You are on page 1of 7

KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Nama dan alamat Sekolah:

SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG 5,

08000 SUNGAI PETANI KEDAH,

Nama pengkaji :

MOHD YAZID BIN SUKIMAN

Tajuk kajian :

MEMBUKA MINDA IDEA KREATIVITI MURID TAHUN 6 CEMPAKA DENGAN PROGRAM


“ILHAM SENI” DAN “LETS SKETCH” 2010.

1. Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu.

Seni merupakan sesuatu yang begitu indah sekiranya diamati dengan teliti dan menjiwai
seni tersebut. Pelbagai flora dan fauna disekeliling kita yang boleh dijadikan sebagai suatu
sumber inspirasi ketika membuat aktiviti seni. Suatu masa dahulu, saya telah mengikuti
latihan amali praktikum selama 3 bulan di Sekolah Kebangsaan Simpang 5 dan telah
mengajar tahun 6. Minggu pertama, saya meminta murid melukiskan “pemandangan di tepi
pantai” dan minggu seterusnya saya meminta mereka melukiskan tentang “rumahku
syurgaku”. Setelah 2 minggu menjalankan peraktikum di sekolah tersebut saya menyemak
lukisan hasil kerja murid tersebut untuk menandakan markah mereka. Saya mendapati 85%
daripada lukisan tersebut adalah hampir serupa dari beberapa aspek seperti penggunaan
warna. Selain itu, hampir kesemua lakaran mereka serta posisi imej adalah sama seakan
peniruan dan lebih tepat lagi seperti dilukis oleh seorang pelukis sahaja. walaupun mereka
berada di tahap 2 dan seterusnya akan melangkah ke sekolah menengah, akan tetapi tahap
lukisan mereka terlalu rendah dan terhad serta banyak peniruan sesama rakan-rakan lain.
Hal ini menunjukkan kreativiti mereka kurang berkembang dan kekurangan idea untuk
lukisan yang akan dihasilkan. Selain itu, ramai juga murid yang membuat lukisan sambil
lewa serta dipengaruhi oleh rakan-rakan mereka. Hal ini mungkin mereka kurang diberi
KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

pendedahan tentang seni tersebut. Saya ada bertanyakan kepada beberapa murid tentang
lukisan mereka yang seakan serupa dan mereka menjawab, “mereka meniru rakan mereka
dan tidak tahu untuk melukis yang lain”. Terdapat juga murid yang menjawab, mereka akan
meniru sahaja apa yang rakan mereka lukis di atas kertas lukisan tersebut. Saya
merasakan murid-murid ini kurang diberikan pendedahan dari segi contoh-contoh lukisan
yang lain dan lebih menarik supaya murid dapat membina idea mereka untuk melukis
lukisan mereka.

Adakah saya perlu mengulang kembali tentang unsur-unsur seni dan prinsip seni dari awal
kepada murid-murid ? Mungkinkah saya perlu menunjukkan seberapa banyak yang
mungkin contoh-contoh lukisan menarik kepada murid menggunakan ICT ? Apakah yang
perlu saya lakukan untuk meningkatkan kreativiti idea mereka ketika melukis ? Adakah saya
mampu untuk mengajar kesemua sekali tentang seni supaya mereka boleh menjadi seperti
seorang pelukis yang berbakat ? Saya telah membincangkan pekara ini dengan beberapa
guru lain serta panitia seni dalam mesyuarat bulanan sekolah. Sebahagian guru
mengatakan yang tidak kesemua murid akan menjadi seorang pelukis apabila besar kelak.
Hal itu memang tidak dinafikan, akan tetapi sekiranya minda dan pemikiran mereka kreatif
kesemua yang akan dilakukan akan berjaya. Sekiranya begitu, apakah langkah yang terbaik
untuk membantu murid-murid ini mempunyai minda dan pemikiran yang kreatif dan idea ?

Setelah mencuba mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, namunn hasil


lukisan murid masih di tahap yang sama. Saya berpendapat bahawa murid kekurangan idea
untuk membuat lukisan kerana mereka kurang diberi pendedahan yang meluas serta murid
tidak pernah melakukan aktiviti di luar kelas. Kekurangan idea ini juga berkemungkinan
daripada pengabaian guru termasuklah saya dalam meningkatkan kreativi dan idea murid-
murid semua. Oleh yang demikian, saya perlu memperbetulkan situasi ini supaya tahap
kreativit dan idea murid lebih meluas dan sekaligus dapat menjadikan mereka murid yang
cemerlang dalam semua aspek.
KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

2. Fokus kajian

secara keseluruhannya saya mendapati murid-murid menghadapi pelbagai masalah dan


saya telah mengfokuskan kajian ini kepada satu skop yang kecil iaitu masalah dari segi
kreativiti serta kekurangan idea ketika melukis. Murid lebih suke meniru lukisan rakan-rakan
atau contoh yang telah dibuat oleh guru. Murid tidak reti untuk menokok tambah lukisan
mereka mengikut kreativiti masing-masing supaya menjadi lebih menarik. Kebanyakan
murid telah melakukan :

 Meniru lukisan rakan-rakan


 Lakaran dan penggunaan warna yang terhad
 Kurang kreativiti dan terhad
 Kekurangan idea dalam lukisan yang dihasilkan
 Kurang pendedahan dari guru

Oleh yang demikian, kelemahan-kelemahan ini dapat diatasi oleh murid supaya boleh
menjadi seorang yang lebih kreatif dan mempunyai minda yang kreativiti bukan sahaja
dalam penghasilan karya mereka sekaligus dalam pelbagai aspek pelajaran yang lain.
Seterusnya, mereka dapat membuat lukisan yang menarik dan membuka minda mereka
tentang kreativiti yang ada dalam diri mereka sendiri.

3. Objektif kajian

Setelah kajian permasalahan ini selesai dijalankan, murid-murid diharapkan akan mencapao
objektif-objektif berikut :

i. Objektif umum
Meningkatkan daya kreativiti dan pendedahan murid terhadap subjek seni visual
supaya pembelajaran di sekolah menjadi menarik.

ii. Objektif khusus


 Meningkatkan kreativiti murid
 Meningkatkan keupayaan murid untuk mengaplikasikan kreativiti dalam
lukisan mereka
KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

 Membantu murid meningkatkan pemikiran yang kreatif


 Memberi pendedahan kepada murid tentang pentingnya seni dalam
kehidupan.

4. Kumpulan sasaran

Kajian ini melibatkan seramai 42 orang murid tahun 6 cempaka yang keseluruhannya
berbangsa melayu serta sekolah yang terletak di luar Bandar (kawasan kampong).

5. Tindakan yang dicadangkan

5.1 Tinjauan masalah

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya dijalankan, tinjauan terhadap


masalah yang dikenalpasti akan dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih
mendalam mengenai permasalahan terserbut. Tinjauan dilakukan dengan
bertujuan untuk mengumpulkan data yang seperti berikut :

 Meminta murid untuk membuat lukisan “pemandangan di tepi pantai”.


 Meminta murid untuk melukis dan mewarnakan “rumahku syurgaku”.
 Menjalankan aktiviti melukis di luar kelas dan meminta murid melukiskan
pemandangan sekitar sekolah.

5.2 Program “ ILHAM SENI ”

Cara perlaksanaan :

1. Guru membawa smua murid tahun 6 Cempaka ke dalam dewan terbuka.


2. Guru memberikan setiap murid 3 helai kertas lukisan.
3. Guru meminta murid melukiskan Rumahku Syurgaku.
4. Guru akan mengulas tentang lukisan murid-murid semua dan
mendedahkan murid bagaimana untuk mendapatkan idea.
KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

5. Guru menayangkan beberapa contoh lukisan pemandangan di tepi pantai


yang menarik menggunakan ICT untuk murid mendapatkan beberapa
idea dalam lukisan yang seterusnya.
6. Guru meminta murid untuk melukiskan pemandangan di tepi pantai.
7. Guru menganalisis kedua-dua lukisan murid tersebut.

5.3 Program “LETS SKETCH” ( 2 jam 2 lukisan dalam tempoh 3 minggu )

Cara perlaksanaan :

1. Guru membawa murid ke bawah pohon di tepi padang sekolah yang


terbuka.
2. Guru memberikan 2 helai kertas lukisan kepada setiap murid.
3. Guru meminta murid memerhatikan alam semulajadi di sekeliling mereka
yang boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi dan idea ketika melukis.
4. Guru meminta murid mencari sehelai daun yang menarik untuk mereka
lukiskan dan sebagai sumber inspirasi murid dan guru meminta murid
melukiskan sebesar kertas lukisan.
5. Guru meminta murid meneliti daun tersebut dan barulah melukiskannya.
6. Untuk lukisan kedua, guru meminta murid melukiskan 1 akar pokok untuk
subjek utama mereka.
7. Guru meminta murid meneliti dengan baik dan seterusnya
melukiskannya.
8. Aktiviti tersebut dijalankan di tempat yang sama selama tiga minggu.
9. Selepas tiga minggu, guru meneliti kesemua lukisan murid-murid samada
murid dapat meningkatkan tahap kreativiti dan perkembangan idea
mereka.

Aktiviti ini akan diubahsuai mengikut keadaan dan keperluan setelah membuat tinjauan
awal.
KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

6. Jadual pelaksanaan kajian

Bil Aktiviti Tarikh pelaksanaan


1. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 2 Mac 2010
2. Menulis proposal kajian 10 Mac 2010
3. Merancang tindakan – (individu / panitia) 16 Mac 2010
4. Melaksanakan tindakan – aktiviti 1 19 Mac 2010
5. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1 (dalam 23 Mac 2010
panitia)
6. Melaksanakan tindakan – aktiviti 2 28 Mac 2010
7. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 2 Mac 2010
8. Menulis proposal kajian 10 Mac 2010
9. Merancang tindakan – (individu / panitia) 16 Mac 2010
10. Melaksanakan tindakan – aktiviti 1 19 Mac 2010
11. Melaksanakan masalah yang timbul dalam tindakan 1 (dalam 23 Mac 2010
panitia)
12. Melaksanakan tindakan – aktiviti 2 1 April 2010
13. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 (dalam 9 April 2010
panitia)
14. Melaksanakan tindakan – aktiviti 3 12 April 2010
15. Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3 (dalam 14 April 2010
panitia)
16. Ujian untuk mengesan pencapaian murid 18 April 2010
17. Refleksi kajian 20 April 2010
18. Menulis laporan kajian 22 April 2010
19. Pembentangan dapatan kajian 28 April 2010

7. Kos kajian

Bil Jenis Bahan Kuantiti x harga seunit Jumlah kos


1. Kertas lukisan 250 x RM 0.20 RM 42
KERTAS CADANGAN (PROPOSAL) KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

2. Pensel 2B, 3B, 4B 126 x RM 0.50 RM 63


3. Potostat bahan & laporan kajian RM 80
4. Plastik tempat duduk (20’ x 30’) 1 x RM 55 RM 55
5. White board (3’ x 2’) 1 x RM40 RM 40
6. Buku catatan guru 1 x RM 2 RM 2
JUMLAH RM 282

You might also like