You are on page 1of 4

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Perpaduan

Maksud fungsi perpaduan ialah menimbulkan sikap bersatu terhadap


kesetiaan bahasa. Misalnya, apabila orang berlainan bangsa bertemu, mereka dapat
mengeratkan hubungan di antara satu sama lain dengan penggunaan bahasa
kebangsaan.

Selain itu,setiap anggota masyarakat yang berbilang keturunan ini bernaung di bawah
satu bahasa yang dapat mewujudkan kesepaduan masyarakat majmuk negara ini. Hal ini pasti akan
dapat menimbulkan kecintaan dan semangat kebangsaan yang merupakan nadi dan tunjang
keutuhan sesebuah negara.

Jelasnya,penggunaan bahasa Melayu di negara kita berperanan sebagai penyatu masyarakat


majmuk, pembangun inspirasi negara yang bermatlamatkan keharmonian sejagat.

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar

Keseluruhan usaha untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah yang
berkesan bagi melahirkan bangsa Malaysia yang intelek tidak akan berjaya selagi rakyat itu sendiri
tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik.

Usaha untuk mencapai matlamat ini seharusnya bermula di peringkat sekolah lagi kerana
sistem persekolahan di negara kita menggunakan Melayu sebagai bahasa pengantarnya. Kurikulum
Bersepadu Sekolah (KBSR) yang dilaksanakan di sekolah -sekolah sepenuhnya mulai tahun 1983
telah menitikberatkan penguasaan kemahiran asas membaca, menulis mengira dengan pengantar
bahasa Melayu, di samping memberi pendidikan untuk pembinaan sahsiah diri serta pemupukan
kemahiran berfikir. la juga bertujuan melahirkan pelajar yang aktif, berketrampilan, berbahasa,
bersedia menimba ilmu dan mempunyai akhlak yang tinggi.
Asimilasi ilmu ini diteruskan lagi dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
yang mula dilaksanakan pada tahun 1988 melalui pembelajaran pelbagai disiplin ilmu dengan
pengantar bahasa Melayu. Matlamat dan objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM ini
lebih memberatkan penguasaan bahasa Melayu yang bermu tu bersandarkan ketepatan tatabahasa,
kecekapan berbahasa dan kepekaan terhadap variasi bahasa Melayu dalam pelbagai situasi, sistem
bahasa dan gaya bahasa yang indah serta unsur dan nilai budaya yang tinggi. Tumpuan dan
penekanan adalah untuk menjuruskan pelajar ke arah pemupukan semangat kewarganegaraan dan
mengamalkan nilai murni masyarakat Malaysia yang universal.

Kebolehan pelajar menggunakan dan menguasi bahasa pada had ini adalah berbeza dengan
amalan lama yang hanya menganggap bahasa itu sebagai sat u mata pelajaran sahaja. Hal ini
dinyatakan dengan jelas dalam konsep Bahasa Merentas Kurikulum yang menitikberatkan
kebolehan pelajar menggunakan dan menguasai ketrampilan berbahasa dalam hal lisan, bacaan dan
penulisan untuk memenuhi tujuan -tujuan perseo rangan, sosial dan pendidikan. Pelajar juga
diharap dapat menggunakan bahasa untuk memahami, menghayati dan menghargai pengalaman
mereka serta mengetahui bagaimanakah bahasa itu digunakan untuk mempengaruhi perkembangan
kognitif dan afektif seseorang indiv idu. Dalam konteks negara Malaysia yang menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam keseluruhan peringkat persekolahan, matlamat ini
hanya akan tercapai apabila seseorang itu dapat menguasai bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar dengan baik.
Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu

Sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, bahasa Melayu mempunyai dua
peranan penting, iaitu sebagai bahasa yang mampu mendukung perkembangan ilmu dan pemikiran
bangsa dalam segala lapangan dan sebagai alat yang dapat membentuk dan mengembangkan
identiti kebangsaan, alat komunikasi masyarakat serta sebagai alat perpaduan dalam negara
berbilang bangsa dan agama (Dato' Hj. Hassan Ahmad, 1986:72).

Dalam hubungan ini, bahasa Melayu telahpun digunakan sebagai bahasa ilmu sejajar dengan
peranannya sebagai pendukung perkembangan ilmu dan sekaligus telah menjadi bahasa penting
dan utama dalam hakikat keilmuan moden pada hari ini. Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu
harus dapat berperanan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan moden dalam bidang sains dan
teknologi. Sebagai bahasa ilmu, sesuatu bahasa itu perlu mempunyai dua ciri penting, iaitu
keintelektualan bahasa dan kesempurnaan bahasa (Havranek dalam Garvin, 1984).

Keintelektualan bahasa ini dapat d icapai terutamanya melalui per-bendaharaan kata dan
sistem tatabahasa. Bahasa Melayu pada hari ini dapat memperkatakan tentang bidang yang berbeza
daripada apa yang mampu dilakukan oleh bahasa Melayu suatu masa dahulu. Oleh itu, sifat
perbendaharaan kata b ahasa Melayu juga turut mengalami perubahan. Jika dahulu perbendaharaan
kata bahasa Melayu banyak dipengaruhi oleh perkataan daripada bahasa Arab dan Sanskrit, kini
perkataan-perkataan daripada bahasa Inggeris sering digunakan, terutamanya dalam bidang ilmu
pengetahuan moden.

Sistem tatabahasa pula dimaksudkan dengan segala aspek tatabahasa sama ada dari segi ayat,
frasa, klausa, ejaan, sebutan dan seumpamanya. Dari segi penggunaan ayat misalnya, ia harus betul
strukturnya agar maksud yang hendak disampaikan dapat difahami. Penekanan juga harus
diberikan kepada aspek imbuhan dan ejaan kerana kesilapan dalam penggunaannya boleh
mengubah maksud sebenar sesuatu ayat yang dihasilkan itu. Bagi menangani perkara ini
terutamanya dari aspek sebutan, perancangan dan pelaksanaan bahasa baku dijalankan. Ini adalah
untuk meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa bertaraf tinggi dan ada keselarasan dalam
penggunaannya.

You might also like