P. 1
BENTUK-BENTUK HUBUNGAN LUAR YANG DIJALINKAN OLEH KERAJAAN MELAYU MELAKA DAN KESAN TERHADAP PENGUKUHAN MAHUPUN KEMEROSOTAN KERAJAAN.

BENTUK-BENTUK HUBUNGAN LUAR YANG DIJALINKAN OLEH KERAJAAN MELAYU MELAKA DAN KESAN TERHADAP PENGUKUHAN MAHUPUN KEMEROSOTAN KERAJAAN.

|Views: 7,638|Likes:
Published by samsualam halim

More info:

Published by: samsualam halim on Oct 11, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/01/2015

pdf

text

original

AEEA2338: SEJARAH KERAJAAN MELAYU MELAKA ABAD KE-15 DAN KE-16

SOALAN 4 GAMBARKAN BENTUK-BENTUK HUBUNGAN LUAR YANG DIJALINKAN OLEH KERAJAAN MELAYU MELAKA DAN KESAN TERHADAP PENGUKUHAN MAHUPUN KEMEROSOTAN KERAJAAN. PENDAHULUAN Pada masa lalu, kerajaan Melaka pernah menjadi sebuah pusat perlabuhan yang terpenting di seluruh dunia kerana berada di Selat Melaka iaitu merupakan pintu masuk kapal-kapal dagang antara Timur dan Barat. Pada mulanya, pemerintahan Melaka dikuasai oleh Parameswara.

Baginda telah banyak merancang untuk mengukuhkan kedudukan Melaka dan cuba memajukan Melaka. Melaka menjadi kukuh dan kuat pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah. Seterusnya, pada zaman Sultan Mansur Syah pula adalah zaman kegemilangan Melaka. Akhirnya, kemerosotan dan kejatuhan Melaka berlaku pada zaman Sultan Mahmud Syah pada tahun 1511. Oleh yang sedemikian, dapat dilihat bahawa kesan terhadap pengukuhan mahupun kemerosotan kerajaan Melaka adalah dapat dijelaskan dan dikaitkan dengan bentuk-bentuk hubungan luar yang pernah dijalinkan oleh Kerajaan Melaka.

BENTUK-BENTUK HUBUNGAN LUAR Hubungan Awal Dengan Kerajaan China Hubungan awal Melaka dengan China merupakan satu hubungan diplomatik yang terpenting bagi kerajaan Melaka. Melaka telah mengambil peluang untuk berbaik-baik dengan China apabila berlakunya perubahan sistem dalaman pemerintahan China. Hal ini dapat dilihat semasa pemerintahan Maharaja Ming iaitu semasa Yung Lo naik takhta kerajaan China.1 Ketika itu, Maharaja Yung Lo cuba untuk meluaskan pengaruh China di Asia Tenggara. Tetapi,

bukanlah untuk menjadi satu kuasa penakluk di rantau tersebut. China hanya inginkan supaya kerajaan-kerajaan di Asia Tenggara mengikhtiraf kedaulatan dan kemaharajaan China.
1

Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, Petaling Jaya : MacMillan, 1983, hlm. 46.

1

AEEA2338: SEJARAH KERAJAAN MELAYU MELAKA ABAD KE-15 DAN KE-16

Disamping itu, China cuba untuk memberi perlindungan dan menjaga keselamatan bagi kerajaan-kerajaan yang berlindung dibawah naungannya.2 Pada tahun 1403, utusan rasmi dari China yang diketuai oleh Yin Ching telah sampai ke Melaka.3 Dengan yang sedemikian, Parameswara telah mengambil kesempatan ini untuk

mendapatkan perlindungan terus daripada kerajaan China. Hal ini kerana pada masa yang sama, Melaka telah menghadapi beberapa ancaman luar yang akan mengancam dan menggugat keselamatan Melaka iaitu ancaman dari Siam dan Majapahit. Pada tahun 1406, satu lagi utusan rasmi dari China ke Melaka dan rombongan tersebut telah memberi beberapa hadiah kepada Parameswara seperti sebuah cap mohor, sepasang pakaian sutera dan payung kuning. Hal ini membuktikan bahawa Melaka mendapat pengikhtirafan rasmi daripada China. Pada tahun 1409, Laksamana Cheng Ho dari China telah datang ke Melaka untuk mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua belah pihak. Terdapat juga rombongan balas yang dibuat oleh Parameswara ke China untuk merapatkan hubungan antara kedua-dua kerajaan iaitu pada tahun 1411.4 Tetapi, pada abad ke-5 hubungan dua hala ini telah renggang kerana kerajaan China mula mengubah dasar hubungan luarnya.5 Dengan adanya perhubungan baik antara China dengan Melaka, membolehkan parameswara menjaga keselamatan Melaka daripada ancaman luar iaitu Siam dan Majapahit. Oleh yang sedemikian, perhubungan ini telah membantu Melaka untuk mengukuhkan kedudukan Melaka sebagai satu kerajaan yang berdaulat dan disegani oleh beberapa kerajaan lain. Selain

2

Lotfi Ismail, Sejarah Malaysia 1400-1963, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 1978, hlm. 12-13. Zainal Abidin Abdul Wahid, Sejarah Malaysia sa-pintas lalu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1971,

3

hlm. 21.
4

Lotfi Ismail, Sejarah Malaysia 1400-1963, hlm. 14. Malaysia Kita, Kuala Lumpur: Institut Tadbir Awam Negara (INTAN), 1991, hlm. 95.

5

2

AEEA2338: SEJARAH KERAJAAN MELAYU MELAKA ABAD KE-15 DAN KE-16

daripada mengukuhkan kedudukan Melaka daripada ancaman luar, perhubungan ini juga penting kerana Melaka ingin menggalakkan lagi pedagang-pedagang dari China untuk singgah berdagang di Melaka. Hal ini kerana barangan dari China merupakan salah satu barangan dagangan yang terpenting di Asia Tenggara dan juga daripada benua lain. Dengan itu, secara tidak langsung membantu Melaka menjadi sebuah pusat perdangan antara Timur dan Barat yang terpenting pada ketika itu.6

Hubungan Persahabatan Hubungan secara persahabatan merupakan salah satu bentuk hubungan luar Melaka. Kebanyakan hubungan persahabatan ini dijalinkan dengan kerajaan yang sama taraf dengan Melaka. Contohnya, Melaka pernah mengadakan hubungan persahabatan dengan kerajaan

Sulawesi dan Siam. Hubungan persahabatan Melaka dengan Sulawesi dapat dilihat semasa zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah pernah mengutus utusan rasmi dan satu rombongan Melaka ke Mengkasar yang diwakili oleh Seri Bija Pikrama dan Tun Sura Diraja. Maka titah baginda, “Karanglah surat hamba kepada raja Mengkasar.”… Setelah didengar Sultan Mansur Syah bunyi surat itu, terlalulah baginda berkenan. Adalah yang disuruhkan pergi utusan itu, Seri Bija Pikrama dengan Tun Sura Diraja.7 …Maka disuruhnya baca, setelah dibaca, maka raja di Goa terlalu sukacita mendengar bunyi surat raja Melaka mengatakan daripada jalan muafakat itu...8

6

Lotfi Ismail, Sejarah Malaysia 1400-1963, hlm. 14. A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1979, hlm. 94. Ibid

7

8

3

AEEA2338: SEJARAH KERAJAAN MELAYU MELAKA ABAD KE-15 DAN KE-16

Antara isi kandungan yang terdapat dalam utusan tersebut ialah Melaka ingin menjalinkan hubungan baik dengan Raja Goa di Mengkasar. Kedatangan utusan ini telah disambut baik oleh Raja Goa. Selain itu, hubungan ini juga penting kerana terdapatnya dorongan daripada

pemerintah Melaka untuk menjadikan Sulawesi sebagai salah satu tempat menjalankan kegiatan dakwah agama Islam. Hal ini kerana agama Islam ketika itu, semakin pesat berkembang mengikut perkembangan aktiviti-aktiviti perdagangan antara kerajaan-kerajaan Islam di Kepulauan Melayu.9 Hubungan persahabatan dengan Siam pula dapat dilihat semasa pemerintahan Parameswara. Pada mulanya, Parameswara telah tunduk dan akur dengan kekuasaan Siam. Baginda telah membayar ufti tahunan kepada Siam sebanyak 40 tahil emas sehingga Melaka mendapat perlindungan daripada China. Hal yang sedemikian telah menyebabkan berlakunya persengketaan antara Melaka dengan Siam. Siam telah gentar untuk mengancam Melaka, akibat adanya perhubungan baik Melaka dengan China.10 Siam mula menyerang Melaka apabila China tidak lagi memberi perlindungan kepada Melaka pada tahun 1430. Tetapi, serangan Siam itu dapat dipatahkan oleh Melaka sendiri tanpa ada batuan daripada China. Hal ini disebabkan kerana Melaka sudah pun menjadi sebuah kerajaan yang kuat dan dapat mempertahankan negerinya daripada serangan luar pada ketika itu. Walau bagaimanapun, terdapat usaha Melaka untuk berbaik-baik semula dengan kerajaan Siam. Hal ini kerana Siam merupakan salah satu sumber pembekal beras kepada Melaka. Sumber beras

9

Mohd. Jamil B. Mukmin, Melaka Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara, Melaka: Institut Kajian Sejarah &

Patriotisme Malaysia (IKSEP), 2004, hlm. 81.
10

Ibid, hlm. 63.

4

AEEA2338: SEJARAH KERAJAAN MELAYU MELAKA ABAD KE-15 DAN KE-16

adalah penting bagi menampung jumlah pedagang yang datang dan singgah di Melaka. Dengan itu, mengukuhkan lagi Melaka sebagai satu pusat perdagangan yang terpenting ketika itu.11

Hubungan Melalui Perkahwinan Bentuk hubungan luar Melaka melalui perkahwinan antara pemerintah Melaka dengan puteri-puteri kerajaan lain merupakan salah satu bentuk yang dapat mengukuhkan kedudukan kerajaan Melaka sebagai pusat tumpuan para pedagang. Bahkan, ianya merupakan salah satu faktor penting dalam mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua belah pihak untuk kepentingan bersama. Hal ini dapat dilihat apabila wujudnya perkahwinan antara parameswara dengan Puteri Pasai pada tahun 1414 Masihi. Dapat diketahui bahawa Pasai merupakan sebuah kerajaan Islam dan juga salah satu pusat tumpuan bagi para pedagang Islam yang datang dari India dan Arab. Dengan wujudnya perkahwinan tadi, Melaka dapat menarik tumpuan para pedagang Islam tersebut untuk tertumpu ke Melaka dan akhirnya Melaka dapat berkembang dengan Maju melalui aktiviti perdagangan.12 Hasil perkahwinan ini juga menjadi faktor yang menyumbang ke arah perkembangan Islam di Pahang, Kelantan, Kedah, Siak, Kampar, inderagiri dan Jambi.13 Selain hubungan perkahwinan dengan kerajaan Pasai. Pemerintah Melaka juga ada yang berkahwin dengan puteri Majapahit iaitu antara Sultan Mansur Syah dengan Raden Galoh Cendera Kirana.14 Hal ini dapat merapatkan lagi jurang persengketaan yang pernah berlaku

11

Zainal Abidin Abdul Wahid, Sejarah Malaysia sa-pintas lalu, hlm. 27-28. Lotfi Ismail, Sejarah Malaysia 1400-1963, hlm. 14-15. Mohd. Jamil B. Mukmin, Melaka Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara, hlm. 86-87. A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin, hlm. 110-113.

12

13

14

5

AEEA2338: SEJARAH KERAJAAN MELAYU MELAKA ABAD KE-15 DAN KE-16

antara kedua-dua belah pihak pada akhir abad ke-14.15

Dengan itu, membawa kepada

kemakmuran dalam kerajaan Melaka. Hal ini disebabkan kerana telah berkurangnya kerajaankerajaan yang cuba mengancam Melaka. Dapat dikaitkan juga kemungkinan bahawa Melaka merapatkan hubungan dengan Majapahit ini adalah kerana Melaka ingin menjadikannya sebagai penampung pembekal beras, sekiranya Siam cuba tidak berkerjasama dengan Melaka. Oleh itu, bekalan makanan sudah pasti sentiasa mencukupi bagi memudahkan lagi urusan perdagangan di Melaka.16

Hubungan Dengan Negeri-negeri Naungan Hubungan Melaka dengan negeri-negeri naungan juga faktor penting dalam membantu pengukuhan Melaka sebagai pusat laluan perdagangan antara timur dan barat yang berpusat di Selat Melaka. Hal ini berlaku semasa usaha perluasan kuasa Melaka ke atas negara-negara jiran di Semenanjunga Tanah Melayu dan di timur Sumatera adalah mengikut kepada kekuatan dan kecekapan pemerintah-pemerintah Melaka. Hal ini bermula pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah.17 Terdapat tiga bentuk dalam perhubungan Melaka dengan negeri-negeri

naungan Melaka iaitu negeri-negeri yang menerima taraf naungan, negeri-negeri takluk dan negeri-negeri anugerah. Negeri-negeri yang menerima taraf naungan Melaka adalah seperti Patani, Kedah dan Beruas di Perak yang pernah datang ke Melaka untuk bernaung di bawah kekuasaan Melaka. Manakala, negeri-negeri takluk pula ialah seperti Siak, Kampar, Pahang, Terengganu, Kelang,
15

Mohd. Jamil B. Mukmin, Melaka Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara, Kuala Lumpur: Nurin Enterprise, 1994,

hlm. 45.
16

Malaysia Kita, hlm. 134. Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, hlm. 57.

17

6

AEEA2338: SEJARAH KERAJAAN MELAYU MELAKA ABAD KE-15 DAN KE-16

Sening Hujung, Selangor, Muar, Temasik dan Bentan. Negeri-negeri ini terpaksa membayar ufti kepada Melaka. Seterusnya pula ialah negeri-negeri anugerah seperti Inderagiri dan Siantan. Negeri-negeri ini adalah hadiah yang telah diberikan oleh Betara Majapahit kepada Sultan Mansur Syah setelah berkahwin dengan puterinya.18 Sumbangan hubungan negeri-negeri naungan ke atas Melaka sangat penting dalam aspek pertahanan terutamanya. Contonhnya, sekiranya Siam cuba untuk melancarkan serangan ke Melaka. Siam terpaksa menghadapi pertahanan Melaka di negeri-negeri naungannya terlebih dahulu kerana dapat dijadikan sebagai penampan daripada serangan tersebut. Oleh itu,

membawa kesukaran Siam untuk menyerang Melaka. Selain itu, ianya juga sebahagian daripada hasil pendapatan tahunan Melaka, melalui ufti yang diberikan oleh negeri-negeri naungan tersebut.19 Melaka juga dapat memperolehi sumber-sumber asli seperti emas daripada Pahang.20 Bahkan daripada Inderagiri dan Kampar.21 Oleh yang sedemikian, Melaka dapat mengukuhkan kedudukannya lagi sebagai sebuah kerajaan yang besar dan kuat di Selat Melaka.

Hubungan Perdagangan Kerajaan Melaka yang telah muncul sebagai satu kuasa besar dan kuat di Selat Melaka telah membawa kepada keamanan dan kestabilan politik di pelabuhannya. Hal ini telah

menyumbang kepada pertambahan pedagang-pedagang islam dan bukan islam dari Gugerat, Bengala, Coromandel, Burma, Siam, China, Ryukyu, Filipina dan Kepulauan Melayu itu sendiri yang datang untuk berkunjung dan berdagang di pelabuhan Melaka. Seterusnya telah

menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan Antarabangsa yang terkenal antara timur
18

Malaysia Kita, hlm. 137. Zainal Abidin Abdul Wahid, Sejarah Malaysia sa-pintas lalu, hlm. 22 Lotfi Ismail, Sejarah Malaysia 1400-1963, hlm 22. Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, hlm. 57.

19

20

21

7

AEEA2338: SEJARAH KERAJAAN MELAYU MELAKA ABAD KE-15 DAN KE-16

dan barat. Zaman ini adalah zaman kegemilangan Melaka yang dipimpin oleh Sultan Mansur Syah.22 Perkembangan perdagangan yang pesat di perlabuhan Melaka dan perkembangan Islam di Nusantara ini telah menarik minat pedagang-pedagang dari Eropah untuk datang terus berdagang di Melaka. Terutamanya, pedagang-pedagang Portugis. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk menguasai perdagangan rempah di rantau Asia Tenggara, serta ingin menggugat kedudukan para pedagang Islam yang telah mendahului mereka.23 Pada tahun 1509, pedagang dari portugis telah sampai ke Melaka iaitu bertujuan untuk berniaga di Melaka yang diketuai oleh De Sequeire.24 Portugis cuba untuk berbaik-baik dengan pemerintah Melaka dengan memberi hadiah kepada Sultan Melaka iaitu sebuah rantai emas yang disaluti permata. Terdapat para pedagang dan rakyat Melaka yang memperingatkan pemerintah Melaka supaya berhati-hati dengan kedatangan Portugis tersebut. Maka segala orang hendak gusar akan Peringgi itu, tiada diberi oleh Bendahara Seri Maharaja, katanya, “ Jangan kamuturuti, kerana ia orang yang tiada tahu bahasa.”25 Bagi mencapai tujuan portugis, mereka telah melancarkan beberapa serangan untuk menewaskan Melaka. Serangan pertama portugis ke Melaka yang diketuai oleh Alfonso D’Albuquerque dan dapat dikalahkan oleh Melaka yang dipimpin oleh Tun Hassan.26 Pada tahun 1511, portugis telah menyerang Melaka sekali lagi, sehinggakan Melaka telah dapat dikalahkan. Dapat dilihat bahawa bentuk hubungan luar Melaka dengan portugis ini, secara tidak langsung telah membawa kepada kemerosotan kepada kerajaan Melaka. Pada masa
22

Mohd. Jamil B. Mukmin, Melaka Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara, hlm. 79-87. Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, hlm. 63. Lotfi Ismail, Sejarah Malaysia 1400-1963, hlm 30. A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin, hlm. 230. Ibid.

23

24

25

26

8

AEEA2338: SEJARAH KERAJAAN MELAYU MELAKA ABAD KE-15 DAN KE-16

permerintahan Portugis di Melaka, ramai pedagang yang telah beralih tempat ke tempat lain untuk menjalankan kegiatan perdagangan. Hal ini kerana akibat daripada sistem yang digunakan oleh portugis adalah tidak disukai oleh para pedagang lain.27 Oleh itu telah menyebabkan berlakunya kemerosotan di pelabuhan Melaka.

KESIMPULAN Bentuk-bentuk hubungan luar yang pernah dijalinkan oleh Melaka seperti Melaka pernah membuat hubungan awal dengan kerajaan China. Hal ini telah mengukuhkan kedudukan Melaka kerana dapat berlindung dan menjaga keselamatan Melaka daripada ancaman luar yang bermusuh dengan Melaka. Pengukuhan kerajaan Melaka juga berlaku dalam bentuk hubungan persahabatan yang dijalinkan oleh Melaka dengan kerajaan yang sama taraf dengan Melaka. Selain itu, Melaka dapat mengeratkan hubungan juga melalui jalinan perkahwinan pemerintah Melaka dengan puteri-puteri kerajaan lain. Seterusnya, bagi menjamin dan sentiasa mengekalkan pengukuhan Melaka, Melaka juga sangat mengambil berat tentang perhubungan Melaka dengan negeri-negeri di bawah naungannya. Serta, Melaka cuba berhubungan baik dengan para Sehinggakan Melaka menjadi sebuah pusat

pedagang yang singgah berdagang di Melaka.

perdagangan yang terpenting pada masa itu. Hal ini telah menarik minat pedagang dari Eropah, iaitu portugis untuk mengambil ahli pemerintahan Melaka bagi mencapai maksud dan tujuan Meleka semata-mata. Hal ini telah menyebabkan berlakunya kemerosotan kepada Melaka

apabila pemerintahan asal Melaka dapat dikalahkan oleh portugis pada tahun 1511. BIBLIOGRAFI A. Samad Ahmad, Sulalatus Salatin, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1979. Andaya, Barbara Watson, Sejarah Malaysia, Petaling Jaya : MacMillan, 1983.
27

Zainal Abidin Abdul Wahid, Sejarah Malaysia sa-pintas lalu, hlm. 32.

9

AEEA2338: SEJARAH KERAJAAN MELAYU MELAKA ABAD KE-15 DAN KE-16

Lotfi Ismail, Sejarah Malaysia 1400-1963, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, 1978. Malaysia Kita, Kuala Lumpur: Institut Tadbir Awam Negara (INTAN), 1991. Mohd. Jamil B. Mukmin, Melaka Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara, Melaka: Institut Kajian Sejarah & Patriotisme Malaysia (IKSEP), 2004. Mohd. Jamil B. Mukmin, Melaka Pusat Penyebaran Islam Di Nusantara, Kuala Lumpur: Nurin Enterprise, 1994. Zainal Abidin Abdul Wahid, Sejarah Malaysia sa-pintas lalu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1971.

10

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->