You are on page 1of 9

AJARAN-AJARAN SESAT http://www.darulkautsar.com/pemurnianaqidah/tasawuf/naqsyabandi.

htm

AJARAN-AJARAN SESAT YANG DIAMALKAN O


MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA
Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqan
( Ajaran Tariqat Sesat dan telah diharamkan oleh JAKIM)

Keputusan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Agama Islam

a)Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim


bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan
menyeleweng dari ajaran Islam. Pengamal ajaran ini hendaklah segera
bertaubat.
b) Semua negeri dikehendaki memfatwa dan mewartakan bahawa tariqat
Naqsyabandiah Al-Aliyyah di bawah pimpinan Syeikh Nazim diharamkan dan
tidak boleh diamalkan oleh umat Islam kerana ia bercanggah dengan ajaran
Islam yang sebenar

Oleh : Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
Malaysia Kali Ke-48
Tarikh Keputusan : 3 April 2000
Tarikh Muzakarah : 3 April 2000 hingga 3 April 2000

Ciri-ciri
Kesesatan Tariqat Naqsyabandiah Al-aliyyah Syeikh Nazim
Al-Haqqani :-
1)- Kekuatan wali.

Petikan dari laman web tariqat Naqsyabandiah

“Terdapat 40 awliya Allah yang tersembunyi di antara Mudzalifah dan Mina. Mereka
membantu kepada sesiapa yang dalam kesusahan. 313 berada di Madinah. Di Mekah
terletak kerusi kerohanian Yang di Pertuanya (gabenor) di sebelah Hajaratul Aswad.
Beliau berada di situ untuk menyaksi siapa yang mencium batu tersebut.

Yang di Pertua gabenor Mekah itu mengarah wali-wali Allah yang lain membuat apa
yang dikehendaki oleh beliau. 124,000 awliya Allah menunaikan haji setiap tahun.
Tanpa kehadiran mereka, haji manusia lain tidak lengkap. Imam Mahdi (as) juga harus
hadir setiap tahun menunaikan haji. Dan di Jabarul Rahmah di Arafah merupakan
tempat Imam Mahdi akan muncul pada masa yang akan datang.

Sahabat kita Hanim, ialah seorang yang suka merendahkan diri dan juga pemurah.
Hanim tidak peduli tentang kekayaan, tentang berapa kekayaan yang beliau ada.
Beliau sentiasa memberi tanpa mengira. Beliau telah banyak berkorban untuk Allah,
Rasul (saw) dan awliya Allah. Sifat beliau adalah jarang didapati pada masa kini.
Semasa pengkebumian beliau, terlalu ramai para wali Allah dan malaikat berada
menghadiri upacara itu. Sekarang ini beliau berada di satu tempat di mana Allah
sentiasa melihatnya.

Tidak seorang pun akan memahami apa yang Allah telah kurniakan kepada Hjh.
Hanim. Ramai akan menyesal asal kesalahan mereka terhadap beliau – samada
melalui prasangka atau perbuatan. Ramai akan memerlukan pertolongan beliau di
akhirat kelak. Hanim telah pergi sebagai seorang shaheeda.

Wa minallahi taufiq. Bi huramati habib bi hurmati surah Fatihah”

1 of 9 23/10/2007 10:43
AJARAN-AJARAN SESAT http://www.darulkautsar.com/pemurnianaqidah/tasawuf/naqsyabandi.htm

2- Kuasa Mutlak Khalifah

"Khalifah
mentadbir wilayah-wilayahnya. Dia mempunyai kuasa untuk melakukan apa yang
dimahu. Apa yang dia lakukan dipersetujui oleh masyaikh rantaian
keemasan...Kemulian xxxxxxxx ialah dia adalah seorang khalifah dan semua orang
harus menerima apa yang dia telah tentukan..."

Sheikh Muhammad Sheikh Nazim

3)-Khutbah sesat menyentuh konsep waktu, suluk, hakikat dsb


Audhubillah-hi-minash-syaitan-nir-rajeem Bismillah-hir-rahman-nir-rahim Nawaitul
arbaa, naiwatul iqtiqaf, naiwataul uzlah, naiwatul ri’adah, lillahita’ala hilaluyul azim
Ati’ullah, wa ati’u rasul, wa ulul amri minkum

Allah perintah kita ta’at kepada Dia dan Rasulnya (saw) dan sesiapa yang ta’at kepada
Rasul (saw), dia ta’at kepada Allah. Setiap keadaan/saat adalah keadaan/saat yang
baru dan setiap sessi adalah sessi yang baru. Keadaan/saat hanyalah sekadar
keadaan/saat, tetapi apabila keadaan/saat dikumpul mereka menjadi waktu. Mereka
mengeluarkan waktu yang telah berlalu. Oleh yang demikian, waktu adalah (mengikut
kefahaman kita) sesuatu yang mempunyai waktu yang lepas, waktu sekarang dan
waktu yang akan datang.

Terdapat tiga dimensi di dalam waktu (begitu juga universe ini) – waktu lampau, waktu
sekarang dan waktu akan datang. Apabila kita mati, waktu berakhir. Tetapi bagi Allah,
tidak ada zone waktu. Waktu sebenrnaya di hasilkan oleh pergerakan bumi sekeliling
matahari. Disebakan oleh pergerakan atau orbit ini, maka terdapatlah siang dan
malam – semuanya untuk membolehkan kita mengetahui waktu, yang pada
haqiqatnya memberi petanda kepada kita bahawa ajal akan datang.

Apabila Sheikh Abdullah Daghestani (qs) diperintah untuk bersuluk, masa atau waktu
bagi dia tidak ada makna. Di dalam suluk, seseorang itu mungkin tidak akan kembali
ke dunia lagi. Semasa lima tahun bersuluk, beliau hanya hidup dengan tujuh biji zaitun
dan sekeping roti sehari sehaja. Apabila awliya Allah memasuki suluk, mereka sedar
bahawa waktu berpoya-poya sudah tamat, yang ada hanyalah berkerja keras.

Sheikh Abdullah (qs) berusia 18 tahun abapila beliau mulai suluk. Amalan yang
dilakukan semasa bersuluk ialah membaca Quran dan berzikir. Awliya Allah apabila
mengerjakan ibadat tersebut sentiasa mahu memanjangkan waktu tersebut (bagi kita
manusia awam, kita mahu memanjangkan waktu untuk memenuhi nafsu kita). Bagi dia
waktu bukanlah sesuatu yang perlu di hitung. Mereka sentiasa berada di “waktu
sekarang.” Oleh yang demikian, kita perlu selalu merenungi dalaman kita dan pasti
kita akan menjumpai “rumah” kita.

Di dalam renungan dalaman kita akan menemui haqiqat, iaitu dimensi kerohanian
yang tidak ada batasan waktu. Dan di dalam dalaman ini kita akan jumpa “rumah” kita.
Di dalam qalb manusia terletaknya “rumah” Allah. Maka carilah haqiqat tersebut di
dalam diri kita. Ia terdapat dalam diri kita.

Terdapat 6 jenis haqiqat – haqiqat jazbah, haqiqat tawajuh, dsb), kesemuanya ini
terdapat di dalam kita. Tetapi kesemuanya itu hanya boleh diberi kepada mereka yang
boleh dipercayai. Mereka ini tidak mudah di nodai oleh perasaan bongkak, megah dan
sebaigainya. Mereka dapat bertahan dengan segala bentuk dugaan dan sentiasa
memuji Allah di dalam segala bentuk keadaan.

Allah sentiasa memberi kita keadaan/saat yang baik. Jadilah seorang yang sentiasa
bersyukur. Selalu pegang kepada keadaan/saat tersebut.

2 of 9 23/10/2007 10:43
AJARAN-AJARAN SESAT http://www.darulkautsar.com/pemurnianaqidah/tasawuf/naqsyabandi.htm

Dunia yang kita tahu ini akan berakhir. Sesetengah kita akan pergi dahulu daripada
berakhirnya dunia ini.Oleh yang demikian kenapa kita sering mengejar dunia (yang di
cipta)? Kejarlah si Pencipta. Di alam hadrat ilahi waktu tidak ada erti – kita akan
dengar bunyi-bunyian seperti ombak di lautan atau gauman harimau. Jadilah seperti
ikan di dalam lautan

Ini adalah nasihat untuk malam ini yang datang daripada Maulana Sheikh Nazim (qs).
Saya berniat untuk memberi suhbah daripada nota-nota Sh. Abdullah (qs), tetapi
mereka telah mengubah cadangan saya.

Jangan dengar kepada diri yang menyuruh cintakan dunia ini. Dengarlah kepada roh
yang suruh mencintai akhirat. Carilah benda-benda yang kekal. Makan makanan
kerohanian – ianya tidak akan habis, ianya suci dan bersih.

Moga Allah merahmati kita semua malam ini dan kita tujukan segala kebaikan pada
malam ini kepada sahabat kita Hanim. Moga Allah mencucuri roh beliau dengan
rahmatNya. Roh Hanim bersama kita pada malam ini. Beliau gembira di mana beliau
berada sekarang.

Moga kita disambut oleh para awliya Allah apabila kita meninggalkan dunia ini. Moga
Allah merahmati Maulana Sh. Abdullah (qs) dan Maulana Sh. Nazim (qs). Allah
panjangkan usia Maulana Sh. Nazim (qs). Wa minallahi taufiq. Bihurmati habib
bihurmati surah fatihah

4)-Mengagungkan kubur (berdoa kepada kubur, mencium kubur,


menghiaskan kubur )

Maqam-maqam mahaguru tareqat Naqshbandi yang terdapat di Bukhara. Dari kiri


maqam Sheikh Muhammad Baha'uddin Shah Naqshband, Sheikh Muhammad Baba
as-Samasi, Sheikh Amir Kulal dan Arif ar-Riwakri.

5)-Khutbah sesat menggunakan hadis yang direka tentang cerita


seorang ‘wali’ Allah (yang melakukan suluk hanya di bulan Rejab
dan bermaksiat di bulan-bulan lain) . Di sini nabi s.a.w., malaikat
Jibril dan Sayyidina Abu Bakar dihina, perlakuan maksiat
digalakkan dan kuasa suatu doa yang boleh menjadikan seseorang
sebagai wali!!! ( dipetik dari laman web tariqat Naqsyabandiah)

“ Satu ketika di zaman Nabi S.A.W, terdapat seorang perompak jalanan yang
terkenal. Setiap selepas tengah malam, dia akan menangkap dan merompak sesiapa
sahaja yang ditemuinya berjalan berseorangan. Kadang-kala, dia akan memukul dan
membunuh orang yang dirompaknya. Selepas merompak, dia terus pulang ke rumah.
Tidak ada seorang pun yang mampu menangkap lelaki tersebut. Disebabkan
kekejamannya, Nabi S.A.W telah berkata dengan perasaan marah tentang lelaki
tersebut: “orang tu jahat, jika dia meninggal, aku tidak akan menyembahyangkan

3 of 9 23/10/2007 10:43
AJARAN-AJARAN SESAT http://www.darulkautsar.com/pemurnianaqidah/tasawuf/naqsyabandi.htm

mengkebumikannya di tanah perkuburan orang Muslim”.

Selepas beberapa tahun, lelaki tersebut meningggal dunia. Dia mempunyai seorang
anak perempuan. Malangnya, anak perempuannya tidak menemui seorang pun yang
boleh membantunya menguruskan jenazah ayahnya. Disebabkan Nabi S.A.W pernah
mencela perbuatan ayahnya- tidak akan menyembahyangkan dan
mengkebumikannya di tanah perkuburan orang Muslim, budak-budak nakal telah
membawa jenazah tersebut melalui jalan Madina dan membuangnya ke dalam sebuah
perigi kosong serta kering. Sebaik sahaja jenazah itu dibuang, Allah telah berfirman
kepada Nabi Muhammad S.A.W dan berkata, “Ya Habibi ya Muhammad! Wahai
kekasih Ku Nabi S.A.W, hari ini seorang daripada wali Ku telah meninggal dunia.
Kamu mesti pergi dan memandikannya, mengkafankannya, menyembahyangkkanya
serta mengkebumikannya.”

Nabi S.A.W terkejut, sepanjang hidupnya dia telah mencela lelaki tersebut. Sekarang
apabila lelaki tersebut meninggal dunia, Allah memberitahu baginda bahawa lelaki
tersebut sebenarnya adalah wali-Nya. Bagaimana dia boleh menjadi wali?
Sesungguhnya tidak ada seorang pun yang dapat mencampuri urusan pengetahuan
Allah, walaupun Nabi S.A.W. Jika Allah mahu menjadi seorang perompak sebagai
wali-Nya, tidak boleh sama sekali kita bertanya “KENAPA?” Kita mesti menerimanya.
Oleh sebab itu, mengikut ajaran Sufi dan ajaran di dalam tarekat Naqshbandi, kita
mesti melihat orang disekeliling kita adalah lebih baik daripada kita. Kita tidak tahu
jika Allah akan menaikkan makam seseorang kepada makam yang lebih tinggi
daripada makam kita; Siapa tahu? Tidak akan ada seorang pun yang akan tahu, oleh
yang demikian janganlah kita mencampuri urusan-Nya. Jangan memandang rendah
kepada orang jika kita merasakan kita lebih baik daripada mereka. Kita tidak tahu
sama ada orang tersebut, pada pandangan Allah adalah wali ataupun tidak. Siapa
yang tahu? Oleh yang demikian, kita perlu memandang tinggi kepada orang lain,
menghormati mereka dan sentiasa merendahkan diri sendiri. Jangan sama sekali
menunjukkan ego dan sentiasa berpuas hati.

Allah berkata kepada Nabi S.A.W, “Ya Rasulullah, pergi dapatkan dia dan bersihkan
dia.” Dengan serta merta, Nabi S.A.W memanggil Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan
berkata, “Wahai Abu Bakar, kita perlu pergi dan dapatkan ‘lelaki’ tersebut. Abu Bakar
berkata, “Ya Rasulullah, kamu pernah berkata yang kamu tidak akan mengkebumikan
lelaki tersebut di tanah perkuburan orang Islam, dia bukan seorang muslim!” Nabi
S.A.W berkata, “Tidak, tinggalkan persoalan Muslim. Allah memberitahuku hari ini
yang lelaki tersebut adalah seorang wali!”

Apa yang telah dilakukan oleh perompak tersebut sepanjang hidupnya sehingga dia
boleh menjadi seorang wali? Sepanjang hidupnya, dia telah membunuh, merompak
dan mencuri. Nabi S.A.W pergi ke perigi tersebut, mengambil mayat lelaki tersebut
dengan tangan baginda sendiri, dan membawanya pulang ke rumahnya denga
sahabat-sahabatnya. Kemudian, baginda membersihkannya, memandikannya,
mengkafankannya, menyembahyangkannya dan seterusnya membawa jenazah lelaki
tersebut daripada masjid Nabi S.A.W. ke Jannat ul-Baqi. Jarak perjalanan dari masjid
ke Jannat ul-Baqi ialah 15 minit jika berjalan kaki. Namun begitu, Nabi S.A.W
mengambil masa lebih daripada dua jam untuk sampai dari tempat yang pertama ke
tempat yang kedua. Semua sahabat-sahabat baginda berasa hairan apabila melihat
cara rasulullah S.A.W. berjalan. Dengan tangan baginda sendiri baginda telah
membersihkan lelaki tersebut, memandikannya dan menyembahyangkannya.
Semasa baginda membawa jenazah tersebut ke tanah perkuburan, baginda berjalan
menggunakan jari kakinya (secara mengjinjat). Lantas sahabat-sahabat baginda
bertanya, “Wahai Rasulullah, kenapakah engkau berjalan sedemikian?” Baginda
menjawab, “Allah telah memerintahkan semua wali daripada timur dan barat, dan
semua malaikat daripada tujuh syurga dan semua kerohanian hadir dan
mengiringi jenazah ini. Mereka semua terlalu ramai dan memenuhi jalan, dan
aku tidak mempunyai tempat untuk meletakkan kakiku. Sepanjang hidup aku,
tidak pernah aku terkejut seperti hari ini.”

Selepas mengkebumikan lelaki tersebut, Nabi S.A.W tidak bercakap dengan


sesiapapun sebaliknya baginda terus pulang ke rumah dengan badan yang
terketar-ketar. Baginda duduk dengan Saidina Abu Bakar dan bertanya kepada diri
baginda tentang apa yang telah dilakukan oleh wali tersebut; menjadi perompak
sepanjang hidupnya tetapi mendapat pengiktirafan yang cukup tinggi dari Allah.

4 of 9 23/10/2007 10:43
AJARAN-AJARAN SESAT http://www.darulkautsar.com/pemurnianaqidah/tasawuf/naqsyabandi.htm

Saidina Abu Bakar berkata, “Wahai Rasulullah, aku berasa malu untuk bertanyakan
tentang apa yang telah aku saksikan hari ini, ia sesuatu yang menghairankan.”
Kemudian, Nabi S.A.W. menjawab,” Wahai Abu Bakar, aku lebih terkejut dari kamu,
dan aku sedang menunggu kehadiran Jibril (s) dan memberitahuku apa yang telah
berlaku”

Apabila Jibril (s) datang, Nabi S.A.W berkata,” Wahai Jibril, apakah yang sebenarnya
berlaku?” Jibril (s) menjawab,” Wahai Nabi S.A.W., janganlah engkau bertanya aku.
Aku juga hairan sepertimu. Oleh sebab itu, jangan berasa hairan kerana Allah boleh
lakukan apa sahaja yang orang lain tidak dapat lakukan dan Dia memberitahu kamu
untuk bertanyakan anak lelaki tersebut tentang apa yang telah dilakukannya semasa
hayatnya.”

Dengan serta-merta dan ditemani oleh Saidina Abu Bakar, Nabi S.A.W. dengan
sendirinya pergi ke rumah perompak tersebut. Nabi S.A.W. dengan rendah diri
meletakkan kuasa dan statusnya sebagai manusia paling sempurna yang dicintai Allah
pergi ke rumah perompak tersebut untuk bertanyakan apa yang telah dilakukan oleh
ayahnya semasa hanyatnya: “Wahai anakku, sila ceritakan kepadaku bagaimanakah
kehidupan ayahmu.” Anak perempuan lelaki tersebut berkata, “Wahai Rasulullah, aku
begitu malu dengan apa yang akan aku ceritakan kepada kamu. Ayahku seorang
pembunuh, seorang pembunuh. Aku tidak pernah melihat dia melakukan sebarang
kebaikan. Dia akan merompak dan mencuri siang dan malam kecuali satu bulan.
Apabila bulan tersebut tiba, dia akan berkata: “Bulan ini adalah bulan tuhanku, kerana
ayahku pernah mendengar engkau berkata, Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban adalah
bulan Nabi S.A.W. dan Ramadan adalah bulan umat Muhammad.” Kemudian ayahku
berkata lagi,
“aku tidak kisah dengan bulan Nabi S.A.W. atau bulan umat Muhammad, kecuali
bulan tuhanku. Oleh sebab itu aku akan duduk di dalam bilikku bersendiriaan,
dan bersuluk sepanjang bulan ini.

Nabi S.A.W bertanya kepada anak perempuan itu lagi, “Apakah jenis suluk
yang dia telah lakukan?” Dia menjawab,” Wahai Rasulullah, satu hari ketika ayahku
sedang berjalan untuk mencari seseorang yang boleh dirompaknya, dia bertemu
dengan seorang lelaki tua yang berumur 70-80 tahun. Lantas ayahku memukulnya
sehingga pengsan, dan kemudiannya merompaknya. Dia menemui sehelai kertas
kecil yang tergulung pada orang tua tersebut. Kemudian, dia membukanya dan
mendapati di dalamnya ada satu doa. Ayahku amat gembira dengan doa tersebut.
Setiap tahun, apabila datang bulan Rejab-bulan Allah , ayahku akan duduk
bersendirian dan membaca doa tersebut siang dan malam, menangis dan membaca,
kecuali keluar untuk makan dan membersihkan diri. Apabila bulan Rejab berakhir,
dia akan bangun dan berkata, bulan Allah telah tamat, sekarang untuk
menggembirakan ku aku akan kembali merompak dan mencuri untuk 11 bulan
yang akan datang.

Doa (Doa awliya’ Abbas) yang digunakan oleh lelaki tersebut adalah sangat
penting dan kita dinasihatkan untuk membacanya 3 kali sehari ketika bulan Rejab.
Maulana Sh. Nazim berkata doa ini mencuci semua dosa dan menjadikan kamu
putih seperti bayi yang baru dilahirkan. Doa ini amat terkenal di dalam ajaran sufi.
Apabila Nabi S.A.W meminta anak perempuan lelaki tersebut memberikan doa
tersebut kepadanya, baginda terus mencium kertas doa tersebut dan menyapunya
pada badan baginda. Jangan tinggalkan doa dan amalkannya ketika bulan ini datang,
teruskan membacanya, dan Allah akan memberi kepada kita, Insyallah. Bergantung
kepada niat masing-masing.

Allah telah berkata kepada Nabi S.A.W., “Wahai Nabi yang Kucintai, orang itu
telah datang dan memohon keampunan dari Ku di dalam bulan yang sangat
berharga. Oleh sebab itu, kerana dia berkorban sekurang-kurangnya satu bulan
dalam setahun untuk Ku, Aku ampunkan semua kesalahannya, dan aku tukarkan
semua dosanya kepada ganjaran. Kerana dia mempunyai terlalu banyak dosa,
sekarang dia mempunyai banyak ganjaran, dan dia kini menjadi wali besar.”
Kerana satu doa, Allah jadikan seseorang yang tidak pernah beribadat
sepanjang hidupnya menjadi wali.”

FAKTOR-FAKTOR MENYEBABKAN SESEORANG TERJEBAK

5 of 9 23/10/2007 10:43
AJARAN-AJARAN SESAT http://www.darulkautsar.com/pemurnianaqidah/tasawuf/naqsyabandi.htm

DENGAN AJARAN SESAT

Kebanyakan ajaran Tariqat ini datangnya daripada sumber-sumber ajaran


Syi’ah dan amalan-amalan mereka bukannya datang dari sumber yang
boleh dipercayai seperti Al-Quran dan As-Sunnah yang tulin.

Terlebih dahulu elok kiranya kita mengemukakan sebab-sebab yang


membawa kepada kesesatan dan penyelewengan aqidah. Antara lain
yang dapat dipastikan daripada Al Quran adalah sebagai berikut :

i) Taqlid buta, Sebagaimana maksud firman Allah : “Dan (orang-orang


yang tidak beriman itu) apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan
yang keji, mereka berkata: Kami dapati datuk nenek kami
mengerjakannya dan Allah perintahkan kami mengerjakannya. Katakanlah
(wahai Muhammad): Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh
mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap
Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya? “(Surah AL-Araf : ayat 28)

(ii) Tidak mempunyai konsep yang betul tentang sifat-sifat Allah s.w.t
Firman Allah yang bermaksdu: “Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan
saudara mereka: Nabi Soleh. Dia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah
kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya.
Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta
menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada
Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat
dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa
memperkenankan permohonan hambaNya. Mereka menjawab dengan
berkata: Wahai Soleh, sesungguhnya engkau sebelum ini adalah orang
yang diharap dalam kalangan kami (untuk memimpin kami); patutkah
engkau melarang kami daripada menyembah apa yang disembah oleh
datuk nenek kami? Dan (ketahuilah) sesungguhnya kami berada dalam
keadaan ragu-ragu yang merunsingkan tentang apa yang engkau serukan
kami kepadanya”.
(Surah Hud ; ayat 61 & 62)

(iii) Lupa kepada ayat-ayat Allah firman Allah bermaksud : “Demikianlah


keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu
engkau melupakan serta meninggalkannya dan demikianlah engkau pada
hari ini dilupakan serta ditinggalkan”. (Surah Thaha : ayat 126)

(iv) Memilih pimpinan syaitan dengan meninggalkan pimpinan Tuhan.


Firman Allah bermaksud : “Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayat
petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufik untuk beriman dan beramal
soleh) dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa
kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka
telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati)
selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada
dalam petunjuk hidayat”. (Surah Al Araf : ayat 30)

(v) Keadaan diri tidak terkawal dengan aqidah yang betul Firman Allah

6 of 9 23/10/2007 10:43
AJARAN-AJARAN SESAT http://www.darulkautsar.com/pemurnianaqidah/tasawuf/naqsyabandi.htm

bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu


(dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang
sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu
sendiri telah mendapat hidayat petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah
dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali
kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu
(balasan) apa yang kamu telah lakukan.(Surah Al Maidah :ayat 105)

(vi) Tidak menyedari bahawa kesesatan itu merugikan diri sendiri Firman
Allah bermaksud : “Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian
manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran (Al-Quran) dari Tuhan
kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayat petunjuk (beriman
kepadanya), maka faedah hidayat petunjuk itu terpulang kepada dirinya
sendiri dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya
kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri dan aku pula bukanlah
menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran)
kamu.(Surah Yunus : ayat 108)

(vii) Mengikut prasangka, andaian dan panduan akal yang tidak


berpandukan ilmu yang sebenar
Firman Allah bermaksud : “Dan kebanyakan mereka, tidak menurut
melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan
itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran
(iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka
lakukan”
(Surah Yunus : ayat 36)

(viii) Tidak menggunakan akal dan pancaindera yang diberikan oleh Allah
s.w.t di dalam mencari kebenaran. Firman Allah bermaksud : “Maka Nabi
Soleh pun meninggalkan mereka sambil berkata: Wahai kaumku! Aku
telah menyampaikan kepada kamu perutusan Tuhanku dan aku telah
memberi nasihat kepada kamu, tetapi kamu tidak suka kepada
orang-orang yang memberi nasihat”.
Surah Al-A'raf: ayat 79, Surah Bani Israel: ayat 72)

(ix) Degil dan keras kepada terhadap kebenaran Firman Allah : “Kemudian
Kami utuskan sesudah Rasul-rasul itu, Nabi Musa dan Nabi Harun,
kepada Firaun dan kaumnya dengan membawa ayat-ayat Kami; lalu
mereka (Firaun dan kaumnya) berlaku sombong takbur (enggan
menerimanya) dan mereka adalah kaum yang biasa melakukan dosa.
Oleh sebab itu ketika datang kepada mereka kebenaran dari sisi Kami,
berkatalah mereka: Sesungguhnya ini ialah sihir yang nyata.
(Mendengarkan yang demikian), Nabi Musa bertanya: Patutkah kamu
berkata demikian terhadap sesuatu kebenaran ketika datangnya kepada
kamu? Adakah bawaanku ini sihir? Sedang ahli-ahli sihir itu sudah tetap
tidak akan berjaya”.
(Surah Yunus: 75 - 77)

(x) Derhaka kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w dengan membuat
pilihan sendiri tentang urusannya setelah ditetapkan oleh Allah s.w.t dan
Rasulullah s.a.w untuknya suatu ketetapan.
(Surah Al Ahzab : ayat 136)

7 of 9 23/10/2007 10:43
AJARAN-AJARAN SESAT http://www.darulkautsar.com/pemurnianaqidah/tasawuf/naqsyabandi.htm

(xi) Menurut hawa nafsu walaupun mengetahui tentang ayat-ayat Tuhan.


Maksud firman Allah : “Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima
cabaranmu (wahai Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya mereka
hanyalah menurut hawa nafsu mereka dan tidak ada yang lebih sesat
daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan
hidayat petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan
kepada kaum yang zalim (yang berdegil dalam keingkarannya).(Surah Al
Qasas : ayat 50)

(xii) Tidak mengikut petunjuk daripada Tuhan. Allah berfirman:” Turunlah


kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan setengah
kamu menjadi musuh bagi setengahnya yang lain; kemudian jika datang
kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu
itu nescaya dia tidak akan sesat dan dia pula tidak akan menderita azab
sengsara”(Surah Thaha : ayat 123)
(xiii) Terpedaya oleh godaan syaitan Allah berfirman :”Dan sesungguhnya
Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu;
(setelah kamu mengetahui akibat mereka) maka tidakkah sepatutnya
kamu berfikir dan insaf?”(Surah Yaasin : ayat 62)

(xiv) Orang-orang yang sesat dan banyak dosa Allah berfirman : “


(Surah As Syu'ra )

(xv) Melampaui batas dan tetap ragu walaupun sudah datang


keterangan-keterangan yang nyata
Allah berfirman : “
(Surah Al Mukmin : ayat 134)

(xvi) Menjadikan orang-orang yang sesat sebagai penolong dan


pembantu Allah berfirman :” Aku tidak memanggil mereka menyaksi atau
membantuKu menciptakan langit dan bumi, dan tidak juga meminta
bantuan setengahnya untuk menciptakan setengahnya yang lain dan tidak
sepatutnya Aku mengambil makhluk-makhluk yang menyesatkan itu
sebagai pembantu”. (Surah Al Kahfi : ayat 51)

CARA PENYELESAIANNYA

Di antara cara penyelesaian yang boleh diketengahkan adalah seperti


berikut:

(i) Kembali kepada Al Quran dan As Sunnah

(ii) Mengadakan peruntukan undang-undang yang mencukupi untuk


membendung dan menghalang ajaran-ajaran yang sesat ini sesuai
dengan ajaran Islam itu sendiri.

(iii) Melahirkan para pendakwah dan guru-guru agama yang benar-benar


peka di dalam persoalan penyelewengan aqidah khasnya dan
penyelewengan daripada ajaran Islam serta melatih mereka dengan
cara-cara mengatasi masalah-masalah ini.

8 of 9 23/10/2007 10:43
AJARAN-AJARAN SESAT http://www.darulkautsar.com/pemurnianaqidah/tasawuf/naqsyabandi.htm

(iv) Memperkenalkan Islam yang syumul merangkumi segala aspek


kehidupan manusia di samping mempraktikkannya.

(v) Memberikan ajaran Islam yang mencukupi dan tahan lasak di dalam
menghadapi segala bentuk ancaman yang mungkin menggugat aqidah
mereka.

(vi) Menghapuskan segala bentuk maksiat dan kemungkaran atau


sekurang-kurangnya cuba dan berusaha mengurangkannya secepat
mungkin, bukan dengan memperbanyakkan pula tempat-tempat maksiat
dan membiarkan kemungkaran terus bermaharajalela.

(vii) Mempergunakan media massa seluas-luasnya dalam usaha


pengajaran Islam yang benar-benar bersih dan tulin kepada masyarakat.

(viii) Sentiasa berusaha mengenalpasti penyelewengan aqidah yang


berlaku di dalam masyarakat kemudian bertindak dengan secepat
mungkin sebelum ia berakar umbi.

(ix) Sentiasa meminta pertolongan dan menaruh pengharapan kepada


Allah s.w.t sebagai penolong dan pembela dalam usaha membasmi
penyelewengan aqidah dan ajaran-ajaran sesat

9 of 9 23/10/2007 10:43

You might also like