You are on page 1of 2

‫بسم اهلل الرحمان الرحيم‬

PERKEMBANGAN PENULISAN AL-QURAN SETELAH ZAMAN


SAYYIDINA UTHMAN SEHINGGA KE HARI INI

Sejarah penulisan (rasm) al-Quran telah bermula sejak mulanya penurunan wahyu. Nabi
Muhammad S.A.W telah melantik beberapa sahabat sebagai jurutulis dari wahyu pertama
sehingga ke wahyu yang terakhir yang diturunkan. Segala penulisan adalah di bawah
penyeliaan Rasulullah S.A.W sendiri di mana baginda akan menyemak dan
memperbetulkan catatan-catatan sebelum ianya disimpan.

Rasm Uthmani adalah kaedah penulisan mashaf-mashaf al-Quran yang digunakan dan
dipersetujui oleh Sayyidina Uthman r.a. Ia adalah tulisan asal al-Quran dan kaedah
penulisan yang digunakan oleh jurutulis-jurutulis wahyu yang dilantik Rasulullah S.A.W.
Para ulama’ sepakat menamakan kaedah penulisan tersebut sebagai rasm Uthmani
sempena nama khalifah Sayyidina Uthman r.a Beliau bertanggungjawab mengarahkan
dan menyeliakan penyalinan semula suhuf Sayyidina Abu Bakr r.a ke salinan yang lebih
sempurna. Usaha penyalinan semula ke beberapa buah mushaf telah mengelakkan
pertelingkahan dan perpecahan yang berlaku pada waktu itu.

Sejarah penulisan al-Quran telah melalui beberapa tahap peningkatan. Pada peringkat
awal penulisan, huruf-huruf yang membentuk kalimah-kalimah al-Quran tidak
mempunyai tanda titik dan baris (syakl). Pada waktu itu, kaedah penulisan tersebut amat
sesuai dan boleh dibaca berdasarkan lahjah-lahjah Arab yang menjadi wajah-wajah
qiraat . Sahabat-sahabat mempelajari al-Quran secara talaqqi musyafahah langsung terus
daripada Rasulullah S.A.W. Oleh kerana penumpuan diberikan kepada kaedah hafalan ,
maka belum ada keperluan penambahan tanda titik, baris atau harakat pada huruf-huruf.

Permulaan tanda titik ‫ نقطة االعراب‬dipelopori oleh Abu al Aswad al Duali (wafat 69 hijrah)
pada zaman khalifah Marwan al Hakam semasa zaman pemerintahan Bani Umayyah.
Ketika itu, penaklukan wilayah-wilayah Islam giat dilakukan sehingga banyaknya negeri
bukan Islam berjaya ditawan. Islamisasi wilayah a’jam menyebabkan percampuran
bahasa Arab dengan bahasa tempatan yang menimbulkan kekeliruan. Orang-orang A’jam
menghadapi masalah dalam pembacaan kerana tidak dapat membezakan huruf-huruf dan
kalimah-kalimah al-Quran yang mempunyai banyak persamaan disebabkan ketiadaan
titik dan baris. Baris yang mula diperkenalkan merupakan titik-titik yang diletakkan pada
setiap huruf yang berbaris.

Fathah – Satu titik di atas huruf


Kasrah – Satu titik di bawah huruf
Dhammah - Satu titik di depan huruf
Sukun – Huruf diberi dua titik

Seterusnya diperkenalkan titik pada huruf-huruf mu’jam ‫ نقط<<ة االعج<<ام‬dipelopori oleh


Yahya bin Ya’mar dan Nasyr bin ‘Asim al Laisy dengan perintah gabenor Iraq iaitu al
Hajjaj bin Yusuf al Thaqafi. Huruf mu’jam merangkumi 15 huruf berikut:
‫ي‬.‫ ن‬.‫ ق‬.‫ ف‬.‫ غ‬.‫ ظ‬.‫ ض‬.‫ ز ش‬.‫ ذ‬.‫خ‬.‫ج‬.‫ث‬.‫ ت‬,‫ب‬

Tahap selanjutnya ialah permulaan tanda-tanda baris (harakah) yang dipelopori oleh al
Khalil bin Ahmad al Farahidi pada zaman pemerintahan Abbasiyah iaitu khalifah Abdul
Malik bin Marwan. Perubahannya seperti berikut:

Fathah - tanda sempang di atas huruf


Kasrah - tanda sempang di bawah huruf
Dhammah - tanda waw kecil di atas huruf
Tanwin - tambahan tanda serupa.

Pada abad ketiga hijri terjadi banyak usaha-usaha pembaikan dan penyempurnaan rasm.
Antara tanda-tanda yang mula diperkenalkan ialah syaddah, sajdah, saktah, fawasil dan
tanda-tanda waqaf seperti ‫ صلى‬.‫ ج‬, ‫ ال‬.‫ م‬. Selain dari itu, nama-nama surah dan bilangan
ayat juga mula diperkenalkan. Tulisan al-Quran dengan khat Nasakh mula dicetak di
Hamburg, Jerman pada tahun 1694 masehi atau 1113 hijri.

Begitulah evolusi penulisan al-Quran setelah zaman Sayyidina Uthman R.A sehingga
hari ini. Pembaharuan terhadap penulisan al-Quran terus menerus dilakukan pada setiap
zaman dan tempat. Tujuan peningkatan adalah untuk memudahkan pembacaan selain
mencantikkan lagi kitab yang menjadi pedoman kepada seorang muslim sehingga ke
akhir hayatnya. Apa yang tidak perlu kita risaukan ialah kewujudan al-Quran itu sendiri
yang tidak akan terhapus selagi dunia ini belum berakhir.

َ‫ح ٰـ ِفظُون‬ ِّ ‫ن نَ َّز ۡل َنا ٱل‬


َ َ‫ۥ ل‬ ‫ذ ۡك َر َوإِنَّا لَ ُه‬ ُ ‫إِنَّا نَ ۡح‬
Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang
memelihara dan menjaganya.  (Al-Hijr ayat 9)

‫هللا اعلم‬

Norhalim bin Salim


I/C 1750855E
Institut Pengajian Tinggi Al-Zuhri
Modul Rasm Al-Quran

You might also like