P. 1
14119564 Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

14119564 Pentaksiran Dalam Pendidikan Khas

|Views: 484|Likes:
Published by Que Ashiela

More info:

Published by: Que Ashiela on Oct 13, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/05/2013

pdf

text

original

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000)

Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut.

Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik

Pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah untuk memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Ia juga dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya

asertif.membaca maklumat dan latihan & mencari bahan-bahan pembelajaran untuk melakukan ulangkaji. membantu murid dalam proses P&P dan kehidupan seharian mereka.untuk menulis nota pelajaran dan melakukan latihan. Aspek dalam kemahiran sosial -kemahiran berkomunikasi. sekolah dan bersama masyarakat. membolehkan mereka berinteraksi dan menjaga hubungan antara masyarakat dengan baik dan bersesuaian mengikut golongan. Tingkah laku yang bersesuaian untuk berinteraksi di rumah. memakai pakaian tanpa bantuan. Tujuan pentaksiran . kemahiran mengira . makan dengan cara yang betul dan mampu memenuhi kehendak asas diri seperti membuang air.mengenalpasti murid yang mempunyai kelemahan dalam bersosial.penting bagi mata pelajaran yang melibatkan kira-kira tetapi ia juga penting dalam kehidupan seharian mereka.Kemahiran 3 M : kemahiran membaca . Keupayaan sosial individu yang mampu mencapai kejayaan tanpa menggangu orang lain. bergaul. supaya murid dapat menjaga keperibadian diri sendiri dan berupaya menguruskan diri sendiri tanpa pertolongan orang lain. PEMBELAJARAN ASAS Kemahiran pengurusan diri : keupayaan menguruskan diri sendiri (membersihkan diri sendiri. menyelesaikan masalah. Kemahir an sosial . kemahiran menulis .

Menguasai penggunaan lambang-lambang pertuturan untuk berkomunikasi Kemahiran bahasa Memerlukan pemahaman simbol dan maksud perkataan untuk mengintrepetasikan maklumat dan idea. Walaubagaimanapun. karektor asas benda hidup kerana setiap benda hidup di dunia ini mempunyai perwatakan yang tersendiri. Keupayaan menguasai pengetahuan tentang perkara asas Matematik seperti nombor dan operasi mudah Kemahira n matemati k Penting dalam membantu dalam pelajaran dan aktiviti seharian .Kemahiran Tingkah Laku melibatkan perangai. kelakuan dan cara seseorang itu membawa penampilan dirinya. tingkah laku berubah menerusi pembelajaran. Faktor utama yang mempengaruhi tingkah laku ialah melalui persekitaran.

Kedah Jenis Masalah : Slow Learner .BIODATA MURID Nama Murid Tarikh Lahir Jantina Umur Sijil Lahir Alamat : : : : : : Hana Izzati binti Uraimee 26 Oktober 1997 Perempuan 9 tahun AF 88379 552. Jalan 2/8 Taman Suria 2 Jitra.

2) padanan gambar dan perkataan serta 3) menulis suku kata akhir. Ujian pertama iaitu membaca perkataan KVK dan KVKVK menunjukkan. Ujian pertama iaitu berkenaan dengan perbandingan. saya mendapati bahawa dia mempunyai beberapa kelebihan dan kelemahan. Ujian kedua iaitu padanan gambar dan perkataan pula memberi hasil yang baik. dia dapat membaca perkataan KVK dengan lancar. Berdasarkan pentaksiran Bahasa Melayu yang dibuat. dan 3) penambahan. Ujian kedua pula iaitu susunan nombor menampakkan kelemahan dirinya. Hasil pentaksiran Ujian Diagnostik Matematik pula adalah berbeza dengan hasil Ujian Diagnostik Bahasa Melayu. Namun. beliau mempunyai sedikit masalah untuk membaca perkataan KVKVK dan perkataan yang mempunyai lebih dari satu suku kata. 2) susunan nombor. Ujian yang mempunyai masalah slow .LAPORAN PENTAKSIRAN DAN PEMERHATIAN Saya telah menjalankan pentaksiran menggunakan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu ke atas Nurul Hana Izzati learner. Kemahiran Matematik Tiga jenis Ujian Diagnostik Matematik pula ialah 1) perbandingan. Dia boleh menulis nombor mengikut susunan tetapi tidak dapat menulis nombor secara perkataan. Kemahiran Bahasa Melayu Saya melakukan tiga jenis Ujian Diagnostik Bahasa Melayu iaitu 1) membaca perkataan KVK dan KVKVK. dia boleh menulis huruf-huruf tetapi mempunyai masalah dalam menulis saiz dan orientasi huruf yang betul. Hal ini mungkin kerana bentuk soalan yang ditulis adalah dalam Bahasa Inggeris. dia mengenal dan mampu membezakan bentuk dengan betul. Hasil ujian ketiga iaitu menulis suku kata akhir. Dia mampu mengenal dan memadankan gambar dengan perkataan satu suku kata.

Setelah hampir 10 minit. Hal ini menyebabkan dia berasa bosan dan tidak ada keyakinan diri untuk menjawab soalan berikutnya. berbual dan berinteraksi dengan rakan dan gurunya. Apa yang berlaku adalah Hana tidak menghantar buku tersebut kepada guru yang sepatutnya sebaliknya menghantar kepada guru lain. Namun begitu arahan yang diberikan oleh guru sering menjadi kekeliruan pada Hana. Namun. saya pernah meminta Hana menghantar buku kedatangan kepada seorang guru. Ini adalah kerana itu adalah pertama kali dia disuruh ke pejabat itu. dia mampu menjawab proses penambahan yang melibatkan satu tempat nombor dan mempunyai masalah apabila melibatkan dua tempat nombor. Hana juga seorang murid yang mudah mesra dan sering membantu guru. bergaul. dia dengan pantas mahu menolong menghantarnya. Contohnya saya pernah meminta Hana menghantar nota kecil kepada kerani sekolah.penambahan pula memerlukan dia masa yang agak lama untuk menjawab setiap satu soalan. Saya mendapati bahawa Hana merupakan seorang murid yang mempunyai kemahiran sosial yang memuaskan. Kemahiran Sosial Saya juga telah menjalankan pemerhatian terhadap kemahiran sosial dan tingkah laku murid tersebut. Dia agak sukar memahami arahan jika ianya melibatkan sesuatu perkara yang baru. . dia tidak kembali ke kelas. Sebelum itu saya telah menerangkan siapakah kerani itu kepada Hana dan dia dengan yakin memberitahu saya dia mengenali kerani tersebut. Hal ini digambarkan apabila dia mampu bermain. Dia juga boleh menjawab soalan jika ditanya dan memberi pandangan apabila perlu. Masih menggunakan bahasa pasar. Dia juga suka bercerita tentang diri dan keluarganya tetapi dia tidak begitu mahir menggunakan konteks ayat dengan betul. Dia tidak dapat menyampaikan nota tersebut kepada kerani dan tidak berani memasuki pejabat sekolah. Saya mengekorinya ke pejabat sekolah dan mendapati dia masih memegang nota yang saya berikan dan hanya berdiri di luar pejabat. Dan di suatu ketika.

. Mungkin kerana dia adalah anak bongsu dalam keluarganya.Mengikut pandangan saya. Keyakinan diri yang dimiliki oleh murid ini mestilah terus diberikan galakan dan perhatian yang sewajarnya oleh guru dan ibu bapa murid ini agar keyakinan dirinya dapat terus dipupuk dan dikekalkan. Dia boleh menjadi seorang yang periang. suka bermain dan suka bercakap tetapi kadangkala menjadi pendiam apabila ditegur atas kesilapan yang dilakukannya semasa membuat latihan-latihan yang diberikan oleh guru. Tetapi dia akan mudah menerima nasihat dan akan membaiki semula kesalahan yang dilakukannya. Kemahiran Tingkah Laku Pemerhatian terhadap tingkah laku dia pula memberi gambaran kepada saya bahawa Hana merupakan seorang murid yang mempunyai perwatakan yang lembut dan mudah bertolak ansur.. murid ini harus diberikan arahan dengan sejelasjelasnya agar dia dapat menjalankan amanah yang diberikan kepadanya dengan baik. Hana mendapat lebih perhatian daripada ibu bapa dan merupakan anak yang manja dan mudah merajuk. Keyakinan diri harus dimiliki oleh setiap murid terutama dalam proses pembelajaran agar mereka dapat menerima proses pembelajaran dengan lebih berkeyakinan dan memastikan bahawa mereka juga boleh memperolehi kejayaan seperti rakan-rakan yang lain.

saya akan memberinya masa sehingga seminggu . Ibu Hana merupakan seorang guru di Tadika Kemas juga berjanji akan membelikan buku-buku cerita yang bersesuaian dengan tahap pembacaan Hana. kad bergambar. Saya dapati Hana juga gemar membaca buku tetapi disebabkan dia belum lancar membaca menyebabkan dia mudah bosan kerana tidak dapat menghabiskan bacaannya dengan cepat.Refleksi Berdasarkan hasil pentaksiran dan pemerhatian yang dijalankan. bercerita dan sebagainya. Seandainya Hana masih tidak dapat membaca dengan lancar. guru boleh mendedahkan Hana dengan lebih kerap tentang perkataan yang melibatkan lebih dari satu suku kata. Ibu Hana yang sentiasa mengambil berat tentang perkembangan pelajaran Hana juga telah berjanji akan sering memberi tunjuk ajar dan perhatian kepada Hana ketika di rumah. saya mempunyai beberapa cadangan yang untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh Hana. Keesokan harinya saya akan meminta Hana membacakan beberapa ayat yang telah dibcanya di dalam buku tersebut. Pertama. Guru boleh menggunakan kaedah pengajaran menggunakan kad perkataan. Saya telah memberikan Hana bukubuku cerita pendek yang mempunyai suku kata di dalam perkataan yang diwarnakan dengan warna yang berlainan. Saya juga sering membawa Hana ke perpustakaan sekolah dan memberikannya buku yang sesuai untuk dibaca dan dipinjam untuk dibaca di rumah. merujuk hasil Ujian Diagnostik Bahasa Melayu. Usaha ini akan menambahkan lagi perbendaharaan kata dan kemahiran membacanya. Saya dapati Hana amat menyukainya dan khusyuk membaca buku cerita tersebut dan akan bertanya kepada saya andainya perkataan tersebut tidak dapat difahaminya. Ibu bapa Hana juga harus sering memberi perhatian kepada Hana semasa di rumah. Oleh yang demikian. dia mempunyai masalah dalam membaca perkataan yang lebih dari satu suku kata. Hana harus diberi motivasi dan tunjuk ajar ketika membuat latihan yang diberi oleh guru.

Dan secara tidak langsung dia akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membaca dan memahami apa yang terdapat di dalam buku cerita tersebut. . Hana tidak sempurna. Hal ini kerana dia mempunyai pemahaman yang kurang dalam Bahasa Inggeris. Saya juga akan meminta Hana menceritakan kembali apa yang telah dibacanya kepada rakan-rakan.untuk membaca buku tersebut. Ini akan menjadi satu rangsangan dan motivasi kepada Hana dan murid-murid yang lain juga. Saya dapati cara ini sangat berkesan. Hana sangat teruja untuk bercerita kepada rakan-rakannya mengenai cerita yang telah dibacanya. biji getah. saya berpendapat Hana akan dapat menguasainya dengan lebih baik. Sekiranya guru lebih kerap mengajarnya Matematik dalam Bahasa Inggeris. Tulisannya tersusun dengan cantik dan dia dapat menulis di dalam barisan yang Seterusnya ialah mengenai hasil pentaksiran Ujian Diagnostik Matematik Hana. Saya juga akan menghadiahkan sesuatu kepada Hana apabila dia telah menunjukkan prestasi yang baik di dalam pembacaannya. Ini bermaksud. guru seharusnya mendedahkan dia dengan perkataan Bahasa Inggeris. bermasalah dalam menulis. Hal ini supaya dia nampak secara jelas bagaimana proses penambahan itu berlaku. Dan saya amat berkeyakinan bahawa Hana akan dapat membaca dengan lancar tidak berapa lama lagi. Untuk membantu Hana dalam masalah penambahan pula. buah-buahan dan sebagainya untuk pengiraan. batu. Oleh yang demikian. guru harus membekalkan Hana dengan benda maujud seperti batang aiskrim. Masalah dalam susunan nombor adalah bukan kerana dia tidak mengenal turutan nombor yang betul tetapi dia mempunyai masalah pemahaman dalam mengenal nombor Bahasa Inggeris. guru boleh mengajar Hana pengiraan secara konkrit. Sudah pasti bacaannya juga akan turut menjadi lebih lancar.

Mengikut pemahaman saya. strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap kebolehannya. Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya. guru memainkan peranan yang penting dalam merancang dan merangka intervensi serta strategi yang paling sesuai untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran supaya mereka memperolehi pendidikan yang sepatutnya. Segala bukti dan data tersebut menggambarkan tahap kebolehan. pentaksiran memberikan murid. Oleh yang demikian. portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik. . kemampuan dan tahap kebolehan setiap murid Pendidikan Khas adalah berbeza mengikut jenis masalahnya. menulis. Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog. lembaran kerja. mengira dan sebagainya. Pentaksiran dan pemerhatian yang dijalankan ke atas murid telah memberi saya pengetahuan dan gambaran tentang bagaimana menilai keupayaan murid Pendidikan Khas. kekurangan dan kelebihan murid berkenaan untuk penempatan. Ia juga dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi. jurnal. Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut.Secara umumnya. Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya. pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah untuk memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca. Hal ini kerana. ibu bapa dan guru maklumat yang terperinci tentang perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->