You are on page 1of 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PULAU PINANG

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN KEJOHANAN BADMINTON

PENGELOLAAN
GERAK KERJA KOKURIKULUM
(PISMP AMBILAN JANUARI 2010)

TARIKH :
07 OKTOBER 2010

BERTEMPAT DI :
GIMNASIUM
IPG KAMPUS PULAU PINANG
1.0 TAJUK
Pertandingan ini dinamakan sebagai Pertandingan Kejohanan Badminton.

2.0 PENGENALAN
Kertas kerja ini merupakan program yang dijalankan oleh kumpulan pelajar
PISMP ambilan Januari 2010, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang.
Program ini merupakan aktiviti luar bilik darjah yang dapat menambahkan
pengalaman kepada guru-guru pelatih dalam mengorganisasikan sesebuah
pertandingan.

3.0 RASIONAL PERTANDINGAN


Pertandingan ini dirancang agar dapat memenuhi keperluan kursus PISMP
Semester 2 di samping menggalakkan guru-guru pelatih menceburkan diri
secara aktif dalam bidang sukan khususnya bagi permainan badminton. Selain
itu juga, pertandingan ini dijalankan bagi mencungkil bakat dan kebolehan guru-
guru pelatih bermain badminton dalam permainan badminton.

4.0 OBJEKTIF
a. Memenuhi keperluan kursus PISMP Semester 2 Ambilan Januari 2010
(Gerak Kerja Kokurikulum)
b. Menggalakkan pelajar bergiat secara aktif dalam kegiatan kokurikulum,
khususnya dalam bidang sukan badminton.
c. Mengasah bakat guru pelatih dalam bidang kesukanan badminton.
d. Melatih ahli-ahli kelab dalam bidang pengelolaan pertandingan
badminton.
e. Menggalakkan kerjasama dan mengeratkan silaturrahim di antara guru-
guru pelatih dan pensyarah yang terlibat dalam pertandingan ini.

5.0 TARIKH / MASA / TEMPAT


Tarikh : 7 Oktober 2010
Masa : 4.00 – 6.00 petang
Tempat : Gimnasium, IPG Kampus Pulau Pinang
6.0 PENYERTAAN
AHLI JAWATANKUASA : Ahli GERKO Badminton PISMP ambilan Januari
2010
PESERTA : Ahli GERKO Badminton PISMP ambilan Januari
2010

7.0 SUMBER KEWANGAN


Kutipan ahli GERKO Badminton PISMP Semester 2
PISMP : RM 10 X 10 = RM 100
JUMLAH : RM 100

8.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN KEJOHANAN BADMINTON


Penasihat : Encik Khoo Tiang Oon
Pengerusi : Allnie Binti James
Naib Pengerusi : Thefanny Debra Stephen
Setiausaha : Nur Anati Binti Azizan
Bendahari : Nor Syuwariyah Binti Mohamed

8.1 Ahli Jawatankuasa Kecil


1) Pertandingan
 Amirah Nabila Binti Razali
2) Hadiah/ Sijil
 Nur Melissa Binti Yahya
3) Foto / Publisiti / Laporan
 Natasya Binti Muhd. Hussin
4) Makanan / Minuman
 Ku Nurul Fasihah Binti Ku Yusoff
5) Pencatat Markah
 Hafidzotuddiniah Binti Abdul Rahman
6) Keselamatan / Peralatan / Teknikal
 Chan Jie Xing
9.0 PELAKSANAAN
Adalah dicadangkan agar pertandingan ini dijalankan kepada semua ahli Gerko
Badminton PISMP Semester 2 supaya mereka dapat menimba ilmu baru dan
pengalaman dalam bidang pengelolaan pertandingan dan seterusnya
memantapkan lagi ilmu dan kemahiran-kemahiran dalam badminton sewaktu
pertandingan badminton berlangsung.

10.0 PERTANDINGAN
Sila rujuk jadual pertandingan pada lampiran 1.

10.1 TEMPOH PERMAINAN


1 game = 21 mata

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI KOS SEUNIT JUMLAH


1. Hadiah dan sijil 10 RM 100

JUMLAH BESAR RM 100

12.0 PENUTUP
Amatlah diharapkan agar pertandingan ini akan mendapat sokongan daripada
pihak pentadbiran institut dari segi kewangan khususnya.

Disediakan oleh,
…………...............
(NUR ANATI BINTI AZIZAN)
Setiausaha,
Pertandingan Kejohanan Badminton
IPG Kampus Pulau Pinang.

Disemak oleh, Disemak oleh,

............................... ........................................
(ALLNIE BINTI JAMES) (ENCIK KHOO TIANG OON)
Pengerusi, Pensyarah Penasihat,
Pertandingan Kejohanan Bola Keranjang. GERKO Badminton,
IPG Kampus Pulau Pinang. IPG Ksmpus Pulau Pinang.

Diluluskan / Tidak diluluskan

………………………………..
(ENCIK RIJENG JAHET)
Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Kampus Pulau Pinang

You might also like