You are on page 1of 5

KESAN RUMAH HIJAU

Apa itu Kesan Rumah Hijau???

Kesan rumah hijau dinamakan sempena nama rumah hijau yang memerangkap cahaya
matahari dan kemudiannya cahaya matahari yang terperangkap itu akan membekalkan haba ke
seluruh rumah hijau tersebut. Oleh kerana fenomena yang berlaku ini mempunyai persamaan
dengan kesan rumah hijau, maka ianya dinamakan sebagai kesan rumah hijau. Namun,
perbezaan ketara yang dapat dilihat di sini ialah, rumah hijau yang menyimpan tumbuhan dan
sayuran, memberikan manfaat kepada pengusahanya tetapi di dalam kes alam sekitar pula,
kesannya adalah sebaliknya.

Kesan rumah hijau ialah radiasi solar yang terpancar daripada matahari yang memancarkan
cahaya matahari terus ke lapisan atmosfera bumi bagi membekalkan cahaya dan haba kepada
kehidupan di bumi. Akan tetapi, cahaya radiasi yang terpancar itu, akan terpantul semula ke
permukaan langit melalui medium yang ada di bumi (lautan yang dapat memancarkan semula
cahaya dan bangunan yang berkaca yang dapat memantulkan cahaya ke langit). Sekali lagi
apabila pantulan dari bumi sampai ke lapisan atmosfera bumi, cahaya radiasi akan terpantul
semula ke permukaan bumi dan proses ini akan terus berlaku tanpa henti; sekali gus
menyebabkan haba daripada radiasi tersebut terperangkap di ruang udara bumi. Ini
menyebabkan suhu bumi akan menjadi lebih panas dan semakin panas hari demi hari.

Haba yang terperangkap di ruang udara bumi mengandungi gas yang dipanggil gas rumah hijau.
Antara gas yang terkandung di dalamnya ialah gas karbon dioksida(CO 2), methana (CH4), dan
nitro oksida(N2O).
Atmosfera

Radiasi Solar Haba Terperangkap

Bumi

Rajah 1: Sinar radiasi daripada matahari yang terpancar terus ke permukaan bumi terpantul semula dan terperangkap di ruang
antara lapisan kerak bumi dan lapisan atmosfera.
Udara panas kesan radiasi yang mengandungi pelbagai gas akan berlegar-legar di ruang udara
bumi dan mengakibatkan perubahan suhuyang ketara. Suhu bumi akan menjadi lebih panas
dan kebarangkalian untuk berlakunya pelbagai bencana alam di bumi adalah sangat tinggi.

Perubahan suhu dunia yang berlaku kini memberikan kesan yang negatif kepada manusia
walaupun hanya 1˚C sahaja perbezaan suhu dunia berbanding lima tahun sebelumnya. Sedar
atau tidak pelbagai masalah bencana alam seperti banjir, taufan dan kemarau yang melanda
mempunyai kaitan dengan perubahan suhu akibat daripada kesan daripada kesan rumah hijau.

Sejak Bila Dikenal Pasti???

Kesan rumah hijau telah lama dikaji sejak lebih 180 tahun yang lalu. Pelbagai ahli saintis kimia
mahupun fizik telah meramalkan dunia pada masa akan datang. Ramalan mereka tentang dunia
hari ini adalah tepat sekali. Antara ramalan mereka terhadap dunia pada hari ini ialah bumi
akan semakin panas kesan daripada kesan kegiatan manusia dan bencana alam akan berlaku
dengan lebih kerap daripada biasa.

Konsep kesan rumah hijau pertama kali dipelopori seorang ahli fizik daripada Perancis yang
bernama Joseph Fourier pada awal tahun 1827. Beberapa tahun selepas itu, pada 1859 seorang
lagi ahli fizik yang bernama John Tyndall mencipta spectrophotometer iaitu alat yang digunakan
untuk mengukur serapan radiasi daripada pelbagai panjang gelombang yang terhasil daripada
cahaya, telah mengkaji kesan radiasi solar yang diterima oleh bumi. Beliau mendapati bahawa
wap air, karbon dioksida dan gas methana menyerap dan memancarkan semula sinaran infra-
merah, manakala gas nitrogen dan oksigen pula tidak menunjukkan sebarang tindak balas.

Pada awal 1930-an, Guy Stewart Callendar ialah seorang jurutera enjin wap yang sangat suka
mengkaji cuaca dan menganggapnya sebagai satu hobi telah membuat satu statistik cuaca
berdasarkan pemerhatiannya selama ini. Beliau mendapati nombor catatannya peribadinya
menunjukkan bahawa bumi semakin panas tahun demi tahun.

Pada tahun 1938, Guy Steawrt Callendar telah ke Royal Meteorological Society di London dan
memberitahu mereka bahawa dunia kini mengalami pemanasan global berdasarkan data
pemerhatian yang dikumpulnya sejak beberapa tahun sebelumnya.

Belaiu juga megatakan bahawa tahu mengapa dunia mengalami pemanasan global. Antara
sebab utamanya ialah pembakaran hasil galian yang tinggi (penggunaan minyak petrol oleh
kenderaan bermotor dan juga asap hitam daripada perindustrian yang tidak bertapis) yang
membebaskan banyak gas karbon dioksida yang kemudiannya terperangkap di ruang lapisan
udara yang menyebabkan bumi menjadi semakin panas.
Bencana Yang Berlaku Kini…

Isu pencairan ais di Kutub Utara dan juga Kutub Selatan bukannya masalah baru. Walhal, kita
sendiri sedia maklum bahawa setiap tahun, ais mencair sebanyak 1 liter manakala suhu
semakin meningkat sabanyak 1˚C setiap lima tahun sekali. Peningkatan paras laut dunia
mendorong kepada pelbagai bencana alam yang kita sedia maklum tetapi kita hanya
mengabaikannya sahaja. Bayangkan apabila setiap tahun ais yang mencair itu dapat meningkat
paras laut, dunia akan tenggelam sedikit demi sedikit. Daratan akan tenggelam tanpa manusia
sedari. Jika itu akan berlaku, apa yang bakal terjadi kepada manusia??

Kepupusan habitat di kawasan Kutub akan berlaku, seperti contoh beruang kutub, anjing laut
dan juga penguin kini mempunyai bilangan yang sedikit. Mereka kehilangan tempat tinggal
akibat pemanasan global yang berlaku. Kepupusan mereka perlu dijadikan contoh supaya
manusia berusaha mencari jalan menangani masalah kepupusan juga sekali gus menangani
masalah pemanasan global ini. Tidak mustahil jika suatu hari nanti manusia juga akan menjadi
spesis yang semakin pupus dek kerana isu pemanasan global ini.

Dunia digemparkan dengan pelbagai bancana alam yang meragut banyak nyawa manusia. Pada
21 September 2010 yang lalu, ribut dan taufan telah melanda Taipei, China telah menyebabkan
berlakunya banjir di kawasan kediaman penduduk. Angin yang bertiup selaju 162 km/j itu
memberikan kesan kemusnahan yang sangat dasyat. Kemusnahan dapat dilihat di Bandar raya
Taipei. Seramai 107 penduduk mengalami kecederaan manakala 63 orang yang lain dilaporkan
meninggal dunia sejak tiga hari sepanjang berlakunya bencana tersebut. Taufan yang
menyebabkan banjir itu menyukarkan penghantaran bantuan makanan dan perubatan kepada
penduduk yang masih lagi terperangkap di rumah masing-masing disebabkan oleh
perhubungan jalan raya mengalami kerosakkan yang teruk. Pejabat kerajaan dan juga sekolah-
sekolah rendah mahupun menengah telah ditutup buat sementara waktu.

Satu lagi bencana yang berlaku pada awal bulan Oktober ialah peristiwa tanah runtuh yang
berlaku di Oaxaca, Maxico. Tujuh terbunuh dalam kejadian itu, manakala 11 lagi mangsa terdiri
daripada tiga kanak-kanak dan lapan dewasa masih lagi belum ditemui. Hujan yang lebat telah
mengakibatkan tanah yang berbukit tergelincir dan runtuh ke kawasan jalan raya berhampiran.
Punca yang dikenal pasti menjadi penyebab kepada kejadian ini ialah pembangunan secara
tidak terancang daripada pihak yang bertanggungjawab. Pembangunan yang dijalankan di
kawasan sekitar tempat bencana alam ialah bukti jelas betapa manusia menghiraukan alam
sekitar.

Kini jelas bahawa kebanyakkan bencana alam yang berlaku adalah kesan daripada manusia
yang tidak menjaga dan menghormati alam ini. Manusia adalah penyumbang terbesar dalam
isu pemanasan global kini. Mahu atau tidak, kita perlu mengakuinya dan cara yang terbaik
untuk menebus kesalahan kita ialah menjaga dan memulihara kembali alam yang kian tercemar
kini.

Walaupun kesan rumah hijau berlaku secara semula jadi, tetapi pemanasan global sebenarnya
mampu dikawal jika manusia bijak merancanakan aktiviti mereka. Namun, sebaliknya yang
berlaku. Manusia hanya akan menyesal jika mereka menerima bahana daripada perbuatan
sendiri. Apabila ini berlaku, mereka mungkin sudah terlambat untuk berpatah kembali.

Apa Yang Harus Dilakukan???

Ramai yang bertanya, apa yang harus dilakukan bagi menangani masalah ini. Bagi
mengurangkan pembebasan haba yang keterlaluan, kita boleh mengamalkan beberapa langkah
proaktif yang dipercayai dapat mengurangkan sekurang-kurang sedikit suhu dunia ketika ini.

Kitar semula adalah langkah bijak di dalam mengurangkan kebergantungan kepada bahan-
bahan sumber asli. Kitar semula yang membawakan tiga konsep utama iaitu guna semula,
kurangkan penggunaan dan kitar semula (reuse, reduce, recycle) menggalakkan orang ramai
mengamalkan gaya hidup yang sihat. Perkara ini sangat mudah jika disiplin dalam diri penguna
berjaya dibina dengan utuhnya.

Selain itu, kerajaan juga baru-baru ini melancarkan satu program yang sangat bermanfaat
kepada pengguna iaitu sebuah teknologi yang sangat berkesan iaitu teknologi hijau. Teknologi
hijau ialah teknologi yang mesra alam. Teknologi ini ialah teknologi yang menggunakan tenaga
alternatif sebai tenaga kedua supaya manusia tidak begitu terikat dengan tenaga utama negara
iaitu petrol. Antara tenaga alternatif yang dicadangkan ialah tenaga solar, tenaga gas gas asli,
tenaga nuklear dan lain-lain lagi yang selamat malahan mendatang faedah kepada pengguna.
Selain dapat menjimatkan kos perbelanjaan, tenaga alternatif ini dapat mengurangkan
kebergantungan manusia terhadap sumber galian utama negara. Maka, pembebasan gas yang
berbahaya dan meningkatan suhu dapat dikurangkan. Teknologi ini masih lagi dalam tahap
awal di negara kita. Namun, keberkesanan terbukti di Rusia apabila kerajaan mampu berjimat
lebih 60 Billion Dollar dan lapisan ozon di kawasan negara Rusia juga dipercayai semakin pulih.

Mungkin suatu hari nanti negara kita akan berjaya seperti Rusia dalam menangani isu ini, jika
kita mangamalkan budaya dan cara hidup sihat. Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang tidak
ternilai, peliharalah untuk kepentingan masa depan yang lebih cerah.

“When we heal the earth, We heal Ourselves”


~ David Orr

Oleh,

Nurul Assikin Ariffin@Nurul Manja.

You might also like