You are on page 1of 11

KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU TAJWID

DAN
HUKUM BACAAN BASMALAH SERTA
ISTIZHAH

1. PENGERTIAN ILMU TAJWID

1.1 Tajwid pada bahasa ialah memperelokkan sesuatu

1.2 Tajwid pada Istilah suatu ilmu yang membincangkan


mengenai cara membaca ayat – ayat al- quran menurut
hukum yang tertentu, dengan menyebut huruf, menurut
hak asli dan hak mendatang.

Hak asli : Dengung pada huruf nun dan mim


Hak mendatang : Tafkhim ( tebal ) dan tarqiq

2. NAMA LAIN BAGI ILMU TAJWID

Dikalangan ulama menggelarkan :

2.1 Seni tajwid

2.2 Seni mempersembahkan ilmu tajwid

3. DALIL MEMPELAJARI ILMU TAJWID

Firman Allah Taala :

      

Maksudnya

Atau lebih dari seperdua itu. dan Bacalah Al Quran itu dengan
perlahan-lahan.
Surah Al- Muzammil ayat 4

1
Al- Tartil ialah bacaan lambat, tenang dan penuh pengamatan
untuk memahami isi kandungan al quran. Ia termasuk
mentajwidkan huruf- huruf, menyebut dengan betul serta
mengetahui tempat berhenti.

Sepertimana Sabda Rasulullah s.a.w

“ Bacalah al-quran, maka sesungguhya al quran itu akan


mensyafaatkan orang yang membacanya pada hari kiamat”

4. BAHAGIAN ILMU TAJWID

Tajwid terbahagi kepada dua bahagian :

4.1 Tajwid Ilmi : Mengetahui hukum yang terkandung dalam


buku tajwid iaitu mendalami kaedah – kaedah dengan lebih
terperinci berdasarkan tulisan tulisan ilmuan tajwid

4.2 Tajwid Amali : Mempraktikkan hukum yang berkaitan


dengan huruf – huruf serta boleh melafazkan kalimahnya.

5. HUKUM MENGETAHUI DAN MEMPRAKTIKKAN ILMU TAJWID

5.1 Mengetahui dan mempraktikkan ilmu tajwid hukumnya


adalah fardhu ain, walaupun ketika membaca al- quran
sebagai bacaan sunat

Iaitu membacanya ketika tidak wajib dibaca seperti dalam


sembahyang

Ini kerana al- quran wajib dibaca mengikut bacaan


sepertimana ia diturunkan tanpa melakukan sebarang
perubahan, sesiapa yang membaca al- quran tanpa
bertajwiddan membacanya dengan meneka- neka yang
mana bacaannya membawa bacaan yang salah, maka ia
adalah berdosa.

2
6. TUJUAN MEMPELAJARI ILMU TAJWID

Tujuan mempelajari ilmu tajwid:

6.1 Memelihara lidah daripada kesalahan membaca al- quran

6.2 Membaca mengikut apa yang telah diajar oleh Rasulullah


s.a.w

6.3 Menghilangkan kesamaran yang terdapat didalam sesuatu


hukum dengan jelas kerana sesuatu hukum itu terdapat
perbezaan yang amat jelas berdasarkan tandanya.

6.4 Mencapai kejayaan dan kebahgiaan serta mendapat rahmat


dan keredhaan daripada Allah s.w.t di dunia dan akhirat

7. KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU TAJWID

Kepentingan mempelajari ilmu tajwid:

7.1 Imam al- Suyuti menjelaskan, umat islam tidak hanya


berbakti kepada Allah dengan memahami makna- makna dan
hukum- hukumnya,malah dikatakan juga berbakti sekiranya
melakukan ibadah dengan membetulkan sebutan, bacaan,
menyebut dengan tepat, makhraj dan sifat huruf huruf yang
diterimma daripada para qura’ yang bersambung sanadnya
dengan rasulullah s.a.w.

3
HUKUM BACAAN ISTIAZAH DAN BASMALAH

8. ISTIAZAH

8.1 Istiazah ialah lafaz yang memohon perlindungan dan


naungan Allah daripada syaitan yang dilaknat

9. LAFAZ ISTIAZAH

9.1 Lafaz Istiazah ialah

‫أعوذ باهلل من الشيطـن الرجيم‬

10. HUKUM BACAAN ISTIAZAH

10.1 Jumhur ulama’ berpendapat hukum membaca Istiazah


ketika memulakan bacaan Al-Quran adalah sunat muakad
(dituntut ) di awal atau di pertengahan surah.Terdapat
sebahagian ulamak berpendapat hukum membacanya
adalah wajib berdasarkan firman Allah S.W.T.

      


 
Maksudnya:

Apabila Engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah Engkau terlebih


dahulu memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang di
rejam .

Ulamak berselisih pendapat pada kata kerja suruhan 


4
yang bererti memohon perlindungan dalam ayat di atas.Jumhur ulamak
berpendapat kata kerja  bukan suruhan wajib,tetapi amat
dituntut.

Selain daripada lafaz Istiazah di atas, terdapat lafaz-lafaz yang lain


iaitu :

1. ‫أعوذ باهلل العظيم من الشيطـن الرجيم‬


Ertinya: Aku memohon perlindungan dengan Allah yang Maha Besar dari
syaitan yang di rejam

2. ‫أعوذ باهلل القوي من الشيطـن الغوي‬


Ertinya: Aku memohon perlindungan dengan Allah yang Maha perkasa
dari ganguan syaitan yang menyesatkan.

3. ‫إن اهلل هو السميع العليم أعوذ باهلل من الشيطـن الرجيم‬


. Ertinya: Aku memohon perlindungan dengan Allah dari syaitan yang di
rejam sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

4. ‫أعوذ باهلل السميع العليم من الشيطـن الرجيم‬


Ertinya: Aku memohon perlindungan dengan Allah sesungguhnya Allah
Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari syaitan yang di rejam.

11. CARA MEMBACA ISTIAZAH

Terdapat dua cara membaca Istiazah:

5
11.1 Dibaca dengan perlahan
Ketika dalam sembahyang dan seorang diri.

12.1 Dibaca dengan nyaring


Ketika dalam majlis seperti daalm majlis tilawah Al-
Quran,majlis keagamaan dan semasa belajar.

* Jika Istiazah telah dbaca dengan nyaring sewaktu memulakan bacaan


dalam majlis Al-Quran secara bergilir-gilir seperti majlis tadarrus, maka
pembaca-pembaca yang berikutnya harus menbacanya secara perlahan.*

12. BASMALAH

12.1 Basmalah ialah memuji Allah dengan rahmatnya sebelum


melakukan sesuatu pekerjaaan atau amalan termasuklah
ketika membaca Al-Quran

13. LAFAZ BASMALAH

13.1Lafaz basmalah ialah :

   


. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

14. HUKUM BACAAN BASMALAH

14.1 Mazhab syafie berpendapat bahawa basmalah adalah dikira


sebagai salah satu ayat didalam surah Al-Fatihah.Manakala
hukum bacaan basmalah disetiap awal surah menurut
persepakatan ulamak adalah sunat dan wajib membaca

6
basmalah pada surah Al-Fatihah ketika solat.Haram
membaca basmalah pada awal surah At-taubah kerana
surah ini diturunkan ketika darurat (peperangan).

15. CARA MEMBACA BASMALAH DI ANTARA DUA SURAH

15.1 Harus kepada mereka yang membaca basmalah di antara


dua surah dengan 3 cara berikut:

15.1.1 ( ‫ )اجلميع قطع‬iaitu wakaf pada akhir surah dan wakaf


selepas membaca basmalah.Seterusnya membaca awal
surah berikutnya dan cara ini adalah yang lebih utama.

Contohnya:

    #   



#    

15.1.2 ) ‫)قطع األول ووصل الثاين بالثالـث‬iaitu wakaf pada akhir


surah pertama kemudian membaca basmalah dan
menyambung terus dengan awal surah yang berikutnya

Contohnya:

    #   



#    

7
15.1.3 (‫) وص ــل اجلميع‬ iaitu menyambungkan akhir surah
dengan basmalah dan awal surah sekaligus
dengan

satu nafas

Contohnya:

      



   

Bagaimanapun cara yang tidak diharuskan ialah menyambung akhir


surah dan basmalah dan berhenti,kemudian baru memulakan bacaan
.awal surah

Contohnya:
      
# 
   

Cara bacaan ini tidak dibolehkan kerana akan menimbulkan sangkaan


yang salah,bahawa basmalah itu adalah ayat akhir surah.

16. CARA BACAAN ISTIAZAH DAN BASMALAH DI AWAL SURAH

Terdapat 4 cara iaitu:

16.1 Wakaf pada istiazah dan basmalah ( bacaan ini adalah yang
lebih utama )

* Bacaan hendaklah diwakafkan pada setiap akhir ayat.*

‫أعوذ باهلل العظيم من الشيطـن الرجيم‬#

8
   ‫هو‬    # 

16.2. Wakaf pada Istiazah dan terus sambung basmalah dengan


awal surah

‫أعوذ باهلل العظيم من الشيطـن الرجيم‬


   ‫هو‬    

16.4 Wasal ( menyambung bacaan )Istiazah dan basmalah


sahaja.

‫ أعوذ باهلل العظيم من الشيطـن الرجيم‬  


#
   ‫هو‬

16.5 Menyambung ketiga-tiga (Istiazah,basmalah dan awal surah)


dengan satu nafas.

   ‫أعــوذ باهلل العظيم من الشيطـن الــرجيم‬



   ‫هو‬

9
LEMBARAN KERJA

Jawab semua soalan berikut

1. Jelaskan pengertian ilmu tajwid pada bahasa dan istilah

bahasa : ________________________________________________________

Istilah: ________________________________________________________

(4M)

2. Apakah hukum mempelajari ilmu tajwid?

(1M)

10
3.Tuliskan 3 tujuan mempelajari ilmu tajwid

(i) ________________________________________________________

(ii) ________________________________________________________

(iii) ________________________________________________________

4. Tuliskan lafaz basmalah dan istiazah

( i )
_____________________________________________________________________

( ii )
______________________________________________________________________
(2M)

11

You might also like