You are on page 1of 37

7 Mei 2009

Pengenalan Morfologi

Bidang Morfologi

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata.
Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang  yang menjadi unit tatabahasa yang
bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil
daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah
proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan
anggota lain dalam golongan yang sama.

Definisi Morfologi

Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan –rakannya dalam bukuPengajian Melayu 1, Ilmu


Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83,morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji
struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata
itu.

            Manakala  Abdullah Hassan    juga menyatakan definisi  morfologi dalambuku Linguistik Am,2007


: 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina.Kajian ini dilakukan
terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk –
bentuk perkataan ialah morfem dan kata.

Nik Safiah Karim dan rakan – rakannya  dalam  buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu , 2004 :
43  berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan
kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi
unit bahasa yang bermakna.

Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunyaTatabahasa Bahasa Melayu
( Perkataan ), 1996 : 17  telah menyatakan teori morfologi  iaitu morfologi   satu cabang daripada ilmu
linguistik  yang mengkaji soal – soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya perubahan kata,
golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata.Morfologi mengkaji selok –belok
bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan
bahawa morfologi  adalah bidang mengkaji bagaimana morfem – morfem itu bergabung untuk
membentuk ayat.

 
Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk Pelatih
Maktab Perguruan ,1985 :152,  bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji
tentang perkataan dan cara –cara pembentukkannya.O`Grady & Guzman juga menyatakan pendapat
pada tahun   2000 :121 dalam buku yang disediakan oleh Radiah Yusoff dan rakan –
rakannya,2004:36  iaitu  morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang pembentukan kata dan
struktur kata.

Manakala ahli bahasa juga iaitu  Leonard Bloomfield  dalam bukunyaLanguage yang telah


diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein Mohd.Noor,menyatakan
bahawa “Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk – bentuk terikat antara konsituen –
konsituennya.”“Morfologi meliputi konstruksi kata – kata dan bahagian kata”.

07 Mei 2009

Apakah itu "Sintaksis"


Sintaksis merupakan satu bidang bahasa yang tugasnya mengkaji rumus-rumus yang menerbitkan
ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta hukum-hukum tentang susunan kata yang menyebabkan
terjadinya ayat sebagai sesuatu bentuk binaan bahasa yang sempurna.Terdapat pelbagai definisi
yang telah diberikan untuk bidang ini.Antaranya definisi dari aspek makna dalam sesuatu bahasa
yang lain seperti bahasa Yunani, iaitu sun yang bererti “dengan” dan tattein yang bererti
“menempatkan bersama – sama”. Oleh yang demikian, secara etimologi, sintaksis dapatlah diertikan
sebagai “menempatkan kata – kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat.

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU


Asal usul orang-orang Melayu (penutur asli bahasa Melayu) amat kaburkerana
sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Walaubagaimanapun,
kita dapat mengetahui secara kasar latar belakang dan pergerakanmasyarakat Melayu kuno iaitu
nenek moyang orang-orang Melayu.
Penutur-penutur
asal bahasa Melayu berasal daripada
golonganAustronesia. Mereka dating dari daerah Yunan dan terdapat dalam beberapa
bentukgelombang pergerakan manusia yang menduduki wilayah Asia Tenggara. Ini berlakusejak
tahun 2500 sebelum masihi dengan kedatangan golongan pertama yang disebutMelayu Proto.
Kemudian datang pula golongan kedua yang dikenali sebagai MelayuDeutro yang menduduki
daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara.
Oleh sebab masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh kepulauanMelayu
dan Lautan Pasifik, maka berkembanglah tiap-tiap bahasa di daerah masing-masing. Walau
bagaimanapun, antara bahasa-bahasa yang berlainan hari ini masih dapatdilihat unsur-unsur
persamaannya.
Bahasa Melayu sekarang menghadapi masa depan yang amat
cerah.Kedudukannya sebagai bahasa utama negara Malaysia sudah terjamin dari segipenggunaan
yang luas dan diperakui oleh rakyat Malaysia. Dasar Pendidikan KebangsaanNegara juga telah
menghasilkan murid-murid yang mendapat keseluruhan pendidikandalam bahasa Melayu.
Mereka telah menerima pendidikan dengan menggunakan bahasaMelayu sebagai bahasa
pengantar. Bahasa Melayu juga berupaya dan bersaing denganbahasa-bahasa moden yang lain di
dunia ini seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis,bahasa Rusia dan bahasa-bahasa lain.
Mungkin yang masih perlu dilakukan terhadap bahasa Melayu
ialahmeningkatkan status penggunaannya, iaitu dari segi menimbulkan unsur-unsurkeindahan.
Demi menjaga kedaulatannya, kita harus berusaha mengindahkannya,mewujudkan unsur-unsur
yang menjadikannya lebih murni, supaya apa-apa yangdiperkatakannya bukan sahaja tepat tetapi
juga dalam bentuk yang menarik da
Bahagian A
Soalan 1
Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan jenis-jenis perkataan dalam
bahasa Melayu.
PENGENALAN MORFOLOGI
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk
danpenggolongan kata dalam bahasa Melayu. Struktur bahasa yang dimaksudkan ialahsusunan
bentuk bunyi ujaran atau lambing (tulisan) yang menjadi unit bahasa yangbermakna. Bentuk kata
pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atauhasil daripada proses
pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kataialah proses menjeniskan
perkataan berdasarkan keserupaan bentu dan fungsi dengananggota lain dalam golongan yang
sama.
Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem.Morfem
ialah unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau menjalankan tugasnahu. Perkataan
juga adalah bentuk bahasa yang terkecil tetapi mengandungi makna yanglengkap dan dapat
berdiri sendiri dalam ayat. Morfem pula boleh bersifat bebas atauterikat. Morfem bebas ialah
forfem yang dapat wujud bersendirian contohnyasekolah dan
laut. Sebaliknya morfen terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem
lain. Contohnya imbuhanb er- perlu wujud bersama-sama dalambersekolah dan–an
dalamlautan. Unit-unit ini tidak boleh wujud tanpa kata dasar.
Kesimpulannya, proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa
ialahpenyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam
kebanyakanbahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan.

PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU


Asal usul orang-orang Melayu (penutur asli bahasa Melayu) amat kaburkerana
sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Walaubagaimanapun,
kita dapat mengetahui secara kasar latar belakang dan pergerakanmasyarakat Melayu kuno iaitu
nenek moyang orang-orang Melayu.
Penutur-penutur
asal bahasa Melayu berasal daripada
golonganAustronesia. Mereka dating dari daerah Yunan dan terdapat dalam beberapa
bentukgelombang pergerakan manusia yang menduduki wilayah Asia Tenggara. Ini berlakusejak
tahun 2500 sebelum masihi dengan kedatangan golongan pertama yang disebutMelayu Proto.
Kemudian datang pula golongan kedua yang dikenali sebagai MelayuDeutro yang menduduki
daerah pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara.
Oleh sebab masyarakat Austronesia tersebar luas di seluruh kepulauanMelayu
dan Lautan Pasifik, maka berkembanglah tiap-tiap bahasa di daerah masing-masing. Walau
bagaimanapun, antara bahasa-bahasa yang berlainan hari ini masih dapatdilihat unsur-unsur
persamaannya.
Bahasa Melayu sekarang menghadapi masa depan yang amat
cerah.Kedudukannya sebagai bahasa utama negara Malaysia sudah terjamin dari segipenggunaan
yang luas dan diperakui oleh rakyat Malaysia. Dasar Pendidikan KebangsaanNegara juga telah
menghasilkan murid-murid yang mendapat keseluruhan pendidikandalam bahasa Melayu.
Mereka telah menerima pendidikan dengan menggunakan bahasaMelayu sebagai bahasa
pengantar. Bahasa Melayu juga berupaya dan bersaing denganbahasa-bahasa moden yang lain di
dunia ini seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis,bahasa Rusia dan bahasa-bahasa lain.
Mungkin yang masih perlu dilakukan terhadap bahasa Melayu
ialahmeningkatkan status penggunaannya, iaitu dari segi menimbulkan unsur-unsurkeindahan.
Demi menjaga kedaulatannya, kita harus berusaha mengindahkannya,mewujudkan unsur-unsur
yang menjadikannya lebih murni, supaya apa-apa yangdiperkatakannya bukan sahaja tepat tetapi
juga dalam bentuk yang menarik dan

menyentuh cita rasa yang tinggi. Inilah cabaran yang harus diterima oleh rakyat Malaysia
pada tahun-tahun akan datang.
JENIS-JENIS PERKATAAN DALAM BAHASA MELAYU
Perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna. Iaterdiri
daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dimulai dandiakhiri oleh
sempadan perkataan. Sempadan perkataan ini bersifat abstrak, iaitu hanyawujud dalam fikiran
kita. Ia tidak ditandai apabila kita menggunakan perkataan, baikdalam tulisan atau pun
pertuturan. Perkataan mengandungi berbagai-bagai bentuk yangdapat dijeniskan seperti berikut:
i)
Kata tunggal
ii)
Kata terbitan
iii)
Kata majmuk
iv)
Kata ganda
i)
Kata Tunggal
Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentukdasar. Ia
tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggalterbahagi kepada
dua jenis.
Jenis yang pertama merupakan unit yang bebas dan berdiri sendiri sebagai
satu ayat. Contohnya;
- makan
- saya
- sihat
- sungguh
- bahaya
______________________________________________________________________________
______________________________
______________________________________________________________________________
_____________________________
Jenis kedua ialah kata tugas iaitu unit-unit yang tidak dapat berdiri dengan
sendiri tetapi memerlukan sekurang-sekurangnya satu unit yang bebas untuk
melaksanakan tugas nahunya. Contohnya:
- di mana?
- untuk siapa?
- ke Johor?
Kata tunggal yang dilihat dari segi persukuana kata, boleh mengandungisatu
suku kata atau lebih daripada satu suku kata. Sesuatu suku kata pula boleh dibentukoleh satu
vokal (V) sahaja atau satu vokal disertai konsonan (K) atau beberapa konsonan.Konsonan
demikian hadir sama ada di hadapan vokal atau di belakangnya secaraserentak. Ia terdiri
daripada satu suku kata, dua suku kata, tiga suku kata, empat suku kataatau lebih dan akronim.
Jenis akronim ialah bentuk yang dihasilkan umumnya melalui
pencatumanbunyi-bunyi pertama dalam sejumlah perkataan atau pencantuman bahagian-
bahagiandaripada beberapa perkataan untuk membentuk satu perkataan baharu. Contohnya:
- cerpen
bermaksud
cerita pendek
- jentolak
bermaksud
jentera tolak
- tadika
bermaksud
taman didikan kanak-kanak
- Petronas
bermaksud
Petroleum Nasional
- Proton
bermaksud
Perusahaan Otomobil Nasional
ii)
Kata Terbitan
Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yangmendapat
atau menerima imbuhan iaitu satu proses yang menambahkan ataumenggandingkan imbuhan
pada kata dasar yang kemudiannya melahirkan kata terbitan..Sama ada imbuhan itu di awal,
sisipan, akhiran atau apitan.
______________________________________________________________________________
______________________________
HBML2103
PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU
4

NOR BAHIYAH)
______________________________________________________________________________
_____________________________
Kebanyakan kata dasar yang menerima imbuhan ialah morfem bebassementara
imbuhan merupakan morfem terikat. Contoh kata terbitan yang mempunyaikata dasar daripada
morfem bebas sepertiberjalan dan lukisan.
Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalamayat. Ia
harus diimbuhankan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar. Prosespengimbuhan juga
boleh berlaku pada kata dasar daripada jenis terbitan dan katamajmuk. Contoh perkataan yang
mengandungi kata dasar daripada jenis kata terbitan dankata majmuk ialah:
i)
imbuhan dengan kata dasar terbitan.
- peN
+
ketua
= pengetua
- meN
+
ketepi
+
kan = mengetepikan
ii)
imbuhan dengan kata dasar majmuk.
- ber+darah panas
= berdarah panas
- peN + kuat kuasa + an
= penguatkuasaan
Kata terbitan awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan seperti
pelari,pendatang, pelajar, mahasiswa, juruterbang, tatacara dan sebagainya. Awalan dalambahasa
Melayu yang wujud dalam kata kerja terbitan pula contohnya seperti melawan,membawa,
mendaki, berjalan, belajar, terjebak, disusun dan sebagainya. Manakalaawalan yang wujud dalam
kata adjektif pula contohnya seperti terbesar, terputih,terendah, secantik, secerah, setebal dan
sebagainya.
Kata terbitan akhiran dalam bahasa Melayu hanya wujud dalam kata
namaterbitan dan kata kerja terbitan sahaja. Contoh akhiran kata nama ialah pakaian,
jahitan,sasterawan, seniwati, hadirin, ustazah dan sebagainya. Manakala contoh akhiran katakerja
pula ialah buatkan, gunakan, besarkan duduki, dekati dan sebagainya.
Kata terbitan berapitan wujud dalam kata nama, kata kerja dan kataadjektif.
Contoh apitan kata nama ialah pelaksanaan, pembuatan, pendapatan,penggunaan, kedukaan dan
sebagainya. Contoh apitan kata kerja ialah memainkan,mentakrifkan, menggunakan,
berbantalkan, digunakan, diperdengarkan dan sebagainya.
______________________________________________________________________________
______________________________
Manakala contoh apitan kata adjektif pula seperti kearaban, kecinaan, keinggerisan dan
sebagainya.
Akhir sekali kata terbitan bersisipan wujud dalam sisipan kata nama dansisipan
kata adjektif. Contoh sisipan kata nama seperti kelengkeng, telunjuk,seruling dansebagainya.
Manakala sisipan kata adjektif pula seperti selerak, gelembung, serabut,gemilang dan
sebagainya.
iii)
Kata Majmuk
Kata majmuk ialah bentuk kata yang wujud apabila dua kata dasar ataulebih
dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu.Proses
pembentukan kata majmuk berlaku dalam banyak bahasa. Caramengeja katamajmuk berbeza-
beza antara satu bahasa dengan bahasa lain.
Dalam bahasa Melayu, kata majmuk dieja terpisah, tetapi terdapat beberapa kecualian
oleh sebab kelaziman penggunaan. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dipisahkan
kepada tiga kelompok seperti berikut:
a) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas. Contoh kata majmuk
yang lazim:
- air mata
- meja makan
- sudut tepat
- kata kunci
- hati batu
Termasuk juga bentuk kata yang digunakan sebagai gelaran contohnya:
- Perdana Menteri
- Raja Muda
- Setiausaha Politik
- Profesor Madya
- Ketua Setiausaha Negara
______________________________________________________________________________
______________________________

NOR BAHIYAH)
______________________________________________________________________________
_____________________________
b) Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus, contohnya:
- garis pusat
- hak milik
- segi tiga
- kertas kerja
- cari gali
- mata pelajaran
c) Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan iaitu simpulan bahasa, contohnya:
- kaki ayam
- anak emas
- manis mulut
- tumbuk rusuk
- berat tulang
- pilih kasih
Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang diberi pengecualian
dan dianggap sudah mantap sebagai satu perkataan walaupun bentuk kata tersebut nyata
mengandungi dua kata dasar. Contoh kata majmuk yang kecualian:
- antarabangsa
- bumiputera
- jawatankuasa
- kakitangan
- tanggungjawab
iv)
Kata Ganda
Kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan
ataumengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan ataupada
bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
______________________________________________________________________________
______________________________
HBML2103
PEMBELAJARAN MORFO SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan katadasar


sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan atau tidak. Contoh penggandaanpenuh seperti
negara-negara, guru-guru, besar-besar dan sebagainya. Contoh kata gandapenuh termasuk
imbuhan seperti pemimpin-pemimpin, pelatih-pelatih, persatuan-persatuan dan lain-lain lagi.
Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian katadasar
sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan.Penggandaan separa
boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar. Penggandaansepara yang berlaku pada
kata dasar tunggal lazimnya melibatkan pengulangan suku katapertama. Contoh penggandaan
separa adalah seperti lelaki, jejari, rerama, sesiku dansebagainya.
Bahagian A
Soalan 2
Pilih salah satu bahan mengajar yang sesuai untuk mengajarkan jenis-jenis perkataandalam
bahasa Melayu kepada murid-murid tahun enam. Penggunaan bahan bantumengajar
tersebut boleh disokong dengan penggunaan rajah, alat atau apa sahajabahan lain yang
bersesuaian. Pemilihan strategi dan teknik juga amat penting untukmerealisasikan
pengajaran anda.
Tuliskan perkataan yang diberi ke dalam kategorinya yang betul.
NOR BAHIYAH)
______________________________________________________________________________
_____________________________
Guru memaparkan rajah jenis-jenis perkataan. Guru memberi penjelasantentang
jenis-jenis perkataan dan contoh-contohnya. Murid-murid meneliti rajah yangdisediakan oleh
guru. Dengan bimbingan guru, murid diminta memberikan contoh-contoh lain. Guru
bersoaljawab dengan murid selepas diberikan penerangan untukmenguji kefahaman mereka.
Kemudian, murid-murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiapkumpulan
dikehendaki mengisikan jadual dengan perkataan-perkataan yang disediakanke dalam kategori
masing-masing. Kumpulan yang cepat dan betul diberikan penghargaan.

Soalan 1
Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan
ragam ayat aktif dan ayat pasif dalam bahasa Melayu.

SINTAKSIS
Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkajibentuk,
struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Kita juga dapat memahami bidangsintaksis sebagai
kajian tentang hokum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedahpenggabungan dan
penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
Sintaksis dapat melahirkan pelbagai jenis ragam dan ayat sertapembentukannya.
Kita perlu mematuhi peraturan atau rumus pembinaannya. Sebenarnya,selain kehadiran unsur
seperti subjek dan predikat sebagai penentu pembentukan sesuatuayat serta urutan perkataan,
terdapat juga ciri-ciri lain yang harus diberi perhatian danpertimbangan dalam pembinaan ayat.
Ciri-ciri lain yang dimaksudkan ini sering dinyatakan dalam bidangsintaksis
sebagai penanda tatabahasa. Antara penanda tatabahasa yang sering terdapatdalam pembinaan
ayat termaksuklah penanda kasus, kala dan unsur keserasian.
Penanda kasus memainkan peranan penting bagi menentukankegramatisan
sesuatu ayat. Perlu diingat bahawa dalam bahasa Melayu tidak terdapatpenanda kasus
sebagaimana yang berlaku pada bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasaRusia dan bahasa Turki.
Satu lagi penanda tatabahasa yang terdapat dalam proses pembentukanayat
dalam beberapa banyak bahasa ialah penanda kala, iaitu penanda atau perubahanyang terjadi
pada bentuk kata kerja sebagai menentukan kala atau waktu kejadian, samaada akan, sedang atau
sudah berlaku.
Unsur keserasian juga menjadi salah satu ciri penanda tatabahasa dalam
pembentukan ayat sesetengah bahasa. Unsur keserasian antara kata nama subjek dengan
__________________________________
kata kerja adalah penting, sebab tanpa mempertahankan keserasian, ayat yang terbentuk
tidak akan menjadi gramatis.
Akhir sekali, satu aspek lain yang juga termasuk dalam analisis ataupersoalan
sintaksis ialah ayat-ayat yang tidak menentukan maknanya atau terdapat binaanyang
menghasilkan ketaksaan ayat. Dalam hubungan ini juga daya pengetahuan ataukecekapan
berbahasa yang ada pada seseorang penutur tentang struktur unsurmembolehkannya mengatasi
masalah ketaksaan ayat yang berlaku.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa bidang sintaksis yang mengkajipersoalan
bentuk, struktur dan binaan ayat, merupakan bidang yang amat penting dalam penganalisisan
sesuatu bahasa.

RAGAM AYAT

Ayat terbentuk daripada konstituen klausa. Ayat mengandungi unsur


klausa yang terdiri daripada frasa dan frasa pula terbentuk daripada bentuk-bentukperkataan.
Oleh sebab bilangan ayat yang dapat dibentuk dalam sesuatu bahasa itu tidakterhad, maka dapat
diduga bahawa binaan-binaan ayat yang wujud dalam sesuatu bahasaitu terdiri daripada
berbagai-bagai jenis dan ragam. Bilangan klausa yang terkandungdalam sesuatu ayat itu
menentukan sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk.
i)
Ayat Aktif
Jika dilihat dari segi ragamnya, ayat-ayat tunggal dalam bahasa Melayuterdiri
daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi katakerja yang
mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada
ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif

Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yangdiikuti
oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya.Walau
bagaimanapun, ayat aktif transitif yang bersifat ayat tunggal terbentuk hanyadaripada ayat yang
mengandungi frasa nama subjek asal sebagai judul dan frasa namaobjek sebagai unsure
penyambut kata kerjanya. Contohnya:
- Ali menendang bola.
- Anjing itu mengejar kucing.
Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitifiaitu
yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Ada dua jenis ayat aktif taktransitif iaitu:
i)
Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan.
ii)
Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan.
Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan ialahayat yang
mengandungi kata kerja tak transitif yang mengandungi frasa keterangansecara pilihan.
Contohnya:

A-i)Kanak-kanak sedang mandi di kolam itu.


ii)Kanak-kanak sedang mandi.

B-i)
Dia menangis sepanjang hari.
ii) Dia menangis.

C-i)
Beberapa orang pengunjung masih bersiar-siar pada waktu senja.
ii)
Beberapa orang pengunjung masih bersiar-siar.
Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan
ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mesti diikuti oleh unsur pelengkap untuk
menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap ini berfungsi sebagai frasa keterangan
yang tidak boleh digugurkan. Contohnya:
A-i)Dia berada di Kuala Lumpur.
ii) *Dia berada.
B-i)
Kebanyakan penganggur tinggal di rumah setinggan.
ii)
*Kebanyakan penganggur tinggal.
C-i)
Bas itu menuju ke utara.
ii)*Bas itu menuju.
ii)
Ayat Pasif
Ayat pasif pula terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif. Ia
mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang
diterangkan. Contohnya:
- Bola ditendang oleh Ali.
- Kucing itu dikejar oleh anjing.
- Buku itu saya baca.
Ayat pasif dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada:
i)
Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.
ii)
Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama dirikedua.
iii)
Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.
Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif ini merupakan ayat yang kata
kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasifdi- dan ter- . Contohnya
NOR BAHIYAH)
________________________________________________________________________
___________________________________
Subjek
Kata kerja pasif
oleh + frasa nama
Keterangan
Barang itu
sudah diambil
oleh Ali
semalam.
Sampah-sarap
dibakar
oleh ayah
pagi tadi.
Tembok itu
terlanggar
oleh lori
pada
bahagian
bawahnya.
Istana raja
terbina
oleh rakyat
dalam masa satu
tahun.
Sekiranya binaanoleh+FN yang letaknya selepas kata kerja, kata sendi
oleh boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat. Contohnya:
- Barang itu sudah diambil Ali semalam.
- Sampah-sarap dibakar ayah pagi tadi.
Sekiranya binaanoleh+FN itu terletak jauh daripada kata kerja, makaoleh
tidak boleh digugurkan. Contohnya:
i) Barang itu sudah diambil semalamoleh Ali.
- Barang itu sudah diambil semalam Ali.
ii) Sampah-sarap dibakar pagi tadioleh ayah.
- Sampah-sarap dibakar pagi tadi ayah.
Ayat pasif juga boleh dibentuk dengan kata kerja yang mengandungiimbuhanb
er- danke-…-an. Dalam ayat-ayat begini, bahagianoleh+FN biasanya tidakdiperlukan.
Contohnya:
Subjek
Predikat
Mereka
kehujanan sepanjang hari.
Seluruh kampung
kegemparan.
Baju itu
berjahit dengan benang sutera.
Ayat pasif dengan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua, kataganti nama diri diletakkan
di hadapan kata kerja dasar. Hal ini demikian kerana kata gantinama diri orang pertama dan
kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhanpasif di-. Kata ganti nama diri orang
pertama dan kedua yang hadir di hadapan kata

dasar itu boleh berbentuk kata penuh ataupun kata ringkas. Kata ganti diri yang berbentuk penuh
adalah seperti saya, aku, engkau, awak, anda, kami dan kita. Manakala bentuk kataringkas ialah
ku bagi aku, dan kau bagi engkau. Contohnya:
Subjek
Frasa kerja dengan kata ganti nama
diri pertama/kedua
Keterangan
Kerja itu
sudah saya selesaikan
semalam.
Makanan itu
belum kurasai
lagi.
Hutang itu
akan engkau jelaskan
sepenuhnya.
Tugas ini
mesti kami pikul

Terdapat juga bentuk pasif songsang seperti:


- Saya tendang bola itu.
Ia berasal daripada ayat pasif susunan biasa:
- Bola itu saya tendang.
Ayat pasif dengan kata bantu pasif kedua mengandungi perkataan
kena dihadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Binaanoleh+FN boleh
secarapilihan digugurkan seperti dalam contoh berikut
Terdapat juga bentuk pasif songsang seperti:
- Saya tendang bola itu.
Ia berasal daripada ayat pasif susunan biasa:
- Bola itu saya tendang.
Ayat pasif dengan kata bantu pasif kedua mengandungi perkataan
kena dihadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan. Binaan oleh+FN boleh secara
pilihan digugurkan seperti dalam contoh berikut dengan sepenuh tenaga..

You might also like