You are on page 1of 15

Strategi pengajaran kefahaman

dalam bacaan
Pengenalan
• Membaca ialah proses kebalikan daripada proses menulis.
• Proses membaca memerlukan seseorang itu
menterjemahkan kembali lambang- lambang bertulis
kepada lambang-lambang bunyi yang hendak disampaikan
oleh penulisnya
• Melalui membaca, seseorang itu mampu menimba ilmu
pengetahuan yang tidak dapat diperolehi menerusi
pengalaman- pengalaman biasa yang lain.
• Membaca dapat membantu memperluaskan pemikiran
dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang
individu dalam pelbagai bidang.
• Pelengkap kepada keperluan bacaan adalah
kefahaman bahan yang dibaca.
• Pembacaan tidak akan bermakna tanpa
kefahaman.
• Untuk tahap ini, murid-murid sekurang-
kurangnya mempunyai kemahiran:
1. Mengumpul maklumat dan makna hasil dari
pembacaan
2. Mentafsir dan menilai sesuatu dengan
sepenuhnya bacaan
Bacaan dan kefahaman
Definisi kefahaman : kebolehan menterjemah idea
daripada satu bentuk ke satu bentuk yang lain,
menginterpretasi idea, keasan dan akibat.
Lamberg & Lamb (1980)
Membahagikan kefahaman bacaan kepada tiga
tahap iaitu:
• Literal
• Tafsiran
• Kritis dan kreatif
• Kefahaman Jenis Literal

Iaitu kebolehan memahami maksud tersurat


Penyoalan bermula dengan perkataan apakah,
Siapakah, bilakah, di manakah, ceritakan dll.
• Kefahaman Jenis Tafsiran

Iaitu kebolehan membuat interpretasi.


Penyoalan bermula dengan perkataan
mengapakah, bagaimanakah, jelaskan,
terangkan, bandingkan atau bezakan.
• Kefahaman Jenis kritis/ Kreatif

Kebolehan menghakimi dan menilai sesuatu


(maklumat, idea, pendapat, pandangan, dan
lain-lain).
Penyoalan biasanya bermula dengan perkataan
buatkan satu kritis, bahaskan, nilaikan, apakah
kesimpulan, apakah kemungkinan dan lain-lain.
Strategi pengajaran kefahaman dalam
pengajaran bacaan
• Antara strategi yang boleh digunakan bagi
mengetahui tahap kefahaman murid ialah :
1. Penyoalan secara terbuka
2. Soalan Aneka Pilihan
3. Pilihan Benar atau Tidak Benar
4. Teknik Kloz
5. Soalan Padanan
Penyoalan secara terbuka
- Merupakan teknik penyoalan kefahaman bacaan
yang paling lama.
- Pelajar perlu menggubal ayat menggunakan
bahasa sendiri.
- Teknik yang mencabar daya luahan pelajar.
- Memerlukan masa yang lebih lama berbanding
dengan teknik yang bersifat objektif.
- Biasanya digunakan semasa menjawab soalan
kefahaman bacaan dan ujian formal dan diagnotik.
- Perlu kepada satu skim pemarkahan yang
standard.
Soalan Aneka Pilihan
- Merupakan satu teknik baru jika
dibandingkan dengan teknik penyoalan
secara terbuka.
- Senang ditadbir, keobjektifannya dari segi
pemarkahan dan pengukuran.
- Tidak menggalakkan daya luahan dan
penggubalan bahasa dari pelajar
- Menggalakkan pelajar meneka dalam
usaha mencari jawapan betul.
Pilihan Benar atau Tidak Benar
-Terdiri dari 3 bahagian iaitu:
i. Stimulus (jika ada)
ii. Pernyataan
iii. Jawapan pilihan
- Amat sesuai untuk menguji fakta
yang dipelajari.
- Bertujuan untuk menentukan sama ada
pernyataan yang diberikan betul atau
salah.
. Teknik Kloz

- Mula digunakan tahun 1950an di Amerika Syarikat.

- Dikenali sebagai Prosedur Kloz dan diperkenalkan

oleh Wilson Taylor (1953).

- Memerlukan seseorang pelajar memahami teks

secara am dahulu sebelum memahami secara

terperinci.
- Pelajar terpaksa mengisi tempat kosong dengan

perkataan yang sesuai mengikut maksud


- Pelajar juga perlu menggunakan isyarat linguistik
dari segi sintaksis dan semantik menurut makna
perkataan dalam kontek dan struktus sesuatu
ayat.
- Sebagai alat untuk menguji kefahaman bacaan
5. Soalan Padanan
- Terdiri daripada 2 set maklumat yang perlu
dipadankan oleh pelajar.
- Mungkin terdiri daripada perkataan ,
konsep, prinsip atau pernyataan.
- Ada perkaitan maklumat antara set 1 dan
set2
- Padanan yang mengandungi 2 set maklumat
menjadikan padanan sebagai “banyak soalan
dalam satu soalan.”
JENIS-JENIS SOALAN-SOALAN KEFAHAMAN
Sebab dan Akibat Mengenalpasti sesuatu sebab dan apakah
yang berlaku daripada kejadian atau
tindakan itu.

Inferens Membuat keputusan/kesimpulan apakah


fakta yang paling tepat dan disokong oleh
isi di dalam teks.

Pendapat dan tujuan Pendapat yang diberikan berdasarkan


mengapa ianya diberikan.

Persamaan dan perbezaan Melihat apa yang serupa dan membuat


perbandingan.

You might also like