You are on page 1of 6

TEKS PRA-U BAHASA MELAYU Kertas 2 ISBN: 978-983-3879-77-9

Tajuk 1
Rumah-rumah setinggan yang tidak teratur dan tidak terurus muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan
di beberapa banyak bandar raya di negara ini. Bincangkan kesan kemunculan kawasan rumah setinggan ini
dan cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.

Kehendak Soalan
Ada dua aspek yang perlu dihuraikan dalam soalan ini, iaitu aspek kesan kemunculan kawasan rumah setinggan
dan aspek langkah-langkah untuk mengatasi kemunculannya.

Isi-isi
Kesan-kesan kemunculannya
 Mencacatkan pemandangan dan keindahan bandar raya – menjejaskan imej negara di mata pelancong asing.
 Menyebabkan penularan pelbagai jenis penyakit seperti denggi dan sebagainya kerana sampah dan dan
pembuangan najis yang tidak terurus.
 Menimbulkan pelbagai masalah yang berkaitan dengan kemiskinan – peras ugut, ragut, pengedaran najis dadah,
pergaduhan, dan sebagainya.
Langkah-langkah
 Meletakkan papan-papan tanda pada tanah kerajaan – golongan yang membina rumah setinggan akan dianggap
sebagai penceroboh – hal ini memudahkan kerajaan merobohkan rumah-rumah yang dibina secara haram.
 Membina dan menyediakan rumah-rumah kos rendah dan sederhana yang secukupnya untuk menempatkan
golongan ini.
 Berusaha meningkatkan pendapatan golongan bawahan agar tidak dihimpit kemiskinan.
 Membanteras kemasukan pendatang asing yang dengan sewenang-wenangnya mendirikan rumah setinggan di
negara ini.

Tajuk 4
Aktiviti perlumbaan haram sangat diminati oleh golongan remaja walaupun kadang-kadang berakhir dengan
tragedi. Bincangkan sebab-sebab aktiviti ini semakin diminati dan sarankan langkah-langkah untuk
membendung aktiviti ini.

Kehendak Soalan
Ada dua aspek yang perlu dihuraikan dalam karangan ini, iaitu aspek sebab-sebab aktiviti ini kian leluasa dan
aspek langkah-langkah untuk membendung aktiviti ini.

Isi-isi
Sebab-sebab
 Sebagai salah satu cara golongan remaja mencari keseronokan dan kepuasan.
 Tuntutan ego remaja – hendak menunjukkan kehebatan, keberanian, kemahiran, dan sebagainya.
 Sebagai salah satu cara untuk memperoleh hadiah dan wang melalui pertaruhan.
 Ketiadaan trek lumba motosikal percuma.

Langkah-langkah
 Mempergiat operasi tangkapan secara tekal, bukan bermusim seperti sekarang.
 Memperkenalkan hukuman yang lebih berat kepada mereka yang terlibat.
 Menggantung atau menarik balik lesen pemandu yang terlibat dalam aktiviti ini.
 Menyediakan litar perlumbaan yang selamat untuk golongan yang berminat.

Tajuk 7
Kecenderungan pihak media massa menggarap berita berunsur sensasi seperti skandal seks, tahayul, dan
sebagainya jelas melanggar tanggungjawab sosial yang perlu diberi keutamaan secara menyeluruh.
Bincangkan kesan yang timbul daripada tindakan media massa mensensasikan sesuatu berita.

Kehendak Soalan
Calon dikehendaki menghuraikan kesan-kesan yang timbul sebagai akibat daripada tindakan pihak media
massa yang cenderung menyiarkan berita sensasi.

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 2007 1


TEKS PRA-U BAHASA MELAYU Kertas 2 ISBN: 978-983-3879-77-9

Isi-isi
Kesan-kesan
 Matlamat utama penyiaran berita sensasi hanyalah untuk melariskan penjualan akhbar dan majalah.
 Berita sensasi yang bersifat andaian dan telahan dapat menjejaskan keharmonian sosial kerana menimbulkan syak
wasangaka antara kumpulan atau lapisan sosial.
 Berita sensasi yang melibatkan selebriti negara dan tanah air tidak membantu perkembangan minda pembaca dan
pendengar – lebih banyak menimbulkan gosip, fitnah-memfitnah, dan kutuk-mengutuk.
 Berita sensasi tentang keterlibatan tokoh-tokoh tertentu dalam jenayah sebelum didapati bersalah bukan sahaja
menjejaskan reputasi tokoh dan ahli keluarganya malah mampu menimbulkan kekecohan dalam kalangan
masyarakat.
 Isu sentitif yang berbentuk perkauman dan keagamaan seperti penyiaran karikutur Nabi Muhammad SAW pada
tahun 2006 telah mencetuskan rusuhan di seluruh dunia.
Yang jelas, kecenderungan media massa mensansikan sesuatu berita akan mengalih tumpuan pembaca dan pendengar
daripada menumpukan perhatian terhadap isu pokok dalam kehidupan

Tajuk 9
Peningkatan taraf hidup tidak semestinya meningkatkan kualiti hidup. Bincangkan penyataan ini
berdasarkan konteks Malaysia.

Kehendak Soalan
Calon hendaklah menghuraikan bukti-bukti taraf hidup rakyat Malaysia telah meningkat. Namun begitu,
bukti-bukti kualiti hidup rakyat terjejas juga perlu dihujahkan.

Isi-isi
Bukti peningkatan taraf hidup
 Nikmat kebendaan semakin mencukupi – kaedah pertanian moden meningkatkan pendapatan; kemajuan sektor
perindustrian menyediakan peluang pekerjaan.
 Kemudahan infrastruktur dan kemudahan asas yang mencukupi – memudahkan masyarakat menjalani kehidupan
harian.
 Peluang pendidikan yang meningkat – universiti dan kolej awam dan swasta bertambah; kemudahan pinjaman
(PTPTN, MARA, dll) disediakan.
 Sumber hiburan yang pelbagai – dapat merehatkan fikiran.

Bukti-bukti kualiti hidup rakyat terjejas


 Kesihatan rakyat terjejas sebagai akibat gaya hidup moden – HIV/AIDS semakin meningkat.
 Pencemaran alam sekitar semakin serius – air dicemari ammonia, merkuri, dsb.
 Keselamatan umum tidak terjamin – jenayah (ragut, rompakan, pembunuhan, perogolan, dll) semakin banyak
berlaku.
 Hidup semakin sibuk kerana tuntutan tugas dan sara hidup – masa berkualiti bersama keluarga dan tetangga
semakin berkurang.
 Nilai kemanusiaan semakin pupus – mementingkan diri sendiri, menindas, dsb.

Tajuk 10
Kepelbagaian agama, budaya, dan etnik yang wujud di negara ini bukanlah suatu bebanan kepada
Malaysia, malah merupakan suatu kelebihan dan kekuatan. Ulaskan penyataan ini.

Kehendak Soalan
Secara khususnya, soalan ini menghendaki calon menyetujui penyataan yang diberikan, iaitu kepelbagaian
agama, budaya, dan etnik merupakan suatu kelebihan kepada Malaysia.

Isi-isi
 Menonjolkan dan meningkatkan imej negara – rakyat yang pelbagai etnik dan pegangan agama dan budaya dapat
hidup harmoni dan bersatu padu.
 Memajukan industri pelancongan – rakyat asing berminat untuk melihat lebih dekat keunikan dan kepelbagaian
budaya kita.
 Kelebihan pelbagai etnik dapat memajukan negara – idea setiap kaum dapat digabungkan dan diguna pakai dalam
memajukan dan membangunkan negara.
 Kepelbagaian etnik, agama, dan budaya menjadikan sikap toleransi dan hormat-menghormati dalam kalangan
rakyat negara ini semakin tebal.
 Malaysia menjadi model kepada dunia dalam menjamin perpaduan kaum dan negara.

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 2007 1


TEKS PRA-U BAHASA MELAYU Kertas 2 ISBN: 978-983-3879-77-9

Tajuk 12
Dasar pengambilan pelajar lepasan SPM dan STPM ke universiti tempatan adalah berdasarkan sistem
meritokrasi, yakni suatu sistem berkonsepkan “hanya yang terbaik layak”. Dalam hal ini, hanya pelajar yang
mencapai kecemerlangan akademik akan diberi keutamaan. Bincangkan kesan pelaksanaan sistem ini.

Kehendak Soalan
Jelas bahawa solan ini hanya menghendaki calon membuat huraian tentang kesan pelaksanaan sistem meritokrasi.
Apabila membicarakan kesan, calon mestilah menghuraikan kesan baik dan buruk sistem ini.

Isi-isi
Kebaikan sistem meritokrasi
 Memartabatkan golongan bumiputera melalui kecemerlangan akademik. Hal ini membuktikan bahawa golongan
bumiputera mampu berdikari dan memajukan diri.
 Melahirkan lebih banyak pemikir dan profesional bumiputera yang berdaya saing di arena antarabangsa.
 Menghindarkan gejala terlalu bergantung pada bantuan khas sehingga leka, lalai, dan enggan berusaha.
Keburukan sistem meritokrasi
 Mengurangkan peluang golongan bumiputera memasuki IPTA kerana pencapaian akademik yang lemah.
 Pelajar luar bandar yang belum mampu bersaing mungkin tersisih.
 Mewujudkan ketidakseimbangan kaum dalam sesuatu bidang – bidang tertentu mungkin dimonopoli oleh kaum
tertentu.
Tajuk 13
Di Malaysia, perayaan-perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina diisytiharkan
kerajaan sebagai cuti yang panjang yang kadang-kadang melebih 10 hari. Bincangkan kesan perisytiharan
cuti yang panjang ini kepada kita.

Kehendak Soalan
Calon diminta menghuraikan kebaikan dan keburukan cuti panjang kepada rakyat negara ini. Calon tidak
harus membincangkan kesan baik sahaja, sebaliknya mestilah juga membincangkan kesan buruknya.

Isi-isi
Kesan baiknya
 Memberikan kesempatan kepada rakyat yang tinggal jauh pulang ke kampung halaman.
 Membolehkan rakyat menghabiskan masa yang lebih lama bersama dengan ibu bapa dan keluarga mereka.
 Membolehkan suami isteri yang berkerjaya membuat persediaan akhir.
Kesan buruknya
 Menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk kerana cuti yang panjang mendorong rakyat semua bangsa pulang
ke kampung halaman.
 Bilangan kenderaan yang meningkat di lebuh raya/jalan raya memungkinkan meningkatnya kemalangan jalan raya
yang mungkin meragut nyawa.
 Produktiviti pelbagai sektor menurun kerana tempoh kerja dalam bulan terbabit yang singkat (10-15 hari sebulan).
 Urusan jabatan kerajaan terjejas – kerja-kerja berkaitan pelesenan, pembayaran bil, dan sebagainya terjejas.
Tajuk 14
Selain faktor luaran, keterlibatan remaja dalam perbuatan jenayah berpunca daripada ibu bapa remaja
sendiri. Bersetujukah anda dengan penyataan ini?

Kehendak Soalan
Calon hendaklah memberikan tumpuan bagaimana faktor ibu bapa menjadi punca berlakunya jenayah
remaja. Selian itu, faktor lain juga hendaklah disentuh.

Isi-isi
Faktor ibu bapa
 Ibu bapa terlalu sibuk bekerja dan mencari harta sehingga mengabaikan anak-anak.
 Keluarga yang bermasalah – perceraian, pergaduhan, dsb – anak tidak betah di rumah lalu melakukan jenayah di
luar.
 Salah asuhan oleh ibu bapa sendiri – tidak memberikan penekanan terhadap aspek agama dan moral.
 Ibu bapa yang terlalu mengongkong – anak memberontak.
Faktor lain
 Pengaruh rakan sebaya.

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 2007 1


TEKS PRA-U BAHASA MELAYU Kertas 2 ISBN: 978-983-3879-77-9

 Pengaruh persekitaran tempat tinggal.


 Pengaruh media massa yang sarat dengan unsur jenayah dan keganasan.
Tajuk 19
Masalah obesiti atau kegemukan yang dikatakan mampu mengundang pelbagai penyakit telah mengundang
kebanjiran pelbagai produk pelangsing badan. Bincangkan bahaya produk pelangsing badan ini dan
cadangkan cara yang betul untuk menjaga berat badan.

Kehendak Soalan
Isu soalan ini bukanlah masalah kegemukan (obesiti) tetapi bahaya produk pelangsing badan. Dalam hal ini, calon
sebenarnya diminta membincangkan bahaya-bahaya itu serta mengemukakan cadangan tentang cara yang betul
untuk menjaga berat badan.

Isi-isi
Bahaya produk pelangsing badan
 Merosakan organ dan hati di samping mendedahkan orang yang menggunakannya kepada masalah berkaitan
jantung.
 Menjejaskan kesihatan mental – keresahan, sukar tidur (insomnia), pening dan sakit kepala, dan permasalahan
psikologi.
 Menyebabkan kemandulan dalam kalangan wanita.

Cara yang betul untuk menjaga berat badan


 Mengamalkan pemakanan yang seimbang – menjauhi pengambilan makanan ringan, berlemak, dan sebagainya.
 Memperbanyak senaman dan aktiviti riadah – sekurang-kurangnya 30 minit sehari.
 Sentiasa berfikiran positif dan riang – mengelakkan kemurungan.

Tajuk 22
Kemerosotan sumber petroleum yang dijangka akan habis menjelang tahun 2020 dan kenaikan harga
petroleum mentah yang berterusan telah mendorong kerajaan menarik balik subsidi harga petrol. Langkah
kerajaan ini memang perlu dilaksanakan. Bincangkan hal ini.

Kehendak Soalan
Soalan ini menghendaki calon membincangkan rasional kerajaan menarik balik subsidi ke atas bahan-
bahan petroleum.

Isi-isi
 Kerajaan perlu menjimatkan belanja berbilion-bilion ringgit – untuk pembinaan infrastruktur yang lain.
 Rakyat akan lebih berjimat cermat dalam penggunaan petrol yang semakin habis itu – pengurangan ini akan
melambatkan bekalannya habis.
 Rakyat akan memaksimumkan penggunaan pengangkutan awam – kemudahan LRT, ERL, komuter digunakan
sepenuhnya.
 Harga petrol yang tinggi menggalakkan rakyat berkongsi kenderaan – mengurangkan masalah pencemaran udara
dan kesesakan lalu lintas.
 Subsidi bahan berasaskan petroleum yang disasarkan kepada rakyat telah turut dinikmati oleh pihak industri – hal
ini tidak wajar kerana merekalah pengguna petroleum terbesar.
Tajuk 23
Kenaikan kadar inflasi sebagai akibat kenaikan harga petrol tidak dapat dielakkan lagi. Sehubungan dengan
ini, golongan pengguna memikul tanggungjawab yang berat untuk mengatasi masalah ini demi menjamin
kestabilan ekonomi negara. Jelaskan peranan yang dapat dimainkan pengguna dalam hal ini.

Kehendak Soalan
Soalan ini menghendaki calon menghuraikan peranan yang dapat dimainkan oleh pengguna untuk
menstabilkan ekonomi negara.

Isi-isi
 Membeli/mengutamakan barangan tempatan (buatan Malaysia) –mengembangkan ekonomi negara.
 Mengurangkan penggunaan barangan import.
 Berbelanja secara berhemah agar tiada pembaziran.
 Berbelanja mengikut keperluan dan bukan mengikut perasaan.

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 2007 1


TEKS PRA-U BAHASA MELAYU Kertas 2 ISBN: 978-983-3879-77-9

 Meningkatkan tabungan peribadi.


Mengubah mentaliti – jangan mengharapkan
Tajuk 24
Budaya kepenggunaan merujuk kepada gaya hidup membeli barang dan perkhidmatan bagi memuaskan
kehendak dan keperluan pengguna. Namun demikian, banyak pengguna Malaysia yang mengamalkan
budaya kepenggunaan yang negatif. Bincangkan hal ini.

Kehendak Soalan
Soalan ini menghendaki calon menghuraikan amalan budaya kepenggunaan yang negatif.

Isi-isi
 Budaya hidup mewah – ukuran sesuatu kejayaan bukan berdasarkan budi dan bakti tetapi harga barangan yang
digunakan dan kemewahan yang lain.
 Budaya kesetiaan jenama – pengguna berpendirian bahawa harga diri atau keistimewaannya bergantung pada
penggunaan jenama berkenaan.
 Budaya hidup membazir – pengguna telah diasuh membeli sesuatu secara berlebihan – makanan yang banyak dan
berlebihan dibuang.
 Budaya iklan – pengguna cenderung terikut-ikut akan pengaruh iklan.
 Budaya tamak – pengguna senang ditipu dengan muslihat jualan seperti jualan istimewa, jualan murah, hadiah
istimewa, dan sebagainya.
 Budaya hidup jelita – keinginan untuk kelihatan jelita dan menjaga tubuh badan.
 Budaya berhutang – sanggup berbelanja melebihi kemampuan diri dan membayar secara kredit sehingga dijerat
hutang yang banyak.
Tajuk 25
Ubat tiruan ialah ubat yang dijual dengan menggunakan jenama tertentu tanpa mendapat kelulusan pihak
berkuasa. Ubat-ubat tiruan ini sangat berbahaya; oleh itu setiap pengguna perlu dapat membezakan ubat
tiruan dengan ubat yang tulen. Ulaskan hal ini.

Kehendak Soalan
Calon dikehendaki menghuraikan bahaya ubat tiruan ini dan cara-cara untuk mengenali ubat tiruan ini.

Isi-isi
Bahaya ubat tiruan
 Menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan – dapat menyebabkan keguguran atau kecacatan.
 Penyakit menjadi bertambah teruk – meninggalkan kesan sampingan lain.
 Pengambilan ubat tiruan yang tidak disertai pengambilan antibiotik tidak dapat membunuh bakteria tertentu.
 Bahan yang digunakan tidak diketahui jenis dan sukatannya – bahan berbahaya dapat menyebabkan keracunan dan
kematian.

Cara-cara untuk mengenal ubat tiruan


 Sentiasa prihatin terhadap ubat yang digunakan.
 Mendapatkan ubat daripada sumber yang sah seperti klinik dan farmasi.
 Tidak membeli ubat yang harganya sangat rendah.
Mengelakkan membeli ubat daripada pihak yang tidak bertauliah

Tajuk 28
Kebanyakan rakyat negara ini menggaji rakyat asing sebagai pembantu rumah mereka. Hal ini berlaku
kerana golongan wanita tempatan tidak berminat untuk menjadi pembantu rumah. Jelaskan sebab-sebab
berlakunya fenomena sedemikian.

Kehendak Soalan
Calon-calon diminta menjelaskan sebab-sebab golongan wanita negara ini tidak memilih kerja sebagai pembantu
rumah.

Isi-isi
 Pekerjaan sebagai pembantu rumah tidak menjanjikan masa depan yang cerah.
 Pendidikan yang tinggi mendorong wanita Malaysia berkecimpung dalam bidang lain.
 “Pengasuh”, “penjaga”, “babu”, dan “orang gaji” dianggap tidak glamor dan rendah statusnya.
 Gaji bidang ini jauh lebih rendah daripada gaji dalam sektor pekerjaan yang lain.

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 2007 1


TEKS PRA-U BAHASA MELAYU Kertas 2 ISBN: 978-983-3879-77-9

 Bidang kerja ini agak sukar kerana perlu memiliki kesabaran yang tinggi untuk melayan kerenah kanak-kanak dan
majikan sendiri.
 Wanita Malaysia lebih suka bekerja di luar daripada terkurung di dalam rumah.
Tajuk 33
Persoalan tentang upah minimum agak sensitif. Hal ini disebabkan penetapan upah minimum
mendatangkan implikasi ekonomi, sosial, dan politik yang serius. Berikan komen anda tentang hal ini.

Kehendak Soalan
Soalan ini menghendaki calon menghuraikan kesan penetapan upah minimum, yakni kesan positif dan
negatifnya.

Isi-isi
Kesan positif
 Memastikan belanja hidup pekerja senantiasa cukup pada setiap bulan.
 Mewujudkan kestabilan hidup pekerja bawahan berbanding dengan gaji harian atau bayaran ikut hasil kerja yang
tidak tetap.
 Merangsang produktiviti kerja kerana pekerja kurang berasa risau akan masa depan mereka.
 Menjamin hak pekerja senantiasa terlindung, terutamanya mereka yang jatuh sakit, beranak, mengalami
kecemasan, dan sebagainya.
Kesan negatif
 Menyebabkan tingkat guna tenaga atau bilangan pekerja merosot kerana menelan kos lebih tinggi.
 Menyebabkan pekerja yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan seperti ponteng kerja dan mengambil
cuti sakit sewenang-wenangnya.
 Menimbulkan kesukaran pada sektor-sektor tertentu, seperti sektor perladangan kerana hasil kerja mereka sukar
diukur.

© Pearson Malaysia Sdn. Bhd. 2007 1

You might also like