You are on page 1of 10

Kisah Rasulullah s.w.

t sebagai pengajaran
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu
menyuruh isterinya... Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga
mahupun untuk dijual.
2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di
masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk
membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada
di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat
pula kembali sesudah selesai sembahyang.. '
4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.. Tentulah baginda teramat lapar waktu
itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun
tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 
'Belum ada sarapan ya Khumaira?' 
(Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai
yang
kemerah-merahan' ) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 
'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' 
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit
tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami
sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 
'Mengapa engkau memukul isterimu?' 
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 
'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku
pukul lah dia.' 
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' 
sahut Nabi s. a. w.  
'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada  anak-
anakmu? '
6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan
lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam
menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya
sebagai pemimpin umat.
7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh
para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain
amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-
sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.
Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya
setelah selesai bersembahyang, 
'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat
berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?''
Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'
'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar
seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...'
desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut.
Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil,
buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang
menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami
tidak akan mendapatkannya buat tuan?'

 Lalu baginda menjawab dengan lembut, 

'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu.
Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai
pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah
ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih
lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua
yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang
Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan
baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum
menegur dengan lembut perbuatan itu.
10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah
sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.
11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab
untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam
keseorangan.
12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi
berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan
pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila
ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 
'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih
bersusah payah begini?' 
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.' 

Akhlak Rasulullah Sebagai Qudwah Hasanah


1. Pemurah dan suka menderma
Setiap hari baginda memastikan setiap dirham yang dimilikinya
didermakan kepada fakir miskin. Malah baginda mencari rezeki
sekadara keperluannya sahaja dan yang selebihnya diberikan
kepada orang yang berhajat kerana Allah S.W.T.
2. Beradab ketika makan
Apabila makanan sudah tersedia, baginda membaca doa yang
bermaksud:
Dengan nama Allah, wahai Tuhanku! Jadikanlah makanan ini suatu
nikmat yang disyukuri sehingga kepada nikmat syurga.
Baginda juga tidak suka memakan makanan yang panas kerana
sabdanya dalam suatu hadis yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak memberi kita makanan daripada api.
Sejukkanlah makanan itu terlebih dahulu.
Hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa Rasulullah sentiasa
mengamalkan adab-adab ketika makan yang sepatutnya diamalkan
oleh orang-orang Muslim.
Rasulullah juga menggunakan tangan kanan untuk menyuap
makanan dan sentiasa memilih lauk yang terdekat dengannya
terlebih dahulu. Makanan yang paling disukai oleh Rasulullah ialah
daging dan buah qana dan minuman yang digemarinya ialah susu
kambing. Baginda tidak suka memakan bahagian dalam kambing
seperti buah pinggang, pundit air kencing dan daging keras yang
tumbuh di bawah kulit kerana sakit. Baginda juga tidak mengambil
bawang putih dan bawang besar kerana ia mendatangkan bau yang
tidak menyenangkan. Walaupun begitu, baginda tidak pernah
merasa jijik terhadap sesuatu makanan itu walaupun baginda tidak
menyukainya.
3. Aspek berpakaian
Nabi Muhammad s.a.w. suka memilih pakaian yang berwarna putih.
Pakaiannya yang dikenali sebagai jubah menutupi sehingga paras
buku lalinya. Baginda mempunyai dua salinan baju khusus untuk
solat Jumaat dan pakaian-pakaian lain untuk hari lain. Baginda suka
memakai kopiah dibawah ikatan serbannya. Setiap kali memakai
pakaian baginda memulakannya dari kanan dan membaca doa yang
bermaksud:
Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pakaian untuk
menutup auratku dan untuk menghiaskan diri di hadapan orang
ramai.
Ketika menanggalkan pakaian baginda memulakan dari sebelah kiri.
4. Tutur kata
Rasulullah s.a.w. seorang yang fasih dalam berkata-kata. Tutur
katanya dihiasi dengan kata-kata yang manis dan bersopan. Ketika
berbicara, baginda menggunakan ayat-ayat yang padat dan
lengkap, ringkas dan mudah difahami oleh orang-orang yang
mendengarnya. Baginda tidak bercakap jika dirasakan tidak perlu
dan hanya meninggikan suara apabila menyatakan sesuatu yang
hak dan benar sahaja. Persoalan-persoalan yang dikemukakan pula
dijawab dengan jawapan-jawapan dan nasihat yang mudah diterima
para hadirin.
5. Sifat berlapang dada dan pemaaf
Baginda Rasulullah s.a.w. juga memiliki sifat berlapang dada dan
suka memaafkan orang lain walaupun diberi peluang untuk
membalas dendam. Didalam suatu peperangan, seoreang tentera
kaum musyrikin berjaya mengugut Rasulullah dan tentera kaum
Muslimin dengan berkata: “Siapakah diantara kamu yang dapat
menyelamatkan engkau daripada pedangku?” Lantas Rasulullah
s.a.w. pun menjawab, “Allah”. Mendengar perkataan itu gentarlah
tangan tentera musyrikin itu dan pedang tersebut jatuh daripada
tangannya. Kemudian Rasulullah s.a.w. mengambil pedang tersebut
sambil berkata, “Siapakah kini yang dapat mempertahankan engkau
daripadaku?” Orang musyrikin itu dengan susah payah menjawab,
“Ambillah nyawaku dengan cara yang baik.” Baginda pula berkata
kepadanya, “Katakanlah aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah
melainkan Allah dan aku (Rasulullah) adalah pesuruhnya.
Inilah salah satu contoh sifat Rasulullah s.a.w. yang sentiasa
bersifat berlapang dada dan pemaaf.
6. Kasih- sayang
Apabila dua atau tiga hari Rasulullah s.a.w. tidak nampak salah
seorang sahabatnya atau tidak bertemu di mana-mana, nescaya
ditanya dan dicari oleh baginda. Baginda yang menziarahi kerumah
sahabat tersebut tanpa rasa sombong. Malah baginda sembahyang,
makan dan duduk bersama para sahabat.
Islam menggariskan hak-hak sesama seagama yang menunjukkan
betapa tingginya nilai kasih sayang sesama mukmin sehingga
Rasulullah s.a.w. pernah menggambarkan kehidupan orang-orang
mukmin umpama jasad yang satu yang saling merasakan segala
yang dirasai dan dideritai oleh saudara seislam.
7. Ibadah
Rasulullah menunjukkan contoh perlaksanaan ibadah sedemikian
banyak untuk kita jejaki langkahnya kerana secara fitrahnya,
Rasulullah menyukai pengabdian dan ibadah serta merasa senang
melakukannya. Sebelum diangkat menjadi Rasul, pernah sehingga
sebulan baginda memutuskan semua kesibukan untuk beribadat
didalam sebuah gua di luar kota Mekah sehingga disebut para
sahabat, baginda senang beribadat, mengabdi dan berkhalwat sejak
dari kecil lagi. Begitulah orang-orang yang cerdik berkelakuan.
Baginda bersolat sunat dengan begitu banyak sekali sehingga
adakalanya baginda tidak tidur semalaman sehingga bengkak
kakinya. Baginda turut berpuasa selang sehari dan berzikir diwaktu
jaga dan tidur. Malah baginda digelar sebagai “Al-Qur’an bergerak”
kerana Al-Qur’an bukan sahaja dihafal malah dijadikan panduan
seluruh kehidupannya.

Rasulullah saw Model Lelaki Sejati

Pernah seorang sahabat bertanyakan kepada saya; “Bagaimanalah kita hendak


mengikut Rasulullah saw sedangkan dengan hanya satu isteri pun sudah tidak
mampu berlaku adil dan anak seorang pun dibiarkan terbiar.”

Wahai lelaki keturunan Adam, muhasabahkanlah dirimu, kenalilah peribadimu dan


hiasilah amalanmu seperti amalan Rasulullah saw.
Rasulullah saw adalah contoh terbaik yang boleh dijadikan sebagai model lelaki sejati.
Sebagai suami, ayah dan datuk yang cemerlang, sikap terpuji Baginda dapat diketahui
menerusi beberapa riwayat yang memaparkan kehidupan Baginda yang bersikap adil
dan saling menghormati, malah seorang yang pemaaf dan belas kasihan.

Sebagai seorang suami, Baginda tidak keberatan membantu melakukan kerja-kerja


rumah seperti menjahit pakaian, memerah susu kambing dan apabila Baginda mahu
makan, Baginda makan apa sahaja yang tersedia. Al-Hafizh Ibnu Hajar pernah berkata
bahawa Saiditina Aisyah r.a meriwayatkan dari Ahmad dan Ibnu Hibban,
katanya: “Baginda yang menjahit pakaiannya, menjahit sepatunya dan
mengerjakan apa yang biasa dikerjakan oleh lelaki di rumah mereka.”
Rasulullah juga melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan martabatnya sebagai
seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-
masa tertentu, suami mesti pandai mengambil hati isteri, jangan bersikap kasar atau
garang sehingga sanggup mencederakan isteri. Dalam kehidupan berpoligami, Baginda
adalah contoh terbaik yang melaksanakan prinsip keadilan. Baginda pandai memainkan
peranannya sehingga tidak ada di kalangan isteri yang tersinggung perasaannya.
Pernah berlaku dalam rumah tangga Rasulullah saw, suatu hari isteri-isteri Baginda
datang menemui Baginda, Aishah yang mewakili mereka terus bertanya: “Wahai
Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah, yang manakah yang paling
Rasulullah sayang?”. 

Rasulullah saw tersenyum mendengar pertanyaan itu. Baginda tidak terus menjawab,
sebaliknya Baginda menyuruh kesemua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan
memberikan jawapannya satu ketika nanti.
Selepas itu seperti biasa Rasulullah saw bermalam di rumah isteri-isteri Baginda
mengikut giliran masing-masing. Sedikit pun Baginda tidak menyebut mengenai
persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum Baginda meninggalkan rumah
isterinya, setiap seorang dihadiahkan sebentuk cincin dan Baginda berpesan agar tidak
memberitahu hal itu pada isteri-isteri yang lain.

Pada hari yang ditetapkan, Rasulullah saw menyuruh isteri-isteri Baginda berkumpul
kerana Baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan. Maka
berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapa di antara mereka yang
paling disayangi oleh Rasulullah saw.
Ada yang cuba meneka jawapannya pasti adalah Aisyah kerana beliau merupakan isteri
termuda di antara mereka tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah, Baginda pun
berkata; “Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin
kepadanya”.

Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah saw kerana setiap seorang menyangka


bahawa dia sahaja yang menerima cincin tersebut.
Begitulah betapa adil dan bijaksananya Rasulullah saw bertindak sebagai suami yang
pandai menyelesaikan masalah rumah tangganya dengan baik tanpa timbul sebarang
perselisihan faham atau pergaduhan di kalangan isteri. Malah, jika direnung kembali
wasiat Baginda yang terakhir, salah satu daripadanya menekankan tentang betapa
pentingnya lelaki berhati-hati dalam perlakuan mereka kepada wanita (isteri).
Baginda bersabda yang bermaksud: “Takutlah kamu pada Allah dalam hal wanita.
Mereka berada di dalam peliharaanmu. Kamu telah mengambilnya sebagai
amanah daripada Allah swt dan mereka itu dihalalkan untuk kamu dengan
nama Allah S.W.T.” Wasiat terakhir ini menunjukkan betapa Rasulullah saw
menekankan kepada peranan suami yang perlu bersabar ketika berhadapan dengan
kerenah isteri demi kesejahteraan keluarga.

Kecemerlangan Rasulullah saw sebagai bapa dapat dilihat apabila Baginda amat
menyayangi anak-anaknya dengan menunjukkan kasih sayang, kemesraan dan
tanggungjawab sebagai seorang bapa. Dalam hal ini, Saiditina Aisyah r.a pula
menceritakan tentang bagaimana kasih sayang Baginda terhadap anaknya Fatimah
seperti mana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim bahawa: “Fatimah datang
berjalan kaki. Jalannya seperti Rasulullah saw berjalan. Lalu Rasulullah saw
berkata kepadanya; "Selamat datang puteriku.” Kemudian Baginda
mendudukkannya di sebelah kanan atau sebelah kiri Baginda.” Cara layanan
terhadap anak juga menunjukkan Baginda bersikap dengan penuh kasih sayang sebagai
mana yang dijelaskan di dalam hadis Baginda yang diriwayatkan oleh Abu Daud, at-
Tirmizi dan an-Nasai yang bermaksud: “Setiap kali Fatimah datang menemui
Rasulullah, Baginda biasanya berdiri menyambut kedatangannya, menciumnya
dan menyuruhnya duduk di tempat Baginda.”

Kecemerlangan Rasulullah saw sebagai seorang datuk dapat dilihat menerusi kasih
sayang nabi terhadap anak kecil (cucu baginda) melalui cara Baginda melayani kedua-
dua cucu kesayangan baginda, Hassan dan Hussin iaitu anak Siti Fatimah ra dan Ali kwj.
Rasulullah bukan sahaja sentiasa membelai dan mencium kedua-dua cucunya ini malah
apabila cucu-cucu Baginda menghampiri Baginda, Baginda terus mendukungnya.
Perbuatan Baginda ini pernah dilihat oleh seorang lelaki iaitu al-Aqra’ bin Habis al-
Tamimi. Al-Aqra’ berkata; “Sesungguhnya saya mempunyai sepuluh orang anak
tetapi tidak pernah saya mengucup walau seorang pun daripada mereka”.
Melihat keadaan ini, Rasulullah saw bersabda yang diriwayatkan oleh al-
Bukhari bermaksud: “Sesiapa yang tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi”.

Kisah hidup Rasulullah ini sedikit sebanyak memberikan kita satu panduan atau model
ikutan yang wajar dijadikan amalan. Amat sukar untuk kita menemui seorang lelaki
muslim yang sempurna peribadinya seperti Rasullulah. Jadikanlah Baginda Qudwah
Hasanah hidupmu wahai Muslim!

Sirah: Itulah dia Rasulullah SAW

Tiada peribadi yang lebih indah daripada baginda Rasulullah SAW. Saya merasa amat rendah hati apabila
hendak menceritakan susuk tubuh yang mulia ini. Namun saya kira, apa salahnya saya kongsikan perasaan saya
terhadap baginda dengan kamu semua.

Rasulullah SAW inspirasi saya. Baginda adalah manusia yang saya segan dengannya. Baginda adalah insan yang
bila sirahnya dibentangkan di hadapan saya, saya bergetar. Baginda adalah yang saya amat sayang. Walaupun
saya tidak tahu, sama ada di akhirat kelak baginda mengenali saya sebagai ummatnya atau tidak.

Saya hendak berkongsi perihal Rasulullah SAW.

Susuknya yang mulia.

Yang menghamburkan cinta kepada sesiapa yang mengenali baginda.


Kelebihan baginda yang tertinggi – akhlak

Bagi manusia, aset terbesarnya adalah syakhsiah dirinya. Rasulullah SAW, asetnya ini berjaya dikuasai. Hasil
daripada tarbiyah langsung oleh Allah SWT, baginda mempunyai akhlak yang sangat bersih.

Saidatina Aisyah pernah ditanya berkenaan akhlak Rasulullah SAW, Saidatina Aisyah menjawab: “Akhlaknya
seperti Al-Quran”

Baginda adalah pembumian Islam. Baginda adalah bukti daripada Allah SWT bahawa Islam itu mampu
dilaksanakan. Dan kalau ada orang berkata: “Boleh lah, dia Nabi”, saya akan berkata: “Maka lihatlah Abu Bakr,
lihatlah Umar. Mereka ditarbiyah oleh Rasulullah SAW. Bukankah mereka manusia biasa?”

Baginda Rasulullah SAW sangat merendah diri. Walaupun dia Rasul, dia langsung tidak membesarkan dirinya.
Hatta apabila dia diseksa di Taif dan Allah menghantar malaikat untuk menghukum penyeksanya, dia meminta
Allah melepaskan mereka.

“Moga nanti, dari tulang sulbi mereka, muncul manusia yang beriman” Itu bicara baginda.

Saat baginda diizinkan Allah SWT untuk mengucup kemenangan besar pada Fathu Makkah, baginda tidak
memasuki Tanah Haram itu dengan mendabik dada megah. Tetapi baginda menunduk, bertasbih memuji-muji
Allah SWT dengan penuh rasa kerdil. Hingga diriwayatkan bahawa, dagunya hampir menyentuh tubub Qaswa,
unta tunggangannya.

Baginda sangat rapat dengan anak-anak. Baginda juga mencintai orang miskin dan anak yatim. Baginda pernah
merapatkan jari telunjuknya dan jari hantunya, kemudian baginda bersabda: “Aku dengan anak yatim, adalah
seperti ini”

Bukan pendendam

Rasulullah SAW tidak menyimpan hasad di dalam jiwanya. Ketika menawan Makkah, semua kaum quraisy yang
pernah menyiksanya dahulu merasa risau. Pada saat itu, Rasulullah SAW bertanya:

“Pada pemikiran kamu, apakah yang akan aku lakukan?”

Kaum Quraisy menjawab: “Kamu wahai Muhammad, hanya melakukan yang baik-baik sahaja”

Rasulullah SAW tersenyum. “Kamu semua bebas”

Mudah. Tidak dia membalas perbuatan orang-orang kafir Makkah. Tidak pula dia mencari personal-personal
yang telah menyusahkan jalan dakwanya. Tidak. Tetapi dia memaafkan.

Sangat amanah

Rasulullah SAW digelar Al-Amin oleh kaum Quraisy. Digelar Al-Amin kerana baginda amat amanah, jujur dan
tidak pernah berbohong. Langsung tidak khianat. Walaupun selepas itu kaum quraisy menentang baginda,
Rasulullah SAW tetap menjaga dengan penuh amanah barang-barang yang disuruh kaum quraisy untuk dijaga.

Rasulullah SAW tidak mencuri barangan mereka. Rasulullah SAW tidak menghilangkan barangan mereka.
Walaupun mereka menyusahkan kehidupan baginda. Malah, antara sebab Rasulullah SAW meninggalkan Ali
RA semasa peristiwa Hijrah adalah untuk memulangkan semua barangan yang disuruh oleh Kaum Quraisy,
untuk Rasulullah SAW menjaganya.

Dia Suami Romantik, Bapa Penyayang, Sahabat terbaik


Rasulullah SAW tanpa segan, senang bermain lumba lari dengan Aisyah RH. Pernah juga sekali, semasa ada
pertunjukan, dan Aisyah ingin melihatnya, Rasulullah SAW meletakkan dagu Aisyah pada bahunya.

Rasulullah SAW juga adalah bapa yang sangat penyayang. Dia amat menyayangi Fatimah. Diriwayatkan
bahawa, setiap kali dia bertemu Fatimah, dia akan mencium dahi anak perempuan kesayangannya itu.

Rasulullah SAW juga sahabat yang terbaik. Ketika Abu Bakr RA menawarkan untanya semasa peristiwa hijrah,
Rasulullah SAW tidak mahu menerianya kecuali dengan bayaran. Rasulullah SAW juga tidak segan
memberitahu kasih baginda kepada sesiapa yang baginda cintai.

Pernah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling kau
cintai?”

Tanpa ragu, Rasulullah SAW menjawab: “Aisyah”

“Dari kalangan lelaki?”

“Ayahnya(Yakni Abu Bakr)”

Baginda juga pernah besabda: “Andai aku boleh memilih kekasih lain selain Allah, maka aku akan memilih
Abu Bakr menjadi kekasihku.”

Sangat tabah

Yang menggerakkan hati saya, adalah kehidupannya yang padat. Rasulullah SAW berdakwah, menjadi hakim,
menjadi sahabat, menjadi suami, menjadi bapa, menjadi jiran, menjadi ketua negara, menjadi ketua perang.
Waktu siangnya teramat sibuk.

Tetapi, kesibukan waktu siangnya tidak menganggu qiamnya yang panjang pada waktu malam. Sehingga satu
tahap, kaki baginda bengkak-bengkak kerana terlalu lama bersolat.

Aisyah pada satu hari bertanya: “Kenapa kau sampai begini? Sedangkan Allah telah mengampunkan dosa kau
yang telah lepas dan yang akan datang”

Rasulullah dengan penuh rendah hati menjawab: “Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?”

Macam mana agaknya, seorag manusia yang teramat sibuk pada waktu siangnya, mampu bangun da
menunaikan solat malam terlalu lama hingga kakinya bengkak?

MasyaAllah.

Lau kana bainana(Kalaulah baginda ada antara kita)

Ada satu rancangan televisyen di tanah arab ini, show bertajuk Lau Kana Bainana. Lau Kana Bainana
bermaksud – kalaulah baginda ada di antara kita – dan setiap show akan disertai satu hadith Rasulullah SAW
dan mereka akan mencubanya di satu tempat untuk melihat adakah orang mempraktikkannya.

Hos program ini akan bergerak kepada orang ke orang, dan bertanya berkenaan perlaksanaan hadith tadi. Di
akhir soalannya, dia akan bertanya:

“Lau kana Rasulullah SAW bainana al an, keif?” Kalau lah Rasulullah SAW itu berada di antara kita sekarang,
bagaimana?

Anda perlu saksikan di dalam video ini, bagaimana seorang perempuan yang menjadi ‘mangsa’ dalam
rancangan itu, menangis serta merta apabila mendengar pertanyaan itu. Betapa perempuan ini pada saya,
cintanya sangat mendalam pada Rasulullah SAW. Sehingga dia menangis apabila membayangkan susuk yang
mulia itu berada di sisinya. Dalam video ini, dilakukan perbuatan Rasulullah SAW mengambil makanan yang
jatuh. Justeru, krew telah menjatuhkan buah. Dan perempuan itu mengutipnya. Lantas dia ditanya soalan tadi.
Dan dia menangis. Lihat.

Ramai lagi ‘mangsa’ lain, apabila didatangkan soalan itu, paling kurang akan terjeda. Senyap sebentar. Seakan-
akan ada sesuatu yang besar berlaku. Begitu sekali mereka merasakan kecintaan kepada Rasulullah SAW.
Mereka ada rasa malu, rasa segan dengan Rasulullah SAW.

Bayangkan, antara show dalam rancangan itu adalaha, pemandu kereta ditahan, kemudian diperiksa
kebersihan keretanya. Lalu akhirnya ditanya:

“Kalau Rasulullah SAW ada di antara kita sekarang dan melihat keadaan kereta anda, bagaimana
agaknya?”

Dan ada antara mereka tergamam sebentar.

MasyaAllah…

Bagaimana agaknya kita, kalau Rasulullah SAW ada di antara kita sekarang?

Penutup: Banyak yang hendak diceritakan

Kalau bercerita berkenaan Rasulullah SAW, 10 hari pun mungkin tidak habis. Hal ini kerana, baginda ibarat
lautan ilmu yang berjaya. Baginda adalah qudwah hasanah kepada manusia yang inginkan syurga Allah SWT.

“Sesungguhnya paada Rasulullah itu contoh ikutan yang terbaik, bagi siapa yang inginkan Allah dan hari
akhirat…” Al-Ahzab ayat 21.

Baginda sangat mulia dan tidak mampu diceritakan semuanya dalam dua tiga muka surat. Peirbadi baginda
terlalu bersih dan amat menawan. Hatta diam baginda juga menjadi tauladan.

MasyaAllah.

Siapakah dari kalangan anda yang mengenali baginda?

Jika belum, maka selaklah sirah baginda.

Sesungguhnya anda akan jatuh cinta dengannya.

You might also like