You are on page 1of 5

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBHE2103: PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

SEMESTER : SEPTEMBER 2010

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja. Anda boleh menjawab sama ada
menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.
2. Tugasan anda perlu ditaip atas kertas A4 dengan menggunakan saiz font 12 “Times New
Roman” dan langkau baris 1.5.
3. Tugasan ini menyumbang sebanyak 30% kepada gred akhir kursus.
4. Tugasan ini perlu disiapkan secara individu.
5. Anda perlu menghantar tugasan secara online melalui myVLE. Sila rujuk kepada arahan
dalam portal untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penghantaran tugasan secara
online.
6. Tugasan anda hendaklah diserahkan sebelum atau pada Tutorial ke 5. Serahan selepas
tarikh tidak akan diterima.
7. Tugasan anda akan dinilai berdasarkan kepada spesifikasi rubrik yang disertakan di dalam
soalan tugasan.
8. Tugasan ini terhad kepada 1000 – 1200 patah perkataan sahaja.
9. Plagiarisma dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Tugasan yang dihantar secara
automatik akan disemak untuk persamaan.
a. Tugasan bertindih antara 10-30% akan dikenakan 20% penolakan markah keseluruhan.
b. Tugasan bertindih melebihi 30% akan diberikan markah sifar (0) keseluruhan. Dalam kes
tertentu, gred kursus akan ditentukan berdasarkan komponen lain dalam keseluruhan
penilaian.
SOALAN TUGASAN

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) ialah satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia dalam usaha untuk membantu dan meningkatkan taraf pemakanan serta
kesihatan pelajar di sekolah rendah. Program ini bertujuan untuk memberi makanan secara
percuma kepada pelajar sekolah rendah terutama di kawasan luar bandar dan golongan yang
berpendapatan rendah.

a) Buat satu kajian secara menyeluruh berkaitan dengan Rancangan Makanan Tambahan
(RMT) di sekolah anda.
(15 markah)

b) Kenal pasti beberapa orang pelajar yang terlibat dalam RMT sebagai sampel dalam kajian
anda. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah keberkesanan RMT dalam
mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar yang terlibat.
(10 markah)

c) Berdasarkan tinjauan dan kajian yang telah anda lakukan, berikan pandangan anda secara
analitikal sejauh mana keberkesanan dan kejayaan program RMT ini.
(5 markah)

)Jumlah: 30 markah(
PANDUAN PELAJAR

(a) Buat satu kajian secara menyeluruh berkaitan dengan Rancangan Makanan Tambahan
(RMT) di sekolah anda.

Kajian anda mestilah mencakupi aspek berikut :


- Pentadbiran/ organisasi
- Sumber kewangan diperoleh untuk program RMT
- Kaedah dan kriteria pemilihan peserta RMT
- Kaedah dan kriteria pemilihan tender untuk RMT
- Kaedah pembayaran kepada pihak penyedian makanan
- Kaedah pengagihan makanan kepada peserta
- Pemilihan pekerja-pekerja yang terlibat RMT
- Pemilihan bahan-bahan mentah
- Menu makanan yang disediakan
- Cara penyediaan makanan disediakan

(b) Kenal pasti beberapa orang pelajar yang terlibat dalam RMT sebagai sampel dalam kajian
anda. Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah keberkesanan RMT dalam
mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar yang terlibat.

Pemilihan sampel berdasarkan criteria berikut:


- Taraf sosio ekonomi
- pendapatan kurang daripada RM 1000.00
- Kawasan tempat tinggal
- kawasan setinggan, rumah kos rendah atau perkampungan
- Taraf pendidikan ibu bapa
- tamat sekolah rendah dan menengah rendah
- Bilangan adik-beradik
- melebihi daripada 5 orang

Keberkesanan program RMT ini – sebelum dan selepas


- Akademik
- Kesihatan
- Keyakinan kendiri pelajar
(c) Berdasarkan tinjauan dan kajian yang telah anda lakukan, berikan pandangan anda secara
analitikal sejauh mana keberkesanan dan kejayaan program RMT ini.
- Berikan cadangan penambahbaikan program ini.
- Hujah anda hendaklah meliputi cadangan yang relevan jika program RMT ini kurang
berkesan di sekolah anda.
- Kesimpulan anda secara menyeluruh tentang program RMT ini.
PANDUAN TUTOR

1. Tutor diminta agar membantu pelajar dalam penulisan tugasan.

2. Tutor juga diminta untuk mencadangkan format yang sesuai bagi membantu pelajar
dalam penulisan tugasannya.

3. Memeriksa dan menandakan tugasan pelajar dan seterusnya memberi markah serta
memasukkan markah ke dalam OMES.

4. Mencadangkan jabatan atau agensi kerajaan yang terlibat dalam Program Bersepadu
Sekolah Sihat.

5. Tutor perlu membimbing pelajar tentang teknik penulisan rujukan sama ada
menggunakan buku atau laman sesawang dengan betul. Gunakan gaya penulisan APA.

You might also like