You are on page 1of 30

PEMIKIRAN ISLAM DAN

ISU-ISU SEMASA
ABD RAHIMIN BIN SHAFIE
AZRIN BIN NAHAR
MOHD ASREY BIN AMRAN
JULFAHMIE BIN ZAINUDDIN
CHIA SIE YIAN
KONSEP KEADILAN
Dari segi bahasa, perkataan adil berasal dari
perkataan arab dimana ia membawa beberapa maksud
yg membantu menyempurnakan pengertian
keadilan:
 ‘Adi bermaksud sebagai hukuman yang benar.
 A’dala bermaksud berlaku adil.
 A’dalah bermaksud tepat dalam timbangan dan tidak
wujud kezaliman.
 ‘Adlan bermaksud membetulkan.
 A’dil bermaksud adil.
Dari segi istilah, ahli-ahli cendekiawan Islam telah
mentafsirkan bahawa keadilan sebagai satu akhlak
sempurna. Di mana sesuatu yang dapat
menyempurnakan akhlak adalah adil dan sesuatu yang
merosakkan akhlak dianggap tidak adil.
Dalam Al-Quran, perkataan adil mempunyai
beberapa makna:
 Kesamaan yang abstrak iaitu kesamaan dalam
menetapkan hukum dan hak yang sama.
 Keseimbangan dan kesederhaan dalam sesuatu perkara.
SUMBER KEADILAN
Al-Quran dan Al-Sunnah merupakan sumber utama
bagi menjamin ketenteraman dan keadilan dalam
menentukan dan melaksanakan sesuatu hukum.
Kedua sumber ini adalah tetap dan tidak boleh diubah
oleh sesiapa.
BAHAGIAN KEADILAN
Dr. Hamzah Yakub membahagikan keadilan kepada 2
bahagian:
 Adil yang berhubungan dengan perseorangan.
 Adil yang berhubungan dengan kemasyarakatan.
ASAS-ASAS KEADILAN
Sayyid Qutb telah menyenaraikan 3 asas keadilan
Islam.
1. Kebebasan berfikir
2. Kebebasan mutlak
3. Perasaan kemanusiaan
FAKTOR-FAKTOR MENINGKATKAN KEADILAN
Saksama didalam mengambil keputusan. Tidak berat
sebelah dalam membuat keputusan samaada
pengaruh hawa nafsu, angkara murka atau perasaan
cinta.
Meluaskan pandangan dan memeriksa segala
persoalan dan masalah yang timbul secara terperinci.
PRINSIP-PRINSIP UTAMA SYARIAH ISLAM
YANG MELAMBANGKAN KEADILAN
Berusaha mengurangkan kesusahan dan memberikan
kesenangan keatas umat manusia mengikut syariat
Allah.
Mengurangkan hukuman supaya tidak menjadi beban
kepada umat manusia.
Memperundangkan sesuatu secara beransur-ansur dan
tidak sekaligus.
Keadilan syariat Islam kemudiannya dapat dilihat
dengan kewujudan kesamarataan di dalm mentarifkan
segala fardu ain.
KONSEP KECEMERLANGAN
Umumnya, manusia ingin mencapai kecemerlangan di dunia
dan di akhirat.
Orang yang dapat mencapai kecemerlangan adalah orang yang
dapat mengharungi pelbagai rintangan, halangan, ujian dan
dugaan dalam kehidupan.
Tahap kecemerlangan bergantung kepada seseorang yang dapat
melawan hawa nafsu.
Sekiranya gagal melawan hawa nafsu, manusia tersebut berada
dalam kelompok atau kategori orang yang hina dan rendah
tarafnya.
Kecemerlangan dan kejayaan diperolehi melalui keimanan dan
ketakwaan yang tinggi terhadap Allah S.W.T.
CIRI-CIRI ORANG YANG CEMERLANG
Orang yang Khusyu’ dalam menunaikan solat.
Orang yang takut kepada Allah S.W.T
Orang yang memelihara waktunya, iaitu tidak membuang masa
dengan perkara yang sia-sia.
Orang yang paling bertakwa di kalangan orang yang beriman.
Oarng yang beradab sopan, berakhlak mulia sesama manusia.
Orang yang memiliki ilmu pengetahuan.
Orang yang menjauhi larangan Allah S.W.T
Orang yang memantapkan ekonomi Islam di dalam ertikata
sebenar.
RASUAH
Definisi
Dari segi pemahaman masyarakat, rasuah bermaksud
duit kopi, makan suap dan tumbuk rusuk yang terjadi
kepada kakitangan pengurusan organisasi,
perkhidmatan awam dan kerajaan.
Rasuah juga boleh diadakan dalam bentuk wang ,
barang-barang makanan, barang-barang pakaian dan
juga dalam bentuk pingat dan lain-lain.
Ia juga berlaku dalam melakukan tugas harian,
contohnya rasuah yang sering berlaku dalam bentuk
perkhidmatan.
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA RASUAH
Lemah kepimpinan.
Lemah pegangan agama dan etika.
Kolonialisme.
Kurang pendidikan.
Kemiskinan.
Persekitaran yang tidak menyekat rasuah.
Struktur kerajaan yang lemah.
Keadaan masyarakat yang lemah.
Persekitaran yang menggalakkan rasuah.
KESAN-KESAN RASUAH
Menurut undang-undang, rasuah dianggap sebagai
satu jenayah yang menyamai kesalahan mencuri,
merompak dan peras ugut.
Rasuah juga mengganggu kestabilan sosial,ekonomi,
politik dan kedaulatan Negara.
Rasuah juga merupakan punca kejatuhan sesebuah
tamadun dan kerajaan dari dulu lagi.
PANDANGAN ISLAM MENGENAI RASUAH
Untuk mengelakkan amalan rasuah, Al-Quran telah
menyediakan beberapa langkah:
1. Pengharaman sama sekali kegiatan dan balasan yang
perit di akhirat terhadap pemberi, penerima dan
mereka yang bersubahat dengannya.
2. Meningkatkan keimanan dan ketakwaan serta ihsan.
3. Mencari rezeki dan mengumpulkan kekayaan yang
halal, baik dan digalakkan.
4. Menggalakkan pengumpulan kekayaan harta asalkan
tidak menggugat dan merampas hak orang lain
khususnya rasuah.
KERUNTUHAN INSTITUSI KELUARGA
Diantara konflik-konflik yang sering dihadapi oleh anggota keluarga ialah:
I. Suami isteri gagal melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
II. Masalah seksual.
III. Ekonomi yang tidak stabil.
IV. Tidak dapat menyesuaikan diri dengan pasangan hidup.
V. Rasa terkongkong dan tanggungjawab bertambah banyak selepas kahwin.
VI. Campur tangan keluarga terdekat.
VII. Tidak dapat mewujudkan kemesraan dengan pasangan hidup.
VIII. Pergaulan yang terlalu bebas di luar rumah.
IX. Cemburu buta.
X. Melakukan perbuatan curang.
XI. Mementingkan diri sendiri dan keluarga pihaknya sahaja.
XII. Terlibat dengan jenayah,maksiat, dadah dan sebagai nya.
MENGATASI MASALAH RUMAH TANGGA
Ada beberapa garis panduan kepada suami isteri untuk
mengatasi masalah rumah tangga:
a) Pasangan menyatakan perasaan dan kemahuannya secara jujur
dan terbuka serta tidak burung sangkaterhadap pasangan.
b) Bertolak ansur untuk kebaikan bersama.
c) Mewujudkan kekuatan dalam perhubungan dan mewujudkan
kemesraan dan ikatan dalam hubungan suami isteri.
d) Memberi maklumbalas yang berkesan.
e) Selalu berdoa bersama-sama agar keluarga dalam keadaan
bahagia dan sentiasa diredhai Allah serta mengharapkan
terhindar daripada suatu pertebgkaran yang boleh
meruntuhkan keharmonian rumahtangga.
ALAM SEKITAR
Alam sekitar merupakan unsur yang penting dalam
kehidupan kita. Alam sekitar terdiri daripada 2
komponen iaitu abiosis dan biosis.
Abiosis terdiri daripada tanah, hujan, air, suhu dan
udara.
Biosis pula terdiri daripada haiwan dan tumbuhan.
PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Berpunca daripada aktiviti-aktiviti manusia yang
mengejar kemewahan, keuntungan dan
mementingkan diri tanpa menghiraukan orang lain.
Pencemaran yang ada seperti pencemaran bunyi ,
pencemaran udara, pencemaran tanah dan
pencemaran air.
PENCEMARAN AIR
Pencemaran air berlaku apabila kotoran masuk ke
dalam sungai atau laut samaada sengaja atau tidak
sengaja.
Antara bahan yang mencemarkan air ialah:
a. Bahan buangan perindustrian.
b. Bahan buangan pertanian.
c. Bahan domestik.
d. Tumpahan minyak daripada kapal tangki.
PENCEARAN UDARA
Pencemaran udara berlaku apabila penambahan
bahan pencemar di udara seperti debu, gas dan asap
sehingga boleh membahayakan kehidupan manusia.
Bahkan membahayakan haiwan, tumbuhan dan
kesihatan manusia.
Punca pencemaran udara ialah:
a) Kilang perindustrian.
b) Kenderaan bermotor.
c) Pembakaran terbuka.
PENCEMARAN TANAH
Pencemaran tanah berlaku apabila terdapat aktiviti yang
boleh merosakkan kualiti tanah.
Antara aktiviti yang boleh menyebabkan berlakunya
pencemaran ialah:
a. Penerokaam dan pembalakan secara tidak terkawal dan
haram sehingga boleh mengganggu habitat dan
ekosistem serta keseimbangan alam.
b. Membuang sisa toksik tanpa kawalan sewajarnya.
c. Penggunaan racun serangga sehingga menyebabkan
kesuburan tanah hilang.
d. Banjir besar akan menghakis kesuburan tanah.
PENCEMARAN BUNYI
Pencemaran bunyi ialah keadaan ynag bising sehingga
mengganggu keselesaan hidup manusia.
Pencemaran bunyi berpunca dari:
a. Kapal terbang jet.
b. Kenderaan bermotor.
c. Kilang.
d. Perlombongan kuari.
e. Kerja pembinaan.
f. Muzik rancak yang tidak terkawal.
DADAH
Dadah termasuk dalama pengertian umum benda
yang memabukkan yang menghilangkan akal.
Penagihan dadah merupakan penyakit sosial kerana
merosakkan maruah diri dan masyarakat sesebuah
negara.
Penagihan dadah yang berleluasa juga boleh
menyebabkan keharmonian negara terancam.
PUNCA PENAGIHAN DADAH
Kejutan budaya.
Pengaruh rakan sebaya.
Cara pendidikan anak-anak.
Peranan golongan pengedar.
Faktor pengabaian keluarga.
Faktor keruntuhan rumah tangga.
Kurang didikan agama.
KEBURUKAN DADAH
Diri tidak terurus.
Saraf otak menjadi cacat.
Menghabiskan duit dan harta benda.
Menimbulkan permusuhan.
Disisih daripada masyarakat.
Terdedah kepada HIV dan AIDS.
Lupa kepada Allah dan tanggungjawab agama.
Jenayah mencuri.
CARA MENGATASI
Jauhi budaya lepak.
Isi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.
Peranan ibubapa.
Peranan masyarakat.
Peranan Negara.
Dekatkan diri kepada Allah.
AIDS
Perkataan AIDS membawa maksud “ Acquired
ImmunoDeficiency Syndrome” Sindrom Kurang Daya
Tahan Melawan Penyakit.
AIDS pula disebabkan oleh virus HIV ( Human
ImmunoDeficiency Virus ) yang boleh melumpuhkan
sistem pertahanan badan manusia dalam melawan
penyakit.
CARA VIRUS AIDS MEREBAK
Darah.
Air mani.
Cecair faraj yang daripada mereka yang dijangkiti
virus AIDS.
Ibu hamil yang telah dijangkiti kepada bayi yang
dikandungnya.
Hubungan seks sejenis ( Homoseks ).
Hubungan seks dengan pelacur.
Berkongsi jarum suntikan.
TANDA-TANDA DIJANGKITI VIRUS AIDS
1. Ujian pengesahan darah positif.
2. Berat badan turun melebihi 10% tanpa sebab-sebab tertentu.
3. Cirit-birit berlarutan.
4. Demam yang lama.
5. Batuk-batuk yang berterusan.
6. Bengkak-bengkak kelenjar di leher, ketiak atau pangkal paha.
7. Penyakit Herpes Zoster yang berulang (jangkitan urat saraf yang kelihatan seperti
melepuh-lepuh di kulit.
8. Penyakit Kandidiasi di bahagian mulut dan tekak (penyakit kulat yang disebabkan
oleh kulat).
9. Penyakit Herpes Simplex yang merebak dan berulang (sejenis jangktan kulit yang
biasanya kelihatan seperti lepuh-lepuh di sekitar mulut atau kemaluan).
10. Jangkitan paru-paru (Pneumocystis Carinii Pneumonia).
11. Barah di kulit atau mulut (Koposi’s Sarkoma).
12. Jangkitan lain yang jarang berlaku dikalangan orang yang sihat.
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN AIDS
Jangan melakukan hubungan seks dengan orang yang tidak
dikenali latar belakang dan tahap kesihatannya.
Jangan bertukar-tukar pasangan atau mengadakan hubungan seks
dengan pelacur.
Jangan melakukan hubungan seks sejenis (Homoseks).
Jangan mengadakan hubungan seks dengan orang yang disyaki
atau disahkan sebagai pembawa atau pesakit AIDS.
Jangan berkongsi-kongsi alat peribadi yang boleh tercemar
disebabkan darah seperti berus gigi, pisau cukur dan alatan lain.
Berwaspada semasa melancong ke luar negara, kerana AIDS sudah
menjadi wabak di kebanyakan negara di dunia ini.
Amal cara hidup sihat berdasarkan agama dan adat susila.

You might also like