You are on page 1of 9

Pendekatan

Eklektik
Pendekatan eklektik merupakan
gabungan dua pendekatan lain iaitu
pendekatan induktif dan deduktif
Pendekatan eklektik bermaksud pengajaran
disampaikan dengan menggabungkan
semua atau sebahagian daripada ciri-ciri
sesuatu kaedah ke dalam kaedah yang baru.
Contohnya, apabila guru mengajar tentang ayat
tunggal, guru memulakan dengan menunjukkan
contoh-contoh ayat tersebut.

Guru kemudian menyuruh murid mengenalpasti


ciri-ciri yang terdapat pada contoh ayat tersebut.
Untuk memastikan kefahaman murid, guru akan
memberi huraian yang lebih lanjut tentang ciri-
ciri ayat tunggal.

Kemudian guru meminta murid membina ayat lain


yang mempunyai ciri yang sama.
Pengajaran eklektik amat penting dalam membantu
meningkatkan kemahiran mengeja dan juga
kemahiran membaca dalam kalangan kanak-
kanak.
Pendekatan eklektik digunakan apabila sesuatu
pengajaran memerlukan guru menggunakan
berbagai-bagai pendekatan tidak hanya dengan
penggunaan satu bidang pendekatan yang mirip
kepada satu teori sahaja.
• Teori eklektik berpegang kepada satu fahaman
bahawa kaedah yang baik diterap dari berbagai-
bagai sistem dan pendekatan.

• Pendekatan eklektik merupakan satu usaha bagi


menyatukan cara hubungan yang rapat di antara
berbagai-bagai pendekatan.
Usaha ini juga berkaitan dengan cara bagi
merapatkan ke arah satu pertemuan yang baik
dalam penggunaan pendekatan tersebut

Cara yang demikian merupakan satu permulaan


bagi menggabungkan kaedah yang pelbagai itu
ke arah satu sistem yang munasabah untuk
dilaksanakan ke dalam proses pengajaran.
Walau bagaimanapun penggabungan tidak
boleh disamakan dengan teori eklektik,
tetapi di antara satu kaedah dalam teori
eklektik adalah penggabungan.

You might also like