You are on page 1of 12

Muhammad Rizam Bakri

3PPISMP RBT3 “09”

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam.
Selawat ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. Bersyukur kami ke
hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kami menyiapkan tugasan yang
diberikan bagi mata pelajaran Pengantar Pendidikan.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah kami bagi mata
pelajaran Pengantar Pendidikan iaitu Puan Thank Sow Eng dari Jabatan Ilmu
Pendidikan yang telah banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan yang
diberikan. Beliau banyak membantu dalam memberikan maklumat mengenai
maksud akauntabiliti dan juga ciri-ciri seorang guru yang mempunyai akautabiliti.
Terima kasih diucapkan. Tugasan ini telah diterima pada 3 September 2009 dan
perlu dihantar pada 18 September 2009.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang


banyak membantu dalam berkongsi maklumat mengenai tugasan yang diberikan ini.
Walaupun rakan-rakan sibuk dengan tugas masing-masing namun tidak sesekali
menolak untuk membantu kami apabila kami memerlukan pertolongan. Tanpa
kalian, kemungkinan tugasan ini tidak dapat disiapkan. Terima kasih atas kerjasama
semua.

Sekian. Terima kasih.

1
Muhammad Rizam Bakri
3PPISMP RBT3 “09”

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

PENGHARGAAN 1

ISI KANDUNGAN 2

1.0 TUGASAN 2 (B) 3-6

2.0 RUJUKAN 7

3.0 LAMPIRAN 8-12

2
Muhammad Rizam Bakri
3PPISMP RBT3 “09”

Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan


dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud
berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan.
Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas
merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah,
masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya. Dan akauntabiliti akan
meningkat sekiranya seseorang itu benar-benar menjalankan tanggungjawab
sebagai pendidik. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya
kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesional keguruan.

Pada pendapat saya, kesedaran dan pemahaman terhadap akauntabiliti akan


menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas
yang telah diberi serta diamanahkan kepadanya.  Oleh itu, ia perlu dihayati oleh
semua guru di negara ini.  Sekiranya seseorang itu mengabaikan akauntabilitinya,
maka ia tidak akan dapat menjalankan tanggungjawabnya dengan baik dan akan
gagal melahirkan insan pelajar atau modal insan yang benar-benar lengkap dari
segi ilmu dan peribadi yang baik.  Hal tersebut akan menjatuhkan martabat
profesionalisme keguruan negara kita. 

Seseorang guru haruslah menjaga tanggungjawab atau akauntabaliti


terhadap perkara perkara yang telah ditetapkan iaitu yang pertama terhadap
sekolah, dimana sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Sekolah rumah
kedua guru. Oleh itu, guru juga bertangungjawab terhadap tugas yang diamanahkan
oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah komuniti sekolah,
guru mempunyai akauntabiliti untuk memacu perkembangan dan kemajuan sekolah.
Justeru , bukan sekadar  mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas
yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan, setiusaha
PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak
pentadbiran sekolah.Bagi meningkatkan kebolehpercayaan orang lain, tugas-tugas
ini harus diterima tanpa banyak soal kerana guru adalah segala-galanya.Dialah
cikgu, dialah kerani, dialah jurutaip, dialah jururawat, dialah segala-galanya di
sekolah . Apabila senario ini berlaku kepada seorang guru, maka ia sudah hampir
kepada gelaran seorang yang profesional atau bahasa lamanya dipanggil pakar
segala-galanya dan akan dipandang tinggi oleh masyarakat.

3
Muhammad Rizam Bakri
3PPISMP RBT3 “09”

Perkara yang kedua adalah terhadap pelajar. Pelajar merupakan pelanggan


utama seorang guru. Seperti kata bijak pandai, ‘tiada pelajar siapalah guru’. Maka
pelajar merupakan ’harta’ yang sangat bernilai bagi guru. Berjaya atau sebaliknya
kehidupan seorang pelajar adalah gambaran keseriusan dan komitmen seorang
guru dalam menjalankan tugasnya disamping halangan-halangan lain persekitaran
pelajar itu sendiri.Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh
dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang
berkesan. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi
bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid
memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang
yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga
profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di
hormati lagi oleh anak muridnya.

Akauntabiliti guru terhadap komuniti dan negara adalah perkara ketiga yang
perlu seorang guru laksanakan dengan hendaklah menjalankan tugas untuk
menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada Falsafah
Pendidikan Negara dan  Prinsip-Prinsip Rukun Negara. Guru hendaklah memupuk
nilai-nilai dan sikap murni kepada pelajar, sesuai dengan komuniti berbilang bangsa
dalam diri pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam
setiap aspek sosial bagi mewujudkan suasana yang  harmoni. Guru juga perlu
sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap komuniti dan negara,
serta cuba mengelakan daripada menimbulkan persepsi negatif kerana boleh
menyebabkan orang berpandangan serong terhadap bidang profesion keguruan.
Oleh itu, seorang guru harus  mengamalkan tingkah laku sopan yang boleh diterima
oleh komuniti tersebut 

4
Muhammad Rizam Bakri
3PPISMP RBT3 “09”

Yang keempat adalah akauantabaliti terhadap profesion keguruan. Sebagai


seorang professional, guru menpuyai tanggunjawab terhadap terhadap profesionya.
Diantara caranya adalah dengan menjadi ahli kesatuan guru, selainitu juga guru
haruslah mengelak daripada membuat sebarang kenyataan negatif tentang
profesionnya dalam media tempatan dan sentiasa elakan diri daripada
menganggotai parti haluan kiri ataupun kegiatan pengganas, dan politik. Guru
hendaklah selalu bersedia membantu rakan sejawat serta elakkan daripada terlibat
dalam sebarang kegiatan negatif atau merbahaya bagi menjaga nama profesion
keguruan. Oleh itu, dengan tanggungjawab sebagai seorang guru harus sentiasa
menaikan dan menjaga nama guru agar tidak tercemar dan mengekalkan
kecekapan sebagai seorang guru.

Dan yang terakhir adalah akauntabaliti terhadap diri sendiri. Seorang guru
seharusnya dapat menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar mampu
menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah dikawal
oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa
yang boleh mengganggu tugasnya. Elakkan sebarang ketegangan emosi dan
tingkahlaku dengan pelajar di dalam kelas dan sesama rakan guru malah kepada
komuniti sekali pun. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan
kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan.
Berbelanjalah dengan berhemah dan mengikut kemampuan diri. Ini adalah kerana
jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah
luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah.
Sekiranya situasi ini berlaku, tidak mustahil yang juga memalukan rakan guru yang
lain seterusnya memalukan profesion keguruan itu sendiri

Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami


tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati
sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini
kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan
tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi.
Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap
sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan
sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai

5
Muhammad Rizam Bakri
3PPISMP RBT3 “09”

seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut


melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf
profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu
dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu
tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan
menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab
yang di laksanakannya. Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh
semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap
tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan
dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan
negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan
yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.

6
Muhammad Rizam Bakri
3PPISMP RBT3 “09”

Rujukan

Rujukan Buku

Mok Soon Sang (2004), Pengantar Pendidikan TERAS,

Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Subang Jaya.

Rujukan Internet

1. http://groups.yahoo.com/group/cfbe/message/18300

2. http://kalendaraskalendar.blogspot.com/2008/07/adakah-guru-

bidang- yang- profesional.html

3.http://www.geocities.com/kulanz_salleh/article/ilmu_pendidikan/perg

uruan_ sebagai_satu_profesion.htm

4. http://kangadesaputra.wordpress.com/2008/01/23/meningkatkan

profesionalisme-guru-melalui-kkg/

7
Muhammad Rizam Bakri
3PPISMP RBT3 “09”

LAMPIRAN

Guru Dan Akauntabiliti


Contributed by bukit sulo
Saturday, 20 June 2009
Last Updated Saturday, 01 August 2009

GURU DAN AKAUNTABILITI

Pengenalan

Mendesak mahupun tidak, akauntabiliti merupakan aspek yang sangat penting


dalam kehidupan manusia. Ia seumpama pelengkap bagi seseorang untuk
dipercayai dan diamanahkan dengan sesuatu perkara yang perlu
dilaksanakan.Justeru, akauntabiliti mampu mencerminkan kepribadian seseorang
untuk membawa ke arah mana halatuju yang diinginkan. Tinggi rendah akauntabiliti
seseorang akan menentukan cepat dan lambatnya pencapaian kehendak seseorang
kerana ia turut melibatkan masyarakat sekelilingnya sebagai daya penyokong
mahupun ahli dalam mencapai sesuatu kehendak itu. Konsep Menurut Kamus
Dewan (1970) ’guru’ bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika
dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang
memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada
orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga
dan mendidik. Manakala Kamus Dwibahasa menjelaskan perkataan
‘akauntabiliti’ di huraikan sebagai bertangungjawab kepada seseorang
atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep
akauntabiliti adalah satu penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi
kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut .
Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk memberikan
justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang
telah diambil. Justeru, akauntabiliti dan guru membawa satu pengertian yang amat
berharga dan bernilai bagi membentuk masyarakat yang berilmu, bermoral, berdaya
saing dan berinovasi ke arah negara maju selaras dengan kehendak dalam Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini kerana

8
Muhammad Rizam Bakri
3PPISMP RBT3 “09”

akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas


merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah,
masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya. Akauntabiliti Guru
Terhadap Pelajar Pelajar merupakan pelanggan utama seorang guru. Seperti kata
bijak pandai, tiada pelajar siapalah guru. Maka pelajar merupakan &
rsquo;harta’ yang sangat bernilai bagi guru. Berjaya atau sebaliknya
kehidupan seorang pelajar adalah gambaran keseriusan dan komitmen seorang
guru dalam menjalankan tugasnya disamping halangan-halangan lain persekitaran
pelajar itu sendiri.Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh
dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang
berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan
keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang
bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira
bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara
lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa
meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-
sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka
berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan
berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus
juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana
seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian
perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di
pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya.Pelbagai situasi dan
cabaran kini menuntut keperibadian unggul seorang guru. Jangan kerana setitik nila
rosak susu sebelanga. Terpampang di dada media massa : Guru Mendera Murid,
Guru Mencabul Kehormatan Murid, Guru Bertumbuk Dengan Murid, Guru
Menampar Murid, Guru Menghukum Murid Di Kolam, Guru Memaksa Murid
Melakukan Oral seks, dan seribu satu bahasa lagi. Adakah ini dilakukan oleh semua
guru? Atau, patutkan ini dilakukan oleh seorang yang bergelar guru? (sebagai
melaungkan Guru Pembina Negara Bangsa). Perkara-perkara negatif seperti ini
tidak seharusnya berlaku dalam profesion keguruan sekiranya kita mahu
melonjakkan profesion keguruan (seperti dalam PIPP) sebagai satu bidang yang

9
Muhammad Rizam Bakri
3PPISMP RBT3 “09”

profesional dan dihormati komuniti setempat dan bangsa Malaysia amnya. Dalam
hal ini permuafakatan dengan semua pihak sangat penting dalam menyelesaikan
setiap permasalahan disamping memacukan harapan bangsa Malaysia.
Akauntabiliti Guru Terhadap Diri Sendiri Seorang guru seharusnya dapat menjaga
kebersihan dan kesihatan dirinya agar mampu menjalankan tugas sebagai pendidik
dengan sempurna. Emosi hendaklah dikawal oleh guru sendiri dan juga perlu
menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu
tugasnya. Elakkan sebarang ketegangan emosi dan tingkahlaku dengan pelajar di
dalam kelas dan sesama rakan guru malah kepada komuniti sekali pun. Sebagai
seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan
mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Berbelanjalah dengan berhemah
dan mengikut kemampuan diri. Ukur baju di badan sendiri dan bukannya dibadan
orang lain. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru
akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap
proses pengajaran di sekolah. Sekiranya situasi ini berlaku, tidak mustahil yang juga
memalukan rakan guru yang lain seterusnya memalukan profesion keguruan itu
sendiri.Guru juga digalakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan.
dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik
supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya lebih-lebih
lagi kepada pelajar sebagai pelanggan utamanya. Guru harus sentiasa bersedia
dengan perubahan dan kehendak semasa smkspaoh.net http://smkspaoh.net
Powered by Joomla! Generated: 29 September, 2009, 13:30 terutamanya dalam era
globalisasi ini. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti
berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan
fizikal. Dalam hal ini, guru harus ’mudah dan mesra’ dengan komuniti
sekelilingnya. Akauntabiliti Terhadap Sekolah Sekolah ialah tempat seseorang
guru bertugas. Sekolah rumah kedua guru. Oleh itu, guru juga bertangungjawab
terhadap tugas yang diamanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli
dalam sebuah komuniti sekolah, guru mempunyai akauntabiliti untuk memacu
perkembangan dan kemajuan sekolah. Justeru , bukan sekadar mengajar, guru juga
hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin,
kaunselor, setiusaha peperiksaan, setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran dan
jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.Bagi

10
Muhammad Rizam Bakri
3PPISMP RBT3 “09”

meningkatkan kebolehpercayaan orang lain, tugas-tugas ini harus diterima tanpa


banyak soal kerana guru adalah segala-galanya.Dialah cikgu, dialah kerani, dialah
jurutaip, dialah jururawat, dialah polis, dialah tukang kayu, dialah ....dialah...dan
dialah segala-galanya. Apabila senario ini berlaku kepada seorang guru, maka ia
sudah hampir kepada gelaran seorang yang profesional atau bahasa lamanya
dipanggil pakar segala-galanya.
Akauntabiliti Terhadap Komuniti Dan Negara Sebagai seorang guru , beliau
hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan
Negara berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Negara dan Prinsip-Prinsip
Rukun Negara. Guru hendaklah memupuk nilai – nilai dan sikap murni kepada
pelajar, sesuai dengan komuniti berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah
memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian
secara aktif dalam setiap aktiviti-aktiviti komuniti. Selain itu guru hendaklah
mengukuhkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar.
Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam setiap aspek sosial
bagi mewujudkan suasana yang harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk
memenuhi tanggungjawab terhadap komuniti dan negara. Guru bukanlah penyebar
kepada ajaran atau idealisma yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar,
masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru
seharusnya dapat memupuk sikap dan nilai-nilai murni dalam diri setiap pelajar yang
dengan cara membimbing mereka menjadi warganegara yang setia,
bertanggungjawab, menghormati dan menyayangi orang yang lebih tua, mengetahui
perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu guru hendaklah
menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi
tanggungjawab sebagai ahli dalam komuniti setempat. Guru juga perlu
menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, dengan
mengamalkan tingkah laku sopan yang diterima oleh komuniti tersebut. Penutup
Melihat kepada pentingnya akauntabili seseprang guru tadi, jelaslah guru harus
bersedia dengan ledakan dan muntahan globalisasi sekarang. Cabaran terlalu luas
dan sangat mencabar. Guru seharusnya meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai
buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami
selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar. Malah, adalah perlu
seseorang guru tidak ketinggalan menyertai mana-mana seminar pendidikan seperti

11
Muhammad Rizam Bakri
3PPISMP RBT3 “09”

kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran


sekolah. Ini dilakukan dengan adanya perancangan yang ideal dan melaksanakan
strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum.
Guru hendaklah menyampaikan pengajaran dengan fakta yang betul agar murid
menerima ilmu yang betul dan selari dengan kehendak dan keperluan semasa. Guru
harus banyak membuat rujukan. Guru janganlah hanya bergantung kepada satu
atau dua sahaja bahan rujukan. Gunakan segala kemudahan yang ada.Setelah
memahami konsep dan prinsip akauntabiliti , guru diharap dapat memahami
tanggungjawabnya yang sebenar. Akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya
kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Penghayatan
tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-
tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi kerana akauntabiliti seorang guru
menjangkaui ruang lingkup yang luas. Kesedaran kepada akauntabiliti sangat
penting dan perlu dihayati sepenuhnya. Sekiranya suka mengambil jalan mudah dan
sikap endah tak endah , maka usaha melahirkan modal insan yang cemerlang,
gemilang dan terbiulang akan hanya menjadi angan – angan Mat Jenin. Lantas ia
akan menjatuhkan maruah dan martabat profesion perguruan.Apapun, semoga
akauntabiliti ini sentiasa tersemat di hati semua insan yang bergelar guru terutama
rakan-rakan guru di SMK Spaoh. Kepada semua warga SMK Spaoh Selamat
Menyambut Jubli Perak. Utamakan Akauntabiliti Tingkatkan Profesionalime
Keguruan Untuk Memartabatkan Profesion Perguruan.

smkspaoh.net
http://smkspaoh.net Powered by Joomla! Generated: 29 September, 2009, 13:30

12

You might also like