You are on page 1of 35

TEKNIK-TEKNIK

PENGAJARAN
KEMAHIRAN
MENULIS
DEFINISI
Kemahiran menulis adalah sebagai satu keupayaan
menurunkan perasaan dalam bentuk penulisan seperti
pengumuman, berita, laporan, penerangan, ucapan, minit
mesyuarat dan penghujahan sesuatu persoalan. Bagi
mereka yang berbakat penulisan boleh menjangkau
bidang penulisan kreatif sama ada bentuk prosa atau
puisi. Dengan itu, penulis perlu melalui pelbagai tahap
penulisan dan perlu berfikir secara kreatif untuk
mendapatkan isi, idea atau fakta itu semula secara
berkesan.
Nik Safiah Karim, 1987
PROSES MENULIS
 Mencari dan
mengumpul maklumat
 Menulis draf

 Menyemak dan
menulis semula
 mengedit dan
menerbit .
TAHAP PENULISAN

Pra Penulisan

Menulis

Menulis semula
PRAPENULISAN
Mencari pendekatan yang sesuai
bagi menyampaikan isi/ idea

Membuat rangka kasar tentang


apa yang hendak ditulis

Membuat pembacaan dan rujukan serta nota

Perbincangan dalam kumpulan kecil/ kelas

Sumbansaran isi / idea


MENULIS
 Memberi bukti/ alasan untuk
menyokong kenyataan yang
dibuat.
 Membina dan mengembangkan
isi kecil menjadi isi utama.
 Menghubung ayat dan
perenggan untuk memperlihat
kan kesinambungan isi / idea.
 Mencari perkataan, frasa untuk
mempertajamkan sesuatu
maksud yang dikehendaki.
 Tanda baca yang sesuai untuk
menjelaskan maksud.
 Merancang tajuk, pengenalan
dan penutup yang berkesan.
PENULISAN SEMULA
 Memeriksa/ membetulkan
tanda baca, perenggan, ejaan
 Memotong/ menambah isi,
idea, fakta.
 Menyusun semula ayat dan
perenggan.
 Mewujudkan kelancaran
idea/pemikiran.
 Menyemak kesesuaian
penggunaan tajuk, isi,
pengenalan dan penutup.
Mencari dan
mengumpul maklumat

Menulis draf

Menyemak dan
menulis semula

Mengedit dan
menerbit semula
ASAS MENULIS KARANGAN

Menulis
pendahuluan
Mengenal jenis
perenggan
Penutup /
Kesimpulan
PENDAHULUAN YANG
MENARIK
 Ayat-ayat yang digunakan hendaklah padat, kosa
kata yang dipilih jitu, dan wacana yang sesuai
semasa menggabungkan ayat.
 Pendahuluan perlulah mempunyai pertalian yang
baik dengan tajuk, isi dan kesimpulan.
 Pendahuluan harus mempunyai hubungan dengan
perenggan-perenggan seterus kerana pendahuluan
menjadi asas perbincangan dalam perenggan
berikutnya.
 Pendahuluan yang diolah dengan kemas dapat
menjimatkan ruang dan menarik minat pembaca,
seterusnya memudahkan pengolahan isi-isi dalam
karangan tersebut.
Perenggan adalah gabungan ayat
yang sempurna untuk menghuraikan
sesuatu idea dan menjadi sebahagian
daripada karangan yang lebih panjang
(Sullivan, 1976)

Perenggan juga boleh dianggap


sebagai sekumpulan ayat yang
mengembangkan sesuatu idea tentang
sesuatu perkara dengan memberikan
huraian khusus untuk menyokong dan
menghuraikan idea.( Spangler, 1989)

Idea dihuraikan melalui perenggan. Perenggan membentuk


karangan. Semakin banyak idea yang disampaikan, semakin
banyak perenggan yang perlu dibina.
1.PERENGGAN DEDUKTIF

ISI PENTING
HURAIAN
CONTOH
2. PERENGGAN INDUKTIF

HURAIAN
CONTOH
ISI PENTING
3. PERENGGAN GABUNGAN DEDUKTIF / INDUKTIF

ISI PENTING
HURAIAN
CONTOH
ISI PENTING
PENUTUP
 Kesimpulanmestilah berkesan dan
memberi kepuasan kepada pembaca.

 Tidakmengulangi fakta-fakta dan isi


yang telah dikemukakan.

 Menggunakan penanda wacana yang


sesuai.
CIRI-CIRI PENULISAN BERKESAN

 Tepat : Tidak meleset


Jelas  Konkrit : Tidak abstrak
 Khusus : Tidak umum
CIRI-CIRI PENULISAN BERKESAN
Fokus :
 Tanpa idea yang tidak
Kepaduan berkaitan
 Tanpa pergerakan idea
ke arah lain
 Tiada pengulangan idea
CIRI-CIRI PENULISAN BERKESAN

Ayat bergerak lancar:

Berpaut  Tanpa ruang kosong atau


jurang fikiran

 Tanpa idea tertinggal.


CIRI-CIRI PENULISAN BERKESAN

 Ketepatan penggunaan
wacana atau alat-alat
Kepautan penghubung.

 Tepat menggunakan rujukan


kata ganti diri.

 Pengulangan perkataan
penting.
CIRI-CIRI PENULISAN BERKESAN

 Mengikut urutan masa


 Mengikut urutan ruang
Kerapian  Mengikut urutan deduktif

 Mengikut urutan induktif

 Soalan kepada jawapan


KAEDAH MENGEMBANGKAN ISI
Kaedah Punca/ Faktor -
( PUNCA)
Kaedah Langkah/ Cara –

( IMPAK)
Kaedah KESAN
Kaedah Dua E / E Bertindih
KAEDAH PUNCA
TAJUK : PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA FENOMENA PEMBUANGAN BAYI

Punca (Isi) Kurangnya pendidikan agama dan moral dalam kalangan ibu-
P ibu muda menyebabkan berlakunya fenomena pembuangan
bayi.

Ulasan ( Huraian/ Pendidikan agama yang dimaksudkan di sini ialah ibu-ibu


U Definisi Isi) kecetekan ilmu tentang penjagaan dan kewajipan terhadap
anak / Tidak memiliki kesyukuran atas anugerah Allah.

Narrate/ Ceritakan Fenomena ini berlaku apabila ibu-ibu tidak tahu baik buruk
N bagaimana terjadi perbuatan mereka/ atau mereka tidak gentar akan dosa/
kesalahan yang dilakukan.

Contoh Kajian oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat membuktikan


C bahawa kecetekan pendidikan agama dan moral menyebabkan
ibu-ibu bertindak di luar kemanusiaan dan mudah terdorong
untuk melakukan perbuatan sumbang.

Akibat/ Kesan Akibat kurangnya didikan agama, ibu-ibu muda semakin


A banyak melakukan perbuatan keji dan terkutuk ini/ Akibatnya
semakin ramai ibu yang membuang anak tanpa memikirkan
implikasinya.
MENULIS
 Kurangnya pendidikan agama dan moral dalam kalangan ibu-ibu
muda menyebabkan berlakunya fenomena pembuangan bayi.
 Pendidikan agama yang dimaksudkan di sini ialah ibu-ibu yang
kecetekan ilmu tentang penjagaan dan kewajipan terhadap anak/
tidak memiliki kesyukuran atas anugerah Allah.
 Fenomena ini berlaku apabila ibu-ibu tidak tahu baik buruk
perbuatan / mereka tidak gentar akan dosa/ kesalahan yang
dilakukan.
 Kajian oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat membuktikan bahawa
kecetekan pendidikan agama dan moral menyebabkan ibu-ibu
bertindak di luar kemanusiaan dan mudah terdorong untuk
melakukan perbuatan sumbang.
 Akibat kurangnya didikan agama, ibu-ibu muda semakin banyak
melakukan perbuatan keji dan terkutuk ini/ akibatnya semakin ramai
ibu yang membuang anak tanpa memikirkan implikasinya.
MENGEDIT DAN MENULIS SEMULA
Kurangnya pendidikan agama dan moral dalam kalangan ibu-
ibu muda menyebabkan berlakunya fenomena pembuangan bayi.
Pendidikan agama yang dimaksudkan di sini ialah ibu-ibu yang
kecetekan ilmu tentang penjagaan dan kewajipan terhadap anak.
Mereka juga tidak memiliki kesyukuran atas anugerah Allah. Oleh
itu, ibu-ibu muda ini tidak tahu buruk baik perbuatan mereka.
Lantas, mereka tidak gentar akan dosa mahupun kesalahan yang
dilakukan. Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah membuktikan
bahawa kecetekan pendidikan agama dan moral ini telah
menyebabkan ibu-ibu bertindak di luar kemanusiaan dan mudah
terdorong untuk melakukan perbuatan sumbang. Tegasnya,
kekurangan didikan agama telah menyebabkan ibu-ibu muda
semakin banyak melakukan perbuatan keji dan terkutuk ini.
Akibatnya semakin ramai ibu yang membuang anak tanpa
memikirkan implikasinya.
KAEDAH IMPAK
TAJUK : LANGKAH-LANGKAH MENGATASI FENOMENA PEMBUANGAN BAYI

Isi/ Langkah Langkah yang afdal untuk menangani fenomena pembuangan


I bayi adalah dengan memberikan pendidikan seks berilmiah
kepada remaja / anak-anak muda.

Mengapa Pendidikan seks wajar diberi penekanan kerana anak-anak


M (Pendidikan Seks) muda masih mempunyai keraguan tentang seks / kerana
mereka terlalu ghairah tentang seks sehingga mahu mencuba-
cuba/ terjebak ke dalam kes maksiat atau keterlanjuran dalam
pergaulan sosial.
Proses/ Seseungguhnya pendidikan seks dapat menangani fenomena
P Pengaplikasian/ ini seandainya ibu bapa dan institusi sekolah memberikan
Cara dijalankan kaunseling dan maklumat tentang baik buruk seks sebelum
nikah.
Alibi/ Contoh/ Sebagai contoh, pendidikan seks secara formal di Amerika
A Bukti / Keterangan Syarikat berjaya mengurangkan fenomena seks luar nikah
dalam kalangan muda di negara tersebut.

Kesan/ Akibat Terbukti bahawa dengan adanya pendidikan seks, remaja tahu
K akan akibat buruk seks sebelum kahwin dan mereka pasti
akan menghindarinya.
ANAK-ANAK MUDA.

PENDIDIKAN SEKS WAJAR DIBERI PENEKANAN KERANA ANAK-ANAK MUDA


MASIH
MEMPUNYAI KERAGUAN TENTANG SEKS / KERANA MEREKA TERLALU
GHAIRAH
TENTANG SEKS SEHINGGA MAHU MENCUBA-CUBA/ TERJEBAK KE DALAM KES
MAKSIAT ATAU KETERLANJURAN DALAM PERGAULAN SOSIAL.

SESEUNGGUHNYA PENDIDIKAN SEKS DAPAT MENANGANI FENOMENA INI


SEANDAINYA IBU BAPA DAN INSTITUSI SEKOLAH MEMBERIKAN KAUNSELING
DAN
MAKLUMAT TENTANG BAIK BURUK SEKS SEBELUM NIKAH.

SEBAGAI CONTOH, PENDIDIKAN SEKS SECARA FORMAL DI AMERIKA SYARIKAT


BERJAYA MENGURANGKAN FENOMENA SEKS LUAR NIKAH DALAM KALANGAN
MUDA
DI NEGARA TERSEBUT.

TERBUKTI BAHAWA DENGAN ADANYA PENDIDIKAN SEKS, REMAJA TAHU AKAN


AKIBAT BURUK SEKS SEBELUM KAHWIN DAN MEREKA PASTI AKAN
MENGHINDARINYA.
MENGEDIT DAN MENULIS SEMULA
Langkah yang afdal untuk menangani fenomena pembuangan bayi adalah dengan

memberikan pendidikan seks berilmiah kepada remaja atau anak-anak muda.

Pendidikan seks ini wajar diberi penekanan kerana anak-anak muda masih mempunyai

keraguan tentang seks . Mereka juga terlalu ghairah tentang seks sehingga mahu

mencuba-cuba lantas terjebak ke dalam kes maksiat atau keterlanjuran dalam

pergaulan sosial. Sesungguhnya, pendidikan seks dapat menangani fenomena ini

seandainya ibu bapa dan institusi sekolah memberikan kaunseling dan maklumat tentang

baik buruk seks sebelum nikah. Sebagai contoh, pendidikan seks secara formal di

Amerika Syarikat telah berjaya mengurangkan fenomena seks luar nikah dalam

kalangan muda di negara tersebut. Justeru telah terbukti bahawa dengan adanya

pendidikan seks, remaja tahu akan akibat buruk seks sebelum kahwin . Dengan

demikian, mereka pasti akan menghindarinya.


KAEDAH KESAN
TAJUK :HURAIKAN KESAN-KESAN DARIPADA KEMASUKAN WARGANEGARA
ASING KE NEGARA INI SECARA HARAM.

Kesan/ Isi Warganegara asing merampas peluang


K pekerjaan rakyat tempatan.
Explain Majikan mengupah pekerja asing dan
E Bagaimana memperlekehkan pekerja tempatan / Majikan
memberhentikan pekerja tempatan dan
memberikan laluan kepada pekerja asing.
Sebab terjadi Majikan berbuat demikian kerana pekerja asing
S merupakan pekerja yang rajin / tidak cerewet
tentang upah/ tidak memilih pekerjaan.
Alibi/ Contoh/ Berlaku di sektor perkilangan / perladangan.
A Bukti /
Keterangan

Kesan/ Akibat Akibatnya, pekerja tempatan menganggur di


N tempat sendiri .
MENULIS
 Warganegara asing merampas peluang pekerjaan rakyat
tempatan.

 Majikan mengupah pekerja asing dan memperlekehkan pekerja


tempatan / Majikan memberhentikan pekerja tempatan dan
memberikan laluan kepada pekerja asing.

 Majikan berbuat demikian kerana pekerja asing merupakan


pekerja yang rajin / tidak cerewet tentang upah/ tidak memilih
pekerjaan.

 Berlaku di sektor perkilangan / perladangan.

 Akibatnya, pekerja tempatan menganggur di tempat sendiri


MENGEDIT DAN MENULIS SEMULA
.

Warganegara asing telah merampas peluang pekerjaan rakyat tempatan.


Perkara ini berlaku apabila majikan mengupah pekerja asing dan
memperlekehkan pekerja tempatan. Ada pula majikan yang
memberhentikan pekerja tempatan kerana semata-mata hendak
memberikan laluan kepada pekerja asing. Adapun majikan berbuat
demikian adalah disebabkan pekerja asing merupakan pekerja yang rajin,
tidak cerewet tentang upah dan tidak memilih pekerjaan. Ini banyak
berlaku di sektor perkilangan dan perladangan. Akibatnya, pekerja
tempatan menganggur di tempat sendiri
Kaedah Dua E / E Bertindih

ISI

ULASAN

BAGAIMANA

KESAN

CONTOH
Tajuk: Langkah-langkah Mengatasi Penderaan Kanak-kanak

ISI
Khidmat kaunseling kepada ibu bapa .

ULASAN
Diadakan secara dua peringkat
Sebelum alam perkahwinan – kursus perkahwinan
Pendidikan kekeluargaan - tanggunjawab ibu bapa .

BAGAIMANA / MENGAPA
Memantapkan institusi keluarga
dengan memahami peranan masing-masing.

KESAN
Lahir perasaan kasih sayang terhadap
anak dan sedar akan kesilapan/ tahu membetulkan keadaan.

CONTOH
Baru-baru ini semua pasangan muda
diwajibkan mengikuti kursus perkahwinan..
Tajuk: Langkah-langkah Menarik Pelancong asing

ISI
Melaksanakan kempen .

ULASAN
Diadakan oleh pihak kerajaan dan swasta.

BAGAIMANA / MENGAPA
Peranan media massa
Menyebarkan maklumat.

KESAN
Pelancong mulai kenal Malaysia.
Pelancong tertarik dengan kempen yang diadakan.

CONTOH
Pesta Flora, Pesta Makanan .
RUMUSAN
 Kaedah penulisan yang dicadangkan mengambil
kira pegangan semasa tentang pengajaran dan
pembelajaran, penilaian dan keperluan
peperiksaan.
 Guru perlu menguasai pendekatan dan kaedah
yang lebih praktikal, realistik, dan berasaskan
keupayaan murid, serta persekitaran sekolah.
 Kemungkinan pendekatan/ kaedah itu tidak
dapat memenuhi keperluan, minat dan cita rasa
semua murid, tetapi ini tetap pasti akan
membawa perubahan kepada segelintir murid
yang lain.
SEKIAN

SELAMAT MENULIS

You might also like