You are on page 1of 47

1.

0 ULUM QUR’AN

1.1 PENGERTIAN AL-QUR’AN

Al-quran ialah kalam Allah yang dapat melemahkan yang diturunkan kepada nabi
Muhammad dengan perantaraan Jibril yang ditulis dalam mashaf yang dipindahkan
dengan cara mutawatir dan dikira beribadat orang yang membacanya yang dimulakan
dengan surah al-Fatihah dan disudahi dengan surah al-Nas. Pengertian ini adalah takrif
yang disepakati oleh jumhur ulama1.

Takrif atau pengertian al-Qur’an dapat diberikan dalam dua bentuk iaitu :

1. pengertian bahasa
2. pengertian istilah

1.1.1 PENGERTIAN BAHASA

Dari segi bahasa, al-quran mempunyai pelbagai pengertian, antaranya :

- Imam al-Syafi’i berpendapat, perlkataan al-quran dieja dengan al-quran. Iaitu tanpa
huruf hamzah (‫)القرءآن‬. Tiada huruf hamzah pada perkataan al-quran seperti juga
nama bagi taurat dan injil.

- menurut al-Farra’ dan al-Qurtubi, perkataan al-quran berasal daripada perkataan al-
Qara’in (‫ )القراءن‬yang bermaksud tanda-tanda atau petunjuk. Ini kerana sebahagian
ayat-ayatnya menunjukkan maksud dan pengertian yang sama dengan sebahagian
ayat-ayat yang lain. Huruf nun di dalam kata al-qara’in itu menunjukkan nun yang
asal, bukannya huruf tambahan.

1
Pengantar Ulum Al-Qur’an, Rosmawati Ali@Mat Zin (halaman 23).

1
- Mengikut pendapat al-’Asy’ari pula al-quran berasal daripada kata Qarana (‫)قرن‬. Ia
bermaksud menggabungkan. Hal tersebut kerana ayat-ayat al-quran dan surah-
surahnya dihimpun dan digabungkan dalam satu mashaf.

- Al-Qur’an berasal daripada perkataan al-qira’ah (‫ )القراءة‬yang bermaksud bacaan.

- Al-Qur’an ialah masdar daripada perkataan maqru’ (‫ )مقروء‬yang bererti dibaca.

- Al-Qur’an menurut pengertian bahasa ialah bacaan yang berasal daripada


perkataan arab,qira’ah.Namun begitu maksud sebenar ialah dibaca bukan bacaan.
Sebagaimana firman Allah :

       


 
17 Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam
dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
18. Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan
perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu. 2

1.1.2 PENGERTIAN ISTILAH

Dari sudut istilah, Al-Qur’an diberikan dengan beberapa pengertian, antaranya ialah :

- Al-Qur’an membawa erti kalam Allah yang azali yang diturunkan secara mutawatir
kepada nabi muhammad saw dengan perantaraan jibril a.s, yang melemahkan
musuh-musuh islam dan dikira ibadat bagi sesiapa yang membacanya.

- Al-Qur’an ialah kalam allah yang tertulis di luh mahfuz semenjak zali dan diturunkan
ke baitul ’izzah di langit pertama, kemudian dibawa pula ke langit dunia, seterusnya
diturunkan dan disampaikan kepada nabi muhammad saw melalui perantaraan
malaikat jibril dalam bahasa arab sebagai mukjizat nabi muhammad dan
2
Surah al-kiyamat 75 : ayat 17-18

2
disampaikan kepada umat manusia dengan jalan mutawatir dan dikira ibadat
apabila membacanya.

- Al-Qur’an merupakan firman allah yang diturunkan kepada nabi muhammad saw
dan berfungsi sebagai mukjizat, bukti kerasulan baginda, ditulis di dalam mashaf
dan diriwayatkan dengan cara mutawatir dan dikira beribadat apabila membacanya.

- Al-Qur’an, wahyu daripada allah yang disampaikan kepada manusia melalui rasul
yang menjadi panduan dan ikutan manusia, terjamin kekal hingga hari akhirat.
Seterusnya al-quran memberi kebahagiaan kepada manusia di dunia dan akhirat.

- Al-Qur’an juga kalam dan wahyu yang bersifat mutlak, tidak terbatas kepada
sesuatu keadaan dan waktu. Sesuai dilaksanakan di mana-mana dan dalam apa
jua keadaan sehingga hari akhirat.

- Al-quran merupakan kata nama bagi kalam allah yang telah diturunkan kepada
rasulnya muhammad saw yang tertulis dalam mashaf.

- Menurut pengertian yang diberikan oleh imam al-suyuty di dalam kitabnya al-itqab fi
ulum al-Qur’an, al-quran ialah : kalam allah yang diturunkan kepada nabi
muhammad saw yang mana ia tidak dapat ditandingi oleh musuhnya walaupun satu
ayat.

- Menurut pengertian yang diberikan oleh ulama mutakkhirin ialah : kalam allah yang
diturunkan kepada nabi muhammad saw yang mana ia tidak dapat ditandingi oleh
musuhnya walaupun satu ayat dan dikira ibadat sesiapa yang membacanya.

- Menurut pendapat ulama al-kalam, alquran ialah kalam ghaib serta azali daripada
zat allah yang mana ia sentiasa bergerak dan tidak ditimpa apa-apa bencana.

3
- Menurut pendapat imam al-syaukani, alquran ialah : kalam allah yang azali yang
diturunkan kepada nabi muhammad saw yang dibaca dengan lisan dan
dipindahkan kepada kita secara mutawatir.

Walaupun disana terdapat perselisihan dan perbezaan pengertian yang diberikan


oleh ulama, namun perbezaan itu adalah dari sudut lafaz sahaja. Sebagai rumusannya,
alquran ialah kalam allah yang diturunkan kepada nabi muhammad saw yang menjadi
mukjizat serta ditulis di dalam beberapa mashaf, diriwayatkan secara mutawatir, dikira
beribadat sesiapa yang membacanya dan kafir sesiapa yang mengingkarinya. Justeru
itu, berdasarkan pengertian tersebut, dapat difahami al-quran sebuah kitab yang
menjadi panduan dan sesuai dilaksanakan di mana saja. Tanpa ada batasan waktu
serta terkandung dalamnya perkara umum dan khusus.

1.2 NAMA-NAMA AL-QUR’AN

Alquran mempunyai berbagai nama lain selain nama al-Qur’an.


Walaubagaimanapun, nama terkenal dan yang digunakan secara meluas ialah alquran.
Hal itu berdasarkan firman Allah :
     
185. (Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya
diturunkan Al-Quran.3

Nama dan penggunaan al-quran terhadap kitab Allah yang azali itu dengan
membawa maksud al-quran itu hendaklah sentiasa dibaca serta sentiasa dikaji isi
kandungannya yang tersirat berbagai jenis ilmu pengetahuan dan pengajaran manusia.

Selain daripada al-quran, ulama berpendapat kitab suci al-quran mempunyai 66


nama. Manakala abu al-ma’ali azizi bin abdul malik dalam kitabnya al-burhan
mengatakan al-quran mempunyai 55 nama dan ada juga ulama mengatakan al-quran
mempunyai 90 nama. Walaubagaimanapun, semua nama yang diberikan itu sesuai
3
Surah al-baqarah ayat 185

4
dengan kemuliaan dan keagungannya sebagai sebuah kitab suci daripada allah swt.
Antara nama-nama alquran ialah :

1. al-Furqan. Firman Allah swt :


         
Maksudnya : Maha berkat Tuhan Yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya
(Muhammad),untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.4

Perkataan al-furqan digunakan sebagai salah satu daripada nama al-quran


kerana kandungan al-quran itu menjelaskan kepada manusia antara kebenaran dengan
kebatilan. Oleh itu al-quran bertindak sebagai pembezaaan dan pemisahan terhadap
ajaran yang benar dengan ajaran yang salah.

2. al-Mau’izah. Firman Allah swt :


      
Maksudnya : Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang
menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi
penyakit-penyakit batin yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah
petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang
beriman.5

Perkataan al-Mau’izah digunakan sebagai salah satu daripada nama al-quran di


sebabkan dalam al-quran itu mengandungi pengajaran dan peringatan kepada manusia
dan sekelian alam, baik dalam urusan keduniaan dan akhirat.

3. al-Kitab. Firman Allah swt :

        

4
Surah al-Furqan ayat 1
5
Surah Yunus ayat 57

5
Diturunkan Al-Quran ini, Dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan Yang
memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.6

Perkataan al-kitab banyak digunakan dan terkenal sebagai salah satu daripada
nama-nama al-quran. Penggunaan perkataan al-kitab untuk menunjukkan sesuatu yang
termaktub atau tertulis. Justeru itu ia menunjukkan tentang wahyu Allah yang terkumpul
dan ditulis. Namun begitu, al-kitab yang dimaksudkan sebenarnya ialah al-quran yang
diturunkan kepada nabi muhammad saw.

4. al-Nur. Firman Allah swt :

    


Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) Yang menerangi
(segala apa jua Yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan Yang kekal di akhirat
kelak).7

5. al-busyra. Firman Allah

          
       
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril
itu menurunkan Al-Quran ke Dalam hatimu Dengan izin Allah, Yang mengesahkan kebenaran
Kitab-kitab Yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan
memberi khabar gembira kepada orang-orang Yang beriman".8

6. al-Ruuha. Firman allah :

         


(Allah berfirman): dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Hendaklah Engkau membawa
hamba-hambaKu (kaummu) keluar pada waktu malam; Sesungguhnya kamu akan dikejar
(oleh Firaun dan tenteranya)".9

7. al-Majid. Firman allah swt :

    


6
Surah al-Sajdah 32 :ayat 2
7
Surah al-Nisa’ ayat 174
8
Surah baqarah ayat 97
9
Surah al-Syura ayat 52

6
(Sebenarnya apa Yang Engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan
ialah Al-Quran Yang tertinggi kemuliaannya.10

8. al-Zikr. Firman allah swt :


       
Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan
menjaganya.11

9. al-Tanzil. Firman Allah swt:

    


Dan Sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah Yang tersebut) adalah
diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.12

Walaupun pada zahirnya terdapat pelbagai nama serta perbezaan, namun


fungsinya sama sahaja, untuk memberi petunjuk dan panduan yang baik kepada
manusia dan membawa kebenaran.

1.3 DEFINISI ULUM AL-QURAN

Pengertian ulum al-Quran dapat diberikan dengan dua keadaan :

- pengertian bahasa
- pengertian istilah

1.3.1 PENGERTIAN BAHASA

Pengertian ulum al-quran menurut bahasa dan menurut makna idafi ialah :

10
Surah al-Buruj ayat 21
11
Surah al-Hijr ayat 9
12
Surah al-syu’ara’ ayat 192

7
 perkataan ulum adalah lafaz jamak daripada perkataan ’ill ( ‫ )علم‬. ia boleh
ditakrifkan sebagai kefahaman muktamad yang menepati fakta sebenar.
Sementara pengertian al-quran pula ditakrifkan sebagai kalam Allah yang mu’jiz
(‫ )معجز‬yang telah diturunkan kepada nabi Muhammad, ditulis pada mashaf, yang
disampaikan secara mutawatir dan membacanya merupakan suatu ibadat.
 Ulum al-quran ilmu segala ilmu yang berkaitan dengan al-quran

1.3.2 PENGERTIAN ISTILAH

Ulum al-quran menurut pengertian istilah telah diberikan dengan berbagai pengertian,
antaranya ialah :

 Ulum al-quran ialah ilmu yang membahaskan tentang al-quran, sama ada dari
aspek penurunannya bacaannya, sejarah pengumpulannya, penyusunannya,
penulisan dan pentafsiran, i’jaz, nasikh mansukh, sebab-sebab turun ayatm i’rab
serta gharib al-quran.
 Menurut definisi yang diberikan oleh al-zarqani, ulum al-quran ialah ilmu-ilmu
yang mempelajari tentang al-quran itu sendiri, sama ada dari segi
penurunannya, pengumpulannya, pembukuannya, pembacaannya,
pentafsirannya, i’jaznya, nasikh dan mansukhnya dan semua perkara yang
berkaitann dengan al-quran.
 Menurut definisi yang diberikan oleh imam al-suyuti pula, ulum al-quran ialah
suatu bidang dan ruang lingkup ilmu yang membicarakan tentang al-quran dari
segi penurunnanya, sanadnya, adabnya, maknanya, lafaznya dan lain-lain yang
berkaitan dengannya.

Sebagai rumusannya, ungkapan Ulum al-quran membawa makna kefahaman


sebenar berhubung dengan al-quran, yang meliputi asbab al-nuzul, ayat makki dan
madani, al-nasikh dan al-mansukh, cara bacaan, pengumpulan, penulisan dan
berbagai aspek yang berkaitan dengan al-quran.

8
2.0PENYUSUNAN AYAT DAN SURAH DALAM AL-QUR’AN

2.1 SEJARAH

2.1.1 PENGUMPULAN AL-QUR’AN

Berkaitan pengumpulan al-quran dapat dibahagikan kepada empat peringkat zaman


dan masa, iaitu :

- Zaman Rasulullah .
- Zaman Abu Bakar.
- Zaman Uthman Ibn Affan.
- Zaman Umaiyyah Dan Sekarang.

Zaman Rasulullah

Al-Qur’an diturunkan secara beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun dan masa
yang tepatnya ialah 22 tahun 2 bulan 22 hari. Nabi sangat mengambil berat terhadap
setiap wahyu dan ayat al-quran yang diturunkan kepada baginda. Untuk menjaganya
baginda menghafalnya serta dengan segera pula membaca kepada para sahabat.
Secara lebih terperinci, pengumpulan al-quran pada zaman nabi dapat dibahagikan
kepada bahagian berikut :

a. menghafal
b. tulisan

9
- Menghafal

Lantaran nabi seorang yang tidak tahu menulis dan tidak tahu membaca, maka baginda
sentiasa menghafal dan bergantung kepada kekuatan ingatan untuk menghafal setiap
ayat yang diturunkan kepada baginda. Nabi menghafaz semua wahyu dan ayat yang
diturunkan kepada baginda dan membaca serta menyampaikan kepada sahabat
dengan cara tartil. Selain itu juga, baginda mentafsirkan dan menjelaskan rahsia ayat
yang diterima itu supaya dapat difahami dan jelas maksud yang dikehendaki.

Antara lain juga, baginda segera membacakannya kepada para sahabat supaya ayat
yang diturunkan kepada baginda itu tidak lupa atau luput. Antara lain, biarpun baginda
seorang ummi, namun Allah berjanji akan memudahkan kepada baginda untuk
menghafal dan memahaminya, sebagaimana dalil al-quran :

i. firman Allah :

             
 

Maka Maha Tinggilah Allah, Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang benar (pada segala-
galanya). dan janganlah Engkau (Wahai Muhammad) tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum
selesai dibacakan oleh Jibril kepadaMu, dan berdoalah Dengan berkata: "Wahai Tuhanku,
tambahilah ilmuku".
(surah Taha ayat
114)

ii. firman Allah yang lain lagi :

         


      
10
16. Janganlah Engkau (Wahai Muhammad) - kerana hendakkan cepat menghafaz Quran
Yang diturunkan kepadamu - menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai
dibacakan kepadamu).
17. Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu),
dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu);
18. Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan
perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu;

(surah al-qiyamah ayat 16-18)

Dalam konteks lain, baginda amat mengambil berat terhadap penjagaan a;-quran
dengan menghafal, bertadarrus, mengulangi serta membaca dalam sembahyang
baginda, hingga bengkak-bengkak kaki baginda yang mulia disebabkan kuat
beribadat dan berdiri untuk membaca al-quran ketika mengerjakan sembahyang
malam. Setiap sekali setahun juga jibril akan bertadarrus dan menyemak bacaan
baginda.

Pada masa datangnya islam dan turunnya al-quran, pada waktu itu masyarakat
arab terkenal dengan bangsa yang kuat ingatan, cepat mengingati dan cepat
menghafal. Contohnya : mereka mampu menghafal beratus-ratus bait atau rangkap
sajak dan syair dalam berbagai gaya bahasa. Justeru itu, para sahabat yang
memeluk islam mudah bagi mereka menghafal al-quran, apatah lagi bahasa al-
quran yang mudah dan mempunyai pelbagai keistimewaan berbanding dengan syair
yang pujangga mereka cipta.
Para sahabat juga amat mengambil berat terhadap al-quran dengan menghafal dan
mengajar kepada keluarga mereka, seperti isteri dan anak-anak. Pada masa nabi
terdapat ramai daripada kalangan sahabat yang menghafal al-quran, antara mereka
ialah : khulafa’ al-rasyidin, muaz ibn jabal, talhah, ibn mas’ud, huzaifah, ibn umar,
abu al-darda’, aisyah, ibn abbas, hafsah, ummu salamah, zaid ibn thabit, ubai ibn
ka’ab, muawiyah dan lainnya. Antara lain juga, baginda telah mengutuskan para
sahabat yang menghafal dan mahir dalam al-quran untuk mengajarnya kepada umat
islam dan orang luar. Contohnya muaz ibn jabal ke yaman.

11
Sebagai rumusannya, berhubung dengan persoalan pengumpulan dan penulisan
al-quran ini perlulah difahami bahawa kegairahan rasulullah dan para sahabat pada
dasarnya tertumpu kepada pengumpulan dalam dada dan hati. Iaitu cara menghafal
dan mengingatinya, sesuai dengan keadaan di mana rasulullah merupakan seorang
ummi yang juga dibangkitkan oleh Allah di kalangan orang pada waktu itu yang
majoritinyaadalah ummi juga. Di tambah lagi peralatan untuk menulis dan penulisan
tidak mudah diperolehi pada waktu itu. Oleh sebab itu, pada zaman pengumpulan
al-quran bergantung kepada hafalan mengatasi penulisan.

- Tulisan

Walaupun hafalan merupakan penekanan utama dalam persoalan pengumpulan


al-quran pada zaman nabi, namun begitu, tidak pernah pula para sahabat
mengabaikan kepentingan menulis dan mencatat al-quran. Cuma apa yang
jelasnya, penulisan dan catatan itu dilakukan oleh sahabat yang dalam kadar
diizinkan oleh nabi dan dengan cara dan peralatan yang ada serta sesuai pada
zaman mereka, contohnya : para sahabat menulis al-quran di pelepah tamar, tulang-
belulang dan batu.

Dalam konteks lain juga, nabi menyuruh sahabat menulis al-quran sebaik-
baiksahaja baginda menerima wahyu. Oleh itu juga, apabila setiap kali turunnya wahyu
kepada nabi, maka baginda memanggil beberapa penulis untuk mencatatkan segala
butir wahyu tersebut. Daripada kalangan penulis wahyu merupakan para terkemuka
atau daripapada kalangan sahabat utama, di antara mereka ialah : abu bakar, uthman,
ali, muawiyah, khalid ibn al-walid, ubai ibn ka’ab, zaid ibn thabit dan thabit ibn qais.

Atas arahan dan panduan yang diberikan oleh nabi, para penulis wahyu tersebut
menulis al-quran di atas bahan-bahan yang boleh didapati pada waktu itu, seperti
pelepah tamar, ketul-ketul batu, tulang-tulang unta dan kulit biri-biri yang telah kering,
keping-keping kayu dan kulit-kulit. Arahan dan panduan daripada nabi ini termasuklah
arahan penyusunan ayat-ayat dan surah-surah supaya diletakkan masing-masing pada

12
tempat yang tepat. Hal itu jelas daripadan apa yang telah dinyatakan oleh ibn abbas :
bahawa nabi bila mana turunnya kepada baginda surah-surah tertentu, baginda
memanggil beberapa penulis wahyu, lalu baginda bersabda :
”hendaklah kamu letakkan surah ini pada tempat yang yang terdapat sebutan begini
dan begini’. Sedangkan nabi pula dalam hubungan itu, mendapat panduan dan arahan
daripada jibril. Sebagaimana tercatat, jibril ada mengatakan kepada nabi : ’letakkan ini
pada tempat ini’. Sudah tentu pula jibril menerima perintah daripada Allah.

Tulisan-tulisan yang ditulis oleh penulis wahyu dibawah arahan serta panduan nabi
itu disimpan di rumah nabi. Di samping tulisan rasmi seperti di atas, terdapat juga para
sahabat yang menulis al-quran untuk kegunaan dan simpanan peribadi mereka, tetapi
tulisan mereka itu tidak mengikut tertib surah-surah dan ayat-ayat seperti tulisan rasmi
itu.

Sebagai kesimpulannya, pada hayat nabi, al-quran belum lagi ditulis dalam suatu
mashaf khusus. Antara sebab tersebut terjadi kerana al-quran sentiasa diturunkan
dan nabi sentiasa menunggu wahyu. Pada zaman nabi, baginda tidak
membenarkan sahabat menulis hadith, kerana ditakuti bercampur aduk dengan al-
quran.

Antara bentuk al-quran yang disampaikan oleh nabi kepada para sahabat ialah
melalui bacaan, khutbah dan bacaan dalam waktu sembahyang. Dari situlah para
sahabat menulis dan menghafaznya.

Untuk itu, sebagai rumusannya pada zaman rasulullah al-quran belum


dikumpulkan dan belum dibukukan lagi. Dari situ jelaslah bahawa al-quran sudah
terkumpul dalam bentuk tulisan pada zaman nabi, disamping itu ia telah dihafal oleh
para sahabat dengan baik dan teratur menurut tertib ayat dan surah. Dalam erti kata
lain, semasa rasulullah wafat, alquran sudah terjaga rapi dalam bentuk penulisan al-
quran pada waktu itu, masih belum terkumpul dalam bentuk mashaf atau kitab, di

13
mana ia adalah terkumpul dan tersimpan dalam keadaan tidak tersusun, iaitu pada
pelepah-pelepah tamar, tulang, kulit dan sebagainya.

Zaman Abu Bakar

Apabila abu bakar menjawat jawatan khalifah setelah kewafatan nabi, beliau
terpaksa menghadapi pelbagai peristiwa hebat dan persoalan sukar. Diantara
peristiwa-peristiwa tersebut ialah gerakan memerangi mereka yang enggan
membayar zakat, nabi palsu, golongan murtad dan termasuklah peperangan al-
yamamah yang berlaku dalam tahun 12 hijrah. Dalam peperangan al-yamamah
khasnya, kira-kira 70 orang para sahabat yang menghafal al-quran telah gugur
syahid. Kejadian itu amat mengharukan saidina umar, lalu beliau menemui khalifah
abu bakar dan mencadangkan supaya al-quran dikumpulkan ke dalam satu mashaf
yang teratur ayat dan surahnya. Cadangan itu dibuat berasaskan kebimbangan al-
quran umar akan kemungkinan hilangnya al-quran disebabkan kematian para
penghafalnya.
Walaubagaimanapun, pada mulanya abu bakar enggan melaksanakan cadangan
umar, kerana beliau merasakan cukup berat untuk melakukan sesuatu yang tidak
dilakukan oleh rasulullah semasa hidupnya. Tetapi umar tidak putus asa, akhirnya
khalifah abu bakar dapat diyakini akan manfaat daripada cadangan beliau itu. Apabila
khalifah abu bakar dapat melihat kebaikan cadangan umar tersebut, lalu beliau
mengarahkan zaid ibn thabit melaksanakna tugas itu. Zaid ibn thabit dipilih berdasarkan
kenyataan bahawa beliau merupakan seorang pemuda yang bijak dan termasuk salah
seorang daripada penulis wahyu serta menghafaz al-quran dan pernah menghadiri
majlis tadarrus al-quran antara nabi dengan jibril

Di peringkat permulaan menerima arahan, zaid sebagaimana yang telah berlaku


kepada khalifah abu bakar teragak-agak juga untuk menjalankan tugas tersebut,
dengan alasan bahawa perkara itu merupakan suatu yang tidak dilakukan oleh

14
rasulullah semasa hidupnya. Tetapi akhirnya beliau juga dapat diyakini sepertimana
yang berlaku kepada khlaifah abu bakar.

Dalam melaksanakan tugas berat itu, zaid telah dibantu oleh sahabat lain dengan
bertindak menyalin satu persatu ayat-ayat yang sudah sedia ada tertulis pada pelepah-
pelepah tamar, kulit dan ketulan batu serta membandingkannya dengan hafalan-hafalan
para sahabat dan hafalan beliau sendiri. Selain itu, beliau tidak akan menulis sebagai
al-quran sekiranya tidak ada dua saksi yang adil, menyatakan mereka menyaksikan
ayat itu diterima daripada nabi. Dalam erti kata lain, kedua-dua sumber yang ada pada
waktu itu, iaitu hafalan dan catatan atau tulisan digunakan dengan teliti oleh zaid dalam
proses melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh khalifah abu bakar.

Zaid telah mengambil masa lebih kurang satu tahun untuk menyempurnakan tugas
beliau itu. Apabila telah selesai penulisannya, naskah al-quran itu diberi nama mashaf
abu bakar. Bentuk penulisan mashaf itu adalah meliputi keseluruhan ketujuh-tujuh huruf
atau al-ahraf al-sab’ah yang mana di atasnya al-quran diturunkan. Ini bermakna mashaf
abu bakar ini adalah selaras dan sama dengan catatan yang dikumpulkan pada zaman
nabi. Mashaf abu bakar itu pada mulanya disimpan di bawah jagaan khalifah abu bakar
sehinggalah beliau meninggal dunia. Kemudian, disimpan pula oleh khalifah umar al-
khattab di sepanjang tempoh pemerintahannya. Setelah khalifah umar meninggal dunia,
mashaf tersebut diletakkan pula dibawah jagaan anaknya, iaitu hafsah binti umar.

Sebagai rumusannya, dengan pengesyoran umar dan pelaksanaan tugas zaid ibn
thabit, maka terhasillah mashaf abu bakar dalam bentuk penulisannya yang meliputi
ketujuh-tujuh huruf yang diatasnya al-quran diturunkan. Dengan itu juga, terselamatlah
dan terjaga ketulenan al-quran disebabkan kematian para penghafal al-quran.

Zaman Uthman Ibn Affan

15
Pada masa pemerintahan khalifah uthman bin affan, islam telah berkembang luas
hingga ke negeri syam, kufah dan iraq. Umat islam yang berada di berbagai daerah dan
negeri membaca dan mempelajari al-quran menurut kaedah-kaedah yang diterima
daripada sahabat yang masyhur di kalangan mereka dan di wilayah mereka, seperti :

 penduduk syahm menggunakan dan mempelajari kaedah bacaan yang


diterima daripada ubai bin ka’ab.
 Penduduk kufah mengambil kaedah bacaan daripada abdullah bin mas’ud
 Orang-orang islam di tempat lain pula membaca al-quran menurut bacaan
abu musa al-asy’ari

Antara faktor utama lahirnya perbezaan bentuk-bentuk bacaan itu adalah dengan
berdasarkan perbezaan huruf-huruf yang mana di atasnya al-quran diturunkan.

Ekoran perbezaan bacaan telah menyebabkan timbulnya perselisihan yang


hebat di kalangan umat islam dan telah menimbulkan masalah disebabkan tidak ada
penyelarasan. Perselisihan yang semakin runcing itu telah diperhatikan oleh sahabat
yang bernama huzaifah al-yaman yang mana waktu itu berada di syam dan iraq dalam
rangka dan mengatur persiapan untuk berperang serta membuka negeri armenia dan
azarbijan. Melihat pertelingkahan itu, seperti pertelingkahan bacaan di antara orang-
orang sham dengan iraq. Lantaran itu, huzaifah al-yaman segera kembali ke madinah
dan menceritakan perkara dan permasalahan tersebut kepada khalifah uthman, serta
menyarankan kepada khalifah supaya mengambil tindakan segera untuk
menyelamatkan keadaan itu.

Dalam konteks ini, sebenarnya bukan huzaifah sahaja yang bimbang dan risau,
namun sahabat lain juga begitu, tambahan lagi keadaan itu semakin hari semakin
menular dan merebak di kalangan orang islam pada wakt itu. Malahan ada antara
mereka sudah sampai tahap kafir-mengkafir di antara satu sama lain.

16
Berdasarkan cadangan huzaifah al-yaman, khalifah uthman telah membentuk
satu jawatankuasa penulisan al-quran yang mana ia terdiri daripada empat sahabat,
yang diketuai oleh zaid bin thabit, mereka yang tiga lagi ialah abdullah bin al-zubir, said
bin al-’as dan abdul rahman bin haris bin hisham. Daripada empat orang ahli
jawatankuasa tersebut, zaid bin thabit sahaja daripada kalangan ansar dan mereka
yang lain adalah kaum quraisy.

Jawatankuasa itu ditugaskan untuk membukukan al-quran dengan menyalin


semula semua ayat daripada al-quran yang dikumpulkan pada masa abu bakar yang
masih tersimpan di rumah hafsah binti umar. Mereka menyalin semula ke dalam satu
naskah dengan menggunakan hanya satu bentuk huruf daripada huruf-huruf yang tujuh.

Jawatankuasa tersebut mulai menjalankan tugas mereka pada penghujung tahun


24 hijrah dan awal tahun 25 hijrah. Dengan kegigihan dan kesabaran, mereka telah
berjaya menghasilkan beberapa buah mashaf yang ditulis di atas satu bentuk huruf
dengan tujuan untuk menyatukan bentuk bacaan umat islam.

 Syarat Penulisan Mashaf Uthmani

Dalam menulis mashaf tersebut, khalifah uthman telah menetapkan syarat tertentu
kepada jawatankuasa penulisannya :

a. menulis al-quran menurut bacaan para hafiz


b. apabila terdapat perbezaan pendapat dan perbezaan bacaan di antara tiga ahli
komiti daripada kaum quraisy dengan zaid yang merupakan kaum ansar
madinah, mereka mesti menulis mengikut percakapan suku quraisy, kerana al-
quran diturunkan dalam dialek atau lahjah quraisy.
c. Semua ayat al-quran diterima daripada rasulullah saw secara mutawatir dan
tidak mansukh akan ditulis semula.

17
d. Al-quran ditulis tanpa menggunakan titik.
e. Mengekalkan tujuh jenis bacaan.

Setelah penulisa itu selesai, mashaf asal itu diserahkan kembali kepada Hafsah.
Manakala al-Qur'an yang ditulis dan dibukukan oleh jawatankuasa itu telah disalin pula
kepada beberapa mashaf lagi. Mashaf yang ditulis dan disalin itu, telah dihantar ke
beberapa daerah dan wilayah islam, dimana pada setiap wilayah atau kota ditinggalkan
satu naskah, antaranya :

i. mekah
ii. syria
iii. basrah
iv. kufah

Setelah penulisan mashaf tersebut selesai, khalifah uthman telah memerintahkan


supaya semua lembaran al-quran yang ditulis sebelumnya supaya dibakar, samada
tertulis pada kulit, pelepah tamar, mashaf dan lainnya.
Antara lain, khalifah Uthman menghantar mashaf yang disalin beserta guru untuk
mengajarnya ke sesuatu wilayah. Selepas mashaf-mashaf yang ditulis dihantar ke
wilayah islam,mashaf aslinya ditinggalkan di Madinah untuk simpanan khalifah dan ia
dinamakan dengan Mashaf al-lmam. Dengan usaha dan tindakan tegas khalifah
Uthman itu, umat islam telah dapat diselamatkan daripada perselisihan dan
pertelingkahan akibat perbezaan dalam bentuk bacaan Al-quran. Penjagaan rapi
daripada kalangan umat lslam terhadap al-quran, samada dalam bentuk hafalan atau
tulisan, maka keaslian al-quran menjadi terjaga hingga ke saat ini dan ia menepati
: dengan janji Allah di dalam al-quran melalui firmanNya

       


Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan
menjaganya.
(surah al-Hijr ayat 9)

18
2.2 PENYUSUNAN AYAT

Al-Quran merupakan kitab suci yang dimiliki oleh umat Islam. Al-Quran terdiri
atas 114 surah. Setiap surah memiliki jumlah ayat yang berbeza. Ayat al-Quran yang
terbanyak dimiliki oleh surah al-Baqarah (terdiri atas 286 ayat). Sedangkan, yang paling
sedikit dimiliki oleh surah al-Kautsar (terdiri atas 3 ayat).

2.2.1 PEMBAHAGIAN AYAT AL-QURAN

Ayat al-Quran dibahagi menjadi dua berdasarkan tempat wahyu diturunkan.


Ayat-ayat yang diturunkan di Mekah disebut sebagai ayat-ayat Makkiyah. Sedangkan,
ayat-ayat yang turun di Madinah biasa disebut sebagai ayat-ayat Madaniyah. Baik ayat

19
Makiyyah maupun Madaniyah biasanya terhimpun dalam satu surah, kerana tidak
semua surah dalam Al-Quran diturunkan di Madinah atau Mekah saja. Al-Qur’an
diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril sedikit demi
sedikit selama 23 tahun.

Setiap bulan Ramadhan, Rasulullah saw. akan mengulangi bacaan ayat-ayat Al-
Quran yang sudah diterimanya di hadapan Jibril. Pada bulan Ramadhan yang terakhir
sebelum nabi meninggal, Malaikat Jibril didengarkan bacaan daripada nabi sehingga
dua kali.

2.2.3 PENYUSUNAN AYAT AL-QURAN

Setiap ayat Al-Quran diturunkan, Rasulullah memanggil sahabat-sahabat yang


terpelajar untuk menuliskan ayat-ayat yang diperdengarkan. Setelah itu, beliau meminta
kepada juru tulisnya untuk membaca kembali apa yang telah ditulisnya untuk
menghindari kesalahan-kesalahan dalam penulisan. Para sahabat menuliskan al-
Qur’an di atas kulit binatang, kayu, tulang unta, batu tatahan dan sebagainya agar Al-
Quran dapat tersimpan dengan baik.Namun, selain itu Rasulullah juga menganjurkan
kaum muslimin untuk menghafalkannya dan dibaca dalam waktu-waktu solat mereka.

Para penghafal al-Qur’an ini dikenali sebagai hafiz. Mereka menghafal seluruh
ayat al-Qur’an dan mengajarkannya kepada sahabat yag lain.Ternyata, kaedah ini
sangat sesuai untuk memelihara ayat-ayat Al-Quran, iaitu dengan mencatat dan
menghafal, sangat bermanfaat di kemudian hari setelah Rasulullah wafat.

Justeru penyusunan ayat al-Qur’an adalah secara tauqifi yang bermaksud


menyusun semua ayat al-Qur’an mengikut petunjuk dan arahan daripada nabi
Muhammad dan ini disepakati oleh semua ulama. Oleh yang demikian, segala ayat
dalam al-Qur’an tidak boleh diubah atau dibaiki. Hal ini dapat dibuktikan menerusi
riwayat yang dikeluarkan oleh al-Bukhari daripada Ibn Zubayr yang bermaksud :

“ Aku telah berkata kepada Usman bahawa ayat “ ‫ ”والذين يتوفكم منكم ويذرون أزواج‬telah dimansuhkan
oleh ayat yang lain. Akan tetapi mengapa engkau tuliskan juga ayat itu atau membiarkannya?

20
(maksudnya: mengapa engkau mengekalkan juga ayat itu atau membiarkannya bertulis,
sedangkan engkau mengetahui bahawa ayat itu telah dimansuhkan?) Jawab Saidina Usman:
Wahai anak saudaraku, aku tidak berani mengubah walau sedikit pun segala ayat daripada
tempat asalnya.”

Di dalam kitab-kitab hadis, terdapat banyak riwayat yang menggambarkan


Rasulullah merencanakan ayat-ayat al-Quran kepada para penulis wahyu dan
mengarahkan mereka supaya menyusun ayat-ayat itu mengikut susunan yang telah
ditentukan.

Selain itu, telah sabit riwayat yang menyatakan bahawa Nabi Muhammad telah
membaca beberapa surah al-Qur’an di dalam solat dan khutbah Jumaat mengikut
susunan ayat-ayatnya yang telah ditetapkan dan disaksikan oleh para sahabat. Riwayat
ini jelas menunjukkan bahawa tertib atau susunan ayat-ayat al-Quran adalah mengikut
petunjuk dan arahan nabi s.a.w Tidak pernah berlaku para sahabat menyusun ayat al-
Qur’an mengikut susunan yang menyalahi bacaan Rasulullah. Oleh itu susunan al-
Qur’an secara tauqifi ini telah mencapai darjat tawatur.

2.3 PENYUSUNAN SURAH

Penyusunan surah di dalam al-Qur’an adalah secara tauqifi yang bermaksud


menyusun semua surah mengikut petunjuk dan arahan daripada nabi Muhammad dan
ini disepakati oleh semua ulama. Oleh yang demikian, segala surah di dalam al-Qur’an
tidak boleh diubah atau dibaiki. Tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa susunan
surah dilakukan dengan cara lain. Oleh itu terbatallah pendapat yang mengatakn
bahawa sesetengah surah disusun secara ijtihad dan sesetengahnya pula secara
tauqifi.

21
Ijtihad yang dilakukan oleh para sahabat ketika menyusun mushaf untuk kegunaan
mereka sendiri adalah merupakan ikhtiar mereka secara peribadi dan mereka tidak pula
mewajibkan orang lain untuk mengikut susunan mereka. Mereka juga tidak mendakwa
bahawa sesiapa yang menyalahi susunan mereka hukumnya haram. Lagipun mushaf-
mushaf itu mereka tulis hanya untuk kegunaan mereka sendiri, tidak untuk orang ramai.
Mereka juga menggunakan mushaf itu secara peribadi sehinggalah kemudian umat
Islam seluruhnya telah bersetuju menerima susunan mushaf Usman. Lalu mereka juga
turut menerima mashaf Usman dan meninggalkan mashaf peribadi masing-masing.

Kalaulah para sahabat mempercayai masalah susunan surah itu bukan tauqifi,
tetapi taufifi (ijtihad dan ikhtiar) nescaya mereka akan terus berpegang dengan susunan
surah sebagaimana yang terdapat di dalam mashaf mereka dan tidak menerima
susunan mashaf Usman.

Kesimpulannya, benarlah Allah yang telah menurunkan al-Quran dan Dialah yang
memeliharanya. Sehingga sekarang ini, al-Qur’an tetap terpelihara dan tidak mungkin
dapat dilakukan sebarang pengkhianatan ke atas al-Qur’an seperti yang ditegaskan
Allah menerusi firmanNya :

       


Sesungguhnya Kamilah Yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah Yang memelihara dan
menjaganya.
(surah al-Hijr ayat 9)

3.0 NASIKH DAN MANSUKH

22
Nasakh dari segi bahasa membawa dua maksud, iaitu :
 
- menghapuskan.
- memindahkan

Dari segi istilah pula bermaksud :

- mengangkat satu hukumnya yang terdahulu dengan hukum yang datang


kemudian.

Imam al-Suyuti menjelaskan bahawa mengangkat hukum bermaksud menafikan


perkaitan antara hukum tersebut dengan mukallaf Keputusan sesuatu hukum itu
sebagai tidak lagi terikat dengan mukallaf mestilah dari pihak syara`. Antara kedua-dua
hukum ini (nasikh dan mansukh) mestilah terdapat pertentangan,iaitu satu hukum
menunjukkan keharusan dan satu lagi tidak

Sebahagian ulama mendefinisikan nasakh sebagai “kitab


kalam/ketentuan/suruhan/firman allah melalui ayat yang lain baik merupakan suruhan
atau larangan) syara` yang datang kemudian” menunjukkan bahawa hukum yang telah
sabit(tetap) dengan khitab (ketentuan) terdahulu telah terangkat/mansukh.

Berdasar surah baqarah ayat 106:

             
       
Apa sahaja ayat keterangan Yang Kami mansukhkan (batalkan), atau Yang Kami tinggalkan
(atau tangguhkan), Kami datangkan ganti Yang lebih baik daripadanya, atau Yang sebanding
dengannya. tidakkah Engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap
sesuatu?

Ringkasnya, nas yang datang kemudian menunjukkan bahawa tempoh


pemakaian sesuatu hukum yang terdahulu telah tamat. Hukum atau nas al-quran serta

23
hadis yang datang kemudian yang membawa hukum yang baru dinamakan nasikh dan
Hukum atau nas al-quran serta hadis yang ditamatkan pemakaiannya dinamakan hadis
mansukh.

Contohnya ayat surah al-Kafirun :

    


"Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".

Maka turun ayat lain yang hapus hukum lama.

Menurut Ibn al-Qayyim, maksud para salaf apabila menyebutkan tentang nasikh dan
mansukh ialah :

“mengangkat satu hukum sekaligus atau mengangkat kemutlakan, keumuman dan


keadaan yang zahir bagi nas.”

Makna yang pertama iaitu "mengangkat" adalah istilah nasakh bagi ulama yang
kemudian. Makna kedua iaitu "mengangkat kemutlakan" bermaksud mengkhususkan
(takhsis) apa yang disebutkan secara umum oleh nas yang terdahulu atau
menyempitkan (taqyid) makna yang mutlak atau menjelaskan maksud terdahulu yang
zahir.

Bagi salaf, pemakaian nasakh adalah luas, berbeza dengan ulama kemudian
yang menyempitkan maksud nasakh kepada pembatalan hukum.

Sementara itu, Shah Waliyullah setelah mengkaji dan menganalisis penggunaan


bahasa di kalangan sahabat dan tabi`in berpendapat bahawa, didapati mereka
menggunakan lafaz nasakh mengikut pengertian bahasa, bukan istilah yang difahami
oleh orang kemudian. Nasakh di sisi sahabat dan tabi`in ialah merangkumi makna-
makna berikut:

1. Menjelaskan berakhirnya tempoh sesuatu amalan.

24
2. Menjelaskan sesuatu ‘qaid’ (syarat) atau sifat itu sebagai sifat yang kebetulan
bukan syarat.
3. Mengkhususkan yang umum.
4. Menjelaskan sesuatu yang membezakan antara perkara yang dinaskan dan
perkara yang diqiaskan secara zahir.
5. Menghapuskan salah satu adat Jahiliah.
6. Mengangkat salah satu syariat atau peraturan nabi-nabi yang terdahulu. 

Kesimpulannya, nasakh mengikut ulama mutaqaddimin tidak khusus kepada


membatalkan hukum bahkan merangkumi kesemua bentuk pentafsiran nas-nas al-
Qur’an dan al-Sunnah. Sementara ulama mutakhirin mengkhususkan kepada
pembatalan hukum atau menjelaskan sesuatu hukum itu tidak lagi diamalkan. Jika
perkara ini tidak diberi perhatian tentu sekali orang-orang kemudian menyamakan
maksud ulama mutaqaddimin dengan maksud ulama mutakhirin. Akibatnya, banyak
ayat-ayat dan hadis-hadis akan didakwa sebagai mansukh sedangkan jumlah yang
sebenar tidak banyak.

Mansukh adalah hukum yang terangkat.dinamakan sebagai hukum yang terangkat


bukannya yang dilupus kerana ayat itu pada asalnya diturunkan,selain itu ia adalah
sesuatu yang diturunkan dari satu pihak yang mulia dan pengangkatannya bagi
menunjukkan kemuliaan Al-Quran.

Mansukh pula adalah kitab lama yang dimansukhkan sama ada dari segi bacaannya
ataupun hukumnya sahaja.

SYARAT NASAKH MANSUKH

Terdapat 2 syarat nasakh mansukh iaitu;

 Sesuatu yang menasakhkan itu datang selepas atau kemudian daripada apa
yang dimansukhkan
 Sesuatu yang bertindak sebagai penasakh itu mestilah lebih tinggi atau
sekurang-kurangnya sama darjat autoritinya dengan yang dimansukhkan

25
 Hukum yang dimansuhkan itu hendaklah hukum syarak
 Ayat lain yang datang terkemudian hendaklah juga merupakan khitab
syarak.iaitu jka bukan al-quran ,hadis dan berkaitan dengan hukum lama.
 Hukum yang datang kemudian sebagai nasakh tidak terikat hanya pada masa-
masa tertentu.

BAHAGIAN NASAKH

Nasakh terbahagi kepada 2 bahagian iaitu nasakh antara ayat al-quran denga
ayat al-quran dan ayat dengan hadis.namun ada juga nasakh hadis dengan al-quran
atau nasakh hadis dengan hadis.

Nasakh Al-Quran Dengan Al-Quran

Ulama sepakat al-quran harus menasakhkan nas al-quran lain bila dalil kedua-duanya
sama, kerana ia dikira sama sudut kekuatan, contohnya firman Allah :

          
          
 

26
Maksudnya : Wahai Nabi, peransangkanlah orang-orang Yang beriman itu untuk berperang.
jika ada di antara kamu dua puluh Yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan dua ratus
orang (dari pihak musuh Yang kafir itu); dan jika ada di antara kamu seratus orang, nescaya
mereka dapat menewaskan seribu orang dari golongan Yang kafir, disebabkan mereka (yang
kafir itu) orang-orang Yang tidak mengerti.13

Ayat tersebeut Allah mewajibkan muslimin melawan musuh jika mereka keadaan
nisbah 1:10. hukumnya dinasakhkan dengan hukum lebih ringan dengan nisbah 1:2,
sebagaimana firman Allah :

           
    
Oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang Yang sabar, nescaya mereka akan dapat
menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka
dapat menewaskan dua ribu orang Dengan izin Allah.14

Nasakh Al-Quran Dengan Hadis

Jumhur ulama termasuk Zahiriyyah mengharuskan nasakh hadis dengan al-


Qur’an sementara Imam al-Syafie menegahnya. Bagaimanapun golongan Hanafiyyah
hanya mengharuskan nasakh al-Qur’an dengan hadis mutawatir dan masyhur kerana
ianya tersebar luas di kalangan manusia.

Golongan yang mengharuskannya, berhujah dengan ayat wasiat kepada ibu bapa dan
kaum kerabat.

         
       
Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta,
(hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat Dengan cara Yang baik
(menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang Yang bertaqwa.15

Ayat ini telah dimansukhkan dengan hadis:

13
Surah al-Anfal ayat 65
14
Surah al-Anfal ayat 66
15
Surah al-Baqarah ayat 180

27
‫حق‬
ٍّ ‫كل ذي‬ َّ :‫ مسعت رسول اللّ ه صلى اللّ ه عليه وسلم يقول‬:‫ قال‬،‫عن أيب أمامة‬
َّ ‫"إن اللّ ه قد أعطى‬
ٍ
‫ أبو داود كتاب الوصايا باب ما جاء يف الوصية للوارث‬-."‫لوارث‬ ‫ فال وصية‬،‫حقه‬
Daripada Abu Umamah, katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:  
Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetukan kepada setiap orang yang mempunyai hak akan
hak masing-masing. Dengan itu, maka, tidak ada wasiat untuk waris (orang yang berhak
”.menerima pusaka)

Tetapi golongan yang tidak mengharuskan bentuk nasakh ini menjawab bahawa ayat
wasiat itu sebenarnya dinasakhkan oleh ayat mawarith iaitu ayat 11 surah al-Maidah
sebagaimana yang ditegaskan oleh Ibn Abbas.

Contoh Hadis Nasakh Dan Mansukh

- Memakan Makanan Yang Dimasak Membatalkan Wuduk

Sebahagian ulama berpendapat wajib berwuduk kerana memakan makanan yang


dimasak apabila hendak mendirikan sembahyang. Sebahagian yang lain mengatakan
hukum itu sudah tidak ada kerana ada hadis yang menasakhkannya. Golongan yang
pertama berhujah dengan hadis yang dikeluarkan oleh Imam Muslim daripada Zaid bin
Thabit:

‫ (مسلم‬."‫ مسعت رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم يقول "الوضوء مما مست النار‬:‫زيد بن ثابت قال‬
(‫كتاب احليض باب الوضوء مما مست النار‬
.Wajib berwuduk kerana memakan makanan yang dimasak  

Hadis Abu Hurairah:

28
‫ إمنا أتوضأ من أثوار‬:‫ قال‬:‫ فقال‬.‫أن عبداهلل بن إبراهيم بن قارظ وجد أبا هريرة يتوضأ على املسجد‬ 
‫ (مسلم‬ ."‫ ألين مسعت رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم يقول "توضؤوا مما مست النار‬.‫أقط أكلتها‬
)‫كتاب احليض باب الوضوء مما مست النار‬
Sesungguhnya Abdullah bin Ibrahim bin Qarit mendapati Abu Hurairah sedang berwuduk dekat
dengan masjid, lalu beliau berkata: “Sebenarnya aku berwuduk kerana beberapa potong keju
yang telah aku makan kerana aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hendaklah kamu
berwuduk setelah memakan makanan yang dimasak”..

Imam al-Tirmizi menyebutkan dalam bab ini terdapat beberapa hadis yang
diriwayatkan daripada Ummu Habibah, Ummu Salamah, Zaid bin Thabit, Abu Talha,
Abu Ayyub dan Abu Musa. Sebahagian ulama berpendapat wuduk dimestikan apabila
memakan makanan yang telah dimasak.

Menurut al-Hazimi, antara ulama yang berpandangan demikian ialah Ibn Umar,
Talhah, Anas bin Malik, Abu Musa, `Aishah, Zaid bin Thabit, Abu Hurairah, Abu `Izzah
al-Hazali, Umar bin Abdul Aziz, Abu Mijlaz, Abu Qilabah, Yahya bin Ya`mar, Hasan al-
Basri dan al-Zuhri. Tetapi kebanyakan ahli ilmu dan para fuqaha berpendapat tidak
perlu berwuduk kerana memakan makanan yang dimasak. Mereka menganggap itu
adalah perkara yang terakhir yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

Hadis-hadis yang menjadi hujah mereka ialah:

ٍ ‫عن ابن عباس أن رسول اللّه صلى اهلل عليه وسلم "أكل كتف‬
."‫شاة مثَّ صلّى ومل يتوضَّأ‬

(‫) أبو داود كتاب الطهارة باب يف ترك الوضوء مما َم َّست النار‬
29
Daripada Ibn Abbas: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah memakan kaki kambing yang  
”.hadapan, kemudian bersembahyang tanpa mengambil wuduk

Hadis `Amr bin Umayyah al-Dhamri:

‫ مث‬.‫أنه رأى رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم حيتز من كتف يأكل منها‬  ‫عن عمرو ابن أمية الضمري‬
)‫ (مسلم كتاب احليض باب نسخ الوضوء مما مست النار‬ .‫صلى ومل يتوضأ‬
 

Bahawa dia melihat Rasulullah s.a.w. memotong kaki kambing yang hadapan yang
dimakannya, kemudian bersembahyang tanpa mengambil wuduk.

Hadis Maimunah, isteri Rasulullah s.a.w.:

‫أن النيب صلى اهلل عليه وسلم أكل عندها كتفا مث صلى‬  ‫عن ميمونة زوج النيب صلى اهلل عليه وسلم؛‬
)‫ (مسلم كتاب احليض باب نسخ الوضوء مما مست النار‬.‫ومل يتوضأ‬

 
Daripada Maimunah, isteri Rasulullah s.a.w. katanya: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah
memakan kaki kambing yang hadapan dekat dengan beliau, kemudian bersembahyang tanpa
mengambil wuduk.”

."‫ "كان آخر األمرين من رسول اللّه صلى اهلل عليه وسلم ترك الوضوء ممَّا غرَّي ت النار‬:‫عن جابر قال‬
 Daripada Jabir katanya: Perkara terakhir daripada Rasulullah s.a.w. ialah tidak berwuduk
kerana memakan makanan yang dimasak dengan api.

JENIS-JENIS NASAKH

30
Nasakh bolehlah dibahagikan kepada 3 jenis iaitu:

 Nasakh ayat dan hukum


 Nasakh hukum sahaja
 Nasakh ayat hukum sahaja

Nasakh Ayat Dan Hukum

Iaitu nasakh sudut tulisan atau bacaan dan hukumnya. Ia tidak harus dibaca dan
beramal, kerana telah dinasakhkan seluruhnya. Antaranya sabda nabi saw :

Pada mulanya turun ayat al-quran menyatakan 10 kali susuan itu mengharamkan
perkahwinan. Kemudian ayat tersebut dimansukh dengan ditetapkan 5 kali susuan.
Rasulullah saw wafat, mereka masih meneruskan bacaan demikian. (al-Bukhari dan
muslim)

Nasakh Hukum Sahaja

Iaitu nasakh hukum sahaja namun sudut tulisan atau bacaanya masih dikekalkan.
Naskhah bentuk ketiga inilah yang dimaksudkan dan dibincangkan oleh ulama, seperti :
wasiat dan iddah, antaranya firman Allah :

        



Dan orang-orang Yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah
berwasiat untuk isteri-isteri mereka, Iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat
tinggal) hingga setahun lamanya.16
16
Surah al-Baqarah 240

31
Nasakh ayat hukum sahaja

Iaitu nasakh sudut tulisan atau bacaanya sahaja namun hukum dikekalkan. Antaranya
ayat alquran sebahagian surah al-nur, sebagaimana hadis diriwayatkan oleh ibn Abbas,
umar berkata :

di antara yang diturunkan kepadanya (nabi saw) ialah ayat rejam yang kita baca dan
fahaminya, bahawa orang tua lelaki dan perempuan apabila berzina maka ia hendaklah
direjam. Rasulullah saw merejam dan kami pun merejamnya. (muslim)

Hikmah Al-Naskh 
 
Terdapat beberapa hikmat al-Naskh seperti berikut: 

1. Memberi keutamaan kepada manfaat hamba-hamba dengan pensyariatan


perkara yang lebih bermanfaat untuk mereka dalam agama dan dunia.
 
2. Pengubahsuaian Syariat sehinggalah ke tahap sempurna.
 
3. Menguji golongan mukallaf (yang bertanggungjawab) dalam kesanggupan dan
keredhaan mereka menerima perubahan satu hukum kepada hukum lain.
 
4. Menguji golongan mukallaf (yang bertanggungjawab) dalam perlaksanaan
kesyukuran sekiranya al-Naskh itu kepada yang lebih ringan dan kesabaran
sekiranya al-Naskh itu kepada yang lebih berat.

32
4.0 ULUM HADIS

4.1 AL-HADITH

4.1.1 TAKRIF BAHASA :

Al-hadith berasal daripasa perkataan ‫ حدث يحدث حداثة حدوثا‬. Ianya mempunyai beberapa
makna antaranya :

1) Baru, contohnya :

Maksudnya : Tidak datang kepada mereka suatu ayat al-Quran pun yang baru
(diturunkan) dari tuhan mereka, melainkan mereka mendengarnya, sedang mereka
bermain-main.

2) Percakapan dan berita, contohnya :

Maksudnya : sudahkah sampai kepadamu berita (Wahai Muhammad) perihal hari


pembalasan.

4.1.2 TAKRIF ISTILAH :

33
Hadith ialah apa yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w dari perkataan,
perbuatan, perakuan dan akhlak sifat-sifat kejadian sama ada sebelum diutuskan atau
setelah diutuskan menjadi Rasul.

Contoh perkataan :

Terdapat banyak hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan berdasarkan ucapan


baginda. Antara tersebut ialah :

‫صلَّى هَّللا ُ َع َل ْي ِه َو َسلَّ َم َقا َل اأْل َعْ َما ُل ِبال ِّن َّي ِة َولِ ُك ِّل‬
َ ِ ‫اص َعنْ ُع َم َر أَنَّ َرسُو َل هَّللا‬ ِ ‫َعنْ َع ْل َق َم َة ب‬
ٍ ‫ْن َو َّق‬
‫ت ِهجْ َر ُت ُه‬ ْ ‫ت ِهجْ َر ُت ُه إِ َلى هَّللا ِ َو َرسُولِ ِه َف ِهجْ َر ُت ُه إِ َلى هَّللا ِ َو َرسُولِ ِه َو َمنْ َكا َن‬ ْ ‫ئ َما َن َوى َف َمنْ َكا َن‬ ٍ ‫امْر‬
ِ
َ ‫امْرأَ ٍة َي َت َز َّو ُج َها َف ِهجْ َر ُت ُه إِ َلى َما َه‬
‫اج َر إِ َل ْي ِه‬ َ ‫ل ُد ْن َيا يُصِ ي ُب َها أَ ْو‬

Maksudnya : Daripada Alqmah Bin Waqqas daripada Umar berkata ; sesungguhnya Rasulullah
s.a.w bersabda : “ Setiap amal itu dengan niat dan bagi tipa-tiap seseorang apa yang diniatkan.
Maka sesiapa hijrahnya kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya kerana Allah dan
Rasulnya. Dan sesiapa hijrahnya kerana dunia ia akan memperolehinya atau perempuan yang
dia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang dia berhijrah kepadanya”.

Contoh perbuatan :

Terdapat banyak hadith yang menggambarkan perbuatan Rasulullah s.a.w.


Perbuatan Rasulullah s.a.w ini menjadi panduan kepada umat Islam dalam kehidupan
seharian. Antaranya ialah :

َ ُ ‫صلُّوا َك َما َرأَ ْي ُتمُونِي أ‬


‫صلِّي‬ َ
Maksudnya : Bersembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang

34
Contoh taqrir:

Taqrir ialah memperlakukan apa yang dilakukan oleh seorang sahabat sebagai
benar dengan tidak mencegah dan menyalahkan serta menunjukkan keredhaannya.
Kedua menerangkan tentang kehebatan perbuatan yang dilakukan itu serta
diperkuatkan dengan hujah. Antaranya ialah :

‫صلَّى هَّللا ُ َع َل ْي ِه َو َسلَّ َم َعنْ الضَّبِّ َف َقا َل اَل آ ُكلُ ُه َواَل أ ُ َحرِّ ُم ُه‬
َ ُّ‫َو ُس ِئ َل ال َّن ِبي‬

Maksudnya : Telah ditanya Rasulullah s.a.w mengenai al-Thab maka baginda bersabda
tidaklah aku makan dan tidak pula aku mengharamkannya.

4.2 Al-Sunnah

Syariat yang telah sempurna ini adalah sunnah Rasulullah yang dapat dibahagikan
kepada empat definisi:

Pertama
Sesungguhnya, segala sesuatu yang terdapat di dalam Al-Quran dan As-Sunnah
(hadits Rasulullah) adalah sunnah Rasulullah. Dia merupakan sebuah jalan yang
ditempuh oleh Rasulullah. Di antara contoh definisi ini adalah sabda baginda :

(( ْ‫ْس ِم ِّني‬
َ ‫ب َعنْ ُس َّن ِتيْ َف َلي‬
َ ِ‫)) َمنْ َرغ‬

35
“Barangsiapa yang menolak sunnahku maka dia bukanlah bagian dariku.” (H.R. Bukhari
dan Muslim)

Kedua
Sunnah yang bermakna “al-hadits”. Hal tersebut jika digandingkan dengan “Al-Kitab”. Di
antara contohnya adalah sabda Rasulullah:

((ُ ‫هللا‬ ‫صلَّى‬


َ ‫هللا َو ُس َّن َة َن ِب ِّي ِه‬
ِ ‫اب‬ َ ‫ ِك َت‬:‫صمْ ُت ْم ِب ِه َف َلنْ َتضِ لُّ ْوا أَ َب ًدا‬ ُ ‫َيا أَ ُّي َها ال َّناسُ َق ْد َت َر ْك‬
َ ‫ت فِ ْي ُك ْم َما إِ ِن اعْ َت‬
‫)) َع َل ْي ِه َو َسلَّ َم‬

“Wahai sekalian manusia, sungguh telah aku tinggalkan bagi kalian sesuatu yang jika
kalian berpegang teguh dengannya maka kalian kalian tidak akan tersesat selamanya:
(yaitu) Kitabullah dan sunnah Nabi-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam.”

Juga sabda baginda:

(( ْ‫س َّن ِتي‬


ُ ‫َو‬ ‫هللا‬
ِ ‫اب‬ َ ‫ ِك َت‬:‫ْن َلنْ َتضِ لُّ ْوا َبعْ دَ ُه َما‬ ُ ‫))إِ ِّنيْ َق ْد َت َر ْك‬
ِ ‫ت ِف ْي ُك ْم َش ْي َئي‬
“Sesungguhnya telah aku tinggalkan dua hal bagi kalian sehingga kalian tidak akan
tersesat selamanya setelah berpegang teguh dengan kedua hal tersebut: (yaitu)
Kitabullah dan sunnahku.”

Kedua hadits tersebut diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam Mustadrak.

Di antara bentuk kata “sunnah” yang bermakna “al-hadits” adalah perkataan


sebahagian ulama dalam menyebutkan beberapa permasalahan, “Dan ini adalah
sebuah permasalahan yang berdasarkan dalil Al-Kitab, as-sunnah, dan ijma’ para
ulama.”

36
Ketiga
Sunnah pun dapat didefinisikan sebagai lawan dari bid’ah. Di antara contoh
penggunaannya adalah sabda Rasulullah:

((،‫ َف َع َل ْي ُك ْم ِب ُس َّن ِتيْ َو ُس َّن ِة ْال ُخ َل َفا ِء ْال َم ْه ِد ِّيي َْن الرَّ اشِ ِدي َْن‬،‫اخ ِتالَ ًفا َك ِثيْرً ا‬
ْ ‫َفإِ َّن ُه َمنْ َي ِعشْ ِم ْن ُك ْم َف َس َي َرى‬
‫ َو ُك َّل ِب ْد َع ٌة‬،‫ت ْاألُم ُْو ِر؛ َفإِنَّ ُك َّل مُحْ َد َث ٍة ِب ْد َع ٌة‬ ِ ‫ َو إِيَّا ُك ْم َومُحْ دَ َثا‬،ِ‫َت َم َّس ُك ْوا ِب َها َو َعض ُّْوا َع َل ْي َها ِبا َّن َوا ِجذ‬
‫ضالَ َل ٌة‬
َ ))

“Sesungguhnya barangsiapa di antara kalian yang tetap hidup (setelah kematianku –


pen), niscaya akan menyaksikan banyak perselisihan. Maka, berpegang teguhlah
kalian dengan sunnahku dan sunnah khulafa’ur rasyidin yang memperoleh petunjuk
dan berilmu. Gigitlah sunnah tersebut dengan gigi geraham kalian, serta berhati-hatilah
terhadap perkara-perkara baru yang dibuat-buat. Sungguh, setiap perkara baru yang
dibuat-buat adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu sesat!”

Keempat
Sunnah pun dapat bermakna “mandub” dan “mustahab”, iatu segala sesuatu yang
diperintahkan dalam bentuk anjuran, bukan dalam bentuk pewajiban. Definisi ini
digunakan oleh para ahli fikih. Di antara contohnya adalah sabda Rasulullah:

((‫صالَ ٍة‬
َ ‫ش َّق َع َلى أ ُ َّم ِتيْ أَل َ َمرْ ُت ُه ْم ِبالس َِّواكِ عِ ْن َد ُك ِّل‬
ُ َ‫)) َل ْوالَ أَنْ أ‬

“Seandainya bukan karena takut memberatkan umatku, niscaya akan kuperintahkan


mereka untuk melakukan siwak setiap hendak melaksanakan shalat.” (Diriwayatkan
oleh Al-Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya perintah untuk bersiwak berada pada darjat anjuran, dan hal tersebut
semata-mata kerana Rasulullah khuatir akan memberatkan umat baginda jika
menetapkannya sebagai sebuah kewajipan.

37
4.3 al-Khabar

Khabar menurut bahasa adalah berita yang disampaikan dari seseorang kepada orang
lain.

Khabar menurut Muhaddisin adalah perkhabaran dari Nabi,sahabat, dan tabi’in. Oleh
kerana itu, hadits marfu’, maukuf, dan maktu’ boleh didefinisikan sebagai khabar.

Sebahagian ulama berpendapat bahawasannya hadis adalah dari Rasul, manakala


khabar adalah kenyataan yang dikeluarkan adalah selain daripada Rasul. Daripada
pendapat ini, orang yang meriwayatkan hadits disebut muhaddisin dan orang yang
meriwayatkan sejarah dan yang lain disebut akhbari.

Secara terminologi terdapat perbezaan pendapat mengenai definisi khabar, iaitu:

1.      Kata khabar sinonim dengan hadits.

2.      Khabar adalah perkataan, tindakan, dan ketetapan seseorang selain


Nabi Muhammad. Sedangkan hadits adalah perkataan, tindakan, dan
ketetapan Nabi Muhammad.

3.      Khabar mempunyai erti yang lebih luas dari hadis. Oleh kerana itu,
setiap hadis dapat disebut juga dengan khabar. Namun, setiap khabar
belum tentu dapat disebut dengan hadis.

Menurut Ibn Hajar al-Asqalani, yang dinyatakan as-Suyuthi, memandang


bahawa istilah hadits sama artinya dengan khabar, keduanya dapat dipakai
untuk sesuatu yang marfu, mauquf, dan maqtu’. Ulama lain, mengatakan
bahawa khabar adalah sesuatu yang datang selain dari Nabi saw, sedang yang
datang dari Nabi saw disebut hadis. Ada juga ulama yang mengatakan bahawa
hadis adalah lebih umum dari khabar.

38
4.4 AL-ATHAR

4.4.1 Pengertian

Bahasa : kesan atau bekas

Istilah :
- al-Athar membawa maksud yang sama dengan hadis.
- menurut penjelasan yang dinyatakan oleh Imam Nawawi, al-Athar ialah hadis
mauquf. Iaitu kata-kata sahabat dan sesuatu yang diriwayatkan daripada sahabat.
- menurut sesetengah pendapat ahli hadis lain, al-Athar hanya khusus kepada
kata-kata Tabi’in sahaja.
-menurut pendapat al-Zarkasyi, al-Athar digunakan untuk perkataan yang datang
daripada nabi Muhammad dan juga sahabat.
- menurut pedapat al-Tahawi, al-Athar digunakan untuk perkataan yang datang
daripada nabi s.a.w dan sahabat.
- menurut al-Tabari, al-Athar digunakan khas untuk perkataan Nabi saw sahaja.
- menurut fuqaha Khurasan, mereka menamakan hadis mauquf itu sebagai Athar
dan Marfu’ itu sebagai Khabar.

4.5 Al-Sanad

Al-Sanad ialah jalan yang menghubungkan kepada matan.Ia juga bermaksud jalan
yang menyampaikan kepada hadis.
Sanad dari segi bahasa ialah sesuatu yang kita bersandar kepadanya,seperti tembok
dinding dan sebagainya.
Sanad dari segi istilah ahli hadis ia membawa maksud jalan yang menyampaikan
kepada matan hadis.Dalam erti kata lain,ia bermaksud rangkaian perawi di dalam
tabaqat.

39
4.6 Al-Matan

Matan dari segi bahasa ialah pertengahan jalan.


Dari segi istilah ialah lafaz-lafaz hadis yang membentuk pengertian.Dengan kata
lain,ialah kata-kata atau lafaz-lafaz yang terletak sesudah perawi bermula daripada
akhir sanad.Konteks lain,ia bermaksud hadis Nabi yang di akhir sanad.

4.7 al-Musnad

Musnad adalah bentuk isim maf’ul dari kata kerja asnada, yang bererti sesuatu
yang disandarkan kepada yang lain.

Secara terminologi, musnad mengandungi tiga pengertian, iaitu :

1) ‫منتهاه‬ ‫الحديث الذي اتصل سنده من راويه إلى‬

‘Hadis  yang bersambung sanadnya dari perawinya (dalam contoh sanad di


atas adalah Bukhari) sampai kepada akhir sanadnya yang biasanya adalah
Sahabat, dan dalam contoh diatas adalah Anas r.a’.

2) ‫رووه‬ ‫الكتا ب الذي جمع فيه ما أسنده الصحابة أي‬

Kitab yang menghimpun Hadis-hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh


sahabat, seperti Hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakar r.a dan
lainnya. Contohnya, adalah kitab Musnad Imam Ahmad.

3)  ‫ فيكون مصدرا‬.‫ أن يطلق ويرادبه اإلسناد‬ 

Sebagai masdar yang mempunyai arti sama dengan sanad.

40
Musnad juga ialah nama bagi kitab-kitab yang dikumpulkan didalamnya apa-apa
yang diriwayatkan oleh seorang sahabat atau lebih.Ia juga bermaksud kitab yang
dikumpulkan hadis didalamnya yang diriwayatkan oleh sesorang sahabat.
Contoh:Musnad Imam Ahmad (w 241),dibukukan dalam kurun ke3 Hijrah dan terdapat
40,000 hadis.

4.8 al-Musnid

Al-Musnid ialah orang yang meriwayatkan hadis dengan isnadnya sama ada ia
mengetahui Ilmu Hadis atau tidak.Ia juga disebut musabbid,iaitu orang yang
meriwayatkan hadis dengan isnadnya.

Kata musnid adalah isim fa’il dari asnada-yusnidu, yang bererti “orang yang
menyandarkan sesuatu kepada yang lainnya”. Sedangkan pengertiannya dalam istilah
Ilmu Hadis adalah :

‫هو من يروي الحديث بسنده سواء أكان عنده علم به أم ليس له إال مجرد الرواية‬
.

“Musnid adalah setiap perawi hadis yang meriwayatkan Hadis dengan menyebutkan
sanadnya, sama ada dia mempunyai pengetahuan tentang sanad tersebut atau tidak,
tetapi hanya sekadar meriwayatkan sahaja”.

4.9 Al-Muhaddith

Muhaddis ialah orang yang mengetahui tentang hadis,samaada Riwayah atau


Dirayah dan kecatatannya.Juga mengetahui perawi-perawi hadis daripada riwayat-
riwayat yang ada pada zamannya dan mengingati sejumlah besar matan hadis
daripada kitab-kitab yang Sahih.Muhaddis ialah mereka mengetahui perkara-perkara
yang luar biasa dan menguasai serta menghafaz kurang daripada 100,000 buah hadis.

41
Untuk itu Muhaddis ialah orang yang banyak menghafaz hadis serta mengetahui sifat-
sifat orang yang meriwayatkan tentang adil dan kecatatannya. Antaranya Abu Bakar
Ahmad Ibn Marwan al-Maliki dan juga Imam Abu Qasim Abdul Rahman.

4.10 Al-Hafiz

Dari segi bahasa ialah orang yang menghafaz.al-Hafiz dari sudut istilah pula
para ulama salaf mengatakan ia sama dengan muhaddis.Ada yang mengatakan
mereka orang yang menghafaz sebanyak 100,000 buah hadis yang bersanad.Oleh
itu,hafiz ialah orang yang menghafaz sebanyak 100,000 hadis dengan isnadnya. Antara
mereka yang mendapat darjat ini ialah Ibnu Majah,Muhammad Ibn Hibban.

42
5.0 HADIS RIWAYAH

Perkataan riwayah menurut bahasa membawa maksud cerita, khabar, kisah,


kenyataan, warta, hikayat atau pemberitahuan. Ia merangkumi memperkenalkan
rangkaian perawinya, menjaga lafaz-lafaznya serta segala yang berkaitan dengan
pemindahan dan pengambilan hadis yang sahih dan terjaga.

Riwayah juga merangkumi perbincangan mengenai perkataan-perkataan : gharib,


kefahaman, sebab wujud, hukum yang boleh diambil darinya serta beberapa
pengajaran yang terkandung didalamnya.

Ulama hadis membawa beberapa pengertian mengenai ilmu hadis riwayah, antaranya
ialah :

1) Ilmu yang menyatakan berkaitan dengan penyambungan atau pemindahan


sesuatu yang berhubung dengan baginda Rasulullah, sama ada berbentuk
ucapan, perbuatan, pengakuan atau sifat peribadi.
2) Suatu ilmu yang berfungsi untuk memindahkan apa sahaja yang disandarkan
kepada nabi secara khusus, sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan,
pengakuan atau ketetapan dan sifat atau tingkah laku baginda saw.
3) Ilmu yang membicarakan tentang penukilan hadis secara bertulis daripada nabi
sama ada dari sudut perkataan, perbuatan, pengakuan atau sifat dan juga
segala apa yang disandarkan kepada sahabat dan tabi’in.

Menerusi penjelasan pengertian yang dikemukakan sebagaimana tersebut di atas


menjelaskan bahaw skop utama serta dasar persoalan hadis riwayah ialah mengenai
diri dan peribadi rasulullah dari sudut keistimewaannya di dalam perkataan, perbuatan,
pengakuan dan sifat-sifat baginda.

43
5.1 MATLAMAT PENGAJIAN HADIS RIWAYAH

Tujuan utama pengajian hadis riwayah ialah :

1) Menjamin ketepatan setiap hadis yang disampaikan.


2) Memelihara atau menjaga sesebuah hadis daripada penyelewengan serta
kesalahan dari sudut pemindahan sesuatu yang dihubungkan dengan rasulullah.
3) Selamat daripada berlaku atau kemungkinan berlaku kesalahan dalam
pengambilan dan penyebaran hadis nabi.
4) Menjamin daripada berlaku penyelewengan juga kesilapan sewaktu
memindahkan hadis serta dapat membezakan di antara hadis sahih dan palsu.
5) Melaksanakan secara praktikal segala hukuman dan undang-undang yang
disyariatkan.
6) Menyempurnakan tuntutan mencontohi baginda dan mengelokkannya dalam
semua aspek.

5.2 HUKUM MEMPELAJARI ILMU HADIS RIWAYAH

Tentang hukum mempelajari ilmu hadis riwayah ialah :

1) Fardu ain terhadap setiap individu.


2) Fardu kifayah terhadap seluruh umat Islam yang mukallaf mempelajarinya.

44
6.0HADIS DIRAYAH

Untuk menjelaskan pengertian berkaitan dengan ilmu hadis dirayah, ulama hadis
menjelaskan seperti berikut:

1) Menurut Ibn al-Akfani, ilmu hadis dirayah adalah ilmu yang membicarakan
mengenai kebenaran riwayatm syarat-syarat, jenis-jenis, hukum-hukum,
kedudukan perawi dan syarat mereka, kategori riwayat dan perkara-perkara
yang berkaitan dengannya.
2) Ilmu yang memperkenalkan segala kaedah berkaitan keadaan perawi, matan,
metod penyampaian dan penerimaan hadis juga sifat rijal hadis. Konteks lain,
ilmu hadis dirayah juga dikenali dengan ulum hadis, mustalah hadis dan usul al-
Hadis.
3) Menurut Ibn Hajar, ia adalah metodologi hadis untuk mengetahui keadaan
perawi dan riwayat mereka.
4) Ilmu tentang cara menilai kesahihan atau daif sesebuah hadis. Seterusnya juga
ia menjelaskan bagaimana hadis itu disampaikan juga sebab-sebab hadis itu
didatangkan oleh rasulullah atau asbab wurud al-Hadis.

6.6.1 SKOP PERBAHASAN HADIS

Skop perbincangan hadis dirayah secara umumnya berkaitan dengan pengajian matan
dan sanad. Antara topik yang dibahaskan di dalam hadis dirayah ialah :

6.6.2 Pengajian matan (lafaz hadis) :

1) Perbincangan tertumpu kepada sifat perawi, iaitu sahih, hasan dan daif.
2) Jenis-jenis hadis daif seperti munqati’, mu’dal, mudtarib, syaz, mudallas,
mu’allaq, mubham dan sebagainya.
3) Hadis palsu dan pembahagiannya.
4) Perbincangan adalah dari aspek bilangan perawi iaitu ahad dan mutawatir.

45
5) Jenis-jenis ahad, iaitu Masyhur, ’Aziz dan Gharib.
6) Jenis-jenis mutawatir iaitu Lafzi dan Maknawi.

6.6.3 Pengajian Sanad (Rangkaian perawi sesebuah hadis)

1) Riwayat hidup perawi.


2) Ilmu penilaian perawi yang dikenali al-Jarh wa al-Ta’dil, meliputi syarat-syarat
dan kategorinya.
3) Metod penerimaan riwayat seperti : melalui pendengaran, pembacaan,
pengambilan, penulisan, penemuan, wasiat dan perkhabaran.
4) Metodologi buku-buku yang dihasilkan oleh pakar pengkritik perawi.
5) Memastikan sanadnya bersambung atau terputus.
6) Memastikan tiada penambahan dan penyelewengan pada sanad.

6.7 MATLAMAT PENGAJIAN HADIS DIRAYAH

Mempelajari ilmu hadis dirayah juga mempunyai matlamat serta faedah tertentu,
antaranya yang utama ialah :

1) Pendedahan secara praktikal terhadap pengajian hadis riwayah. Ia bukan


sekadar mengetahui makna sesebuah hadis, malah lebih daripada itu dapat
dibina hukum, mengeluarkan hukum dan fatwa yang menepati permasalahan
semasa.
2) Meneruskan usaha yang telah dirintis oleh ulama hadis untuk menjaga hadis dari
sebarang unsur asing yang boleh merosakkan minda masyarakat Islam.
3) Penilaian yang dilakukan terhadap sesebuah hadis boleh
dipertanggungjawabkan dan kukuh melalui metodologi periwayatan hadis.
4) Pengajian hadis merupakan salah satu akar tunjang kekuatan Islam.

46
6.8 HUKUM MEMPELAJARI ILMU HADIS DIRAYAH

Mempelajari hadis dirayah melibatkan hukum berikut, iaitu :

1) Fardu ain terhadap setiap individu yang berkemampuan dan berkebolehan untuk
mempelajarinya.
2) Fardu kifayah terhadap kumpulan umat Islam, di mana semua umat Islam
berdosa sekiranya mereka tidak mempelajari ilmu ini dengan mendalam.

47

You might also like