You are on page 1of 35

PERSEPSI

dibahaskan PELAJAR
ialah berkenaan isuTERHADAP ISU-ISU
sumbang mahram sertaSOSIAL: SATU
kes rogol dan TINJAUAN
bunuh DI
yang melibatkan
kanak-kanak. UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI.

Oleh;
Mohd Nasir Masroom

Pejabat Hal Ehwal


UTM, Skudai.Pelajar

Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi pelajar-pelajar UTM terhadap tahap
masalah sosial di UTM kampus Skudai dan cadangan-cadangan yang boleh dilaksanakan
untuk menangani masalah ini. Sampel kajian adalah terdiri daripada 377 orang pelajar yang
dipilih secara rawak. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik. Manakala data dianalisis
dengan menggunakan “Statistical Pakage For The Social Sciences” dan dibentangkan
dalam bentuk kekerapan dan peratus. Taburan tahap-tahap masalah sosial dianalisis secara
keseluruhan dan dipamerkan menggunakan kekerapan dan peratus. Perbezaan tahap
mengikut ciri-ciri demografi responden juga akan dipamerkan untuk melihat perbezaan
pandangan di kalangan mereka. Hasil kajian mendapati kebanyakan responden berpendapat
bahawa masalah sosial di UTM berada di tahap yang sederhana dan tinggi. Mereka
berpendapat, pihak pengurusan UTM perlu melakukan sesuatu untuk menangani masalah
ini sebelum menjadi lebih parah lagi. Beberapa cadangan dikemukakan dalam kajian ini
kepada pihak pengurusan UTM sebagai langkah untuk menangani isu ini. Adalah
diharapkan agar hasil kajian ini dapat membantu pihak pengurusan UTM memilih
pendekatan terbaik dan praktikal bagi melahirkan graduan yang mempunyai akhlak yang
baik serta dapat mewujudkan suasana harmoni di persekitaran kampus.

1.0 Pengenalan.

Ketika masyarakat Malaysia semakin berkembang maju mengejar pembangunan meterial,


semacam terdapat satu peralihan dari sudut pembangunan diri, aspek-aspek moral, akhlak dan
sosial menuju ke arah tahap yang rendah apabila melihatkan kepada isu-isu sosial masa kini.
Dalam hubungan ini, al-Quran dijadikan sandaran apabila Rasulullah s.a.w diutus sebagai rasul
untuk memperbaiki akhlak umat ketika itu sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Qalam
ayat 4 yang bermaksud;
“… dan bahawa sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat
mulia”.

Ibn Kathir dalam Zakaria Stapa (1995) sewaktu menghuraikan ayat ini telah mencatatkan
perihal bahawa Aisyah r.a telah ditanya oleh Said b. Hisham tentang akhlak Rasulullah s.a.w,
lalu Aisyah menjawab “tidakkah kamu membaca al-Quran?” Said menjawab bahawa dia telah
membacanya. Aisyah pula berkata “sesungguhnya akhlak Rasulullah s.a.w adalah (isi kandung)
al-Quran itu sendiri”. Ini bermakna, bahawa Rasulullah s.a.w telah menjadikan ketaatan
terhadap suruhan dan larangan al-Quran itu sebagai akhlak kepada dirinya; apa-apa yang
disuruh oleh al-Quran dilaksanakannya, sedangkan apa-apa yang dilarang pula ditinggalkannya.

Apabila membicarakan isu sosial, ia sebenarnya sudah menjadi masalah nasional – masalah negara!
Dari tahun ke tahun, statistik menunjukkan bahawa peningkatan bilangan gejala sosial di kalangan
orang-orang Islam semakin hari semakin meningkat berbanding bangsa-bangsa lain di negara ini (Wan
Mohammad, 2003). Kes-kes yang dilaporkan ini meliputi kes buang bayi, penganiaan kanak-kanak,
rogol di bawah umur, sumbang mahram, maksiat, kehamilan remaja, keganasan rumah tangga,
pengihan dadah dan jangkitan HIV/AIDS. Kita juga pernah dikejutkan dengan Isu Black Metal yang
menyerang pelajar-pelajar Muslim satu ketika dahulu – 2001, dan kini satu lagi isu sosial yang hangat
1.1 Definisi masalah
sosial.
Banyak telah diperkatakan mengenai gejala-gejala sosial yang dihadapi oleh masyarakat kita.
Gejala sosial dilihat sebagai satu perlakuan manusia yang terkeluar dari batas-batas normal dan
diterima umum, baik dari aspek agama, sosial serta budaya kehidupan masyarakat (Hamzah
2003). Masalah sosial adalah sesuatu yang merangkurni berbagai pelakuan negatif anggota
masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan
struktur ekonomi yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat, komuniti ataupun negara. Secara
makronya, di suatu peringkat pertumbuhan ekonomi, kemiskinan dan lain-lain faktor
penghasilannya yang negatif dilonggok sebagai masalah sosial dan kadangkala juga sebagai
masalah ekonomi. Begitu juga dengan proses inter dan intra penghijrahan dan perbandaran,
yang seringka1i dikaitkan dengan kerniskinan di bandar, kejutan budaya dan jurang pencetus
utama kepada perbagai masalah sosial dan seringkali juga dikaitkan sebagai variable kepada "
economic dysfunctioning ".(Sayed A. Rahman, 1997).

Tetapi isu sosial yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah terhad kepada isu yang berkaitan
dengan perhubungan antara siswa dan siswi (couple), khalwat, persetubuhan luar nikah
(berzina), terlibat dengan bahan lucah, pelajar lelaki lembut (mak nyah) dan etika berpakaian.
Pemilihan ini adalah berdasarkan kepada andaian pengkaji sendiri dan juga rekod-rekod
tatatertib pelajar serta hasil perbincangan sesama rakan sepejabat terhadap isu-isu sosial di
UTM yang selalu dikaitkan dengan lima masalah utama ini.

2.0 Latarbelakang kajian.

Instiusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) juga tidak dapat lari dari menerima realiti bahawa isu
sosial juga melanda kawasan kampus mereka. Akhir-akhir ini, isu sosial di kalangan
mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam menjadi perbualan hangat dengan tersebarnya
gambar perlakuan sumbang menerusi internet dan laporan media yang kononnya dilakukan
oleh golongan mahasiswa IPTA. Sungguhpun kesahihan berita dan gambar tersebut masih
boleh diragui, namun satu tindakan wajar dilakukan untuk membendung gejala yang tidak sihat
ini menjadi satu realiti yang akan memalukan nama baik IPTA termasuk Universiti Teknologi
Malaysia (UTM) sendiri.

Isu ini menjadi hangat sekitar Jun 2003 apabila sekali lagi gambar aksi lucah didakwa
dilakukan oleh golongan mahasiswa tersebar di internet (Utusan Malaysia, 3 Jun 2003).
Wawancara penuh bersama Naib Canselor UiTM sebagai menjawab dakwaan sesetengan pihak
bahawa aksi lucah tersebut adalah melibatkan pelajar UiTM. Dalam wawancara tersebut, Prof
Datuk Dr Ibrahim Abu Shah menafikan bahawa aksi tersebut dilakukan oleh pelajar UiTM
kerana tiada bukti-bukti kukuh yang dapat mengaitkan pelajarnya dengan gambar-gambar
tersebut.

Berita Harian (18 Ogos 2003) dalam temubual yang dibuat kepada Prof Madya Dr Rahmatullah
Abdul Wahab Khan, Pensyarah Jabatan Psikologi UIAM berkata punca mahasiswa yang terlibat
dengan masalah sosial adalah sama dengan faktor yang menyebabkan remaja-remaja lain
melakukan kesalahan akhlak dan sosial iaitu pengaruh persekitaran di samping faktor
kelemahan penguatkuasaan dan kawalan. Pensyarah Jabatan Psikologi UKM Nor Ba’yah
Abdul Kadir pula berpendapat mahasiswa yang memahami bahawa mereka adalah sebahagian
daripada masyarakat boleh membendung pelakuan salah laku akhlak dan sosial. Ini kerana
mereka akan menjaga imej mereka di mata masyarakat.

Berdasarkan maklumat dan gambaran umum mengenai masalah sosial di IPTA, tidak dinafikan lagi
bahawa masalah sosial ini memang berlaku. Persoalannya sekarang ialah
sejauhmanakah keparahan (severity) tahap masalah ini di kampus UTM dan apakah cadangan-
cadangan yang boleh dikemukakan kepada pihak pengurusan UTM untuk menangani masalah
ini. Untuk menjawab persoalan-persoalan ini, maka kajian ini dijalankan untuk mengetahui
tahap keparahan masalah sosial ini dan langkah-langkah cadangan untuk menanganinya
berdasarkan perspektif pelajar sendiri.

3.0 Metodologi kajian.

3.1 Reka bentuk kajian.

Menerusi kaedah kuantitatif, pengambilan data dibuat menggunakan soal selidik kepada 377
orang responden. Pembolehubah bersandar ialah persepsi pelajar, manakala pembolehubah
tidak bersandar ialah ciri-ciri demografi responden seperti umur, jantina, bangsa, agama,
kursus, tahun pengajian dan tempat tinggal sekarang.

Melalui kaedah tinjauan, Najib (1997) berpendapat bahawa pengukuran efektif seperti sikap,
tanggapan, persepsi, emosi, perasaan, minat, kepercayaan, nilai dan kepuasan adalah tidak
begitu mudah seperti yang disangkakan, kerana ia mesti mengambil kira pelbagai
pembolehubah luaran. Antara faktor yang mesti diambil kira ialah suasana persekitaran,
pemakanan dan bakat, perbezaan antara nilai peribadi dengan nilai yang dipersetujui ramai,
sikap yang sentiasa berubah-ubah, perubahan sikap yang menyentuh etika dan perubahan sikap
yang bergantung kepada masa, pertumbuhan fizikal dan kematangan seseorang. Keputusan
kajian selalunya subjektif dan bergantung kepada pembaca. Ia cuba menerangkan
menyelesaikan masalah secara mikro. Kaedah ini cuba menerangkan perlakuan individu
berdasarkan ciri-ciri tertentu dan deskritif secara khusus menyebabkan ia jarangkali
membincangkan ciri kebolehpercayaan kerana kebolehpercayaan tersebut bergantung kepada
subjektif seseorang individu.

3.2 Populasi dan Sampel Kajian.

Subjek kajian terdiri daripada para pelajar siswa dan siswi yang sedang menuntut di UTM
Kampus Skudai. UTM Kampus Skudai mempunyai beberapa kategori pelajar iaitu Tahun Asas,
Ijazah Sarjana muda dan Ijazah Lanjutan (Sarjana dan Ph.D). Namun begitu, pengkaji hanya
menyasarkan data yang diperolehi daripada kategori pelajar Ijazah Sarjana muda sahaja kerana
mereka merupakan kumpulan terbesar di UTM Kampus Skudai berbanding dengan kumpulan-
kumpulan pelajar lain.

Jumlah keseluruhan populasi atau pelajar yang ingin dijadikan sampel kajian ialah 18,000.00
orang pelajar (Unit Kemasukan Rekod, 2003). Menurut Najib (1999), tidak mungkin untuk
pengkaji dapat berjumpa dengan setiap individu dalam populasi ini. Bagi mengatasi masalah
ini, Najib (1999) mencadangkan agar kaedah pemilihan dijalankan secara rawak. Sampel
kajian seramai 377 orang adalah ditentukan dengan menggunakan formula Krejcie dan Morgan
dengan menetapkan aras keyakinan dikekalkan pada tahap 95%.

3.3 Instrumen Kajian.

Kajian ini menggunakan instrumen kajian satu set soal selidik yang memfokus kepada
matlamat untuk melihat persepsi pelajar terhadap tahap masalah sosial pelajar UTM dan
cadangan penyelesainnya. Najib (1997) berpendapat, soal selidik selalu digunakan untuk
mengukur perkara yang berkaitan dengan sikap, persepsi dan pandangan, selain dari keterangan
latar belakang. Tetapi perlu diingat bahawa pendapat dan pandangan setiap orang adalah
berbeza, ini agak menghadkan kesahan ujian tersebut.

Soal selidik ini merupakan soal selidik yang dibina oleh pengkaji sendiri untuk mendapatkan persepsi
pelajar tentang isu akhlak, moral dan kesopanan. Kajian rintis
(pilot

test
)

Soal selidik ini mengandungi 26 soalan dan terbahagi kepada 4 bahagian. Bahagian A terdiri
dari penyataan demografi iaitu umur, jantina, bangsa, agama, kursus, tahun pengajian dan
tempat tinggal sekarang. Objektif utama pengkaji mengambil enam item yang terdapat pada
bahagian ini ialah untuk melihat perbezaan persepsi di antara enam item tersebut terhadap isu
yang dikaji.

Pada Bahagian B pula pengkaji telah memilih beberapa item yang sesuai dengan
pembolehubah persepsi yang hendak dikaji yang mengandungi 21 soalan. Jumlah skor ditabur
di antara 21 hingga 105 markah. Tahap persepsi pelajar akan dikategorikan berlandaskan
kedudukan taburan skor. Kategori setiap skor adalah seperti yang dinyatakan dalam jadual
berikut:

Jadual 3.1: Persepsi pelajar terhadap tahap masalah sosial UTM.

Skor Markah
Tinggi 78-105
Sederhana 50-77
telah dilaksanakan menggunakan sampel pelajar UTMRendah
yang tidak terlibat dalam kajian sebenar. 21-49
Walaupun ada sedikit pembaikan, namun semua responden menunjukkan keselarasan dalam jawapan-
jawapan yang telah diberikan.
Manakala Bahagian C pula terdapat 5 soalan yang memfokuskan kepada pandangan pelajar
boleh dilaksanakan sebagai kaedah yang sesuai untuk menangani isu ini. Pengkaji juga
menambah Bahagian D iaitu pendapat pelajar mengenai isu akhlak dan moral pelajar UTM
secara umum. Bahagian ini sebagai sokongan kepada keseluruhan soalan yang telah dijawab
dan ia berbentuk pandangan umum responden terhadap isu yang dikaji. Tidak timbul sebarang
masalah sama ada responden memberi apa-apa respon dalam bahagian ini atau langsung tidak
memberikan apa-apa respon. Ini kerana bahagian ini hanya ruangan pendapat sahaja.

Untuk menguji kebolehpercayaan soal selidik ini, satu ujian telah dijalankan ke atas item-item
Bahagian B soalan 1 hingga soalan 21 untuk mendapatkan nilai Cronbach Alpha. Keputusan
alpha bagi semua item yang diuji berada pada tahap 0.8166. Nilai ini melebihi piawai yang
ditetapkan (0.8), maka semua item tersebut dipertimbangkan untuk proses pengumpulan data
bagi kajian sebenar (Najib, 1999).

Skala Likert digunakan dalam menentukan pilihan jawapan kepada responden. Responden
dikehendaki menandakan jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan berdasarkan satu skala
dari satu ekstrem kepada ekstrem yang lain. Dalam kajian ini, penggunaan skala adalah Sangat
Tidak Setuju (STS), Tidak Setuju (TS), Tidak Pasti (TP), Setuju (S) dan Sangat Setuju (ST).

3.4 Analisis Data.

Soal selidik yang dikembalikan disemak secara manual untuk memastikan segala soalan telah
dijawab semuanya. Selepas memasukkan semua data dalam jadual kod, maklumat-maklumat
tersebut dimasukkan ke dalam komputer untuk diproses. Data-data yang diperolehi dari soal
selidik akan diproses dan dianalisis dengan menggunakan Pakej Statistik Sains Sosial versi 11
(SPSS 11). Analisis profil responden pada Bahagian A soal selidik dibuat menggunakan
peratusan dan kekerapan untuk melihatkan perbezaan bilangan dan jumlah yang signifikan
dengan kajian ini. Manakala Bahagian B dan Bahagian C, taburan tahap-tahap masalah sosial
dan cadangan penyelesaiannya dianalisis menggunakan kaedah kekerapan.
4.0 Dapatan Kajian.
4.1 Persepsi pelajar terhadap tahap masalah sosial di UTM

Berikut adalah persepsi para responden terhadap tahap masalah sosial di UTM. Bahagian ini
akan dipecahkan secara keseluruhan, mengikut jantina, kumpulan etnik, agama, asal
kediaman, tempat tinggal dan tahun pengajian mereka.

4.1.1 Taburan tahap masalah sosial secara keseluruhan

Secara keseluruhan kajian ini mendapati, seramai 196 orang responden atau 52.0% mengatakan
bahawa masalah sosial di UTM ini adalah tinggi, manakala 178 orang atau 47.2% mengatakan
sederhana dan hanya 3 orang atau 0.8% mengatakan masalah sosial di UTM berada di tahap
yang rendah.

Jadual 4.7: Taburan tahap masalah sosial secara keseluruhan


Tahap Kekerapan Peratus
Tinggi 196 52.0
Sederhana 178 47.2
Rendah 3 0.8
Jumlah 377 100
4.1.2 Taburan tahap masalah sosial mengikut jantina

Berdasarkan jadual 4.8, didapati seramai 76 orang responden lelaki mengatakan bahawa
masalah sosial di UTM ini adalah tinggi, manakala 66 orang mengatakan sederhana dan hanya
3 orang mengatakan masalah sosial di UTM berada di tahap yang rendah. Manakala 120 orang
responden perempuan mengatakan tahap masalah sosial berada di tahap yang tinggi dan 112
orang mengatakan masalah sosial berada di tahap yang sederhana. Tiada responden perempuan
mengatakan masalah sosial di UTM berada di tahap yang rendah.

Jadual 4.8: Taburan tahap mengikut jantina


Tahap Lelaki Perempuan
Tinggi 76 120
Sederhana 66 112
Rendah 3 -
Jumlah 145 232

4.1.3 Taburan tahap masalah sosial mengikut kumpulan etnik

Berdasarkan taburan tahap mengikut kumpulan etnik, didapati seramai 180 orang responden
Melayu mengatakan bahawa masalah sosial di UTM ini adalah tinggi, manakala 77 orang
mengatakan sederhana dan tiada responden Melayu yang mengatakan masalah sosial di UTM
berada di tahap yang rendah. Manakala seramai 5 orang responden Cina mengatakan bahawa
masalah sosial di UTM ini adalah tinggi, 58 orang mengatakan sederhana dan seorang
responden Cina mengatakan masalah sosial di UTM berada di tahap yang rendah. Bagi etnik
India pula, seramai 7 orang responden India mengatakan bahawa masalah sosial di UTM ini
adalah tinggi, 38 orang mengatakan sederhana dan dua orang responden India mengatakan
rendah. Bagi etnik-etnik lain, 4 orang mengatakan tahap masalah sosial di UTM tinggi dan 5
orang lagi mengatakannya sederhana.
Jadual 4.9: Taburan tahap mengikut kumpulan etnik.
berada di tahap yang tinggi, 50 orang mengatakan masalah sosial berada di tahap yang
sederhana dan 3 orang responden mengatakan masalah sosial di UTM berada di tahap yang
rendah. Tahap Melayu Cina India Lain
4
Tinggi 180 5 7
5
Sederhana 77 masalah sosial58mengikut agama 28
4.1.4 Taburan tahap
-
Kajian juga Rendah
mendapati seramai 186- orang responden 1beragama Islam mengatakan
2 bahawa
masalah sosial di UTM ini adalah tinggi, manakala 77 orang mengatakan sederhana dan tiada
responden Melayu yang mengatakan masalah sosial di UTM berada di tahap yang rendah.
Manakala seramai 2 orang responden Kristian mengatakan bahawa masalah sosial di UTM ini
adalah tinggi, 21 orang mengatakan sederhana dan seorang responden beragama Kristian
mengatakan masalah sosial di UTM berada di tahap yang rendah. Bagi agama Budha pula,
seramai 4 orang responden beragama Budha mengatakan bahawa masalah sosial di UTM ini
adalah tinggi, 43 orang mengatakan sederhana dan tiada responden beragama Budha
mengatakan masalah sosial di UTM berada di tahap yang rendah. Bagi responden beragama
Hindu, 4 orang daripada mereka mengatakan tahap masalah sosial di UTM tinggi, 37 orang
lagi mengatakannya sederhana dan 2 orang berpendapat masalah sosial di UTM berada di
tahap yang rendah.

Jadual 4.10: Taburan tahap mengikut agama

Tahap Islam Kristian Budha Hindu


4
Tinggi 186 2 4
37
Sederhana 77 21 43
4.1.5 Taburan tahap masalah sosial mengikut asal 2
Rendah - 1 -
Berdasarkan jadual 4.11, didapati seramai 111 orang responden yang berasal dari Kampung
dan tanah rancangan FELDA mengatakan bahawa masalah sosial di UTM ini adalah tinggi,
manakala 69 orang mengatakan sederhana dan hanya seorang mengatakan masalah sosial di
UTM berada di tahap yang rendah. Manakala 85 orang responden yang berasal dari Bandar
dan Taman Perumahan mengatakan tahap masalah sosial berada di tahap yang tinggi, 109
orang mengatakan masalah sosial berada di tahap yang sederhana dan 2 orang responden
mengatakan masalah sosial di UTM berada di tahap yang rendah.

Jadual 4.11: Taburan tahap mengikut tempat tinggal asal

Tahap Kampung/Felda Bandar/Tmn.Perumahan


Jadual 4.12 di bawah menunjukkan 179 responden yang tinggal di kolej mengatakan bahawa masalah
Tinggi
sosial di UTM ini adalah tinggi, 111
manakala 128 orang mengatakan sederhana dan tiada responden 85
mengatakan masalah sosial Sederhana 69
di UTM berada di tahap yang rendah. Manakala 109
17 orang responden yang
Rendah 1 2
Jumlah tahap masalah sosial mengikut
4.1.6 Taburan 181kediaman 196

tinggal di luar kolej mengatakan tahap masalah sosial


Jadual 3.12: Taburan responden mengikut kediaman
Tahap Kolej Tinggal Luar
Tinggi 179 17
Sederhana 128 50
Rendah - 3
Jumlah 307 70
4.1.7 Taburan tahap masalah sosial mengikut tahun pengajian

Kajian juga mendapati seramai 27 orang responden tahun 1 mengatakan bahawa masalah sosial
di UTM ini adalah tinggi, manakala 17 orang mengatakan sederhana dan tiada responden tahun
1 mengatakan masalah sosial di UTM berada di tahap yang rendah. Bagi responden tahun 2,
seramai 30 orang responden mengatakan bahawa masalah sosial di UTM ini adalah tinggi,
manakala 26 orang mengatakan sederhana dan seorang responden tahun 2 mengatakan
masalah sosial di UTM berada di tahap yang rendah. Bagi responden tahun 3, seramai 93 orang
responden tahun 3 mengatakan bahawa masalah sosial di UTM ini adalah tinggi, manakala 83
orang mengatakan sederhana dan 2 orang responden tahun 3 mengatakan masalah sosial di
UTM berada di tahap yang rendah. Manakala responden tahun 4, seramai 42 orang responden
tahun 4 mengatakan bahawa masalah sosial di UTM ini adalah tinggi, manakala 48 orang
mengatakan sederhana dan tiada responden tahun 4 yang mengatakan masalah sosial di UTM
berada di tahap yang rendah. Bagi responden tahun 5, seramai 3 orang mengatakan bahawa
masalah sosial di UTM ini adalah tinggi, manakala 4 orang lagi mengatakan sederhana dan
tiada di kalangan mereka yang mengatakan masalah sosial di UTM berada di tahap yang
rendah. Hanya seorang sahaja responden tahun 6 dan dia berpendapat masalah sosial di UTM
berada di tahap yang tinggi.

Jadual 4.13: Taburan tahap mengikut tahun pengajian

Tahap Thn1 Thn2 Thn3 Thn4 Thn5 Thn6


42 3 1
Tinggi 27 30 93
48 4 -
Sederhanapelajar secara
4.2 Pandangan 17 26
keseluruhan 83kaedah menangani
terhadap
masalah sosial di UTM - - -
Rendah - 1 2
Berikut pula adalah pandangan para responden terhadap kaedah menangani masalah sosial di
UTM. Bahagian ini akan dipecahkan lima pecahan iaitu penguatkuasaan undang-undang sedia
ada, menganjurkan program-program kesedaran, mewujudkan unit khas mencegah maksiat,
menghadkan aktiviti pelajar pada waktu malam dan memperbanyakkan poster-poster kesedaran
akhlak dan sosial.

4.2.1 Penguatkuasaan undang-undang sedia ada

Daripada 377 orang responden, 122 (32.4%) sangat setuju agar penguatkuasaan undang-
undang dilaksanakan, 184 (48.8%) setuju, 43 (11.4%) menjawab tidak pasti, 20 (5.3%) tidak
setuju dan 86 (2.1%) sangat tidak setuju agar penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan
untuk menangani masalah sosial.
Jadual 4.14: Pandangan pelajar terhadap penguatkuasan undang-undang
Pandangan Kekerapan Peratus
122 32.4
Sangat Setuju
Setuju 184 48.8
Tidak Pasti 43 11.4
Tidak Setuju 20 5.3
4.2.2
Sangat TakMenganjurkan
Setuju program-program 8 kesedaran 2.1
Jumlah 377 100
Jadual 4.15 di bawah menunjukkan pandangan pelajar agar kesedaran pelajar dipupuk melalui
penganjuran program-program kesedaran, 126 (33.4%) orang responden sangat setuju, 204
(54.1%) orang setuju, 28 (7.4%) orang menjawab tidak pasti, 14 (3.7%) orang tidak setuju dan
5 (1.3%) orang sangat tidak setuju dengan cadangan ini.

Jadual 4.15: Pandangan pelajar terhadap penganjuran program kesedaran

Pandangan Kekerapan Peratus


126 33.4
Sangat Setuju
Setuju 204 54.1
Tidak Pasti 28 7.4
Tidak Setuju 14 3.7
4.2.3 Mewujudkan
Sangat Tak Setuju unit khas mencegah5 maksiat 1.3
Jumlah 377 100
Kajian juga mendapati, 153 (40.6%) responden sangat setuju agar ditubuhkan satu unit khas
yang mencegah maksiat sebagai langkah menangani masalah sosial pelajar UTM, manakala
155 (41.1%) responden setuju, 43 (11.4%) responden tidak pasti, 21 (5.6%) responden tidak
setuju dan 5 (1.3%) responden sangat tidak setuju dengan cadangan ini.

Jadual 4.16: Pandangan pelajar terhadap penubuhan unit khas mencegah maksiat

Pandangan Kekerapan Peratus


153 40.6
Sangat Setuju
Setuju 155 41.1
Tidak Pasti 43 11.4
Tidak Setuju 21 5.6
4.2.4
Sangat TakMenghadkan
Setuju aktiviti pelajar pada
5 waktu malam 1.3
Jumlah 377 100
Berkaitan dengan cadangan menghadkan aktiviti pelajar pada waktu malam sebagai langkah
menangani masalah sosial pelajar UTM, seramai 63 orang responden atau 16.7% sangat setuju,
manakala 107 orang responden atau 28.4% setuju, 63 orang responden atau 16.7% tidak pasti,
109 orang responden atau 28.9% tidak setuju dan 35 orang responden atau 9.3% sangat tidak
setuju dengan cadangan ini.
Jadual 4.17: Pandangan pelajar terhadap menghadkan aktiviti pelajar pada waktu
malam

Pandangan Kekerapan Peratus


63 16.7
Sangat Setuju
Setuju 107 28.4
Tidak Pasti 63 16.7
Tidak Setuju 109 28.9
4.2.5
Sangat TakMemperbanyakkan
Setuju poster-poster
35 kesedaran akhlak dan 9.3
sosial
Jumlah 377 100
Berdasarkan jadual 4.18 di bawah, didapati 120 (31.8%) responden sangat setuju dengan
cadangan agar memperbanyakkan poster-poster kesedaran akhlak dan sosial, 184 (48.8%)
responden setuju, 46 (12.2%) responden tidak pasti, 18 (4.8%) responden tidak setuju dan 9
(2.4%) responden sangat tidak setuju dengan cadangan ini.

Jadual 4.18: Pandangan pelajar agar memperbanyakkan poster kesedaran akhlak


dan sosial

Pandangan Kekerapan Peratus


120 31.8
Sangat Setuju
Setuju 184 48.8
Tidak Pasti 46 12.2
Tidak Setuju 18 4.8
5.0 RumusanSangat Tak Setuju 9 2.4
Jumlah 377 100
Hasil kajian telah menghuraikan tahap masalah sosial pada persepsi pelajar dan cadangan-
cadangan yang boleh dilaksanakan untuk menangani masalah ini. Pengkaji telah memfokuskan
perbincangan kepada penganalisaan persepsi pelajar terhadap tahap masalah sosial pelajar UTM
yang selama ini menjadi persoalan adakah tahapnya membimbangkan dan apakah pendekatan
terbaik untuk menangani masalah ini? Dapatan-dapatan telah mengesahkan andaian pengkaji
bahawa masalah sosial UTM berada di tahap sederhana tetapi hampir kepada tinggi dan
memerlukan tindakan segera sebelum masalah ini menjadi lebih parah lagi. Adalah menjadi
harapan pengkaji, dapatan-dapatan dari maklumat kajian ini dapat memberi garis panduan
kepada pihak universiti untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menangani masalah
sosial pelajar.

Cadangan-cadangan yang terhasil dari kajian ini memperlihatkan satu corak (pattern) yang
menghendaki kerjasama yang bersepadu dari banyak pihak. Ia tidak hanya melibatkan pihak
yang menjaga pelajar secara langsung semata-mata (HEP dan kolej-kolej), tetapi tanggungjawab
bersama itu juga perlu dipikul oleh semua pihak di UTM ini seperti fakulti-fakulti, Masjid
Sultan Ismail, Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial, Pusat Ko-Kurikulum, Unit
Keselamatan, Unit Perkhidmatan Dan Sokongan Pelajar (UPSP) dan Unit Sukan. Kerjasama
yang erat dari semua pihak merupakan elemen terpenting dalam merangka plan tindakan jangka
panjang tentang pembangunan akhlak dan moral pelajar. Tindakan yang dibuat secara kolektif
biasanya akan menghasilkan natijah yang diharap-harapkan. Kefahaman mengenai
tanggungjawab bersama ini perlulah difahami oleh semua warga UTM agar segala rancangan
dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Wan Mohamad (2002) pula berpendapat bahawa kefahaman dan penghayatan cara hidup timur
yang mendalam semata-mata tidak memadai untuk membendung masalah ini tetapi perlu juga
disertakan penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan sebagai langkah pencegahan. Ini
bermakna kedua-dua pendekatan iaitu kesedaran melalui pendidikan dan pencegahan melalui
penguatkuasaan adalah penting bagi menjamin keberhasilan ketika merancang langkah-
kangkah menangani masalah sosial pelajar.
6.0 Cadangan penyelesaian.

Berikut adalah cadangan yang dikemukakan kepada pihak pengurusan universiti untuk
menangani masalah sosial pelajar UTM.

6.1 Pejabat Hal Ehwal Pelajar.

a) Pengurusan HEP dan kolej perlu menambahkan dan memberi penekanan lagi
kepada aktivti/program kerohanian dan kesedaran akhlak mulia berbanding
yang sedia ada. Aktivti/program kerohanian dan kesedaran akhlak mulia
yang dirancang perlu disasarkan juga kepada pelajar bukan Islam.

b) Menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia dalam setiap


program/aktiviti pelajar (Kolej dan HEP).

c) Memperbayakkan bahan edaran seperti flies dan risalah mencegah mungkar


dan mengajak buat baik.

d) Diwujudkan satu unit yang berperanan memantau dan menguatkuasakan


peraturan yang berkaitan dengan masalah sosial pelajar.

6.2 Kolej Kediaman.

e) Beri keutamaan kepada siswi duduk di kolej-kolej yang berdekatan dengan


fakulti (seperti Kolej Tun Razak, Kolej Rahman Putra, Kolej Tuanku
Canselor, Kolej Tun Hussien Onn, Kolej Tun Dr Ismail dan Kolej Tun
Fatimah) serta penempatan pelajar disusun secara berasingan jantina.
Sekiranya kaedah pengasingan tidak dapat dilaksanakan, kawasan asrama
siswi perlu dipagar bagi mengelakkan pencerobohan dan menghadkan
pengunjung lelaki dalam kawasan asrama tersebut.

f) Pelajar menggunakan smart card untuk akses ke blok penempatan masing-


masing. Kaedah ini boleh digunakan untuk memantau pelajar balik lewat
malam dan menghalang bukan penghuni menceroboh kawasan asrama.

g) Membuat papan tanda yang melarang bukan penghuni masuk ke kawasan


asrama.
h) Pengurusan kolej (Pengetua/Felo) buat rondaan secara berjadual di
peringkat kolej masing-masing.

i) Mengiatkan lagi spot check ke bilik-bilik pelajar (disamping kuatkuasa


peraturan kolej dan denda pelajar, bolej juga pantau bahan terlarang
seperti CD lucah dan baju perempuan dalam almari lelaki)

6.3 Umum.
j) Tetapkan kuota pelajar yang boleh memiliki kenderaan berdasarkan lot
parking yang ada. Kaedah ini dapat menyelesaikan masalah jammed dalam
kampus dan kemalangan serta mengelakkan pelajar berlainan jantina
berpelukkan atas motorsikal dan berkhalwat dalam kereta.
k) Melaksanakan kaunseling kepada pelajar yang dikenalpasti bermasalah (rujuk
Kaunselor).
l) Wujudkan Modul Pembangunan Sahsiah yang wajib diikuti oleh semua
pelajar (terutama pelajar tahun satu).

Justeru itu, pihak pengurusan UTM diharap dapat menjadikan langkah-langkah cadangan ini
sebagai panduan dalam menangani masalah sosial pelajar yang semakin membimbangkan ini.
Langkah-langkah yang menggabungkan peranan semua pihak, tanggungjawab bersama,
pencegahan melalui pendidikan, undang-undang dan peraturan merupakan gabungan yang
boleh digunakan sebagai pendekatan untuk menangani masalah sosial pelajar.

7.0 Kesimpulan.

Berdasarkan kepada kajian ini, dapatlah dirumuskan bahawa setiap pelajar mengakui bahawa
isu masalah sosial di kalangan mahasiswa merupakan satu fenomena yang berlaku di UTM ini.
Fenomena ini memerlukan satu tindakan yang konkrit dan bersepadu dari semua peringkat
warga UTM sama ada kepimpinan tertinggi UTM, pegawai, pensyarah, staf sokongan dan
pelajar sendiri, agar sama-sama berganding bahu mempunyai kesedaran untuk menangani
masalah ini dengan bersungguh-sungguh.

Sehubungan itu pihak pengurusan UTM perlu bertindak dan merancangkan satu plan jangka
panjang yang akan menjadi dasar kepada pembangunan sosial, akhlak dan moral para
pelajarnya agar seiring dengan tuntutan agama yang mementingkan akhlak sebagai asas jati
diri insan. Perkara ini juga ditekankan oleh kepimpinan negara dalam mencapai taraf negara
industri agar bangsa Malaysia sentiasa mempunyai nilai moral dan akhlak yang tinggi.

Maka secara keseluruhan dapat disimpulkan di sini bahawa objektif UTM untuk menjadi
sebuah universiti bertaraf dunia adalah merujuk kepada kualiti yang terbaik dari semua sudut.
Tetapi menjadi satu keperluan juga agar pengurusan UTM peka dengan kualiti graduan yang
bakal dilahirkan. Bukan sahaja mempunyai kualiti akademik yang terbaik, malah kualiti
sahsiah, moral dan akhlak juga perlu ditekankan agar setiap graduan yang bakal dilahirkan
nanti mempunyai keseimbangan dari sudut akhlak dan ilmu. Ini kerana mereka akan menjadi
pemimpin kepada anak-anak kita satu masa nanti dan kita tidak mahu anak-anak kita dipimpin
oleh pemimpin yang mempunyai akhlak dan moral yang rendah.

~‫~ﻢﻠﻋأ ﷲاو‬

BIBLIOGRAFI

Buku
Al-Quran dan Terjemahannya.

Abdul Rahman Abdul Aziz. 2002. Pemikiran Etika Hamka. Kuala Lumpur : Utusan Publication &
Distributiors Sdn Bhd.

Al-Ghazali. terj. Ismail Mohd Hassan. 1985. Pekerti Muslim. Kuala Terengganu: Yayasan Islam
Terengganu.

H. Hamzah Ya’qub. 1983. Etika Islam. Bandung: CV Diponegoro.


Mohamad Najib Abdul Ghafar. 1999.
Penyelidikan Pendidikan
. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Janib Johari. 1994. Moral: Teori, Aplikasi dan Permasalahan. Skudai: Unit Penerbitan
Akademik.

Mohd Najib Abdul Ghafar. 1997. Pembinaan dan Analisis Ujian Bilik Darjah.. Skudai: Penerbit
Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Sulaiman Yasin. 1992. Akhlak dan Tasawuf. Bangi: Yayasan Salman.

An-Nawawi. terj. Mustafa Abd Rahman. 1992. Hadis Empat Puluh Susunan Imam An-Nawawi.
Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar.

Zakaria Stapa. 1995. Akhlak dan Tasawuf Islam. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn Bhd.

Zulakarnain Zakaria dan Hishamuddin Md. Som. 2001. Analisis Data Menggunakan SPSS Windows.
Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Kertas Kerja

Ahmad Kilani Mohamad. 1996. Halal dan Haram Dalam Kehidupan Seharian: Satu Huraian Dari
Segi Makanan, Pakaian Dan Pergaulan dalam Seminar Pemantapan Ibadah. Skudai: Jawatankuasa
Penerapan Nilai Islam (JAPNI).

Amini Amir Abdullah. 2002. Strategi Menangani Gejala Sosial Melalui Pendekatan Islam dalam
Seminar Menangani Gejala Sosial Peringkat Kebangsaan. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Hamdan Abd Kadir. 2003. Psikologi Mak Nyah dan Program Intervensinya Ke Arah Penyelesaian
dalam Bengkel Menangani Gejala Sosial Peringkat Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Hamzah Md Rus. 2002. Kesan Gejala Sosial Masa Kini TerhadapKeselamatan Negara dan
Pencegahan Melalui Penguatkuasaan Undang-undang dalam Seminar Menangani Gejala Sosial
Peringkat Kebangsaan. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Hasnan dan Ahmad Rafizi. 2002. Transeksualiti: Persepsi Masyarakat Merentasi Agama dan
Jantina – Satu Kajian di UKM dalam Seminar Transeksualiti di Institut Pengajian Tinggi. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Md Ali Sarbini. 2002. Fenomena Transeksual dari Perspektif Islam dalam Seminar Transeksualiti di
Institut Pengajian Tinggi. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Tajudin Ninggal. 2003. Transeksualisme & Hubungannya Dengan Kecelaruan Gender Dari
Perspektif Psikologi dalam Seminar Transeksualiti di Universiti Teknologi Malaysia. Skudai: Universiti
Teknologi Malaysia.

Nooraziah Mohd Awal. 2002. Dasar, Polisi dan Peraturan Negara & Universiti Berkaitan dengan
Isu Transeksualiti dalam Seminar Transeksualiti di Institut Pengajian Tinggi. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Wan Mohamad Abdul Aziz. 2002. Gejala Sosial Masakini: Ancaman Kepada Umat Islam dan
Kesannya Terhadap Perkembangan Islam dalam Seminar Menangani Gejala Sosial Peringkat
Kebangsaan. Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Keratan Akhbar
Pelajar Terbabit Kancah Sosial Perlu Penyelesaian. (18 Ogos 2003a) Berita Harian.
Lima Punca Keruntuhan Akhlak Penuntut IPTA. (18 Ogos 2003b) Berita Harian.
Syor Badan Khas cegah Mungkar di IPT. (18 Ogos 2003c) Berita Harian.

IPT Diminta Beri Perhatian Peningkatan Pelajar Lelaki Lembut. (12 Julai 2003) Berita Harian.

Polis Teruskan Operasi Banteras VCD haram, Lucah. (10 Jun 2003) Berita Harian.

Siren Kampus – Kawal Masalah Sosial Pelajar UPM. (8 Mac 2003) Utusan Malaysia.

Gejala Sosial – Sukar Kawal Pelajar Luar Kampus. (18 Januari 2003) Utusan Malaysia.

Aksi Lucah – Orang Dalam UiTM Sendiri Terlibat. (3 Jun 2002) Utusan Malaysia.

HEP Perlu Telus Atasi Gejala Sosial Siswa. (27 Mei 2002a) Berita Harian.

AUKU Kurang Dikuatkuasakan. (27 Mei 2002b) Berita Harian.

Kelemahan Sistem Nilai Punca Masalah Sosial. (27 Mei 2002c) Berita Harian.

Gambar Lucah remaja Cemar IPT. (27 Mei 2002d) Berita Harian.

Bukan Semua Pelajar IPT Tidak Bermoral. (27 Mei 2002e). Berita Harian.

Imej Role Model Pelajar IPT Tergugat. (27 Mei 2002f) Berita Harian.

Projek Baru UTM Bakal Jadi Kampus Serba Lengkap. (18 Mac 2002) Utusan Malaysia.

Malah Sosial: MPMUTM Akui Sukar Dikawal. (23 Mac 2002) Utusan Malaysia.

Kerapuhan Iman Punca Utama. (21 Januari 2002) Utusan Malaysia.

Mahasiswa Digesa Jauhi Kegiatan Tidak Bermoral. (21 Jun 2000) Utusan Malaysia.

Gejala Pelajar Lelaki Lembut. (12 Mei 2001) Utusan Malaysia.

You might also like