P. 1
DIRIAN KEPALA

DIRIAN KEPALA

|Views: 289|Likes:
Published by emisyaza

More info:

Published by: emisyaza on Oct 13, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/19/2014

pdf

text

original

1.

0 PENGENALAN GIMNASTIK ARTISTIK

Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ia lebih banyak berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan kemahiran motor. Dalam melakukan aktiviti gimnastik artistik penekanan tertumpu kepada kekuatan dan daya tahan otot, kuasa, fleksibiliti, imbangan dan ketangkasan. Selain daripada itu, tumpuan fikiran yang tinggi juga diperlukan. Gimnastik artistik menekankan kepada tiga aktiviti utama iaitu imbangan, ketangkasan dan lombolan. Ketiga-tiga aktiviti tersebut dipecahkan kepada beberapa pola pergerakan dominan yang menjadi asas kepada perkembangan kemahiran gimnastik. Setiap pola pergerakan seharusnya dapat dikuasai oleh pelajar sebagai persediaan kepada pergerakan gimnastik yang lebih sukar. Pola-pola pergerakan yang dianggap penting ialah:
yPendaratan yStatik yGerak edar yPutaran y Hamburan yAyunan

Perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian ketika melakukan aktiviti gimnastik artistik, ialah:
yKeuapayaan untuk meningkatkan kecergasan fizikal dalam aspek-aspek

regangan, fleksibiliti, daya tahan dan kekuatan otot, ketangkasan imbangan, kemahiran serta melombol.
yKebolehan merangkaikan imbangan, ketangkasan dan melombol dalam

satu pergerakan.
y Meningkatkan keyakinan diri dalam melaksanakan sesuatu pergerakan

yang lebih sukar.
yPenumpuan kepada pengekalan postur yang baik ketika melakukan

pergerakan.
yKeupayaan untuk menguasai kemahiran supaya keindahan pergerakan

dapat dihasilkan
yKeupayaan untuk menghayati pergerakan kinestetik dan estatik.
1

KEMAHIRAN ASAS GIMNASTIK YANG DIPILIH: DIRIAN KEPALA / HEADSTAND

2

2.0 PENGENALAN

Rudolf Laban (1879-1958) adalah seorang penari, pereka tari dan ahli teori pergerakan. Pengalaman beliau dalam bidang tarian adalah sangat luas. Laban meninggalkan satu warisan penting lebih daripada menari. Wawasan luas beliau telah membongkar undang-undang am pergerakan manusia sebagai apa yang berlaku dalam pekerjaan, permainan, pernyataan, hubungan -hubungan, dan sebagainya dalam kehidupan ha rian.Laban mempercayai pergerakan itu adalah asas kepada segala kegiatan badan dan fikiran manusia.

2.1 Pergerakan Laban y

Laban adalah satu sistem dan bahasa untuk pemahaman, pemerhatian, menggambarkan dan mengambil pergerakan. kira apa jua dalam semua bentuk

y

Di dalam teori beliau ini, belia u mempunyai usaha dan bentuk dalam menyifatkan, manusia. mentaksirkan dan mencatatkan pergerakan-pergerakan

y

Pergerakan Laban ini banyak digunakan oleh penari -penari, atlet-atlet, ahli terapi fizikal dan sesiapa yang ingin meningkatkan, mem perbaiki dan menlancarkan pergerakan mereka.

3

3.0 ANALISIS PERGERAKAN MENGIKUT ANALISIS LABAN 3.1 Tubuh : Apa

Kemahiran asas gimnastik yang dipilih ialah dirian kepala. Dirian kepala boleh dilakukan dengan tiga cara perlakuan iaitu dirian kepalamenggunakan kepala sahaja sebagai tapak sokongan, dirian kepala menggunakan kepala dan lengan sebagai tapak sokongan dan dirian kepala menggunakan kepala dan tapak tangan sebagai tapak sokongan.

Rajah 1: Dirian kepala mengikut urutan

4

Rajah 2: Dirian kepala tanpa sokongan Dirian kepala yang pertama ialah dirian kepala tanpa sokongan atau kepala sebagai sokongan. Bagi cara perlakuan dirian kepala ini, hanya kepala sahaja yang digunakansebagai tapak sokongan bagi menyokong berat badan pelaku. Tapak kaki pelaku perlu menyentuh dinding bagi mengimbangi badan kerana adalah agak sukar bagiseseorang pelaku melakukan dirian kepala menggunakan kepala sahaja sebagai tapak sokongan tanpa bantuan din ding. Cara perlakuan ini adalah agak bahaya dan berisiko tinggi kerana boleh menyebabkan kecederaan jika kapala dan leher pelaku tidak betul -betul tegak semasa menyeimbangi badan.

Rajah 3: Dirian kepala dan lengan sebagai sokongan Dirian kepala yang kedua ialah dirian kepala menggunakan kepala dan lengan sebagai tapak sokongan. Cara ini, pelaku menggunakan lengan sebagai sokongan. Jari-jari tangan dimasukkan dicelah jari -jari tangan yang sebelah lagi dan
5

tapak tangan diletakkan dibawah kepala untuk me ngurangkan rasa sakit pada bahagian atas kepala dan risiko kecederaan.Dirian kepala dengan sokongan lengan adalah lebih mudah dilakukan oleh pelaku kerana luas permukaan yang menyokong berat badan pelaku adalah lebih besar berbanding hanya kepala sahaja ya ng digunakan sebagai sokongan. Ini akan membuatkan pelaku lebih stabil dan seimbang. Risiko kecederaan bagi pelaku yang melakukan dirian kepala ini adalah lebih kurang berbanding pelaku yang melakukan dirian kepala yang mengunakan kepala sebagai sokongan.

Rajah 4: Dirian kepala dengan tapak tangan sebagai sokongan Dirian kepala yang ketiga ialah dirian kepala yang menggunakan kepala dan tapak tangan sebagai sokongan. Kepala dan tapak tangan digunakan sebagai tapak sokongan bagi menyokong berat badan pel aku. Perlakuan ini adalah merupakan perlakuan dirian kepala yang paling selamat jika hendak dibandingkan dengan dua dirian di atas. Tapak tangan dan kepala tidak berada pada satu garis lurus sebaliknya berada pada bentuk segitiga dan membuatkan tapak imba ngan menjadi lebih luas dan stabil.

3.2 Ruang : Dimana

Perlakuan dirian kepala tidak memerlukan ruang yang terlampau besar, cukup sekadar seluas sbuah tilam kecil kerana ianya melibatkan pergerakan setempat atau pergerakan bukan lokomotor di mana tiada perubahan tapak berlaku semasa pelaku melakukannya.

6

3.3 Dinamik : Bagaimana

Perkara pertama yang perlu diambil berat untuk melakukan dirian kepala ialah kedudukan kepala dan kedua-dua belah tapak tangan semasa melakukan lakuan dekam, iaitu lakuan awal sebelum melakukan imbangan kepala. Adalah sangat penting untuk memastikan bahawa kepala tidak berada dalam satu garis lurus dengan kedua-dua belah tapak tangan. Kemudian, bentukkan segi tiga antara kepala dengan kedua -dua tapak tangan.

Rajah 5: Kedudukan kepala dan kedua-dua belah tapak tangan Kedua-dua tangan dibuka seluas bahu dan jauh dari kepala agar kedua -dua lengan dapat dibengkokkan kira -kira 90 darjah seperti dalam Rajah 6.

Rajah 6: Kedudukan kepala dan tapak tangan tidak selari dalam satu garisan Semasa membentuk segitiga, pastikan kepala dan kedua -dua belah tangan berada dalam posisi selesa. Berat badan disasarkan di antara kepala dengan kedua dua belah tapak tangan. Keadaan ini akan memberikan pelaku sokongan dan

7

keseimbangan. Bantal atau tilam boleh diletakkan sebagai alas kepala jika dirian ini dilakukan di permukaan yang keras.

Dalam keadaan kepala dan kedua -dua belah tapak tangan membentuk segitiga, sebelah lutut diletakkan di atas siku. Pastikan bahagian dahi yang

menyentuh lantai dan bukannya bahagian atas kepala. Jika lengan dibengkokkan dengan betul, lutut pelaku akan terletak dengan seimbang seperti berada di atas tempat yang rata. Seperti dalam Rajah 6.

Rajah 7:Sebelah lutut diletakkan di atas lutut diikuti dengan sebelah lagi Selepas kedua-dua lutut dinaikkan ke atas siku, ambil masa yang cukup kirakira beberapa saat untuk menyeimbangkan badan dan badan berada dalam posisi yang selesa. Ketika kedua-dua lutuh sudah berada di atas siku dengan kiraan tiga, maka posisi ini dipanggil µtripod¶ atau bangku berkaki tiga. Rajah 8 menunjukkan posisi µtripod¶.

Rajah 8: Posisi µtripod¶
8

Seseorang pelaku yang sedang berada dalam posisi ini epatutnya berada dalam keadaan stabil sama seperti bangku berkaki ti ga tetapi jika pelaku berasa seperti hendak jatuh (terutamanya bahagian belakang badan) makan turunkan kedua-dua belah lutut dan lakukan pembentukan segitiga yang lebih besar daripada yang pertama. Setelah berasa selesa dengan posisi µtripod¶ yang dihasil kan, pelaku bolehla mula mengangkat kedua-dua belah kaki ke atas seperti dalam Rajah 9 di bawah.

Rajah 9: Pelaku mengangkat kedua-dua belah kaki ke atas

Rajah 10: Pelaku membuat dirian kepala dengan sempurna dalam suatu jangka masa.

Akhir sekali, setelah kaki berjaya diluruskan ke atas dan posisi ini dapat dikekalkan dalam suatu jangka masa tertentu, terhasillah posisi dirian kepala atau ³head stand´. Pelaku yang baru mula melakukan posisi ini digalakkan mengkalkan
9

posisi ini dalam ma sa tiga saat sebelum betul-betul mahir dan mengekalkannya dalam masa yang lebih lama.

Dahi memain peranan sebagai tapak sokongan bukannya bahagian atas kepala. Setelah selesai melakukan dirian kepala, bongkokkan badan untuk

membentuk satu lengkungan badan kemudian guling ke hadapan dengan kepala disimpan rapat ke dada atau sebagai pemudah,mata perlu memandang pusat dan automatik dagu akan disimpan rapat ke dada. Ini dapat mengelakkan kecederaan berlaku. Berat badan perlu diletakkan dibahagian kedua -dua belah tangan untuk menyeimbangi kedudukan dan memberi sokongan dan tidak ditumpukan di bahagian kepala. Pelaku harus tegak semasa melakukan dirian kepala supaya lebih mudah mengimbangi badan dan senang untuk meluruskan kaki. Untuk menamatkan dirian kepala ini, kaki diturunkan satu persatu agar kecederaan dapat dielakkan. Kepala pada masa ini dirapatkan ke dagu untuk mengelakkan tengkuk cedera.

Rajah 11: Kaki diturunkan satu persatu dan dagu dirapatkan ke dada untuk mengelakkan kecederaan pada tengkuk .
3.4 Tempoh / masa

Aspek tempoh atau masa dalam sesuatu pergerakan kerap kali dihubungkan dengan unsur kelajuan, iaitu cepat atau perlahan. Sesuatu pergerakan itu dilakukan
10

sama ada secara cepat atau perlahan -lahan. Pergerakan yang dilakukan secara tiba-tiba biasanya cepat, mengejut, tangkas, pantas dan dilakukan dalam jangka masa yang singkat. Pergerakan yang bercorak perlahan pula dilakukan bukan sahaja perlahanlahan, malah berpanjangan dalam masa yang agak lama.

Bagi lakuan dirian kepala, ianya a dalah pergerakan yang bercorak perlahan. Ia perlu dilakukan secara perlahan -lahan dan tidak perlu terburu -buru semasa melakukannya.Ini adalah bagi menjaga kualiti yang terhasil pada akhir lakuan dirian kepala. Lakuan dirian kepala memerlukan ketenangan fik iran dan tumpuan daripada pelaku, oleh itu iainya mengambil masa yang agak lama agar lakuannya sempurna.

3.5 Pemberatan / beban

Kualiti pemberatan atau beban dalam pergerakan merujuk kepada unsur unsurketegangan dalaman yang membabitkan pergerakan otot. Sesuatu pergerakan boleh diklafikasikan kepada tangkas (kuat, kukuh dan berat) dan lembut (lemah, longgar dan longlai). Pergerakan bersifat tangkas adalah kuat, bertenaga dan mempunyai unsure daya ketahanan manakala pergerakan bersifat lembut adalah lembut, sensitif dan lemah dan mengambil masa yang lama. Bagi perlakuan dirian kepala, ianya menggabungkan sifat tangkas dan lembut. Hal ini adalah kerana dirian kepala melibatkan pergerakan yang kuat, bertenaga dan mempunyai unsur ketahanan tetapi dilakukan secara lembut dalam jangka masa yang lama.

3.6 Ruang

Sesuatu pergerakan adalah menggunakan ruang, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Pergerakan yang menggunakan ruang secara langsung berbentuk lurus, tajam dan halus manakala pergerakan yang menggunakan ruang secara tidak langsung pula mempunyai bentuk -bentuk yang fleksibel, beralun dan lemah lembut.

Perlakuan dirian kepala adalah sejenis pergerakan yang menggunakan ruang

11

secara tidak langsung. Hal ini adalah kerana dalam lakuan dirian kepal a, perlakuannya adalah bersifat lembut dan dilakukan secara lambat -lambat. Ia juga melibatkan pergerakan dalam bentuk yang fleksibel sebagai contoh pada permulaan lakuan dirian kepala, pelaku akan melakukan lakuan dekam terlebih dahulu kemudian diikuti dengan lakuan mengangkat kedua-dua belah kaki ke atas, diikuti dengan lakuan mengimbangi berat badan, dan akhirnya guling ke depan setelah selesai melakukan dirian kepala.

3.7 Aliran

Sesuatu pergerakan boleh menjadi bentuk terikat atau bebas. Pergerakan yang berbentuk terikat biasanya bergerak secara berhati -hati. Maksudnya, pergerakan tersebut dilakukan secara terkawal. Pergerakan gaya bebas pula mempunyai beberapa ciri tertentu seperti gerak -geri yang lancar, menerkam, tangkas dan tidak terkongkong. Perlakuan dirian kepala adalah pergerakan yang berbentuk terikat. Hal ini adalah kerana pergerakannya dilakukan secara berhati -hati, lambat-lambat, dan mengambil masa yang lama.

3.8 Perkaitan : Dengan siapa dan apa

Perlakuan dirian kepala boleh dilakukan seca ra individu atau pun secara berpasangan dengan rakan yang berperanan sebagai penyokong dan membantu membetulkan teknik pelaku semasa melakukannya. Ianya tidak memerlukan alatan yang spesifik untuk melakukannya, cukuplah sekadar hanya tilam sahaja yang digunakan sebagai alas kepala supaya tidak mendatangkan kesakitan atau kecederaan kepada pelaku.

Bagi latihan ansur maju untuk perlakuan dirian kepala, pelaku boleh membuat latihan di tepi dinding atau dengan bantuan penyokong. Seseorang pelaku perlulah melutut terlebih dahulu di hadapan penyokong, kemudian letakkan tangan di atas tilam.

12

Gerakkan kaki kea rah tapak tangan seperti melakukan µjalan saperti ulat bulu¶. Lakukanpergerakan dirian kepala. Penyokong hendaklah mengimbangi badan peserta atau memberi sokongan semasa pelaku melakukan lakuan dirian kepala. Luruskan kaki keatas dan rakan yang menyokong hendaklah memegang paha pelaku. Kemudian,lakukan dirian kepala tanpa bantuan penyokong.

Bagi memberikan variasi dalam lakuan dirian kepala, mulakan lat ihan dirian kepala dengan gaya melutut, gaya kaki kangkang, gaya sokong hadapan ataupun gaya µjalan seperti ulat bulu¶. Akhiri lakuan dirian kepala dengan pergerakan guling depan, gaya melutut ataupun dirian tangan.

Aktiviti yang boleh dijalankan yang berkaitan dengan dirian kepala adalah seperti memulakan aktiviti dengan dirian kepala sudut dan tukar kepada dirian kepala dengan kaki dibuka. Kemudian dalam keadaan dirian kepala lakukan aksi mengayuh basikal.

13

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->