You are on page 1of 33

Objektif pembelajaran:

Diakhir pembelajaran ini pelajar berupaya:-

1. Mengenal, melebel bahagian luar ikan dan menyenarai spesis ikan hiasan
tropika

2. Memilih ikan hiasan untuk dipelihara

3. Mengenal, memilih dan menanam tumbuhan akuatik dalam akuarium

4. Mengenal dan memilih ikan hiasan

5. Mengenal pasti kandungan mutu air

6. Mengenal pasti simptom penyakit biasa pada ikan hiasan

7. Menjaga tumbuhan akuatik dalam akuarium


Pengenalan
Bahagian luar ikan

Sirip Dorsal
Garisan Lateral
Sirip Pektoral

Mata

Mulut

Sirip Kaudal Ekor


Penutup Insang

Sirip Anal Sirip Pelvik


NAMA BAHAGIAN
LUAR IKAN FUNGSI
Sisik Sebagai pelindung dari musuh kecederaan
dan penyakit

Sirip Pergerakan ikan di dalam air


..sirip kaudal/ekor
..sirip dorsal
..sirip anal
..sirip pelvik Untuk kestabilan, berundur, berpusing dan
..sirip pektoral mengapung

Garisan lateral Mengesan pergerakan objek lain dan


berfungsi sebagai tekinga

Insang Pernafasan
Ikan Tiger Barb Ikan Oscar

Ikan Angel Ikan Guppy


 SEBAB DAN TUJUAN
MEMELIHARA IKAN HIASAN:

1. Sebagai hobi

2. Mengindahkan ruang

3. Memberikan ketenangan

4. Berpeluang menghayati alam


Ikan Emas
akuatik

Ikan Molly
 CIRI-CIRI ISTIMEWA IKAN
HIASAN

1. Warna, sirip, bentuk dan sisik


yang menarik

2. Jinak

3. Mudah dipelihara
Kriteria pemilihan ikan hiasan
 Harus sesuai dengan bekas/akuarium
 Habitat – dibeli dari kedai dan bukannya diperolehi dari
habitat semulajadi seperti sungai dan laut.
 Sifat ikan –jinak/liar dan pemangsa/bukan pemangsa
 Cantik, menarik dan mudah dipelihara
 Tahan terhadap perubahan mutu air
 Tahan terhadap penyakit

NOTA
Anak ikan yang dibeli dari kedai lebih jinak daripada anak
Ikan yang diperolehi dari habitat semulajadi seperti
sungai dan laut
Menyediakan
dan
Menghias akuarium
1. Sediakan semua aksesori tambahan akuarium
2. Bersihkan akuarium sebelum memasukkan
aksesori pasaran kedalamnya
3. Bersihkan dan bilas bahan hiasan seperti pasir,
batu dan kayu. Kemudiannya, tuskan semua
bahan tersebut dengan penapis atau bekas
yang sesuai
4. Masukkan pasir, batu dan kayu buruk ke dalam
akuarium dengan berhati-hati
5. Masukkan pam air ke dalam akuarium.
Kemudian, pasangkan penapis
6. Titiskan larutan antiklorin ke dalam akurium
7. Letakkan tumbuhan akuatik atau tumbuhan
tiruan ke dalam akuarium
8. Letakkan dan pasangkan lampu di bahagian
bawah penutup akuarium
9. Hidupkan suis alat penapis dan lampu
10. Akuarium yang sedia untuk dimasukkan ikan
hiasan
11. Memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium
Akuarium yang telah lengkap dipasang sangat cantik dan sesuai
diletakkan di pelbagai sudut sebagai hiasan dalaman di rumah kita
Contoh akuarium semula jadi
(nature aquarium) yang baik
 Tumbuhan akuatik sebenar - atau sekurang-kurangnya
beberapa bulan dalam setahun
 yang mempunyai bahagian yang
boleh menjalankan fotosentisis  Tenggelam dalam air tawar atau
sepanjang masa terapung di permukaan air.
 TENGGELAM - Berakar pada  TERAPUNG -Bahagian atas
dasar dan bahagian tumbuhan tumbuhan terapung dan akarnya
tenggelam sepenuhnya, berada di dalam air.

 TERMUNCUL -Berakar di  SEPARA AKUATIK -Tumbuhan


kawasan cetek, Bahagian atas melata di atas tanah dan boleh
tumbuhan muncul di permukaan hidup di dalam air.
air
Tumbuhan akuatik penting dlm akuarium kerana tumbuahan ini:-
1. menyerap bahan-bahan toksik hasil dari perkumuhan ikan dan
sisa makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. (kedua-dua
bahan di atas akan mendak di dasar akuarium dan akan
menjadi baja kepada tumbuhan akuatik)
2. Membekalkan gas oksigen kepada ikan hiasan hasil daripada
proses fotosintisis
3. Berfungsi sebagai tempat persembunyian dan berlindung bagi
ikan -ikan kecil dari serangan musuh
Keperluan tumbuhan akuatik dalam akuarium
 Karbon dioksida- Boleh didapati dari kedai akuarium ( penting
untuk proses fotosintisis)
 Baja- berbentuk cecair dan biji yg perlu ditambahkan dari
semasa ke semasa ( utk proses pembesaran tumbuhan ini)
 Cahaya- lampu akuarium perlu dihidupkan 10-12 jam sehari
Tenggelam

Terapung

Tenggelam
Terapung
LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN TUNGGUL
KAYU DENGAN TUMBUHAN AKUATIK
Tunggul kayu adalah satu media penanaman tumbuhan akuatik
yang baik untuk tumbuhan akuatik. Sediakan tumggul kayu dan
beberapa tumbuhan akuatik. Jenis tumbuhan yang sesuai ialah
seperti paku pakis yang dikenali sebagai Java fern.

Lekatkan tumbuhan itu pada tunggul


kayu dengan menggunakan benang
yang berwarna hijau

Tunggul yang telah siap dilekatkan tumbuhan akuatik boleh terus


diletakkan di dalam akuarium. Tumbuhan ini akan berakar dan
melekat terus pada tunggul kayu selepas sebulan.
-
GAMBAR-GAMBAR HIASAN TUMBUHAN AKUATIK DI DALAM
AKUARIUM DIAMBIL SEMASA PERTANDINGAN MENGHIAS AKUARIUM
-
OLEH SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH ANJURAN KERAJAAN NEGERI
SELANGOR DAN JABATAN PERIKANAN.
MAKANAN IKAN HIASAN
 Terdapat dua jenis makanan ikan hiasan iaitu terapung dan
tenggelam
 Ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke atas dan
pertengahan kepala sesuai diberi makan makanan jenis terapung
 Makanan tenggelam pula adalah sesuai untuk ikan yang mempunyai
mulut yang menghala ke bawah
 Ikan hiasan boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan utama
berdasarkan jenis pemakanannya.
 Ikan karnivor/pemangsa- memakan benda-benda hidup seperti
anak ikan, serangga atau haiwan lain
 Ikan pemakan plankton ( organisma mikro di dalam air )-
Memakan organisma di dalam air.
 Ikan harbivor- Memakan tumbuhan dan tidak sesuai untuk
akuarium yang ditanam dengan tumbuhan akuatik.
 Ikan omnivor- Memakan pelbagai jenis makanan spt plankton,
tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet.
 Makanan ikan hiasan dibahagikan kepada beberapa kumpulan
seperti: Makanan hidup, makanan kering, makanan basah dan
makanan rumusan.
Makanan Hidup Makanan Rumusan
 Plankton  Makanan ikan
 Cacing yangtelah diproses dari
kilang membuat
 Ulat roti makanan haiwan
 Jejentik nyamuk  Contoh: pellet, emping
stick dan sebagainya
 Udang dan anak ikan
 Serangga dan sebagainya
Makanan basah

Makanan kering  Contoh: Kerang, hati


lembu
 Makanan kering adalah
makanan yang telah diawet sayur-sayuran seperti
ULAT ROTI EMPING PLANKTON

PLANKTON PELLET BLOOD WORM


Penjagaan Harian: Penjagaan Mingguan:
 Beri ikan makan sekali atau  Air sebanyak ½ atau ¼
dua kali sehari – makanan bahagian daripada isipadu
adalah mencukupi apabila tangki perlu diganti setiap
dapat dihabiskan oleh ikan minggu atau sekurang-
dalam masa 1 hingga 2 minit kurangnya 2 minggu.
 Asingkan dan berikan rawatan  Cantas tumbuhan akuatik
kepada ikan yang mempunyai yang tumbuh terlalu tinggi
tanda-tanda sakit/tidak
normal. Contoh: Sisik kembang  Bersihkan bahagian hadapan
atau tanggal, berubah warna tangki
dan sebagainya.
 Cuci kapas penapis dengan
 Ikan yang mati perlu dibuang bersih
 Pastikan semua peralatan  Tambahkan air dalam tangki
pengudaraan, penapis dan sehingga paras asal
lampu berfungsi dengan baik
 Perlu diingat supaya tidak
 Ukur kualiti air seperti nilai memberi makan berlebihan
pH,ammonia, oksigen dan kerana ini akan
karbon dioksida membahayakan ikan.
pH air Bahan beracun
 pH air ialah kemasaman air.  Ammonia dan nitrate
Diukur dari nilai 1 – 14. Nilai biasanya wujud di dalam
1= paling masam atau asidik. air ternakan
Nilai 14= paling alkali. pH air
utk akuarium ialah 6.5  Bahan ini terhasil dari
hingga 7.5. Kertas litmus perkumuhan ikan yang
digunakan untuk dipelihara.
menentukan nilai pH.
 Oleh kerana sistem
 Nilai pH air perlu dipastikan tangki/akuarium adalah
dari semasa ke semasa bagi sistem yang seimbang,
mengelakkannya terlalu keadaan ini tidak
asidik. ememberikan kesan
kepada kehidupan ikan
Suhu keranaianya telah
ditukan kepada bahan
 Ikan dapat hidup dengan makanan dan baja yang
baik pada suhu pada 26ºC berguna kepada
hingga 27ºC. Suhu yang tumbuhan akuatik
terlalu tinggi atau rendah
menyebabkan ikan mati.

You might also like