You are on page 1of 1

GEJALA BUANG BAYI

Isu pembuangan bayi kerap menjadi bahan perbincangan masyarakat dan pemimpin
negara.Isu pembuangan bayi ini menjadi bahan perbincangan kerana banyak masalah
timbul.Pada pendapat saya,pihak kerajaan perlu mengambil tindakan yang sewajarnya
dalam menangani masalah pembuangan bayi.

    Terdapat banyak faktor gejala pembuangan bayi.Faktor utamanya,ialah remaja pada


masa sekarang yang mengamalkan pergaulan bebas dengan lelaki juga menjadi salah satu
masalah pembuangan bayi.Selain itu,kurang prihatian ibu bapa terhadap anaknya juga
menimbulkan masalah ini menjadi-jadi.Seterusnya,kurang didikan agama juga
menimbulkan remaja untuk menlibatkan diri dalam kegiatan yang tidak moral.

Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi
dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru.Di samping itu,sikap
masyarakat yang tidak prihatin,hanya perpeluk tubuh,dan mengabaikan isu itu turut
menjadi punca gejala ini menjadi-jadi.Mereka bersikap demikian kerana menggap isi ini
adalah sesuatu yang memalukan.Terdapat juga ahli masyarakat yang menuding jari
terhadap golongan remaja.Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya
pembuangan bayi kerana pergaulan bebas.Sebagai masyarakat,kita sepatutnya memberi
teguran membina kepada remaja tersebut.Selain itu kesilapan yang paling nyata ialah
sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan sesuka hati.Mereka tregolong dalam
kalangan yang kurang pendidikan agamanya.selepas itu,masing-masing hilang rasa
tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan hingga sanggup mengorbankan anak.

Kesimpulannya, pihak kerajaan hendaklah penguatkusakan undang-undang dan


mengambil tindakan keras terhadap sesiapa yang pembuang bayi.Seterusnya, pihak
sekolah haruslah memberi nasihat atau ceramah untuk remaja pentingnya mengelakkan
pelakuan yang tidak moral berlaku.Selain itu, ibu bapa hendaklah menberi tumpuan
terhadap anaknya supaya dapat mengelakkan anaknya melibatkan dirinya dalam kegiatan
negatif.Masyarakat juga perlu berganding bahu dengan kerajaan untuk menyelasaikan
masalah ini.

http://upsr.net/show.php?
n=97632&nS=17633&t=masalah_pembuangan_bayi_by_Navaneetham_Mathialagan.html

You might also like