You are on page 1of 20

Bersetujukah anda dengan pendapat yang mengatakan bahawa ASEAN lebih

menumpukan kepada isu ekonomi berbanding dengan aspek-aspek politik dan

keselamatan serantau.

ASEAN mula dibentuk dengan penubuhan sebuah organisasi dikenali sebagai

Persatuan Asia Tenggara (Association of Southeast Asia atau ASA) yang dianggotai oleh

Filipina, Malaysia dan Thailand pada tahun 1961. ASA merupakan asas kepada

pembentukan ASEAN sekarang. Pada masa itu, Indonesia tidak ingin menyertai ASA

kerana tidak mahu terikat dengan pertubuhan yang mempunyai perlbagai anggota.

Akibat daripada pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, pertikaian berlaku

khususnya antara Indonesia dan Filipina yang menganggap pembentukan Malaysia

adalah sebagai satu bentuk penjajahan baru. Ini kerana mereka mendakwa Sabah

merupakan sebahagian daripaa Filipina manakala Sarawak pula adalah sebahagian

daripada Indonesi.-masing1 Oleh kerana pertikaian tersebut, munculnya slogan

Ganyang Malaysia yang membawa kepada konfrantasi pada 1965-1966 oleh Indonesia.

Selepas tamatnya konfrantasi tersebut, semua negara-negara Asia Tenggara bersepakat

untuk mewujudkan persefahaman untuk memberi ruang kepada semua negara-negara

terbabit bersatu dalam perkara yang melibatkan kepentingan bersama.

Maka, pada 8 Ogos 1967, lima pemimpin - Menteri Luar Indonesia, Filipina,

Malaysia, Singapura dan Thailand ( Adam Malik, Narciso R. Ramos, Tun Abdul Razak, S.

1
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_ASEAN
Rajaratnam, dan Thanat Khoman) - duduk bersama di dewan utama Jabatan Hal Ehwal

Luar di Bangkok, Thailand dan menandatangani satu dokumen yang kini dikenali

sebagai Deklarasi ASEAN.2 Dengan kewujudan pertubuhan ini, maka terwujudlah juga

perdamaian di wilayah Asia Tenggara berbanding kawasan lain dalam 40 tahun

kebelakangan ini.

Walaupun pertimbangan strategic dan politik merupakan asas penubuhan

ASEAN, pertimbangan ekonomi dan kestabilan sosial kawasan serantau juga tidak

diabaikan. Seperti yang diketahui umum, antara matlamat penubuhan ASEAN adalah

seperti mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan

kebudayaan di rantau Asia Tenggara, di samping menggalakkan keamanan di rantau

Asia Tenggara, mematuhi prinsip piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, serta

menggalakkan hubungan kerjasama dan bantuan antara satu sama lain di kalangan

anggota ASEAN dan juga antarabangsa terutama dalam bidang perdagangan, pertanian,

perusahaan, pelancongan dan sebagainya bagi meningkatkan taraf hidup penduduk.

Walaupun demikian, pertubuhan ini tidak semata-mata menumpukan kepada isu-

isu keselamatan serantau mahupun yang melibatkan aspek-aspek politik. ASEAN dilihat

lebih banyak menumpukan kepada isu ekonomi. Ini dapat dibuktikan kerana pada masa

ini, kawasan Asia Tenggara muncul sebagai salah satu kawasan yang mempunyai

kekuatan ekonomi yang boleh dilihatkan di Asia bahkan di dunia. Matlamat ASEAN tidak
2
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_ASEAN
banyak berbeza daripada ASA iaitu untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang

ekonomi dan bidang lain yang berkaitan. 3 Aktiviti ekonomi ASEAN adalah bermula

daripada kerjasama ekonomi Bari iaitu pada tahun 1967 sehingga tahun 1976 tetapi ia

boleh dikatakan agak lembab kerana tiada aktiviti dijalankan pada peringkat ASEAN.

Kerjasama ekonomi bermula setelah beberapa perjanjian dibuat seperti Perjanjian

Persahabatan dan Kerjasama (treaty of amity and cooperation) dan perisytiharan

Pakatan ASEAN (Declaration of ASEAN Concord) yang ditandatangani pada tahun 1976

semasa mesyuarat ketua-ketua Kerajaan ASEAN pertama.

Yusuf ismail et al, dalam buku Dasar-dasar kerajaan Malaysia turut menyatakan

bahawa buat masa ini, aspek ekonomi diberi keutamaan yang lebih berbanding dengan

aspek politik dan keselamatan. Ini kerana aspek ekonomi dianggap sangat mustahak

memandangkan kecenderungkan dunia ke arah perlindungan perdagangan yang

dilakukan oleh Negara-negara barat. Pelbagai blok perdagangan dunia seperti EC,

NAFTA dan sebagainya ditubuhkan. Harga komoditi dunia adalah tidak stabil di dunia

pasaran. Justeru itu Negara barat menggunakan stok penimbal untuk menentukan

harga barangan utama yang dikeluarkan oleh Negara yang sedang membangun supaya

mereka sentiasa mendapat keuntungan.

Situasi krisis ekonomi dan kewangan global yang serius begini memerlukan

tindakan keserantauan. Bank-bank di Asia dikatakan menghadapi gelombang yang tidak

sama. Sungguhpun begitu keadaan turun naik pasaran saham sangat negatif dan kadar

pertukaran wang juga tidak mantap, serta eksport yang kekal menjadi jentera

3
Murniza.malaysia dan kerjasama serantau.www.scribd.com/doc
pertumbuhan ekonomi rantau itu pun lambat laun ikut dipengaruhi situasi global.

Ada pemimpin dunia yang menyebut era penguasaan ekonomi Amerika Syarikat

kini menuju ke penghujung. Ada pula yang melontarkan idea dunia mungkin

memerlukan suatu sistem ekonomi baru yang lebih adil. Sistem baru itu dikatakan

haruslah berdasarkan pengurusan kolektif dan permuafakatan dalam rangka kerjasama

itu. Para pemimpin Asia mungkin merasai hakikat yang sama, lalu menyepakati

bagaimana mereka boleh bekerjasama melawani tsunami atau ribut besar ekonomi yang

melanda masing-masing negara.

ASEAN sedia mengatur langkah-langkah bersama secara strategik bagi

menghadapinya. Isu kewangan dunia ini dibincangkan tatkala ekonomi negara

pengeksport menjadi perlahan, pasaran saham menjunam dan para pemimpin ASEAN

telah meletakkan agenda krisis kewangan ini sebagai agenda utama. Di Malaysia, ada

orang berpendapat kemelesetan ekonomi sejagat ini dikatakan suatu ancaman baru

yang sedang dihadapi negara. Impak keruntuhan sistem kewangan Amerika menjadi

kesan berantai terhadap negara-negara lain termasuk ke atas negara-negara maju

seperti Jepun dan Kesatuan Eropah. Justeru itu, tidak hairanlah impak tersebut turut

terkena pada Negara-negara anggota ASEAN. Ada empat faktor yang disandarkan yakni

penurunan harga minyak dunia yang akan memberi kesan kepada pendapatan Negara

yang bergantung lebih daripada 40 peratus kepada hasil petroleum.


Kedua, menjunamnya harga komoditi khususnya minyak sawit mentah (CPO)

dan getah yang bukan sahaja memberi impak kepada pendapatan negara tetapi juga

para peneroka, pekebun kecil dan penduduk luar bandar. Ketiga, terjejasnya eksport

negara akibat kemelut ekonomi di Amerika dan Eropah dengan adanya kemungkinan

penguncupan permintaan produk sektor perkilangan misalnya produk industri elektrik

dan elektronik. Keempat, kesan yang datang dan tekanan aliran keluar modal yang

meningkat akibat hilangnya keyakinan pelabur.4

Kerjasama ASEAN untuk meningkat ekonomi negara anggota adalah antaranya

melalui sistem pasaran bebas. Negara anggota turut bantu membantu sesama sendiri

untuk memajukan ekonomi malah turut mengurangkan konflik dalaman. Dialog dengan

Negara-negara maju diadakan seperti Kesatuan Ekonomi Eropah (EC) supaya

kewujudan pasaran tunggal di Eropah Barat pada 1992 tidak membentuk kawasan

perlindungan perdagangan di kalangan negara Eropah. EC diseru supaya menghormati

keputusan rundingan di Uruguay tentang usaha mewujudkan kawasan perdagangan

bebas bagi kemakmuran dan kesejahteraan di dunia.

ASEAN turut mencadangkan penubuhan EAEC (EAST ASIA ECONOMIC CAUCAS)

sebagai satu forum untuk membincangkan isu-isu perdagangan bagi memelihara

kepentingan negara-negara ASEAN. Ia bermatlamat untuk meningkatkan kerjasama

politik, mempromosi ,mengawal perdagangan bebas, mempertingkatkan persefahaman

serantau dan meyumbang kepada system perdagangan pelbagai hala. EAEC di anggota

4
http://www.scribd.com/doc/19162129/Modul-PP-Geografi-STPM-Tema-4-Globalisasi- Dan-Kerjasama-

Ekonomi
oleh ASEAN 7, China, Jepun dan Republik Korea. 5 EAEC bukanlah satu blok perdagangan

seperti yang didakwa oleh negara perindustrian barat. Ia hanya bertindak sebagai satu

badan yang menjaga kepentingan perdagangan negara anggota ASEAN melalui

perbincangan.

Kepentingan ekonomi ASEAN turut dapat dikawal dengan adanya AFTA ( Kawasan

Perdagangan Bebas ASEAN). Pasaran Serantau Bersepadu apabila hampir kesemua

cukai dan tariff bagi barangan yang diniagakan diturunkan kepada tahap minimum atau

dihapuskan sepenuhnya. AFTA bertujuan untuk membentuk satu pasaran besar untuk

menarik pelabur asing seramai yang mungkin.

Justeru ASEAN mengadakan pelbagai projek perindustrian ASEAN. Hasil

daripada kerjasama ASEAN ini akan meningkatkan keyakinan pelabur asing apatah lagi

ASEAN memegang konsep ASEAN memakmurkan jiran.

Melalui pertubuhan ASEAN juga, pelbagai usahasama dalam ekonomi diadakan

sesama Negara anggota malah antara Negara anggota dengan Negara luar lain. Salah

satu daripada kerjasama ekonomi ASEAN adalah seperti pelaksanaan projek-projek

perindustrian seperti;

- Projek Baja Urea ASEAN masing-masing di Malaysia dan Indonesia,

- Projek Vaksin Hepatitis B di Singapura,

- Projek Fabrikasi tembaga di Filipina, serta

- Projek Garam-Batuan Abu-Soda ASEAN di Thailand.

5
http://www.miti.gov.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_ad37e545-c0a81573-3bd73bd7-6a782082
ASEAN juga mengadakan skim pelengkapan Perindustrian ASEAN misalnya dalam

bidang automatif. Selain itu, pada tahun 1977 ASEAN telah mewujudkan Peraturan

Perdagangan Istimewa 1977 yang bertujuan untuk meningkatkan perdagangan antara

Negara anggota. Keistimewaan yang diberikan dalam perjanjian tersebut adalah

termasuk kontrak kualiti jangka panjang, perolehan istimewa oleh entity kerajaan,

pelonggaran langkah-langkah bukan tariff dan peluasan tariff istimewa. 6

Dalam bidang kewangan pula, ASEAN telah bekerjasama untuk menubuhkan

satu Majlis Perbankan ASEAN (ASEAN Banking Council). Majlis Perbankan ini pula

ditubuhkan adalah bertujuan untuk menyelaraskan kegiatan bank-bank perdagangan di

rantau ASEAN. Disamping penubuhan Majlis Perbankan tersebut, Syarikat kewangan

ASEAN ditubuhkan untuk memberikan kemudahan kewangan kepada Negara-negara

yang terlibat dalam projek-projek usahasama ASEAN. Kerjasama dalam bidang

komunikasi pula dapat dilihat melalui pemasangan kabel laut ASEAN untuk

menghubungkan semua Negara anggota, pengiktirafan lesen pemandu di rantau ASEAN.

Selain itu ASEAN juga mengasaskan Skim Pertukaran Berita Televisyen.

Antara kerjasama dalam sektor pemakanan dan pertanian pula ialah dengan

Penubuhan Pusat Perancangan Pembangunan Pertanian ASEAN sebagai bank data atau

pusat maklumat mengenai masalah pertanian. Penubuhan Plain Quarantine Training

Centre and Institute di Serda. Penubuhan ASEAN centre for development of agricultural

6
R. Winantyo et al; Masyarakat Ekonomi ASEAN (MEA) 2015; Memperkuatkan senergi

ASEAN.
cooperate di Indonesia. Tambahan daripada kerjasama ASEAN yang telah memajukan

dan mempercepatkan tahap liberalisasi ekonomi ASEAN maka terwujudlah kawasan

pertumbuhan segitiga. Ia dicapai berdasarkan kepada persefahaman dan persetujuan

yang dicapai antara pihak-pihak yang terlibat.

ASEAN telah mewujudkan kawasan pertumbuhan segitiga yang menggalakkan

pembangunan dalam bidang perdagangan, pelancongan, pengangkutan, dan

perhubungan seperti

- IMT-GT (Pertumbuhan Segitiga Indonesia (Sumatera utara dan

Acheh) –Malaysia (perlis, Kedah, Pulau Pinang dan perak utara) –

Thailand (narathiwat, Songkla, Yala, Satun dan Patani)

- IMS-GT (Pertumbuhan Segitiga Indonesia (Riau) –Malaysia (Johor)

-Singapura)

- BIMP-EAGA (Kawasan pertumbuhan ASEAN timur Brunei –Indonesia

(Sulawesi Utara, Kalimantan Timur dan barat) –Malaysia (Sabag,

Sarawak, Labuan) –Filipina (Mindanao dan Palawan)

Kerjasama dalam pertumbuhan segitiga ini dilakukan dengan baik demi

perkembangan ekonomi ASEAN dan kepentingan negara-negara anggota. IMS-GT

berfungsi sebagai perhubungan dan perdagangan dalam perindustrian. Manakala bagi

IMT-GT pula merupakan sumber pertanian dan pelancongan ASEAN. Kerana itu dapat

kita lihat ia merujuk kepada kawasan Riau dan Johor masing-masing di Indonesia dan

Malaysia. Bagi BIMP-EAGA pula, pelbagai aktiviti ekonomi dilakukan. 7


7
Hafiz A Akhand; Kanhaya L Gupta; Economic development in Pacific Asia
Kerjasama dalam pertumbuhan segitga ini memainkan peranan yang penting dalam

memajukan wilayah dan negara anggota. Antaranya adalah seperti;

i. Perdagangan

ii. Pelaburan

iii. Pengaliran buruh

iv. Penggunaan sumber

v. Pengangkutan dan perhubungan

vi. Teknologi

Antara aspek–aspek saling kebergantungan negara anggota pula adalah seperti;

(a) Pelaburan

Negara anggota diperlukan untuk menanam modal dalam aktiviti ekonomi. Ia akan

mampu memberi impak yang besar keatas naik atau turunnya ekonomi ASEAN jika

negara anggota bekerjasama atau tidak dalam memainkan peranan dan mengambil

bahagian dalam penanaman modal bagi setiap aktiviti ekonomi ASEAN. Pelaburan

modal bukan sahaja daripada syarikat besar, peniaga individu, tetapi juga daripada

pihak swasta mahupun daripada sumbangan kerajaan. Ia boleh berbentuk dari segi

fizikal, sosial dan ekonomi. ASEAN dapat mengeksploitasi pelbagai sumber yang

terdapat dalam negara anggota contohnya hasil hutan, petroleum, perkilangan dan

perindustrian, malah dalam bidang perkhidmatan.

(b) Teknologi
Teknologi turut menyumbang kepada ekonomi ASEAN. Ia melibatkan pelbagai alat,

teknik, mesin, bahan, pengeluaran atau proses dan sumber tenaga untuk mendapat

kerja lebih mudah dan produktif. Malah dengan adanya teknologi, ia dapat

membantu manusia mendalami dan memperluas penguasaan tentang alam sekitar

untuk meningkatkan taraf hidup sekaligus meningkat ekonomi ASEAN. Perpindahan

teknologi boleh berlaku melalui pelaburan terus oleh syarikat asing atau negara luar,

mengimport barangan modal. Dalam teknologi juga kita mampu lebih cepat dalam

pengurusan perjanjian, perlesenan, usahasama, khidmat teknikal, pelbagai

pengurusan francais persidangan teknikal. Penyelidikan bersama serta lain-lain.

Pada peringkat permulaan, pengurangan terhadap permintaan pasaran dunia

terhadap sumber bahan utama seperti biji timah dan getah asli Negara-negara ASEAN

telah membantutkan pertumbuhan ekonomi di rantau ini. Akibatnya Negara-negara

ASEAN terpaksa memberikan perhatian kepada sektor perkilangan dan perkhidmatan.

Walaubagamanapun, Negara-negara maju masih mempunyai kelebihan ekonomi dari

segi kos pengeluaran dan kecanggihan teknologi. Pengeluaran dan pemasaran keluaran

yang sama telah menyebabkan persaingan yang sengit dalam kalangan Negara-negara

anggota dan antara Negara ASEAN dan Negara maju lain.

Malah ASEAN masih lagi banyak bergantung kepada Negara maju lain dari segi

ekonomi. Dalam globalisasi ekonomi saling kebergantungan antara Negara pada bahan,

modal, buruh, pasaran dan teknologi dalam proses pengeluaran.Konsep saling

kebergantungan antara kawasan merujuk kepada hubungan antara Negara atau

kawasan untuk keperluan ekonomi. aspek –aspek saling kebergantungan adalah seperti
dalam aspek pelaburan iaitu proses menanam modal dalam aktiviti ekonomi. Ia

diperoleh daripada kerajaan dan swasta, pelaburan dr segi fizikal,social, ekonomi,

exploitasi sumber, petroleum, hutan, perkilangan ,perkhidmatan. Manakala dalam

bidang Teknologi pula seperti alat, teknik, mesin, bahan, pengeluaran atau proses dan

sumber tenaga untuk mendapat kerja lebih mudah dan produktif. Ia boleh membantu

manusia mendalami dan memperluas penguasaan tentang alam sekitar untuk

meningkatkan taraf hidup

Anggota-anggota ASEAN sebagai negara sedang membangun harus bersatu

dalam menuntut kadar syarat perdagangan yang lebih baik daripada negara-negara

utara yang maju. Layanan yang lebih adil dalam perdagangan dapat diperolehi daripada

utara jika anggota-anggota ASEAN bersatu. Paparan bersama di kalangan begara

ASEAN dapat diusahakan dan direalisasikan jika wujud kerjasama yang erat. Idea ini

akan memudahkan aliran barang-barang dagangan di kalangan negara anggota ASEAN

dan jumlah dagangan dapat dipertingkatkan. Ini dapat mengurangkan kebergantungan

kepada pasaran barat yang nyata lebih menguasai pasaran dunia.

Pelbagai langkah telah diambil untuk menjalankan projek industri secara

usahasama dikalangan negara anggota ASEAN melalui pinjaman Jepun. Projek industri

ASEAN diumumkan bagi menubuhkan industri-industri tertentu di kalangan anggota

ASEAN seperti yang telah tersenarai di atas supaya hasilnya dapat digunakan bersama.

ASEAN juga telah mengambil pendirian bersama dalam beberapa isu

perdagangan antarabangsa khususnya mengenai tarif dan halangan ke arah


mewujudkan perdagangan bebas di dunia bagi kepentingan pembangunan negara dunia

ke tiga. Antaranya termasuklah. Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC). Ia merupakan

forum untuk memudahkan pertumbuhan ekonomi, kerjasama, perdagangan dan

pelaburan di rantau Asia Pasifik. Dialog terbuka dijalankan dan setiap pandangan

dihormati. Malah sesiapa pun tidak akan terikat tetapi tetap bekerjasama dalam APEC.

Ia bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, memberi kemakmuran

sekaligus mengeratkan harmoni negara anggota dan negara lain.

Turut dibincangkan adalah kepentingan dan masalah terutama dalam pakatan

ekonomi serantau yang mana lebih tertumpu kepada ASEAN, APEC, dan EAEC. Antara

kepantingan dan masalah yang dapat dilihat adalah seperti;

1. Mengurangkan kesan negative globalisasi ekonomi dunia

2. Pasaran bersama ASEAN

3. Meningkatkan daya saing serantau

4. Menjaga kepentingan bersama serantau

5. Keperluan guna tenaga buruh

Selain itu, perbincangan dan masalah dalam kerjasama ekonomi serantau turut

melibatkan;

1. Perbezaan ekonomi antara Negara anggota

2. Konflik politik wilayah dalam Negara anggota

3. Keupayaan melaksanakan projek kerjasama serantau

4. Persaingan antara kepentingan Negara dengan kepentingan serantau

5. Pencemaran rentas sempadan


6. Keselamatan serantau

Pelbagai usaha ASEAN untuk menjamin ekonomi ASEAN dapat membantu untuk;

- Mengubah tradisi aktiviti ekonomi Negara membangun

- mengangkat martabat Negara ke era perindustrian , iaitu suatu era baru

- meningkatkan eksport negara anggota sesama sendiri juga dengan negara luar.

- menambah peluang pekerjaan

- meningkat aktiviti perkhidmatan

- menggalakkan pertumbuhan ekonomi

Pengeluaran ASEAN;

- kerjasama dan kemajuan dalam ekonomi membolehkan industry berpindah dari

lokasi asal (Negara maju) ke lokasi baru (negara sedang membangun.)

- Negara maju akan menyebabkan kos buruh tinggi manakala Negara sedang

membangun pula kos buruh rendah dan kos pengeluaran turut rendah.

- Pengeluaran dalam negara juga di adakan seperti aktiviti pengeluaran dari Bandar

ke luar Bandar,dari Bandar besar ke Bandar kecil, dari wilayah

Pusat ke wilayah pinggir

(d) pasaran

- Negara-negara anggota ASEAN majoriti mempunyai penduduk yang ramai yang

mempunyai kuasa beli yang tinggi.

- Pengenalan AFTA telah membolehkan barangan sesama Negara ASEAN

memasuki pasaran Negara-negara ASEAN dengan mudah dan telus. Ini adalah

Hasil perbinccangan dan kerjasama negara anggota.


(e) bekalan buruh

- kerjasama ASEAN dalam ekonomi dapat dilihat dari segi kekurangan buruh. Ini

kerana kekurangan buruh dalam sesebuah Negara dan kawasan boleh ditampung oleh

Negara lain yang menganggotai ASEAN. Sebagai contoh tenaga kerja di Indosia

berhijrah ke Malaysia, dan sebagainya. Contoh lain pula adalah di lihat dari sektor

perladangan dan pembinaan. Indonesia mempunyai tenaga buruh yang lebih, justeru

itu tenaga buruh yang berlebihan akan disalurkan ke negara-negara yang

memerlukan.

ASEAN amat memerlukan kerjasama sesama negara anggota mahupun

negara lain. Ini kerana ia akan memberi kecekapan dalam pengurusan ekonomi

seperti melalui perjanjian keutamaan dagangan , tariff khas, bebas cukai barangan

tertentu , hapus sekatan dagangan, hapus cukai dua kali. Manakal persaingan turut

diperlukan untuk memastikan perindustrian sentiasa maju dan bersaing dengan sihat.

Persaingan antara negara dielakkan. Namun, Negara-negara di dunia berlumba-lumba

manghasilkan barangan serta perkhidmatan terbaik untuk dipasarkan di peringkat

global. Oleh itu, ASEAN turut tidak ketinggalan untuk turut berlumba dan bersaing

agar tidak mundur dan mampu berjaya seperti negara-negara maju lain. Negara

Berjaya mengurangkan kos pengeluaran barangan akan berjaya dalam pengeluaran

ini.
Barangan berkualiti dan berharga rendah akan dihasilkan oleh Negara yang

bersaing. Negara tersebut akan menghasilkan pengkhususan untuk mengelakkan

persaingan. Oleh itu, ekonomi mampu ditingkatkan setanding negara luar yang

berjaya. ASEAN turut menyertai perdagangan antarabangsa (import & eksport) tanpa

tariff, dan kuota, juga tanpa banyak sekatan , tiada campur tangan ZOPFAN.

ZOPFAN yang dikenali sebagai satu Kawasan Zon Aman, bebas Dan Berkecuali

dibentuk pada tahun 19718. Konsep utama ZOPFAN adalah kawasan Asia Tenggara tidak

seharusnya menjadi kancah perebutan kuasa dan persengketaan di kalangan kuasa-

kuasa besar. Asia Tenggara ingin mengekalkan kestabilan politik demi menjaga

keamanan di rantau ini. Oleh itu, Penyertaan ASEAN dalam perdagangan aktiviti import

dan eksport tanpa campur tangan ZOPFAN membuktikan bahawa ASEAN sangat

memntingkan aktivti ekonomi.

Membincangkan tentang ASEAN mementingkan isu ekonomi turut dapat dilihat

apabila para pemimpin ASEAN telah bersepakat untuk membentuk satu komuniti ASEAN.

Komuniti ASEAN yang diinginkan itu didasarkan atas tiga cabang iaitu, Komuniti

Keamanan ASEAN, Komuniti Ekonomi ASEAN dan Komuniti Sosial Budaya ASEAN.

Hakikat dari suatu Komuniti ASEAN terwujudnya suatu integrasi penuh kawasan yang

damai dan sejahtera.

Komuniti ASEAN ditandai dengan:

8
Taylor & Francis, 2008, Southeast Asian Development. Hoboken :
i) semakin besarnya interaksi bidang politik dan keamanan;

ii) Terdapat pasar tunggal dan produksi asas dengan aliran bebas

barang, jasa, modal dan orang;

iii) Terwujudnya masyarakat yang lebih prihatin, yang

menitikberatkan pada pembangunan sosial, pendidikan dan

pengembangan SDM, kesehatan masyarakat, kebudayaan dan

informasi serta perlindungan lingkungan.

Isu-isu politik masih ditumpukan oleh ASEAN kerana ia tetap berkaitan dengan

ekonomi. Walau bagaimana pun, terdapat beberapa isu yang kurang dipersetujui oleh

ASEAN terutama bagi sesetengah negara anggota. ASEAN lebih tertumpu kepada

bantahan terhadap mana-mana kem yang bersengketa sebaliknya ASEAN lebih suka

mengambil sikap dasar berbaik-baik sesama negara. Ini dapat menggalakkan keamanan

negara anggota sekaligus kemajuan dalam pencapaian usaha ekonomi.

Asia Tenggara akan menjadi kawasan yang bebas daripada peperangan tidak

langsung akibat persengketaan kuasa-kuasa besar. Kestabilan politik yang berkekalan

menjadi ddayapenarik kepada pelabur asing untuk terus melabur di negara-negara

dalam ASEAN. Dengan sikap berkecuali, kuasa-kuasa besar tidak mempunyai sebarang

alasan yang berpanjangan dan penglibatan kuasa-kuasa besar dunia dalam hal ehwal

politik dalaman negara-negara ASEAN.

Kuasa-kuasa besar tidak bersetuju dengan konsep ZOPFAN kerana kehadiran

tentera amerika di Filipina akan mengakibatkan negara itu lebih unggul dari segi
pengaruhnya di Asia Tenggara. D kalangan negara ASEAN juga kurang memuaskan.

Indonesia lebih suka pertahanan dan keselamatan diuruskan oleh negara masing-

masing. Singapura pula berpendapat rantau Asia tenggara memerlukan penglibatan

kuasa-kuasa besar untuk menjaga keselamatannya. Thailand pula lebih cenderung

kepada bantuan ketenteraan Amerika dalam menjaga keselamatannya daripada

Vietnam.

Daripada situasi politik dan ketidak seragaman persetujuan negara-negara

anggota terhadap usaha pertahanan dan keselamatan negara, dapat disimpulkan

bahawa setiap negara mempunyai alasan untuk bersetuju atau tidak bersetuju ke atas

mana-mana cadangan untuk menjaga keselamatan negara. Walaupun demikian, setiap

negara masih mahu untuk mengekalkan ketenteraman negara masing-masing walaupun

dengan cara sendiri. Ini membuktikan bahawa ASEAN kurang menumpukan kepada

kerjasama politik dan sosial. Tetapi dengan menjaga keamanan dalam negara anggota

ASEAN akan dapat meyakinkan pelabur-pelabur asing terhadap status ekonomi ASEAN

sekaligus terus melabur dan menyambut pasaran-pasaran dari negara-negara ASEAN.

Hal yang sentiasa dipersetujui bersama oleh negara anggota adalah lebih

tertumpu kepada bidang ekonomi dan kepentingan bersama. Isu-isu lain dalam

perbincangan ASEAN masih disentuh tetapi disamping itu, isu ekonomi masih

mempengaruhi isu politik mahupun sosial di ASEAN. Justeru dalam struktur ASEAN juga

lebih banyak merujuk kepada kepentingan ekonomi serantau. Manakala dalam

perbincangan-perbincangan ketua-ketua kerajaan, isu ekonomi juga lebih banyak

disentuh dan dibahaskan. Aktiviti-aktiviti ASEAN juga banyak merujuk kepada aktiviti
keusahawanan dan perindustrian, perdagangan dan pelancongan, justeru dalam sistem

pengangkutan dan pehubungan juga sentiasa sangkut paut dengan kepentingan

ekonomi ASEAN. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa ASEAN lebih menumpukan

kepentingan ekonomi negara-negara anggota berbanding isu politik dan sosial.


Senarai Rujukan;

Rujukan Buku.

Hafiz A Akhand; Kanhaya L Gupta; Economic development in Pacific Asia

Jamal Ali; Ekonomi Malaysia, Satu analisis dasar, 2003, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Kuala Lumpur.

Rusly Musa et al; Geografi alam sekitar manusia; teks pra-u stpm; 2006. Pearson Sdn

Bhd, Petaling Jaya.

R. Winantyo et al; Masyarakat Ekonomi ASEAN (MEA) 2015; Memperkuatkan senergi

ASEAN.

Taylor & Francis, 2008, Southeast Asian Development. Hoboken :

Yusof Ismail et al, 2004, Dasar-dasar Kerajaan Malaysia, Percetakan Safa sdn bhd,

Kuala Lumpur.
Rujukan Internet;

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_ASEAN

http://www.scribd.com/doc/19162129/Modul-PP-Geografi-STPM-Tema-4-Globalisasi-

Dan-Kerjasama-Ekonomi

http://www.waspada.co.id/index.php/images/flash/plugins/content/highslide/index.php?
option=com_content&view=article&id=1771:menlu-asean-harus-pentingkan-
rakyat&catid=17:nasional&Itemid=30

http://www.miti.gov.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_ad37e545-
c0a81573-3bd73bd7-6a782082

http://www.rights.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=140:krisis-
ekonomi-dan-kewangan-global&catid=1&Itemid=49

You might also like