You are on page 1of 15

Soal jawab tentang dunia motosikal

4 tahun tak pernah servis motosikal

SAYA mempunyai motosikal empat lejang. Selama empat tahun menggunakannya saya ti
dak pernah menghantarnya untuk servis. Saya hanya menukar minyak hitam setiap en
am bulan atau 12 bulan sekali.
Untuk pengetahuan tuan, perbatuan baru mencecah 10,000 kilometer kerana jarang d
igunakan.
Apakah kesannya jika saya tidak pernah menghantar ke kedai untuk diservis? Adaka
h ia boleh memberi kesan kepada prestasi enjinnya?

SHAHRIR RAHMAN,

Selangor.

JAWAPAN
ELOK dilakukan servis sepenuhnya untuk motosikal yang direhatkan sudah lama. Ser
vis sebenar membabitkan banyak faktor lain selain penukaran minyak pelincir.
Karburetor perlu diperiksa dan dicuci untuk membuang segala kotoran terkumpul da
lam takungan minyak, termasuk kemungkinan ada air dalam takungan karburetor dise
babkan wap.
Begitu juga dengan tangki bahan api yang mungkin berkarat kerana ia tidak berkoc
ak seperti waktu melakukan perjalanan.
Kocakan bahan api ini sebenarnya membasahi keseluruhan dinding tangki dan mengel
akkan berkarat.
Penapis udara mungkin lama dan reput menyebabkan ia tidak dapat menjalankan tuga
snya dengan baik dan mendatangkan masalah.
Palam pencucuh yang lama berkarat dan menyebabkan litar pintas. Namun, untuk men
gelak masalah elok dihidupkan enjin selang beberapa hari jika boleh.
Jika motosikal hendak ditinggalkan lama, elok cabut kepala bateri dan piston dil
etakkan pada tahap paling atas iaitu dengan menekan penghidup tendang (kick star
ter) supaya merasa tekanan dan berhenti di situ.
Kedudukan piston di tahap paling atas menghasilkan mampatan dan ini menyebabkan
injap tertutup dan mengelakkan udara lembap masuk ke kebuk pembakaran serta meny
ebabkan komponen enjin berkarat. Sumbat lubang
udara dan ekzos supaya tidak dimasuki serangga.
Amaran awal kehausan brek
Soalan:
BAGAIMANA caranya kita mengetahui brek motosikal sudah mengalami kehausan?
INGIN TAHU
Pahang
Jawapan:

MOTOSIKAL moden kini selalunya mempunyai penanda aras kehausan pelapik brek untu
k memudahkan kita mengetahui tahap ketebalan pelapik brek yang berbaki.

Namun, pengesanan sewaktu membrek dapat memberi amaran awal pembaharuan pelapik
atau brek.
Brek yang sudah haus lazimnya terasa lebih rendah atau memerlukan tarikan tuil b
rek lebih banyak dan tekanan jauh untuk brek kaki.
Bagi sistem brek hidraulik pula seperti sesetengah motosikal kini, sistem brek y
ang rosak mungkin boleh dirasai jika tuil brek terasa lembut dan seperti span ap
abila ditarik.
Lakukanlah pemeriksaan tuil brek motosikal. Selalunya ini berlaku jika getah dal
am pam brek sudah keras dan tidak berfungsi dengan baik.
Bendalir brek yang digunakan perlulah sesuai dengan dinyatakan pada penutup tang
ki cecair brek.
Jangan gunakan bendalir brek lebih rendah daripada tahap ditetapkan seperti meng
gunakan bendalir DOT 3 untuk pam DOT 4.
Jangan campur bendalir brek anda, selalunya ia diwarnakan biru, merah atau jerni
h.
Ia boleh menyebabkan pengembangan dan kerosakan pada getah pam brek anda.
Bunyi pelik ketika laju

SAYA membeli motosikal Honda Wave 125 pada September 2005. Masalah saya, kelajua
n purata 100 hingga 110 kilometer (km) sejam dan selepas kira-kira 40 km perjala
nan, ada bunyi seperti kertas dikoyakkan pada bahagian enjin.
Tetapi jika kelajuan purata pada 80 hingga 90 km sejam, bunyi itu tiada. Setiap
hari bekerja saya berulang-alik dari Sungai Buloh ke Putrajaya menggunakan motos
ikal itu dengan jarak perjalanan kira-kira 120km sehari.
Kini, jarak perjalanan itu sudah hampir mencecah 7,000km. Saya tidak menunggangn
ya melebihi had laju yang dibenarkan dan menukar minyak pelincir pada jarak perj
alanan 1,000 km.
Penukaran minyak pelincir kedua saya lakukan pada jarak perjalanan 4,848 km dan
penukaran ketiga akan dilakukan dalam masa terdekat. Minyak pelincir yang diguna
kan adalah jenis semi sintetik.

Apakah masalah yang saya hadapi? Apakah cara terbaik untuk menyelenggara motosik
al itu dengan jarak perjalanan seperti yang dinyatakan itu?
ZAHARIMAN | Putrajaya.
MASALAH begini sering memeningkan mekanik kerana ia muncul sekali sekala dan kad
angkala tiada langsung sewaktu diperiksa. Di sinilah peranan dan pengetahuan pen
ungggang amat penting untuk menggambarkan gejala masalah berkaitan supaya mekani
k dapat mengenalpasti punca sebenar kerosakan.
Apa yang saudara hadapi mungkin berpunca daripada rantai penalaan yang longgar s
ekali sekala kerana peregang rantai itu tidak berfungsi dengan baik. Namun, ini
hanya dapat dipastikan dengan memandu uji jentera anda ataupun membuka enjin.
Cuba dapatkan kepastian punca bunyi itu dan tinggalkan jentera anda kepada seora
ng mekanik yang dipercayai untuk diuji. Cara paling baik ialah dengan membawa mo
tosikal anda ke Pusat Servis Honda untuk mereka mengenalpasti punca sebenar.
Perhatikan juga sebarang perubahan pengendalian motosikal sewaktu ia mengeluarka
n bunyi itu seperti kehilangan kuasa ataupun penurunan kelajuan.
Cara atasi bunyi bising enjin

Soalan:
MOTOSIKAL saya mengalami masalah bunyi bising pada bahagian enjin. Bagaimana car
a untuk mengatasinya?
ALI KARIM
Selangor
Jawapan

MASALAH bunyi bising lebih tinggi daripada kebiasaan bagi jentera anda bergantun
g kepada banyak faktor.

Dengan mengandaikan kebisingan merujuk kepada bunyi daripada enjin, lazimnya ter
jadi apabila ia sudah meningkat usia dan bahagian berkenaan mengalami kehausan.
Bagaimanapun, ini bergantung kepada tahap kehausan dialami, sama ada masih dalam
julat spesifikasi kehausan boleh diterima pakai untuk prestasi enjin memuaskan
atau tidak.
Selalunya pusat servis bertauliah mengukur tahap kehausan sesuatu bahagian enjin
itu sama ada ia masih dalam julat boleh diterima. Jika tidak, bahagian yang hau
s ini diganti dengan alat ganti yang baru untuk memastikan prestasi enjin baik.
Kehausan bahagian bergerak enjin juga secara amnya bergantung kepada penggunaan
minyak pelincir sesuai dan penukaran minyak enjin menepati jadual penukaran.
Janganlah berjimat dalam mengikut jadual penukaran minyak pelincir anda kerana i
a amalan yang tidak ekonomik sebenarnya.
Minyak pelincir ibarat darah kepada enjin dan jika kotor, ia mendatangkan pelbag
ai penyakit yang tidak diundang.
Penggunaan minyak lebih pekat atau tinggi tahap kelikatan boleh menyelesaikan ma
salah bunyi bising pada enjin memandangkan banyak bahagian yang haus dan longgar
pada enjin berusia.
Malah, ada bahan tambahan dijual di pasaran yang dapat memendam bunyi bising enj
in, namun ia kurang sesuai untuk enjin motosikal yang rata-rata menggunakan sist
em klac terendam minyak.
Ia boleh digunakan melainkan beberapa jenama dan model motosikal tertentu menggu
nakan klac kering atau kotak gear berasingan iaitu minyak pelincir dan minyak ad
alah terpisah.
Lazimnya menggunakan bahan penambah mungkin menyebabkan prestasi yang menurun ba
gi enjin klac basah kerana ia menambahkan tahap kelicinan minyak pelincir dan mu
ngkin menyebabkan klac tergelincir (clutch slipping) terutama sekali sewaktu pec
utan dan pada RPM tinggi.
Elak guna alat ganti tiruan

SAYA baru membeli Yamaha LC135. Bagaimanakah cara terbaik menjaga motosikal ini
termasuk minyak pelincir, bateri dan minyak brek?

GENG YAMAHA,
Kuala Lumpur.

JAWAPAN
PENJAGAAN motosikal ini atau model lain tidaklah begitu sukar. Apa yang penting,
ikuti semua panduan dan jadual penjagaan yang diberikan pengeluar motosikal dan
pastikan minyak pelincir serta 2T diisi secukupnya.
Penulis percaya penjagaan sendiri paling baik. Gunakan alat ganti tulen saja ker
ana ia sudah diuji. Alat ganti tulen boleh didapati dari ejen pengedar alat gant
i Yamaha yang sah atau didapati sendiri dari pusat alat gantinya terletak di Sun
gai Buluh, Selangor.
Penggunaan barang tiruan lazimnya mendatangkan mudarat kepada enjin dan kadangka
la ia mendatangkan masalah besar terutamanya untuk bahagian dalaman enjin.
Bayangkan pelapik yang pecah dalam enjin sewaktu enjin beroperasi pada rpm tingg
i. Serpihan logam dari bahagian yang pecah itu masuk ke bahagian enjin yang berg
erak laju tadi dan sudah tentunya mendatangkan kesan negatif.
Cuba elakkan dari berjimat untuk alat ganti anda kerana selalunya lebih banyak m
erugikan daripada menguntungkan.
Sayangi jentera anda dan sentiasa memeriksanya apabila berkesempatan. Cuci sendi
ri jentera anda sambil meneliti tiap bahagian motosikal dicuci untuk mengenalpas
ti kerosakan kecil.
Elak penapis udara tersumbat

SAYA pemilik skuter Modenas 150Elit yang tidak pernah servis selain menukar miny
ak enjin sejak memilikinya. Saya berdepan dengan kesukaran mendapatkan mekanik y
ang arif berhubung skuter Modenas.
Sekarang skuter saya sukar dihidupkan sama ada menggunakan tendang atau elektrik
. Saya ingin mohon pandangan saudara cara terbaik memulihkan skuter saya dengan
kos murah kerana saya masih belajar.

Mat Belia
Johor

JAWAPAN
TIADA yang lebih baik selain menghantar motosikal itu untuk menjalani servis. Na
mun begitu, sebenarnya banyak perkara yang boleh dibuat sendiri untuk menjimatka
n sedikit wang.
Cuba periksa penapis udara anda yang mungkin tersumbat dan menyebabkan enjin suk
ar dihidupkan. Penapis udara tersumbat ini menyebabkan campuran bahan api menjad
i mewah dan menghasilkan karbon berlebihan sewaktu pembakaran.
Ini lazimnya menyebabkan pengumpulan karbon berlebihan di kepala silinder seakan
satu lapisan arang.
Lapisan ini selain menyerap campuran bahan api yang masuk ke dalam kebuk pembaka
ran ia menyerap haba dihasilkan proses mampatan apabila omboh atau piston memamp
atkan campuran bahan api.
Pada waktu pagi atau enjin sejuk, haba sedikit ini sebenarnya membantu proses aw
al penghidupan enjin.
Ini sebabnya kadangkala kita mendapati enjin amat susah hidup pada waktu pagi, t
etapi menjadi mudah dihidupkan apabila ia panas sedikit. Cuba lakukan pembuangan
karbon di kepala selinder dan kikis bahan karbon terlekat di kepala silinder da
n kepala omboh. Proses ini mudah dibuat sendiri dengan bantuan rakan berpengalam
an berbekalkan sedikit gerak hati.
Enjin bersih jimat minyak

Soalan:
APAKAH yang menyebabkan penggunaan minyak yang tinggi tetapi prestasi enjin masi
h kurang berkuasa?

KAMARUL ALI,Johor.
Jawapan:
SOALAN ini agak am dan banyak sebab menyumbang kepada kuasa dan penggunaan minya
k pelincir. Tahap kecekapan enjin menyumbang kepada kehilangan kuasa. Sentiasa p
eriksa semua komponen enjin dan mungkin sudah tiba masanya untuk membaik pulih (
overhaul).
Enjin hilang kuasa pecut ketika pendikit dipulas mengejut

SAYA memiliki motosikal Suzuki RG Sport 110 tanpa klac tangan. Baru-baru ini say
a membuat overhaul pada bahagian blok, omboh (piston), ring, rod, bearing dan kl
ac plate.
Ketika memecut atau dalam kedudukan gear satu apakah penyebab enjin seakan-akan
menjadi berat (bunyi dari ekzos kuat tetapi daya pecutan meleret) ketika pendiki
t dipulas secara mengejut?

Adakah ini normal bagi RG tanpa klac tangan? Ketika pendikit dipulas seperti bia
sa ketika memecut (memberi ruang kelegaan antara kemasukan gear dan memulas pend
ikit) bunyi dari ekzos dan daya pecutan normal. Apakah ini berpunca dari karbure
tor?
Adakah setiap kali 'potong blok' maka minjet dan pilotjet pada karburetor harus
ditukar? Saya sekarang menggunakan piston bersaiz 50. Dimaklumkan saiz asal pist
on adalah 20 dan motosikal saya sudah dua kali menjalani overhaul pada blok. Apa
kah saiz minjet dan pilotjet yang disarankan bagi omboh bersaiz 50?

Geng RG
Melaka

JAWAPAN
ADA kemungkinan spring klac yang ditukar lembut menyebabkan ia mencengkam lambat
apabila kuasa hantaran dari enjin (dengan rpm tinggi) adalah kuat. Ini kadangka
la terjadi dengan penggunaan minyak pelincir yang tidak betul yang menyebabkan t
erjadinya kelucutan klac (clutch-slip).
Karburetor yang mampu meningkatkan rpm enjin apabila pendikit dipulas selalunya
tidak mendatangkan masalah. Periksa kembali alat ganti digunakan adalah tulen.
Baik pulih blok dan piston dengan pembesaran (re-bore) secara mudahnya jarang me
merlukan penukaran jejarum atau jetting.
Cukup sekadar menaikkan jarum utama dalam karburetor, yang boleh dilaras ketingg
iannya untuk membenarkan lebih bahanapi masuk selaras dengan pembesaran sesaran
enjin.
Bagaimanapun, pelarasan atau penukaran jetting yang dibuat teliti mekanik berpen
galaman mampu memaksimum kecekapan perjalanan enjin dengan mendapatkan campuran
bahanapi yang tepat bagi semua julat kuasa enjin dan ada ketikanya lebih menjima
tkan penggunaan bahan api.
Enjin konfigurasi asal lebih baik

SAYA memiliki Skuter Naza Symphony 125cc. Saya menggunakan sejak 2004 dengan per
batuan terkini
ialah 23,000km.
Sejak kebelakangan ini, saya mendapati prestasi skuter saya semakin menurun. Pick
up lambat dan
untuk mencapai 70km/j mengambil masa lebih lama berbanding ketika mula-mula menu
nggangnya dulu.
Enjin turut mengeluarkan bunyi lebih kuat jika saya memandu sekitar 70 hingga 80
km/j. Untuk pengetahuan saudara, saya sentiasa menukar minyak enjin setiap 1,000
km dan minyak gear setiap 10,000km. Drive-belt juga baru ditukar. Karburator juga
pernah diservis. Air-filter juga dicuci setiap 2,000km.
Bolehkah saudara memberi cadangan bagaimana saya boleh meningkatkan prestasinya
seperti asal.

Hasrul Adzhar
Kuala Lumpur

Jawapan:
BERGANTUNG kepada gaya tunggangan dan dari bunyi yang kuat sewaktu bebanan tingg
i atau memandu laju, motosikal yang digunakan selama itu mungkin perlu dibaik pu
lih sepenuhnya.
Penggantian blok pula perlu dilakukan jika blok habis dipotong sehingga piston y
ang paling besar tidak dapat digunakan.
Blok perlu diganti atau dibaik pulih dengan menggunakan sleeve. Sebaiknya mengga
nti blok baru dan menggunakan piston standard semula, namun kosnya agak tinggi.
Jika blok enjin masih boleh dipotong
atau re-bore , gunakan saja blok asal kerana ia lebih menjimatkan. Potong blok dapa
t memulihkan prestasi enjin, tetapi jika dikaji sehalusnya, enjin dengan konfigu
rasi asal standard menghasilkan prestasi lebih baik berbanding enjin yang sudah
melalui proses berkenaan.
Kenyataan ini memang boleh dipertikaikan, namun ia pandangan keseluruhan yang me
ngambil kira kadar penggunaan bahan api. Mungkin ada yang merasakan enjin mereka
lebih berprestasi selepas potong blok dan ia benar kerana enjin itu kini menggu
nakan piston yang lebih besar, namun enjin standard lebih ringan operasinya dan
dapat mencapai rpm memuaskan dengan lebih cepat, dengan kadar penggunaan bahan a
pi yang lebih rendah.
Enjin sukar dihidup

SEJAK kebelakangan ini saya mendapati motosikal saya sukar dihidupkan pada waktu
pagi. Apakah puncanya? Untuk mengatasinya saya perlu membuka sedikit pendikit b
agi memastikan enjin tidak mati.
INGIN TAHU,
Kuantan, Pahang
ENJIN yang sukar dihidupkan pada waktu pagi selalunya disebabkan pelarasan karbu
retor tidak tepat. Namun begitu, kelegaan injap kurang tepat menghasilkan masala
h sama.
Kelegaan injap yang tidak tepat, sama ada terlalu luas kadangkala digelar longga
r dan mengeluarkan bunyi bising atau terlalu ketat memberi kesan pelbagai kepada
prestasi enjin.

Enjin kehilangan kuasa dan mungkin sukar dihidupkan kerana mampatan yang baik ti
dak diperolehi. Kelegaan injap penting untuk memastikan injap terbuka dan tertut
up cukup rapat sewaktu operasi enjin, pada masa ditetapkan.

Enjin konfigurasi asal lebih baik

SAYA memiliki Skuter Naza Symphony 125cc. Saya menggunakan sejak 2004 dengan per
batuan terkini
ialah 23,000km.

Sejak kebelakangan ini, saya mendapati prestasi skuter saya semakin menurun. Pick
up lambat dan
untuk mencapai 70km/j mengambil masa lebih lama berbanding ketika mula-mula menu
nggangnya dulu.
Enjin turut mengeluarkan bunyi lebih kuat jika saya memandu sekitar 70 hingga 80
km/j. Untuk pengetahuan saudara, saya sentiasa menukar minyak enjin setiap 1,000
km dan minyak gear setiap 10,000km. Drive-belt juga baru ditukar. Karburator juga
pernah diservis. Air-filter juga dicuci setiap 2,000km.
Bolehkah saudara memberi cadangan bagaimana saya boleh meningkatkan prestasinya
seperti asal.

Hasrul Adzhar
Kuala Lumpur

Jawapan:
BERGANTUNG kepada gaya tunggangan dan dari bunyi yang kuat sewaktu bebanan tingg
i atau memandu laju, motosikal yang digunakan selama itu mungkin perlu dibaik pu
lih sepenuhnya.
Penggantian blok pula perlu dilakukan jika blok habis dipotong sehingga piston y
ang paling besar tidak dapat digunakan.
Blok perlu diganti atau dibaik pulih dengan menggunakan sleeve. Sebaiknya mengga
nti blok baru dan menggunakan piston standard semula, namun kosnya agak tinggi.
Jika blok enjin masih boleh dipotong
atau re-bore , gunakan saja blok asal kerana ia lebih menjimatkan. Potong blok dapa
t memulihkan prestasi enjin, tetapi jika dikaji sehalusnya, enjin dengan konfigu
rasi asal standard menghasilkan prestasi lebih baik berbanding enjin yang sudah
melalui proses berkenaan.
Kenyataan ini memang boleh dipertikaikan, namun ia pandangan keseluruhan yang me
ngambil kira kadar penggunaan bahan api. Mungkin ada yang merasakan enjin mereka
lebih berprestasi selepas potong blok dan ia benar kerana enjin itu kini menggu
nakan piston yang lebih besar, namun enjin standard lebih ringan operasinya dan
dapat mencapai rpm memuaskan dengan lebih cepat, dengan kadar penggunaan bahan a
pi yang lebih rendah.
Gear 5 hilang kuasa

Soalan
SAYA mempunyai motosikal RG Sports keluaran 1995. Ketika berada dalam dalam gear
lima, enjin seperti kehilangan kuasa. Pada gear empat, motosikal boleh mencapai
100km/j dan apabila masuk gear lima kelajuan berkurangan ke 80km/j walaupun mem
ulas minyak sepenuhnya. Apakah masalah yang berlaku?

ADLI AZIZ,
Jalan Pantai Permai 10,
Kuala Lumpur.
JAWAPAN
JENTERA yang sebu seperti ini selalunya menjurus kepada pelarasan karburetor yan
g kurang tepat dan enjin tidak dapat mengeluarkan kuasa sepatutnya.
Campuran bahan api menjadi terlalu mewah dan membasahi palam pencucuh ketika ber
ada dalam gear teratas.
Ia gear yang menjana beban tertinggi kepada enjin dan menyebabkan bahan api tida
k dapat dibakar sepenuhnya serta mengakibatkan kehilangan kuasa.
Namun, kebocoran mampatan disebabkan kehausan gelang piston dan piston tidak bol
eh diketepikan.
Malah, masalah percikan api kecil menyebabkan enjin menjadi kurang berkuasa. Enj
in yang mati di pertengahan jalan boleh berpunca daripada sebab di atas.
Penelitian yang menyeluruh oleh mekanik berpengalaman perlu untuk mengenal pasti
masalah sebenar malah cara atau perkara berlaku sebelum enjin mati dapat member
ikan panduan untuk mengenal pasti punca masalah sebenar.
Gegaran berlaku bila galas tayar haus

SAYA memiliki Honda EX5. Masalahnya, tayar depan bergelung dan bergegar apabila
mencapai kelajuan 60 km/j. Saya membuat penjajaran tiga bulan lalu apabila tayar
depan motosikal pancit.
Pada masa sama, saya menukar tayar depan kepada tayar lebih kecil dan nipis. Ada
kah ini memberi kesan kepada tayar depan motosikal saya?

ZAID RAHIM,

Kelantan.
JAWAPAN
GEGARAN tayar boleh terjadi kerana kerosakan pada galas tayar yang haus dan long
gar dan galas stering yang terletak pada tengkuk motosikal anda.
Keseimbangan tayar perlu diperiksa semula jika didapati tayar masih bergegar ker
ana keseimbangan tayar boleh hilang jika ia mengalami pelanggaran lopak jalan te
rutamanya pada tayar menggunakan rim lelidi.
Rim sport lebih teguh dalam menghadapi keadaan jalan kurang memuaskan kerana ia
tidak mudah bengkok.
Penggunaan tayar bersaiz kecil memberi kesan negatif kepada pemanduan motosikal
anda. Selain meningkatkan kehausan tayar berbanding dengan tayar bersaiz standar
d, kebolehan mengambil selekoh terjejas walaupun tayar kecil terasa lebih ringan
dan laju terutamanya di jalan lurus.
Kuasa membrek berkurangan dan tahap keselamatan secara keseluruhan menurun keran
a saiz tayar kecil tidak dapat menampung keperluan motosikal dari segi berat dan
saiz motosikal itu sendiri. Oleh itu penggunaan tayar kecil tidak digalakkan.
Guna aksesori berkualiti

SAYA baru memiliki Honda 125S, lima bulan yang lalu tetapi kelajuan maksimum yan
g boleh dicapai hanya kurang daripada 100km/j. Saya juga baru menukar rim biasa
kepada rim sport. Apakah puncanya dan bagaimanakah untuk meningkatkan prestasiny
a.
MAT HONDA,
Pulau Pinang.
HONDA 125S boleh mencapai kelajuan lebuh raya 110 km/j dengan selesa, malah cuku
p selesa untuk melebihi had laju berkenaan sewaktu memotong kenderaan lain.
Seandainya motosikal anda tidak dapat mencecah 100km/j, boleh diandaikan ada ses
uatu yang tidak kena dengan motosikal anda dan ia haruslah dibawa ke pusat servi
s Honda bertauliah untuk pemeriksaan lanjut.

Motosikal yang baru digunakan selama lima bulan masih lagi dilindungi jaminan at
au waranti dan harus dibawa kembali kepada pengeluar.

Sebenarnya jarang berlaku keadaan begini, kecuali sebab kecil kadangkala, sepert
i penyumbatan pada jetting karburetor.
Minyak pelincir berlebihan menyebabkan bebanan pada enjin atau penukaran gegancu
atau sproket yang tidak bersesuaian.
Penggunaan alat tambah atau aksesori berkualiti sesuai bagi mana-mana jenis moto
sikal.
Lazimnya, barangan berkualiti mahal dan pengeluar motosikal perlu mengambil kira
faktor penentuan harga dalam pengeluaran jentera mereka.
Sebab itulah kadangkala aksesori ini tidak dipasang sebagai peralatan standard.
Rim sport lebih tegar dan tahan berbanding rim asal dan ia lebih ringan. Ini seb
enarnya menyumbang kepada penjimatan penggunaan bahan.
Penggunaan rim sport yang sesuai dan dipasang baik memberikan kesan positif terh
adap prestasi enjin dan komponen lain. Namun, perlu disedari gantian sebegini pe
rlu dibuat dengan rim sport dikeluarkan khusus untuk model motosikal anda.
Modifikasi rim sport terutama pada tapak gegalas menyebabkan ia lemah kerana tap
ak ini biasanya dikeraskan melalui proses mekanikal atau haba dan sebarang pengu
bahsuaian mengikis lapisan dikeraskan itu.
Ini satu lagi cara untuk kita mengenal pasti kualiti rim sport itu sendiri.
Ada rim sport yang didakwa berkualiti tetapi tapak bearing menjadi longgar apabi
la kita menukar gegalas menyebabkan rim tidak dapat digunakan lagi.
Hadapi masalah daki bukit dari gear tinggi ke rendah

Soalan:
MOTOSIKAL saya menghadapi masalah apabila mendaki bukit dari gear tinggi hendak
ditukar ke gear rendah. Apabila pendikit minyak dipulas minyak seperti lambat sa
mpai. Apakah punca masalah berkenaan?

Jamaludin Raja Mohammad


Johor

Jawapan:
APABILA menurun bukit, enjin sebenarnya menghasilkan kuasa penampanan pembakaran
bahan api bukan menghasilkan daya kilasan seperti biasa dan menahan piston dari
bergerak laju.
Selalunya ada bahan api yang tidak terbakar terkumpul dalam kebuk pembakaran ata
u ekzos. Ini menyebabkan keadaan lebihan bahan api melimpah sedikit dan palam pe
ncucuh menjadi basah.
Ia menyebabkan pembakaran kurang sempurna untuk jangka masa sekejap, sehinggalah
enjin meluncur laju kembali.
Tidak menghairankan apabila kita memulas pendikit serta letupan terhasil kerana
pembakaran bahan api berlebihan terjadi.
Selalunya ini terjadi dengan penggunaan gear terlalu rendah. Penurunan bukit seb
enarnya elok dilakukan dengan kombinasi gear sesuai dan penggunaan brek berhemah
iaitu dengan tidak menekan brek sepanjang menurun bukit, tetapi sekadar memperl
ahankan kenderaan apabila diperlukan.
Penggunaan brek sewaktu mengambil selekoh sering disalah tafsirkan. Kadangkala b
rek hadapan digunakan sewaktu membelok bukannya kerana untuk memperlahankan kend
eraan tetapi cukup sekadar untuk menurunkan bahagian hadapan motosikal supaya da
pat mengambil selekoh pada sudut lentang yang lebih baik bagi mendapatkan radius
atau bulatan pusingan lebih kecil serta pantas.
Kabel pendikit karat punca bunyi enjin tinggi
JIKA saya menghidupkan motosikal pada waktu pagi bahagian tali minyak seakan ter
tarik menyebabkan bunyi enjin tinggi. Adakah ia suatu yang biasa bagi motosikal
dua lejang?
Mat Ali
Kelantan
JAWAPAN
MASALAH enjin melahu atau idle terlalu tinggi di pagi hari disebabkan kabel pend
ikit yang haus dan mula berkarat bahagian dalamnya.
Karat ini menyebabkan kabel tersangkut, tetapi berjalan lancar semula selepas di
pulas berulang kali dan ia kembali berkarat apabila malam.
Tukarkan kabel pendikit ini selain periksa bahagian kepala karburetor di bahagia
n kabel itu masuk ke dalam karburetor.
Kerosakan bahagian kepala karburetor ini mungkin punca kabel tersangkut begitu j
uga jika terdapat kerosakan pada omboh atau silinder karburetor. Jangan lupa mem
eriksa pemulas pendikit untuk memastikan ia berjalan lancar.
Kaedah betul penjagaan motosikal

SAYA bercadang membeli motosikal Kawasaki KRR 150 untuk kegunaan ke tempat kerja
dari Seremban ke Kuala Lumpur. Apakah penjagaan sesuai untuk motosikal dua leja
ng supaya prestasi dan enjin sentiasa berkeadaan baik?

Ahmad
Negeri Sembilan

JAWAPAN
Bagi jentera dua lejang, pelinciran bagi piston ring, piston dan dinding piston
datangnya dari pelincir 2T itu sendiri. Pelarasan yang kurang tepat atau pengali
ran masuk 2T tidak mencukupi menyebabkan kekurangan bahan pelincir yang masuk un
tuk melincirkan bahagian berkenaan dan menyebabkan kehausan melampau pada kompon
en itu.
Bahan pelincir 2T menyumbang kepada penyejukan enjin dan kekurangan 2T menyebabk
an enjin lebih
panas. Kepanasan seperti diketahui umum melembutkan logam dan komponen enjin men
jadi cepat haus.
Pelincir 2T berlebihan menyebabkan ia tidak terbakar bersama bahan api dan menye
babkan pengumpulan
karbon berlebihan pada kebuk pembakaran dan menurunkan prestasi enjin.
Enjin dua lejang sebenarnya kurang efisien dari segi mampatan jika dibandingkan
dengan enjin empat lejang dan sistem pelincirnya kurang efisien serta piston rin
g lebih cepat haus.
Piston enjin dua lejang dilicinkan melalui campuran 2T yang masuk bersama bahan
api dan campuran dipam masuk melalui pam 2T ke karburetor. Pada kelajuan tinggi
agak sukar mengukur secara tepat campuran dikehendaki enjin.
Pam ini juga adalah pam asas digunakan cukup sekadar menyukat dan menyalurkan 2T
ke dalam
kebuk pembakaran. Pelarasan pam 2T perlu dilakukan secara manual iaitu dengan me
rekodkan penggunaannya berbanding bahan api atau petrol serta memastikan berada
pada kadar disyorkan pembuat motosikal lazimnya pada kadar 1:50.
Penggunaan pam 2T lebih tepat dan jitu meningkatkan kos pembuatan motosikal. Pen
ggunaan petrol dibancuh 2T sebenarnya digalakkan kerana campuran tepat dapat dip
eroleh dan enjin tidak dihadapkan kepada kemungkinan pam 2T rosak serta menyebab
kan kerosakan serius pada enjin.
Campuran ini perlu digoncang sebetulnya untuk mendapatkan campuran betul betul d
an sekata. Pelinciran enjin dua lejang lazimnya menggunakan bahan pelincir sama
bagi kedua-dua komponen enjin dan kotak gear memandangkan ia berkongsi ruang sam
a.
Gunakan minyak pelincir dicadangkan pengeluar enjin yang mana ia sudah dikenalpa
sti bagi memberikan perlindungan mencukupi bagi enjin anda. Memang pelinciran en
jin dua lejang banyak bergantung kepada minyak pelincir 2T, tetapi tidak harus d
ilupakan bahawa minyak pelincir 4T itu diperlukan bahagian enjin lain seperti ko
tak gear mengalami bebanan yang berat sewaktu operasi enjin.
Oleh itu jangan amalkan lambat menukar minyak pelincir kerana ia sebenarnya meru
gikan anda sendiri. Tukarlah minyak pelincir dengan yang baru setiap 5,000 km pe
rjalanan atau paling lewat enam bulan jika motosikal tidak digunakan), yang mana
terdahulu.
Setiap minyak pelincir mempunyai formula tersendiri dan berbeza mengikut pengelu
ar. Apa yang lazimnya membezakan antara minyak pelincir dengan lain ialah bahan
penambah yang ditambah kepada minyak asas.
Bahan penambah itu selalunya terdiri dari bahan pemangkin pelinciran dan bahan p
embersih untuk membantu minyak pelincir itu supaya dapat menyesarkan kotoran ser
ta bahan
logam haus sewaktu operasi enjin.
Setiap minyak pelincir mempunyai kelebihannya tersendiri dan bergantung kepada p
engguna untuk memilih minyak bersesuaian bagi corak tunggangan. Bagi apa juga je
nis motosikal, sebenarnya penulis berpendapat tunggangan dan amalan yang baik un
tuk menjaga hayat enjin ialah dengan menunggangnya pada kadar 70 peratus dari ku
asa enjin yang ada. Ini membekalkan kita dengan 30 peratus kuasa untuk keadaan k
ecemasan yang memerlukan pecutan cepat selain tidak membebankan enjin pada beban
an maksima sepanjang masa.
Kehausan komponen enjin punca kehilangan kuasa

Soalan
SAYA mempunyai motosikal Honda EX5 yang memakai rim bersaiz 18/1.4. Sekarang say
a menggunakan gegancu depan bersaiz 15 dan belakang 45. Masalah sekarang ialah k
elajuan motosikal menurun berbanding dulu. Adakah gegancu yang digunakan sesuai?

GENG HONDA
Pahang
JAWAPAN
PENUKARAN sproket harus mengambil kira julat kuasa mana yang diinginkan kerana p
enukaran gegancu saja mungkin menambah kuasa pecutan tetapi mengurangkan kelajua
n akhir.
Bergantung kepada usia enjin, mungkin kebanyakan komponen enjin motosikal anda s
udah haus dan memerlukan baik pulih sepenuhnya.
Servis saja kadangkala tidak memadai kerana banyak faktor dan komponen enjin yan
g perlu diperiksa untuk mendapat hasil memuaskan.
Kehausan komponen enjin menghasilkan kehilangan kuasa yang dihasilkan enjin baik
di bahagian kebuk pembakaran mahupun bahagian pemindahan kuasa seperti kotak ge
ar.
Ini kerana pemindahan kuasa yang baik memerlukan ketepatan kelegaan pada sesuatu
bahagian enjin itu.
Contohnya, gigi gear yang haus menghasilkan kelonggaran dan menyebabkan ia seper
ti ketukan apabila menolak satu sama lain.
Andaikan kita meletakkan tapak tangan kita rapat pada sebuah kotak dan kemudian
menolak kotak berkenaan.
Sekarang, jauhkan atau renggangkan jarak antara tapak tangan anda dan tolak kota
k berkenaan. Kita dapat merasakan perbezaannya.
Keadaan ini boleh diguna pakai pada semua bahagian enjin dan jumlah kehilangan k
uasa dihasilkan memberikan perbezaan ketara pada prestasi enjin berusia.
Baik pulih dalam erti kata sebenar perlu dilakukan menurut spesifikasi dicadangk
an pengeluar enjin dan semua kelegaan setiap komponen enjin diperiksa untuk mema
stikan ia berada dalam julat disyorkan. Ini dapat dikesan dengan memeriksa bahan
api dalam tangki. Cuba kosongkan semua bahan api dan perhatikan sama ada ia ber
campur air. Jika ada, periksa sumber kebocoran yang selalunya datang daripada pe
nutup tangki bocor atau penebat getahnya sudah menjadi keras. Tukarkan penebat g
etah ini untuk kepastian.
Kelebihan servis sendiri motosikal

SAYA baru memiliki motosikal Yamaha RXZ terpakai yang dikeluarkan pada 1992.
Apakah nasihat tuan berhubung servis motosikal ini.

Mohd Faris Fikri


Perlis
JAWAPAN
JIKA anda masih baru dengan model motosikal ini, eloklah dibawa kepada mekanik b
erdekatan untuk servis sambil memerhatikan cara pembukaan komponen penapis udara
, karburator dan skru pembuangan minyak pelincir supaya dapat dilakukan sendiri
pada kemudian hari.
Memang kos servis tidak mahal, tetapi melakukan servis sendiri ada kelebihannya.
Servis sendiri lazimnya lebih teliti dan terperinci, sambil memeriksa bahagian
lain motosikal yang mungkin memerlukan perhatian dan diganti.
Jadikan amalan memeriksa motosikal anda dari segi luaran seminggu sekali dengan
teliti, perhatikan kekenduran rantai, rekahan tayar, sebarang skru longgar, oper
asi lampu isyarat (signal) dan brek serta bahagian lain.
Lebih mudah, lakukan semua ini sewaktu membasuh motosikal anda dengan memerhatik
an jika ada kebocoran minyak pada bahagian enjin. Masalah yang dikenal pasti awa
l menjimatkan wang dan kos pembaikan.
Kadangkala kerosakan yang sedikit jika dibiarkan mungkin mengakibatkan kos pemba
ikan yang banyak. Contohnya skru pelaras rantai yang hilang atau longgar amat mu
dah dan murah diganti tetapi jika tidak diperbaiki, ia menyebabkan kerosakan pad
a rantai dan gegancu.

SUMBER :
http://www.hmetro.com.my/

You might also like