti Kumpulan Minum malam • • • • • •

Guru Pengiring Kem Komanden Fasilitator Kem Waja Diri AJK Kerohanian AJK Makanan Fasilitator Kem Waja Diri AJK Makanan

4.15 – 5.00 petang

5.15 – 6.00 petang 6.15 – 7.20 petang 7.30 – 9.00 malam 9.10 – 10.10 malam 10.30 malam

AJK Kerohanian

• •

Fasilitator Kem Waja Diri AJK Makanan

11.00 – 12.00 malam

• • •

Solo Walk Night Drop Tidur

• •

Kem Komanden Fasilitator Kem Waja Diri

TENTATIF PROGRAM : Sabtu, 24 Julai 2010 MASA 5.30 – 6.50 pagi • • • • • • • • • • • • • • • • • • • PENGISIAN Bagun pagi Pengurusan Diri Solat Subuh Berjamaah Tazkirah Perhimpunan Pagi Senamrobik ‘Malaysia Cergas’ Sarapan pagi Rintis Hutan dan Bukit Minum pagi ( Di Dalam Hutan ) Rintis Hutan dan Bukit Makan tengahari Persiapan diri Solat Zuhor Berjemaah rehat Flying Fox Minum petang Pengurusan diri Solat Asar berjemaah Membeli belah di Kea Farm dan Pasar Malam Berinchang • • • • • AJK Makanan AJK Kerohanian Kem Komanden Fasilitator Kem Waja Diri AJK Kerohanian AJK Makanan Guru Pengiring • • Kem Komanden Fasilitator Kem Waja Diri • • PERSONALIA

AJK Kerohanian Kem Komanden Fasilitator Kem Waja Diri AJK Makanan

7.00 – 8.00 pagi 8.10 – 8.30 pagi 8.45 – 10.30 pagi 10.30 – 10.50 pagi 11.00 – 12.30 tengahari 12.30 – 1.30 tengahari 1.30 – 2.20 petang 2.30 – 4.20 petang 4.30 – 5.30 petang 5.35 – 6.15 petang

6.30 – 7.15 petang

Persiapan malam

MASA 7.30 – 9.00 malam • • • • • • • •

PENGISIAN Solat Maghrib Tazkirah Solat Isyak Makan malam Pembentangan Identiti Kumpulan Minum malam Malam Akrab ( Malam Kebudayaan ) Tidur • • • •

PERSONALIA AJK Kerohanian AJK Makanan Fasilitator Kem Waja Diri AJK Makanan

9.00 – 10.00 malam 10.05 - 11.15 malam 11.15 malam

Fasilitator Kem Waja Diri

TENTATIF PROGRAM : Ahad, 25 Julai 2010 MASA 5.30 – 6.50 pagi • • • • • • • • • PENGISIAN Bagun pagi Bersihkan Diri Solat Subuh Berjamaah Tazkirah Perhimpunan Pagi Senamrobik ‘Malaysia Cergas’ Sarapan pagi Rintis Sungai Minum pagi • • • PERSONALIA AJK Kerohanian Kem Komanden Fasilitator Kem Waja Diri AJK Makanan Fasilitator Kem Waja Diri AJK Makanan

7.00 – 8.00 pagi 8.00 – 8.30 pagi 8.45 – 10.30 pagi 10.30 – 11.00 pagi

11.00 – 12.30 tengahari 12.30 – 1.30 petang 1.30 petang

• • • • •

Berkemas Bersihkan Diri Makan tengahari Majlis Penutupan Bertolak pulang

• • •

Kem Komanden Fasilitator Kem Waja Diri Guru Pengiring AJK Makanan

AJK Pengangkutan

ULASAN DAN PENILAIAN SETIAP AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Jumaat ( 23 Julai 2010 ) Sejak bermula jam 7.00 pagi lagi, murid-murid telah berkumpul tapak perhimpunan sekolah. Keadaan agak meriah memandangkan ada juga ibu bapa yang turut hadir bersama. Jam 7.30 pagi bas telah tiba. Semua murid menaiki bas. Pn. Zainun bt. Muskam ( GPK Kokurikulum ) telah menyumbangkan nasi ayam sebagai makan tengahari murid. En. Mazlan selaku ketua perkhemahan telah memberikan taklimat dan peraturan yang mesti dipatuhi oleh semua murid. Ustaz Salleh b. Mian ( Imam Masjid Kg. Raja Musa ) membacakan doa selamat semoga segalanya di bawah perlindungan Allah S.W.T. Tepat Jam 8.00 pagi, kami mula bertolak.

Jam 11.30 pagi – Setelah lebih kurang tiga jam setengah perjalanan, sampailah kami di Taman Rekreasi Kuala Woh, Tapah. Di sini kami berhenti untuk makan

tengahari. Murid-murid dan guru pengiring membawa bekalan masing-masing ke tepi sungai dan mencari tempat yang sesuai untuk makan bersama. Di samping itu juga guru pengiring mengagihkan nasi ayam yang dibawa kepada semua murid. Selepas makan tengahari, murid-murid berkesempatan untuk menikmati keindahan sungai

yang cantik dan bersih. Kelebihan sungai di Kuala Woh ini ialah terdapat air mata air yang airnya panas. Keadaan seperti ini pastinya tiada di tempat sendiri.

Jam 2.30 petang – Destinasi pertama yang kami lawati ialah di Teh Bharat, Cameron Highlands. Di sini terdapat sebuah `cafteria’ dan kedai menjual kraftangan serta barangan makanan yang berasaskan teh dan strawberi. Tempat ini agak unik kerana terletak di pinggir ladang teh. Cuaca yang redup dan berangin ditambah pula dengan udara yang nyaman menambah kesegaran alam semulajadi kawasan pergunungan. Murid-murid tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri pokok teh yang sebenar. Kalau sebelum ini mereka hanya tahu tentang teh yang telah siap diproses tetapi kali ini mereka berpeluang melihat, memegang, merasa dan menghidu pokok-pokok teh yang sebenar. Pengalaman seperti ini pastinya menjadi satu kenangan yang sukar untuk dilupakan.

Jam 3.20 petang - Kami tiba di Pusat Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI), Cameron Highlands. MARDI ialah sebuah badan berkanun yang diamanah untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang makanan dan pertanian dan industri asas tani. Di antara penyelidikan yang telah di jalankan di MARDI ialah : i) ii) iii) iv) v) Biodiversiti Pertanian Bioteknologi Pertanian Tanaman Herba dan Sayur-sayuran Buah-buahan Makanan Ternakan

vi)

Tumbuh-tubuhan Lanskap dan Hiasan

Teknik-teknik baru juga dimajukan untuk pengurusan alam sekitar dan sumber pertanian terutamanya air, tanah dan sumber genetik dengan lebih cekap. Ketika di sini murid-murid berpeluang melihat sendiri pelbagai hasil kajian pertanian termasuk sayur-sayuran, bunga-bungaan, buah-buahan dan tanaman herba. Ada di antara mereka yang membeli bunga-bunga segar dan hasil produk pertanian seperti jem dan buah-buahan yang ditinkan.

Jam 4.15 petang – Kami tiba di tapak perkhemahan Kem Sungai Pauh, Cameron Highlands. Setibanya di sini kami disambut oleh jurulatih-jurulatih Waja Diri Adventure Team (WDAT). Encik Noor Azman bin Abd. Aziz selaku ketua jurulatih WDAT telah memberi taklimat tentang peraturan-peraturan perkhemahan yang perlu dipatuhi oleh semua peserta. Selepas itu semua peserta mendirikan solat Asar dan Zohor (Jamak Takhir) secara berjemaah. Solat berjemaah ini telah diketuai oleh jurulatih kerohanian iaitu Ustaz Basiron b. Anuar. Setelah selesai mendirikan solat, semua peserta dan guru pengiring disajikan dengan minuman petang. Menu minum petang kali ini ialah keledek goreng dan teh susu. Sajian ringkas ini agak menyelerakan memandangkan masing-masing sudahpun berasa lapar ditambah pula suasana sejuk yang sememangnya memberi pengalaman berbeza seperti biasa.

Slot pertama ialah `Ice-breaking’. Slot ini telah dikendalikan oleh Encik Noor Azman sendiri selaku ketua jurulatih WDAT. Dalam slot ini para peserta telah dibahagikan

kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan memilih seorang ketua dan penolong ketua kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki untuk saling berkenal-kenalan antara satu sama lain. Aktiviti ini bertujuan untuk menjalin keakraban antara rakan sekumpulan.

Selepas aktiviti `Ice-Breaking’ ini, Encik Noor Azman menunjukkan kepada semua peserta bagaimana cara untuk mendirikan khemah. Setelah semua peserta faham, setiap kumpulan diberi sebuah khemah dan diminta mendirikan khemah masingmasing.

Jam 6.30 petang – Para peserta dibenarkan untuk membersihkan diri. Mereka tidak melepaskan peluang untuk mandi di sungai berdekatan. Kelihatan mereka sangat seronok memandangkan air sungai tersebut sangat sejuk. Kami guru-guru pengiring tidak berasa risau kerana sungai tersebut agak kecil dan cetak. Setelah puas bermandi manda, semua peserta masuk ke khemah masing-masing untuk menukar baju yang sesuai untuk makan malam dan solat Maghrib berjemaah.

Jam 7.00 petang – Makan malam. Menu pada malam ini ialah nasi putih, ayam masak kicap serta sayur tauge-sawi masak tumis. Minuman teh-O suam.

Jam 7.30 – 9.00 malam – Solat Maghrib berjemaah. Solat Maghrib diketuai oleh Encik Basiron. Selepas solat Maghrib diadakan pula bacaan Yaasin. Semoga dengan adanya bacaan Yaasin ini dapat dipermudahkan segala aktiviti yang dijalankan dan hindarkan daripada malapetaka dan mara bahaya yang cuba untuk mengganggu

gugat segala perancangan yang telah dibuat. Jam 8.40 malam, semua peserta solat Isyak berjemaah.

Jam 9.10 malam – Slot kedua ialah Mencipta Identiti Kumpulan. Dalam slot ini setiap kumpulan dibekalkan dengan sehelai kain putih berukuran satu meter persegi dan `magic colour’ pelbagai warna. Setiap kumpulan diminta untuk mencipta logo bagi memperkenalkan kumpulannya. Setiap objek yang terdapat dalam logo tersebut mestilah mempunyai makna tertentu. Setiap kumpulan dikehendaki untuk

membentangkan logo ciptaan mereka malam berikutnya.

Jam 10.00 malam – Minum malam. Biskut jagung dan nescafe O.

Jam 10.20 malam – Slot ke tiga; Sayang Si Buta. Dalam aktiviti ini para peserta duduk di dalam kumpulan masing-masing. Mereka dikehendaki menutup mata dengan menggunakan kain yang telah dibekalkan. Jurulatih akan memeriksa setiap peserta menutup mata dan memastikan tiada sesiapa yang cuba untuk menipu. Selepas itu kumpulan demi kumpulan dibawa berjalan di sekitar kawasan perkhemahan. Setelah itu mereka diminta duduk di suatu tempat yang agak jauh dari kumpulan lain. Seorang demi seorang daripada mereka diminta berjalan di tengah hutan rimba berpandukan tali yang telah siap dipasang. Ketika berjalan mereka terpaksa mengharungi semak belukar dan ada kalanya terpaksa meredah sunagisungai kecil. Di hujung perjalanan mereka akan diminta duduk secara berseorangan. Dalam keadaan seperti ini pastinya pelbagai perasaan penerpa dalam fikiran. Segala-

galanya perlu ditempuhi dengan tenang dan sabar. Hanya mereka yang benar-benar bersemangat waja mampu melepasi semua halangan ini. Setelah semua peserta selesai menjalani aktiviti ini, mereka dibenarkan untuk membuka penutup mata dan dibawa pulang ke tempat perkhemahan.

Jam 12.30 malam – Semua peserta bersiap diri untuk tidur.

Sabtu ( 24 Julai 2010 ) Jam 5.45 pagi – Semua peserta bangun dan bersiap diri untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Selepas solat subuh mereka mendengar kuliah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Basiron. Tajuk kuliah subuh - `Kepentingan Menjaga Solat Lima Waktu’. Di antara isi kandungannya ialah : i) mengingatkan kepada semua peserta tentang wajibnya menunaikan solat lima waktu memandangkan mereka semua telahpun baligh. ii) sentiasa menjaga tingkahlaku agar menjadi seorang yang baik serta menjadi seorang anak yang taat dan patuh kepada kedua ibu bapa dan guru. iii) Memperbanyakkan melakukan amalan sunat seperti puasa sunat, solat tahajjud dan hajat; memohon doa kepada Allah S.W.T agar

dipermudahkan menuntut ilmu dan beroleh kejayaan dalam peperiksaan UPSR.

Jam 7.00 pagi – Malaysia Cergas. Cik Azilawati selaku jurulatih kecergasan memimpin sesi riadah pada pagi ini. Dalam aktiviti ini semua peserta melakukan pelbagai aktiviti kecergasan seperti aktiviti regangan, berlari dan permainan kecil. Jam 8.00 pagi – Sarapan pagi. Menu pada pagi ini ialah nasi goreng, telur dadar, timun cameron dan nescafe susu.

Jam 8.30 pagi – Para peserta bersiap sedia dengan pakaian sukan. Mereka juga dinasihatkan supaya membawa bekalan air minuman secukupnya kerana perjalanan ini agak jauh dan memakan masa. Ketua jurulatih, Encik Noor Azman meminta para peserta berkumpul mengikut kumpulan dan mendengar taklimat yang akan disampaikan. Aktiviti bagi slot keempat ini ialah Rintis hutan dan bukit. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang memerlukan ketahanan fizikal yang kuat dan semangat yang tinggi. Encik Noor Azman menasihatkan para peserta agar sentiasa mematuhi segala arahannya dan jangan sesekali mencabut, mematahkan dan membunuh flora dan fauna yang terdapat di dalam hutan tersebut. Semua peserta dibekalkan dengan dua keping `sandwiches’ untuk makanan pagi ketika berehat di dalam hutan nanti. Sebelum memulakan perjalanan, kami membaca doa selamat agar pengembaraan kami nanti sentiasa dalam keadaan selamt. Tepat jam 09.00 pagi, kami memulakan perjalanan. Dalam aktiviti ini, perjalanannya tidak semudah seperti yang disangka. Kawasannya berbukit bukau. Adakalanya para peserta terpaksa berpaut denga rakan yang lain memandangkan agak sukar mendaki bukit yang tinggi. Suasana di dalam hutan ini tenang dan masih belum tercemar. Alam sekitar yang bersih dan tidak tercemar di

sepanjang kawasan membuatkan spesis flora dan habitat fauna dapat membiak dengan baiknya. Memang tidak dinafikan, banyak burung-burung dan unggas berkicauan menandakan kawasan mereka bebas daripada pencemaran.

Kebanyakkan pokok-pokok yang terdapat di sini juga berlabel. Bermacam-macam jenis nama pokok yang sebelum ini tidak ketahui, contohnya pokok meranti tembaga, sentul, mengkuang siku keluang, keruing dan banyak lagi. Dipertengahan perjalanan, semua peserta berhenti seketika bagi melepaskan lelah. Mereka memakan bekalan yang dibawa. Tergambar keletihan di raut wajah masingmasing, namun masih ceria memandangkan ini merupakan pengalaman yang pastinya menjadi kenangan sepanjang hayat. Mereka meneruskan perjalanan. Bukit bukau sama didaki, lembah dan lurah sama dijejaki. Walau seribu halangan menerpa tetap diharungi jua. Itulah semangat berkobar-kobar setiap peserta dalam mengharungi aktiviti kembara ini. Setelah empat jam perjalanan, sampailah para peserta ke tapak perkhemahan. Masing-masing berehat sambil memakan saki baki bekalan yang dibawa.

Jam 12.30 tengahari – Semua peserta makan tengahari. Menu pada tengahari ini ialah nasi putih, ayam masak lemak cili api, kobis-karot tumis dan teh O suam. Buah tembikai sebagai pencuci mulut.

Jam 1.15 petang – Semua peserta bersiap diri untuk menunaikan solat Zohor berjemaah. Selepas menunaikan solat Zohor, para peserta diberi masa untuk berehat atau melakukan aktiviti bebas sementara menunggu aktiviti seterusnya.

Jam 2.30 petang – Para peserta masih memakai pakaian sukan. Slot kelima ini ialah `Flying Fox’. Aktiviti ini tidak kurang lasaknya sepertimana aktiviti merentas hutan sebelum ini. Semua peserta diminta berkumpul bagi mendengar taklimat oleh ketua jurulatih, Encik Noor Azman. Beliau telah menunjukkan peralatan-peralatan yang digunakan untuk menjalankan aktiviti ini. Selain itu, beliau juga telah menerangkan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa melakukan aktiviti ini. Selepas taklimat diberi, para peserta bersiap sedia memakai abah-abah (harness) dan sarung tangan. Setelah para peserta telah bersedia, seorang demi seorang peserta dikehendaki mendaki bukit yang curam untuk pergi ke tempat permulaan aktiviti flying fox. Pada mulanya para peserta agak takut untuk melakukan aktiviti ini, namun setelah mereka mencuba, mereka merasa seronok dan ingin mencubanya untuk kali kedua. Jam 4.30 petang – Minum petang. Menu pada petang ini ialah pisang goreng dan Milo susu. Selepas itu mereka bersiap diri untuk menunaikan solat Asar berjemaah. Jam 5.30 petang – Para peserta berpeluang dibawa ke Pasar Malam Brinchang. Pasar Malam Brinchang merupakan salah satu tarikan pelancong apabila sampai ke Cameron Highlands. Ia dibuka pada setiap hujung minggu ( Jumaat dan Sabtu ). Pasar malam ini terbahagi kepada beberapa bahagian; di antaranya ialah bahagian menjual makanan, sayur-sayuran, buah-buahan serta bunga-bungaan, dan barangan cenderamata. Para peserta dan guru pengiring tidak melepaskan peluang untuk membeli sayuran dan buah-buahan segar untuk dibawa pulang sebagai buah tangan.

Tidak kurang juga yang membeli cenderamata sebagai kenang-kenangan. Selama hampir dua jam kami berada di pasar malam tersebut. Jam 7.15 malam, kami bertolak balik ke tapak perkhemahan. Jam 7.40 malam – Para peserta bersiap diri untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara jamak takdim berjemaah. Jam 8.15 malam – Makan malam. Menu makan malam kali ini ialah nasi putih, ayam masak sambal, kacang panjang tumis dan teh O. Jam 9.00 malam – Slot yang keenam ialah membentangkan identiti kumpulan. Para peserta telahpun menyiapkan logo kumpulan yang dilukis pada sehelai kain putih malam semalam. Pada malam ini setiap kumpulan perlu membentangkan hasil logo yang telah dibuat. Kelima-lima kumpulan telah membentangkan hasil logo mereka dengan baik. Jam 10.00 malam – Slot yang ketujuh ialah Malam Akrab. Malam Akrab juga dikenali sebagai Malam Kebudayaan. Dalam aktiviti ini setiap kumpulan diminta untuk membuat persembahan. Mereka diberi masa selama 30 minit untuk memikirkan apakah persembahan yang akan mereka persembahkan. Dengan masa yang singkat itu, ternyata mereka dapat memanfaatkannya dengan baik. Tergambar raut wajah yang ceria ketika mereka membuat persembahan. Setiap kumpulan menunjukkan kreativiti masing-masing. Ada di antaranya mempersembahkan sketsa lakonan dan juga nyanyian berkumpulan.

Jam 11.30 malam – Minum malam. Menu pada malam ini ialah biskut jem nanas dan teh O. Kelihatannya mereka sungguh letih setelah melakukan aktiviti lasak pada waktu siang tadi. Lebih kurang jam 12.00 malam mereka masuk tidur.

Ahad ( 25 Julai 2010 ) Jam 5.45 pagi – Semua peserta bangun dan bersiap diri untuk menunaikan solat subuh berjemaah. Selepas solat subuh mereka mendengar kuliah motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Basiron. Tajuk kuliah - `Ciri-Ciri Menjadi Pelajar Cemerlang’. Beliau menyatakan bahawa kecemerlangan seseorang pelajar itu mestilah cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan hanya dilihat daripada sudut akademik semata-mata. Di antara ciri-ciri pelajar cemerlang ialah : i) ii) iii) iv) v) taat kepada Allah mendirikan sembahyang menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka hormati & sayangi guru bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan. vi) vii) suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari membantu rakan yang memerlukan berdoa dan bersyukur kepada Allah

viii) ix) x)

berdoa dan bersyukur kepada Allah sentiasa bertawakal mahir dalam setiap mata pelajaran

Jam 7.00 pagi – Malaysia Cergas. Cik Azilawati selaku jurulatih kecergasan meminta para peserta melakukan aktiviti memanaskan badan. Selepas itu beliau membawa para peserta `berjogging’ di sekitar kawasan taman sambil menghirup udara segar.

Jam 8.00 pagi – Sarapan pagi. Menu pada pagi ini ialah bihun goreng dan nescafe O.

Jam 8.45 pagi – Slot yang kelapan ialah Rintis Sungai. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang terakhir bagi perkhemahan tahap 2 pada kali ini. Sebelum memulakan aktiviti, Encik Noor Azman, selaku ketua jurulatih memberi taklimat kepada semua peserta. Beliau mengingatkan kepada semua peserta agar membawa air minuman secukupnya kerana perjalanan agak jauh dan memakan masa. Beliau menerangkan bahawa aktiviti ini berbeza dengan aktiviti Rintis Hutan dan Bukit. Kalau sebelum ini aktiviti banyak menguji ketahanan fizikal dan kekentalan semangat, tetapi aktiviti Rintis Sungai lebih kepada aktiviti santai sambil melihat keindahan alam ciptaan tuhan di sepanjang sungai. Tepat jam 9.00 pagi, semua peserta diketuai oleh ketua jurulatih mula bergerak menyusuri sungai yang mengalir damai di celah-celah hutan belantara. Para peserta dibenar membawa kamera untuk merakam gambar-gambar flora dan fauna di sepanjang sungai. Pengalaman menyusuri sungai seperti ini pastinya merupakan pengalaman kali pertama dan tidak dapat dilupakan. Kelihatan para

peserta sangat teruja apabila dapat merasakan kedinginan air sungai pergunungan. Di tengah-tengah perjalanan, semua peserta berhenti rehat. Pada ketika ini, ketua jurulatih memberi sedikit taklimat ringkas tentang betapa pentingnya kita menjaga keindahan dan kebersihan sungai. Sungai perlu dijaga dan dipelihara agar tidak tercemar. Setelah dua puluh minit melepaskan lelah, mereka meneruskan perjalanan. Kicauan unggas rimba dan desiran air sungai mengiringi setiap langkah perjalanan. Masa berjalan bagai tiada terasa. Setelah hampir dua jam, para peserta tiba di tapak perkhemahan. Mereka diberi peluang untuk bermandi-manda sambil membersihkan diri bagi meneruskan agenda.

Jam 10.30 pagi – Minum pagi. Menu kali ini ialah biskut jem nanas dan teh O panas.

Jam 11.00 pagi – Para peserta berkumpul di tapak perkhemahan. Kem Komanden memberi taklimat agar semua peserta mengemaskan segala pakaian dan beg masing-masing. Beliau juga mengingatkan kepada para peserta agar dapat mengasingkan pakaian basah ke dalam beg plastik supaya tidak bercampur dengan pakaian kering. Di samping itu juga para peserta dikehendaki agar dapat memastikan tiada barang yang tertinggal. Pakaian solat hendaklah diletakkan di bahagian atas agar mudah untuk diambil ketika singgah untuk bersolat. Seterusnya ketua jurulatih menunjukkan cara bagaimana untuk membuka dan melipat dengan cara yang betul. Setelah semua peserta memahami apa yang perlu dilakukan, mereka bergerak ke khemah masing-masing dan melakukan apa yang telah diarahkan. Di samping itu juga guru-guru pengiring sama-sama membantu para peserta mengemas dan

membuka khemah. Para peserta juga dikehendaki untuk memungut sampah dan memastikan tapak perkhemahan bersih seperti sediakala.

Jam 12.30 tengahari – Setelah segala-galanya selesai, semua peserta dan guru pengiring makan tengahari bersama-sama. Menu tengahari ini ialah nasi putih, ayam masak rendang, tumis kacang buncis dan buah tembikai. Teh O suam dan air kosong sebagai minuman.

Jam 1.00 petang – Majlis Penutupan Program Perkhemahan Tahap 2 Majlis Penutupan telah dipengerusikan oleh Cik Surianti bt. Abd. Wahab. Perasmian Penutup telah dilakukan oleh Encik Mazlan b. Mohamad Mohsin selaku Setiausaha Kokurikulum merangkap Kem Komanden bagi Program Perkhemahan Tahap 2 pada tahun ini. Agenda : 1. Ucapan Pengerusi Majlis : Cik Surianti bt. Abd. Wahab Ucapan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru pengiring yang dapat bersama-sama dalam majlis penutupan ini. 2. Ucapan Ketua Jurulatih : Encik Noor Azman b. Abd. Aziz Ucapan salam kepada para peserta dan semua yang hadir. Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kesudian guru-guru meluangkan masa untuk sama-sama dalam majlis penutupan perkhemahan ini. Sebagai Ketua Jurulatih, beliau amat bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan InayahNya, program perkhemahan pada kali ini dapat berjalan dengan lancar

tanpa sebarang masalah. Beliau juga berharap agar segala aktiviti yang dijalankan dapat memberi kesan dalam diri setiap peserta terutama dalam menjalani kehidupan seharian. 3. Ucapan Kem Komanden dan Perasmian : Encik Mazlan b. Mohamad Mohsin Ucapan salam kepada semua yang hadir. Beliau menyampaikan salam Puan Zainun bt. Muskam ( Guru Penolong Kanan Kokurikulum ) yang tidak dapat hadir bersama kerana mendapat panggilan kecemasan daripada kampung dan terpaksa balik segera. Beliau memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dengan keizinanNya jua, perkhemahan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Harapan beliau semoga perkhemahan ini dapat memberi semangat baru kepada semua peserta terutama dalam menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal menjelang. Beliau juga mengulas tentang objektif perkhemahan ini dijalankan. Di antaranya ialah : i. ii. melatih para peserta agar sentiasa menepati masa memupuk semangat tolong menolong dan bekerjasama antara rakan sekumpulan. iii. iv. v. tidak mudah putus asa dalam apa jua kesukaran yang dihadapi sentiasa bersemangat kental dan tidak mudah mengalah membentuk diri individu yang sentiasa berdisiplin, bermotivasi dan bersikap positif dalam apa jua keadaan vi. membentuk individu yang taat perintah Allah dan sentiasa patuh kepada nasihat ibu bapa dan guru vii. tidak suka memandang rendah kepada kebolehan orang lain

Beliau mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ketua jurulatih, Encik Noor Azman dan semua jurulatih lain yang telah memberikan komitmen yang cukup baik sepanjang perkhemahan ini. Selepas ini beliau akan berbincang dengan pihak pentadbir sekolah agar perkhemahan seperti ini akan dijadikan sebagai aktiviti tahunan khususnya kepada murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Bagi mengakhiri ucapan, dengan lafaz `Bismillah’ beliau merasmikan penutupan Program Perkhemahan Tahap 2 bagi tahun 2010. 4. Penyampaian Sijil- Sijil Penyertaan dan Penghargaan Encik Noor Azman selaku ketua jurulatih merangkap ketua Konsaltant Waji Diri Adventure Team telah menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta dan sijil penghargaan kepada semua guru yang turut sama-sama menjayakan perkhemahan pada kali ini. 5. Ucapan Penutup : Cik Surianti bt. Abd. Wahab Mengucapkan terima kasih atas kesudian Encik Noor Azman menyampaikan sijil-sijil kepada para peserta dan guru-guru yang sama-sama menjayakan perkhemahan kali ini. Beliau memohon maaf sekiranya ada tersilap kata dan keterlanjuran bahasa sepanjang beliau mempengurusikan majlis ini. Majlis disudahi dengan bacaan Surah Al-Asr.

Jam 1.30 petang – Sesi bersalam-salaman dan bergambar kenang-kenangan. Para peserta berkumpul dan berbaris mengikut kumpulan masing-masing. Mereka berbaris menaiki bas yang sudah sedia menunggu. Bas bertolak pulang tepat jam 1.50 petang.

Jam 3.30 petang, kami tiba di R&R Tapah untuk berhenti rehat dan membeli ole-ole untuk dibawa pulang. Kami meneruskan perjalanan jam 4.00 petang. Bas kami sampai di perkarangan sekolah tepat jam 6.20 petang. Ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Walaupun hujan lebat, namun itu bukan penghalang untuk ibu bapa terus menunggu kepulangan anak-anak mereka. Kami semua warga SK Jalan Raja Musa bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana semuanya selamat.

Disediakan oleh :

.............................................................. ( MAZLAN B. MOHAMAD MOHSIN ) Setiausaha Kokurikulum SK Jalan Raja Musa

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->