You are on page 1of 20

TAJUK KUMPULAN :

GANGGUAN HIPERAKTIF DAN KURANG TUMPUAN YANG


DIHADAPI OLEH PELAJAR DI DALAM KELAS

KUMPULAN: D

NAMA PENUH NO MATRIK


VIVIEN CHONG D20091035578
ROHANI BT ABDUL WAHAB D20091035594
MUHAMMAD ZAHID B. CHE HAMAD D20091035610
SITI ZUBAIDAH IBRAHIM D20091035632

DISEDIAKAN UNTUK :

ABDUL AZIZ BIN ABDUL SHUKOR

Hiperaktif (ADHD) Page 1


ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 1

2.0 Definisi Hiperaktif 2-3

3.0 Ciri-ciri Pelajar Hiperaktif 3-4

4.0 Teori dan Pendekatan yang sesuai


4.1 Teori Kognitif Piaget 5
4.2 Pendekatan Konstruktivisme 6

5.0 Faktor-faktor Pelajar Hiperaktif


5.1 Faktor Genetik 7
5.2 Faktor Neurologik 7-8
5.3 Faktor Kultural dan Psikologi
a) Pemanjaan 8
b) Kurangnya Disiplin dan Pengawasan 9
c) Orientasi Kesenangan 9
5.4 Pengaruh Sekolah 10

6.0 Kesan-kesan Pelajar Hiperaktif


6.1 Kendiri yang Rendah 10-11
6.2 Kurang Tumpuan dalam Kelas 11-12
6.3 emosional 12-13

7.0 Langkah-langkah Mengatasi Pelajar


Hiperaktif 13-14
7.1 Pendekatan Diagnosis 15
7.2 Pendekatan Multidisiplin 15
7.3 Ubat Simulasi

8.0 Kesimpulan 16

Hiperaktif (ADHD) Page 2


Bibliografi

1.0 Pengenalan

Pada hakikatnya, Malaysia merupakan sebuah negara yang boleh dikatakan telah
mencapai tahap pemodenan yang baik. Namun begitu, dalam mencapai arus pemodenan
itu, banyak ibu bapa telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak
sehingga boleh menyebabkan jiwa kanak-kanak menjadi kacau dan mudah dicemari
dengan pengaruh-pangruh negatif daripada pemakanan, suasana keluarga dan sebagainya.
Dalam hal ini, demi mencapai sosioekonomi yang tinggi, sesebuah intistusi kekeluargaan
khususnya telah mengabaikan masalah-masalah yang sering dihadapi oleh anak-anak.
Dalam konteks ini, arus globalisasi sedikit sebanyak telah mengubah gaya hidup individu
dan keluarga yang menyebabkan kendurnya kawalan terhadap bayi dan anak-anak.
Dengan bahasa yang labih mudah, keghairahan masyarakat Malaysia dalam mengejar
arus pemodenan dan globalisasi telah menjadikan mereka lalai dengan tanggungjawab
terhadap keluarga terutamanya pada anak-anak sehingga telah menyebabkan anak-anak
menghadapi masalah hiperaktif atau kurang tumpuan (ADHD).

Gangguan hiperaktif atau kurang tumpuan adalah merupakan salah satu masalah
yang biasa dihadapi oleh golongan kanak-kanak. Jika kita lihat pada masalah ini, anak-
anak yang menghadapi masalah hiperaktif dan kurang tumpuan adalah golongan kanak-
kanak yang sentiasa kurang memberikan tumpuan di dalam kelas dan tumpuan mereka
mudah terganggu oleh faktor di sekililing mereka. Bagi mengenalpasti kanak-kanak yang
menghadapi masalah hiperaktif, terdapat beberapa cirri yang boleh mengambarkan
bahawa kanak-kanak itu mengalami masalah hiperaktif adalah melalui kegiatan
hiperkatif, kurang tumpuan dan tempoh tumpuannya adalah singkat dan melalui tingkah
laku yang ditunjukkan. Dalam hal ini, terdapat beberapa faktor yang telah menyebabkan
pelajar menghadapi masalah hiperaktif sepeti faktor neurologik, faktor genetik, faktor
suasana kekeluargaan dan sebagainya. Natijahnya, pelajar yang menghadapi masalah ini
bukan sahaja memberikan implikasi terhadap dirinya sendiri malah turut memberikan
implikasi kepada pelajar lain dan juga guru.
Hiperaktif (ADHD) Page 3
2.0 Definisi hiperkatif
Hiperaktif merupakan satu pola atau perilaku seseorang yang menunjukkan sikap tidak
pernah berdiam diri, payah untuk dikendalikan, tidak memberi perhatian dan akan
bertindak mengikut kehendak dirinya sendiri yang disebut sebagai ADHD (Attention
Deficit Hyperactive Disorders). Anak hiperaktif selalu bergerak dan tidak pernah berasa
puas dengan permainan atau barang mainan yang disukai oleh kanak-kanak lain yang
seusia dengan mereka kerana perhatian kanak-kanak hiperaktif mudah beralih dari satu
fokus ke fokus yang lain. Mereka seakan-akan mencari satu permainan yang mampu
menarik minat mereka tetapi mereka tidak pernah menemui permainan tersebut.
Hiperaktif juga merujuk kepada kepayahan untuk mengawal diri sendiri supaya tidak
melakukan perkara yang diluar kemampuan mereka. Contohnya ketika membuat
keputusan dalam keadaan tertentu mereka tidak akan pernah memikirkan perkara tersebut
dari sudut positif dan negatif sebaliknya mereka hanya melakukannya mengikut
kehendak mereka sendiri.

Menurut kamus dewan edisi keempat telah mendefinasikan hiperaktif sebagai


kanak-kanak yang terlampau cergas pergerakannya yang menyebabkan kanak-kanak
tersebut sukar untuk dikawal. Hiperaktif juga merupakan satu masalah yang dialami oleh
kanak-kanak. Kanak-kanak akan mengalami satu masa perkembangan yang memerlukan
proses keseimbangan, pergerakan dan manipulasi. Keseimbangan merujuk kebolehan
kanak-kanak mengekalkan kedudukan badan mereka relatif kepada tindakan graviti.
Pergerakan adalah aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku kanak-kanak tersebut.
Manakala manipulasi adalah kemahiran kanak-kanak berhubung dengan objek di
persekitarannya (Scrib, 2010).

Dalam aspek pembelajaran, pelajar yang mengalami masalah hiperaktif ini sukar
untuk menerima pelajaran yang diajar kepada mereka. Para pelajar ini lebih asyik dengan
dunia mereka sendiri tanpa menghiraukan orang yang ada disekeliling mereka. Pada

Hiperaktif (ADHD) Page 4


kebiasaannya, pelajar yang hiperaktif ini kurang memberi perhatian kepada pembelajaran
mereka dan sukar untuk guru mengajarnya. Mereka akan lebih tertumpu untuk
melakukan aktiviti yang lasak dan kadang-kala aktiviti tersebut mampu mengancam
keselamatan mereka. Satu pendekatan yang efektif diperlukan dalam proses pembelajaran
bagi mengawal dan menarik minat pelajar yang mengalami masalah hiperaktif ini.

Menurut Dr. Seto Mulyadi yang telah memberikan maksud tentang hiperaktif
dengan mengatakan bahawa hiperaktif menunjukkan suatu pola perilaku yang menetap
pada seorang anak. Perilaku ini ditandai dengan sikap tidak mahu diam, tidak dapat
memberi tumpuan dan bertindak mengikut kehendak hatinya ataupun impulsif (Mohd
Faldz Hj Ibrahim, 2007).

Menurut James Dabson pula dalam bukunya “ kendalikan selagi mampu” yang
dipetik oleh Mohd Faldz Hj Ibrahim (2007) telah memberikan pengertiannya terhadap
anak hiperaktif yang juga disebut hiperkinensis, kelainan kecil pada otak , kelainan
impuls dan beberapa istilah yang lain mendifinisikan hiperaktif sebagai gerakan yang
berlebihan dan tidak terkendali.

3.0 Ciri-ciri Pelajar Hiperaktif


Pelajar yang mengalami masalah hiperaktif akan menunjukkan tiga ciri-ciri yang berbeza.
Antaranya ialah melalui kegiatan hiperaktiviti, tempoh tumpuan yang singkat dan melalui
tingkah laku mereka. Guru akan dapat mengenal pasti pelajarnya yang mengalami
masalah hiperaktif melalui tingkah laku yang ditonjalkan oleh mereka (Scrib, 2010).

Melalui kegiatan hiperaktiviti, pelajar yang mengalami masalah hiperaktif ini


akan sentiasa bermain dengan anggota badan mereka. Mereka tidak pandai duduk diam di
tempat mereka sebaliknya akan mengeliat-geliut di tempat duduk mereka walaupun
berkali-kali telah diarahkan oleh guru supaya duduk diam. Selain daripada itu juga,
mereka tidak pernah duduk di tempat duduk mereka tetapi akan berjalan di sekitar dalam
kelas tanpa menghiraukan guru yang berada di dalam kelas tersebut. Manakala dalam

Hiperaktif (ADHD) Page 5


sukan dan permainan mereka akan bergerak lebih cergas berbanding dengan pelajar yang
lain. Hal ini adalah kerana, mereka akan mengalami satu masalah jika hanya duduk
belajar secara diam dalam kelas sebaliknya pelajar yang hiperaktif ini lebih gemar
bergerak cergas seperti aktiviti dalam sukan dan permainan.

Manakala melalui tempoh tumpuan pelajar yang singkat pula akan menunjukkan
ciri-ciri seperti sering gagal memberi tumpuan yang teliti terhadap perkara yang rumit
atau cuai serta membuat kesilapan semasa membuat kerja sekolah atau aktiviti-aktiviti
lain. Selain daripada itu juga, pelajar tidak akan mematuhi arahan dan gagal untuk
menyiapkan kerja sekolah dan kerja harian. Pelajar akan mengalami masalah untuk
mengatur tugas serta aktiviti-aktiviti, tidak suka atau keberatan untuk melakukan sesuatu
tugas yang memerlukan tumpuan yang lama (seperti kerja sekolah atau kerja rumah) dan
selalu kehilangan barang (misalnya pensil, pemadam, buku, tugasan sekolah, mainan dan
sebagainya) .Tumpuan pelajar hiperaktif juga akan mudah bertukar dari satu aktiviti ke
satu aktiviti lain dan menjadi mudah pelupa walaupun tidak sepatutnya jika mengikut
usia.

Disamping itu juga, ciri-ciri yang ditunjukkan melalui tingkah laku pula adalah
seperti selalu memberi jawapan sebelum soalan lengkap diajukan, kurang sabar dan
hadapi masalah ketika menunggu giliran, sering mengganggu atau mencelah perbualan
orang lain, sering membuat pertimbangan yang salah dan mudah mengalami kemalangan.

Hiperaktif (ADHD) Page 6


4.0 Teori dan Pendekatan yang Sesuai
4.1 Teori Kognitif Piaget
Piaget Jean (1869-1980) yang merupakan seorang ahli psikologi telah berpendapat
bahawa pelajar perlukan masa yang agak panjang untuk mengenali serta membezakan
pelbagai rangsangan. Keadaan pelajar tidak sama dengan orang dewasa, oleh kerana itu ia
tidak mampu memilih rangsangan-rangsangan yang bermakna untuk memberi tindak
balas yang sesuai terhadap rangsangan mereka. Selain daripada itu juga, Piaget turut
menjelaskan bahawa kanak-kanak merupakan pelajar yang aktif dan bermotivasi. Pelajar
juga mampu membina pengetahuan daripada pengalaman mereka dan mereka belajar
melalui dua proses yang saling melengkapi iaitu asimilasi dan akomodasi.

Berdasarkan teori Piaget ini dapat disimpulkan bahawa pelajar hiperaktif juga
mengalami satu perkembangan kognitif yang sempurna seperti pelajar lain. Para pelajar
hiperaktif ini juga mengalami proses pembelajaran mereka melalui pengalaman dan
persekitaran mereka. Mereka akan terus menerokai alam sekitar mereka untuk
mengetahui apa yang terdapat di situ dan sesuatu perkara tersebut tanpa memikirkan
akibatnya. Menurut Piaget lagi, pengalaman-pengalaman baru yang mereka perolehi ini
penting untuk perkembangan kognitif mereka. Oleh itu, Piaget menekankan mengenai
pentingnya interaksi antara pelajar dengan persekitaran fizikal mereka. Melalui interaksi
tersebut mereka dapat menambah kefahaman mereka mengenai perkaitan sebab dan
kesannya.

Piaget telah menjelaskan bahawa pelajar belajar melalui asimilasi dan akomodasi
iaitu proses mengendalikan sesuatu objek dan peristiwa dengan cara yang selaras dengan
skema yang sedia ada (asimilasi) dan mungkin mengubah suai pengetahuan mereka hasil
peristiwa dan kejadian baru (akomodasi). Oleh sebab itu, pelajar yang hiperaktif
dikatakan mempunyai satu kepuasan dalam penerokaan yang mereka lakukan. Bukan saja
mereka mampu menjana pengalaman dan mendapat pengetahuan baru tetapi mereka juga

Hiperaktif (ADHD) Page 7


akan mengalami satu perkembangan kognatif yang seimbang dalam kehidupan mereka
(Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias, 2001).

4.2 Pendekatan Konstruktivisme Sosial


Pendekatan konstruktivisme sosial merupakan satu pendekatan yang tertumpu dalam
bilik darjah. Melalui pendekatan ini akan mewujudkan pelbagai inovasi yang dapat
mewujudkan konteks sosial dalam pembelajaran antara guru dengan murid dan antara
para pelajar itu sendiri. Dengan cara ini pelajar berpeluang untuk membina hubungan
sosial, belajar kemahiran memproses informasi bagi menguasai sesuatu ilmu dalam bilik
darjah. Di samping itu juga, para pelajar hiperaktif ini akan mempunyai peluang yang
lebih banyak untuk berinteraksi dengan rakan-rakan mereka berbanding pembelajaran
yang hanya tertumpu pada guru sahaja. Melalui proses interaksi ini akan mewujudkan
minat mereka untuk belajar sambil bermain sekaligus dapat mengurangkan kadar kurang
tumpuan mereka dalam kelas.

Antara pendekatan yang digunakan dalam pendekatan konstruktivisme ini ialah


seperti pembelajaran berkumpulan, sumbangsaran, kolaboratif dan sebagainya yang
memberi fokus kepada tugasan yang melibatkan interaksi dan dapat mengukuhkan
memori pembelajaran kanak-kanak melalui permainan dalam pembelajaran. Selain
daripada itu juga, minda para pelajar yang hiperaktif ini mampu berkembang melalui
penerokaan idea-idea yang baru. Pembelajaran berkumpulan juga mampu
memaksimumkan kemahiran sosial, komunikasi, interpersonal, kinestetik dan pelbagai
lagi yang dapat mengurangkan masalah kurang tumpuan dalam kalangan pelajar yang
hiperaktif ini.

Guru mampu untuk menilai keupayaan, kesungguhan dan minat para pelajar
dalam bilik darjah melalui pendekatan konstruktivisme sosial secara langsung. Oleh
sebab guru dapat memahami aspirasi, cita rasa, perasaan dan pemikiran pelajar secara
langsung maka segala pembelajaran akan berpusat kepada pelajar bagi menarik minat
mereka untuk belajar. Guru hanya menjadi pemerhati kepada proses pembelajaran
tersebut dan perkara ini turut memberi ruang kepada guru untuk mengadaptasi proses

Hiperaktif (ADHD) Page 8


pengajaran yang efektif berdasarkan perbezaan individu pelajar tersebut (Suppiah
Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor, 2008).

5.0 Faktor-faktor Pelajar Hiperaktif


Terdapat beberapa faktor yang telah mempengaruhi berlakunya masalah hiperaktif di
kalangan pelajar sama ada faktor semula jadi mahupun faktor sekeliling.

5.1 Faktor Genetik


Faktor genetik adalah merupakan faktor semula jadi yang memainkan peranan
yang amat besar dalam terjadinya gangguan perilaku hiperaktif (ADHD). Jika kita lihat
pada faktor genetik, sudah tentu ia mempunyai hubungan antara anak dengan ahli
keluarga sama ada ibu bapa ataupun saudara mara. Dalam hal ini, ibubapa atau saudara
mara yang mengalami masalah hiperaktif pada usia kecilnya besar kemungkinan akan
diwarisi oleh anak-anak mereka juga. Terdapat sesetengah hiperaktif (ADHD) adalah
dipengaruhi oleh faktor genetik. Seseorang bapa boleh mewariskan sindrom ini kepada
anak anak lelaki mereka. Oleh itu, keadaan ini telah menjadikan kanak-kanak lelaki lebih
cenderung mengalami hiperaktif sebanyak tiga kali ganda berbanding kanak-kanak
perempuan (Zuhayati yazid, 2009). Selain daripada itu, kembar yang lahir juga besar
kemungkinan akan menghadapi masalah hiperkatif.

5.2 Faktor Neurologik


Faktor neurologik adalah merupakan faktor sekeliling yang telah menganggu ibu
semasa hamil. Dalam hal ini, ibu hamil yang mengalami pelbagai masalah seperti
gangguan otak akibat sulit saat kelahiran, penyakit berat, cedera otak dan sebagainya
secara tidak langsung turut menganggu perkembangan bayi. Hal ini seterusnya akan
menyebabkan anak yang lahir apabila mencapai satu tahap umur akan mengalami
masalah hiperaktif. Masalah hiperaktif yang tinggi besar kemungkinan akan dialami oleh
bayi yang lahir dengan masalah-masalah prenatal seperti lamanya proses persalinan,
distress fetal, dan sebagainya dibandingkan dengan kehamilan dan persalinan yang
normal. Hal ini berlaku ekoran daripada masalah-masalah seperti berat bayi yang lahir
dengan berat badan yang rendah, ibu yang terlalu muda, ibu yang merokok dan meminum

Hiperaktif (ADHD) Page 9


alcohol yang seterusnya mempengaruhi anak-anak untuk berpotensi mengalami masalah
hiperaktif ( Norman Supadma, 2009). Menurut Raihanah Abdullah ( 2004) pula, tekanan
perasaan yang dialami oleh ibu semasa hamil dan lemas ketika proses bersalin akan
mendedahkan kanak-kanak kepada risiko hiperaktif. Menurutnya lagi, jika wanita hamil
berasa tertkan sama ada di rumah mahupun di pejabat ketika proses kehamilan, secara
tidak langsung bayi yang dikandung akan terdedah dengan pelbagai risiko negatif.
Pergolakan dalam jiwa, kurang mendapat perhatian suami dan terlalu emosional
sekaligus akan mendedahkan anak yang dikandung kepada risiko hperaktif. Dalam
konteks ini, faktor neurologik adalah merupakan masalah-masalah yang dihadapi oleh ibu
semasa hamil dan kesannya akan mempengaruhi bayi tersebut.

5.3 Faktor Kultural dan Psikologi


Terdapat tiga jenis faktor yang akan dibincangkan dibawah faktor kulturul dan
faktor psikologi iaitu pemanjaan, kurang disiplin dan pengawasan dan oreintasi
kesenangan.
a) Faktor pemanjaan
Menurut Mohd Faldz Hj Ibrahim (2007), pemanjaan adalah merupakan
perilaku yang memperlakukan anak terlalu manis, memujuk-mujuk makan,
membiarkan sahaja dan sebagainya. Menurutnya lagi, anak yang sering
diperlaku manja akan sentiasa ingin memperdayakan orang tua mereka untuk
memperoleh apa yang mereka inginkan. Cara ibu bapa yang salah dalam
mendidik anak-anak dengan terlalu memanjakan mereka telah menjadikan
anak-anak sering melakukan sesuatu dengan kehendak hati mereka. Dalam
konteks ini, anak-anak yang terlalu dimanja oleh ibu bapa akan menyebabkan
mereka selalu ingin memilih cara sendiri supaya segala yang mereka inginkan
dapat dipenuhi oleh ibu bapa mereka. Keadaan seperti ini telah mendorong
anak-anak menjadi seorang yang hiperaktif dengan bertindak diluar batas
orang tua. Natijahnya, perilaku kanak-kanak seperti itu akan menjadi
kebiasaan kepada mereka dan tidak hairanlah kalau perilaku seperti itu
terbawa-bawa oleh mereka di dalam kelas ataupun sekolah. Oleh itu, jelaslah
disini bahawa faktor pemanjaan merupakan salah satu faktor yang menjadikan

Hiperaktif (ADHD) Page 10


anak hiperaktif di dalam kelas kerana telah terbiasa dengan perilaku
melampaui batas di dalam rumah yang tidak mendapat larangan oleh ibu bapa.
.
b) Faktor kurangnya disiplin dan pengawasan
Faktor kurangnya disiplin dan pengawasan juga antara faktor yang mampu
mewujudkan masalah hiperaktif pada anak-anak. Pada hakikatnya, faktor ini
pula merupakan faktor dimana kanak-kanak terlalu kurang diberikan perhatian
dan pengawasan yang agak berbeza dengan kanak-kanak yang terlalu
dimanjakan. Namun begitu, kesan daipada kedua-dua faktor ini telah
menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah hiperaktif. Keadaan seperti ini
akan menyebabkan anak-anak melakukan sesuatu dengan sesuka hati dan
sewenang-wenangnya tanpa dijaga dan dibatas perbuatannya. Jika anak-anak
diberikan kebebasan yang tidak terbatas di dalam rumah dengan membuat
perkara-perkara mengikut suka mereka, maka tidak hairanlah jika mereka
akan mempraktikkan perbuatan itu di tempat lain khususnya di dalam sekolah.
Seterusnya, perbuatan tersebut akan menyukarkan pihak lain yang tidak biasa
dengan sikap hiperaktif anak-anak di dalam sekolah. Pada hakikatnya, kanak-
kanak yang mempunyai sifat yang nakal dan terlalu lasak boleh dikawal dan
disiplinkan. Namun begitu, sifat ibu bapa yang tidak mempedulikan tingkah
laku kanak-kanak menyebabkan mereka menjadi anak yang tidak mendangar
kata, asyik dengan aktivitinya sendiri, terlalu resah, tidak boleh duduk diam
hampir di semua situasi (di sekolah,di klinik dan di rumah dan sebagainya)
dan tidak boleh menumpukan perhatian kepada pembelajaran (Hamid Bin
Arshat, 2010)
c) Orientasikan kesenangan
Anak yang memiliki keperibadian yang berpotensi kesenangan umumnya
akan memiliki cirri-ciri hiperaktif secara sosio-psikologi dan harus dididik
agak berbeza agar mahu mendengarkan dan menyesuaikan diri (Mohd Faldz
Hj Ibrahim, 2007). Dalam hal ini, kanak-kanak ini akan sering menginginkan
kesenangan untuk kepentingan dan keinginan diri sendiri. Contohnya, kanak-
kanak yang hiperaktif tidak akan mahu dihukum dengan kesusahan. Mereka

Hiperaktif (ADHD) Page 11


juga tidak akan mempedulikan akan aturan ataupun hukuman yang akan
dietrima sekiranya bersikap diluar kawalan ibu bapa ataupun sesiapa sahaja
yang berada berdekatan dengan mereka.
5.4 Pengaruh Sekolah
Sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi masalah
yang dihadapi oleh kanak-kanak. Pada hakikatnya, kanak-kanak yang mengalami masalah
hiperaktif di dalam kelas kadang-kadang adalah disebabkan oleh masalah persekitaran,
masalah pembelajaran, bosan di dalam kelas dan sebagainya akan menyebabkan mereka
melakukan perkara-perkara mengikut kehendak hati mereka. Meraka akan menimbulkan
pelbagai masalah seperti menganggu rakan belajar, membuat bising, tidak dapat duduk
diam dan sebagainya. Dalam proses pembelajaran di dalam kelas, ia merasa sulit untuk
duduk dengan diam di kursinya dan memusatkan perhatian itu singkat sekali, sehingga ia
menjadi nakal dan menganggu teman-temannya di kelas waktu guru sedang belajar.
Kadang kala, mereka sedar untuk harus mematuhi peraturan di dalam kelas, namun
mereka sendiri tidak mampu mengawal diri sehingga melakukan perkara yang tidak dapat
dikawal oleh orang lain (Mohd Faldz Ibrahim, 2007).

6.0 Kesan-kesan Pelajar Hiperaktif


Kesan hiperaktiif ke atas pelajar kebanyakkannya negatif. Antara kesan hiperaktif ialah
mempunyai sifat kendiri yang rendah, kurang tumpuan dalam pelajaran dan terlalu
emosional.

6.1 Kendiri yang Rendah

Menurut Shavelson, Hubner dan Stanton (1976) kendiri didefinisikan sebagai persepsi
seseorang mengenai dirinya hasil daripada pengalamannya dengan persekitaran dan di
pengaruhi oleh peneguhan yang di terimanya daripada orang- orang penting dalam
persekitarannya. Selain itu, maksud kendiri menurut Huffman (2002) menyatakan
daripada pandangan Teori Rogers, konsep kendiri ialah semua maklumat dan
kepercayaan individu terhadap kehidupan mereka, kualiti dan tingkah laku mereka
sendiri. Manakala menurut Carl Rogers (1902- 1987), komponen personaliti yang utama

Hiperaktif (ADHD) Page 12


adalah kendiri (self), sebahagian yang dikenali sebagai ‘saya’. Menurut Rogers lagi
individu yang kurang sihat mentalnya atau tidak dapat menyesuaikan diri bermula apabila
individu mendapati mereka tiada kongruen antara konsep kendiri dan pengalaman
sebenar yang dialaminya.

Biasanya pelajar- pelajar yang hiperaktif mempunyai sifat kendiri negatif dalam
dirinya sehingga mereka merasa rendah diri dengan orang ramai. Hal ini demikian kerana
orang ramai asyik memandang serong dan tidak menyokong dan memberi semangat
dalam melakukan sesuatu perkara. Menurut Noran dan Habibah (1997), ciri- ciri kendiri
negatif ialah tiada keyakinan diri, suka meminta pertolongan dan tidak pandai berdikari,
tidak suka menerima pendapat dari orang lain, selalu merasa tidak puas hati dengan apa
yang diterimanya, selalu menimbulkan masalah, suka menyinggung perasaan orang lain,
pentingkan diri sendiri dan sebagainya.

Hal ini demikian akan menyebabkan pelajar yang mempunyai sifat hiperaktif ini
tidak dapat menumpukan perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Ini
kerana mereka suka berangan- angan dan ini akan menyebabkan mereka ketinggalan
dalam pelajaran. Selain itu pelajar- pelajar yang kendirinya rendah biasanya akan
ketinggalan dan tidak boleh pergi jauh. Sebagai contoh seperti pendaki gunung Everest
yang mempunyai kendiri yang tinggi dan memperoleh penghormatan yang tinggi dalam
hidup. Kesimpulannya, pelajar hiperaktif kebanyakkannya mempunyai sifat kendiri yang
rendah tetepi mereka juga akan memperoleh kejayaan jika mereka berupaya merubah diri
mereka. Mungkin hasilnya lebih baik dari orang yang normal.

6.2 Kurang Tumpuan Dalam Kelas

Akibat mempunyai sifat kendiri yang rendah akan menyebabkan mereka tidak memberi
tumpuan dalam kelas. Hal ini demikian kerana mereka lebih suka bermain berseorangan.
Hal ini akan menyebabkan mereka tidak memberi tumpuan kepada guru yang sedang
mengajar di hadapan. Selain itu, kanak- kanak hiperaktif ini cepat merasa bosan kerana
guru tidak pandai menarik minat mereka. Jikalau para guru bijak menarik minat mereka
ini akan mendorong mereka untuk memberi tumpuan dan tidak aktif lagi.

Hiperaktif (ADHD) Page 13


Selain itu, jadual waktu yang begitu padat dan masa pembelajaran yang panjang
telah menyebabkan pelajar-pelajar hiperaktif ini tidak memberi tumpuan dalam
pembelajaran. Hal ini demikian kerana waktu belajar adalah lebih fleksibel bergantung
kepada kesesuaian masa pelajar itu sendiri. Hal ini kerana tidak kesemua pelajar dapat
mengikuti pembelajaran yang begitu terikat dengan jadual waktu kerana masa belajar
boleh di sesuaikan mengikut kesediaan mental dan fisikal pelajar setiap hari. Kesannya
pelajar yang hiperaktif ini sering ketinggalan sedangkan mereka juga mempunyai daya
ingatan yang baik.

Pelajar- pelajar hiperaktif ini juga mudah cepat letih dan mengantuk kerana
mereka telah menggunakan semua tenaganya untuk bermain. Ini menyebabkan mereka
tidak fokus dan sering ketinggalan dalam proses pembelajaran. Selain itu mereka juga
sering mengganggu pelajar- pelajar yang lain. Contoh gangguan ialah pelajar hiperaktif
ini sering membuat bising ketika guru sedang mengajar.

6.3 Emosional

Kecerdasan Emosi (EQ) ialah kebolehan untuk mengawas diri sendiri dan orang lain dari
segi perasaan dan emosi, dapat membezakan antara kedua-duanya dan boleh
menggunakan maklumat untuk memandu pemikiran dan tindakannya dalam melakukan
sesuatu. Kecerdasan emosi bukan kerana kepandaiannya tetapi lebih menekankan ciri-
ciri sahsiah yang dimilikinya. Melalui kajian yang telah dibuat menunjukkan kemahiran
dan emosi lebih penting dalam kejayaan hidup seseorang pelajar daripada kebolehan
intelektual semata-mata. Kesimpulannya kecerdasan Emosi lebih penting berbanding IQ
yang tinggi.

Menurut Goleman (1995), terdapat lima bahagian EQ yang menjadi pengajaran


kepada pelajar iaitu kemampuan mengenali emosi diri, kemampuan mengurus emosi,
kemampuan memotivasikan diri, kemampuan mengenali emosi orang lain dan
kemampuan membina hubungan. Biasanya pelajar-pelajar yang hiperaktif tidak
mempunyai lima bahagian yang telah dinyatakan oleh Goleman. Hal ini demikian kerana

Hiperaktif (ADHD) Page 14


pelajar hiperaktif ini selalu berseorangan, tahap sosial yang rendah dan mempunyai
kesabaran yang rendah.

Hal ini akan menyebabkan pelajar tersebut merasa tertekan. Ini akan
menyebabkan mereka bermain dan tidak menumpukan perhatian ketika berada di dalam
kelas. Selain itu juga, mereka juga tidak mempunyai kawan kerana sikap mereka yang
terlalu aktif itu menakutkan pelajar-pelajar lain termasuk gurunya. Hal ini akan
menyebabkan mereka tidak memberi tumpuan pada pelajaran dan akan menyebabkan
mereka ketinggalan. Selain itu juga, pelajar yang hiperaktif ini juga mudah marah
walaupun itu kesalahannya sendiri. Pelajar ini suka menyalahkan orang lain dan ini
menyebabkan mereka tidak mempunyai kawan.

7.0 Langkah-langkah Mengatasi Pelajar Hiperaktif


Permasalahan dalam ruangan aktiviti pembelajaran didalam kelas merupakan satu bentuk
kelemahan yang harus diambil pendekatan yang terbaik agar setiap isi ruang yang ada
didalam kelas mendapat pendidikan yang adil dan sama rata. Lask (1985) menyatakan
terdapat beberapa masalah yang biasa dihadapi oleh murid yang berada di sekolah.
Masalah ini mungkin akan dihadapi oleh mereka yang muda dan yang lebih dewasa.
Namun masalah ini dihadapi dalm jangka masa yang pendek, merupakn sebahagian
daripada proses pertumbuhan yang dihadapi oleh murid.

7.1 Pendekatan Diagnosis

Diagnosis merupakan salah satu langkah atau rawatan yang paling berkesan dalam
bidang psikologi atau bidang kaunseling. Diagnosis membawa maksud perawatan yang
diberikan dalam bentuk kita perlu mengenalpasti corak tertentu tingkah laku, membuat
pemerhatian dan laporan tentang tingkah laku pelajar dari masa ke semasa. Membuat
diagnosis yang lengkap memerlukan penilaian daripada seorang pakar yang
berpengalaman memandangkan terdapat beberapa punca lain yang boleh menyebabkan
keresahan dan tingkah laku yang tidak dapat menumpukan perhatian. Tiada ujian mudah
untuk ADHD. Diagnosis dibuat dengan mengenal pasti corak tertentu tingkah laku

Hiperaktif (ADHD) Page 15


kanak-kanak serta membuat pemerhatian dan mendapatkan laporan tingkah laku mereka
di rumah dan di sekolah daripada ibu bapa dan guru sekolah. 

1) Dalam permasalahan murid yang mengalami masalah hiperaktif atau kurang


tumpuan ini hendaklah diberi perhatian yang lebih dan khusus agar guru dapat
mengubah permasalahan yang ada dalam bentuk yang lebih baik. Cara atau
keadah permerhatiaan ialah dengan menempatkan pelajar di bangku yang
terdekat dengan guru dan juga diantara anak murid yang tenang, ini bagi
membolehkan guru memberi perhatian dan pengawasan yang penuh. Cara
sebegini akan membolehkan setiap pergerakan yang dibuat oleh pelajar
hiperaktif tadi dapat dilihat dengan lebih jelas dan ketika itu juga guru dapat
memainkan peranan untuk mengajar anak murid yang lain kerana pelajar
hiperaktif tadi terlatak dekat dengan guru sekaligus ini akan mengurangkan
kadar pengawalan yang menyeluruh dan akan membolehkan aktiviti bilik
darjah dapat dijalankan dengan lancar.

2) Pendekatan dianogsis yang seterusnya perlu dibuat oleh guru dengan


mengelakkan pelajar ditempatkan berhampiran dengan jendela atau pintu yang
terbuka dan juga gambar atau lukisan yang berwarna terang kerana ia akan
merangsang pergerakan mereka. Sifat semulajadi yang ada pada pelajar
hiperaktif ini yang tidak boleh melihat sesuatu objek kerana sifat ingin
mencubanya yang agak menebal. Keadaan ini akan menganggu ruang dan
masa aktiviti pembelajaran.

3) Menyingkirkan perlengkapan yang tidak diperlukan di meja belajar supaya


perhatian mereka tidak terganggu oleh objek lain. Guru digalakkan selalu
memberi pujian kepada pelajar yang hiperaktif apabila mereka berada dalam
keadaan tenang kerana ini akan meningkatkan semangat mereka.

Hiperaktif (ADHD) Page 16


7.2 Pendekatan Multidisiplin

Pendekatan multidisiplin ini merujuk kepada cara yang digunakan bagi merawat kanak-
kanak hiperaktif ini dengan mengunakan cara perubatan, psikologi, sosial dan pendidikan
bagi merangsang minda mereka ke bentuk yang normal.

1) Membawa anak hiperaktif memdapatkan rawatan dari doktor yang


berpengalaman tentang masalah ini.

2) Mencari pendekatan psikologi dari pakar-pakar , terutamanya pakar kanak-


kanak yang membolehkan pendekatan yang terbaik diberi bagi mengurangkan
risiko yang lebih buruk.

3) Diterapkan pendekatan sosial dan pendidikan , contohnya membiarkan


mereka bergaul dengan kanak-kanak diluar dengan pengawasan , dan jangan
bertindak mengurung anak sebeginikerana akan menambahkan lagi
permasaalahan yang sedia ada.

7.3 Ubat Simulasi

Pengambilan ubat simulan merupakan pendekatan untuk jangka masa pendek terutama
anak-anak yang terlalu aktif sehingga menganggu waktu tidur dan makan , ini cukup
bahaya kerana ianya akan menjejaskan perkembangan otak kanak-kanak tersebut. Ubat
simulan hanya bertujuan atau bersifat membantu menenangkan dan menumpukan
perhatian kanak-kanak dalam sesuatu hal.

Hiperaktif (ADHD) Page 17


8.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, hiperaktif atau gangguan tumpuan (ADHD) adalah merupakan


salah satu masalah yang sering dikaitkan dengan kanak-kanak yang sering melakukan
tindakan di luar batasan terutamanya di dalam sekolah. Terdapat pelbagai faktor yang
telah dibincangkan dalam tercetusnya masalah hiperaktif di kalangan kanak-kanak
ataupun pelajar. Hal ini boleh dirumuskan bahawa faktor yang paling banyak
mempengaruhi berlakunya masalah hiperaktif ini adalah melibatkan faktor kekeluargaan
seperti faktor genetic dan cara-cara ibu bapa mengawasai anak-anak. Oleh itu, ibu bapa
seharusnya bijak dalam mencari resolusi yang baik dalam mendidik anak-anak. Pada
hakikatnya, masalah hiperaktif ini merupakan satu msalah yang seharusnya dapat dielak
daripada berlaku. Bak kata orang “ menggelak lebih baik daripada merawat”.

Sehubungan dengan itu, banyak masalah yeng telah timbul akibat daripada
masalah hiperaktif yang telah dialami oleh kanak-kanak atau pelajar. Dalam hal ini,
masalah-masalah yang berlaku ini bukan sahaja telah memberi kesan kepada pelajar
hiperaktif, namun ia juga secara tidak langsung telah memberi kesan kepada orang yang
berada disekiling mereka. Dalam konteks ini, orang yang paling dekat dan paling mudah
menerima kesan ini adalah rakan-rakan satu kelas dimana keadaan mereka yang hiperaktif
akan menganggu masa belajar rakan kelas mereka, tumpuan belajar dan sebagainya. Oleh
kerana masalah ini bukan merupakan masalah yang ringan, maka pelbagai resolusi telah
dilaksanakan bagi membantu mengurangkan masalah tersebut daripada berlaku. Semua
pihak perlu terlibat sama dalam membantu menanggani masalah yang dihadapi oleh
pelajar hiperaktif dan tidak hanya menunding jari terhadap masalah tersebut.

Hiperaktif (ADHD) Page 18


Bibliografi

Goleman, D (1995). Emotional Intelligence. New York: Bantam.

Hamid Bin Arshat (2010). Kanak-kanak yang Hiperaktif. Diperoleh pada 6 September
2010, daripada http://www.hamidarshat.com/anak-cerdik-vs-hyper-informasi-
166/184-kanak-kanak-yang-hiperaktif.html

Huffman, Karen (2002). Psychology in Action. USA: John Wiley & Sons.

Mohd Faldz Hj Ibrahim (2007). Membimbing Anak Hiperaktif. Diperoleh pada 14


September 2010, daripada http://www.scribd.com/doc/21251028/Membimbing-
Anak-Hiperaktif
Norman Supadma (2009). Hiperaktif Pada Anak. Diperoleh Pada 30 Ogos 2010, daripada
http://bali.forumotion.net/kesehatan-f48/hiperaktif-pada-anak-t1540.htm
Noran Fauziah Yaakub dan Habibah Elias (1997). Psikologi Personaliti. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias (2001). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan.
Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd.

Raihanah Abdullah (2004). Anak Hiperaktif Berkurang Apabila Umur Meningkat.


Diperoleh pada 25 Oktober 2010, daripada
http://www.mypendidik.net/portal/modules.php?
name=News&file=article&sid=48

Shavelson R. J., Hubner J. R dan Stanton G. C (1976). Self- Concept, Validation of


Construct Interpretation, Proceeding Sixth Asian Workshop on Child and
Adolescent Development, 264- 273.

Scrib (2010). Gangguan hiperaktiviti atau kurang tumpuan. Diperoleh pada 14 Ogos 2010,
daripada http://www.scribd.com/doc/18960073/gangguan-hiperaktiviti-atau-kurang-
tumpuanpada 14/08/2010.

Scrib (2010). Kanak-Kanak & Permainan. Diperoleh pada 14 Ogos 2010, daripada
http://www.scribd.com/doc/18960073/gangguan-hiperaktiviti-atau-kurang-
tumpuan

Hiperaktif (ADHD) Page 19


Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Psikologi
Pendidikan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhn.

Yahya Nursidik (2008). ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorders). Diperoleh


pada 14 Ogos 2010, daripada http://apadefinisinya.blogspot.com/2008/06/adhd-
attention-deficit-hyperactive.html

Zuhayati Yazid ( 24 September 2009). Menangani Anak-anak Hiperaktif. Utusan


Malaysia. Diperoleh daripada 4 September 2010, daripada
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=0924&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_05.htm

Hiperaktif (ADHD) Page 20

You might also like