You are on page 1of 29

Pengenalan

Tamadun islam merupakan salah satu tamadun dunia yang terunggul. Kajian demi kajian telah

dilakukan dan sehingga hari ini masih lagi terdapat penemuan baru dalam tamadun islam yang masih

belum disingkap oleh masyarakat moden. Sumbangannya tidak ternilai dalam membentuk generasi

manusia yang bertamadun dan maju.

Dalam kerja khusus ini, kami akan membincangkan sumbangan intelektual islam dalam bidang

sains dan matematik iaitu dalam skop perubatan, astronomi, fizik dan biologi.
Definisi Intelektual

Intelektual bermaksud golongan cerdik pandai atau golongan terpelajar. Hasil daya berfikir dan

akal budi yang tinggi golongan ini telah melahirkan pelbagai ilmu dan teori yang membolehkan

masyarakat hidup lebih beradab dan bertamadun. Bidang ilmu yang diterokai para intelektual

merangkumi ilmu sains tulen dan sains social termasuk ilmu-ilmu agama dan bukan agama. Dalam

tamadun islam terdapat ramai tokoh-tokoh intelektual yang menyumbang kepada perkembangan

tamadun islam. Antaranya ialah Ibn Sina, Ibn Khaldun, Ibn Rusyd, Al- Biruni, Al-Razi, Al- khawarizmi dan

ramai lagi.

Pencapaian Tamadun Islam Dalam Bidang Sains


1. Perubatan

Pencapaian tamadun islam dalam bidang sains perubatan berada di puncak kegemilangannya

pada zaman Bani Abasyiah. Walaupun ilmu ini berasal daripada tamadun asing iaitu Rom, tetapi umat

Islam akhirnya telah muncul sebagai tokoh-tokoh ilmu perubatan yang disegani dunia. Mereka bukan

sahaja menguasai ilmu perubatan, malah telah menyumbang sesuatu kepada bidang tersebut. Antara

pakar perubatan Islam yang terulung ialah:


i.
Ibnu Masiwaihi (meninggal 243 Hijrah) beliau telah banyak menghasilkan
kitab perubatan.
ii.
Ibnu As-Sahal (meninggal 255 Hijrah). Beliau menjadi pengarah rumah
sakit Jundisyapur.
iii.
Ar-Razi (meninggal 320 Hijrah). Beliau merupakan tokoh doctor Islam
yang terunggul sehingga dilantik menjadi ketua doctor-doktor di Baghdad.
iv.
Ali bin Abas (meninggal 428 Hijrah). Beliau dilantik menjadi doctor
peribadi Khalifah Daulah Al-Buwaihiah.
v.

Ibnu Sina (meninggal 428 Hijrah). Beliau lebih dikenali sebagai ahli falsafah. Namun demikian beliau juga

merupakan seorang doctor yang terkenal.

2. Farmasi Dan Kimia


Ilmu farmasi dan kimia juga amat berkembang pada zaman Bani Abasyiah.
Antara umat Islam yang pakar dalam bidang ini pada masa itu ialah:
i.

Ibnu Baithar. Beliau telah menghasilkan tiga kitab besar iaitu Al-Mughni (berkaitan farmasi), Jami

Mufaradah Al-Adwiyah Wa Al-Aghziyah (berkaitan permakanan) Mizan at-Tib (panduan kepada doctor.
ii.
Rasyiduddin (meninggsl 634 Hijrah). Beliau telah mengarang kitab al- Adwiyah
al- mufradah (berkaitan dengan farmasi).
iii.
Jubair bin Haiyan. Disamping menjadi doctor, beliau juga merupakan pakar
dalam bidang astronomi.
Pencapaian Tamadun Islam Dalam Bidang Matematik

Ilmu matematik dan kejuruteraan juga telah mencapai puncak kegemilangannya pada zaman

Bani Abasyiah. Pada zaman itu lahir ramai sarjana dalam kedua-dua bidang ini. Antara mereka ialah:
i.
Thabit bin Qurrah al-Hirani.(221-288 Hijrah). Beliau mengarang kitab Hisab al-
Ahillah (matematik), Kitab fi istikhraj al- handasiah (kejuruteraan) dan lainnya.
ii.

Abdul Wafa Muhammad bin Muhammmad Ismail bin Abas (meninggal 328 Hijrah). Beliau mengarang

banyak kitab matematik dan kejuruteraan. Antaranya ialah Ma Yahtaj Ilaiahi al-‘Ummal wa al-Kuttab Min

San‘ah al- Hisab (matematik dan kejuruteraan).


iii.
Sinan Ali Muhammad bin Hasan bin Haitham.
iv.
Muhammad bin Musa Al- khawarizmi
Tamadun Islam Dan Tokoh
1. IBNU RASYD
Latarbelakang

Ibnu Rusyd atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad.

Lahir di Kardova pada tahun 1126 dan meninggal dunia pada tahun 1198.

Di barat beliau lebih dikenali dengan nama Averroues.
• Beliau lebih terkenal sebagai ahli falsafah yang pemikirannya merintis kepada Renaissance di
barat.

Namun demikian sumbangannya dalam bidang perubatan dan biologi sangat besar.

Beliau merupakan ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam.

Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas di dunia Islam, tetapi juga di kalangan masyarakat di
Eropah.
Sumbangannya Dalam Tamadun Islam


Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan bukunya yang terkenal Al Taysir. Buku itu telah diterjemahkan ke

dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris dengan judul Faclititation of Treatment.

Sumbangan beliau bukan sahaja dalam bidang perubatan tetapi juga meliputi bidang falsafah,,
ilmu kalam, falak, fiqh, muzik, kaji bintang, tatabahasa, dan nahu

Antara karya besar yang pernah dihasilkan oleh Ibnu Rusyd termasuklah "Kulliyah fit-Thibb"
yang mengandungi 16 jilid, mengenai perubatan secara umum,

Dalam bidang perubatan pula, Ibnu Rusyd memberi penekanan tentang kepentingan menjaga kesihatan. Beberapa

pandangan yang dikemukakan dalam bidang perubatan juga didapati mendahului zamannya. Beliau pernah menyatakan

bahawa demam campak hanya akan dialami oleh setiap orang sekali sahaja.

Kehebatannya dalam bidang perubatan tidak berlegar di sekitar perubatan umum, tetapi juga
merangkum pembedahan dan fungsi organ di dalam tubuh manusia.

Keterampilan Ibnu Rusyd dalam pelbagai bidang ini, menunjukkan bahawa beliau merupakan tokoh ilmuwan Islam yang

tiada tolok bandingannya. Malahan dalam banyak perkara, pemikiran Ibnu Rusyd jauh lebih besar dan berpengaruh jika

dibandingkan dengan ahli falsafah yang pernah hidup sebelum zamannya ataupun selepas kematiannya.
2. JABIR IBN HAIYAN
Latarbelakang

Jabir Ibnu Haiyan (750-803 masihi), juga dikenali sebagai Geber oleh orang-orang Barat.

Beliau juga digelar sebagai “Bapa Ilmu Kimia Moden”.

Nama penuh beliau ialah Abu Musa Jabir Ibn Hayyan. Beliau berasal dari Kufah, Iraq.

Beliau bukan sahaja terkenal dalam bidang perubatan tetapi juga dalam bidang kimia.

Pada peringkat awal kerjayanya, beliau pernah berguru dengan Barmaki Vizier iaitu semasa
zaman Khalifah Abbasiah pimpinan Harun Ar-Rasyid.

Sumbangannya Dalam Tamadun Islam



Sumbangan terbesar beliau ialah dalam lapangan ilmu kimia.

Beliau cukup terkenal kerana hasil penulisan yang melebihi daripada seratus risalah yang telah diabadikan sehingga kini.

Terdapat sebanyak 22 risalah yang antaranya berkaitan dengan alkimia (Al-Kimiya dari bahasa Arab) dan ilmu kimia.

Kajiannya dalam bidang kimia menyebabkan beliau disanjung pada zamannya.

Beliau juga telah memperkenalkan model penelitian dengan cara eksperimen di dunia alkimia. Maknanya, beliau yang

menjana momentum bagi perkembangan ilmu kimia moden. Beliau juga banyak mengabdikan dirinya dengan melakukan

eksperimen dan pengembangan kaedah untuk mencapai kemajuan dalam bidang penyelidikan.

Beliau mencurahkan daya upayanya pada proses pengembangan kaedah asas ilmu kimia dan
kajian terhadap pelbagai mekanisme tindak balas kimia.

Beliau telah berjaya menggabungkan kaedah kajian secara tradisional dengan kajian secara
moden menerusi ekperimen dan makmal.

Antara sumbangannya yang paling bermakna ialah kejayaan mencipta teori peleburan logam
seperti raksa, pengewapan, penyaringan, penghabluran dan penyulingan.

Disamping itu, beliau telah memperkenalkan beberapa istilah kimia seperti alkali, (arab: al-qali)
iaitu garam kalium untuk mebuat baja, sabun dan bahan kimia.

Antara beberapa kejayaannya yang lain dalam bidang kimia, salah satunya ialah dalam
penyediaan asid nitrik, hidroklorik, sitrik, dan tartarik.

Penekanan Jabir dalam bidang eksperimen sistematik ini diketahui umum tidak ada tandingannya
di dunia.

Oleh sebab itulah, mengapa Jabir diberi kehormatan sebagai "Bapa Ilmu Kimia Moden" oleh rakan sejawatnya diseluruh

dunia. Bahkan dalam tulisan Max Mayerhaff, disebutkan bahawa jika ingin mencari susur galur perkembangan ilmu kimia di

Eropah maka bolehlah dijejaki secara langsung pada karya-karya Jabir Ibnu Haiyan.

LATAR BELAKANG TOKOH

Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu
beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Al-Khawarizmi
telah dikanali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-
Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.

Beliau telah dilahirkan di Bukhara. Pada tahun 780-850M adalah zaman


kegemilangan al-Khawarizmi. al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M. Ada
yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M. Sumber lain
menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal
tahun 266H/850M di Baghdad.

PENDIDIKAN

Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi ialah seorang tokoh


Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan kemahiran beliau bukan sahaja
meliputi bidang syariat tapidi dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik,
kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropah. Beliau telah menciptakan


pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam
usia muda beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun, bekerja di Bayt al-
Hikmah di Baghdad.

Beliau bekerja dalam sebuah observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik
dan astronomi. Al-Khawarizmi juga dipercayai memimpin perpustakaan khalifah. Beliau
pernah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia
Islam. Beliau juga merupakan seorang penulis Ensiklopedia Pelbagai Disiplin.

Al-Khawarizmi adalah seorang tokoh yang mula-mula memperkenalkan aljabar dan


hisab. Banyak lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematik dan
menghasilkan konsep-konsep matematik yang begitu popular sehingga digunakan pada
zaman sekarang.

PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI


Gelaran Al-Khawarizmi

Gelaran Al-Khawarizmi yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-


karismi, al-Goritmi atau al-Gorism. Nama al-gorism telah dikenali pada abad pertengahan.
Negara Perancis pula al-Gorism muncul sebagai Augryam atau Angrism. Negara Inggeris
pula ia dikenali sebagai Aurym atau Augrim.

Sumbangan Al-Khawarizmi Melalui Karya

Sumbangan hasil karya beliau sendiri, antaranya ialah :

1. Al-Jabr wa’l Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian secans dan tangens
dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi.
2. Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliau telah mengajukan contoh-contoh
persoalan matematik dan telah mengemukakan 800 buah soalan yang sebahagian
daripadanya merupakan persoalan yamng dikemukakan oleh Neo. Babylian dalam
bentuk dugaan yang telah dibuktikan kebenarannya oleh al-Khawarizmi.
3. Sistem Nombor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia penting dalam
sistem nombor pada zaman sekarang.
Ini adalah contoh-contoh sebahagian beliau yang telah dihasilkan dalam penulisan
karya dan ia telah menjadi popular serta dipelajari oleh semua masyarakat yang
hidup di dunia ini.

Hasil Karya Al-Khawarizmi

Sepertimana yang telah kita ketahui, Al-Khawarizmi dapat menghasilkan karya-karya


agong dalam bidang matamatik. Hasil karya tersebut terkenal pada zaman tamadun Islam
dan dikenali di Barat.

Antara hasil karya yang telah beliau hasilkan ialah :

1. Sistem Nombor : ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin iaitu De Numero


Indorum.
2. ‘Mufatih al-Ulum’ : yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai
bidang.
3. Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind : Karya ini telah diterjemahkan ke dalam
Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri.
4. Al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Pada tahun 820M dan ia
mengenai algebra.
5. Al-Amal bi’ Usturlab’
6. Al-Tarikh
7. Al-Maqala Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabilah.

Ketokohan al-Khawarizmi

Setiap tokoh mempunyai sifat ketokohannya yang tersendiri. Ketokohan al-Khawarizmi


dapat dilihat dari dua sudut iaitu dari bidang matematik dan astronomi. Namun bidang
matematik akan diperjelaskan secara terperinci berbanding astronomi kerana ia melibatkan
kajian yang dikaji.

Dalam bidang matematik, al-Khawarizmi telah memperkenalkan aljabar dan hisab.


Beliau banyak menghasilkan karya-karya yang masyhor ketika zaman tamadun Islam.
Antara karya-karya yang beliau hasilkan ialah ‘Mafatih al-Ulum’. Sistem nombor adalah
salah satu sumbangan dan telah digunakan pada zaman tamadun Islam.

Banyak kaedah yang diperkenalkan dalam setiap karya yang dihasilkan. Antaranya
ialah kos, sin dan tan dalam trigonometri penyelesaian persamaan, teorem segitiga sama
juga segitiga sama kaki dan mengira luas segitiga, segi empat selari dan bulatan dalam
geometri. Masaalah pecahan dan sifat nombor perdana dan teori nombor juga
diperkenalkan. Banyak lagi konsep dalam matematik yang telah diperkenalkan al-
khawarizmi sendiri.
Bidang astronomi juga membuatkan al-Khawarizmi dikenali pada zaman tamadun
Islam. Astronomi dapat ditakrifkan sebagai ilmu falaq [pengetahuan tentang bintang-
bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan, pergerakan, dan pemikiran serta
tafsiran yang berkaitan dengan bintang].

Seawal kurun ketiga lagi lagi, al-Khawarizmi telah menghasilkan dua buah yang
salah satu daripadanyatelah diterjemahkan ke Bahasa Latin dan memberi pengaruh besar
ke atas Muslim dan orangSpanyol dan Kristian.

Penggunaan matematik dalam astronomi sebelum tamadun Islam amat sedikit dan
terhad. Ini disebabkan oleh kemunduran pengetahuan matematik yang terhad kepada
pengguna aritmetik dan geometri sahaja.

Peribadi al-Khawarizmi

Keperibadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam dan juga Barat. Al-Khawarizmi
telah dianggap sebagai sarjana matematik yang masyhur oleh orang Islam dan ia diperakui
oleh orang Barat. Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sartonmengatakan “pencapaian-
pencapaian yang tertinggi telah doperolehi oleh orang-orang Timur....” Maka temasuklah
al-Khawarizmi itu sendiri.

Al-Khawarizmi patu disanjungi kerana beliau adalah seorang yang pintar. Menurut
Wiedmann pula berkata....’ al-Khawarizmi mempunyai personaliti yang teguh dan seorang
yang bergeliga sains’. Setiap apa yang dinyatakan oleh penulis, ini telah terbukti bahawa al-
Khawarizmi mempunyai sifat keperibadian yang tinggi dan sekaligus disanjung oleh orang
Islam.
Strategi Pengislaman Sains Matematik

Pengislaman sains matematik seharusnya berlandaskan dengan beberapa perkara iaitu, ia


hendaklah berlandaskan tauhid, syariah dan akhlak. Ini kerana ia perlu bagi tokoh-tokoh
yanh beragama Islam supaya melaksanakan setiap pekerjaan atau tugasan yang mengikut
undang-undang Islam.

1. Tauhid
Tauhid merupakan landasan falsafah matematik Islam sepertimana dengan ilmu-ilmu
Islam yang lain. Mengikut matlamat Islam, semuanya Ayyatullah [tanda-tanda Allah iaitu
symbol kebesaran, kewujudan dan keEsaan Tuhan. Ungkapan yang wujud sewajarnya
mencorakkan kegiatan matematik. Setiap falsafah dan epistemology sains matematik kita
tidak harus diterima bulat-bulat tanpa syarat.

2. Syariah
Berasaskan kepada undang-undang yang mengenali tindak tanduk masyarakat.
Keharmonian dan tanggungjawab kepada umat dan hak diri. Dari sudut ini, ahli matematik
Islam yang cuba menyelesaikan masaalah yang melibatkan perbuatan hukum syariah
seperti judi, riba dan mencabar kebenaran hakiki daripada agama samawi untuk
memperkukuhkan lagi Institusi. Oleh itu, matematik Islam hendaklah berkembang selari
dengan keperluan manusia dan perkembangan ini juga harus di dalam sudut syariah.

3. Akhlak
Ciri-ciri akhlak mulia hendaklah disemaikan kedalam matematik dan juga ia perlu
dimasukkan kedalam ilmu-ilmu Islam yang lain agar manusia dapat menerapkan nilai
murni. Ilmu yang dipelajari contahnya akhlak yang terdapat dalam bidang matematik ini
adalah penemuan aljabar yang melambangkan keadilan. Ini kerana keadilan itu dituntut
oleh agama Islam itu sendiri. Melalui asas pradigma tauhid dan sya’iyah itu dapat
memperkukuhkan lagi pembinaan akhlak.
Cabang Matematik

Antara cabang yang diperkanalkan oleh al-Khawarizmi seperti geometri, algebra, aritmetik
dan lain-lain.

Geometri

Ia merupakan cabang kedua dalam matematik. Isi kandungan yang diperbincangkan dalam
cabang kedua ini ialah asal-usul geometri dan rujukan utamanya ialah Kitab al-
Ustugusat[The Elements] hasil karya Euklid : geometri dari segi bahasa berasal daripada
perkataan yunani iaitu ‘geo’ bererti bumi dan ‘metri’ bererti sukatan. Dari segi ilmunya
pula geometri itu adalah ilmu yang mengkaji hal yang berhubung dengan magnitud dan
sifat-sifat ruang. Geometri ini mula dipelajari sejak zaman firaun [2000SM]. Kemudian
Thales Miletus memperkenalkan geometri Mesir kepada Grik sebagai satu sains dedukasi
dalam kurun ke6SM. Seterusnya sarjana Islam telah mengemaskanikan kaedah sains
dedukasi ini terutamanya pada abad ke9M.

Algebra/aljabar

Ia merupakan nadi untuk matematik algebra. Al-Khawarizmi telah diterjemahkan oleh


Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster ke dalam bahasa Eropah pada abad ke-12.
sebelum munculnya karya yang berjudul ‘Hisab al-Jibra wa al Muqabalah yang ditulis oleh
al-Khawarizmi pada tahun 820M. Sebelum ini tak ada istilah aljabar.

IBNU SINA – TOKOH PERUBATAN ISLAM.

Latar Belakang Ibnu Sina

IBNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai
nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina.
Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi
Ushaybi’ah ia lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat kota
Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan.

Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al-


Quran dan sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Ia mula
belajar pada usia 5 tahun. Sementara itu sewaktu berumur 10 tahun ,
beliau telah berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya meningkat
18 tahun Ibnu Sina telah menjadi "Doktor Di Raja". Disamping itu, Ibnu
Sina jiga telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada
pada waktu itu. Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama
(ushuluddin), tasawuf dan sebagainya sudah dikuasainya ketika baru
berusia 10 tahun. Pada masa kecilnya, ia dibimbing dan dididik oleh Abu
Abdullah Natili, seorang sahabat karib ayahnya, dan ayahnya sendiri.
Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam bidang
falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik,
matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi.

Ensiklopedia Kedoktoran Pertama

Pada usia 21 tahun, ketika berada di Kawarazm, ia mulai menulis


karyanya yang pertama yang berjudul "Al-Majmu" yang mengandungi
berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap.Kemudian ia melanjutkan
menulis buku-buku lain.Nama-nama buku yang pernah dikarang Ibnu
Sina, termasuk yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan di
himpun dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie
Avicenna" yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo.Antara yang
terkandung dalam buku tersebut termasuklah buku karangan yang amat
terkenal iaitu Al-Qanun Fit – Tibb.

Teori-Teori Anatomi Dan Fisiologi

Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-buku beliau adalah


menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikrokosmos
(dunia kecil) terhadap alam semester sebagai makrokosmos (dunia
besar).Misalnya digambarkan bahawa syurga kayangan adalah bulat dan
bumi adalah persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu
empat persegi. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam setahun,
dengan itu manusia memiliki empat tangkai dan lengan (anggota badan)
mempunyai 12 tulang sendi. Hati (heart) adalah ‘pangeran’-nya tubuh
manusia, sementera paru-paru adalah ‘menteri’-nya. Leher merupakan
‘jendela’-nya sang badan, manakala kandung empedu sebagai ‘markas
pusat’-nya. Limpa dan perut sebagai ‘bumbung’ sedangkan usus
merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan.

Sementara itu "Canon of Medicine" memuatkan pernyataan yang tegas


bahawa "darah mengalir secara terus-menerus dalam suatu lingkaran dan
tak pernah berhenti" . Namun ini belum dapat dianggap sebagai suatu
penemuan tentang srikulasi darah, kerana bangsa cina tidak membezakan
antara urat-urat darah halus (Veins) dengan pembuluh nadi (arferies).
Analogi tersebut hanyalah analogi yang digambarkan antara gerakan darah
dan siklus alam semesta, pergantian musim dan gerakan-gerakan tubuh
tanpa peragaan secara empirik pada keadaan yang sebenarnya.

Pengaruh Ibnu Sina (Avicenna)

Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang failasuf dan doktor perubatan dalam
kebudayaan Eropah adalah luas. Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb
(Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai
himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden
banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat,
diagnosis dan pembedahan.

Terjemahan Dan Bahan Rujukan al-Qanun Fit- Tibb

Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol


telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi
buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M.
Bukunya telah disalin (cetak ) sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa
Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew).Disamping itu buku
tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis ,
Sepanyol dan Itali . Pada abad ke 16 M , buku ini dicetak 21 kali.

Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di


berbagai universiti di Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran
Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan rujukan
pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap
buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran".

Penulis- penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai ‘Bapa Doktor’
kerana Ibnu Sina telah menyatupadukan teori perubatan Yunani
Hippocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India
dan Parsi dan pengalaman beliau sendiri.

Perintis Pengenalan Penyakit Saraf

Al- Qanun Fit-Tibb telah membincangkan serta mengenegahkan mengenai


penyakit saraf. Buku tersebut juga telah mengajar mengenai cara-cara
pembedahan dimana telah menekankan keperluan pembersihan luka.
Malahan di dalam buku-buku tersebut juga dinyatakan keterangan –
keterangan dengan lebih jelas di samping hiasan gambar-gambar dan
sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu
Sina yang luas.

Ibnu Sina- Sebagai Seorang Doktor.

Ibnu Sina pernah di beri gelaran sebagai "Medicorum Principal" atau "Raja
Diraja Doktor" oleh kaum Latin Skolastik. Antara gelaran lain yang pernah
diberikan kepadanya adalah sebagai "Raja Ubat". Malahan dalam dunia
Islam, ia dianggap sebagai "Zenith", puncak tertinggi dalam ilmu
kedoktoran . Ibnu Sina menjadi "Doktor Di Raja" iaitu doktor kepada
Sultan Nuh 11 bin Mansur di Bukhara pada tahun 378 H/ 997 M iaitu
ketika beliau berusia 18 tahun. Pada waktu itu penyakit sultan dalam
keadaan parah dan tidak ada doktor lain yang berjaya mengubati baginda.
Akan tetapi berkat pertolongan Ibnu Sina baginda kembali pulih.

Penemuan-Penemuan Baru

Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan


saham terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan
barunya. Antara sumbangan beliau adalah di dalam bidang geografi,
geologi, kimia dan kosmologi.

Bidang Geografi

Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan


bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang
dan lembah-lembah. Malahan ia mampu mengemukakan suatu hipotesis
atau teori pada waktu itu di mana gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan
Romani sejak dari Heredotus, Aristoteles sehinggalah Protolemaious.
Menurut Ibnu Sina " gunung-ganang yang memang letaknya tinggi iaitu
lingkungan mahupun lapisannya dari kulit bumi, maka apabila ia diterajang
lalu berganti rupa dikarenkan oleh sungai-sungai yang meruntuhkan
pinggiran-pinggirannya. Akibat proses seperti ini, maka terjadilah apa yang
disebut sebagai lembah-lembah."

Bidang Geologi, Kimia Dan Kosmologi

Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi , kimia serta kosmologi


memang tidak dapat di sangsikan lagi. Menurut A.M.A shushtery,
karangan Ibnu Sina mengenai ilmu pertambangan (mineral) menjadi
sumber geologi di Eropah. Dalam bidang kimia , ia juga meninggalkan
penemuan-penemuan yang bermanafaat . Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina
telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara
satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri dari berbagai jenis. Penerangan
tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis
sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan , Bapa Kimia Muslim. Sebahagian
daripada karyanya yang dapat dicatat disini adalah daripada :

1.Bidang logika "Isaguji", "The Isagoge", ilmu logika Isagoge.

2.Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational Sciences)
tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional.

3.Bidang metafizika , "Ilahiyyat" (Ilmu ketuhanan)

4.Bidang psikologi , "Kitab an-Nayat" (Book of Deliverence) buku tentang


kebahagiaan jiwa.

5. Fiad-Din yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin menjadi


"Liber de Mineralibus" yakni tentang pemilikan (mimeral).

6.Bidang sastera arab "Risalah fi Asab Huduts al-Huruf" ,risalah tentang


sebab-sebab terjadinya huruf.

7.Bidang syair dan prosa "Al-Qasidah al- Aniyyah" syair-syair tentang jiwa
manusia.

8.Cerita-cerita roman fiktif , "Risalah ath-Thayr" cerita seekor burung.

9.Bidang politik "Risalah as-Siyasah" (Book on Politics) – Buku tentang


politik.

Sumbangan Ibnu Sina

Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan


membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai
ilmu perubatan psikosomatics "psychosomatic medicine". Beliau
memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse
diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja
ketidak - seimbangan humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan
jantung ini masih dipratikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di
Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan
Yunani. Seorang doktor tabii dari Amerika (1981) melapurkan bahawa para
hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sanggat berkebolehan dalam
denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai .Ini
merangkumi :
a. Kuat atau denyutan yang lemah.
b. Masa antara denyutan.
c. Kandungannya lembap di paras kulit dekat denyutan itu dan lain-
lain lagi.

Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang hakim mungkin


mengetahui dengan tepat penyakit yang dihinggapi di dalam tubuh si
pesakit.

Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit


mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya ,
beliau boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara
berikut:

Caranya adalah untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan


semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu
terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti , seseorang itu
hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan ,
nama jalan , rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu , kata Ibnu Sina
"Jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit
dengan kekasihnya , menurut peraturan syariah maka buatlah".
(Terjemahan). Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama
mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah
suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia menceritakan
dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang
timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal
(mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.

Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari
ini dan termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang "Ilmu Perubatan.
Banyak karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam
bahasa Parsi. "Qanun Fitt Tibb" adalah karyanya yang termasyur , paling
selalu dicetak di Eropah pada zaman "Renaissance". Karya Qanun itu telah
mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada
zaman Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang utama di
universiti-universiti Eropah hingga ke abad 17 M.

Penutup

Ibnu Sina meniggal dunia di Hamdan ,dalam usia 58 tahun pada bulan
Ramadhan 428 H/1037 M .Ia dimakamkan di sana. Dalam rangka
memperingati 1000 tanun hari kelahirannya (Fair Millenium) di Tehran
pada tahun 1955 M ia telah dinobatkan sebagai "Father of Doctor" untuk
selamanya-selamanya , dan di sana (Tehran) telah dibangunkan sebuah
monemun sejarah untuk itu. Makam beliau di Hamdan telah di kelilingi
oleh makam-makam doktor islam yang lain. Hal ini menyebabkan ahli-ahli
ilmu yang terkemudian merasa megah kalau dimakamkan di tanah
perkuburan di mana "zeninth" itu dimakamkan.RUJUKAN

1. Baharudin Yatim & Sulaiman Nordin. 1997. Sains Menurut Perspektif


Islam: Pusat pengajian umum UKM, Bangi.
2. Baharudin Yatim & Sulaiman Nordin. 1997. Islam Al-Quran dan
Ideologi Masa Kini: Pusat Pengajian Umum UKM, Bangi
3. H. Zainal Abidin Ahmad. 1974. Ibnu Sina . Bulan Bintang Jakarta

Matematik dan astronomi

Nama Al-Khwarizmi cukup harum sebagai ahli matematik Islam yang mencipta Algebra.
Tanpanya mungkin dunia tidak tahu menggunakan angka kosong.

Nama penuhnya Muhammad ibn Musa Al-Khwarizmi dan berasal dari Bahgdad, Iraq.
Sumbangannya dalam dunia matematik terserlah dalam kajiannya menerusi Hisab al-jabr
w’al-muqabala. Dari situ lahirnya perkataan algebra dan ia juga antara buku terawal
menerangkan mengenai algebra. Konsep algebra diterima dalam dunia matematik Eropah.

Selain sumbangan dalam matematik, dia juga memberi banyak sumbangan dalam dunia
astronomi.

Seorang lagi yang banyak memberi sumbangan dalam dunia matematik dan astronomi
adalah Abu Jafar al-Khazin.

Dalam dunia astronomi, inovasinya yang terkenal adalah al Khazin adalah Zij al-Safa’ih,
alat menyukat ketinggian bintang. Ia disifatkan sebagai hasil kerjanya yang terbaik.
Prototaipnya pernah dibuat tetapi musnah sewaktu Jerman terbabit dalam Perang Dunia
Kedua.

Ibn Asy Syatir juga memberi sumbangan kepada kajian astronomi dengan melahirkan
Rubu’ Mujayyab. Rubu’ Mujayyab disifatkan sebagai peralatan yang mengandungi grid
trigonometri sejagat.

Rubu’ Mujayyab ialah peralatan berbentuk sukuan yang digunakan untuk menghitung
trigonometri dan mengukur sudut. Alat ini sebahagian daripada astrolab. Ia mempunyai
bulatan ekliptik matahari dan beberapa garisan yang berkaitan dengan pengiraan waktu solat
dan arah kiblat serta digunakan juga untuk mengukur ketinggian matahari atau cakerawala
lain.

Perubatan

Kemajuan dunia perubatan Islam dapat dilihat menerusi kerja penyelidikan dan penemuan
Ibnu Sina, Al Razzi dan Husayn Ishak Al-Ibadi yang menterjemahkan tulisan Hippocrates
dan lain-lain kerja tulisan Greek

Razzi (860-940) dilaporkan menulis lebih 200 buku mengenai perubatan. satu
daripadanya merangkumi etika perubatan dan Hawi, 25 naskhah ensaiklopedia amalan
perubatan.

Ibnu Sina (980-1037) terkenal pada usia 18 tahun dan menulis 16 buku. Satu darinya
Canoun, ensaiklopedia mengenai penyakit yang ada pada zamannya. Ia diterjemahkan
dalam banyak bahasa.

Asas penyelidikan dan penulisan itu terbahagi kemudiannya kepada beberapa cabang sains
perubatan seperti zoologi, perubatan veterinar, farmasi dan kimia. Malah perkataan kimia
berasal daripada perkataan Arab al-kemia atau alchemy seperti yang dikenali selepas itu.

Sekolah perubatan terpenting waktu itu adalah di Judishapur, Iran yang selepas 738 menjadi
sebahagian daripada dunia Islam. Ia menjadi pusat kepada pembelajaran perubatan dan
model hospital berkenaan dibina ketika zaman Abbasiyah (749-1258)

Pelayaran dan navigasi


 

Ibnu Batuta nama yang cukup harum dalam dunia ketamadunan Islam. Pengembaraan
bermula pada usia 20 tahun membawa kepada pelayaran sejauh 120,000 kilometer dan
mengambil masa 29 tahun. Ibnu Batuta singgah di 44 negara meliputi dua benua Afrika dan
Asia.

Setiap kali mengunjungi sesebuah negara atau negeri, Ibnu Batuta akan membuat catatan
terperinci mengenai penduduk, pemerintah, ulama serta kezaliman yang disaksikan.

Beliau turut mencatatkan pengalamannya menempuh pelbagai cabaran seperti diserang


penjahat, hampir lemas bersama kapal karam dan nyaris dihukum penggal oleh pemerintah
yang zalim.

Malangnya, pencapaian Ibnu Batuta yang luar biasa itu tidak mendapat penghargaan
sewajarnya apabila manuskrip catatan itu dirampas dan disembunyikan Kerajaan Perancis
yang menjajah kebanyakan negeri di benua Afrika.

Manuskrip catatan beliau dipercayai disimpan di Bibliotheque Nationale, Paris


menyebabkan bangsa Arab sendiri tidak dapat menghargai pencapaiannya sebagai seorang
pelayar Islam yang agung.

Hakikatnya Ibnu Batuta adalah perintis pengembaraan dunia yang berjaya menguasai benua
Afrika dan Asia serta pengarang yang menghasilkan karya penting dalam dunia Islam.

Seorang lagi ilmuan Islam yang menyumbang dalam dunia teknologi adalah Ibnu Firnas,
mencipta kapal terbang. Cubaan untuk terbang menggunakan sepasang sayap dibuat
daripada bulu dan rangka kayu tidak berhasil, tetapi idea Abbas Qasim Ibnu Firnas menjadi
titik permulaan kepada industri penerbangan hingga hari ini.

Dia diiktiraf sebagai orang pertama dalam sejarah membuat percubaan terbang. Beliau juga
dianggap pencetus teknologi penerbangan hingga terhasilnya kapal terbang dan luncur udara
(paragliding) yang membolehkan manusia terbang di angkasa.

Dunia teknologi dan inovasi

Ibnu Ismail Ibnu Al Razzaz Al Jazari (1206 SM) adalah jurutera mekanikal Islam
terpenting pada zaman pertengahan. Dia juga dikenali sebagai perintis pengurusan air dan
sistem hidrolik.

Dia dikenali sebagai Al Jazari sempena nama kawasan ia dilahirkan Al Jazira, nama tradisi
Arab untuk kawasan utara Mesopotamia (dalam dunia moden hari ini ia terletak antara Syria
dan Iraq, lebih tepat antara Tigris dan Euphrates).

Ia berkhidmat untuk Dinasti Turki di Diyarbakir sebagai ketua jurutera, jawatan yang
sebelum itu dipegang bapanya.

Dia mencipta aci engkol (crankshaft) dan beberapa jam mekanikal berasaskan air dan
berat. Dia menulis mengenai 60 inovasinya dalam buku yang dinamakan “Al-Jami Bain Al-
Ilm Wal-Amal Al-Nafi Fi Sinat’at Al-Hiyal”.

Al-Jazari menggambarkan 50 alat mekanikal dalam enam kategori termasuk jam air (satu
daripada jam ciptaannya berjaya dibina semula oleh Muzium Sains London pada 1976),
kunci kombinasi, alat membasuh tangan, mesin menaikkan paras air, pam dua fungsi untuk
sistem pengairan, alat penimbang statik dan pelbagai lagi. Ciptaannya juga diiktiraf sebagai
robot manusia pertama dalam sejarah.

Tugas kita, bina kembali kegemilangan tamadun Islam dengan iman, ilmu
dan akhlak!

Possibly related posts: (automatically generated)

 PPSMI Membazirkan Wang Rakyat


 Kearifan Sumber Lokal Sejarah Islam Sunda
 Kebaikan Memberi Nama ( Dalam Islam )

IBNU HAITHAM & SUMBANGAN


NAMA TOKOH

Home

AL-MAS'UDI & SUMBANGAN


         Abu Ali Muhammad bin al-Hasan bin al-Haitham al-Basri
JABIR & SUMBANGAN Al-Misri.

AL-KHAWARIZMI &
         Beliau lebih dikenali dengan nama samaran Ibnu Haitham.
SUMBANGAN

IBNU BAJJAH &  Di dunia Barat beliau telah dikenali dengan beberapa nama
SUMBANGAN
seperti Alhazen, Avennathan, dan Avenetan, tetapi lebih
IBN AL-NAFIS & terkenal dengan panggilan sebagai Alhazen.
SUMBANGAN

IBNU YUNUS &


SUMBANGAN LATARBELAKANG

IBNU HAITHAM &


SUMBANGAN

komen & Cadangan


 Dilahirkan pada 354 H bersamaan dengan 965 M, di negeri
Basrah, Iraq.

 Beliau dibesarkan di bandar Basrah dan Baghdad, dua kota


yang menjadi pusat ilmu pengetahuan Abbasiyah pada
masa itu.

 Di dua kota inilah beliau memulakan pendidikan awalnya


sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah di bandar
kelahirannya. Setelah beberapa lama berkhidmat dengan
pihak pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan
merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau
telah melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian
pada penulisan.

 Keintelektualan Ibnu Haitham terbukti ketika beliau masih


menjadi seorang pelajar dengan kecenderungan beliau
terhadap pelbagai bidang ilmu. Beliau tidak jemu menimba
ilmu pengetahuan, baik agama mahupun umum seperti
ilmu matematik, fizik, astronomi, perubatan, falsafah,
mantik dan lain-lain lagi.

 Beliau adalah salah seorang tokoh cendakiawan sains yang


terkenal dan termasyhur dengan ketinggian ilmunya di
tanah Arab dan di benua Eropah pada zamannya.

 Kemasyhurannya sebagai ilmuwan menyebabkan


pemerintah Bani Fatimiyah di Mesir waktu itu, iaitu
Pemerintah Khalifah Al-Hakim bin Amirillah (386-
411H/996-1021M) mengundangnya ke Mesir. Maksud
undangan Dinasti Fatimiyah itu adalah memanfaatkan
keluasan ilmu yang dimiliki oleh Ibnu Haitham. Beliau
diharapkan mampu mengatur banjir Sungai Nil yang kerap
kali melanda negeri itu setiap tahun. Sayangnya, beliau
tidak dapat mewujudkan rancangan takungan raksasa yang
dibuatnya kerana kurang peralatan canggih yang ada pada
masa itu. Untuk melindungi dirinya dari kemurkaan
pemerintah, beliau kemudian meninggalkan pekerjaan itu
dengan berpura-pura hilang ingatan. Sehingga pada tahun
1021 Sultan Al- Hakim bin Amirillah telah mangkat dan
dari tarikh itulah Ibnu Haitham kembali normal dan aktif
dalam kegiatan ilmu.

 Ibnu Haitham datang berlindung dan mengabdikan diri di


Universiti al-Azhar, dan terus menyambung usaha
ilmiahnnya dalam bidang yang cukup saintifik. Beliau juga
turut menterjemahkan buku-buku matematik dan falak ke
bahasa Arab, terutama dari bahasa Latin.
 Sebelum itu beliau telah pergi ke Andalusia (Sepanyol),
kiblat ilmu pengetahuan Eropah pada masa itu. Di sana
beliau mempelajari optik sehingga terkenal dalam bidang
optik.

 Pada tahun terakhir hayat beliau, beliau kembali ke


Kaherah (Mesir) dan sebagai ahli matematik hingga akhir
hayatnya.

 Ibnu Haitham meninggal dunia di Kaherah pada tahun


1039M katika usianya 74 tahun.

SUMBANGAN IBNU HAITHAM

* TEORI HUKUM PEMBIASAN (fenomena atmosfera)

 Selama di Sepanyol, Ibnu Haitham melakukan beberapa


penyelidikan dan percubaan ilmiah berhubung dengan
bidang optik. Penemuannya yang terkenal ialah “hukum
pembiasan”, iaitu hukum fizik yang menyatakan bahawa
sudut pembiasan dalam pancaran cahaya sama dengan
sudut masuk Menurut pengamatan Ibnu Haitham, beliau
berpendapat bahawa cahaya merah di kaki langit di waktu
pagi (fajar) bermula ketika matahari berada di 19 darjah di
bawah kaki langit. Sementara cahaya warna merah di kaki
langit di waktu senja (syuruk) akan hilang apabila matahari
berada 19 darjah di bawah kaki langit selepas jatuhnya
matahari. Dalam fizik moden, hukum ini dikenali dengan
nama “hukum pembiasan Snell” yang bersempena nama
ahli fizik Belanda, Willebrord van Roijen Snell.
*TEORI PENGLIHATAN (optik)

 Dengan menggunakan kaedah matematik dan moden fizik


yang baik beliau dapat membuat eksperimen yang teliti,
Ibnu Haitham telah meletakkan optik pada batu asas yang
kukuh. Beliau telah menggabungkan teori dan eksperimen
dalam penyelidikannya. Dalam penyelidikan, beliau telah
mengkaji gerakan cahaya, ciri-ciri bayang dan imej dan
banyak lagi fenomena optik yang penting. Beliau telah
menolak teori Ptolemy dan Euclid yang mengatakan
bahawa manusia melihat benda melalui pancaran cahaya
yang keluar dari matanya. Tetapi menurut Ibnu Haitham,
bukan mata yang memberikan cahaya tetapi benda yang
dilihat itulah yang memantulkan cahaya ke mata manusia.

*CERMIN KANTA CEKUNG DAN KANTA


CEMBUNG

         Ibnu Haitham telan menggunakan mesin lathe (larik) untuk


membuat cermin kanta cekung dan kanta cembung untuk
penyelidikannya. Dengan ini beliau telah mengkaji tentang
cermin sfera dan cermin parabolik. Beliau mengkaji Aberasi
Sfera dan memehami bahawa dalam cermin parabola
kesemua cahaya dapat tertumpu pada satu titik.

*TEORI BIASAN CAHAYA

         Teori ini agak mengkagumkan, beliau telah menggunakan


segi empat halatuju pada permukaan biasan beberapa abad
sebelum Isaac Newton memperkenalkannya di dunia Barat.
Beliau juga percaya kepada prinsip masa tersingkat bagi
rentasan cahaya (Prinsip Fermat).

*AHLI BIDANG FALSAFAH

         Ibnu Haitham telah disenaraikan diantara salah seorang


ahli falsafah Aristo. Dikalangannya adalah sahabat beliau
iaitu Ibnu Sina dan al-Biruni. Ibnu Haitham mendahului
Kant lebih tujuh abad lamanya. Teori yang dilebalkan dari
Kant sebenarnya datang dari beliau iaitu: “bahawa untuk
mencapai kebenaran hendaklah dengan mengetahui
pendapat-pendapat yang berunsur kepada kenyataan yang
dapat digambarkan dengan akal rasional”.

*BIDANG ASTRONOMI

         Beliau melanjutkan pendapat ilmuwan Yunani tentang


proses pengubahan langit abstrak menjadi benda-benda
padat. Dalam karya astronominya, beliau melukis gerakan
planet-plenet, tidak hanya dalam terma eksentrik dan
episiklus, tetapi juga dalam satu model fizik. Pendapatnya
banya mempengaruhi Dunia Pemikiran Barat pada zaman
Johannes Kepler. Tiga abad kemudian karya ini ditukar
dalam bentuk ikhtisar oleh astronomi muslim iaitu
Nasiruddin at-Tusi.

*BIDANG FIZIK

         Dalam bidang fizik Ibnu Haitham telah mengkaji tentang


gerakan yang membawa beliau menemui prinsip intersia
dan statik. Beliau telah mengasaskan dan menjadikan optik
menjadi satu sains baru. Banyak kajian beliau telah
mendahului dan diikuti oleh Francis Bacon, Leonardo da
Vinci, dan Johannes Kepler.

KARYA-KARYA AGUNG IBNU HAITHAM

         Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang produktif dan


memiliki banyak karya penulisan dalam pelbagai cabang
ilmu. Beliau telah menulis tidak kurang daripada 200 judul
buku, namun hanya sedikit yang terselamat. Di antaranya
ialah:

         Maqalah fi Istikhraj Samt al-Qiblah(penyusunan kota),


Maqalah fi hayat al-Alam(astronomi), Kitab fi al-
Minasit(kamus optik), Fi al-Maraya al-Muhriqah bi al-
Dawair(cermin yang membakar), Maqalah fi Daw al-
Qamar(cahaya dan gerakan langit), Zawahir al-
hasaq(gejala senja), Fi Kayfiyat al izlal, Fi al-Asar Allazi
al-Qamar, Fi ad-Dawar, Fi al-Makan, fi al-Mulumar, Fi
Misahat al-Mujassamah al- Mukafi, Fi Irtifa al-Quth,
semua itu adalah tentang kajian ilmu fizik dan astronomi.
Karya-karya tersebut adalah berhubung dengan ilmu fizik
dan matematik, iaitu di antara ilmu yang sangat
dikuasainya, hampir keseluruhannya telah diterjemahkan ke
dalam bahasa-bahasa Eropah.

         Ibnu Haitham juga pernah menulis empat buah risalah


tentang ilmu cahaya dan ilmu ukur. Risalah-risalah tersebut
telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman dan telah
tersebar dengan meluas di Eropah sejak tahun 1907M.

         Al-Munadzir adalah satu daripada karya Ibnu Haitham


yang teragung tentang bidang kajian optik dan buku tersebut
pernah menjadi rujukan kepada para ahli kaji optik
selepasnya. Karya ini diterjemahkan oleh Witelo pada tahun
1270M dan kemudiannya diterbitkan oleh F. Risner pada
tahun 1572M dengan nama Thesaurus Opticae.

KESIMPULAN

Sumbangan Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan falsafah


amat banyak. Kerana itulah Ibnu Haitham dikenali sebagai
seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya dengan ilmu
pengetahuan. Beberapa pandangan dan pendapatnya masih
relevan sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun sebahagian
karyanya lagi telah "dicuri" dan "diceduk" oleh ilmuwan Barat
tanpa memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada beliau.
Sesungguhnya barat patut berterima kasih kepada Ibnu
Haitham dan para sarjana Islam kerana tanpa mereka
kemungkinan dunia Eropah masih diselubungi dengan
kegelapan. Kajian Ibnu Haitham telah menyediakan landasan
kepada perkembangan ilmu sains dan pada masa yang sama
tulisannya mengenai falsafah telah membuktikan keaslian
pemikiran sarjana Islam dalam bidang ilmu tersebut yang tidak
lagi dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani.
Setelah dikaji mengenai latarbelakang kehidupan Ibnu
Haitham, dapat kita memberi kesimpulan bahawa Ibnu
Haitham adalah seorang tokoh ilmuwan Islam yang sangat
disegani dan termasyhur pada zamannya. Azam beliau untuk
meningkat taraf hidup umat Islam dan usahanya mendekatkan
diri kepada Allah tidak sia-sia. Ibnu Haitham tidak pernah puas
menuntut ilmu sehingga penghujung nafasnya yang terakhir.
Berkat hasil usaha dan ikhtiarnya beliau telah menjadi seorang
cendakiawan yang terkenal. Beliau bukan sekadar tokoh
ilmuwan sahaja, malahan beliau amat menitik beratkan
pendidikan agama sepanjang beliau menuntut ilmu. Ibnu
Haitham memainkan pengaruh yang besar di tanah Arab dan
juga seluruh dunia Barat. Beliau telah memberikan sumbangan
besar dalam dunia ilmu pengetahuan moden. Contohnya, teori
optiknya mempengaruhi ilmuwan Eropah seperti Roger Bacon
dan Johannes Kepler. Penyelidikan ilmiahnya menjadi asas
penyelidikan yang kemudian diguna pakai dan dikembangkan di
Barat. Sebagai seorang penuntut perlulah kita mencontohi
beliau dan sebagai pendorong semangat untuk meningkatkan
mutu pembelajaran serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.

You might also like