You are on page 1of 14

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur kehadrat


Allah Taala kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah saya menyiapkan Buku
Laporan Latihan Industri ini

Ribuan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada Alwy
Development Sdn. Bhd., diatas kesudiannya menerima saya sebagai pelajar praktikal di
syarikatnya.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada kakitangan Alwy Development Sdn. Bhd.,
terutamanya En. Zainal Abidin B. Ahmad serta beberapa orang stafnya yang lain seperti
Pn. Rohanida bt. Awang, Pn. Wan Hailani bt. Wan Nilam, Cik Ezar Suzela bt. Md
Yaziz, serta Pn. Nur Hasfaliza bt. Hashim selaku Pembantu Akaun serta bertindak
sebagai Penyelia saya di sini. Beliau telah banyak memberi tunjukajar serta panduan
kepada saya.

Di samping itu juga, ribuan terima kasih kepada semua pensyarah di


Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah amnya, pensyarah Jabatan Perdagangan khasnya
yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta dorongan sehingga saya dapat menjalani
Latihan Industri ini dengan jayanya. Tidak ketinggalan, kepada keluarga yang banyak
membantu semasa menjalani Latihan Industri ini.

Akhir kata, hanya kepada Allah Taala saja saya serahkan segala urusan,
semoga kita semua diberi taufik dan hidayat untuk menuju ke jalan yang benar, iaitu
jalan yang diredhai di dunia dan di akhirat. Sekian, terima kasih.
1) PENDAHULUAN:
Menjalankan latihan industri adalah satu peluang yang baik untuk pelajar mendedahkan
diri dengan keadaan sebenar yang berlaku yang berkaitan dengan akauntansi. Program
latihan industri juga merupakan matapelajaran wajib untuk di Politeknik Sultan Haji
Ahmad Shah. Pelajar diberi peluang untuk membuat pilihan samaada boleh memasuki
organisasi-organisasi audit, kilang, atau mana-mana syarikat yang ada kaitan dengan
bidang akauntansi. 

Antara tujuan yang paling penting latihan industri adalah memberi pendedahan kepada
kita sebagai pelajar Akauntansi tentang berbagai-bagai aspek amalan dalam
perakaunan dan peranannya dalam masyarakat. Dengan itu, pelajar dapat melihat dan
mengambil bahagian dengan sendiri dalam amalan-amalan perakaunan selain daripada
teori-teori yang telah kita belajar dalam bilik-bilik kuliah di politeknik. Maka dengan
adanya peluang ini, pelajar dapat mempraktikkan pengetahuan yang ada dalam
menjalankan tugas-tugas Objektif latihan industri yang lengkap telah pun dinyatakan
dalam buku panduan latihan industri untuk rujukan pelajar.
LATAR BELAKANG PENUBUHAN ORGANISASI

NAMA SYARIKAT :Alwy Development Sdn.Bhd.


NO.PENDAFTARAN : 82307-D
ALAMAT SYARIKAT : Lot 4491, Kampung Bukit Berangan,
Tepoh, 21060 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
NO.TEL :09-6623555/6624555/6623992
NO.FAX :09-6622555
E-MEL :alwydev@yahoo.com.my
JENIS PERNIAGAAN :Sdn.Bhd.
STATUS :100% Bumiputera
AKTIVITI UTAMA :Kontraktor Am & Pengilang Perabot
MODAL DIBENARKAN : RM 750,000.00
MODAL BERBAYAR :RM 750,000.00
TARIKH MEMULAKAN : 15hb Mac 1982
PERNIAGAAN
SETIAUSAHA SYARIKAT : Gamma Management Sdn.Bhd,
Room A, 2nd Floof, 1107-M,
Jalan Pejabat,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
JURUAUDIT SYARIKAT : A.T.TEO,
1107-M, 2nd Floor,
Jalan Pejabat,
20200 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
NO.CUKAI PENDAPATAN : C 2874425-10
AHLI LEMBAGA PENGARAH

1) NAMA PENUH : ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD


NO.KAD PENGENALAN : 600407-11-5213
ALAMAT : Lot 10639, Jalan Gong Badak,
21300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
JAWATAN : Pengarah Urusan

2) NAMA PENUH : TAUFIK @ ZAINAL ARIFIN AHMAD


NO.KAD PENGENALAN : 590106-11-5387
ALAMAT : 1131-A, Simpang Tok Ku,
21000 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
JAWATAN : Pengarah

LATAR BELAKANG PEMEGANG SYER

1) NAMA PENUH : ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD


KEDUDUKAN SAHAM : 60 % ( RM 450,000.00 )

2) NAMA PENUH : TAUFIK @ ZAINAL ARIFIN BIN AHMAD


KEDUDUKAN SAHAM : 20 % ( RM 150,000.00 )

3) NAMA PENUH : AHMAD BIN MUHAMMAD


KEDUDUKAN SAHAM : 20 % ( RM 150,000.00 )
AHLI PENGURUSAN SYARIKAT

PENGARAH URUSAN : ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD


(Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia –STPM)

PENGURUS OPERASI : SAEDI BIN AHMAD


(Diploma Pengurusan Perniagaan)

PEGAWAI PENTADBIRAN : WAN HAILANI BINTI WAN NILAM


(Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia –STPM)

PEGAWAI AKAUN : NUR HASFALIZA HASHIM


(Diploma Perakaunan)

WAKIL PENGURUSAAN : NOOR HAFILAH BINTI MOHD ZAIN


(Ijazah Sarjana Muda Pemasaran)

PEMBANTU PENTADBIRAN : ROHANIDA BINTI AWANG


KANAN (Sijil Pelajaran Malaysia – SPM )

PENGURUS PROJEK : MASROF BIN KADIMAN


(Ijazah Kejuruteraan Awam)

PENYELIA KUALITI / : MUSTAFA BIN AHMAD


PENGELUARAN (Sijil Pelajaran Malaysia – SPM)

PENYELIA PENGHANTARAN : WAHAB BIN ISMAIL


(Sijil Pelajaran Malaysia – SPM)

KERANI AKAUN & PEMBELIAN : KHAZAIMAH BINTI MAJID


(Diploma Perakaunan)
KERANI AM / AC : MAISARAH BINTI MAT
(Diploma Kejuruteraan Mekanikal
Pertanian)

KERANI AM : EZAR SUZELA BINTI MD YAZIZ


(Diploma Pengurusan Perniagaan)

Penerangan Ringkas Tentang Firma

Alwy Development Sdn. Bhd. (ADSB) adalah sebuah syarikat milik bumiputera
sepenuhnya yang ditubuhkan pada 15hb Mac 1982 di Kuala Terengganu yang
menjalankan kegiatan perkilangan perabot.
Pada peringkat permulaan, ADSB hanya memiliki modal sebanyak RM 50,000.00
dengan 10 orang pekerja dan 8 buah mesin untuk menjalankan operasinya. Kini modal
berbayar dan dibenarkan ADSB adalah sebanyak RM 750,000.00
Setelah lebih 20 tahun ADSB beroperasi,kini ADSB mempunyai lebih kurang 50 orang
pekerja dengan 55 buah mesin & 10 orang kakitangan pengurusan.
Pada peringkat permulaan operasi, ADSB hanya menerima tempahan perabot daripada
individu-individu, syarikat-syarikat swasta & sebilangan kecil daripada agensi kerajaan.
Walau bagaimanapun, pada 25hb November 1992, ADSB telah diterima menyertai “
Program Pemasaran Bersepadu Perabot Guthrie Furniture Sdn.Bhd. (GFSB) “ jualan
syarikat mula meningkat di mana ADSB mula membuat pembekalan perabot untuk
sekolah-sekolah, jabatan-jabatan kerajaan dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA),
MINDEF, Polis, Rumah Guru dan sebagainya.

Visi

Kini, ADSB telah mendapat pengiktirafan ISO 9001:2010 daripada Bureau Veritas
Certification (M) Sdn.Bhd. pada 28 September 2010 demi menaikkan lagi potensi &
kemampuan syarikat untuk bersama-sama menjayakan WAWASAN 202
Misi

Untuk menjadikan Syarikat ADSB sebagai hub pembekal perabot yang berpotensi di
rantau ini dan mengekalkan serta mempertingkatkan mutu perkhidmatan dalam bidang
pembuatan perabot.

AKTIVITI ORGANISASI
Produk keluaran Syarikat Alwy Development Sdn. Bhd. (ADSB) merupakan 100 %
keluaran ADSB sendiri. Daripada peringkat di awal pembuatan sehinggalah
pengeluaran. Dengan berbekalkan pekerja mahir dan berpengalaman, serta bahan
yang berkualiti, produk ADSB  mempunyai kualiti yang tinggi sehingga diberi
kepercayaan untuk membekalkan perabot kepada pelbagai agensi kerajaan dan
swasta. Antara produk yang di keluarkan oleh ADSB adalah seperti perabot untuk
sekolah, hiasan dalaman untuk pejabat, rumah dan sebagainya.

CONTOH PRODUK YANG DIKELUARKAN OLEH ADSB

Hiasan Dalaman

Di Alwy Development Sdn. Bhd. (ADSB) pelbagai jenis design perabot hiasan dalaman
yang di sediakan samaada untuk kabinet dapur atau pun kabinet pakaian.

Contoh Kabinet dapur :


Contoh Kabinet Pakaian :

Perabot Sekolah

Di Alwy Development Sdn. Bhd. (ADSB) perabot sekolah juga mempunyai pelbagai
bentuk dan sering di perbaharui untuk kepuasan bagi pihak pengguna. Silain itu,
perabot untuk auditorium, makmal, kaunter juga ada di ADSB.

Contoh Perabot Sekolah :


Perabot Pejabat

Selain daripada itu perabot untuk pejabat juga menjadi pilihan pengguna di ADSB.
Pelabagai jenis bentuk yang direka untuk pelbagai jenis kegunaan. Samaada
rekabentuk lama mahu pun moden.

Contoh Perabot Pejabat :


Lukisan Manual

Sebelum membuat sesuatu produk, Pihak ADSB melakukan lakaran awal bagi setiap
produk. Ini bagi memastikan kualiti sesebuah produk tersebut mengikut spesifikasi yang
telah di tetapkan.

Contoh Lukisan Manual :


Pihak Pengurusan Dan Kakitangan Alwy Development Sdn. Bhd.
Ruang Kerja Dan Peralatan yang Digunakan

LOKASI ORGANISASI

You might also like