You are on page 1of 18

PENDIDIKAN ABAD KE-21 : ISU DAN CABARAN

1. Pendahuluan: Apa Abad Ke-21?

Abad ke-21 ialah abad kini dalam kalendar-kalendar yang berdasarkan Kalendar
Gregory, Tempohnya adalah dari 2001 hingga 2100 dan tempoh milenium ketiga adalah
dari 2001 sehingga 3000. Ini disebabkan pengiraan abad pertama bermula dengan
tahun 1. Biasanya, penggunaan umum mengganggap bahawa abad ke-21 berlangsung
dari 2000 hingga 2099 dan milenium ketiga dari 2000 sehingga 2999. Pada 2000, ISO
menyokong kegunaan umum dengan mentakrifkan kalendar yang memulakan
perhitungannya dari tahun sifar. Dari segi amalan, masalah ini telahpun diselesaikan
dengan penggunaan 1 Januari, 2000 yang meluas untuk menandakan permulaan abad
ke-21. Dekad-dekad sering dianggap sebagai bermula dengan tahun sifar dan diberikan
nama yang sewajar, umpamanya "2010-an" dan sebagainya. Serupa dengan tempatnya
abad ke-20 dalam penamaan "20th century Fox", abad ke-21 telah dipergunakan dalam
nama pelbagai syarikat dan organisasi . (Sumber : Wikipedia bebas dalam Versi
Bahasa Melayu; Tarikh akses : 24 September 2010)

Abad ke-21 membawa masyarakat dunia ke satu lagi fasa penganjakan


paradigma kehidupan. Ini meliputi penganjakan daripada masyarakat perindustrian
kepada masyarakat berinformasi; penggunaan teknologi manusia kepada penciptaan
teknologi tinggi; pemusatan kuasa kepada pengagihan kuasa; konsep hierarki kepada
konsep jaringan; ekonomi tempatan kepada ekonomi antarabangsa; dan perancangan
jangka pendek kepada perancangan jangka panjang (Mumtaz Begam dan rakan-
rakan, 2002).

Razali Ismail (2000:2), mengatakan abad Ke-21 sering dikaitkan dengan era
Teknologi Maklumat (IT) yang memungkinkan kepantasan dan menjumudkan faktor
jarak dan masa. Perkembangan terkini dalam ‘open sky technology’ membawa implikasi
kepada kehidupan manusia sejagat. Seperti yang kita lihat dan rasa, dunia yang luas
pada hakikatnya telah dikecilkan dengan teknologi komunikasi yang canggih dan pantas.

Perkembangan yang pesat dalam teknologi komunikasi dan arus globalisasi ini
telah mempengaruhi sistem komunikasi global. Jika satu ketika dahulu isu limpahan

1
siaran melalui Direct Broadcasting Services, aliran berita antara negara yang tidak
seimbang dan order baru maklumat dunia menjadi isu hangat dibincangkan dalam arena
komunikasi, isu-isu ini kini tidak lagi begitu diperdebatkan. Sebaliknya isu-isu komunikasi
tanpa sempadan, masyarakat bermaklumat dan masyarakat berpengetahuan menjadi
isu-isu baru yang memenuhi ruang perbincangan di peringkat antarabangsa. Dunia abad
ke 21 adalah satu dunia baru. Dunia sekarang ini bukan lagi terkenalkerana ideologi
politiknya tetapi kepada kuasa ekonominya. Kuasa besar ekonomi dunia dengan sistem
kapitalisnya ingin mewujudkan satu dunia global dengan pasaran global.

Kemajuan dalam bidang komunikasi ini juga telah memberikan pengaruh yang
besar kepada keadaan sosial, pentadbiran, perubatan, hubungan antarabangsa,
pengangkutan dan sebagainya tidak terkecuali bidang pendidikan yang menjadi teras
kepada perubahan dunia abad ke 21 ini. Kesan globalisasi terhadap sektor pendidikan
sangat ketara di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun,
Australia, New Zealand, Jerman dan Russia. Ini dapat dilihat dengan pertambahan
pelajar luar negara yang belajar di institut pengajian tinggi negara-negara tersebut.
Demikian juga di Malaysia, Pendidikan Tertiari menunjukkan fenomena yang sama di
mana pada setiap tahun universiti-universiti tempatan di negara kita menerima pelajar-
pelajar luar dari seberang laut semakin meningkat.

Dalam keghairahan dunia abad ke-21 menikmati kemajuan Sektor Teknologi


Maklumat dan Komunikasi, bidang pendidikan khususnya di negara kita terus
berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran yang perlu dilihat dengan rasa
tanggungjawab oleh semua pihak. Sekiranya isu-isu dan cabaran ini tidak ditangani
dengan baik dan betul, kemajuan yang dicapai bukan saja tidak akan mendatangkan
sebarang faedah, bahkan akan menimbulkan berbagai-bagai isu kemanusiaan sejagat.
Terdapat berbagai-bagai isu dan cabaran pendidikan di Malaysia yang timbul akibat
kesan globalisasi dan transformasi sama ada isu dan cabaran ini wujud disebabkan oleh
hasrat kerajaan itu sendiri ataupun kesan daripada kemajuan Sektor Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dunia.
Dalam tugasan ini, saya ingin fokuskan kepada 4 isu dan cabaran iaitu
Pendidikan bertaraf Dunia, Pembestarian Sekolah, Pendidikan K-Ekonomi dan Gejala
sosial yang diakibatkan oleh ledakan maklumat dan globalisasi.

2
2. Isu dan Cabaran : Pendidikan Malaysia Bertaraf Dunia

Malaysia Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia yang telah diilhamkan oleh


Y.A.Bhg Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Malaysia di Sidang Kemuncak
Pendidikan 2004 beliau menyatakan “Membangunkan Sistem Pendidikan Bertaraf
Dunia merupakan agenda kerajaan saya”. Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan
wahana penting bagi mencapai hasrat wawasan 2020 ialah mahu menjadikan
masyarakat Malaysia maju dan saintifik. Masyarakat maju perlu bersedia untuk
menerima sesuatu yang baru, maju dan berdaya saing. Agen perubahan utamanya ialah
pendidikan. Pendidikan merupakan alat terpenting di dalam pembangunan sumber
manusia ke arah pencapaian matlamat pembangunan negara. Pendidikan bertaraf dunia
atau “world class” akan menentukan kejayaan perubahan insan. ( Mohd Najib , 1997 ).
Ini adalah antara kata-kata terawal pemimpin kita mengenai pendidikan bertaraf dunia.

Tepat pada masanya, Wawasan 2020 dan pendidikan bertaraf dunia berada di dalam
lingkungan abad ke -21 menunjukkan betapa besar hasrat dan cita-cita kerajaan yang
bersungguh-sungguh untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Apakah maksud sistem
pendidikan bertaraf dunia? Mengikut Merian-Webster Online “ world class is defined
as being of the highest caliber in the world ”. Pada pendapat saya bertaraf dunia
bermaksud satu pencapaian yang tertinggi atau yang setaraf dengannya di dunia . Ia
menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara,
khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredentialiti yang
diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang
luas, ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang
Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan
kemajuan dinamis, iaitu :

i. Pembangunan tenaga manusia


ii. Kepesatan pertumbuhan ekonomi
iii. Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial
iv. Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat
v. Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual

3
vi. Pembangunan teknologi dan sains
vii. Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat.

Untuk mencapai status pendidikan bertaraf dunia, pihak kerajaan melalui Kementerian
Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi perlu mengambil langkah-langkah
menyeluruh untuk mempastikan perkara berikut dapat diurustadbir dengan sistematik
dan berkesan iaitu:

i. Pendidikan Prasekolah dan Rendah


ii. Pendidikan Menengah
iii. Pendidikan Tertiari (Tinggi)
iv. Program Sokongan
v. Pembiayaan Pendidikan
vi. Pengurusan
vii. ICT Dalam Pendidikan

Selain daripada itu, pihak Kementerian Pelajaran juga perlu merefomasikan pelbagai
aspek pendidikan di semua peringkat persekolahan seperti perkara-perkara berikut:

i. Kualiti pengajaran
ii. Kualiti perkhidmatan
iii. Kualiti kurikulum
iv. Kualiti penilaian dan pensijilan
v. Kualiti pensyarah
vi. Kualiti perkembangan dan kebajikan pelajar
vii. Kualiti persekitaran budaya pelajar dan organisasi
viii. Kualiti pengurusan dan pentadbiran universiti
ix. Kualiti kepimpinan universiti
x. Kualiti penyeliaan
xi. Kualiti mentoring
xii. Kualiti perkembangan staf atau tenaga pengajar

4
Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, perubahan yang hendak dibuat
mestilah sesuai dengan tuntutan semasa. Dalam kontek Malaysia sistem pendidikan
mesti dibangunkan dan dibuat pembaharuan supaya ia dapat memenuhi tuntutan
wawasan 2020 kerana wawasan ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa pembangunan
sumber manusia dari segi kuantitif dan kualitif. Perubahan dan pembaharuan adalah
berdasarkan kepada hakikat bahawa tanpa sistem pendidikan yang bertaraf dunia,
impian untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju tidak mungkin dapat
dicapai.

Bertitik tolak dari kesedaran ini, Kementerian Pelajaran membuat pembaharuan yang
disifatkan sebagai sesuatu yang mesti menjangkau tempoh masa yang agak lama. Ia
mestilah bersifat sistematik iaitu ia tidak boleh terdiri dari satu komponen pendidikan
iaitu educational content, educational tools dan infrastruktur pendidikan mestilah diolah
sedemikian rupa supaya perubahan menjadi lebih bersepadu, holistik serta
komprehensif. Perubahan sistematik ini mestilah dilihat secara menyeluruh dan dalam
kontek yang lebih luas.

Pertama, soal asas iaitu perundangan. Sejauh manakah kuasa yang ada pada
Kementerian Pelajaran dalam membuat beberapa perubahan sistem pendidikan.
Pembentangan Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 membolehkan reformasi
pendidikan dilaksanakan.

Antara lain, rang undang-undang tersebut menggariskan :

 Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan


bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara.
 Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan
kebangsaan
 Tempoh pendidikan rendah adalah antara lima hingga tujuh tahun
 Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan
kebangsaan
 Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan
 Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

5
Bermula dengan akta, perubahan boleh dibuat terhadap komponen-komponen lain
sistem pendidikan yang merangkumi ketiga-tiga komponen penting di atas iaitu isi
kandungan pendidikan, alat-alat pendidikan dan infrastruktur. Contohnya, apabila kita
mengubah kurikulum sekolah, faktor-faktor latihan guru, soal fizikal, soal kemasukan
teknologi baru, sistem penilaian, kebajikan guru, profesionalisme dan lain-lain lagi
hendaklah diambil kira.

Begitu juga peningkatan taraf institusi pendidikan tinggi contohnya Institut


Perguruan Sultan Idris yang telah dinaikan taraf sebagai Universiti Perguruan Sultan
Idris. Sejajar dengan peningkatan taraf ini, adalah diharapkan kewibawaan guru-guru
akan dipertingkatkan untuk melahirkan insan yang cemerlang

Untuk mencapai status pendidikan bertaraf dunia, kerajaan perlu menyegerakan


untuk menyelesaikan masalah peluang pendidikan tertiari di IPTA dan IPTS yang sedia
ada masih tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan masyarakat dan keperluan
negara yang semakin meningkat. Peratus kemasukan pelajar ke peringkat tertiari adalah
amat kecil jika dibandingkan dengan kohort yang sama di negara-negara maju.
Contohnya, berdasarkan data Organisation for Economic Cooperation and Development
(OECD) bagi tahun 1996, peratus kemasukan pelajar ke peringkat tinggi bukan ijazah
bagi kohort 18-21 tahun adalah 11 peratus di Malaysia berbanding dengan 26 peratus di
Amerika Syarikat dan 12 peratus di United Kingdom. Peratus kemasukan pelajar ke
peringkat ijazah bagi kohort 18-21 tahun adalah lima peratus di Malaysia berbanding
dengan 41 peratus di Amerika Syarikat dan 39 peratus di United Kingdom. Adalah
menjadi cabaran kepada Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan tahap aksesibiliti
kepada pendidikan tertiari sejajar dengan konsep pendemokrasian pendidikan.

Selaras dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat, pendidikan tertiari perlu


mampu menyediakan peluang bagi mereka yang ingin mendapatkan pengetahuan,
kemahiran, latihan, dan latihan semula pada peringkat tertiari. Tahap aksesibiliti ke
pendidikan tertiari yang rendah akan menghalang pembelajaran sepanjang hayat di
kalangan masyarakat. Cabaran kerajaan ialah untuk menyediakan peluang dan laluan
bagi kemasukan individu dan pelajar tercicir ke institusi pendidikan tertiari agar rakyat

6
Malaysia mempunyai pendidikan serta kemahiran ke arah membantu pembangunan
negara.

Langkah pengkorporatan universiti-universiti tempatan juga dilihat sebagai salah


satu cara ke arah memantapkan lagi pendidikan tertiari. Selaras dengan pengkorporatan
universiti, adalah diharapkan supaya pihak pentadbiran universiti mengadaptasikan
pengurusan universiti mengikut model-model penswastaan, pengkorporatan dan
pensyarikatan yang menekankan kepada perkhidmatan keuntungan dan produktiviti.

3. Isu dan Cabaran : Ke Arah Pembestarian Sekolah Malaysia

Satu lagi isu pendidikan di Malaysia masa kini yang hangat diperkatakan ialah
Pembestarian Sekolah. Pembestarian sekolah diilhamkan apabila pemimpin-pemimpin
kita melihat perkembangan ICT di seluruh dunia yang turut mempengaruhi Malaysia.
Pembestarian sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi
pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti
pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran
sekolah dan kompetensi guru

Cabaran utama proses Pembestarian Sekolah ini ialah melatih guru dan murid
agar berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat
melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed),
terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced). Sistem pendidikan sedia
ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan
supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa.

Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario yang mencabar dalam


pendidikan alaf baru di Malaysia kerana ia memberikan sumbangan yang besar kepada
pencapaian Pendidikan Bertaraf Dunia dan bersesuaian dengan perkembangan
teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan
sesebuah institusi pendidikan yang menggabungkan serta memberikan penekanan
terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir,

7
pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.

Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 - 2010 yang telah
dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Januari
2007, dasar utama yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran yang berkaitan dengan
pembestarian sekolah adalah untuk memastikan semua pelajar celik ICT.
Mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai mata pelajaran atau
pengupaya dalam pengajaran dan pembelajaran dan menggalakkan penggunaan ICT
bagi meningkatkan produktiviti, kecemerlangan dan keberkesanan sistem pengurusan
sekolah. Perlaksanaan pembestarian sekolah mengambilkira semua inisiatif ICT sedia
ada di sekolah seperti projek rintis Sekolah Bestari, projek pengkomputeran dan makmal
komputer sekolah, projek Pengajaran dan Pembelajaran Sains dam Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI), SchoolNet (projek penyediaan prasarana jalur lebar untuk
capaian ke internet di semua sekolah) dan TV Pendidikan yang melibatkan aspek-aspek
infrastruktur ICT dan aplikasi pengurusan, pengisian dan latihan.

Kementerian Pelajaran akan menyelaraskan semua inisiatif ICT ini bagi


meningkatkan produktiviti, kecemerlangan dan keberkesanan sistem pengurusan supaya
boleh dilaksanakan secara cekap dan efektif, tanpa pertindihan dan pembaziran.

“Teachers will need to change their role in the electronic classroom from being
information providers to counselors to help students develop know how and judgment
to select information sources. Key to success in the Information Age will be making the
right judgements between an awesome array of choices. We are examining our
education system to create a curriculum where people learn how to learn for continuing
education throughout their lives.”
(Tun Mahathir Mohamed, Launch of the Multimedia Super Corridor, 1 August 1996)

“The smart school program will be re-modelled and its implementation fast-tracked to
enable more schools to benefit, at lower cost to the government. Smart schools will
have access to the Internet through the SchoolNet program, which is already at an
advanced stage of implementation. Advanced teaching and learning materials developed

8
through the Smart School Pilot program will be utilised for teaching, while the Smart
School Management System will be used to improve administration processes.”
(Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi)

Launch of The Multimedia Super Corridor (M.S.C.) Next Leap, 3 July 2004)

“… pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih berdaya saing,
kondusif dan moden mengikut arus pembangunan semasa. Dalam proses pembestarian
sekolah, sasaran kementerian ialah untuk meningkatkan nisbah komputer kepada murid,
masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan
teknologi yang berkesan dari segi kos.”
(Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 7 Mei 2005)

Pelaksanaan pembestarian ini memanfaatkan ( leverage) kepada semua inisistif


ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga elemen utama iaitu infrastruktur ICT
dan Aplikasi Pengurusan, Pengisian Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), dan
Pembangunan Sumber Manusia. Fokus utama Pembestarian Sekolah ialah untuk
memastikan semua sekolah akan mempunyai kecapaian ICT yang sama dengan;

i. menyediakan kemudahan infrastruktur dan perkakasan yang mencukupi

ii. menyediakan perisian dan bahan-bahan digital yang lengkap

iii. memberi latihan yang secukupnya kepada semua guru, pentadbir dan staf sokongan

Pembestarian Sekolah akan menfaatkan elemen utama yang telah dilaksanakan ke


sekolah-sekolah melalui projek-projek Kementerian Pelajaran seperti:

i. projek makmal pengkomputeran sekolah

ii. PPSMI dan MBMMBI

iii. rangkaian SchoolNet

iv. rancangan TV pendidikan

9
v. projek Rintis Sekolah Bestari

vi. ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

vii. mata pelajaran yang berasaskan ICT

viii. perkongsian Pintar dengan Syarikat Swasta

ix. latihan ICT Guru

x. pengurusan Perubahan bagi Guru dan Pentadbir Sekolah

Program Pembestarian ini akan dijalankan secara berperingkat dan berfasa


mengikut keutamaan dan keupayaan Kementerian dengan mengambil kira kesediaan
sekolah. Penggunaan ICT sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran merupakan jantung Sekolah Bestari. Pendekatan ini tidak hanya terhad
dalam kurikulum, pedagogi, pentaksiran, pengajaran dan pembelajaran, malah juga
dalam bidang pengurusan sekolah. Pengurusan dan pentadbiran sekolah dibestarikan
agar pengurus sekolah dapat menguruskan perjalanan sesebuah sekolah dengan lebih
efektif.

Walau bagaimanapun, dalam proses menubuhkan Sekolah Bestari di seluruh


negara, Kementerian Pelajaran kemudiannya telah mengambil langkah bijak dan kos
efektif dengan memperkenalkan Program Pembestarian Sekolah. Ini memandangkan
untuk membekalkan infrastruktur teknologi penuh sebuah Sekolah Bestari, Kerajaan
perlu membelanjakan sebanyak RM1.8 juta, manakala untuk membekalkan infrastruktur
teknologi makmal komputer, kerajaan memerlukan peruntukan sebanyak RM642,000
bagi sebuah sekolah. Oleh itu, alternatif yang terbaik adalah dengan cara
membestarikan sekolah sedia ada yang hanya memerlukan peruntukan yang jauh lebih
rendah untuk setiap buah sekolah.

Pelaksanaan pembestarian ini mengambil kira ( leveraging) semua inisiatif ICT


yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga perkara utama iaitu hardware, software dan
wetware. Untuk itu, Kementerian Pelajaran telah pun membekalkan pelbagai peralatan
dan kemudahan ICT seperti komputer, pencetak, server, projektor dan rangkaian.

10
Statistik sehingga April 2005 menunjukkan sebanyak 4500 buah sekolah rendah dan
menengah di seluruh negara telah dilengkapi dengan makmal komputer, sementara
8120 buah sekolah telah dirangkaikan dengan capaian internet berjalur lebar melalui
rangkaian SchoolNet. Pembekalan peralatan dan kemudahan ICT merupakan isu yang
besar kerana terbukti telah melibatkan kos pembelian dan pengurusan yang besar.
Banyak wang yang telah digunakan oleh pihak kerajaan untuk menyediakan prasarana
ini.

Penyediaan perisian kursus juga merupakan cabaran kepada pihak kementerian.


Untuk itu, pembangunan perisian telah dilaksanakan dengan kerjasama dengan pihak
swasta. Perisian kursus untuk kegunaan Sekolah Bestari yang melibatkan empat mata
pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik telah dibangunkan
dengan kerjasama pihak swasta. Selain daripada menghasilkan perisian kursus untuk
digunakan oleh guru dan pelajar dalam program Pengajaran dan Pembelajaran Sains
dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Pembestarian sekolah menuntut kepada pengurusan pendidikan yang lebih


cekap dan berkesan dengan penggunaan aplikasi Smart School Management System
(SSMS), Educational Management Information System (EMIS) dapat membantu
memperkemaskan pengaliran dan perkongsian maklumat di peringkat sekolah, jabatan
dan kementerian. Latihan kemahiran ICT kepada individu yang terlibat sentiasa
diadakan dari semasa ke semasa. Pentadbir sekolah, guru, staf sokongan dan personel
di pelbagai peringkat Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri, dan
Bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran turut dibimbing dan dilatih menggunakan
segala kemudahan ICT yang disediakan.

Dalam menongkah arus globalisasi dan cabaran pendidikan hari ini, semua pihak
harus mengorak langkah yang proaktif. Perubahan ke arah sistem pendidikan bestari
adalah suatu usaha yang amat baik. Adalah menjadi harapan kementerian, melalui
pembestarian sekolah ini akan membentuk modal insan yang berkemahiran dalam
bidang ICT ke arah masyarakat k-ekonomi, mengimbang jurang digital antara bandar,
luar bandar dan pendalaman, membentuk masyarakat yang kreatif, kritis dan inovatif,

11
membudayakan pembelajaran sepanjang hayat berasaskan ICT serta membangunkan
pendidikan bertaraf dunia. Pembestarian sekolah ini perlu disokong dan
dilaksanakan oleh semua pihak untuk mengatasi cabaran-cabaran yang timbul ke
arah menjana modal insan yang mempunyai minda kelas pertama.

4. Isu dan Cabaran : Pendidikan Malaysia Ke Arah K-Ekonomi

Sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sistem pendidikan


kebangsaan telah mengalami perubahan ke arah kemajuan dan pemantapan. Pada abad
ke-21 ini, negara kita menghadapi isu dan cabaran dalaman serta luaran akibat daripada
kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(Information and Communications Technology, ICT ). Salah satu cabaran negara adalah
untuk membangunkan satu sistem ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau K-
ekonomi bagi menghadapi persaingan dengan negara lain. Perubahan sistem ekonomi
ini adalah satu fenomena yang pasti akibat daripada arus perdana yang dibawa oleh
globalisasi. Ekonomi baru ini memerlukan sokongan padu daripada sektor pendidikan
untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan tinggi dalam pelbagai bidang.

Cabaran tersebut menuntut agar negara membangunkan sumber tenaga yang


mempunyai ciri-ciri K-worker, celik dan mahir dalam ICT, mampu bersaing pada
peringkat tempatan dan pada peringkat global, bahkan memiliki jati diri dan daya saing
yang tinggi selaras dengan perkembangan era dunia abad ke 21 yang sangat mencabar
ini. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu menyediakan program
pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu
pengetahuan, celik ICT, berkemahiran, dan berakhlak mulia bagi memenuhi Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Mohamad Muda (1991) mengatakan sistem pendidikan negara kita memerlukan


usaha-usaha yang strategik serta boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan
amalannya ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-
cabaran abad ke-21. Pembangunan Pendidikan abad ke 21 mulai tahun 2000 mengambil
kira Dasar Wawasan Negara yang bertujuan membina bangsa yang berdaya tahan,

12
menggalakkan pewujudan masyarakat yang saksama, mengekalkan pertumbuhan
ekonomi, menghadapi persaingan antarabangsa, membangunkan ekonomi berasaskan
pengetahuan, memperkukuh pembangunan sumber manusia, dan meneruskan
pembangunan alam sekitar yang mapan. Untuk mencapai matlamat pembangunan
negara, Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001-2010, RRJP3) dan Rancangan
Malaysia Kelapan (2001-2005, RMKe-8) telah menggariskan strategi, program, dan
projek untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi serta membina masyarakat yang
bersatu padu, adil, dan saksama. Pembangunan negara tertumpu kepada usaha untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju mengikut acuan sendiri. Semua
ini mempunyai implikasi yang besar terhadap sistem pendidikan kebangsaan.

Sistem pendidikan kebangsaan telah dapat meningkatkan kualiti pendidikan dari segi
taraf pendidikan tenaga kerja. Pada tahun 1980, tenaga kerja yang tidak mempunyai
pendidikan formal adalah sebanyak 18.1 peratus dan menurun kepada 8.7 peratus pada
tahun 1995. Dalam tempoh yang sama, peratusan yang mempunyai pendidikan tertiari
berjaya ditingkatkan daripada 1.5 peratus kepada 11.1 peratus. Jadual tersebut
menunjukkan tahap pendidikan tenaga kerja di Malaysia semakin meningkat dengan
lebih ramai mempunyai pendidikan menengah dan tertiari. Pada tahun 2000, bilangan
tenaga kerja mahir dan profesional telah meningkat kepada 32 peratus dan 2005 telah
mencapai 46 peratus. Pendidikan tertiari merupakan pemangkin utama penjanaan
sumber tenaga manusia yang berpengetahuan, berkemahiran, dan berketrampilan bagi
memenuhi keperluan mencapai wawasan negara

Dengan tertubuhnya kolej komuniti, politeknik, institusi latihan yang dikendalikan


oleh agensi kerajaan dan swasta, universiti awam, dan institusi pendidikan tinggi swasta
(IPTS), lebih banyak tenaga mahir dan profesional akan dapat dilahirkan pada masa
akan datang. Jika ini dapat dicapai, negara kita akan mudah bersaing dengan negara
lain di dunia pada abad ke 21 ini.

13
5. Isu dan Cabaran : Ledakan Globalisasi Menimbulkan Masalah Sosial Pelajar

Satu lagi isu dan cabaran pendidikan abad ke-21 iaitu kesan daripada ledakan
globalisasi dunia serta pendedahan ICT, khususnya internet kepada para pelajar sama
ada di sekolah, rumah atau di siber-siber telah meletakkan pelajar ke dalam dunia tanpa
sekatan. Era penggunaan teknologi multimedia secara menyeluruh menjadi topik
perbualan yang sering diperkatakan. Belum sempat kita merealisasikan impian
melahirkan generasi yang mampu mencerna dan mengisi keperluan cabaran negara,
sebahagian besar remaja kita telah jelas kelihatan tenggelam dalam arus perkembangan
era teknologi ini. Pembabitan bilangan remaja dalam gejala sosial turut meningkat
secara mendadak. Revolusi sektor pendidikan negara kini bukan sahaja tidak berupaya
menemui satu jalan penyelesaian dalam mengatasi masalah gejala sosial remaja. Kita
berhendakkan kemajuan yang diasaskan kepada budaya Malaysia jati dan bukannya
sebuah negara maju yang mengalami keruntuhan akhlak dan moral di kalangan
remajanya.

Di sini, nampaknya pendidikan abad ke-21 melakarkan cabaran demi cabaran


yang sangat menakutkan. Di samping kemajuan sains dan teknologi, kemudahan alat
telekomunikasi yang semakin canggih jelas mempunyai keburukan terutamanya kepada
para remaja bahkan seluruh manusia yang masih mencari identiti mereka. Kemudahan
internet disalahgunakan untuk mengakses laman-laman yang tidak sihat telah
memberikan kesan negatif kepada mereka. Kesan yang paling ketara ialah kewujudan
laman-laman lucah yang telah mengakibatkan pengaruh seks bebas dan jenayah
seksual. Fenomena ini berlaku kalangan pelajar yang tidak matang untuk menilai serta
mempraktikkan apa yang boleh dan tidak boleh diamalkan. Masalah ini semakin menular
dan membimbangkan kita terutamanya pelajar di kawasan bandar dan kota .

Apa yang menyedihkan kita ialah penglibatan mereka mula dikesan seawal usia
13 tahun ketika mereka berada di tingkatan satu dan dua. Seorang guru disiplin di
sebuah sekolah menengah mendedahkan bahawa beliau menemui kondom yang
disimpan dalam beg oleh pelajar wanita di sebuah sekolah di Taman Melawati, Kuala
Lumpur. Kondom itu ditemui ketika pemeriksaan mengejut dilakukan di sekolah
tersebut. Peningkatan pembabitan remaja perempuan dalam aktiviti maksiat juga adalah

14
satu lagi petanda bahawa keruntuhan akhlak remaja di Malaysia bertambah serius.
Seorang lagi guru di sebuah sekolah di Kuala Lumpur mendedahkan bahawa beliau
pernah membuat tinjauan di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) pada waktu malam dan
merasa sungguh terkejut kerana mendapati pelajarnya, lelaki dan perempuan meneguk
minuman keras tanpa segan silu di khalayak ramai. Beliau juga mendedahkan terdapat
seorang pelajar wanita di sekolahnya terlibat dalam pengedaran pil ecstasy. Pelajat
terbabit kerap ponteng sekolah dan apabila disiasat , pihak sekolah mendapati pelajar
itu adalah ketua pengedar pil ecstasy di sekolah itu.

Menurut Ketua Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim,
jenayah seksual di kalangan pelajar terutamanya di sekitar Kuala Lumpur semakin
meningkat sejak kebelakangan ini. Di antara jenayah seksual yang mereka lakukan
seperti mencabul kehormatan , merogol dan juga pelacuran . Mangsa yang dicabul oleh
mereka bukan sahaja pelajar wanita tetapi juga wanita-wanita dewasa. Selain jenayah
seksual, beliau mendedahkan mengenai masalah seks rambang, hamil luar nikah dan
pelacuran dikalangan pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT). Menurutnya, sehingga
bulan Jun tahun ini, seramai 141 gadis bawah umur berjaya diselamatkan daripada
kancah pelacuran dan kegiatan seks haram diseluruh negara dan sepanjang tahun lalu
pula seramai 230 remaja bawah umur yang terlibat berjaya diselamatkan dan dihantar
ke pusat pemulihan akhlak.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita seks oral di bawah meja di bilik
darjah oleh empat orang murid tahun dua di sebuah sekolah rendah di Taiping. Hasil
siasatan guru-guru, didapati bahawa seorang daripada murid itu mengulangi apa yang
yang dilihatnya dalam sebuah filem lucah , bersama-sama ibu bapanya pada malam
sebelumnya. Di sebabkan oleh sebab sifat ingin tahu, dia meminta rakan-rakannya
untuk mencubanya di bawah meja selepas guru mereka meninggalkan bilik darjah.
Namun apa yang sangat menyedihkan ialah sikap ibu bapa itu sendiri yang sanggup
mendedahkan anaknya ke arah gejala sosial dengan menonton video lucah bersama-
samanya. Bagaimanakah ini boleh terjadi dalam masyarakat kita pada hari
ini ? Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya semua ini? Adakah anak yang perlu
dipersalahkan atau ibu bapa yang tidak berakhlak yang perlu dipersalahkan? Ibu bapa
hendaklah menjadi pemangkin dan contoh teladan yang baik bagi anak-anak kerana

15
pengaruh media massa pada zaman ledakan maklumat di abad ke 21 ini dan lambakan
bahan-bahan lucah seperti majalah dan VCD lucah amat mudah mempengaruhi tingkah
laku anak-anak dan para pelajar. Remaja dan pelajar merupakan golongan pewaris
kepimpinan hari ini dan penerus wawasan negara. Kepesatan pembangunan ekonomi
dan teknologi telah memberikan kesan kepada pembangunan sosial dan insaniah para
pelajar. Minda mereka menjadi lebih terbuka dan bebas. Salah satu daripada gejala
yang berlaku pada masa kini ialah masalah penyalahgunaan teknologi maklumat dan
komunikasi (ICT) di kalangan remaja. Aktiviti seperti "Lepak Siber", melayari halaman
lucah dan hiburan keterlaluan, penyebaran fitnah dan sebagainya merupakan gejala
negatif yang semakin menular di kalangan remaja. Justeru itu, satu bentuk langkah
pembendungan dan penyelesaian terbuka yang sesuai dengan minat dan citarasa
mereka ini perlu dilaksanakan agar mereka dapat mempertingkatkan potensi diri mereka
danmemanfaatkannya ke arah yang lebih positif.

Inilah isu dan cabaran kepada para guru di sekolah dan tugas pendidikan di era
IT ini untuk dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab. Jika tidak, gejala ini akan
semakin teruk dan berleluasa. Akhirnya anak-anak muda yang bakal mewarisi
kepimpinan pada masa hadapan akan rosak dan merosakkan orang lain dan nama baik
negara kita.

6. Penutup

Kita percaya, perancangan Pembangunan Pendidikan abad ke-21 bertujuan


melahirkan insan yang dapat menangani isu dan cabaran globalisasi serta K-ekonomi.
Bagi memenuhi matlamat tersebut, pembangunan pendidikan dilandaskan kepada empat
teras iaitu meningkatkan akses, ekuiti, kualiti serta kecekapan dan keberkesanan
pengurusan pendidikan. Pendidikan yang berkualiti dan berkesan dapat menghasilkan
individu yang seimbang dan baik selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Individu sedemikian akan mempunyai nilai moral yang mulia, daya ketahanan yang
kukuh, dan daya saing yang tinggi. Di samping itu, sistem pendidikan yang berkualiti dan
berkesan dapat menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan
pendidikan. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha
membangunkan generasi alaf baru. Sistem pendidikan negara memerlukan usaha-usaha

16
yang strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan amalannya ke
tahap kualiti yang tingggi dan cemerlang agar dapat menangani cabaran-cabaran abad
ke-21. Sistem pendidikan yang berubah sejajar dengan perubahan aspek ekonomi,
budaya dan politik tersebut amat hebat dan pantas. Jika kita leka boleh menyebabkan
kita terpinggir dan tersingkir. ‘Intellectual capital’ akan menjadi asas kukuh berbanding
kekayaan yang berupa tanah, wang atau bahan mentah. Budaya korperat yang
berasaskan pendemokrasian kuasa akan menggantikan amalan hiraki tradisional.
Persaingan melebihi batas kawasan kepada persekitaran sejagat dan terlalu sengit.
Pendek kata prinsip dan nilai sejagat akan menentukan kejayaan sesuatu institusi,
organsisasi atau negara. Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan di Malaysia
sangat penting dalam menghadapi gelombang perubahan ini.

Bibliografi

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 , Bahagian Perancangan dan


Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia, Edisi Pelancaran PIPP
2006

Pembangunan Pendidikan 2001-2010, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001,Putrajaya


Iliyas Haji Hashim, (2002). Antara Cabaran dan Harapan Dalam Pengurusan Kurikulum
Sekolah Abad Ke-21: Pemikiran Dalam Pendidikan . Universiti Malaysia Sabah:Sekolah
Pendidikan dan Pembangunan Sosial.

Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi dan Hasnan Hakim, Dasar Dan Pelaksanaan Sistem
Pendidikan Kebangsaan, Kongres Pendidikan Melayu di Dewan Merdeka, Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pada 1 – 2 September 2001

Al-Munsyi (1995), "TQM Dalam Pendidikan." Dewan Masyarakat. Disember; 23-25.

Kamarrudin Jusoh (1997). "Keluhan Bekas Guru Disiplin." MASSA. 5 April.


Marimuthu. T (1990). "Pengenalan Sosialogi Pendidikan." Petaling Jaya : Fajar Bakti
Sdn. Bhd. 

17
Mok Soon Sang (1996). "Pendidikan Di Malaysia." Kuala Lumpur : Kumpulan

Othman Alhabshi, (2001). Dasar dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan


UNITAR.

Roblyer, M.D.,Edwards,J.&Harrilak, M.A.(1997). Integration Educational Technology into


Teaching.New Jersey:Prentice Hall.

Schooley, C. (2002, October). Future Direction in the K-12 Education Technology


Services. Giga Information Group, Inc.

Kertas Kerja Seminar Sekolah Efektif , 14-16 Nov 1996 di Institut Aminuddin Baki:
Mewujudkan dan Mengekalkan Keberkesanan Institusi Pendidikan.

Utusan Pengguna, November 1997, M/S 23

Hussein Hj. Ahmad (2001). Mandat UNESCO dan cabaran globalisasi . Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Tajul Ariffin Mohd Noordin & Nor Aini Dan (2002 ). Pendidikan pembangunan manusia.
Bangi: As Syabab Media.

Tajul Ariffin Mohd. Noordin & Nor Aini Dan (1992). Pendidikan dan wawasan 2020.
Kuala Lumpur : Arena Ilmu Sdn. Bhd.

Wan Mohd.Nor bin Wan Daud. (2003). Budaya ilmu: Satu penjelasan. Singapura:
Pustaka Nasional.

Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin. (1993). Wawasan pendidikan: Agenda pengisian.
Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

18

You might also like