You are on page 1of 3

Institut Pendidikan Guru, Kampus Tun Abdul Razak

Refleksi

Sepanjang melaksanakan tugasan olahraga yang diberikan oleh Tn. Haji Musah
Bin Ahmad, banyak pengetahunan dan ilmu yang saya dapat. Pengetahuan dan ilmu ini
menjurus kepada cara kepegawaian mengelolakan sukan atau pertandingan. Antara
yang kami pelajari dalam tempoh masa 6 bulan ini ialah lompat jauh, lari pecut, lari
berpagar, lontar peluru, lompat tinggi dan lari berganti-ganti.

Kumpulan saya diberi tugasan lompat tinggi. Di dalam satu kumpulan kami ada 4
orang iaitu saya sendiri Marlyana Binti Umar, Shamila Bt Dabong, Mohd Hatta B. Zulkifli
dan Wong Suk Ling. Lompat tinggi di jalankan pada 7 Oktober 2010 di Dewan
Serbaguna IPG Kampus Tun Abdul Razak. Kami membuat penerangan dan demo
mengenai lompat tinggi serta cara mengendalikan sukan lompat tinggi ini.

Pada keseluruhan, kursus ini sangat berguna untuk dibawa ke sekolah. Ini
kerana sudah semestinya setiap sekolah akan mengadakan sukan setiap tahun.
Dengan adanya kursus ini kami diterangkan dengan terperinci dari sejarah, pengenalan
sukan, cara latihan yang sesuai, teknik-teknik yang betul pada setiap sukan olahraga,
peraturan-peraturan sukan olehraga, cara borang penilaiaan dan cara pemarkahan. Ia
diterangkan secara terperinci dan mudah difahami. Sebelum ini kami tidak jelas tentang
setiap sukan olehraga yang dijalankan. Dengan adanya kursus ini, kami tidak teragak-
agak lagi apabila nanti di arahkan untuk menjadi pegawai penilai untuk aktiviti di mana-
mana kejohanan yang dianjurkan oleh sekolah mahupun daerah.

Antara lain ialah, kami membuat praktikal mengenai permainan tersebut. Dengan
adanya praktikal dan melakukan sendiri, ia lebih jelas dan tidak tertumpu kepada cara
pembelajaran hanya mendengar. Cara penyediaan alatan dan cara menjalankan sukan
olahraga tersebut juga amat penting dan berguna. Kita akan lebih ingat dan mudah
untuk mempraktikkanya di sekolah nanti.

Olahraga
Institut Pendidikan Guru, Kampus Tun Abdul Razak

Selain itu ia memupuk semangat berpasukan di dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Kerjasama berpasukan penting dalam mejayakan sesuatu pengelolaan aktiviti sukan.

Terdapat juga kelemahan sepanjang krusus ini berlangsung. Antara kekangan


yang tidak dirancang ialah hari hujan. Bila hari hujan, padang becak dan aktiviti lontar
peluru di jalankan pada padang yang basah. Ini menyukarkan mempelajari teknik sebab
bola lontar peluru terbenam ke dalam tanah. Antara kekangan lain pula ialah dari segi
kemahiran. Ini diakui oleh saya sendiri dimana kemahiran perlu ada sebelum membuat
pembentanga. Ada juga pengetahuan atau ilmu yang perlu ditambah oleh pensyarah
pembimbing untuk diperbaiki.

Kesimpulannya di sini, kursus olahraga ini mendatangkan banyak kebaikan. Ia


penting untuk kursus KPLI. Akhir sekali, dengan kesempatan ini, saya ingin
mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Tn.
Haji Musah B. Ahmad diatas segala komitmen beliau untuk membimbing kelas KPLI
Prasekolah dalam kursus ini

Olahraga
Institut Pendidikan Guru, Kampus Tun Abdul Razak

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara
1 Lompat Jauh

2 Lari Pecut

3 Lari Berpagar

4 Lari Berganti-ganti

5 Lontar Peluru

6 Lompat Tinggi

Refleksi

Olahraga

You might also like