You are on page 1of 22

Pelaburan Pendidikan Tinggi

Jurnal Pendidikan 28 (2003) 33 ­ 46
Pelaburan Pendidikan Tinggi: Analisis Perbandingan
IPTA­IPTS di Malaysia
I
SHAK
Y
USSOF
ABSTRAK
Kertas ini bertujuan membandingkan pelaburan pendidikan tinggi di institusi
pengajian tinggi awam (
IPTA
) dengan institusi pengajian tinggi swasta (
IPTS
).
Tujuan perbandingan ini adalah untuk melihat sejauhmana pelaburan dalam
IPTS
itu berbeza berbanding dengan 
IPTA
dari segi kos­kos yang terlibat,
jangkaan pulangan yang diperolehi, ciri­ciri pelajar yang belajar di institusi
berkenaan dan persepsi mereka terhadap program pengajian yang
ditawarkan. Melalui perbandingan ini, isu dan masalah berkait dengan
perkembangan pendidikan tinggi akan cuba dikenalpasti, khususnya yang
bersabit dengan peranan 
IPTS
. Hasil perbandingan ini penting bagi
meningkatkan kefahaman kita tentang kepentingan peranan 
IPTS
dalam
perkembangan pendidikan tinggi memandangkan kajian lepas menunjukkan
rumusan yang berbeza mengenai peranan tersebut.
ABSTRACT
This paper compares higher education investment in public universities with
those at private higher learning institutions. The purpose of this comparison is
to investigate to what extent investments in private higher education are dif­
ferent compared with those in public institutions in terms of costs, expected
returns, the characteristics of students and their perception on the degree
programmes. Through this comparison, issues and problems related to higher
education development especially with regards to the role of private higher
education shall be identified. The findings are imperative since previous stud­
ies show contradictory conclusions regarding the role of private education
towards higher education development.
PENGENALAN
Pendidikan memainkan peranan yang sangat penting bagi menjana pertumbuhan
ekonomi yang cergas, mempertingkatkan daya saing dan kualiti hidup penduduk
sesebuah negara. Dengan menggunakan pelbagai pendekatan, banyak kajian
telah membuktikan perkara ini. Teori modal manusia dan pendekatan kadar
pulangan umpamanya telah membuktikan bahawa pendidikan berupaya mening­
34
Jurnal Pendidikan 28
katkan produktiviti dan pendapatan seseorang yang selanjutnya boleh
mendorong kepada pertumbuhan ekonomi (Blaug 1976; Psacharoupoulos 1985;
Schultz 1961). Manakala model pertumbuhan ekonomi makro juga menyebut
tentang kepentingan pendidikan dalam menyumbang kepada pertumbuhan
ekonomi sesebuah negara (Pencavel 1991). Selain itu pendidikan juga dikatakan
mempunyai pengaruh yang besar terhadap agihan pendapatan. Beberapa kajian
di Malaysia juga telah membuktikan bahawa pencapaian pendidikan merupakan
antara faktor penting yang membezakan pendapatan antara kaum dan jantina
(Rahmah & Yussof 1995). Secara teorinya, perkembangan 
IPTS
berupaya
meningkatkan tingkat kecapaian pendidikan tinggi di samping mengurangkan
bebanan kewangan kerajaan dalam menyediakan kemudahan pendidikan tersebut.
Bagi pelajar dan keluarga pula, 
IPTS
menyediakan alternatif terbaik bagi
melanjutkan pelajaran setelah gagal mendapatkan tempat dalam sektor awam.
Namun begitu dari segi realitinya, terdapat beberapa kritikan terhadap 
IPTS
kerana
cirinya yang boleh menghadkan kecapaian (yang mana hanya mampu untuk
golongan yang berpendapatan tinggi), implikasi terhadap agihan dan masalah
kualiti.
Ramai yang berpendapat bahawa kelebihan utama 
IPTS
ialah berupaya
bertindakbalas dengan cekap dan cepat ke atas sebarang perubahan yang berlaku
di pasaran (Patrinos 1990; Balan 1990: 70). Mengikut pandangan ini sektor swasta
berupaya untuk respon dengan baik kepada keperluan ekonomi dan masyarakat,
dan seterusnya menawarkan jenis pendidikan yang bersesuaian. Terdapat juga
kajian yang menunjukkan bahawa lulusan daripada 
IPTS
memperoleh faedah
yang lebih besar di pasaran kerja dalam bentuk kadar pengangguran yang lebih
rendah, gaji yang lebih tinggi dan akhirnya memperoleh pendapatan yang lebih
besar (Jimenez & Tan 1987; Patrinos 1990). Namun begitu, kajian­kajian ini juga
mendapati 
IPTS
lebih cenderung menawarkan kursus­kursus yang mempunyai
pulangan persendirian yang besar berbanding pulangan kepada sosial (Tilak
1991). Ramai yang mendakwa penyelidikan dan keperluan pendidikan yang lebih
luas kurang ditekankan di kalangan 
IPTS
. James (1986) misalnya mendapati dalam
banyak kes 
IPTS
hanya menawarkan kursus­kursus yang mempunyai intensiti
modal yang rendah. 
IPTS
hanya akan menawarkan kursus­kursus bidang profes­
sional seperti kejuruteraan dan perubatan sekiranya keupayaan mendapat untung
adalah tinggi (Tilak 1991: 233). Dari segi gunatenaga pula, terdapat bukti yang
menunjukkan bahawa kadar pengangguran di kalangan graduan 
IPTS
secara
relatif adalah tinggi. Misalnya, kajian Arcelo dan Sanyal (1987) di Filipina
mendapati kadar pengangguran di kalangan graduan universiti swasta adalah
sekitar 2.8 lebih tinggi berbanding universiti awam.
Rencana ini bertujuan membincangkan isu ini dengan lebih mendalam
dengan melihat kes yang berlaku di negara Malaysia. Memandangkan salah
satu aspek utama dalam K­ekonomi ialah pendidikan, maka adalah penting supaya
isu berhubung dengan pelaburan dalam pendidikan tinggi dikaji, difahami dan
diberikan cadangan penyelesaian yang sesuai demi memperkemas perkembangan
35
Pelaburan Pendidikan Tinggi
sistem pendidikan negara. Dalam konteks ini kertas ini akan membuat analisis
secara perbandingan beberapa aspek penting berhubung dengan pelaburan
pendidikan tinggi di antara sektor awam dan swasta. Sebelum itu, kertas ini akan
membincangkan secara ringkas perkembangan pendidikan tinggi di negara ini
dengan memberi tumpuan khusus ke atas peranan sektor swasta.
PERKEMBANGAN PENDIDIKAN TINGGI DI MALAYSIA
Di negara ini kepentingan pendidikan telah lama diakui dan diterapkan dalam
agenda pembangunan negara. Secara purata kerajaan memperuntukan lebih 6
peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (
KDNK
) untuk melaksanakan
program pendidikan. Nisbah ini secara relatifnya adalah tinggi jika dibandingkan
dengan beberapa negara maju termasuk Negara Industri Baru (
NIB
) di rantau
Asia. Walaupun beberapa indikator pendidikan negara ini menunjukkan
pencapaian yang baik, namun perkembangan pendidikan tinggi negara masih
belum dapat menandingi negara­negara yang disebutkan tadi. Enrolmen peringkat
tertiari negara ini adalah kurang 13 peratus sedangkan pencapaian negara­negara
maju adalah jauh lebih tinggi. Misalnya Amerika Syarikat mencatatkan 76 peratus,
Korea Selatan 40 peratus, Jerman 36 peratus, Jepun 31 peratus dan United King­
dom 28 peratus. Malah Thailand dan Indonesia mencatatkan nisbah enrolmen
pendidikan tinggi yang lebih tinggi dari negara ini, iaitu masing­masing di sekitar
20 dan 16 peratus. Keadaaan ini lebih serius sekiranya nisbah enrolmen ini
dibataskan kepada nisbah enrolmen pelajar peringkat universiti, iaitu di Malay­
sia cuma sekitar kira­kira 6 peratus sahaja.
Nisbah enrolmen yang sangat rendah ini dikatakan berpunca daripada
keterbatasan keupayaan institusi­institusi pengajian tinggi tempatan untuk
menawarkan tempat yang secukupnya. Perangkaan terkini menunjukkan hampir
separuh daripada calon­calon yang layak melanjutkan pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi gagal berbuat demikian kerana tempat yang terhad. Walaupun
peratusan pelajar yang memdapat tempat belajar di universiti menunjukkan tren
yang semakin meningkat, jumlah keciciran masih besar. Sebahagian daripada
mereka yang tercicir ini mungkin meneruskan pengajian mereka sama ada di luar
negara ataupun di kolej­kolej swasta dalam negeri yang menawarkan program
berkembar.
Keterbatasan kecapaian pendidikan tinggi seumpama ini sudah tentulah
tidak sejajar dengan kehendak perkembangan ekonomi semasa yang sangat
bergantung kepada ilmu pengetahuan. Dalam era K­ekonomi, peranan pendidikan
tinggi sudah pasti lebih mencabar dan memerlukan perancangan yang lebih teliti
agar peranannya dapat diluaskan bagi melahirkan tenaga kerja mahir dan yang
berpengetahuan tinggi. Oleh itu pendidikan tinggi, khususnya universiti, di
samping berfungsi sebagai pusat intelektual perlulah juga berperanan seiring
dengan perkembangan ekonomi negara bagi menghasilkan tenaga manusia ber­
36
Jurnal Pendidikan 28
bakat tinggi sesuai dengan keperluan pembangunan ekonomi semasa dan juga
masa hadapan. Malah dalam keadaan kemelesetan ekonomi sekalipun peranan
pendidikan tinggi adalah penting. Negara harus sentiasa bersedia dengan
kemahiran yang diperlukan oleh pasaran (Mohd Yusof & Ishak 2000, m/s 205).
KEPENTINGAN PERANAN PENDIDIKAN SEKTOR SWASTA
Peningkatan kos pengajian luar negara dan keupayaan 
IPT
awam tempatan yang
terbatas telah menjadi pendorong utama terhadap perkembangan kolej­kolej
swasta di negara ini. Sebahagian besar kolej­kolej ini menawarkan program ijazah
berkembar bagi calon­calon yang gagal mendapatkan tempat di 
IPT
awam tem­
patan dan tidak mampu ke luar negara. Kewujudan kolej­kolej swasta ini mendapat
sambutan yang sungguh menggalakkan kerana ia dapat mengurangkan kos bagi
mendapatkan pendidikan tinggi. Yuran pengajian dan kos hidup bagi seorang
penuntut institusi pengajian tinggi tempatan adalah dianggarkan sekitar 
RM
5
ribu setahun berbanding kosnya di luar negara antara 
RM
27 – 
RM
41 ribu bagi
aliran sastera dan 
RM
36 – 
RM
58 ribu bagi aliran sains (
FMM
Forum 1993; Rahmah
& Ishak 1995). Oleh itu institusi pendidikan swasta tidak seharusnya dilihat
sebagai saingan kepada institusi pendidikan awam, tetapi lebih merupakan seba­
gai pelengkap kepada kemudahan pendidikan sedia ada. Trend perkembangan
pendidikan pada masa kini menunjukkan peranan dan sumbangan institusi
pendidikan swasta yang semakin penting kepada pembangunan ekonomi negara.
Namun begitu, pertumbuhan institusi pendidikan swasta perlulah mendapat
kawalan yang menyeluruh daripada Kementerian Pendidikan agar tidak terpesong
jauh daripada falsafah dan matlamat pendidikan negara.
Kerajaan telah meluluskan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996
(
AIPTS
) untuk memberi galakan penubuhan kolej­kolej berkenaan. Pada awal
tahun 1996 terdapat kira­kira 283 kolej swasta dengan enrolmen lebih 51 ribu
pelajar di seluruh negara. Menjelang tahun 2000 bilangan 
IPTS
telah meningkat
kepada 564 dengan enrolmen yang mencecah 100,000 ribu pelajar. Dari satu segi
perubahan universiti­universiti dan kolej­kolej swasta telah dapat meningkatkan
peluang bagi mendapatkan pendidikan tinggi dan menjimatkan aliran perbelanjaan
kerajaan dalam bidang pendidikan. Ia juga secara tidak langsung dapat
mengurangkan defisit akaun semasa negara. Sekiranya seorang pelajar Malay­
sia yang menuntut di universiti luar negara memerlukan perbelanjaan kira­kira
RM
50 ribu setahun, maka negara boleh menjimatkan 
RM
2.8 billion setahun
sekiranya 56 ribu pelajar yang sekarang ini menuntut di luar negara mendapatkan
pendidikan mereka di 
IPTS
tempatan.
Namun begitu kawalan­kawalan tertentu perlulah dikenakan ke atas
universiti­universiti dan kolej­kolej swasta ini kerana terdapat bukti menunjukkan
bahawa kolej­kolej swasta berkecenderungan mewujudkan masalah agihan.
Terdapat teori yang mengatakan bahawa pendidikan tinggi swasta tidak sensitif
37
Pelaburan Pendidikan Tinggi
terhadap aspek agihan malah ia boleh menyumbang kepada ketidakseimbangan
tingkat sosio­ekonomi (Tilak 1991). Satu kajian di Jepun menunjukkan bahawa
universiti awam mempunyai kesan agihan yang lebih baik berbanding universiti
swasta khususnya dari segi memindahkan sumber­sumber dari golongan
berpendapatan tinggi kepada golongan lain (James & Benjamin 1988). Begitu
juga dengan kes yang berlaku di India, kajian menunjukkan bahawa sistem
pendidikan swasta adalah penyumbang kepada perbezaan dalam pendapatan
dan melebarkan jurang sosio­ekonomi di kalangan masyarakat (Dasgupta 1979).
Di samping itu pencapaian terhadap pendidikan tinggi tidak seharusnya dibiarkan
melebihi tahap yang diperlukan oleh pembangunan ekonomi kerana ini akan
menyebabkan faedah yang diperolehi daripada pelaburan dalam pendidikan tinggi
mencapai nilai negatif (Glvtsos 1990). Oleh itu governan dalam pendidikan tinggi,
khususnya yang membabitkan sektor swasta adalah amat penting bagi menjamin
aspek pertumbuhan dan agihan ekonomi yang berterusan pada masa hadapan.
METODOLOGI
ASPEK TEORITIS
Kebanyakan pendapat yang menyokong pendidikan tinggi swasta memberi hujah
bahawa kolej atau universiti swasta akan mendorong persaingan di kalangan
pembekal sektor awam dan swasta. Suasana persaingan dikatakan boleh
meningkatkan kualiti program yang ditawarkan. Namun begitu, bukti­bukti
menunjukkan kualiti pendidikan sektor swasta sangat bergantung kepada ciri­
ciri yang terdapat pada institusi yang menawarkan kursus itu sendiri.
Menurut James (1986) permintaan terhadap pendidikan swasta tergadai
disebabkan kekurangan yang berlaku dalam sektor awam, dan ia wujud dalam
dua keadaan. Keadaan pertama disebut sebagai ‘differentiated demand’ – suatu
keadaan di mana pendidikan awam tidak dapat menawarkan jenis atau pun tingkat
kualiti pendidikan yang diperlukan oleh masyarakat, misalnya pendidikan agama,
pendidikan yang menggunakan bahasa selain dari bahasa kebangsaan ataupun
pendidikan yang menekankan kepada kemahiran tertentu. Keadaan yang kedua
disebut sebagai ‘access demand’ – suatu keadaan di mana pendidikan awam
tidak dapat menawarkan kemudahan pendidikan yang mencukupi kepada
masyarakat. Contohnya, kekurangan tempat 
IPTA
telah menyebabkan munculnya
universiti dan kolej swasta bagi memenuhi permintaan terhadap pendidikan tinggi
yang berlebihan.
Mengikut James (1986: 255­276), keadaan pertama akan mewujudkan
institusi­institusi pendidikan swasta bersifat non­profit dan lebih berkualiti
sifatnya. Sekiranya ini berlaku maka perkembangan pendidikan swasta dijangka
berupaya memberi sumbangan positif ke atas kemajuan sistem pendidikan negara.
Sebaliknya dalam keadaan yang kedua (access demand), ianya cenderung
menghasilkan institusi­institusi pendidikan swasta yang lebih bersifat for­profit.
38
Jurnal Pendidikan 28
Ciri­ciri yang terlalu mementingkan keuntungan menyebabkan institusi­institusi
pendidikan swasta ini akan cuba sedaya upaya untuk meminimumkan kos mereka
yang akhirnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan yang ditawarkan.
Bagi menilai pelaburan pendidikan, kertas ini menggunakan kaedah analisis
kos­faedah bagi menganggar kadar pulangan dalaman yang dijangka diterima
oleh individu yang belajar di 
IPTS
berbanding individu di 
IPTA
. Kadar pulangan
SKOP
Secara umumnya di Malaysia, institusi pendidikan tinggi dapat di kategorikan
kepada pertama, 
IPTA
– memperolehi sebahagian besar peruntukan daripada
kerajaan di samping mengenakan kadar yuran yang minima kepada pelajar, dan
kedua 
IPTS

IPTS
ini pula dapat dibahagikan kepada dua yang utama. Pertama,
IPTS
yang dimiliki oleh syarikat­syarikat awam / kerajaan. Institusi jenis ini
mendapatkan sumber kewangan yang utama daripada syarikat induk dan juga
hasil kutipan yuran pengajian. Oleh kerana institusi­institusi jenis ini dimiliki
oleh syarikat­syarikat kerajaan, pengurusannya adalah tertakluk kepada
peraturan­peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan. Kedua, 
IPTS
yang dimiliki
dan dibayai sepenuhnya oleh syarikat swasta. 
IPTS
jenis ini lebih bergantung
kepada yuran pengajian bagi membiayai perjalanannya dan mempunyai enrolmen
pelajar yang paling ramai. Oleh itu fokus kertas ini lebih tertumpu kepada 
IPTS
jenis yang kedua ini. Aspek­aspek yang menjadi asas perbandingan adalah dari
segi kos yang terlibat, jangkaan pulang yang diperolehi dan juga persepsi pelajar
terhadap program­program yang ditawarkan.
DATA KAJIAN
Sampel kajian terdiri daripada dua buah universiti awam (mewakili 
IPTA
) dan tiga
buah kolej swasta yang menawarkan program 3+0. Asas pemilihan 
IPTS
3+0
ialah supaya aspek­aspek yang berkaitan dengan kos dan faedah boleh diban­
39
Pelaburan Pendidikan Tinggi
dingkan dengan 
IPTA
memandangkan keseluruhan dikendalikan di peringkat
tempatan. Tambahan lagi bukan semua kolej swasta diberikan kebenaran
menawarkan program 3+0 ini. Setakat ini kurang 10 peratus daripada jumlah kolej
swasta yang telah diberikan kelulusan oleh Kementerian Pendidikan untuk
menawarkan program berkenaan. Jadual 1 menunjukkan institusi­institusi yang
terlibat dengan jumlah enrolmen pelajar masing­masing. Untuk menjaga
kerahsiaan khususnya terhadap 
IPTS
, tiap­tiap sampel dinamakan dengan abjad
khusus. Untuk tujuan analisis seramai 509 orang responden telah dipilih daripada
institusi­institusi yang terlibat (Jadual 1).
HASIL KAJIAN
KOS PURATA INSTITUSI
Analisis yang dibuat ke atas kos institusi menunjukkan bahawa jumlah kos
purata bagi mengelolakan kursus pengajian di 
IPTS
secara umumnya adalah
lebih rendah berbanding di 
IPTA
. Data mengenai jumlah kos purata institusi ini
meliputi segala perbelanjaan terhadap pengurusan, bangunan (nilai susutnilai
atau sewa yang terlibat), gaji pensyarah dan perbelanjaan untuk kemudahan
pengajaran. Jadual 2 menunjukkan bahawa hampir kesemua kursus pengajian di
IPTS
(kecuali Undang­undang) mempunyai jumlah kos purata institusi yang
lebih rendah berbanding di 
IPTA
.
Ada dua tafsiran yang boleh dibuat berhubung dengan corak kos yang
sedemikian. Pertama, sama ada 
IPTS
lebih cekap dari segi penawaran kursus­
JADUAL
1. Institusi dan jumlah enrolmen serta responden yang terlibat dalam kajian
Institusi
Enrolmen pelajar
Peratus daripada
Bilangan
1997/1998 (Jumlah
jumlah enrolmen
responden
dan peratus
peringkat nasional
1

248
1

Berdasarkan perangkaan dalam Rancangan Malaysia Ketujuh (1996­2000).
Sumber: Kaji selidik 1998.
Page 8
40
Jurnal Pendidikan 28
kursus tersebut berbanding 
IPTA
, atau kedua, 
IPTS
cuba meminimumkan kos
operasi mereka dengan hasrat memaksimumkan untung. Oleh kerana struktur
permintaan pendidikan tinggi di negara ini adalah bersifat access demand, sifat
pemaksimuman untung mungkin lebih berkaitan dalam kes ini (James 1986).
JUMLAH KOS INDIVIDU
Bagi individu pelaburan pendidikan tinggi melibatkan beberapa kos seperti yuran
pengajian, buku dan bahan pengajian, tempat tinggal dan belanja perjalanan,
serta lain­lain perbelanjaan yang berkaitan. Jadual 3 menunjukkan perbezaan
jumlah kos pelaburan persendirian (individu/isi rumah) yang diperlukan di antara
pelajar di 
IPTA
berbanding 
IPTS
.
JADUAL
2. Jumlah kos purata institusi sample, 1997/1998
(enrolmen pelajar sebagi pemberat)
Sumber: Kaji selidik 1998.
Bidang
Pengajian
Sosial Sains dan Sastera
Ekonomi dan Perniagaan
Pendidikan
Undang­undang
Perubatan dan Pergigian
Kejuruteraan dan Teknologi
Teknologi Maklumat
Sains Tulen dan Gunaan
Keseluruhan
IPTA
(
JADUAL
3. Perbandingan ke atas jumlah kos pelaburan bagi pelajar 
IPTA­IPTS
(bagi satu tahun pengajian)
Bidang Pengajian
Sosial Sains dan Sastera
Ekonomi dan Perniagaan
Pendidikan
Undang­undang
Perubatan dan Pergigian
Kejuruteraan dan Teknologi
Teknologi Maklumat
Sains Tulen dan Gunaan
Keseluruhan
Min 
IPTA
(
Sumber: Kaji selidik 1999.
Page 9
41
Pelaburan Pendidikan Tinggi
Secara keseluruhannya Jadual 3 menunjukkan bahawa jumlah kos bagi pelajar
di 
IPTA
adalah jauh lebih rendah berbanding kos yang terpaksa ditanggung oleh
pelajar di 
IPTS
. Perincian kos menunjukkan bahawa yuran pengajian adalah
penyumbang utama kepada kos persendirian ini, iaitu antara 65 hingga 75 peratus
daripada jumlah kos tersebut. Yuran pengajian yang tinggi di 
IPTS
adalah kerana
sektor swasta sangat bergantung kepada yuran pengajian sebagai sumber utama
pembiayaan. Tambahan lagi, oleh kerana bentuk 
IPTS
yang wujud adalah bersifat
access demand, maka kadar yuran yang dikenakan cenderung lebih tinggi bagi
tujuan permaksimuman untung. Keadaan ini sudah tentu memberi kesan yang
besar ke atas keupayaan individu ataupun isi rumah, khususnya dari kalangan
yang berpendapatan sederhana dan rendah, bagi mengikuti program pengajian
yang ditawarkan di 
IPTS
. Hasil kajian menunjukkan bahawa min pendapatan
penjaga bagi pelajar di 
IPTS
adalah 
RM
2300 berbanding 
RM
1700 bagi pelajar di
IPTA
. Trend ini menggambarkan bahawa pelajar yang mengikuti program di 
IPTS
adalah berasal dari keluarga berpendapatan tinggi. Kekurangan pelajar dari
keluarga berpendapatan sederhana dan rendah mungkin disebabkan oleh jumlah
kos persendirian yang secara relatif lebih tinggi di 
IPTS
.
KOS PURATA INSTITUSI DAN JUMLAH KOS PERSENDIRIAN
Perbandingan di antara kos purata institusi dengan jumlah kos persendirian
yang terlibat boleh memberi gambaran kasar mengenai tingkat keuntungan.
Keuntungan yang diperolehi oleh 
IPTS
berbanding dengan 
IPTA
. Bagi 
IPTA
jumlah subsidi yang terpaksa kerajaan keluarkan bagi menawarkan kursus
pengajian di universiti­universiti awam disebabkan kadar yuran yang lebih rendah
berbanding kos purata yang diperlukan terhadap seorang pelajar. Jadual 4
JADUAL
4. Perbandingan anggaran antara subsidi dan keuntungan
bagi 
IPTA
dan 
IPTS
Sumber: Kaji selidik 1999.
Bidang Pengajian
Sosial Sains dan
Sastera
Ekonomi dan
Perniagaan
Pendidikan
Undang­undang
Peubatan dan Pergigian
Kejuruteraan dan
Teknologi
Teknologi Maklumat
Sains Tulen dan Gunaan
Yuran
(a)
42
Jurnal Pendidikan 28
menunjukkan anggaran jumlah subsidi yang diperlukan oleh 
IPTA
dan jumlah
keuntungan yang diperolehi 
IPTS
berhubung dengan pelaburan pendidikan tinggi.
Jumlah keuntungan yang tinggi di kalangan 
IPTS
untuk hampir kesemua
bidang pengajian (kecuali undang­undang) menyokong model access demand
yang dikemukakan oleh James (1986). Ini bermakna 
IPTS
di negara ini wujud bagi
memenuhi keperluan permintaan yang tidak dapat dipenuhi oleh sektor awam.
Sekiranya ini berlaku, kualiti pendidikan yang ditawarkan oleh 
IPTS
munkin lebih
rendah berbanding sektor awam kerana motif memaksimumkan untung. Data­
data mengenai persepsi pelajar berhubung dengan program pengajian yang
diikuti mungkin boleh menerangkan aspek ini dengan lebih jelas. Namun yang
jelas, Jadual 5 menunjukkan bahawa kerajaan selama ini terpaksa memberi subsidi
yang tinggi kepada 
IPTA
untuk menawarkan program pengajian masing­masing.
KADAR PULANGAN PERSENDIRIAN
Perbandingan ke atas kadar pulangan persendirian pula menunjukkan bahawa
pelajar di 
IPTS
menerima kadar pulangan yang lebih rendah berbanding dengan
kadar pulangan yang diterima oleh pelajar 
IPTA
. Jadual 5 menunjukkan bahawa
kadar pulangan yang diterima berdasarkan tiga anggaran pendapatan (anggaran
responden, upah sektor awam dan upah sektor swasta) menunjukkan pelajar
JADUA
L 5. Perbandingan kadar pulangan persendirian berdasarkan jangkaan
dan anggaran pendapatan sebenar bagi pelajar 
IPTA
dan 
IPTS

43
Pelaburan Pendidikan Tinggi
IPTA
memperoleh kadar pulangan yang lebih tinggi berbanding pelajar 
IPTS
bagi
kesemua bidang pengajian yang ditawarkan.
Trend ini mempunyai persamaan dengan beberapa kajian lepas yang
mengatakan kadar pulangan graduan sektor swasta secara relatif adalah lebih
rendah berbanding graduan sektor awam (Patrinos 1990). Ini menunjukkan bahawa
walaupun 
IPTS
berupaya memberikan alternatif bagi melanjutkan pendidikan
tinggi, risiko terhadap pelaburan adalah lebih tinggi kerana kadar pulangan yang
secara relatifnya rendah. Keadaan mungkin bertambah rumit dalam keadaan
kemelesetan ekonomi.
LATAR BELAKANG AKADEMIK PELAJAR
Jadual 6 menunjukkan bahawa bagi semua mata pelajaran (kecuali matematik)
pelajar 
IPTA
mempunyai kelayakan masuk yang lebih tinggi berbanding pelajar
di 
IPTS
. Ini menunjukkan bahawa pelajar yang diterima masuk ke 
IPTA
mempunyai
latar belakang akademik yang lebih baik berbanding pelajar di 
IPTS
. Trend ini
membuktikan bahawa pelajar yang memasuki 
IPTS
adalah pelajar yang gagal
mendapat tempat di 
IPTA
kerana mempunyai merit yang lebih rendah. Oleh kerana
tempat yang agak terhad dalam universiti­universiti awam, pelajar­pelajar yang
meritnya agak rendah terpaksa ke 
IPTS
sebagai alternatif bagi melanjutkan
pendidikan tinggi mereka. Senario ini adalah selari dengan model access demand
yang diutarakan oleh James (1986). Dalam kes access demand kualiti pelajar
yang dimiliki oleh sektor swasta lazimnya lebih rendah berbanding sektor awam.
JADUAL
6. Perbandingan latar belakang akademik pelajar 
IPTA­IPTS
(Ujian U Mann­Whitney)
* Signifikan pada aras keertian 1%
+ Tidak signifikan

44
Jurnal Pendidikan 28
KUALITI PROGRAM PENGAJIAN
Bahagian ini menganalisis penilaian pelajar ke atas kualiti program pengajian
yang mereka ikuti. Beberapa indikator mengenai aspek pengajaran, kemudahan
pengajaran dan khidmat sokongan telah digunakan untuk tujuan perbandingan.
Jadual 7 menunjukkan bahawa tingkat kepuasan pelajar di 
IPTA
adalah lebih
tinggi berbanding pelajar 
IPTS
untuk sebahagian besar angkubah yang digunakan
untuk tujuan perbandingan. Sekiranya tingkat kepuasan boleh dikaitkan dengan
kualiti program yang ditawarkan, berdasarkan keputusan ujian yang dibuat dalam
Jadual 7, bolehlah dirumuskan bahawa kualiti program pengajian di 
IPTA
adalah
lebih baik berbanding di 
IPTS
. Keputusan ini selari dengan analisis perbandingan
terhadap aspek­aspek sebelumnya yang jelas menunjukkan bahawa program di
IPTA
adalah lebih baik berbanding dengan yang terdapat di 
IPTS
. Oleh itu model
access demand adalah bersesuaian digunakan untuk memahami isu dan masalah
bersabit dengan perkembangan 
IPTS
di negara ini.
JADUAL
7. Perbandingan penilaian pelajar ke atas aspek pengajaran,
kemudahan pengajaran dan khidmat sokongan antara 
IPTA
dan 
IPTS
(Ujian U Mann­Whitney)
* Signifikan pada aras keertian 1%
** Signifikan pada aras keertian 5%
Sumber: Kaji selidik 1999.
Senarai
Angkubah
Pengajaran:
Kepuasan keseluruhan*
Kuantiti kuliah*
Kualiti kuliah*
Kuantiti sokongan akademik*
Kualliti sokongan akademik**
Kemudahan Pengajaran:
Kemudahan Perpustakaan*
Masa buka perpustakaan*
Buku dan bahan perpustakaan*
Kemudahan komputer**
Khidmat sokongan komputer
+

Kemudahan makmal
+

Khidmat Sokongan:
Kuantiti khidmat sokongan*
Kualitii khidmat sokongan*
Khidmat persatuan pelajar*
Kemudahan persatuan pelajar
+

Aktiviti ko­kurikulum*
Bimbingan kerjaya
+

Pelaburan Pendidikan Tinggi
KESIMPULAN
K­ekonomi memerlukan lebih ramai guna tenaga berpengetahuan tinggi dalam
usaha menjana ekonomi negara masa depan. Keadaaan ini dijangka memberi
kesan yang besar ke atas peningkatan permintaan terhadap pendidikan tinggi di
negara ini. Berdasarkan perkembangan sistem pendidikan tinggi negara sejak
beberapa tahun yang lalu, peningkatan dalam permintaan ini sudah tentu akan
memberi tekanan yang lebih besar ke atas keupayaan sistem pendidikan tinggi
awam negara. Walaupun langkah kerajaan menggalakkan penubuhan lebih
banyak 
IPTS
dijangka mengurangkan tekanan terhadap permintaan pendidikan
tinggi di sektor awam, namun langkah ini perlulah dilaksanakan secara berhati­
hati memandangkan terdapat beberapa isu dan masalah yang berkait rapat dengan
sistem pendidikan tinggi swasta itu sendiri ini.
Oleh kerana peningkatan permintaan terhadap pendidikan tinggi swasta
adalah berpunca dari access demand, terdapat kecenderungan di kalangan
operator­operator institusi swasta yang mengambil kesempatan memaksimumkan
keuntungan. Hasil kajian menunjukkan kos operasian di kalangan 
IPTS
adalah
jauh lebih rendah berbanding 
IPTA
. Seimbas lalu, kos operasian yang rendah ini
mungkin membayangkan kecekapan kolej­kolej swasta ini dari segi penawaran
kursus. Namun berdasarkan analisis ke atas angkubah­angkubah lain, terutama
sekali dari perspektif pelajar terbabit, jelas menunjukkan terdapat beberapa
kelemahan ketara berhubung dengan peranan 
IPTS
ini. Dari segi istilahnya, 
IPTS
mungkin mencapai kecekapan teknikal sahaja, tetapi dari segi kecekapan ekonomi
yang menyeluruh, 
IPTA
kelihatan lebih cekap dari segi penawaran kursus.
Kecekapan ekonomi mengambilkira buka sahaja aspek kos yang terlibat, tetapi
juga aspek kualiti dan kebajikan masyarakat seluruhnya.
Hasil kajian menunjukkan bahawa individu atau isi rumah terpaksa
menanggung kos yang tinggi untuk mengikuti pengajian di 
IPTS
, sedangkan kos
tersebut masih boleh dikurangkan memandangkan kos operasian yang terlibat
adalah jauh lebih rendah dari itu. Keadaan ini sudah tentu menjejaskan kebajikan
pelajar yang ingin (atau mungkin terpaksa) belajar di 
IPTS
, lebih­lebih lagi kajian
ini juga mendapati bilangan pelajar 
IPTS
yang mendapat bantuan kewangan
adalah kurang 20 peratus, sedangkan di 
IPTA
, lebih 80 peratus mendapat bantuan
kewangan.
Kos persendirian yang terlalu tinggi juga telah menyebabkan kadar
pelaburan pendidikan tinggi bagi pelajar 
IPTS
rendah dalam hampir semua bidang
pengajian, kecuali bidang perubatan. Sekiranya masyarakat mendapat maklumat
yang betul tentang kadar pulangan ini, ia mungkin boleh menjejaskan pernyataan
mereka dalam pendidikan tinggi, dan ini seterusnya boleh memberi kesan terhadap
perlaksanaan rancangan k­ekonomi negara. Perlaksanaan k­ekonomi juga
mungkin boleh terjejas sekiranya mutu pengajian yang ditawarkan oleh 
IPTS
tidak mencukupi tahap yang diinginkan. Motif untuk memaksimumkan keuntungan
telah mendorong operator­operator 
IPTS
ini untuk mengurangkan kos operasi
Page 14
46
Jurnal Pendidikan 28
mereka. Dari segi pendidikan, ini boleh menjejaskan mutu pengajaran seperti
yang dibayangkan oleh tahap kepuasan responden­responden 
IPTS
terhadap
aspek­aspek pengajaran, kemudahan pengajaran dan khidmat sokongan yang
secara relatifnya lebih rendah berbanding responden 
IPTA
.
RUJUKAN
Arcelo, A. A. & Sanyal, B. C. 1987. Employment and Career Opportunities After Gradu­
ation: The Philippine Experience. Manila: Fund for Assistance to Private Education,
IIEP
.
Balan, J. 1990. Private Universities within the Argentine Higher Educational System,
Trends and Prospects. Higher Educational Policy 3(2): 13­17.
Blaugh, M. 1976. The Empirical Status of Human Capital Theory: A Slightly Jaundiced
Survey. Journal of Economic Literature 14: 827­855.
Dasgupta, A. 1979. Income Distribution, Education and Capital Accumulation. Washing­
ton 
DC
: World Bank.
FMM
Forum. 1993. Manpower Requirements: Industrial Strategies in the Nineties. 
FMM
Forum 93/94. Kuala Lumpur: Federation of Malaysian Manufacturers.
Glytsos, Nicholas P. 1990. Anticipated Graduate Job Mismatches and Higher Education
Capacity Inadequacies in Greece. Higher Education 19(4): 397­418.
James, E. 1986. The Private Non­profit Provision of Education: A Theoretical Model
and Application to Japan. Journal of Comparative Economics 10: 255­276.
James, E. & Benjamin, G. 1988. Public Policy and Private education in Japan. London:
Macmillan.
Jimenez, E. & Tan, J. P. 1978. Selecting the Brightest for Post Secondary Education in
Columbia: The Impact of Equity. Economics of Education Review 6(2): 129­135.
Mohd Yusof & Ishak Yussof. 2000. Liberalisasi dan Pendemokrasian Pendidikan Tinggi
dalam Konteks Pertumbuhan dan Agihan. Dlm. Md. Zhahir Kechot & Mansor
Jusoh (pyt.), Ekonomi Malaysia: Menghadapi dan Menangani Cabaran. Bangi,
Penerbit 
UKM
.
Patrinos, H. A. 1990. The Privatisation of Higher Education in Columbia, Effects on
Quality and Equity. Higher Education 20(2): 161­173.
Pencavel, T. 1991. Higher Education, Productivity, and Earnings: A Review. Journal of
Economics Education 22(4): 331­359.
Psacharopoulos, G. 1985. Returns to Education: A Further International Update and
Implications. Journal of Human Resources 20(4): 583­604.
Rahmah Ismail & Ishak Yussof. 1995. Pendidikan dalam Membina Ekonomi Malaysia:
Ke Arah Sebuah Negara Industri Maju. Kertas kerja Seminar Kebangsaan Pendidikan
Negara Abad Ke­21, Fakulti Pendidikan 
UKM
, Bangi.
Schultz, T. W. 1961. Investment in Human Capital. American Economic Review 51: 1­17.
Tilak, J. B. G. 1991. The Privatisation of Higher Education. Prospects 21(2): 227­239.
Baiknya IPTS ------------- 1. Pelajar2 melayu yg tak dapat masuk IPTA dapat meneruskan
pengajian mereka. 2. Dapat menampung kehendak industri yg semakin meningkat. 3. Lebih
ramai rakyat kita mempunyai kelulusan tinggi. Buruknya IPTS 1. Yuran tinggi kualiti rendah.
IPTA yuran rendah kualiti tinggi. 2. Pensyarah IPTA berkelayakan, ada MA dan PhD. Kat
IPTS boleh kira berapa ada MA dan PhD. Degree 70 -100% 3. Kat IPTA, R&D kuat tetapi
IPTS R&D boleh katakan tak de langsung. Akibatnya 1. Graduan yang lahir tidak mempunyai
kualiti dan standard yang sepatutnya. 2. Bila interview-jauh berbeza jika dibandingkan dengan
IPTA atau Poli/UiTM/IKM dsb. 3. Jadi - apalah nilai sebuah sijil diploma atau degree kalau
tak de quality ?? Ada yg mengatakan Najib kena kencing Fong Chan On. Dia dikelabui
dengan Malaysia menjadi pusat pendidikan. Saya fikir Malaysia sesuai menjadi pusat
pendidikan pringkat post graduate dan bukan first degree. Kita sebenarnya telalu gopoh dan
ghairah. CADANGAN 1. Kerajaan perlu ambil alih IPTS melalui konglomerat seperti
PROTON, PKEN, PETRONAS, MISC, MAS dan sebagainya. 2. Beri suntikan modal dan
letak mereka yang bekelayakan menerajui IPTS bukannya mereka yang mentah dan berfikir
untung semata-mata. 3. LAN perlu ketatkan dan perlu ada rating IPTS yang ada. taraf *, **,
***, ****, ****. KESIMPULAN Datuk Najib tidak boleh menafikan apa yang disebut oleh
Pensyarah dalam UM hari ini. Apa yang datuk Najib tahu, pergilah tengok IPTS bumiputera
yg ada sekarang - offer Dip computer sciense tapi praktikal training tak de, makmal pun PC
klon jekk, develope system pakai PASCAL atau FOXPRO. lecturer baru graduate, sambil
tunggu keje tempat lain. lecturer asyik tukar2 orang !!! Macamana nak memenuhi kehendak
industri ? Hutang PTPN/MARA berpuluh ribu !!. PAS/BA perlu tindakan yang lebih konsisten
dan berterusan. Pendidikan ada CORE BUSINESS dalam mana-mana negara. Manifesto
PAS/BA perlu jelas dan detail - apa dasar pendididkan BA. Penerangan dasar ini hendaklah
dimulakan dari sekarang. Kita tengok tahun 2003 !!! BERITA MALAYSIA
-------------------------------------------------------------------------------- August 21 , 2000 16:29PM
PENUBUHAN IPTS MEMPUNYAI BANYAK KESAN POSITIF, KATA NAJIB KUALA
LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Orang ramai tidak harus melihat kesan penubuhan institusi
pengajian tinggi swasta (IPTS) daripada segi pembahagian kaum sahaja kerana ia sebenarnya
mempunyai banyak kesan lain yang positif, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Tun
Razak. Beliau berkata dasar menggalakkan penubuhan IPTS yang diperkenalkan semasa
beliau menjadi Menteri Pendidikan itu telah berjaya menjimatkan beratus juta ringgit wang
kerajaan yang sebelum ini dibelanjakan bagi menghantar pelajar mengikuti pengajian di luar
negara. "Dasar ini juga telah membantu usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai
pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini," katanya pada sidang media selepas
melancarkan pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2002, di sini Isnin. Beliau mengulas
laporan sebuah akhbar hari ini yang memetik kenyataan Pensyarah Fakulti Perniagaan dan
Perakaunan Universiti Malaya Nawi Abdullah yang mendakwa jurang perbezaan bilangan
profesional Melayu dan bukan Melayu dijangka semakin melebar pada tahun 2003 apabila
pelajar bukan Melayu menamatkan pengajian daripada IPTS. Menurut Nawi, ketidak
seimbangan itu wujud kerana pelajar Melayu menghadapi kesukaran melanjutkan pelajaran di
IPTS kerana yuran yang dikenakan adalah terlalu tinggi berbanding yuran institusi pengajian
tinggi awam (IPTA). Najib berkata semasa menerajui Kementerian Pendidikan beliau juga
telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan IPTS di negara ini bagi
memastikan yuran yang dikenakan mereka adalah berpatutan. Najib yang juga Naib Presiden
Umno berkata parti itu juga telah mengemukakan beberapa saranan kepada kerajaan bagi
membantu pelajar Bumiputera di IPTS dan IPTA termasuk meminta tabung bantuan pengajian
sedia ada diperluaskan. Dalam perkembangan lain, Najib berkata Kementerian Pertahanan
akan lebih berhati-hati pada masa depan dalam memberi sokongan terhadap syarikat tempatan
yang ingin menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan syarikat pertahanan
asing. Menurutnya, langkah itu perlu bagi memastikan syarikat terbabit tidak mengggunakan
nama kementerian dan MoU itu bagi mendapatkan publisiti, sedangkan mereka tidak
berhasrat melaksanakan perjanjian yang telah ditandatangani itu. Ditanya mengenai langkah
terbaru kementerian bagi memastikan kejadian penculikan di Pulau Sipadan 23 April lepas
tidak berulang, Najib berkata kementerian telah menasihati semua hotel di kawasan terpencil
yang tidak mempunyai kemudahan komunikasi supaya menyediakan kemudahan radio Very
High Frequency (VHF). Katanya kemudahan radio itu akan membolehkan pengusaha hotel
terbabit menghubungi pasukan tentera dan polis bagi mendapatkan bantuan sekiranya
menghadapi ancaman. -- BERNAMA
__________________________________________________ Do You Yahoo!? Yahoo! Mail
– Free email you can access from anywhere! http://mail.yahoo.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To
: [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang
dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-
Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "=?iso-8859-1?q?PAS=20Tg.=20Aru?="
Pada tahun 1996, dengan tergubalnya Akta Pendidikan (yang menggantikan Akta Penalaran
1961) dan Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta 1996, kami menggangap sebagai perubahan
yang boleh menjejaskan sistem pendidikan kebangsaan yang sedia ada, terutama dari segi
perpaduan dan jati diri kebangsaan. Apa tidaknya, kewujudan IPTS yang menggunakan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Manakala di IPTA, bahasa pengantarnya adalah
Bahasa Melayu. Penggunaan bahasa pengantar di dalam Bahasa Inggeris di IPTS nampaknya
nenidakkan kepentingan Bahasa Malaysia dan membawa implikasi yang besar khususnya dari
segi mendapatkan peluang-peluang pekerjaan bagi kelulusan dari IPTA dan IPTS di mana
pihak swasta lebih gemar menawarkan peluang pekerjaan kepada lulusan yang boleh
menggunakan Bahasa Inggeris dengan lebih baik.

Pada tahun 1998 terdapat lebih 195 IPTS di Malaysia. Dari jumlah ini hanya 10 peratus
dimiliki oleh kaum Bumiputera (Melayu).

Sebanyak 250 daripada IPTS tersebut menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar. Dari segi kemasukan hanya 5 peratus daripada pelajar di IPTS adalah pelajar
Bumiputera. Manakala tidak sampai 0.01 peratus daripada jumlah pelajar di IPTS adalah
daripada kaum Bumiputera keturunan Bidayuh. Ini menunjukkan betapa IPTS itu tidak
menyumbangkan kepada peningkatan taraf pendidikan dan sosio-ekonomi kaum Bumiputera
di Malaysia. Selain itu timbul juga persolan-persoalan lain akibat dari kewujudan IPTS,
misalnya kesukaran yang dialami oleh pelajar Bumiputera.

Pelajar-pelajar Bumiputera khususnya yang datang dari luar bandar didapati sukar memahami
kuliah dan sumber maklumat dalam Bahasa Inggeris. Keadaan ini akan memburukkan lagi
keadaan ketidakseimbangan dari segi penyediaan tenaga iktisas di kalangan Bumiputera yang
berada dan kurang berada, dan di kalangan kaum Bumiputera dn bukan Bumiputera.
Kewujudun IPTS dilihat akan memburukkan lagi jurang perbezaan di antara kaum-kaum di
Malaysia, malah ia juga akan mengurangkan kemungkinan pergaulan antara kaum dan
seterusnya menyukarkan perpaduan kaum seperti yang ingin dicapai dalam WAWASAN
2020.

Salah satu perubahan yang ketara di dalam Dasar Pendidikan Negara ialah Pengkropratan
IPTA. Dasar kerajaan untuk mengkorporatkan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Tujuan pengkorporatan IPTA ialah untuk membebaskan IPTA daripada kerenah peraturan
birokrasi agar IPTA ditadbirkan dengan lebih cekap.

IPTA dibenarkan mencari sumber kewangan sendiri untuk membiayai rancangan


pembangunannya dan untuk memberi ganjaran yang lebih menarik kepada tenaga
akademiknya. Dasar pengkorporatan IPTA dan kelonggaran yang dibuat oleh kerajaan dalam
penglibatan pihak swasta dalam bidang pendidikan merupakan pendekatan baru dalam
pendidikan di Malaysia. Dengan mengenakan yuran kemasukan dan pengajian yang tinggi di
IPTA ramai di kalangan golongan yang kurang bernasib baik khususnya penduduk di luar
bandar didapati tidak mampu untuk membiayai pendidikan anak-anak mereka di IPTA. Jika
cadangan pengkorporatan IPTA tidak ditangani dengan baik ia akan membawa impak yang
negatif kepada pembangunan negara.

Selain persoalan pongkorporatan IPTA, dasar untuk mewujudkan Sekolah Bestari (Smart
School) juga perlu diberi perhatian oleh kerajaan khususnya dari segi pelaksanaannya di
negeri-negeri yang tidak mempunyai prasarana yang mencukupi untuk melaksanakan Sekolah
Bestari. Di Sarawak lebih 45 peratus sekolah rendah adalah terletak di kawasan luar bandar di
kampung-kampung dan rumah-rumah panjang yang terpinggir. Kebanyakan dari sekolah ini
tidak mempunyai bekalan eletrik, kalau adapun bekalan eletrik ini diperolehi dari generator.
Kemudahan ini didapati tidak sesuai untuk pelaksanaan Sekolah Bestari. Tetapi jika ia tidak
dilaksanakan maka yang rugi adalah mereka yang tinggal jauh di pedalaman, bukan sahaja
mereka ketinggalan dalam arus pembangunan perdana malah terus terpinggir dalam system
pendidikan itu sendiri. Bagi masyarakat kaum Bidayuh di Sarawak, terdapat banyak kampung
di Daerah Serian, kawasan Padawan, Penrissen, kawasan Serumbu, Jagoi di Bau dan Lundu
yang masih tidak mempunyai bekalan eletrik yang mencukupi. Persoalannya bagaimanakah
Sekolah Bestari seperti mana yang telah gembar-gemburkan pelaksanaannya akan
dilaksanakan di kawasan tersebut.

Keadaan sekolah khususnya sekolah rendah kebangsaan yang dahulunya ialah Mission
Primary Schools masih lagi dalam keadaan fizikal yang amat daif, dan ada kalanya sekolah-
sekolah jenis ini tidak mempunyai bilik darjah yang mencukupi untuk menampung bilangan
pelajar yang semakin meningkat. Ini adalah kerana sekolah-sekolah tersebut tidak menerima
peruntukan kewangan yang mencukupi dari Kementerian Pendidikan. Sekolah-sekolah ini
kebanyakannya terletak di kawasan pedalaman yang terpinggir. Di kawasan-kawasan yang
terpinggir, di Sarawak, kanak-kanak sekolah yang berusia lebih kurang 6 tahun dikehendaki
tinggal di asrama di sekolah rendah. Ini adalah kerana untuk ke sekolah mereka terpaksa
berjalan kaki hingga beberapa jam untuk sampai ke sekolah kerana tidak ada system jalanraya
yang baik. Mereka terpaksa melalui jalan hutan untuk sampai ke sekolah.

You might also like