You are on page 1of 21

KAEDAH BAGHDADIAH

PENGENALAN

Pengasas kaedah Baghdadiah ialah Abu Mansor Hafzul Fikri al-baghdadiah pada tahun
376 hijrah.Kaedah tersebut memperkenalkan huruf secara analisisa berperingkat-
peringkat dengan cara latih tubi dan pengulangan ,kaedah ini telah tersebar dan
berkembang keseluruh ceruk rantau dunia hingga kesaat ini .Ia telah menjangkau 1049
tahun dan telah menyumbangkan pelbagai jasa yang besar kepada umat Islam .Kaedah
baghdadiah ini begitu popular dikalangan umat Islam seluruh dunia sejak zaman
berzaman .Hanya pada tahun 1990 an sahaja kaedah Iqra’ Qiraati dan lain-lain mula
diperkenalkan dan dikenali umat Islam. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling lama
dan meluas digunakan di seluruh dunia. Ia dipercayai berasal dari Baghdad, ibu kota
Iraq dan diperkenalkan di Malaysia seiring dengan kedatangan Islam ke TanahMelayu
sejak berbad yang lalu. Kaedah Baghdadiyah menggunakan sebuah buku yang
dinamakan Muqaddam yang menjadi bahan utama pengajaran asas tilawah al-Quran.
Kaedah ini menekankan kepada pengenalan huruf Hijaiyyah, baris dan ejaan

KAEDAH BAGHDADIAH

Kaedah baghdadiah ini umumnya menggunakan kaedah mengeja dan membunyikan


ejaan tersebut .Kaedah ini terlebih dahulu memperkenalkan huruf-huruf hijaiyah dengan
cara menyebut nama huruf ۱ hingga ‫ ﻱ‬secara latih tubi hingga hafaz . Selepas itu
murid-murid diajar mengeja huruf tunggal berbaris diatas dan menyembunyikanya
.Seterusnya murid-murid diajar mengeja huruf tuggal yang bercampur-campur baris-
baris lain,iaitu baris satu diatas , di bawah ,di depan serta membunyikanya . Begitulah
seterusnya mengeja dan membunyikanya kalimah-kalimah yang mempunyai baris dan
tanda bacaan yang berlainan ,terdiri daripada dua suku kata atau lebih dari empat suku
kata . Ada bacaan pendek, panjang , dengung dan tidak dengung.

Seterusnya kaedah al-baghdadi mengajar murid-murid membaca petikan ayat-ayat al-


Quran tanpa mengeja lagi.Jika murid ini boleh membaca petikan ayat-ayat al-Quran
tersebut, maka ia boleh membaca ayat-ayat al-Quran yang lain dan surah-surah dari
surah al-fatihah ,an-Nas hingga an-Naba’ .Kebanyakkan guru-guru yang menggunakan
1
kaedah ini biasanya menyuruh murid menghafaz surah-surah lazim seperti surah al-
fatihah hingga surah al-Dhuha. Walaubagaimana pun murid-murid itu belum mengenal
huruf-huruf hijaiyah dan belum boleh membaca kalimah-kalimah pendek. Dalam kaedah
baghdadiah ,pelajaran tajwid diajarkan menerusi surah-surah pendek daripada al-Quran
yang dirangkai dengan kitab itu, disusun berurutan secara “berkaedah’ daripada yang
mudah, sederhana kepada yang sukar.

PANDUAN KAEDAH BAGHDADIAH

1. Mengenal huruf-huruf hijaiyah dari ۱ hingga ‫ ﻱ‬secara latih tubi sehingga hafiz.

2. Murid diajar mengeja huruf tunggal berbaris di atas dan membunyikanya .

3. Murid diajar mengeja huruf tunggal yang bercampur baris iaitu baris satu di
atas,dibawah dan dihadapan serta membunyikanya.

4. Murid diajar mengeja huruf bertasydid yang bersambung dengan ۱ hingga ‫ﻱ‬
serta membunyikanya.

5. Murid diajar mengeja huruf ‫ي‬, ‫ و‬,‫ ا‬bertanda mati dan bersambung dengan satu
huruf serta membunyikannya.

6. Murid diajar mengeja kalimah-kalimah yang yang ada huruf ‫ي‬, ‫ و‬,‫ا‬ bertanda
mati dan bersambung dengan "‫ “ كم‬serta membunyikannya.

7. Mengeja kalimah-kalimah yang terdapat huruf nun bertasydid dan


membunyikannya.

8. Seterusnya mengeja dan membunyikan kalimah-kalimah yang mempunyai


barisdan tanda bacaan yang berlainan yang terdiri daripada dua suku kata ,tiga
suku kata dan ada bacaaan dengung dan tidak dengung.

9. Mengajar murid membaca petikan ayat-ayat al-Quran tanpa mengeja lagi.

10. Setelah murid menguasai petikan-petikan ayat,maka mereka bolehlah membaca


ayat-ayat al-Quran yang lain dari surah al- Fatihah ,an-Nas hingga an-Naba’

2
11. Pelajaran ilmu tajwid diajarkan menerusi surah-surah pendek daripada al-Quran
mulai surah al-Fatihah ,an-Nas hingga surah an-Naba’ iaitu menggunakan
kaedah daripada yang mudah ,sederhana kepada yang sukar.

KEKUATAN KAEDAH BAGHDADIAH

 Memperkenalkan huruf hijaiyah secara menyeluruh kemudian berusaha


menghafaznya

 Perlu kenal huruf keseluruhan dan membunyikannya dengan baris-baris

 Mengeja dan membunyikannya huruf terlebih dahulu

 Kebiasaan pelajar yang lemah atau lambat mengingat kerana tidak tahu
membaca huruf hijaiyah

 Para pelajar berusaha menghafaz dan membaca suatu surah dengan latih tubi
sama ada secara individu dan kumpulan

 Ia membolehkan pelajar-pelajar yang agak lemah dapat membaca al-Quran


walaupun tidak mengenal huruf,sekurang-kurangnya surah-surah lazim yang di
ingati dapat di amlkan dalam solat

KELEMAHAN KAEDAH BAGHDADIAH

 Kebiasaan pelajar yang lemah akan lambat mengingat kerana tidak mengenal
huruf

 Tempoh pembelajaran memakan masa yang agak lama dan membosankan

 Surah-surah al-Quran di hafaz khususnya surah-surah lazim sahaja

 Ia menyebabkan pelajar mudah jemu dan bosan

KAEDAH HATAWIYAH

PENGENALAN
3
Kaedah hatawiyah adalah suatu kaedah membaca al-quran dengan berpandukan
tulisan rumi .Kaedah ini diperkenalkan bagi membantu para pelajar yang telalu lemah
dalam tulisan jawi.Kaedah ini dicipta oleh Dr Hj.Mohd Usman dari Riau sumatera.
Beliau berpengalaman dalam bidang al-quran selama 30 tahun. Kaedah ini merupakan
kaedah terkini ,sesuai ,ringkas dan praktikal.Seseorang itu boleh membaca al-quran
dalam tempoh empat setengah jam atau selama enam kali belajar, hasilnya
memudahkan kepada mereka yang sudah lancar membaca rumi, kaedah ini juga
bersesuaian untuk mengajar saudara baru.

Kaedah ini juga memperkenalkan huruf yang mudah disebut selari dengan huruf
hijaiyah,ia tidak perlu kenal huruf hanya huruf tertentu sahaja , di samping itu juga
mengecam bunyi huruf rumi kepada huruf hijaiyah, pelajar cepat ingat kerana sudah
biasa dengan tulisan rumi.

Sementara kaedah Hattawiyyah pula adalah satu kaedah membaca al-Quran dengan
berpandukan tulisan rumi. Kaedah ini diperkenalkan bagi membantu pelajar yang terlalu
lemah dalam tulisan jawi. Oleh kerana itu syarat utama untuk mengajar atau
menggunakan kaedah ini ialah pelajar tersebut benar-benar buta al-Quran dan pelajar
tersebut boleh membaca rumi.Kaedah ini dianggap sebagai sementara, langkah
terakhir dan hanya untuk golongan tertentu sahaja bagi mempastikan mereka tidak buta
al-quran.

KAEDAH HATAWIYAH

KAEDAH HATAWIYAH PANDUAN / KAEDAH MENGAJAR


4
 Halaman 1-14 tidak perlu diajar ,ia hanya untuk
pengetahuan guru sahaja

 Pengajaran bermula dengan doa dan dimulai dari


halaman 15
BUKU SATU
 Guru memperkenalkan bentuk-bentuk huruf “ L “
dalam rumi dan huruf " ‫ " ل‬al-quran

 Guru memperkenalkan bentuk-bentuk huruf “ ‫“ ل‬,


guru juga memperkenalkan cara penyebutan huruf “
‫“ل‬

 Pelajar menyebut berulang-ulang

 Guru memperkenalkan tanda bacaan A,I dan U


dalam bahasa arab

 Guru mengajar cara mengeja dan menyebut

 Dilakukan latih tubi secara berkumpulan dan individu


Guru memperkenalkan tanda tambah dan
ganda,guru menunjukkan cara mengeja dan
menyebut tanda tambah dan ganda.

 Latih tubi secara berkumpulan dan individu

 Guru memperkenalkan tanda tanwin AN,IN dan UN

 Guru menunjukkan cara mengeja dan menyebut


tanwin

5
Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah ini.

 Aktiviti mengeja hanya boleh diajarkan sehingga


halaman 19 sahaja.
BUKU SATU
 Pastikan pelajar dapat menguasai halaman demi
halaman sebelum berpindah kehalaman yang baru

 Perlu memperkenalkan huruf mudah disebut sebut


selari dengan huruf hijaiyah

 Perlu mengecam bunyi huruf rumi digandingkan


dengan huruf hijaiyah

 Guru perlu member penekanan kepada pelajar


tentang bacaan mengikut asas-asas hukum tajwid
tanpa menyebut nama hukum

6
 Guru menyeluruh pelajar membaca surah al-fatihah
 Guru membimbing pelajar membaca surah al-
baqarah dengan lancer
 Guru memperkenalkan hukum-hukum tajwid iaitu
BUKU DUA
mad asli,hokum nun mati dan tanwin
 Guru menunjukan hukum tajwid yang telah dipelajari
dalam bacaan sehingga mahir sebelum berpindah
hokum lain
 Guru memperkenalkan hokum mim sukun dan mad
far’e serta menunjukanya dalam bacaan sehingga
mahir
 Guru memperkenalkan tanda wakaf
 Aktiviti berpusatkan pelajar

KELEBIHAN KAEDAH HATAWIYAH

 Pelajar dapat membaca al-quran dalam tempoh yang singkat khasnya kepada
mereka yang sudah lancar membaca rumi

 Kaedah ini menyenangkan pembelajaran pembacaan al-quran ,hal ini kerana


kebanyakkan masyarakat kita dapat membaca rumi

 Kaedah ini sesuai untuk mengajar saudara baru yang kekok dengan bahasa
arab

 Kaedah ini tidak merumitkan guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran

 Kaedah ini membolehkan pelajar membuat latihan pembacaan secara


bersendirian bagi meningkatkan kemahiran diri dalam pembacaan al-quran

7
KELEMAHAN KAEDAH HATAWIAH

 Penuggunaan tulisan rumi memberi masalah kepada para pelajar untuk


menyesuaikan huruf rumi dengan huruf jawi,makraj keduanya adalah
berbeza,bunyi tidak sama

 Pelajar tidak dapat membaca al-quran secara fasih,makraj yang disampai tidak
sesuai

 Merumitkan pelajar dalam pembacaan tanda-tanda bacaan ,baris dan panjang


pendek bacaan serta dengung dan tidak dengung

 Pelajar tidak dapat menjadi pembaca al-quran yang baik dan sempurna kerana
banyak kekurangan dan ketidak samaan tulisan rumi dan tulisan arab (al-quran )

KAEDAH IQRA’

PENGENALAN

Kaedah Iqra’ diasakan oleh ustaz as’ad dari Jogjakarta ,Indonesia . Kaedah ini pada
umumnya menggunakan kaedah lihat dan baca terus tanpa mengeja terdahulu .Pada
peringkat permulaan pelajar belajar membaca al-quran ,kaedah Iqra’ tidak
mengenalkan huruf dan baris –baris bacaan seperti baris satu dan baris dua samaada
di atas ,dibawah atau didepan .Begitu juga tidak dikenalkan tanda-tanda bacaan seperti
tanda mati dan tasydid.

Kaedah Iqra' atau cara cepat belajar al-Quran Rasm Uthmani juga adalah berasal dari
Indonesia iaitu mula diperkenalkan pada tahun 1984 di sebuah Taman Kanak-Kanak Al-
Quran di Kota Gedo, Jogjakarta. Pengasas kaedah ini ialah Haji As'ad Humam yang
telah menyusun enam jilid buku Iqra. Buku-buku Iqra? sepertimana juga buku Qiraati
disusun untuk memudahkan
pengajaran dan pembelajaran al-Quran dari peringkat pengenalan huruf Hijaiyyah
hinggalah menguasai tilawah al-Quran dengan baik dan mengikut hukum tajwid.
Kaedah ini mengutamakan bimbingan dan latih tubi. Oleh kerana itulah setiap orang
8
guru hanya akan membimbing lima atau enam orang murid sahaja bagi satu sesi
pengajaran yang mengambil masa selama enam puluh minit. Kaedah Iqra' telah
diterima dan digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1994 bagi
pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah.

Kelebihan kaedah Iqra’

I ) dapat membaca al-Quran dalam waktu yang singkat

ii) tanpa perlu mengeja murid-murid dapat menguasai bunyi huruf melalui kaedah
bacaan terus.

Kelemahan kaedah Iqra’

i) tidak ada buku panduan khusus yang menerangkan cara pengajaran al-Quran
mengikut kaedah Iqra’

ii) tidak ada kursus intensif kepada guru

Cara mengatasi kaedah Iqra’

i) sediakan borang kaji selidik untuk mengetahui tahap pencapaian murid

ii) mewujudkan kursus ataupun latihan berterusan kepada guru al-quran

iii) kaedah pengajaran Iqra’ perlu disusun secara lengkap dan sempurna supaya tidak
timbul kesalahan dalam pembacaannya.

9
PANDUAN MENGAJAR KAEDAH IQRA’

BUKU IQRA’ PANDUAN

BUKU IQRA’ (1) 1.Kaedah Mengajar: Pembahagian

1.1 Cara mengajar murid aktif guru sebagai pemudah cara dan hanya
memberikan contoh sahaja

1.2 Guru menyemak seorang demi seorang

1.3 Murid yang cergas dan aktif membantu murid yang lemah

2. Guru memberi contoh bacaan ,tidak member ulasan

1. Sekiranya murid-murid yang sudah boleh membaca dengan


betul maka guru kita perlu mengulangi lagi

2. Sekiranya murid-murid masih keliru membaca huruf yang


pendek dengan bacaan yang panjang ,guru perlu
memperbetulkanya dengan segera dan jelas

3. Sekiranya murid-murid masih keliru membaca huruf-huruf


tertentu ,guru hendaklah memperbetulkanya dengan cara
berikut :

1.

10
5.1 Isyarat seperti kata-kata atau hati-hati ! dan sebagainya ,jika
murid-murid masih keliru juga guru perlu member peringatan seperti
membaca bunyi ( ‫) ز‬, guru mengingatkan sahaja ,bila tiada titiknya
dibaca ( ‫ ) ر‬dan sekiranya murid-muridnya masih lupa ,guru merti
BUKU IQRA’ (1) menunjukan bacaan yang sebenar

6.Buku satu memberi pengenalan sebutan bunyi huruf fathah,murid-


murid yang menguasai buku satu sahaja yang layak dipindahkan ke
buku dua ,walaupun murid-murid kurang fasih menyebut bunyi huruf –
huruf tertentu seperti : ‫ ش‬, ‫ س‬, ‫ظ‬, ‫ز‬, ‫ ع‬, ‫ذ‬, ‫ق‬, ‫ د‬, ‫ أ‬, ‫خ‬

7.Murid-murid yang cepat menguasai bolehlah dipindahkan


kehalaman beriku tanpa menghabiskan halaaman berkenaan

8.penilaian guru berkenaan sebagai penilainya

1. Panduan mengajar buku iqra’1 diguna juga dalam iqra’2

2. Huruf-huruf yang diulang dalam buku 1,boleh diulang semasa


belajar buku 2 supaya lebih sempurna
BUKU IQRA’ (2 )

3. Guru tidak perlu menerangkan huruf-huruf yang disambung


,contohnya ‫بر ب‬LLLL‫ ص‬, ‫ب خطب‬, ‫ر‬LLLL‫ ب بص‬,tidak kira sama ada
diawal,ditengah dan diakhir biasanya murid-murid sudah boleh
membacanya.

4. Mulai dengan muka surat 14 guru memperkenalkan bacaan


mad supaya jelas perbezaan antara bacaan panjang dan
pendek

5. Huruf –huruf yang bersambung bolehlah dibaca secara putus-


putus

6. Mulai muka surat 14 ,sekiranya murid-murid masih keliru


tentang bacaan panjang pendek,guru perlu menegur mengapa

11
baca sedemikian

1. Panduan mengajar buku Iqra’ 1,nombor 1,2,3,4,7 dan 8 juga


buku Iqra’2 ,nombor 4 dan 6 boleh digunakan untuk buku Iqra’3

2. Apabila murid selalu memanjangkan bacaan yang sepatutnya


pendek kerana mengingatkan huruf berikutnya ,maka tegurlah
BUKU IQRA’ (3 )
dengan membacanya dengan terputus –putus

3. Guru tidak boleh member contoh-contoh yang sukar di ikuti


oleh murid-murid

4. Sekiranya pelajar mengulang-ngulang bacaan kalimah yang


sama maka tegurlah dengan perkataan seperti : “ ‫ “ وما‬ada
berapa ,kerana bacaan yang sudah betul tidak boleh diulang
lagi

1. Panduan mengajar buku satu ,nombor 1,2,3,8 dan buku 2


nombor 6 serta buku 3 ,nombor 3 dan 4 masih boleh
digunakan untuk buku 4

2. Mulai buku 4, bolehlah diperkenalkan nama-nama huruf ( sila


BUKU IQRA’(4 )
rujuk buku 1 ms 32 )

3. Sekiranya berlaku kekeliruan bacaan samaada di tengah atau


12
di akhir kalimah ,guru hanya perlu memperbetulkan yang keliru
itu sahaja

4. Untuk memudahkan ingatan ,huruf-huruf Qalqalah bolehlah


dengan singkatan : ‫جد خطب‬

5. Halaman 1,7,9,17 dan 21 bolehlah dibaca secara alunan yang


sesuai dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat
murid-murid

6. Untuk menentukan bacaan yang betul pada halaman 21


(hamzah sukun dan sebagainya) murid diajak membaca
dengan baris fatah dahulu secara berulang-ulang kemudian
baru diamati contoh : ‫تلك‬

1. Panduan mengajar buku 1,2,3,8 dan buku 2 nombor 6,buku 3


nombor 3,4 dan buku 4, nombor 3 semuanya boleh diikuti
BUKU IQRA’(5 )
dalam buku 5

2. Muka surat 21 ( surah al-mukminun ayat 1-11 ) seeloknya


digalakkan murid-murid menghafaz dan memahami
maksudnya .sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-
murid yang sama taraf pencapaiannya.

3. Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang


sama taraf pencapaiannya

4. Murid-murid tidak perlu mengenal istilah-istilah tajwid seperti :


idgham,ikfa’, mad dan sebagainya ,yang penting murid-murid
dapat menguasai bacaan dengan betul

5. Halaman 14-17 boleh dibaca secara alunan yang sesuai


dengan beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-

13
murid.

1. Panduan mengajar buku 1,nombor 1,2,8 dan buku 2,nombor 6


buku 3,4,buku 3,4 nombor 3 bagi buku 5 ,nombor 3,4
semuanya boleh digunakan bagi buku 6.bahan dihalaman
BUKU IQRA’(6) penilaian pada buku 6,hendaklah dihafaz difahami maksudnya
2. Walaupun murid telah berpindah ke buku 6,namun panduan
membaca lambat asalkan betul hendaklah dipatuhi kerana
murid akan dapat menguasainya setelah mereka membaca
bahagian seterusnya
3. Gaya bacaan yang menyusahkan tidak digalakkan walaupun
dengan bacaan tertil
4. Pengajaran buku 1-6 dari segi tajwid diajar secara tidak
langsung berdasarkan praktikal bacaan

APLIKASI IQRA’

BUKU IQRA’ 1

 Baca terus huruf hijaiyah berdasarkan muka surat dalam buku Iqra’ tanpa perlu
di eja terlebih dahulu

 Murid-murid yang cepat menguasai bolehlah dipindahkan ke halaman berikutnya


tanpa menghabiskan halaman berkenaan

BUKU IQRA’ 2

14
 Baca terus huruf hijaiyah berdasarkan muka surat dalam buku Iqra’ tanpa perlu
dieja terlebih dahulu

 Mulai muka surat 14 ,guru memperkenalkan bacaan mad supaya jelas


perbezaan antara bacaan panjang pendek

 Muka surat 15 baris paling bawah guru disarankan menggunakan lagu rentak
nasyid agar lebih jelas perbezaan antara bacaan panjang dan pendek contoh :

‫ناننا ننان نننان ننا ننان‬

BUKU IQRA’ 3

 Membezakan antara bunyi huruf hijaiyah baris atas ,bawah dan depan

 Mulai muka surat 6 membezakan bacaan panjang huruf mad ‫ ا‬dan ‫ي‬

 Mulai muka surat 18,membezakan bacaan panjang huruf mad ‫ي‬,‫و‬,‫ا‬

BUKU IQRA’ 4

 Membezakan antara bacaan baris dua diatas ,di bawah dan di hadapan

 Membezakan antara bacaan yang mati sebelumnya berbaris diatas dengan ya


mati sebelumnya berbaris di bawah

 Membezakan antara bacaan wau mati sebelumnya berbaris didepan dengan


wau mati sebelumnya berbaris di depan dengan wau mati sebelumnya berbaris
diatas

 Muka surat 11-13 cara membunyikan huruf mim mati sebelumnya berbaris diatas
dibawah dan di depan

 Muka surat 14-15 cara bacaan hukum izhar Halqi

 Muka surat 16-17 cara bacaan qalqalah

15
 Halaman 1,7,9,17 dan 21 bolehlah di baca secara alunan yang sesuai dengan
beramai-ramai untuk menambahkan minat murid-murid

 Untuk menentukan bacaan yang betul pada halaman 21 ( hamzah sukun dan
sebagainya) murid-murid diajak membaca dengan baris fatah dahulu secara
berulang-ulang kemudin baru diamati contoh : ‫تك تك تك‬

BUKU IQRA’5

 Cara membaca hamzah wasal bersambung ,huruf alif tidak dibunyikan ms 1-2 :
‫والحمد ما اكتسبت‬

 Cara bacaan ketika wakaf pada huruf tanwin diatas dihilangkan satu baris dan
dibaca sukun ,ms 3-5 : ‫ءامين‬ ‫نستعين‬

 Cara bacaan ketika wakaf pada huruf tanwin diatas dihilangkan satu baris dan
dibaca dengan panjang dua harakat ms 6: ‫أبدا‬ ‫وزنا‬

 Cara bacaan wakaf pada ta marbutah ditukar menjadi ha sakinah ms 7-8 : ‫ءانية‬
‫حامية‬

 Tanda bacaan panjang ( ( lebih dari dua harakat ms 8 : ‫الاعبد‬

 Nun dan mim syaddah ‫ ن م‬dibaca dengan dengung dua harakat ms 11 : ‫يساء‬
‫خير‬

 Mim sakinah bertemu dengan ba dibaca di baca dengan dengung dua harakat
ms 19-21 : ‫عليهم‬ ‫باالسم‬

 Sabdu atas huruf lam sebelumnya berbaris diatas ,huruf lam dibaca dengan
tebal ms ‫وهللا‬

 Tanda huruf selepas alif lam bacaan alif lam bacaan alif lam tidak dibaca 12-13:
‫ولناس‬

 Sabdu atas huruf lam sebelumnya berbaris bawah ,huruf lam dibaca nipis 24-25 :
‫خيرلك رءاى من‬
16
 Tanda mad disesusai sabdu bacaanya hendaklah dipanjangkan hingga 27 :
‫الضالين وال‬

 System tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf


pencapaiannya

 Boleh dibaca dengan alunan yang sesuai dengan beramai-ramai

BUKU IQRA’

 Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan wau dan ya hendaklah dibaca
dengung dua harakat ms 1-6 : ‫وابقى خيرا‬

 Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan ba hendaklah dibaca dengung dua
harakat. Dengungnya ditukar kepada mim yang ringan ms 7-9 : ‫من بعض‬

 Huruf nun mati atau tanwin bertemu dengan huruf ikfa’ hendaklah dibaca dengan
dengung kadar dua harakat ms 11-18 : ‫جوع من‬

 Tanda –tanda wakaf ms 19-20

 Huruf dipermulaan surah di baca panjang ms 27

 Sistem tadarus boleh diperkenalkan kepada murid-murid yang sama taraf


pencapaiannya

KAEDAH QIRAATI

PENGENALAN

Kaedah Qiraati disusun pada tahun 1963 0leh Hj Dachlan Salaim Larkasyi dari
Indonesia . Ia diterbitkan pada 1 julai 1996 ,kaedah ini menggunakan dua bahagian
buku iaitu Qiraati untuk kanak-kanak dan qiraati untuk dewasa .Qiraati untuk kanak-
kanak mengandungi lima buah buku Gharib tentang kaedah Rasm Othmani .Qiraati
untuk dewasa mengandungi tiga buah buku , setiap bahagian diajar secara bacaan Al-
Quran melalui mushaf dan tajwid .

17
Kaedah Qiraati yang bermaksud Bacaanku mula diperkenalkan pada tahun 1963 di
Semarang, Indonesia oleh seorang guru al-Quran yang bernama Bapak Haji Dachlan
Salim Zarkasyi. Pada mulanya terdiri dari sepuluh jilid buku untuk kanak-kanak berusia
enam tahun ke atas. Kemudian dikemaskinikan menjadi lapan jilid, enam jilid dan
akhirnya lima jilid. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf Hijaiyyah
hinggalah ke buku jilid lima untuk pelajaran yang lebih susah seperti bacaan huruf
qalqalah dan sebagainya. Apabila selesai lima buah buku tersebut pelajar akan dilatih
membaca juzuk ?Amma dan seterusnya al-Quran muhaf rasm Othmani.

Kelebihan Qiraati

1) pengajaran dan pembelajaran secara aktif

2) membina keyakinan diri murid dalam pembacaan

3) murid-murid dapat mengeja dengan menggunakan bahasa arab

4) Murid dapat menguasai bunyi huruf dan makhraj huruf

5) Murid dapat membezakan bacaan huruf-huruf qalqalah

6) Tajwid dapat ditekankan

kelemahan Qiraati
1) tidak sesuai dipraktikkan oleh murid-murid yang baru mempelajari al-Quran kerana
mereka belum mengenali tanda-tanda dalam al-quran

2) murid-murid lebih cenderung untuk tertukar ejaan dan mudah keliru

3) telalu banyak perkara yang perlu diingati oleh pelajar-pelajar baru.

Cara mengatasi

i) mulakan dengan perlahan kepada pelajar baru.

18
ii) pengajaran berterusan perlu dilakukan untuk meningkatkan penguasaan bacaan
murid supaya mereka boleh mengaplikasikan kaedah ini di samping peranan guru
sebagai pembimbing kepada mereka

iii) perlu digunakan kaedah ulang sebut dengan lebih banyak.

PANDUAN

BUKU QIRAATI ( 1 )

1. Menyebut huruf hijaiyyah yang tidak berbaris

2. Membaca huruf berbaris atas

3. Membaca huruf-huruf sambung baris atas

BUKU QIRAATI ( 2 )

1. Membaca huruf berbaris fathah dan kasrah ,fathah dhummah dan kasrah

2. Membaca huruf berbaris dhummah bersuara “ U “

3. Membaca baris dua diatas “ fathatain “ bersuara an

4. Membaca baris di bawah “ kasrotain “ bersuara in

5. Membaca baris dua dihadapan “dhummmatain “ bersuara un

6. Membaca huruf Ta’ ta’tanis atau ta’marbutah

7. Mengenal mad asli

8. Membaca alif kecil dibaca panjang seperti alif besar

9. Membaca huruf alif kasrah diikuti sukun

10. Membaca huruf berbaris dhommah diikuti wau sukun

BUKU QIRAATI 3
19
1. Menerangkan bacaan huruf yang berbaris dhommah diikuti huruf wau yang ada
alif atau yang tidak ada huruf alif bacaannya sama panjang

2. Fathah di ikuti alif kecil kasrah diikuti ya kecil dan dhommah diikuti wau kecil

3. Huruf lam sukun supaya ditekan bacaannya

4. Huruf alif lam sukun dibaca seperti lam sukun

5. Huruf mim sukun tidak boleh dibaca dengung

6. Baris dhommah diikuti huruf wau bersuara “ U “ dibaca panjang

BUKU QIRAATI 4

1. Membaca nun sukun dengan dengung

2. Baris tanwin dibaca dengung seperti nun sukun sebab bunyi suaranya sama

3. Mad wajib muttasil di baca panjang dengan kadar 21/2 alif

4. Huruf alif dibaca tanpa ada suara panjang

5. Nun bertasydid di baca dengung dengan kadar panjang 1 alif

6. Mim bertasydid dibaca dengung dengan kadar 1 alif

7. Huruf bertasydid ditekan bacaannya

8. Huruf bertasydid didahului oleh alif lam ,huruf alif lamnya tidak dibaca

9. Huruf wau bertanda bulat,huruf wau nya tidak di baca

10. Mim sukun tidak dibaca dengung melainkan mim sukun berhadapan dengan mim
dibaca dengung

11. Nun sukun atau tanwin berhadapan dengan mim suara nun sukun atau tanwin
berubah menjadi suara mim sukun

20
12. Nun sukun atau tanwin berhadapan dengan lam maka suara nun atau tanwin
bertukar menjadi suara lam

BUKU QIRAATI 5

1. Nun sukun atau tanwin berhadapan huruf wau maka suara nun sukun atau
tanwinnya dimasukkan ke huruf wau dan dibaca dengung

2. Nun sukun atau tanwin berhadapan berhadapan huruf ya maka suara nun atau
tanwin masuk ke dalam huruf ya dan di baca dengung

3. Fathatain ada alif kecil wakafnya dibaca panjang selain fathatain wakafnya
dibaca sukun

4. Sebelum lafaz Allah didahului kasrah maka dibaca dengan tarqiq ( nipis ) jika
didahului fathah atau dhomah maka dibaca dengan tafkhim ( tebal )

5. Nun sukun atau tanwin berhadapan huruf ba ,maka suara nun atau tanwinnya
bertukar kepada hurum mim sukun

6. Huruf ba sukun ,dal sukun ,jim sukun ,to sukun dan qaf sukun maka dibaca
melantun

21

You might also like