You are on page 1of 1

Rumah panjang Sarawak

Pada 9 Oktober 2009, kerajaan negeri Sarawak berhasrat memberi nilai


dan gaya baru kepada rumah panjang Sarawak tanpa mengorbankan ciri-
ciri unik rumah panjang.Menteri Perumahan negeri Datuk Amar Abang
Johari Tun Openg menyatakan seminar rumah panjang diadakan bagi
mendapatkan pelbagai input daripada pemimpin masyarakat Iban, Bidayuh
dan Orang Ulu . Hak milik strata bagi setiap bilik akan dikeluarkan
dan dengan itu dapat digunakan sebagai cagaran apabila memohon
pinjaman. Insuran rumah juga dapat dikeluarkan demi keselamatan
rumah. Biasanya rumah panjang mempunyai 10 dan 20 bilik . Setiap
rumah panjang mempunyai "ruai" iaitu ruang bilik bersama yang
terletak di bahagian hadapan rumah itu di mana kebanyakkkan aktiviti
diadakan di tempat itu.

Arkitek daripada kaum Iban akan memastikan tidak menghapuskan hak


"tuai rumah" yang menjadi ketua bagi setiap rumah panjang. Hak
pentadbiran mereka akan dikekalkan. Di kampung tradisional Melayu ,
ketua kampung menjadi penghulu bagi kampung berkenaan.Reka bentuk
baru itu mungkin sama seperti konsep sebuah lot kedai dengan kaki
limanya tetapi masih mengekalkan reka bentuk rumah panjang.[1]

You might also like